RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Mamat (Sepah) Tidak Lagi Bermusuh Dengan Fida

Posted: 13 Mar 2012 07:55 PM PDT

Mamat menjelaskan hubungannya dengan Fida sudah kembali baik.

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Sepah, Mamat memberitahu hubungannya dengan bekas kekasih iaitu pelakon Fida Ibrahim yang sebelum ini tegang sudah kembali pulih.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berkata, kedua-dua mereka telah melupakan semua kisah yang pernah berlaku sebelum ini dan saling bermaaf-maafan atas satu insiden yang melanda mereka.

"Alhamdulillahlah semua persengketaan sebelum ini telah kembali jernih seperti sedia kala dan hubungan kami berada di tahap baik ketika ini," ujarnya kepada mStar Online.

Mamat ditemui ketika pelancaran filem animasi terbaru Bola Kampung The Movie di sini pada Selasa.

Bagaimanapun kata Mamat, hubungan yang kembali jernih itu tidak bererti mereka telah bercinta semula tetapi menyifatkan hubungan berkenaan hanyalah sekadar rakan baik.

Mamat menjelaskan, selepas peristiwa tersebut, dia merasakan dirinya lebih selesa berkawan dengan Fida dan berharap masyarakat tidak akan tersalah anggap jika terserempak dengan mereka pada masa akan datang.

"Dia berhak berasa marah dengan apa juga yang berlaku sebelum ini tetapi kini semuanya telah tinggal sejarah dan kami masing-masing telah bercakap dari hati ke hati mengenai kejadian tersebut dan menyelesaikannya dengan baik.

"Kini hubungan kami lebih baik daripada sebelum ini dan biarlah hanya saya dan dia yang mengetahui apa yang berlaku," katanya.

Sebelum ini, kecoh apabila gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi tersebar di laman-laman blog hiburan tempatan dan Mamat mengakui telah memuat naik gambar itu dalam laman Facebook miliknya tanpa kebenaran kekasihnya itu.

Kejadian itu telah menyebabkan hubungan kedua-dua mereka retak sehingga menyebabkan Fida mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka berdua.

Mamat dan Fida pernah bercinta pada tahun lalu.

Dalam pada itu, menjawab mengenai pengganti Fida dalam hidupnya, Mamat berkata, buat masa ini dia selesa hidup bersendiri dan ingin memberi tumpuan kepada kerjaya seninya.

Tambah Mamat, selepas beberapa kontroversi yang dilalui sehingga hampir memusnahkan kerjaya seninya, Mamat tidak lagi boleh mengambil sikap sambil lewa terhadap perkara yang boleh menyebabkan perkara itu berlaku.

"Sebelum ini saya banyak main-main sehingga orang kecam saya dengan pelbagai perkara dan terlalu terbuka dengan orang- di sekeliling saya.

"Jadi sudah sampai masanya saya perlu menumpukan perhatian kepada satu perkara buat masa ini iaitu kerjaya kerana ia lebih penting daripada perkara lain," ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah dia dan Fida akan kembali bercinta memandangkan hubungan baik mereka ketika ini, Mamat berkata jika jodoh di antara mereka masih kuat dia tidak menolak kemungkinan itu.

"Sebelum kejadian gambar tu hati kami memang saling terpikat antara satu sama lain, dan bagi saya sendiri sehingga sekarang rasa terpikat itu masih ada cuma keadaan kini telah berbeza.

"Namun kalau memang jodoh saya dengan dia siapa saya untuk menolak," ujarnya.

Ezlynn Ingin Anak Segera Selepas Empat Bulan Kahwin

Posted: 13 Mar 2012 07:53 PM PDT

Ezlynn ingin menimang cahaya mata secepat mungkin.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye memberitahu ingin menimang cahaya mata secepat mungkin jika diberi rezeki oleh Allah.

Ezlynn, 31, berkata, dia telah bersedia untuk bergelar sebagai seorang ibu dan tidak mahu menunggu lama untuk berbuat demikian.

"Saya harap dah ada 'isi' tapi masih belum rezeki kami berdua lagi tetapi saya sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat," ujarnya kepada mStar Online.

Ezlynn ditemui ketika pelancaran filem animasi terbaru Bola Kampung The Movie di sini pada Selasa.

Tambah Ezlynn, jika diizinkan, dia dan suaminya, Adam Fahmi ingin memiliki keluarga yang besar tambahan pula kedua-dua mereka sukakan kepada kanak-kanak.

"Adik-beradik saya yang lain semua sudah berkahwin dan mempunyai anak. Selalunya saya menumpang kasih dengan mereka. Sebab itu juga saya ingin cepat dapatkan anak kerana seronok melihat keletah anak-anak saudara," katanya.

Ezylnn dan Adam, 35, yang juga pengurusnya bernikah pada 21 November tahun lalu yang diadakan di Sime Darby Convention Centre di sini.

Dalam pada itu, Ezlynn memberitahu dia dan Adam masih belum sempat berbulan madu kerana sibuk dengan pelbagai undangan nyanyian yang ada di antaranya telah pun dipersetujui sebelum mereka berkahwin lagi.

Ezlynn dan Adam ketika majlis resepsi perkahwinan mereka.

Bagaimanapun kata Ezlynn, dia dan suaminya akan berkunjung ke Pulau Pangkor, Perak sebagai pra bulan madu sebelum terbang ke Eropah untuk bercuti.

"Masih belum tahu bila nak pergi kerana terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan dan suami pun tak boleh nak marah kerana semua tugasan itu dia yang tempah untuk saya," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam filem animasi Bola Kampung The Movie, Ezylnn memberitahu dia teruja dapat meminjamkan suaranya untuk watak utama filem itu yang bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.

Katanya, walaupun gementar untuk memulakan proses rakaman suara tetapi dia yakin dapat melakukan terbaik untuk filem itu.

"Paling menarik watak yang diberikan kepada saya adalah seorang budak lelaki bernama Iwan dan itu telah membuatkan saya sedikit gemuruh kerana perlu menukar gaya suara.

"Nasib baik pihak produksi ada menyediakan seorang jurulatih untuk memberikan panduan dalam membina watak untuk Bola Kampung The Movie," ujarnya.

Selain Ezylnn, filem itu turut menampilkan 13 pelakon popular yang turut meminjamkan suara mereka seperti Deanna Yusoff, Harun Salim Bachik, Mamat (Sepah), Douglas Lim, dan Afdlin Shauki.

Deanna Yusoff Pilih Untuk Terus Membujang

Posted: 13 Mar 2012 07:52 PM PDT

Deanna selesa hidup membujang.

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Deanna Yusoff memilih untuk hidup membujang walaupun sudah berusia 45 tahun kerana merasakan keputusan tersebut adalah satu tindakan terbaik untuk dirinya.

Deanna berkata, dia tidak pernah berasa takut untuk mendirikan rumah tangga sebaliknya masih belum bertemu dengan individu yang benar-benar sesuai untuk diangkat menjadi seorang suami.

"Saya seronok dengan kehidupan sekarang. Kerana itulah perkahwinan tidak menjadi keutamaan kepada saya.

"Pilihan ini adalah keputusan sendiri dan bukan kerana kecewa akibat gagal dalam percintaan sebelum ini," ujarnya kepada mStar Online.

Deanna ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran filem Bola Kampung - The Movie di sini pada Selasa.

Bagaimanapun kata Deanna, dia tidak menolak jika suatu hari nanti jodohnya akan tiba dan berharap ia akan kekal selama-lamanya.

"Jika ada jodoh, saya berharap lelaki itu adalah seorang yang menjadi dirinya sendiri, tidak sombong, baik hati dan pemurah bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi sikap serta tanggungjawabnya.

"Buat masa ini hidup saya tidak sunyi kerana dikelilingi oleh rakan-rakan dan keluarga yang banyak mengisi ruang dalam hidup saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Deanna berkata, dia tidak pernah menghilangkan diri daripada industri hiburan tanah air cuma kelibatnya jarang muncul di media massa menyebabkan ramai tidak menyedari kehadirannya.

Deanna memberitahu, sehingga kini dia masih sibuk dengan pelbagai undangan lakonan, nyanyian, menjadi pengacara namun mengakui lebih selektif terhadap tawaran yang diterima terutamanya dalam bidang lakonan.

