Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Johan lelaki sempurna
- Animasi ‘Ummi’ Bukan Saingi ‘Upin & Ipin’ - Nora Ariffin
- Tugasan Penyampai Era FM Ubah Persepsi Dina Pada Lagu Melayu
- Hafiz Mahu Kekalkan Identiti Muzik Balada
- Sukar atasi selera pelik
- Bijak dan cantik
- Ibu kering air mata
- Masjid Kobe kekal teguh
- Mazlan tabah hadapi cabaran
- Kenderaan dua alam
- Michelle tunjuk kuat
- Cegah sebelum parah
- Tanda X jadi sasaran
- Atuk beca terus terpinggir
- ‘Justin Bieber Terlalu Merendah Diri’ - The Wanted
- Madonna Bakal Berduet Dengan Britney Spears Semula
- Usah dikorek kisah lalu – Wawa Zainal
- Bienda masih mahu berahsia
- ‘Saya bukan penggoda’
- Anugerah Nasyeed.Com
- Gaya rock n' roll Awi Rafael
- Ilham kreatif rumah terbalik
- Mengintai rutin harian Dr. Ezani
- Gapai impian di awan biru
- Cara Nora rehatkan badan
| Posted: 11 Feb 2012 06:17 PM PST MELIHAT kemesraan mereka, terdetik barangkali benar wujud rasa cinta di hati dua insan ini. Tingkah laku mereka seakan mengiyakan perkhabaran terbaru yang hangat diperkatakan media kebelakangan ini. Usik mengusik, bertepuk-tampar dan perkataan sayang yang lahir spontan ketika beraksi depan kamera, menambahkan keyakinan di hati mereka yang melihatnya. Tatkala perihal itu dibangkitkan, Nabila Huda Suhaimi, 28, dengan tenang menjelaskan antaranya dan Johan Arrif Asa'ari berkawan rapat. Kehadiran jejaka itu menggantikan kekosongan hatinya yang pernah kehilangan teman rapat satu ketika dulu. Gandingan dalam siri Pelangi Kasih membuka matanya untuk menerima jejaka itu sebagai insan yang paling dekat di hatinya kini. Kejujuran dalam persahabatan yang terjalin membuatkannya selesa berkongsi apa saja cerita dengan jejaka yang muda dua tahun daripadanya itu.
| ||
| Animasi ‘Ummi’ Bukan Saingi ‘Upin & Ipin’ - Nora Ariffin Posted: 11 Feb 2012 06:16 PM PST Nora Ariffin (kanan) bersama suami Johan Nawawi, dua anak mereka Alif dan Putri pada pelancaran siri animasi muzikal Ummi...Ceritalah Pada Kami di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Sabtu.KUALA LUMPUR: Penyanyi Nora Ariffin berkata penerbitan siri animasi muzikal terbaru, Ummi... Ceritalah Pada Kami (UCPK) bukan bertujuan untuk menyaingi jenama dan populariti animasi Upin & Ipin. Siri animasi sebanyak 26 episod itu diterbitkan syarikat produksi Nora dan suaminya, komposer Johan Nawawi iaitu Hud Hud Media dan Johan Nawawi Sdn Bhd. Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin sebaliknya, berkata penerbitan animasi berkonsepkan penceritaan dan nyanyian itu adalah untuk memeriahkan senario penerbitan animasi yang semakin rancak di Malaysia, kebelakangan ini. "Animasi UCPK dihasilkan bukan untuk bersaing dengan mana-mana animasi tempatan sedia ada. Kami ingin memeriahkan lagi perkembangan dunia animasi tanah air. "Kami masih terlalu mentah dan baru dalam bidang animasi. Banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari daripada pihak yang lebih mahir dalam bidang ini," katanya yang ditemui selepas pelancaran animasi tersebut di sini, Sabtu. Nora AriffinNora berkata idea untuk menghasilkan UCPK tercetus atas kesedaran untuk menghidangkan program bermanfaat untuk tontonan kanak-kanak dan keluarga yang bukan sahaja menghibur malah memberikan pengajaran. "Idea untuk menghasilkan animasi ini bermula kira-kira tiga tahun lalu. Sebagai seorang ibu, saya terpanggil untuk menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat di samping menghiburkan kanak-kanak. "Penerbitan animasi adalah jawapan terbaik untuk menarik perhatian mereka kerana ia paling dekat dan relevan dengan golongan cilik ini," katanya. Nora berkata animasi dalam format 3 dimensi (3D) itu dihasilkan pada kualiti yang tinggi bagi mencapai standard animasi antarabangsa. "Blok pertama UCPK sebanyak 13 episod sudah siap dan hanya menunggu slot tayangan yang dijadual pada Jun depan di sebuah saluran televisyen swasta yang belum boleh saya dedahkan lagi. "Blok kedua pula akan mula diterbitkan dalam sedikit masa lagi," katanya yang menerima sokongan dana daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) dalam penerbitan tersebut. Suara watak-watak dalam animasi bertemakan keIslaman tersebut dimainkan oleh Nora sendiri sebagai Ummi bersama anggota kumpulan Voices of Ummi yang lain termasuk dua anaknya iaitu Alif Johan (Alif), 12, dan Putri Dahlia (Putri), 7, serta Aiman Abbas (Aiman), 14, Hana Hamdan (Hana), 11, dan Jihad Hamdan (Atan), 8. | ||
| Tugasan Penyampai Era FM Ubah Persepsi Dina Pada Lagu Melayu Posted: 11 Feb 2012 06:15 PM PST Dina Nadzir mahu merakamkan lagu-lagu pop Melayu.KUALA LUMPUR: Penyanyi Dina Nadzir mengakui pengalamannya bertugas sebagai penyampai radio Era FM sejak dua tahun lalu telah mengubah persepsinya terhadap lagu-lagu Melayu. Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nadzir, 27, berkata kekerapannya memutarkan pelbagai lagu Melayu dari era 1990-an hingga 2000 setiap kali bertugas membuatkan dia semakin menghargai keindahan lagu-lagu tersebut yang kurang dikenalinya sebelum ini. "Kalau sebelum ini, saya lebih cenderung pada lagu-lagu antarabangsa dan urban, kini saya mengenali banyak lagu hebat Melayu yang pernah popular pada satu ketika dulu. "Ia membuatkan saya lebih menghargai betapa indah melodi dan lenggok lagu-lagu Melayu yang mempunyai identiti dan penjiwaan yang kuat berbanding lagu-lagu luar," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Justeru itu, naib juara Malaysian Idol musim pertama ini berkata dia merancang untuk merakamkan lagu-lagu berkonsep pop keMelayuan seperti nyanyian Ziana Zain, Alyah dan Datuk Siti Nurhaliza. "Dulu saya masih muda dan terlalu teruja pada muzik urban. Kini apabila semakin matang, saya mula sedar akan kehebatan muzik Melayu. "Saya juga teringin untuk menguji kemampuan diri dalam menyampaikan lagu-lagu pop Melayu yang kaya dengan penjiwaan dan lenggok. "Cuma, saya berharap jika saya mencubanya kelak, ia akan diterima oleh peminat," katanya. Menyentuh perkembangan terbaru, Dina bakal terlibat dengan pementasan Cuci The Musical 3 Last Kopek bermula 2 hingga 18 Mac depan di Istana Budaya. Dia kini giat menjalani latihan muzikal arahan Harith Iskander itu bersama pelakon-pelakon lain seperti Afdlin Shauki, Awie, Hans Isaac, Nabil dan Harun Salim Bachik. "Saya sangat teruja dengan pengalaman baru ini. Walaupun ini adalah pengalaman pertama bekerjasama dengan mereka semua, saya terasa seperti dialu-alukan. "Saya berasa selesa dengan sokongan dan bimbingan mereka," katanya. | ||
| Hafiz Mahu Kekalkan Identiti Muzik Balada Posted: 11 Feb 2012 06:14 PM PST Hafiz Suip mahu kekalkan identiti muzik balada.KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip (AF7) berkata selepas hampir tiga tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, sudah tiba masa untuk dia mencari lagu-lagu yang bersesuaian dengan kekuatan vokal dan stail nyanyian agar ia menjadi identitinya. Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip berkata dia perlu mencari lagu-lagu yang sinonim dengan kelebihan vokalnya untuk terus bertahan dan memantapkan lagi namanya di persada muzik. "Saya perlu terus mencari lagu-lagu yang bersesuaian dengan vokal dan stail nyanyian saya. Lagu-lagu seperti Noktah Cinta dan Awan Nano terbukti cukup sinonim dengan saya. "Sebagai orang baru, saya perlu mencari identiti itu bagi mengukuhkan diri saya di dalam industri muzik," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Hafiz berkata penyanyi-penyanyi berkaliber seperti Datuk M. Nasir, Amy Search dan Jamal Abdillah masih bertahan dan kekal relevan sehingga kini kerana identiti muzik mereka yang sangat utuh di mata peminat. ![]() "Saya mahu menjadi penyanyi yang mempunyai identiti muzik yang kuat. Apabila orang dengar sahaja lagu, orang sudah tahu itu adalah identiti saya. "Persaingan yang sengit di antara penyanyi baru dan lama serta perkembangan muzik yang drastik memerlukan seseorang penyanyi itu menjadi kreatif," katanya. Buktinya, Hafiz berkata lagu 'single' terbaru berjudul Deklamasiku ciptaan Kuncidemak dan Iszduliza juga mempunyai identiti muzik seperti Awan Nano yang berentak balada dan menonjolkan kekuatan vokal. "Apabila lagu itu keluar nanti, anda akan dapat kesan bahawa elemen dan penjiwaannya juga tidak jauh beza dengan lagu Awan Nano. "Memandangkan lagu seumpama ini mendapat sambutan dan bersesuaian dengan saya, maka saya akan kekalkan identiti itu," katanya yang merancang untuk memasarkan lagu 'single' tersebut tidak lama lagi. | ||