"Tawaran berlakon memang banyak tetapi kebanyakannya adalah watak yang pernah saya terima sebelum ini sebab itu saya jarang muncul di kaca televisyen," ujarnya.

Kali terakhir muncul dalam filem Chermin pada tahun 2006, Deanna bagaimanapun berkata, peminat boleh menyaksikan lakonannya dalam drama bersiri Cendana di Astro Prima pada bulan depan.

Selain Chermin, antara filem lakonan Deanna sebelum ini adalah Selubung (1992), Abang 92 (1992) dan Ringgit Kasorrga (1995).

Sementara itu, Deanna berkata, selain aktiviti seni, dia juga sibuk menguruskan syarikatnya iaitu Artisanal Asia Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan yang diberi nama Grandjean iaitu coklat premium daripada Switzerland.

Buat masa ini dia hanya menerima tempahan untuk pembelian coklat tersebut secara dalam talian dan membuat penghantaran terus kepada pelanggan.

"Coklat premium dari Switzerland ini adalah antara terbaik dan ia perlu dibawa menaiki kapal terbang jika ada tempahan dibuat oleh pelanggan.

"Setakat ini perniagaan berjalan lancar dan sering mendapat tempahan untuk majlis-majlis korporat atau perkahwinan.

"Saya juga merancang untuk memperluaskan lagi perniagaan ini dengan membawa masuk lebih banyak coklat terbaik daripada sana," ujarnya.

Ogy Batal Hasrat Saman Johan (Raja Lawak)

Posted: 13 Mar 2012 07:50 PM PDT

Ogy Ahmad Daud.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) telah membatalkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak Johan (Raja Lawak) kerana berpendapat enggan memanjangkan isu tersebut.

Terdahulu, aktres itu dilaporkan berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) lalu.

Ogy berkata keputusan itu diambil kerana dia sudah berasa sejuk hati dan memaafkan keterlanjuran pelawak itu.

"Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.

"Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia," katanya.

Johan Raja Lawak.

Ogy berkata demikian pada majlis memperkenalkan protege program Mentor musim keenam di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa.

Ogy berkata dia membuat keputusan itu selepas mendapat petunjuk daripada Allah.

"Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut.

"Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda," katanya.

Ogy juga berkata, insiden itu mempunyai hikmah dan memberikan pengajaran kepada Johan agar lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling khususnya ketika mengacara atau berlawak di depan khalayak.

14 Artis Popular Pinjamkan Suara Untuk 'Bola Kampung The Movie'

Posted: 13 Mar 2012 07:49 PM PDT

Bola Kampung The Movie bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.

KUALA LUMPUR: Siri animasi televisyen popular terbitan tempatan iaitu Bola Kampung yang telah ditayangkan di 16 buah negara bakal diangkat sebagai sebuah filem dengan meminjam 14 suara selebriti terkenal bagi mendukung watak dalam filem itu.

Pengarah Urusan Animasia Studio, Edmund Chan berkata, dia terharu dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh kesemua selebriti terlibat dan menganggap ia adalah satu petanda baik dalam memajukan lagi industri perfileman dalam bentuk animasi di negara ini.

"Sejujurnya setiap pelakon, penyanyi, pelawak dan penyampai radio yang kita undang untuk berganding dalam pembikinan filem ini tiada seorang pun menolak.

"Mereka benar-benar teruja apabila diberitahu siri yang popular di kalangan kanak-kanak ini akan diangkat sebagai sebuah filem," ujarnya semasa berucap di majlis pelancaran filem Bola Kampung - The Movie di sini pada Selasa.

Pada majlis itu, Chan turut memperkenalkan barisan pelakon yang meminjamkan suara mereka untuk filem tersebut antaranya Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Steven Tan, Baki Zainal, Noh (Hujan), Douglas Lim, Rahim Omar, Deanna Yusoff, Adila Shakir, Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn dan Afdlin Shauki.

Dalam pada itu, Chan berkata, filem ini akan menggunakan sepenuhnya Imej Janaan Komputer (CGI) dengan kos penerbitan sebanyak RM6 juta dengan menggunakan tenaga kerja tempatan sepenuhnya.

Katanya, filem yang mengambil masa dua tahun sebagai persediaan itu akan menggabungkan 100 pakar tempatan dalam dunia grafik, muzik, animasi, komposer dan pelakon suara bagi menjayakannya.

"Dengan penerbitan Bola Kampung The Movie ini kami berharap dapat mempertingkatkan mutu produksi animasi di Malaysia selain menarik minat pihak antarabangsa terhadap produk buatan Malaysia," ujarnya.

Chan juga berhasrat untuk memasarkan filem ini di peringkat antarabangsa terutamanya seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina dan Turki yang mana siri kartun itu sangat popular.

Sementara itu, Chan memberitahu, pihaknya tidak hanya menyasarkan kepada kanak-kanak untuk menonton filem ini sebaliknya berharap seluruh keluarga dapat menikmati Bola Kampung The Movie di pawagam nanti.

Pihaknya juga akan melakukan promosi filem ini secara besar-besaran selain melalui peraduan menerusi talian selain memperkenalkan beberapa barangan cenderahati seperti alat tulis, patung mainan, pakaian dan sebagainya untuk penonton cilik.

Filem berkenaan berkisarkan mengenai Amanda, seorang puteri dunia permainan maya 'Kingdom Hill' dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari wira legenda, 'Suria Warrior' yang mampu menyelamatkan negaranya daripada peperangan.

Setibanya dia di kampung itu, Puteri Amanda telah hilang ingatan dan wira Bola Kampung iaitu Iwan telah menyelamatkannya dan dari situ pelbagai peristiwa menarik telah berlaku.

Drama siri Bola Kampung sehingga kini telah ditayangkan sebanyak 78 episod termasuklah menerusi saluran Disney Channel Asia dan Cartoon Network Asia.

Filem ini dijangka akan ditayangkan pada akhir tahun ini.

Julia Roberts Larang Anak Tonton Filem Lakonannya

Posted: 13 Mar 2012 07:47 PM PDT

Julia Roberts.

MENGETAHUI filem lakonannya ditonton oleh jutaan peminat di seluruh dunia ia adalah satu perkara yang begitu membanggakan buat seorang pelakon.

Namun bagi pelakon terkenal iaitu, Julia Roberts, 44, dia telah melarang anak-anaknya menonton apa juga filem yang dibintanginya sebelum ini.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini memberitahu dia telah meletakkan peraturan ketat dalam soal pemilihan filem yang sesuai untuk tontonan anak-anaknya.

Malah, dia bimbang jika anak-anaknya terkejut apabila melihat aksinya sebagai wanita jahat dalam filem Mirror Mirror.

"Rasanya mereka terlalu muda untuk menonton semua peranan yang pernah saya bawa sebelum ini," ujarnya.

Julia berkata, dia lebih senang apabila melihat anak-anaknya membaca buku dan mengakui sering menghabiskan masa bersama mereka untuk membaca.

Luah cinta dengan permainan mata

Posted: 13 Mar 2012 07:43 PM PDT

TENANG...sinematografi 7 Petala Cinta sangat indah.
TENANG...sinematografi 7 Petala Cinta sangat indah.

GENRE filem terbitan Metrowealth (MIG) tidak terbatas kepada filem komedi, seram dan komersial semata-mata. Sebaliknya, 'tanggungjawab sosial' terhadap masyarakat tidak dilupakan apabila mereka tampil menghasilkan filem berkonsep Islamik dan dakwah. Ini dibuktikan apabila MIG menghasilkan filem Syukur 21 pada 2000, Syurga Cinta (2009) dan Aku Masih Dara (2010).

Seperti kelaziman, genre sebegini menerima sambutan sederhana daripada penonton. Bagaimanapun, ia sedikitpun tidak mengubah pendirian produser Mejar David Teo untuk terus menghasilkan filem genre Islamik. Terbaru, mereka tampil dengan filem 7 Petala Cinta yang akan menemui peminat bermula esok.

  • Foto

    DIANA...selepas penggambaran filem ini, terus terbuka hati memakai tudung.

  • Foto

    AERIL...membuat persiapan minda dan jiwa sebelum berlakon.

  • Foto

    SHIMA...perlu menonjolkan pelbagai perasaan melalui mata.

Diarahkan Azhari Zain, filem ke-57 terbitan MIG ini mengangkat sebuah kisah cinta agung antara golongan Adam dan Hawa berlandaskan nilai murni, persahabatan dan pengorbanan. Paling penting, genre ini mampu mengubah pandangan penonton terhadap Azhari yang sinonim dengan filem ringan seperti genre seram dan komedi romantis 'urban'.

Gabungan pelakon muda iaitu Aeril Zafrel, Fizo Omar, Diana Amir, Shima Anuar, Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek menjadi pertaruhan berani MIG untuk menarik penonton ke pawagam. Gandingan ini diperkuatkan lagi dengan bantuan pelakon lain iaitu Ustaz Dini Juri, Ummi Rosiah, Zul Suphian, Wak Di dan Alex Yanz.


Tiga watak penting iaitu Aeril, Diana dan Shima yang hadir ke sesi fotografi di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini berkata, 7 Petala Cinta sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding filem sedia ada. Selain jalan cerita berbeza, filem ini menuntut mereka bekerja keras dalam menghidupkan wataknya.


Aeril yang dilihat bayangan hero baru dunia seni tanah air, bertuah kerana dua filemnya menemui peminat pada masa terdekat. Mencuit hati dengan karakter selamba dan santai sebagai Adam menerusi filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios sebelum ini, perwatakannya bertukar menjadi matang sebagai Ahmad Fakaruddin Attar (Attar) menerusi 7 Petala Cinta.

"Saya kena fokus sepenuhnya bagi menghidupkan watak ini. Sebelum bertukar jadi baik, Attar adalah pemuda ganas dan jahil. Satu hari dia dikejar polis dan terpaksa berlindung di sebuah pusat agama, Madrasah Qalbun Salim.

Apabila polis sampai dan bertanyakan Aby Ikhwan (seorang guru agama di situ) mengenai Attar, dia sanggup menipu demi menyelamatkan Attar.

"Biarpun selamat, Attar pula mempertikaikan kata-kata Aby Ikhwan yang sanggup menipu. Namun Aby Ikhwan membalas dengan ayat yang memberi kesan ke lubuk jiwanya sehingga menyebabkan dia terdetik mendalami Islam dan berhijrah. Lalu Attar diambil sebagai anak angkat dan jadi murid yang sangat rendah diri di madrasah itu.

"Dia disuruh buat pelbagai kerja antaranya susun selipar kerana Aby Ikhwan mahu membentuknya supaya jadi sabar. Karakter ini saya buat dengan sebaik mungkin agar peminat dapat merasai transformasi yang berlaku dalam diri Attar.
Konflik timbul apabila Attar secara tiba-tiba jatuh cinta dalam diam terhadap Saidatul Nafisah (Shima Anuar), anak Aby Ikhwan.

"Attar reda apabila tahu Saidatul Nafisah bertunang dengan Hamka (Fizo Omar) yang menyambung pelajaran di Yaman. Bagaimanapun, dia tetap menaruh harapan.
Tidak mudah sebenarnya kerana perasaan cinta antara mereka bukan ditunjukkan secara terang-terangan sebaliknya dibuat dengan tertib.

"Cabarannya, apabila menyentuh mengenai konsep perhubungan bukan mahram dalam Islam, percakapan perlu dijaga dengan sebaiknya. Begitu juga dengan dialog yang tak boleh keterlaluan. Saya kena kenal watak ini.

"Sebagai pelakon, saya kena menjiwai watak bukan saja di set tapi juga di luar lakonan. Saya akui sebelumnya, namun berlakon filem ini saya jahil dalam banyak benda lalu cuba mendekatkan diri saya dengan Allah s.w.t. Malah sebelum berlakon, saya buat sembahyang sunat dan berdoa agar diberi kekuatan untuk membawakan watak ini.

"Selepas habis filem ini juga, saya terdetik untuk menjalani aktiviti sosial bersama kawan-kawan dan lebih senang berada di rumah kalau tiada kerja," katanya.

Seperti diduga, Aeril sedar peminat akan membandingkan filem ini dengan filem dakwah dari Indonesia seperti Ayat-Ayat Cinta, Perempuan Berkalung Sorban dan Di Bawah Lindungan Kaabah.

Katanya, perbandingan ini tidak dapat dielak kerana syarikat produksi tempatan kurang menghasilkan filem genre Islamik berbanding Indonesia. Untuk itu, dia mengharapkan agar peminat memberikan sokongan padu sebagai pembakar semangat buat mereka.

Agak unik buat Shima Anuar kerana ini adalah filem kedua lakonannya dan juga yang kedua ditayangkan selepas Sumpahan Kum Kum. Menariknya, dia terpilih memegang watak Saidatul Nafsiah selepas pengarah menilai kesesuaian matanya dengan karakter ini.

"Sangat berbeza kerana Sumpahan Kum Kum sebuah filem seram sedangkan 7 Petala Cinta genre Islamik. Saya kena bawa imej muslimah yang berhijab dan hanya nampak mata saja. Sememangnya saya terkejut dan menggigil apabila Abang Azhari beritahu saya berjaya bawa watak ini.

"Sebelum berlakon, saya kena ikuti kelas yang ditetapkan seperti kelas mengaji dan sebagainya untuk mendalami watak. Cabarannya, semua ekspresi watak hanya diperlihatkan menerusi permainan mata saja.

"Ini juga kali pertama saya kena menangis dalam filem dan untuk melakukannya, saya membayangkan kehilangan ibu sejak ketika saya berumur 11 tahun," katanya.

Diana Amir pula melakonkan watak Hilma Aqila, adik kepada Hamka. Pengalaman bertudung menerusi filem ini berjaya membawa perubahan sangat besar terhadap dirinya kerana tidak berapa lama kemudian, dia terus membuat keputusan bertudung dalam menjalani kehidupan.

"Sebelum ini pun, saya banyak bawa watak ringan dalam lakonan dan kali ini lebih berat. Saya belum bertudung lagi ketika filem ini dibuat dan sebelum penggambaran, saya juga kena ikuti kelas mengaji. Pada saya tiada watak yang senang. Dari sinilah saya terbuka hati untuk terus bertudung.

"Ketika di set, keserasian setiap pelakon sangat bagus. Filem begini sangat indah dan membuatkan saya tenang. Setiap filem berdiri atas kekuatan sendiri dan tak boleh dibandingkan dengan filem lain. Saya suka sinematografi 7 Petala Cinta yang sangat cantik dan ia sebenarnya berbeza daripada filem Indonesia," katanya.

Juara BIBH protege Ogy

Posted: 13 Mar 2012 07:27 PM PDT

pix_gal0
JUARA Bintang Idola Berita Harian (BIBH) musim pertama, Noor Nazatul Farahin, 23, antara enam protege yang akan bertarung merebut ganjaran berjumlah RM100,000 dalam program realiti Mentor terbaru, bermula 18 Mac ini.

Penari kebudayaan itu dipilih sebagai protege Fauziah Ahmad Daud (Ogy) selepas melalui empat tapisan uji bakat.Selain Noor Nazatul Farahin atau Zatul, Mentor musim enam ini turut membariskan bekas peserta Showdown, Abdul Kadir Unding Lana atau KJ, 23, selaku protege Adam; penggiat teater, Anas Ridzuan, 23 (Faizal Tahir); Puteri Caroline Mohd Kamel, 20 (Ella); Ana Syuhada Noor Asram, 21 (Ramlah Ram); dan Salwani Sawi, 18 (Ferhad).
Fauziah berkata, bukan hanya bakat, semangat serta kesungguhan, faktor komunikasi dan pandai membawa diri turut mendorongnya memilih gadis dari Kedah itu sebagai anak didik.

"Sebelum pemilihan akhir, saya minta setiap calon mengadakan persembahan seperti di konsert, yang bermakna mereka perlu mempunyai skil menarik perhatian khalayak selain kekuatan vokal. Proses itu saja memakan masa berjam-jam dan Zatul mampu berdepan ujian terbabit.

"Apa pun saya sendiri pasti akan 'turun padang' setiap hari melatihnya, walau punya pasukan sokongan baik dari segi vokal, imej diri, komunikasi dan pakar motivasi. Pertalian antara mentor dan protege perlu kukuh bagi menyuntik keyakinan anak didik," katanya selepas sesi memperkenalkan peserta program itu di ibu kota, semalam.