| Posted: 11 Feb 2012 06:13 PM PST TEKAD... Iza (kanan) bersama beberapa rakan yang ingin berubah mendapatkan perlindungan di Kewaja. KUALA LUMPUR: Menjijikkan apabila seorang gadis yang baru berusia 16 tahun mengaku mempunyai selera seks pelik, termasuk gemar melakukan hubungan kelamin ketika datang bulan, selain nafsunya meluap-luap setiap kali gigitan cintanya pada leher lelaki mengeluarkan darah. Lebih mengejutkan, Iza yang berasal daripada sebuah negeri di utara tanah air mendakwa ketagih darah hinggakan nafsunya membuak-buak apabila memakan ayam yang masih ada darah kerana tidak dimasak dengan betul. Menurut Iza, selera peliknya bermula selepas berkenalan dengan seorang remaja tidak bersekolah yang bekerja di kedai makan berhampiran rumahnya. "Namun peliknya setiap kali kami bersama, selepas itu tiba-tiba saya didatangi haid walaupun sepatutnya belum waktunya. Saya merasakan seolah-olah terkena sumpahan dan berasa takut dengan azab Tuhan. "Saya teringat cerita bahawa dajal dilahirkan hasil hubungan bapa dengan ibunya ketika dalam haid. Terdetik di hati, jika saya mengandung, anak apakah yang akan lahir nanti?" katanya. | ||
| Posted: 11 Feb 2012 06:11 PM PST WAWASAN... Nur Eilunie mahu buka cawangan butik di Kuala Lumpur. KOTA BHARU: Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, gadis yang tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara dikaitkan dengan penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, baru-baru ini, disifatkan mempunyai pakej lengkap 'beauty with brain' (jelitawan bijak). Pada usia muda, dia bijak merangka masa depan dengan memiliki dua butik pengantin, mempunyai kemahiran dalam bidang solekan dan aktif menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan di Internet. Nur Eilunie atau mesra dengan panggilan Leuniey berkata, ketika rakan seusia melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan menikmati zaman muda dengan keluar bersama rakan, dia menumpukan hampir semua masanya dengan menguruskan perniagaan. | ||
| Posted: 11 Feb 2012 06:08 PM PST PILU...Cassindra (kanan) dan anggota keluarga selepas kehilangan bayi sulung. JOHOR BAHRU: "Kering air mata kerana menangis, tiada apa yang boleh dilakukan kerana anak tersayang pergi selama-lamanya," kata Cassindra Gelungan, 24, selepas bayi perempuannya, Angel Cassandra yang berusia enam hari meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, kelmarin. Lebih menyayat hati, Angel yang meninggal dunia tepat jam 4.20 petang di unit rawatan rapi (ICU) HSA baru beberapa jam diberikan nama.
Yang membuatkan dia lebih terkilan, kejadian itu didakwa berlaku akibat kelalaian kakitangan HSA yang diamanahkan menjaga Angel.
"Saya datang semula ke HSA, Rabu lalu dan terkejut mendapati Angel tidak bertindak balas ketika saya memegang kakinya dan pada masa sama ada kesan susu kering pada bibir dan mulutnya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak hospital.
| ||
| Posted: 11 Feb 2012 06:06 PM PST KENANGAN...rombongan Travelog Air Asia ke Osaka bergambar bersama Aziz dan Norma di Universal Studios Japan. KETIKA dalam perjalanan ke Mt Rokko Ski Resort di puncak Gunung Rokko, Kobe, Jepun dengan menaiki kereta kabel pada hari kedua Travelog AirAsia ke Osaka, Jepun baru-baru ini, saya dan rombongan disambut dengan taburan salji. Kami sungguh teruja melihat keadaan itu, terutama bagi yang tidak pernah melihat salji walaupun pernah sampai ke negara empat musim, termasuk saya. Meskipun tidak lebat dan sekadar 'renyai-renyai' saja, ia tetap membuatkan kami sungguh seronok. Ketika kunjungan itu, negara matahari terbit itu berada dalam pertengahan musim sejuk dengan suhu pada waktu siang 90 Celsius dan malamnya serendah Sebabnya? Kami dimaklumkan pihak pengurusan resort, mereka yang kali pertama mahu bermain ski perlu menjalani latihan sekurang-kurangnya empat jam! Ini bermakna, terlepas peluang kami kerana mengikut atur cara, rombongan berada di situ hanya untuk dua jam. Bagaimanapun, pengacara program Travelog AirAsia, Edd Razhe dan penyanyi, Aizat Amdan selaku selebriti jemputan diberi kesempatan mencubanya bagi tujuan penggambaran. Bayaran dikenakan untuk ke Mt Rokko Ski Resort ialah 2,000 yen (RM42) untuk dewasa manakala 1,000 yen (RM21) untuk kanak-kanak. Untuk menyewa peralatan bermain ski ialah 4500 yen (RM189) dan 3,500 yen (RM147) untuk kanak-kanak. Kami mengambil kesempatan melihat persekitaran yang memutih dengan mengambil gambar dan hajat main atas salji akhirnya kami tunaikan jua. Bagaimanapun, kami bukan bermain ski, sebaliknya luncur ais yang kebanyakan 'pesertanya' adalah kanak-kanak. Walaupun menyertai kumpulan kanak-kanak yang kebanyakannya anak rakyat tempatan, sekurang-kurangnya kami tidak kempunan bermain ski apabila menggantikannya dengan luncur ais. Timbalan Pengurus Besar Pusat Penggalakan Antarabangsa Kansai, Akihito Kondo menyatakan, kami bertuah kerana dapat melihat salji gugur kerana Osaka dan Kobe bukan zon menerima salji di Jepun, termasuk di puncak Gunung Rokko. Jepun merangkumi empat pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu. Osaka, Kobe dan Tokyo terletak di Honshu. Kawasan yang menerima salji pada musim sejuk ialah di utara iaitu Hokkaido. Di bahagian lain bukan tidak pernah menerima salji, tetapi bukan kelaziman pada musim sejuk. Akihito berkata, salji di Gunung Rokko sesuatu yang jarang berlaku tetapi ia boleh terjadi apabila cuaca buruk, sedangkan kami sangka ia perkara biasa di situ. Sebenarnya, salji kawasan bermain ski di Mt Rokko Resort adalah salji buatan yang diproses daripada air. Namun, disebabkan salji berguguran hari itu, kami dapat melihat tompokan putih di sana sini serta sepanjang jalan di luar kawasan bermain ski dan luncur ais. Selepas makan tengah hari, kami menuruni Gunung Rokko dan kali ini hanya dengan bas dan destinasi seterusnya ialah Masjid Kobe di Kitano-cho yang juga antara kawasan penting di bandar raya Kobe. Masjid Kobe yang dibina pada 1935 dan masjid pertama di Jepun masih dalam keadaan asal dan antara sebilangan kecil bangunan yang terselamat dalam serangan bom Tentera Berikat ketika Perang Dunia Kedua. Masjid ini juga menjadi tempat perlindungan mangsa perang. Gambar dirakam pada 1945 yang memaparkan bangunan sekitarnya ranap, digantung pada dinding masjid. Masjid itu sekali lagi 'diuji' apabila gempa bumi dahsyat berukuran 7.3 pada skala Richter berlaku pada 17 Januari 1995 yang meragut lebih 6,000 nyawa, namun ia masih berdiri teguh dan hanya berlaku sedikit keretakan walaupun banyak bangunan di sekitarnya musnah sama sekali. Masjid bercirikan seni bina Turki itu juga menjadi tempat berkumpul dan pendidikan masyarakat Islam sekitar yang kebanyakannya berasal daripada India dan Pakistan. Seterusnya kami ke Ijinkan, kawasan dilabel eksotik yang ada banyak bangunan bersejarah dengan seni bina Eropah, muzium serta kedai menjual cenderamata. Di sini, pengunjung boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan, antaranya persembahan badut serta kesenian. Bagaimanapun, seperti kita sedia maklum, serba-serbi mahal di Jepun dan pengunjung perlu membawa banyak 'modal' jika mahu beli-belah. Bayangkan satu pelekat magnet peti sejuk yang dikategorikan sebagai 'biasa-biasa' berharga paling kurang RM15! Bangunan lama di situ dibina orang Eropah yang datang ke Jepun pada awal abad ke-20 iaitu ketika penghujung zaman pemerintahan Maharaja Meiji, malah perkataan Ijinkan merujuk kepada 'orang asing'. Kemudian rombongan dibawa melawat Kobe Harbourland, satu kawasan tepi laut yang sesuai untuk menikmati suasana petang dan keindahan malam. Sambil menikmati udara nyaman di tepi laut, pengunjung berpeluang membeli-belah atau sekadar 'window shopping' kerana ada 80 gerai menjual pakaian, barang cenderamata dan restoran. Antara tempat terkenal di situ ialah Mosaic Garden, yang di dalamnya ada banyak arked beli-belah dan berdekatan dengannya ada buaian berpusing untuk menikmati panorama keseluruhan