Bagi Zatul, kewibawaan Fauziah dalam bidang hiburan membuatkannya bersemangat untuk mencuba nasib.
"Sebaik dimaklumkan bakal ke peringkat seterusnya, saya menyediakan lebih 20 lagu sebagai persiapan," katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Mentor 6, Muhamad Sufian Isa, berkata format dan konsep program itu tidak berubah. Cuma kali ini mereka memperkenalkan dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini, supaya perkembangan setiap peserta dapat diikuti sejak awal lagi.

Debar Gerbang cinta bermula

Posted: 13 Mar 2012 07:26 PM PDT


Ahmad Abdul Hamid (tengah) bersama wakil penaja meneliti borang penyertaan Peraduan Gerbang Cinta Musim Ketiga bagi memilih 100 peserta ke peringkat seterusnya.


DEBARAN Peraduan Gerbang Cinta Musim Ketiga kini bermula selepas 100 penyertaan telah disenarai-pendekkan dalam sesi pemilihan yang berlangsung di Pusat Latihan Utusan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mereka yang terpilih ke peringkat seterusnya itu adalah daripada lebih 12,000 penyertaan yang diterima penganjur selepas tarikh tutup pada 29 Februari lalu.

Jumlah penyertaan yang dianggap di luar dugaan itu membuatkan panel pemilihan yang terdiri daripada penganjur dan wakil penaja peraduan terpaksa berkerja keras membuat saringan yang teliti.

Pemilihan diketuai oleh Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid, serta wakil penaja, Mastar Muni dari Mastar Catering; Zaidi Osman (Dios Astana Bridal); Nor Azmin Md. Nor (Preety Peektures); dan Izuddin Karso (Precious Moments Collection).

Sa Sa rai pengiktirafan

Posted: 13 Mar 2012 07:25 PM PDT


Antara selebriti yang hadir pada majlis Ulang Tahun Ke-34 jenama Sa Sa.


BEGITU banyak anugerah yang telah diterimanya dan jika disenarai sudah cukup membuktikan kehebatan syarikat peruncit ini di pasaran.

Itulah kejayaan yang telah diraih oleh Sa Sa. Sejak penubuhannya pada tahun 1978, Sa Sa berkembang membina empayarnya sendiri dalam penjualan minyak wangi, kosmetik dan juga barangan penjagaan kulit.

Antara anugerah yang dimiliki Sa Sa ialah menjadi rangkaian peruncit terbesar di Asia dalam kedudukan 500 di majalah Retail Asia. Selain itu Sa Sa juga diiktiraf sebagai penerima anugerah Hong Kong Corporate Branding Awards tahun lalu.

Ini membuktikan ia bukanlah calang-calang peruncit dan bersempena dengan itu, Sa Sa turut membuka cawangan terbarunya di pusat membeli belah Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengarah Urusan Sa Sa Malaysia, Corina Loi berkata, tahun ini menyaksikan kemasukan begitu banyak jenama baru di bawah Sa Sa dan ini begitu bertepatan dengan kehendak dan keperluan pengguna pada masa kini.

"Kami begitu berbangga mengumumkan penambahan rangkaian jenama penjagaan kulit terbaru dan kini terdapat tidak kurang dari 13 jenama yang bakal memenuhi keperluan pengguna.

"Antara yang dibawa masuk ialah Dr. Jart, jenama nombor 1 di Korea, Dr. Wu, jenama nombor 1 di Taiwan, Dr. G, Dr. Young, BRTC, Skin Doctor, GoodSkin Labs dari Amerika dan pelbagai lagi," jelas Corina ketika berucap pada majlis pelancaran syarikat itu baru-baru ini.

Majlis itu turut meraikan ulang tahun ke-34 jenama itu dengan kehadiran artis dan selebriti seperti Dynas, Daphne, Xandria Ooi dan Elaine Daly.

Selain jenama penjagaan kulit, Sa Sa juga bekerjasama dengan Cyber Colors untuk mengadakan satu pencarian realiti televisyen yang diberi nama Cyber Colors Glamour Girl Search TV. Ia merupakan satu rancangan yang menjadi platform kepada remaja wanita berusia 25 tahun untuk mendapat kemahiran dalam bersolek, bidang peragaan dan pelbagai lagi.

"Dalam anugerah Brand Laureate, Sa Sa Malaysia telah memenangi anugerah Jenama Terbaik dan Penjualan Runcit Kosmetik dan Penjagaan Kulit. Malah kami turut mendapat pengiktirafan sebagai kedai harga mampu oleh Kementerian Perdagangan dan Kepenggunaan Malaysia," katanya.

Norehan tidak meminta-minta

Posted: 13 Mar 2012 07:24 PM PDT


Selagi ada kudrat, Norehan Tajuddin akan terus berusaha untuk membesarkan anak-anaknya.


MENJALANI hidup serba kekurangan ditambah pula dengan keadaan suami yang lumpuh separuh badan, bukanlah tiket untuk Norehan Tajuddin, 43, hidup meminta-minta dan bergantung harap daripada orang ramai.

Malah tanggungjawab menyara keluarga termasuk menyekolahkan kelima-lima anaknya yang berusia antara 10 hingga 17 tahun digalas sepenuhnya selepas suami, Zulkifli Jaafar, 44, hilang upaya akibat serangan angin ahmar 13 tahun lalu.

Walaupun susah dan pernah mereka sekeluarga hanya menjamah bubur selama sebulan kerana kekurangan wang, Norehan tetap tabah mengharungi hidup.

"Setiap orang ada cabaran hidup masing-masing. Ini mungkin ujian Tuhan untuk saya, jadi saya perlu reda. Apa yang penting selagi dikurniakan akal fikiran, kudrat dan tenaga kita perlu berusaha," katanya penuh makna.

Untuk menyara keluarga, Norehan menjual kuih-muih di sekitar tempat tinggalnya yang terletak di Kampung Batu 8, Gombak, Selangor.

Buat masa ini dengan kudrat yang ada dia hanya mampu menghasilkan tujuh jenis kuih tradisional yang kebanyakan resipinya diambil dari buku masakan dan sesetengahnya kuih memang biasa dibuat sejak muda.

"Dalam sehari saya buat sekurang-kurang 250 biji kuih yang semuanya saya edarkan di kedai runcit berdekatan dengan rumah.

"Alhamdulillah sejak berniaga kuih-muih ini pendapatan bertambah walaupun tidak banyak jika dibandingkan ketika bekerja kedai makan sebelum ini.

"Pada peringkat permulaan, memang saya tidak yakin. Tetapi setelah mencuba saya rasa seronok dan ingin terus berniaga," katanya.

Tambah Norehan, kerja-kerja membuat kuih kini juga semakin mudah kerana dia dibantu oleh anak-anak dan suami.

"Dahulu ketika suami masih terlantar saya terpaksa membuat kuih seorang diri kerana anak-anak juga masih kecil.

"Tapi kini beban tersebut semakin ringan kerana anak-anak sudah besar dan mereka juga boleh membantu.

"Suami pula walaupun masih belum sembuh sepenuhnya tetapi dia rajin juga membantu seperti menggoreng karipap dan sebagainya sebelum dijual kepada orang ramai,"katanya.

Selain itu, suaminya turut membantu membereskan kerja-kerja rumah yang ringan dan menjaga anak-anak ketika dia keluar menghantar kuih ke kedai.

"Saya akan bangun seawal pukul 3 pagi bersama-sama suami untuk membuat kuih. Selepas itu saya bersama anak lelaki akan menaiki motosikal untuk mengedarkan kuih-muih ke kedai,"katanya.

Dia berkata, ada ketika dia menghadapi masalah modal untuk membeli bahan mentah kerana harga barangan semakin mahal.

"Keuntungan diperolehi hasil jualan tidaklah banyak tetapi sekadar mencukupi untuk menampung keluarga setiap bulan,"katanya.

Tambahnya, dia juga mendapat bantuan peralatan membuat kuih seperti mesin bancuhan dan peti sejuk untuk memuatkan kuih sejuk beku daripada TV Alhijrah menerusi program Man Jadda Wajada.

Usah lokek puji isteri

Posted: 13 Mar 2012 07:24 PM PDT

CUBA anda ingatkan dalam tempoh beberapa tahun berumah tangga, berapa kali anda memuji isteri atau pasangan anda mahupun memberikan kata-kata hangat dan mesra kepadanya?