bandar raya Kobe. Untuk makan malam, rombongan dibawa semula ke Kitano-cho, kali ini kami singgah di sebuah restoran yang diusahakan warga Jepun berketurunan Pakistan, Naan In. Juadah disediakan ialah nasi beriani berlauk ayam dan kari kambing, selain roti nan berserta ayam tandoori yang sungguh menyelerakan. Penulis mengambil kesempatan makan dengan 'sepuas hati' kerana di situlah satu-satu tempat kami berpeluang merasa makanan seperti di Malaysia. Di restoran Jepun, kami tak jumpa makanan berkari, balik-balik makan makanan laut ala Jepun, termasuk ikan mentah. Kami juga tak boleh berangan hendak makan daging lembu atau ayam kerana memang sah tak halal. Pada dinding restoran itu tertampal kata-kata dan tandatangan pelancong dari serata dunia yang datang menjamu selera di situ, termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Pada hari ketiga, rombongan dibawa ke Osaka Station City, iaitu terminal kereta api utama di kawasan utara Osaka. Kawasan sekitar Osaka Station City seolah-olah sebuah bandar berasingan di Osaka kerana menempatkan pusat beli-belah dan restoran terbesar di Jepun yang merangkumi dua pasar raya, JR Osaka Mitsukoshi Isetan dan Lucua dengan keluasan keseluruhan 134,000 meter persegi! Kami berpeluang menaiki buaian berpusing, HEP Five Ferris Wheel yang terletak di ruang atas di HEP Five, sebuah pusat beli-belah yang tidak jauh dari Osaka Station City. Dari buaian berpusing itu dapat dilihat panorama seluruh bandar raya Osaka, iaitu daripada pelabuhannya hinggalah pemandangan indah pergunungan Ikoma. Dalam perjalanan ke Osaka Castle, kami dibawa ke sebuah restoran Jepun untuk makan tengah hari dan berpeluang memasak makanan tradisi wilayah Kansai, takoyaki. Takoyaki sejenis makanan popular di Osaka dimakan dengan nasi dan dibuat daripada gandum yang dimasak dalam acuan bulat dengan intinya potongan sotong kurita. Penulis difahamkan, hampir setiap setiap rumah di Osaka mempunyai acuan untuk membuat takoyaki yang bentuknya seakan-akan acuan membuat kuih cara di Malaysia tapi ia bulat. Osaka Castle adalah istana purba di Chuo-ku dimulakan pembinaannya pada 1583 atas perintah Toyotomi Hideyoshi, shogun atau panglima tentera Jepun purba. Ia dibina di kawasan seluas 60,000 meter persegi menggunakan kira-kira 30,000 buruh. Istana itu mempunyai lima tingkat utama dan tiga tingkat di bawah tanah. Selepas 1585, Toyotomi memerintahkan istana itu diperbesar dan diperkukuh untuk menghadapi serangan musuh. Pembinaan itu siap sepenuhnya pada 1597 dan pada tahun itu juga Toyotomi meninggal dunia dan Osaka Castle diserahkan kepada anaknya, Toyotomi Hideyori. Ada pelbagai tinggalan sejarah daripada zaman Toyotomi Hideyoshi, termasuk dokumen pada zaman itu dipamerkan dalam Osaka Castle. Kunjungan ke Osaka dianggap tidak lengkap seandainya tidak melawat istana purba itu. Sekalipun tidak masuk ke dalamnya, memadailah jika bergambar di depannya sebagai tanda seseorang itu mengunjungi Osaka. Selepas dua jam meneroka Osaka Castle, rombongan pergi ke Osaka Aquarium Kaiyukan di Minato, berhampiran Teluk Osaka yang juga antara akuarium terbesar di dunia. Di akuarium ini boleh dilihat lebih 30,000 hidupan air meliputi 580 spesies dalam zon Lingkaran Pasifik. Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami singgah di Doutonburi, kawasan beli-belah yang sibuk sehingga lewat malam. Ada yang mengambil kesempatan membeli-belah di Hard Rock Cafe Osaka, satu kilometer dari situ. Sebenarnya kami sampai ke Doutonburi sejak hari pertama di Osaka lagi untuk makan malam di sebuah restoran di situ kerana ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, hari sudah lewat petang. Pada hari terakhir, rombongan dibawa ke Universal Studios Japan yang dibuka pada 31 Mac 2001 iaitu yang pertama di Asia. Kami tidak melepaskan kesempatan mengikuti permainan yang ditawarkan di situ, antaranya Back To The Future The Ride, The Amazing Adventures of Spider-Man, Waterworld dan Jaws. Turut serta dalam program travelog itu ialah Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Aziz Bakar dan isteri, Datin Norma Norell. | ||
| Posted: 11 Feb 2012 06:04 PM PST SEKITAR 1992 hingga 2001, wajah berkaca mata ini acap kali kita tatap di kaca TV. Setiap jam 8 malam dan sesekali jam 6 petang, Datuk Mazlan Sabli menjadi tumpuan jutaan mata sebaik membaca berita untuk TV1 RTM (Radio Televisyen Malaysia). Menariknya, bukan saja di Malaysia, bahkan di negara jiran, Indonesia, ada yang tidak sabar-sabar menanti kemunculan Mazlan. Siapa lagi jika bukan isterinya, Datin Suzy Suzanna Machtub di Jakarta. Ketika diwawancara di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Mazlan menjelaskan, isteri dan ahli keluarganya di republik itu tiada masalah menonton siaran Malaysia, apatah lagi sewaktu dia membaca berita, kerana ramai menggunakan parabola bagi mudah menerima siaran luar. Kini, Azizah beralih dari Angkasapuri ke Sri Pentas, Shahwati pula menjadi perunding kecantikan dan Mazlan kini memberi fokus pada bisnes yang diceburinya 20 tahun lalu. Mengikut Mazlan, dia menyertai RTM lebih awal selepas diwawancara pembaca berita veteran, Datuk Hashim Imbi. Namun, peluang menjadi pembaca berita pada awal 1990-an tidak dimanfaatkan kerana mempunyai komitmen kerja di Jakarta dengan syarikat Elmadasa - JP Kenny AG Swiss. Menurutnya, bersama syarikat yang beribu pejabat di Switzerland itu, dia dilantik sebagai Perunding Perlindungan Pesisir Pantai Indonesia. "Saya bekerja tiga tahun bersama Elmadasa. Biarpun orang Malaysia, saya tidak kekok atau menghadapi masalah bekerja dengan masyarakat sana. Rata-rata menerima saya dengan baik, apatah lagi mereka mengetahui isteri saya anak jati Indonesia. "Saya kembali ke tanah air menjalankan perniagaan sendiri, mengimport kertas melalui syarikat Pura PDS. Saya jenis tidak suka duduk diam, walau sibuk dengan bisnes dan mengurus keluarga, saya ke RTM semula dan memohon untuk membaca berita dan mereka menerima saya kembali. "Bermula 1992 hingga 2001, saya membaca berita secara sambilan di RTM. Ia tugas luar daripada bisnes tetapi sungguh berharga buat saya. "Bagi saya, pembaca berita perantaraan di antara pihak pemerintah dengan rakyat. Siapa tidak bangga, setiap kali ke udara, berjuta-juta mata tonton kita," katanya. Ujian sebagai usahawan mulai dirasai Mazlan sebaik hipermarket tumbuh bagai cendawan di seluruh tanah air. Pada waktu sama, krisis kewangan global pada 1998 memaksa Mazlan beralih ke bisnes lain melalui Pura Technic selaku Pengarah Urusan, kemudian menubuhkan Stellaris Sdn Bhd selaku Pengerusi Eksekutif, syarikat yang membekalkan bahan bangunan dan IT, termasuk penggambaran bawah laut, untuk Pelancongan Malaysia. Bagi Mazlan, pembabitannya dalam bisnes banyak didorong kejayaan usahawan Indonesia, Novel Machtub, 62, yang juga abang iparnya serta Pengerusi Proton Holdings Berhad (Proton), Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh. Meniti usia setengah abad berbaki empat tahun lagi, Mazlan bercadang mengisi masa itu dalam suasana santai dan tenang bersama keluarga. Lokasi pilihan untuk detik itu bukan di Kuala Lumpur atau Jakarta, sebaliknya Mazlan berhasrat membawa keluarga berpindah ke Pulau Pinang. "Pulau Pinang beri inspirasi tersendiri pada saya. Saban bulan, saya dan isteri memandu ke Pulau Mutiara untuk bercuti. Lebih 10 tahun kami habiskan masa begini, malah bilik penginapan kami di sana tidak berubah hinggakan pihak hotel jadikan kami seperti ahli keluarga mereka," katanya. Di sebalik keharmonian rumah tangga bersama Suzy Suzanna, hakikatnya kata Mazlan, tidak mudah melayari bahtera yang dibina sejak 1986. Pelbagai pahit getir dilalui, tambahan pula kedua-dua mereka berasal daripada negara berbeza, apatah lagi Suzy pernah kemalangan dan lumpuh hampir setahun. Menurut Mazlan, kemalangan menimpa isterinya di Muara Rumpit, Palembang pada 1990 menyedarkannya mengenai hakikat pengorbanan seorang suami. "Kereta dinaiki isteri bersama dua anak saya serta dua abang ipar (Fauzi dan Novel) masuk gaung jam 6 pagi. Novel yang duduk sebelah Fauzi selaku pemandu merangkak keluar menaiki tebing setinggi tujuh meter dan berjalan dua jam ke kampung berdekatan. "Saya bersyukur anak selamat, tetapi isteri saya parah