Sebenarnya ramai di kalangan pasangan suami isteri, sebagai contohnya si isteri mahu mendengar pujian daripada si suami. Namun berapa kerat sangatkah individu ini menghamparkan kata-kata berkenaan.

Kalau ada pun mungkin tidak ikhlas datang dari hati atau kata-kata pujian dilontarkan sekadar untuk melihat isteri gembira semula apabila dia merajuk.

Sesekali apa salahnya jika memuji isteri atau suami anda dengan ikhlas berlandaskan jasa dan kebaikan yang telah dia berikan.

Setidak-tidaknya dengan kata-kata pujian yang ikhlas itu biarpun sedikit dapat memberikan makna kepada pasangan dan seterusnya perhubungan anda.

Bukan itu sahaja menerusi kata-kata pujian, seseorang pasangan itu pastinya memberikan respons yang bukan sedikit rasa kebanggaan di jiwanya malahan memberikan sesuatu yang positif kepada perhubungan anda.

Kajian mendapati, memuji isteri biarpun sekali sehari seperti memuji masakannya dapat memberi kesan kepadanya.

Kalau tidak percaya , lakukannya sekarang.

l "Wow, ia memang sesuai untuk sayang."

Katakanlah isteri anda memakai pakaian atau kasut yang baru dibeli dan dipakai untuk ditayangkan kepada anda ketika keluar untuk ke jamuan.

Sekiranya anda rasa pakaian yang dipakai itu menyerlahkan kecantikannya nyatakan pujian anda dengan tepat mungkin terhadap pakaian atau kasut yang dipakainya atau keseluruhan penampilannya pada waktu itu. Tenung dan renung wajahnya dengan pandangan yang ikhlas dan kasih sayang.

Anda akan melihat wajah isteri anda terpancar warna kemerah-merahan rasa malu tanda seronok.

l "Harumnya bau awak malam ini."

Pujian terhadap haruman memberikan daya penarik dan rangsangan yang sesuai buat pasangan anda.

Selain kata-kata perangsang ia memberikan keyakinan kepada pasangan anda.

Sudah semestinya selepas ini dia memberikan penampilan yang hebat buat diri anda.

l "Kalaulah saya bertemu dengan sayang lebih awal."

Pujian ini adalah yang paling disukai pasangan. Ini menandakan anda adalah pilihannya yang paling tepat.

Pancarkan kata-kata ini apabila duduk berdua-duaan sama ada di rumah mahupun di dalam kereta dalam keadaan romantik.

Kata-kata itu dilafazkan dari hati, tenung matanya dan berikan ia satu makna.

l "Sayang, awak lakukannya dengan baik sekali."

Ini kata-kata pujian untuk isteri atau suami yang baru sahaja memasak menu baru. Pujian ini juga boleh dilontarkan sekiranya pasangan anda memasang sesuatu di bilik tidur secara sendiri atau membaiki sesuatu.

Selain melontarkan dengan kata-kata, makan makanan yang dimasak dengan keadaan makanan itu begitu lazat kerana ia membuka selera anda.

l "Sayang, awak jadikan saya seorang insan yang lebih baik."

Pujian ini diberikan sekiranya anda meminta pandangan daripadanya dan dia memberikan idea yang sangat positif. Lontaran kata-kata ini memberikan dia satu semangat yang jitu dan rasa kecintaan yang luar biasa.

l "Sayanglah insan yang paling pintar yang pernah saya temui."

Siapa yang tidak mahu dipuji dengan kata-kata yang kita ini pintar. Terutama apabila melihat isteri membantu anak-anak menelaah dan kita berikan dia sedikit pujian untuk memberikan rasa hormat kita kepada kebolehan isteri, misalnya.

l Peka apa kelebihan yang dia ada pada diri dan personalitinya.

Lain orang lain kelebihannya. Begitu juga dengan pasangan anda pastikan apa yang menjadi kelebihan kepada dirinya yang membuatkan anda semakin sayang dengan dirinya. Pujilah dia dengan kelebihan itu.

l "Selagi sayang bersama, saya rasa seronok untuk hidup."

Ini juga pujian yang patut dilontarkan oleh suami atau isteri kepada pasangan anda. Kata-kata ini sangat romantik dan memberikan rasa pasangan anda memang dihargai.

Nasmir pelopor kapsul halal tempatan

Posted: 13 Mar 2012 07:23 PM PDT


KHANDAR Shah Abdul Razak (dua dari kanan) berbincang dengan kakitangannya mengenai kapsul yang dihasilkan kilangnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.


TUNTUTAN menyediakan makanan serta produk kesihatan yang halal bagi kegunaan umat Islam adalah tuntutan utama yang tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak di negara ini.

Menyedari hakikat itu Nasmir Holding Sdn. Bhd. (Nasmir) melalui anak syarikatnya Nasmir Hard Gelatin Capsules Sdn. Bhd., mengambil langkah mengeluarkan produk sarung kapsul halal untuk kegunaan industri farmaseutikal yang dipasarkan di dalam dan luar negara.

Malah kilang terbabit merupakan satu-satunya kilang yang mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai pengeluar, pembekal, pengedar, pengimport dan pengeksport sarung kapsul halal yang diperbuat daripada bahan asas tulang lembu.

Dr. Muhaya sentiasa mencari ilmu

Posted: 13 Mar 2012 07:22 PM PDT


Ruang membaca di rumah beliau dipenuhi buku-buku ilmiah.


PERJALANAN kerjayanya untuk mendaki ke puncak dilihat begitu mudah. Namun katanya, semua itu adalah anugerah Allah, berkat doa, restu dan sokongan suami serta ibu bapa.

Itulah jawapan Prof. Dr. Muhaya Mohamad, tatkala ditanya resipi kejayaannya.

Dikenali sebagai pakar mata, beliau sebenarnya mengisi masa lapangnya dengan memberi nasihat dan motivasi.

Walaupun sibuk dengan jadual kerja dan temujanji pesakit, beliau tetap meluangkan masa menyampaikan kata-kata motivasi menerusi laman webnya dan laman sosial, facebook.

Ujarnya, sekiranya seorang itu bercita-cita menjadi doktor semata-mata mengejar glamor dan wang ringgit, ia sebenarnya tidak sempurna.

Justeru, doktor itu sendiri berperanan membantu dan tidak memikirkan kesenangan mahupun keuntungan diri.

Lantaran prinsip itulah maka wanita yang berusia 53 tahun ini, tidak jemu mencari ilmu dan berkongsi dengan orang lain.

Ilmu

Gayanya menyampaikan ceramah dan peringatan banyak dipengaruhi oleh ilmu.

"Perjalanan dari rumah ke pejabat yang mengambil masa selama satu jam, saya isi dengan mendengar CD ceramah agama dan maklumat itu dikongsi bersama pekerja dan pesakit.

"Pada waktu rehat pula, saya luangkan masa mendengar input ilmiah termasuk motivasi dan sebagainya.

"Saya memang kedekut masa. Bagi saya, masa yang ada perlu diisi dengan perkara-perkara berfaedah," katanya yang minat menonton drama Korea yang banyak mengenengahkan unsur kasih sayang dan kekeluargaan.

Nyata rutinnya itu bermula hasil daripada didikan arwah bapanya yang percaya manusia akan menjadi insan terpuji menerusi ilmu yang dipelajarinya.

Sebab itulah Dr. Muhaya lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca ilmu agama, menonton rancangan ilmiah dan bermain bersama-sama cucu kesayangannya.

"Saya juga menumpukan laman sosial facebook. Setiap hari saya akan memberikan nasihat atau kata-kata hikmah. Saya mahu pengikut laman ini mendapat sesuatu yang bermanfaat," ujar beliau.

Dr. Muhaya yang sering dijemput berkongsi pengetahuan dalam pelbagai penyakit mata, juga mempunyai blog sendiri, www.drmuhaya.com.

"Menerusi blog ini, orang ramai boleh melanggan video ceramah motivasi yang disampaikan oleh saya sendiri," katanya yang gemar makan di rumah berbanding di restoran.

Kahwin awal

Beliau menjadi pelajar Melayu pertama yang dapat empat Prinsipal dalam peperiksaan Higher School Certificate (kini STPM) pada 1978 dan ditawarkan bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama suami, Dr. Azmi Jamion, 55 yang masuk ke UKM terlebih dulu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun kedua pengajian. Nyata, perkahwinan tidak menjejaskan pelajaran malah mendapat pelajar terbaik pada tahun itu.