dan dibawa ke Jakarta. Hampir setahun isteri tidak boleh bangun kerana kecederaan teruk pada tulang belakangnya. "Pelbagai ikhtiar saya lakukan bagi menyembuhkan isteri, hinggalah saya ditemukan dengan seorang pakar tulang yang mengamalkan berubat secara tradisional. "Cuma dengan menyapu sejenis minyak di belakang isteri, semacam satu mukjizat, tiba-tiba isteri saya boleh berjalan semula," katanya. Sementara itu, Suzy sukar menyembunyikan gelodak rasa sewaktu kemalangan menimpa. Anak kepada bekas pegawai tertinggi tentera laut Indonesia, juga cucu saudara pada bekas isteri Presiden Sukarno, ibu Fatmawati ini hakikatnya reda jika Mazlan ingin bernikah lain ketika itu. "Saya sudah putus harapan dan tidak boleh berbuat apa-apa. Urusan anak pun tidak terdaya. Malah saya izinkan jika suami mahu bernikah lain. "Sebaik sembuh, saya bersyukur pada Allah kerana dikurniakan suami yang bertimbang rasa. Saya menganggapnya sebagai suami mithali," katanya. Bagi Suzy, untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mentua di Malaysia tidak merumitkan kerana dia pernah menuntut di UiTM, Shah Alam. "Saya menuntut di sana pada awal 1984. Keluarga ayah berdarah Arab dan kami ada pertalian dengan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Justeru, pusara datuk saya ada di Seremban. "Saya rasa bahagia perkahwinan ini mengikat lagi silaturahim dua negara serumpun dan paling beruntung adalah anak saya. Jika pulang ke Jakarta, sepupu mereka di sana suka bawa berjalan-jalan," katanya. Pembaca berita kini kurang aura 1. Mengapa minat Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh? Saya pernah jadi jurujual kelab percutian. Saya ke rumah Mohd Nadzmi nak cari ahli baru. Beliau tidak kenal saya pun tetapi boleh ajak saya masuk ke rumah dan makan bersama-sama. Terharu saya sikap 'down to earth' beliau. 2. Apa istimewanya abang ipar, Novel? Asalnya abang ipar saya susah, pernah tidur berlantaikan tanah. Namun beliau cekal, berani berdikari dan kini berstatus jutawan di Jakarta selaku pembekal paip PVC. PROFIL NAMA: Datuk Mazlan Sabli TARIKH LAHIR: 26 Oktober 1965 ASAL: Sungai Besar, Selangor KELUARGA: Sulung daripada lima beradik PENDIDIKAN: Sekolah Rendah Jalan Temerloh, Sekolah Menengah Jalan Temerloh dan Sekolah Menengah Teknik, Cheras, Kuala Lumpur KERJAYA: Pengerusi Eksekutif Stellaris Sdn Bhd (2006 hingga kini) PENGALAMAN: Perunding Elmadasa-JP Kenny Ag Swiss, Pengarah Urusan Pura Technic & Pengarah Urusan Pura PDS (1992-2001) ISTERI: Datin Suzy Suzanna Machtub TARIKH LAHIR: 5 Mei 1965 KELUARGA: Bongsu daripada enam beradik ASAL: Jakarta, Indonesia ANAK: Reyn Mahsyafatah (24), Harvey Randika (22) dan Hykal Makka Sadamar (15) 3. Tokoh politik yang dikagumi? Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah... beliau ada karisma. 4. Rancang tinggal di Pulau Pinang nanti, nak buat apa? Bukan kafe sambil bersantai mengadap laut. 5. Komen mengenai pembaca berita RTM sekarang? Kurang aura, tidak ramai di kalangan kita mengenai mereka. 6. Prinsip? Tiada dalam kamus hidup ini milik kita, lalu kenalah kita bertimbang rasa. 7: Hala tuju hidup? Syukur dengan apa yang ada, saya tidak mengharap sangat bintang di langit. | ||
| Posted: 11 Feb 2012 06:03 PM PST UNIK... walaupun penampilannya belum cukup menarik, kenderaan amfibia ini berpotensi besar berdasarkan kepada kemampuannya. CANGGIH... dengan menekan satu butang dan dalam tempoh beberapa saat saja, Phibian boleh dialihkan dari darat untuk dipandu di atas air. IA mungkin tidak mampu memenangi sebarang pertandingan berasaskan kecantikan, namun kenderaan ini mungkin memberi kelebihan besar kepada polis atau tentera ketika menjalankan misi sukar. Sebuah syarikat berpangkalan di Britain mereka cipta kenderaan dua alam - Phibian - yang mampu memecut pantas sama ada di darat atau air.
Menurut syarikat Gibbs Amphibians, kenderaan terbaru itu mampu memecut sehingga 48 kilometer sejam ketika di air, manakala di darat, ia mampu dipandu "seperti kenderaan di lebuh raya."
Hanya dengan menekan satu butang, dan dalam tempoh beberapa saat, Phibian mampu bertukar daripada kenderaan beroda kepada bot dua kipas untuk bergerak pantas di air.
| ||
| Posted: 11 Feb 2012 06:01 PM PST MICHELLE... aktif menangani masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. MICHELLE Obama sekali lagi memerah tenaga, bersaing dengan seorang pengacara televisyen. Kali ini dia mempelawa Jimmy Fallon ke Rumah Putih untuk bersaing dalam satu siri cabaran kecergasan. Dia bersaing dengan pengacara siri 'Late Night with Jimmy Fallon' dalam acara tekan tubi, tarik tali dan baling bola dan akhir sekali, lumba lari dalam guni.
Fallon membuka segmen dalam studionya yang disiarkan oleh NBC dengan menjelaskan kepada penonton: "Kami menjadikan senaman dan mengekalkan kehidupan sihat sebagai matlamat utama."
Sebelum ini Michelle bersaing dengan pengacara rancangan televisyen, Ellen deGeneres, dengan membuktikan dia dengan mudah mampu melakukan senaman 'sit-up' tanpa merasa penat.
| ||
| Posted: 11 Feb 2012 06:00 PM PST BUDAYA BAWA RISIKO... mengunyah daun sirih bersama tembakau dan buah pinang. TAHAN TERIK... perlindungan daripada sinaran matahari kurangkan risiko barah. PENGGEMAR daun sirih, anda dinasihatkan menghentikan tabiat mengunyah daun itu berikutan mempunyai kesan tidak baik terhadap tubuh selain mampu meningkatkan risiko barah mulut. Ya, mungkin masih ramai tidak tahu tabiat itu mampu mengundang barah mulut disebabkan ia tidak berbahaya seperti barah payudara, barah rahim dan penyakit jantung yang menduduki carta teratas antara penyakit yang boleh menyebabkan kematian di dunia. Barah mulut adalah penyakit malignan yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Lebih 90 peratus kes barah mulut membabitkan lapisan luar mukosa mulut yang dikenali sebagai karsinoma sel skuama.
Punca barah mulut Cara mengurangkan risiko barah mulut Rawatan Pembedahan biasanya membabitkan pembuangan kanser dan sebahagian tisu yang sihat di sekelilingnya. Ini kerana barah adalah penyakit yang mikroskopik iaitu ada sel kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ada kemungkinan sel kecil tidak dapat dilihat di sekitar sempadan kanser itu. Pembedahan turut membabitkan sel yang sihat ini turut membuang nodul limfa pada bahagian leher yang dijangkiti kanser. Rawatan pembedahan biasanya dilakukan untuk merawat kanser yang berada pada tahap awal dan sederhana dengan pembuktian tiada sel kanser merebak ke bahagian organ lain. Bagaimanapun, bagi jenis kanser yang merebak jauh pada kawasan lain tubuh, penggunaan radioterapi digunakan selepas pembedahan. Ini bertujuan mematikan sel kanser yang dikhuatiri masih tertinggal. Radioterapi Penggunaan radioterapi akan dilakukan jika kanser terlalu besar menyebabkan pembedahan sukar dilakukan. Kaedah ini juga membantu mengecutkan kanser. Bagaimanapun, radioterapi mempunyai banyak kesan sampingan yang harus dijalani oleh pesakit. Contohnya, jika kanser pada bahagian lidah itu kecil (kurang 1.5 sentimeter), ia boleh dirawat dengan radioterapi tanpa pembedahan. Istimewanya radioterapi ini, ia tidak menyebabkan seseorang kehilangan anggota (lidah) dan fungsinya. Bagaimanapun, rawatan radioterapi tidak memberi apa-apa kesan pada kanser tulang, biasanya ia hanya dapat dibuang dengan kaedah pembedahan. Kemoterapi Kaedah menggunakan ubat-ubatan dalam tubuh ini dilakukan jika kanser sudah merebak ke organ lain seperti paru-paru dan hati, atau serentak dengan radioterapi. | ||
| Posted: 11 Feb 2012 05:59 PM PST MANTAP...ahli kelab Archery Expert dan pelapis pasukan Selangor mahu menempa nama di peringkat antarabangsa. FOKUS, lapangkan fikiran, tarik nafas dan lepas. Bunyi senang, tetapi hakikatnya bagi yang pertama kali cuba memanah, mereka pasti terkejut dengan cabaran sukan ini. Bagi penduduk Shah Alam, Selangor terutama berhampiran Stadium Melawati, kelibat sekumpulan remaja lelaki dan wanita dengan penampilan seperti pahlawan moden beraksi di padang sasar Kompleks Boling Padang bukan lagi perkara asing. Mereka yang juga remaja dan pelajar sekolah menengah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur adalah ahli kelab Expert Archery yang ditubuhkan Mohd Puzi Mohd Hanapiah, 57, pada 2007.