Menurut Dr. Muhaya, pertemuannya dengan Dr. Azmi adalah secara kebetulan dan mereka tidak mengenali antara satu sama lain sebelum itu.

"Dr. Azmi ke Sekolah Tun Fatimah menghadiri Pertandingan Perbahasan Piala Perdana Menteri yang mana sekolah saya menjadi tuan rumah ketika itu.

"Buat kali pertama saya terpandang Dr. Azmi sewaktu dia berada di padang menonton pertandingan bola tampar yang diadakan.

"Ketika itulah hati saya terdetik 'hensemnya dia', dan saat itu juga saya jatuh cinta pandang pertama padanya," ujarnya sambil tersenyum.

Mengimbas memori tersebut, baik Dr. Muhaya atau Dr. Azmi, masing-masing menyatakan, peristiwa tersebut tidak pernah luput daripada ingatan kerana sememangnya peristiwa tersebut merupakan detik terindah yang ingin kenang sampai bila-bila.

Shakir bermula dengan Swatch

Posted: 13 Mar 2012 07:21 PM PDT




MASIH tersemat dalam ingatan pemain bola sepak negara ini jam tangan pertama yang dibelinya lapan tahun lalu menggunakan elaunnya sebagai pemain bola sepak Kedah.

Terpegun dengan reka bentuk jam tangan jenama Swatch berwarna hitam yang ringkas itu, penyerang muda pasukan Negeri Sembilan itu, Ahmad Shakir Md. Ali terus mendapatkannya dan masih menyimpannya sehingga sekarang.

Sehingga kini, dia memiliki hampir 20 utas jam tangan pelbagai jenama dan gaya demi memenuhi minatnya itu dari jenama yang sesuai dengan gaya seorang ahli sukan iaitu Adidas hingga jenama jam tangan mewah seperti Longines.

"Tidak rugi berbelanja besar untuk memiliki jam tangan mewah kerana ada sesetengah jenama jam tangan yang semakin lama semakin mahal harganya, sama seperti menyimpan emas.

"Apa yang paling menarik minat saya tentang jam tangan ialah teknologi serta kerja halus yang dihasilkan bagi setiap jam tangan selain daripada tugasnya yang melengkapkan gaya seseorang.

"Bagi gaya aktiviti santai, jam tangan bertali kulit atau digital ini sesuai kerana ia menampakkan imej orang muda yang aktif.

"Jika saya perlu menghadiri majlis formal pula, saya akan menggayakan jam tangan bertali keluli seperti jam tangan Bvlgari ini," katanya yang baru-baru ini menyelamatkan maruah Malaysia apabila dengan menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan persahabatan dengan Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila.

Shakir yang akan menyertai pasukan negara dalam perlawanan kelayakan Olimpik menentang Syria 14 Mac ini berkata, sikapnya sebagai seorang atlet yang mengutamakan disiplin terutamanya dari segi masa juga membuatkan dia menyukai jam tangan.

Jam tangan yang paling digemari anak keempat daripada lima beradik ini merupakan Casio Protrek Triple Sensor kerana fungsinya yang pelbagai iaitu mempunyai kompas digital, sensor mengukur ketinggian, termometer serta kalis air, sesuai untuk aktiviti lasak.

Selain jam tangan, anak muda ini turut gemar mengumpul dan membaca majalah-majalah permotoran yang kini berjumlah berpuluh-puluh naskhah seperti Auto Salon, Bike Trader, WTR, Traffic dan Bikerz kerana minatnya terhadap kereta dan motosikal.

Menyimpan angan-angan memiliki kereta sport Honda FD2 Type R, cerita Shakir, minatnya dalam bidang permotoran bercambah kerana sering mengikut abang sulungnya mengubah suai kereta.

Mendidik budi bahasa dan budi pekerti

Posted: 13 Mar 2012 07:19 PM PDT


Semua orang mampu berbudi dan berjasa kepada masyarakat mengikut kemampuan masing-masing.


DALAM sejarah tamadun Islam, budi bahasa dan budi pekerti sangat dipentingkan dalam pendidikan sejak seseorang itu masih kecil lagi. Budi bahasa meliputi percakapan, bicara dan kata-kata. Manakala budi pekerti merangkumi kelakuan, perbuatan dan juga tingkah laku yang juga dikenali sebagai akhlak.

Apabila perkataan budi dan bahasa dicantumkan biasanya ia menjadi berbudi bahasa bukan berbudi dan berbahasa. Berbudi bahasa memperkukuhkan lagi pengertian budi dan bahasa sebagai percakapan yang baik, teliti dan elok dalam tutur kata, halus tutur kata, hormat, bijaksana, tinggi budi bicara, pemurah, belas kasihan, beradab, bersopan santun, sentiasa bertatatertib, mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia, tingkah laku yang baik dan akhlak yang mulia.

Dalam Islam, akhlak mulia sangat dipentingkan dalam kehidupan sehari-hari. Pendidikan berakhlak mulia dimulakan sejak seseorang itu masih kecil hinggalah dewasa. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Paling dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya." (riwayat ar-Ridha).

Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi. Hal ini, disebabkan budi itu amat luas bidangnya. Ia termasuk berbudi dengan harta, membantu dengan tulang empat kerat, memberi nasihat, memberi buah fikiran yang baik dan bernas, memberi tunjuk ajar kepada seseorang, bermanis muka, bersimpati dan menggunakan bahasa yang baik yang menyenangkan orang lain atau pendengar.

Disebabkan luasnya bidang budi ini, semua orang boleh berbudi atau berjasa dan berbakti kepada masyarakatnya mengikut kemampuan masing-masing. Jika seseorang itu tidak mempunyai wang dan harta, dia boleh melakukannya dengan tenaga, buah fikiran, dan nasihat yang disampaikan.

Oleh itu, bahasa juga dikira sebagai sebahagian daripada budi atau budi pekerti yang mulia atau akhlak yang terpuji. Dalam hal ini Nabi SAW menyarankan dalam sabdanya yang bermaksud: "Apabila kamu saling berjumpa, maka saling mengucap salam dan bersalam-salaman, dan apabila berpisah maka berpisahlah dengan ucapan istighfar." (riwayat ath-Thahawi).

Manakala, berbudi pekerti adalah meliputi kelakuan yang baik dan bersopan. Berbudi bahasa dan berbudi pekerti yang baik seelok-eloknya biarlah seiring dan dilakukan dalam kehidupan seharian. Orang yang berbudi bahasa biasanya akan mempamerkan budi pekerti yang baik.

Kebaikan berbudi bahasa dan berbudi pekerti akan mendapat balasan daripada Allah SWT atas perbuatan baik mereka. Ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila dua orang Muslim saling berjumpa lalu berjabat tangan dan mengucap Alhamdulillah dan beristighfar, maka Allah 'azza wajalla mengampuni mereka." (riwayat Abu Daud).

Masyarakat Melayu dan juga masyarakat Islam begitu menghargai dan menjunjung tinggi budi. Budi itu diibaratkan sebagai sendi bangsa. Jika budi itu runtuh, maka runtuhlah bangsa itu. Berbudi bahasa dan berbudi pekerti adalah suatu ibadah yang patut dilakukan dalam kehidupan kita.

Lantaran itu, berbudi dan berbahasa disebut sebagai berbudi bahasa. Orang yang memiliki sifat ini dikenali sebagai budiman. Mereka ini dianggap memiliki peribadi sempurna, luhur dan sopan. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW adalah contoh teladan yang memiliki sifat-sifat ini.

Justeru, dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku kesayangan Allah (dan tidak congkak) iaitu sombong atau bongkak. Aku membawa panji "pujian" pada hari kiamat, di bawahnya Adam dan yang sesudahnya (dan tidak congkak). Aku yang pertama memberi syafaat dan yang diterima syafaatnya pada hari kiamat (dan tidak congkak). Aku yang pertama menggerakkan pintu syurga dan Allah membukanya untukku dan aku dimasukkan-Nya bersama orang-orang beriman yang fakir (dan tidak congkak). Dan Akulah paling mulia dari kalangan terdahulu dan terkebelakang di sisi Allah (dan tidak congkak)." (riwayat At Tirmizi).