| ||
| Posted: 11 Feb 2012 05:57 PM PST PINTU REZEKI...beca satu-satunya sumber pendapatan Mohd Nasir. DENGAN menggunakan tulang empat kerat, mereka tidak jemu-jemu mengerah keringat tanpa mengira masa demi mencari rezeki halal kepada keluarga. Pada pandangan mata kasar, mengayuh beca mungkin tidak sesukar mana, namun selepas mencuba sendiri, anda pasti setuju bahawa pendapatan golongan ini tidak setimpal dengan tenaga dikerah. Apa tidaknya, walaupun bergerak hingga puluhan kilometer setiap hari mencari penumpang atau muatan, mereka hanya mampu memperoleh upah sekitar RM15 sehari atau purata pendapatan sebulan sekitar RM400 hingga RM800. Bagi mendapatkan gambaran sebenar, wartawan Metro Ahad menelusuri bandar Kota Bharu dan Kuala Terengganu untuk menyelami kehidupan golongan ini.
| ||
| ‘Justin Bieber Terlalu Merendah Diri’ - The Wanted Posted: 11 Feb 2012 05:56 PM PST Justin BieberLONDON: Anggota kumpulan dari British, The Wanted memuji ahli kumpulan terbaru mereka Justin Bieber yang disifatkan sebagai individu yang merendah diri dan enggan mencampuri urusan lain walaupun berstatus bintang besar. Laman web femalefirst.co.uk. melaporkan penyanyi sensasi berusia 17 tahun itu telah menyertai kumpulan tersebut. Dalam pada itu vokalis kumpulan itu, Max George berkata kepada MTV: "Dia bukan jenis yang suka memberikan nasihat atau menunjukkan kehebatannya. Sikap itu menujukkan dia seorang yang rendah diri. "Saya rasa dia mensyukuri setiap kurniaan yang diberikan kepadanya dan tidak menganggap dirinya sebagai seorang yang hebat. "Kami tidak berbual tentang muzik, sebaliknya kami bercakap mengenai bola sepak atau bola keranjang." | ||
| Madonna Bakal Berduet Dengan Britney Spears Semula Posted: 11 Feb 2012 05:52 PM PST Aksi luar biasa Madonna pada separuh masa kejohanan Super Bowl, baru-baru ini.WASHINGTON: Penyanyi Britney Spears dikhabarkan bakal berduet semula dengan penyanyi legenda Madonna dalam album terbarunya berjudul MDNA. Laman web Aol.com melaporkan, berdasarkan pada sekeping gambar yang tersebar, di mana ia dipercayai kulit album terbaru Madonna, nama Spears kelihatan terpampang pada sebuah lagu berjudul Girls Gone Wild. Madonna yang mendapat jolokan Ratu Pop itu turut bergandingan dengan Nicki Minaj dan MIA dalam sebuah lagu daripad album Give Me All Your Luvin, yang dipersembahkannya pada separuh masa pertama kejohanan Super Bowl, baru-baru ini. Kolaborasi Madonna dan Spears telah mencetuskan kontroversi pada 2003 apabila mereka dilaporkan bercumbu di atas pentas pada anugerah VMA. Pada 2008 pula, Spears telah menyertai siri jelajah album Madonna iaitu Sticky and Sweet di Los Angeles, Amerika Syarikat. | ||
| Usah dikorek kisah lalu – Wawa Zainal Posted: 11 Feb 2012 05:50 PM PST ![]() USIA pembabitan seseorang artis bukan indikator utama yang menentukan tahap populariti dan jaminan keselesaan dalam industri seni pada hari ini. Arah kedudukan penggiat seni itu juga sentiasa terumbang ambing tetapi masyhur andai dikaitkan dengan cerita sensasi sama ada rekaan sendiri atau angkara orang lain. Semua itu terjadi apabila ada 'episod lampau yang belum selesai' terjadi sebelum individu itu melangkah ke dunia seni. Situasi sebegitu juga berlaku pada seorang pendatang baru yang berhijrah dari Lahad Datu, Sabah ke ibu kota untuk mempertaruhkan nasib sebagai anak wayang. Biarpun mengetahui bahawa tiada aliran darah seni dalam tubuhnya, berbekalkan kemenangan bertanding drama peringkat sekolah menengah empat tahu lalu, dia nekad dengan keputusannya. Impian Wawa Zainal yang dikenali selepas drama Ana Lulu bersiaran di TV3 ini juga jelas. Dia mahu mengasah bakat, mencipta nama dan berdiri sebaris dengan pelakon sedia ada. Lantaran itu, gadis berusia 20 tahun ini hanya tersenyum sahaja apabila ada yang mensinonimkan namanya dengan gambar seksi yang pernah tersebar. Rakaman wajah dirinya dengan memakai baju yang menampakkan sebahagian besar dadanya itu adalah isyarat supaya lebih berhati-hati. "Benar orang cakap, sekeping gambar boleh bercerita. Silap sendiri,saya tak salahkan sesiapa pun. Cuai sebab tak simpan telefon bimbit di tempat selamat. "Lagi pun, kita percaya tak ada orang panjang tangan di set penggambaran. Bila dah kena curi, ada pula gambar 'tersebut', saya dah agak mesti kena hentam teruk dengan peminat seni tanah air," ulas Wawa tentang peristiwa memalukan dirinya itu. Adakah pemilik nama sebenar Nurhawa Zainal Abidin ini sama seperti yang digambarkan potret seksi yang tersebar itu, pantas dia menggelengkan kepala. "Saya biasa saja, tak lebih dan tak kurang. Mungkin pemikiran kita tak matang, tak fikir panjang bila ambil gambar itu," ringkasnya. Mengulas tentang kesan penyebaran gambar itu disamakan seperti publisiti murahan yang berjaya membuka mata banyak pihak tentang kehadirannya dalam industri seni, Wawa ada hujah tersendiri. "Jujurnya, saya sedih bila mendengar cerita tak elok setelah orang tengok gambar itu. Dugaan manusia, apabila menjadi orang yang dikenali memang payah. Nampak glamor hanya di luaran saja. "Cabaran sebegini perlu ditempuhi juga dengan apa cara sekalipun. Saya tak nak terlalu lama bersedih sebab kesilapan yang memalukan itu. Jadi lebih baik saya teruskan kehidupan seperti biasa. "Orang boleh cakap apa pun, terserah, saya tak boleh nak halang. Popular tak bertahan, sebab bakat juga akhirnya orang pandang dan buat kita bertahan lama. Saya kena buktikan dengan bakat sebab saya bukan jenis macam itu . "Tambahan pula, perjalanan seni saya masih terlalu jauh, saya tak boleh melatah dan asyik pandang belakang. Sebab ada orang di luar sana yang tak pernah jemu korek cerita buruk tentang kita," jelasnya. Adakah peristiwa itu turut meruntuhkan kepercayaan bapa, Zainal Abidin Sulong, 61, dan ibu, Mariam Hashim, 41, yang memberi restu dan sokongan 100 peratus sewaktu melepaskan anak mereka berseorangan mencari rezeki di ibu kota? "Alhamdulillah, mereka faham. Saya dah jelaskan kepada mereka tentang perkara ini," ringkasnya. Mudah jatuh cinta? PELAKON filem Hantu Dalam Botol Kicap ini juga tidak terlepas dikaitkan dengan gosip cinta. Wawa dikatakan sedang bercinta dengan dua aktor dibawah naungan MIG, iaitu Shaheizy Sam dan Aeril Zafril. Biarpun Wawa mengatakan mereka adalah teman sekerja, tetapi bagaimana pula hati anak kelapan daripada 11 beradik ini apabila dikaitkan dengan dua lelaki berkenaan? Pasti jiwa muda Wawa berbunga riang tatkala bersama dengan dua aktor yang telah mencipta nama dalam industri seni. "Soal hati ini terlalu awal untuk dikatakan sebab saya belum ada apa-apa lagi. Tak nak nanti orang kata saya perasan bila dikaitkan dengan orang-orang popular tu. "Sebab itu, saya kawal perasaan. Tak nak tunjuk terlalu teruja bila media tulis gosip cinta saya sebab perkara itu mustahil berlaku sekarang. Saya tak nak ada komitmen cinta lagi, takut hilang fokus," jelasnya. Apakah itu bermakna pelakon drama Bunga-Bunga Syurga bersama Johan As'ari itu gentar kewujudan cinta lokasi? "Sukar nak cakap. Bagi saya, perkara macam ini mungkin terjadi seperti mana berlaku pada kebanyakan artis sebelum ini. Percikan cinta susah nak dijangka. "Apa pun, benda ini belum berlaku lagi pada saya. Tapi saya tak mahu cakap besar, kerana esok lusa kita tidak tahu lagi," katanya berteka-teki. Bukan boneka PELAKON berbintang Pieces ini turut menyatakan pandangan apabila wujud situasi membeza-bezakan layanan antara pendatang baru dengan senior dalam industri. Apabila pengalaman kebanyakan pendatang baru sering dinafikan dan peluang untuk diangkat sebagai watak utama sering terhalang. "Semua itu bergantung pada nasib seseorang itu. Ada orang berusaha lebih macam jadi pelakon tambahan dan buat kerja teruk macam boneka, tapi tetap tak dapat watak utama ada juga sebaliknya. "Saya rasa pihak penerbitan semakin bijak dengan strategi masing-masing. Mereka mesti ada sebab tertentu apabila nak bagi watak kepada pelakon sedia ada. "Saya bertuah sebab tak rasa jadi pelakon tambahan, terus diberi kepercayaan terajui watak utama. Tapi itu bukan jaminan untuk saya berada dalam kedudukan selesa. Saya tetap ambil peluang untuk kembangkan bakat walaupun terpaksa berlatih berjam-jam depan cermin," dedahnya. Ditanya sasaran Wawa bergelar pelakon wanita terbaik, katanya, "Kita tengok kemampuan Wawa Zainal sebagai pelakon pada tahun 2015." | ||
| Posted: 11 Feb 2012 05:49 PM PST
WANITA bernama Nor Razlinda Razali, 27, atau lebih dikenali sebagai Bienda ini kini sarat mengendong kandungannya yang telah pun mencapai usia lapan bulan. Bagi setiap para ibu, tempoh lapan bulan itu sudah cukup untuk kita katakan bahawa kandungannya semakin matang. Bak kata orang, cuma menunggu hari sahaja. Masih ingat lagi bagaimana kisah kontroversi pernikahannya yang dibuat senyap-senyap sekitar dua tahun lepas. Malah, sampai sekarang dia tetap tidak ingin untuk menceritakan mengenai tarikh pernikahannya itu. Baik Bienda mahupun suami, Kamarul Zariman Abdul Rahman, 29, kedua-duanya lebih selesa mengunci mulut. Bukan itu sahaja, malah hajat untuk berbicara mengenai jantina bayi kandungannya juga menemui jalan yang sama. Ternyata, Bienda dan suami memilih jalan untuk berahsia mengenai perkara itu meskipun sudah banyak pihak yang datang memujuk. Mengaku ramai yang melahirkan rasa teruja untuk mengetahui jantina bayinya, Bienda bagaimanapun lebih suka berteka-teki dengan mereka yang datang bertanya. "Saya dan suami dah buat ujian imbasan (scan) dan kami ada jawapannya. Tapi maaflah, saya belum bersedia nak beritahu. "Bukan apa, saya dan suami lebih suka jadikan ia satu kejutan. Biarlah bayi saya lahir dulu. Ketika itu semua orang akan dapat jawapannya bukanlah nak sorok sangat pun," katanya. Dalam pada itu, kata Bienda, dia juga bertindak begitu kerana tidak mahu ada pihak yang hampa apabila mendapat tahu jantina bayi itu tidak seperti apa yang diteka dan diharapkan mereka. "Bayangkan jika keluarga saya harap bayi ini bayi perempuan, tapi keluarga sebelah suami pula nak anak lelaki. "Tapi bila saya dah bersalin, yang lahir anak perempuan, tentu yang sebelah lelaki pula kecewa. "Jadi lebih baik kita rahsiakan dulu. Nanti dah bersalin, semua orang akan kongsi rasa gembira yang sama," ujarnya yang sudah mempunyai nama untuk bayi sulungnya itu. Ditinggalkan? Untuk memahami tugas suami yang sentiasa sibuk menuntut kesabaran yang cukup tinggi daripada mana-mana isteri. Apalagi dalam keadaan bila mana kandungan semakin hari semakin membesar. Menurut Bienda, untuk beberapa tempoh sepanjang dia mengandungkan bayi sulungnya itu, dia terpaksa berhadapan dengan situasi ditinggalkan suami atas tuntutan kerja. Namun, kata Bienda, dia tidak mahu terlalu mementingkan diri dan kerana itu dia tidak pernah merungut jika si suami terpaksa melangkah ke luar negara untuk bekerja. "Boleh dikatakan kerap kali jugalah dia ke luar negara antaranya Perancis, Vietnam, Filipina, China, Indonesia, Australia dan Jepun. Itu semua atas tuntutan kerja. "Dia mencari rezeki dan saya tidak pernah menghalangnya. Inilah pengorbanan Bienda sebagai seorang isteri. "Iyalah, dalam keadaan begini, tentulah kita perlukan suami sentiasa di sisi. Lagi-lagi Bienda pula mengalami alahan teruk. Apa pun Bienda banyakkan berfikir benda yang positif supaya jiwa tak rasa terganggu sangat," katanya. Pun begitu, kata Bienda, dia juga seperti wanita lain yang pastinya menanggung kerinduan yang dalam terhadap si suami apabila ditinggalkan. Malah, kata pelantun lagu Penantian ini juga mengaku, saban malam dalam tempoh itu, dia sering mengalirkan air mata. "Bayangkan, sepanjang mengandung ni, saya cuma mahu dia saja yang menjaga saya. Jadi bila dia tak ada, rasa rindu. "Malam-malam menangis. Sampaikan saya tak basuh baju terakhir dia pakai sebelum berangkat ke luar negara sebab nak cium bau dia. "Selain itu, nak ubat rasa rindu, kami berdua juga selalu berinteraksi melalui Skype malam-malam. "Menariknya, anak dalam perut ni macam tahu saja bila saya nak online dengan walidnya, jadi dia pun akan bergerak-gerak dalam perut. Macam nak beritahu yang dia seronok jugalah agaknya," katanya sambil ketawa. Tak buat persiapan Lazimnya, bagi pasangan yang sedang menanti kelahiran bayi sulung, rata-rata mereka tak boleh membendung rasa teruja untuk menimang cahayamata. Oleh kerana terlalu teruja, maka berbagai-bagai barangan dibeli sebagai persiapan untuk menanti kedatangan orang baru. Pun begitu, lain pula halnya dengan Bienda. Katanya, dia dan suami tidak terlalu mengikut perasaan untuk mengeluarkan belanja yang banyak untuk bayi mereka. Ini kerana, kata Bienda, dia telah dinasihatkan oleh kedua-dua belah keluarga untuk tidak terlalu girang menyambut kelahiran. "Kalau ikut kata hati, memang teruja sangat. Maklumlah anak pertama. Tapi keluarga banyak bagi nasihat. "Kami tak banyak beli barang bayi. Adalah sikit, tapi untuk selamat, kami beli kebanyakannya berwarna putih sahaja," ujarnya. Dalam pada itu, kata Bienda, dia juga sudah terasa debaran menantikan kelahiran bayi sulung yang juga merupakan cucu ketiga dalam keluarga besarnya. Sebagaimana ibu lain, kata Bienda, dia cuma mengharapkan anaknya itu dapat dilahirkan dengan selamat, sempurna sifat dan sihat. | ||
| Posted: 11 Feb 2012 05:48 PM PST
UMPAMA besi berani, kelibat figura ini mampu memaku perhatian sesiapa sahaja tatkala muncul di khalayak ramai. Boleh juga membuatkan sesiapa mengalihkan fokus semata-mata untuk memandang fizikal bintang yang baru bersinar ini. Mungkin penampilan dirinya sedikit menonjol, berbeza dengan kebiasaan aktres tempatan sedia ada menjadikan dia adalah pusat tumpuan di mana-mana sahaja. "Kelebihan" anugerah daripada Maha Pencipta yang dilihat pada mata kasar sehingga ada memberi jolokan sebagai Angelina Jolie Malaysia lantaran pakej seksi bermula dari hujung rambut hingga ke kaki. Disebabkan "keistimewaan" tersebut juga membuatkan Kilafairy kurang selesa terutama didatangi pandangan liar, seolah-olah dia telah membuat satu dosa besar. Mengajukan persoalan tentang bagaimana dia berdepan dengan situasi sebegitu, membuatkan nada bicara wanita berusia 20 tahun ini kedengaran serius. "Kila tahu memang ada orang cakap bukan-bukan tentang diri Kila, matang sebelum usialah, terlebih yakinlah, tak pandai pilih imej dan macam-macam lagi. Tapi Kila tak boleh nak ubah apa yang ada sebab Kila memang selesa. "Takkan Kila kena jadi lain semata-mata nak puaskan hati orang. Kila selesa dengan gaya sofistikated dan elegan walaupun ada yang syorkan gaya K-pop, lebih muda bila memakai warna terang, sesuai dengan umur Kila. "Lagi pun setiap personaliti manusia itu kan berbeza, masing-masing ada karakter tersendiri. Perkara ini perlu difahami betul-betul terutama buat yang suka jaga tepi kain orang," tegas pelakon filem muzikal Hoorey Hoorey ini menegakkan pendiriannya. Pernahkah pemegang Diploma Lanjutan dalam bidang Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles Ampang, Kuala Lumpur ini terfikir membuat perubahan agar penampilannya tidak kedengaran lagi kutukan yang menghiris hatinya? "Ya, ada. Sekarang ini sedang ke arah itu, adalah ubah sikit-sikit macam Kila belajar lembutkan muka dan tak pakai kanta lekap warna terang," katanya jujur. Ditanya kebarangkalian yang menyebabkan orang memperkatakan keadaan fizikal dirinya, pelakon filem Karak ini ada hipotesis tersendiri. "Faktor kerap melakonkan watak penggoda di TV membuatkan penonton terus cop Kila macam itu bila nampak Kila di luar. Kila bukan jenis penggoda, tak nak pun jadi macam itu. "Watak penggoda hanya permainan watak saja. Tahu tak mereka yang sebenarnya susah nak pelbagaikan watak macam itu. Kila pun kadang-kadang buntu bila asyik diberi watak sama," luah peminat lagu Hindustan ini yang punya impian besar untuk berjaya dalam bidang lakonan. Sibuk berniaga SEJAK akhir-akhir ini, jarang kedengaran berita tentang pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jahangir Khan ini di media, apa yang menyebabkan dia sedikit kebelakang berbanding kemunculannya awal tahun lepas? "Kila dapat tawaran berlakon tapi tak kena pula dengan jadual kuliah. Kila tak selesa buat dua kerja satu masa, nanti tak tercapai sebab terikat dengan tugasan, pembentangan projek kelas dan macam-macam lagi. "Tapi sekarang dah selesai. Bolehlah Kila bagi tumpuan sepenuhnya dalam bidang seni, termasuk menyudahkan single pertama Kila, berjudul Roman, berentak R&B soul, hujung bulan ini. "Buat sementara waktu ini, Kila sibuk usahakan perniagaan pakaian di butik milik Kila dan kakak (Syakira Idora) di USJ 19 City Mall (Subang Jaya, Selangor). Jadi, kalau tak ada sebarang fotografi atau berlakon, Kila duduk di sini saja," ceritanya. Butik RACK adalah impian Kilafairy dan kakaknya yang punya kemahiran dan pengalaman spesifik dalam bidang seni reka fesyen dan pemasaran. Idea tersebut juga datangnya daripada ibu kesayangan mereka, Rohana Jalil, penyanyi veteran yang pernah bergelar Juara Bintang RTM tahun 1980. | ||