Diriwayatkan: "Anas r.a., pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata, "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW 10 tahun lamanya, dan belum pernah baginda mengeluh "Ah" terhadapku dan belum pernah baginda menegur, "Kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini." (riwayat Ahmad).

Begitulah tinggi dan terpujinya budi bahasa dan budi pekerti serta akhlak Nabi SAW yang sewajarnya dijadikan teladan kepada kita semua. Berbudi bahasa dan berbudi pekerti yang baik merupakan puncak kebaikan dan puncak keindahan dalam kehidupan ini. Tiada yang lebih bererti dan berharga selain berbudi bahasa dan berbudi pekerti yang baik.

Pegawai agama terbaik dari ILIM

Posted: 13 Mar 2012 07:18 PM PDT


Jamil Khir Baharom (depan tengah) bersama Mashitah Ibrahim dan Othman Mustapha pada Majlis Konvokesyen Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi, Selangor, baru-baru ini.


TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah tuah yang menyebelahi Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Masjid Putra, Putrajaya, Mohd. Zulrushdi Salleh yang diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sempena Majlis Konvokesyen Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) kali pertama di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM, Bangi Selangor baru-baru ini.

Beliau menerima sijil, plak dan cenderahati yang disampaikan sendiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut diiringi Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim; Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha dan Pengarah ILIM, Pauzaiyah Haron.

Selami jiwa, sayangi organisasi

Posted: 13 Mar 2012 07:17 PM PDT


Aktiviti pantai adalah salah satu pengisian dalam Kursus Sentuhan Jiwa yang dianjurkan oleh Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM) di Langkawi, baru-baru ini.


BEKERJA secara berpasukan dan menjalinkan hubungan yang erat antara kakitangan adalah antara resipi kemantapan sesebuah organisasi.

"Keseronokan dalam bekerja dengan menyelami perasaan antara satu sama lain, pastinya bukan sahaja melahirkan organisasi yang unggul, malah dapat menjadi model kepada organisasi lain," kata pensyaraha kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Shukri Ahmad pada kursus Sentuhan Jiwa yang dianjurkan oleh Pusat Islam, UUM, di Langkawi, baru-baru ini.

Beliau yang bergandingan dengan Ustaz Mohamad Khadafi Rofie merupakan penceramah pada kursus tersebut.

Gandingan kedua-duannya bersama Pengarah Pusat Islam, UUM, Prof. Madya Dr. Ismail Ishak dapat memandu para peserta menyelami jiwa sesama mereka.

Malahan dapat menyedarkan mereka betapa pentingnya usaha untuk menyelami jiwa, agar sifat kasih antara mereka dapat dijalinkan.

"Kadangkala dengan kesibukan berkerja dalam pejabat menyebabkan kita terlupa atau tidak menyedari akan kepentingan rakan sekerja dalam kehidupan kita," ujar Khadafi pada sesi aktiviti di tepi pantai.

Katanya, program atau aktiviti ceramah sahaja tidak mencukupi dalam kursus-kursus yang diperkenalkan.

Justeru, pendekatan melalui latihan dalam kumpulan dan penganjuran beberapa aktiviti luar lebih memberi manfaat.

"Melalui acara permainan contohnya, kita dapat melihat bagaimana mereka bekerjasama untuk mencapai kejayaan atau kemenangan," jelas Khadafi.

Sementara itu, Dr. Ismail turut melahirkan rasa gembira dengan kehadiran peserta kursus pada hari itu. Ini sudah jelas menunjukkan sikap bertanggungjawab dan saling mengasihani antara satu sama lain.

"Sesungguhnya melalui program sebegini serta menerusi aktiviti-aktiviti seperti, membawa mereka menyusur pantai di waktu malam dan memberi tanggungjawab untuk menjaga ahli pasukan, secara tidak langsung menjadikan peserta lebih menyayangi organisasi mereka nanti," kata Dr. Ismail.

Dalam pada itu Pembantu Hal Ehwal Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Miar Zul Aizuddin Miar Lob yang menyertai kursus itu yakin program seperti tersebut bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat antara kakitangan dalam organisasi malah di luar organisasi.

"Kesedaran pentingnya bekerja dalam pasukan dan keseronokan dalam bekerja memberi kelebihan kepada organisasi," katanya.

Manakala Sobri Awang Hashim, pemandu dari UUM berkata, program seperti itu menyeronokkan kerana semua peserta tanpa mengira umur dapat bekerja dalam satu pasukan.

Kursus Sentuhan Jiwa selama tiga hari itu disertai 50 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Jangan sisihkan Orang Asli

Posted: 13 Mar 2012 07:16 PM PDT


Yadim menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada masyarakat Orang Asli di 25 perkampungan yang dimasuki sepanjang Jelajah Silaturrahim Orang Asli Seluruh Malaysia, baru-baru ini.


MEMANG tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Orang Asli memiliki cara hidup dan budaya yang cukup unik. Maka tidak hairan, atas tiket kelainan itulah menjadikan golongan ini sentiasa menerima kunjungan pelancong tempatan dan luar negara.

Pun begitu, dalam keterbukaan Orang Asli menerima tetamu, mereka masih merasa rendah diri dek kerana perbezaan budaya dan penampilan diri yang ketara, meskipun bilangan itu terlalu kecil.

Keterlanjuran kata-kata sesetengah pihak yang berbaur negatif terhadap kehidupan Orang Asli boleh menyebabkan penduduk yang rata-ratanya tinggal di kawasan pedalaman itu tersinggung dan terasa hati.

Hal ini boleh memberi kesan negatif terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat Orang Asli. Ini kerana tohmahan buruk tersebut membuatkan mereka merasa tersisih. Lantas, mengambil keputusan untuk terus hidup bersama suku kaumnya dengan mengekalkan rutin harian lama.

Perasaan rendah hati itu juga boleh membuatkan mereka takut dan malu untuk bercampur dengan masyarakat. Apa lagi, untuk keluar daripada kepompong kemiskinan yang dilalui sepanjang hidupnya.

Kesannya, berlaku keciciran pelajaran dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli, kemunduran daripada mengikuti peredaran arus kemodenan semasa dunia dan kekal hidup dalam kemiskinan serta kedaifan.

Perkara ini yang dibimbangi pelbagai pihak kerana dikhuatiri akan berterusan dalam kalangan orang asli hingga ke generasi depan.

Oleh itu, sikap berkasih sayang dan saling hormat-menghormati perlu menjadi asas kepada perpaduan masyarakat tidak mengira kaum, agama, bangsa dan warna kulit.

"Kasih sayang merupakan salah satu rahsia kepada perpaduan umat. Melalui kasih sayang, masyarakat akan bersatu padu dan saling menghormati sesama insan tidak mengira kaum dan bangsa.

"Selain mengutamakan kasih sayang kepada tuhan dan ibu bapa, ia juga perlu diutamakan dalam kehidupan seharian. Kerana semua manusia adalah sama, kita adalah hamba Allah," kata penceramah ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Syeikh Ismail Hashim.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Jelajah Silaturrahim Orang Asli Seluruh Malaysia Yadim kepada masyarakat Orang Asli di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pergam, Ulu Jabor, Kemaman Terengganu, baru-baru ini.

Seramai 20 orang anggota Yadim dan sukarelawan mengikuti jelajah di seluruh Semenanjung Malaysia yang diadakan selama 14 hari itu.

Menurut Ismail, Islam menuntut umatnya agar berkasih sayang kerana selain dijanjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT ia turut mendatangkan manfaat kepada manusia.

Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

"Kasih sayang adalah sangat penting dalam kehidupan. Ini kerana melalui kasih sayang masyarakat akan merasa kesamarataan dan menghilangkan sifat takbur serta rendah hati.

"Jadi tiada masalah seumpama itu berlaku lagi, disebabkan oleh tiadanya jurang antara masyarakat pedalaman dengan bandar," katanya.

Tegas Ismail, Orang Asli juga berpotensi untuk berjaya dan mendapat tempat yang baik dalam masyarakat. Ini dibuktikan oleh kejayaan beberapa tokoh dan pakar dalam segala bidang yang disandang oleh Orang Asli.

Menerima kekurangan

Sementara itu, pengarah program Jelajah Silaturahim Yadim, Mohammad Noor Abdul Rahman menasihatkan, orang ramai terutamanya masyarakat bandar menerima dan bergaul dengan Orang Asli seperti rakan bandar yang lain.