| Posted: 11 Feb 2012 05:46 PM PST
BUAT julung kalinya Nasyeed Edutainment Publishing Sdn. Bhd., yang juga dikenali dengan jenama Nasyeed.Com akan menganjurkan Anugerah Nasyeed.Com yang akan berlangsung pada 13 dan 14 April 2012 bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam. Acara yang bakal dijadikan agenda tahunan dalam kalendar nasyid tanah air ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para penggiat industri nasyid sekali gus menggalakkan penghasilan karya-karya nasyid yang berkualiti secara berterusan. Secara tidak langsung, bakat-bakat baru juga akan dapat dicungkil dan diketengahkan dalam industri. Ini ditambah dengan status Malaysia sebagai The Home of Contemporary Nasyeed di kalangan penggiat industri nasyid antarabangsa, maka wajarlah penganjuran Anugerah Nasyeed.Com. Anugerah ini bakal mempertandingkan lagu-lagu dalam Carta Nasyeed.Com, carta yang menggunakan platform aplikasi facebook ini telah bermula sejak Julai 2011. Sebanyak 13 kategori bakal dipertandingkan seperti Anugerah Nasyeed Sirah, Anugerah Nasyeed Cinta, Anugerah Nasyeed Amar, Anugerah Nasyeed Selawat, Anugerah Nasyeed Perjuangan dan Anugerah Nasyeed Munajat. Terdapat juga Anugerah Susunan Muzik Terbaik, Anugerah Klip Video Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Lirik Terbaik, Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Juara Carta Nasyeed.Com dan Anugerah Khalifah Nasyeed. Pelbagai aktiviti menarik melibatkan artis, penggiat nasyid, media mahupun para peminat nasyid tanah air sudah diatur. Malam Anugerah Nasyeed.Com akan dilangsungkan pada 13 April 2012 dan diikuti dengan Konsert Anugerah Nasyeed.Com pada keesokannya iaitu 14 April 2012. Gerai jualan dan pameran oleh para penaja akan turut mewarnai foyer Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur yang menjadi lokasi acara. Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas, boleh menghubungi 03-55121352 atau 016- 2336551 atau e-mel kepada event@nasyed.com. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di laman www.facebook.com/nasyeedcom. | ||
| Posted: 11 Feb 2012 05:44 PM PST
SEGAK berjaket dan berkasut but, imej Awi Rafael itu seolah-olah sudah sebati dengan dirinya dan agak canggung jika tiba-tiba melihatnya bergaya tanpa kedua-duanya. Tidak kira ketika membuat persembahan atau menjalani pengambaran klip video, pelantun lagu Pulanglah ini setia dengan imej ala Rock n Roll itu. "Kawan-kawan saya akan buat muka pelik jika lihat saya tiba-tiba memakai kemeja-T biasa dan menyarung kasut sneakers malah akan ada yang kata saya nampak selekeh. "Sebenarnya tidak selekeh pun, tetapi mungkin gaya berjaket dan berkasut but itu sudah menjadi 'darah daging' saya kerana sudah lama saya berimej sebegitu. "Sumber inspirasi saya ialah Elvis Presley kerana selain bakatnya, dia amat menitik berat pemakaiannya dengan jaket kulit berkolar besar terutamanya ketika membuat persembahan," jelas Awi ketika ditemui di butik Morning Rocket Distro, Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Anak kelahiran Singapura ini tidak segan mengakui yang dia sudah berhabis ribuan ringgit kerana kegilaannya itu dan kini memiliki 28 helai jaket serta 12 pasang kasut but. Selain memberi gaya yang tersendiri dan menarik, apa yang membuatkan Awi meminati jaket dan but terutama yang diperbuat daripada kulit adalah kerana ia tahan lama jika dijaga dengan rapi. Ceritanya lagi, makin mahal usia jaket kulit yang berjenama, makin tinggi nilainya kerana orang ramai menyukai barangan vintaj. KesayanganJaket kulit kelabu antara yang termahal miliknya kerana diperbuat daripada kulit lembu, jadi ianya lebih lembut serta tidak panas. Jaket baldu hitam dengan garisan luar berwarna emas ala seragam tentera juga menjadi antara kesukaannya kerana ditempah khas dengan seorang pereka fesyen. Namun, Awi tidak meletakkan kriteria mahal dan berjenama sahaja dalam memenuhi kehendak gayanya kerana baginya, asalkan pandai bergaya, baju tidak berjenama pun akan nampak mahal. "Jaket yang paling saya gemar sebenarnya jenis denim yang dibeli di kedai biasa di Ipoh yang kemudian saya tampal dengan lambang atau corak yang mencerminkan minat saya," katanya. Imej yang ditampilkan Awi itu juga memberi rezeki kepadanya apabila menarik perhatian Morning Rocket untuk menajanya menggayakan jaket-jaket butik itu seperti jaket merah yang dipakainya dalam klip video Pulanglah. | ||
| Posted: 11 Feb 2012 05:43 PM PST ![]() BAYANGKAN bagaimana sekiranya anda berada di dalam sebuah dunia yang terbalik. Lantai di atas kepala , bumbung pula di kaki. Tentu pening dibuatnya. Sesiapa yang melalui Batu 21 Jalan Berungis -Tamparuli di Sabah, sudah pasti tidak terlepas pandang akan keunikan sebuah rumah dengan reka bentuk tempatan masyarakat Kota Belud - iaitu rumah terbalik pertama di Malaysia. Rumah seluas 1,500 kaki persegi itu seperti kediaman biasa, dilengkapi dua bilik tidur, satu ruang tamu, satu ruang makan, satu beranda, ruang dapur dan tandas. Bezanya semua itu dibina terbalik iaitu dengan keadaan bumbung di bawah dan lantai di atas. Pengalaman memasuki rumah berkenaan yang turut senget sebanyak tiga darjah pastinya amat berbeza kerana ia akan mencabar logik minda setiap pengunjung. Pening! Itu pastinya jawapan mudah pengunjung selepas memasuki Rumah Terbalik di laluan utama ke Kundasang dan Ranau itu yang dibuka setiap hari kepada pengunjung dari pukul 8 pagi hingga 8 malam. Sebaik sahaja meletakkan kenderaan di kawasan rumah berkenaan, pengunjung pastinya tertarik dengan sebuah garaj kereta yang menempatkan sebuah kereta Kancil dalam keadaan terbalik. Pengunjung akan bertambah pening sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu rumah berkenaan kerana segala peralatan seperti kerusi sofa, baju sidaian dan sebagainya berada dalam keadaan terbalik. Peralatan lain termasuk almari, lubang tandas, dapur dan rak buku melekat di siling manakala lampu dan kipas yang biasanya berada di siling pula ada di kaki anda. Semuanya betul, bukan replika. Pemilik rumah berkenaan, Alexander Yee, 43, sendiri mengakui kerja-kerja pembinaan rumah itu cukup mencabar. Pening "Ini kerana semuanya perlu dibina dan dipasang dalam keadaan terbalik. Kerap kali pekerja terpaksa berhenti dan tidak dapat melakukan kerja secara berterusan kerana pening," katanya. Menurut anak jati Penampang ini, idea untuk membina rumah berkenaan adalah hasil kajian dan penglibatannya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar. "Ia sebenarnya memberi mesej kepada orang ramai supaya menjaga alam sekitar kerana tanpa penjagaan berterusan, kehidupan kita akan tunggang terbalik. "Pemilihan rumah kampung ini adalah satu simbolik kerana ia warisan berharga kita yang perlu dijaga agar berada dalam keadaan sempurna," katanya. Tambahnya, pembinaan rumah berkenaan menjadi tarikan pelancong kerana menampilkan kelainan di Sabah yang memang sudah terkenal dengan flora dan faunanya. Pembinaan rumah istimewa ini mengambil masa kira-kira lima bulan manakala 11 bulan lagi untuk membina restoran, kedai cenderamata dan pelbagai kemudahan lain yang keseluruhannya menelan kos kira-kira RM1.2 juta. Ia mula dibuka kepada umum pada 1 Januari lalu. "Pada awalnya, saya membawa pelan ini kepada arkitek. Mereka ingatkan paparan pelan saya terbalik dan mereka terkejut apabila saya nyatakan ia memang sebuah rumah terbalik," katanya. Sementara itu Pengurus Operasi Rumah Terbalik, Kenny Anthonio berkata, pengunjung bukan sahaja dapat melihat keunikan rumah tersebut bahkan didedahkan oleh petugas mengenai keunikan budaya masyarakat Sabah. "Semua pengunjung dikehendaki memukul gong sebelum memasuki rumah dan memberi salam yang menjadi budaya masyarakat di negeri ini," katanya. Tiket masuk yang dikenakan kepada pengunjung RM18 untuk dewasa dan RM5 kanak-kanak manakala individu yang menunjukkan MyKad hanya dikenakan bayaran RM10 bagi dewasa. Sesiapa yang berminat dan ingin membuat tempahan dan mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi talian 088-783911 atau melalui facebook: rumah terbalik. | ||
| Mengintai rutin harian Dr. Ezani Posted: 11 Feb 2012 05:41 PM PST ![]() Dr. Ezani mempunyai pelbagai koleksi buku resipi. Wanita ini juga minat dalam bidang fotografi. Lazimnya, selesai melakukan kerja-kerja seperti memasak dan mengemas rumah , Dr. Ezani Farhana Md. Monoto, 26 bersantai di ruang tamu sambil membaca buku-buku resipi. Sesekali, apabila kebosanan menjengah, dia menghabiskan masa menyapu sampah atau menyiram pokok bunga di halaman rumahnya yang terletak di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor. Jika mempunyai masa lapang pula, dia pasti memasak menu baru. Pendek kata, rutin hariannya sentiasa diisi dengan perkara berfaedah. Bagaimanapun, sejak bergelar juara MasterChef Malaysia, masanya di rumah agak terhad. Siapa sangka, minat mendalam seorang doktor gigi terhadap dunia kulinari membuahkan hasil. Namun biarpun sudah bergelar juara, bagi Ezani, masih belum terlintas di fikirannya mahu meninggalkan kerjaya profesionalnya. Minat Ketika ditemui Mingguan Malaysia baru-baru ini, penampilannya yang santai dilengkapi apron sudah cukup menterjemahkan betapa dalamnya minat wanita muda ini terhadap dunia memasak. Menurut Dr. Ezani, aktiviti berkenaan bukanlah perkara asing baginya dan keluarga. Bak kata orang tua-tua, dapur mereka sentiasa berasap. "Saya menyertai MasterChef Malaysia kerana minat yang sangat mendalam terhadap bidang kulinari. Memang dari kecil saya suka memasak dan menjadikan ibu sebagai idola dalam bidang masakan. "Tetapi saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan bidang kulinari sebagai kerjaya saya memandangkan ahli keluarga semuanya mempunyai pekerjaan profesional. "Sewaktu menuntut di Australia, MasterChef Australia menjadi program yang tidak pernah saya lepaskan," ujar Eza Dr. Ezani melihat bagaimana peserta MasterChef Australia memasak dan beraksi di dapur lalu ia memberikan inspirasi kepadanya untuk memberanikan diri menyertai MasterChef Malaysia. "Pada masa sama juga, saya suka membaca dan membeli buku resipi. Dari situ, saya mendapat pelbagai idea untuk muncul dengan resipi sendiri sepanjang berada dalam MasterChef Malaysia," katanya. Ringkas Menyentuh dekorasi kediaman pilihan, Dr. Ezani gemarkan sesuatu yang ringkas. Baginya, kediaman adalah tempat untuk dia mendapatkan ilham khususnya mencipta resipi sendiri. Selain itu, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga berbincang tentang menu baru melalui buku-buku resipi miliknya. Apa yang menariknya, Dr. Ezani juga memperuntukkan sebahagian masanya untuk mengumpul ilham fotografi di rumah. Kebanyakan gambar-gambar milik peribadi dan keluarganya diambil sendiri. "Adakalanya, lenyap rasa penat apabila berehat di ruang kediaman. Ia juga pencetus semangat untuk saya mencari idea resipi sendiri atau berehat pada waktu malam atau hujung minggu," tutur Dr. Ezani. | ||
| Posted: 11 Feb 2012 05:40 PM PST
DI sebalik hiruk-pikuk ruang pelepasan domestik dan antarabangsa Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang, ratusan krew penerbangan sudah mula bersiap sedia. Rambut siap didandan, wajah disolek rapi dan bergegas membuat persediaan sebelum menyambut penumpang menaiki pesawat. Bagi krew penerbangan yang bertugas, inilah waktu yang amat menguji kesabaran, ketahanan emosi dan mental mereka. Bayangkan berada di dalam pesawat dengan situasi yang sama untuk sepanjang hari. Inilah rutin yang perlu dilalui pramugari penerbangan (FA) Irnawati Japar Samijan Osir Leong, 32, setiap hari. Namun FA dari Sabah ini tidak pernah merungut kerana kerjaya terbang di awan biru menjadi impiannya sejak kecil. Cabaran "Selama sembilan tahun bersama AirAsia, pelbagai cabaran saya lalui. Penumpang biasanya tidak susah untuk di jaga malah saya sangat suka berjumpa dengan orang yang berlainan setiap hari. "Cuma kadang kala apabila penerbangan terlewat, ada yang marah. Pada masa inilah FA harus mengunakan sepenuhnya kemahiran untuk menenangkan penumpang. "Jika saya hadapi situasi ini, saya akan setia mendengar keluhan atau kemarahan penumpang dan cuba meletakkan diri saya di tempat mereka waktu itu. Insya-Allah kita dapat menyelesaikan masalah itu," katanya sambil tersenyum. Selain kerjaya impiannya, Irnawati juga mengusahakan pusat kecantikan secara kecil-kecilan sebagai mengisi hobinya pada masa lapang. Dia juga dalam proses membuka butik pakaian. "Walaupun sibuk dengan kerjaya, saya akan mengambil cuti panjang pada pertengahan dan hujung tahun untuk bersama keluarga,"ujarnya. | ||
| Posted: 11 Feb 2012 05:39 PM PST
Datuk Paduka Toh Puan Seri Diraja Noor Aini Abdullah tidak menyedari mempunyai penyakit tekanan darah tinggi sehinggalah beliau berjumpa doktor kerana sering sakit kepala. "Ketika itulah, doktor memberitahu saya mempunyai penyakit darah tinggi dengan kadar tekanan melebihi 120 dan mempunyai risiko strok jika lambat mendapatkan rawatan. "Memang doktor sangat risau tentang keadaan saya. Kemudian saya diberikan ubat," katanya yang hanya menyedari menghidap penyakit itu hujung tahun lalu. Noor Aini atau mesra dipanggil Nora cuba sedaya upaya melibatkan diri dalam aktiviti fizikal supaya kekal sihat di sebalik rutin sibuk yang dilalui beliau. Namun, apabila jatuh sakit, Nora terpaksa menghentikan rutin fizikal sementara waktu. Kebanyakan waktunya hanya dihabiskan untuk berehat. Tambahan pula, Nora sering mengalami sakit belakang. "Pada waktu itulah saya diperkenalkan dengan sauna infra merah jauh (far infra red - FIR) Zazen oleh Yasotha. "Sebelum ini, saya ada mengikuti sesi bersauna menggunakan sauna FIR tetapi tidak memilikinya di rumah mahupun melakukan sauna sekerap sekarang," katanya merujuk kepada rutin sauna secara aktif diikutinya sejak tiga bulan yang lalu. Memikirkan yang beliau nyaris tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan anaknya sendiri pada November lalu kerana faktor kesihatan, Nora amat bersyukur kerana kesihatannya kini pulih dengan izin-Nya. "Malah ramai yang memuji wajah saya kini lebih segar," ujar duta Zazen FIR ini. Keseimbangan Sejak memiliki FIR di rumah, Nora lebih rajin menggunakannya dengan rutin tiga kali seminggu, 30 minit setiap kali. Beliau dapat merasakan banyak perbezaan khususnya dari segi penyakit yang dialaminya. "Darah tinggi saya menurun. Saya juga ada mengalami masalah lain seperti otot tegang, sakit belakang dan tekanan. Kini, semua itu bertambah baik. Ia bukan mengubati penyakit tetapi ia memberikan masa kepada badan untuk berehat dan mencapai keseimbangan. "Justeru badan kita mendapat peluang untuk membetulkan sistem," katanya yang sangat mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan. Nora menambah, seseorang yang mengalami perpeluhan ketika berehat dalam sauna selama 30 minit juga menyamai aktiviti berlari sejauh enam hingga sembilan batu. Apabila dilakukan dengan kerap, ia membantu kulit membuang toksin untuk awet muda. Mandi bunga Berkongsi rahsia kecantikannya, Nora mengamalkan petua mandi bunga. Tidak ketinggalan, perunding etika dan protokol ini mengamalkan pemakanan sihat dan sederhana untuk mengelakkan kemudaratan. Tidak seperti wanita lain yang mungkin banyak menghabiskan masa di pusat gim atau kecantikan, Nora menjadikan ibadat solat sebagai senaman hariannya. Baginya, solat itu sendiri merupakan aktiviti fizikal semula jadi. Nasihatnya pada wanita lain, supaya menjaga kesihatan sebelum sakit datang. "Kita perlu mencari waktu untuk merehatkan badan dan memeliharanya. Kita kena ingat mencegah adalah lebih baik daripada merawat," ujarnya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






















0 ulasan:
Catat Ulasan