Ini kerana, menerusi percampuran itu akan membuatkan Orang Asli bersemangat dan merangsang motivasi diri mereka untuk mengubah kehidupan seperti masyarakat bandar.

"Kita tidak boleh melayan Orang Asli seperti mereka ini terlalu kotor dan jijik. Sepatutnya kita boleh menasihati mereka dan membimbing mereka membuat perubahan, bukan dengan terus menyisihkan golongan ini.

"Lebih-lebih lagi, jika berkaitan dengan hal keagamaan seperti menyempurnakan kewajipan solat berjemaah atau menyambut perayaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menceritakan satu kejadian yang berlaku ke atas penduduk di sebuah perkampungan yang menyisihkan masyarakat Orang Asli ketika solat.

Mohammad Noor berkata, kejadian itu berlaku ketika orang Islam daripada sebuah perkampungan Orang Asli datang untuk melaksanakan solat Jumaat berjemaah di masjid berhampiran kampung tersebut.

"Maklumlah, pakaian segelintir masyarakat Orang Asli yang ala kadar, ditambah pula dengan tubuhnya yang agak berbau. Itu yang menjadi alasan untuk jemaah masjid di kampung tersebut mengusirnya," jelasnya.

Perkara ini membuatkan Orang Asli berasa tersisih dan mendorong mereka untuk hidup seperti biasa dan mengamalkan kepercayaan turun-temurun.

Kaedah dakwah baru

Sehubungan itu, Yadim mengatur kaedah baru dalam menyebarkan dakwah Islam dengan mensasarkan kepada masyarakat Orang Asli.

Dengan bertemakan Membumikan Kasih Sayang program Jelajah Silaturrahim Orang Asli dilihat lebih berkesan dan bersesuaian dengan kehendak serta penerimaan golongan pendalaman tersebut.

Yang Dipertua Yadim, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir berkata, bertepatan dengan mesej Yadim sampaikan walaupun satu ayat, pendekatan turun padang seperti itu membolehkan mesej Yadim diterjemahkan dan dilaksanakan mengikut kesesuaian tempat dan keadaan dengan lebih berkesan.

Tema kasih sayang itu juga katanya, dipilih selari dengan misi Yadim untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat melalui kaedah mengeratkan hubungan akrab antara Yadim dengan penduduk Orang Asli.

"Tujuan kita menganjurkan jelajah ini adalah untuk memperkenalkan dan menarik minat golongan Orang Asli kepada agama Islam. Melalui kaedah turun padang, anggota Yadim dapat menyelami sendiri keadaan sebenar masyarakat Orang Asli.

"Anggota jelajah dapat membantu dengan menyampaikan sumbangan. Ini secara tidak langsung, memberi peluang untuk mendekati serta mendengar keluhan dan maklum balas yang daripada golongan tersebut," katanya.

Selain itu, rombongan jelajah Yadim turut mengadakan aktiviti lain bagi menarik perhatian masyarakat Orang Asli.

Antaranya; penyediaan burger panas Yadim secara percuma, ceramah agama, ramah mesra, pendaftaran sahabat Yadim dan juga memupuk persahabatan dan keceriaan melalui persembahan karaoke.

"Melalui pendekatan kasih sayang, mesra, ceria serta santai, program ini juga pastinya memberi kesan kepada masyarakat Orang Asli terutama golongan remajanya.

"Ini terbukti lalui sambutan menggalakkan yang diberikan dalam program Yadim di perkampungan Orang Asli sebelum ini," katanya.

Justeru, Aziz Jamaludin berkata, Yadim mengambil peluang tersebut untuk menerapkan nilai-nilai Islam dan menyebarkan agama Islam yang menggalakkan kasih sayang, keamanan dan perpaduan dengan menunjukkan teladan yang baik.

"Orang Asli juga mempunyai hak sama rata seperti masyarakat bandar yang lain. Mereka juga perlu diberikan perhatian dan berhak mendapatkan tunjuk ajar dengan sinaran agama Islam.

"Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk bekerjasama memastikan kebajikan penduduk Orang Asli terpelihara dan tidak terabai," ujarnya.

Tambahnya, Yadim akan memberikan derma sebanyak 25 set alat penapis air di beberapa perkampungan terpilih dalam usaha meneruskan usaha menjaga kebajikan dan kemajuan Orang Asli.

Ellie Xie sederhana meniti kejayaan

Posted: 13 Mar 2012 07:15 PM PDT


Ellie Xie amat bertuah kerana menjadi wanita pertama sebagai CEO P&G untuk rantau ini.


KETIKA zaman remaja, cita-cita beliau sekadar mahu menjadi seorang guru. Niat murninya ialah untuk mendidik anak bangsa menjadi lebih berguna kepada keluarga dan negara.

Seperti gadis lain yang diasuh ibu dan bapa dengan nilai-nilai murni seorang perempuan, beliau tidak pernah membantah apa jua yang disuruh orang tuanya.

Malah beliau juga sentiasa sedar tanggung jawab sebagai anak ialah merealisasikan impian ibu bapa dan berjaya dalam pelajaran.

Dilahir dan dibesarkan di kota Shanghai, China, Ellie Xie seperti wanita timur lain yang begitu ringkas malah sentiasa merendah diri.

Berkat usaha dan kejayaannya dalam pelajaran, beliau akhirnya ditawarkan menyambung pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang ekonomi di University of Illinois, Amerika Syarikat (AS) yang sekali gus membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Obi-belt busana ala kimono

Posted: 13 Mar 2012 07:14 PM PDT


Warna biru merak dengan obi-belt bernada sama digayakan dengan aksesori.


KIMONO menjadi inspirasi kepada Sitty Chadijah dari Butik Molec untuk memaparkan rekaan pakaian yang berkualiti menggunakan fabrik bermutu ditambah dengan penggunaan aksesori yang lengkap - obi belt atau obi blossom.

Penggunaan obi yang bermaksud tali pinggang dalam Bahasa Jepun merupakan satu kemestian bagi busana ini yang merupakan satu elemen oriental bermotifkan bunga sakura menggunakan batik chanting.

Menurutnya, busana yang berbentuk sopan ini boleh disesuaikan bagi semua orang, dengan pelbagai bentuk badan dari tinggi lampai sehinggalah ke berbadan gempal kerana ia mudah dipakai dan digunakan.

Busana berbentuk jubah, kaftan, top dan skirt, dress dan vest ini perlu digayakan dengan obi belt yang menggunakan pelapik di dalamnya supaya kelihatan ramping dan langsing.

Kursus Kepemimpinan SBP lahir pemimpin ulung

Posted: 13 Mar 2012 07:13 PM PDT


Peserta Kursus Kepemimpinan Ketua dan Penolong Ketua Pelajar SBP Peringkat Kebangsaan 2012 tekun mengikuti semua program yang diadakan di Hotel Puteri Garden, Klang, Selangor, baru-baru ini.


SERAMAI 126 ketua dan penolong ketua pelajar dari 63 buah sekolah berasrama penuh (SBP) seluruh negara dilatih untuk menjadi pemimpin bertaraf dunia dalam Kursus Kepemimpinan SBP Peringkat Kebangsaan 2012 di Hotel Puteri Garden, Klang, Selangor, baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran, Shamsuddin Mustapha berkata, kursus kepemimpinan itu diadakan bagi melatih para pemimpin pelajar SBP dari segi kepimpinan merangkumi pemahaman secara teori dan juga kerja lapangan (field work).

"Penganjuran kursus ini juga begitu sesuai dan selaras dengan hasrat kementerian untuk melahirkan pemimpin bertaraf dunia dan amat perlu diadakan sejak peringkat sekolah lagi," katanya.

Tema kursus selama empat hari itu ialah Transformasi Kepemimpinan Ketua Pelajar SBP.

Menurut Shamsuddin, respons para peserta yang terlibat dalam program ini amat menggalakkan dengan kebolehan mereka menguasai pelbagai input yang diberi serta melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.

"Diharapkan melalui pengisian kursus ini akan dapat membina jati diri dan sifat kepemimpinan yang mantap selaras dengan visi dan misi SBP serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan," ujarnya.

Selain itu katanya, para peserta kursus turut berpeluang menemui pemimpin serta tokoh penting dalam pelbagai bidang yang dahulunya merupakan pelajar SBP semasa program Leadership Outreach bagi berkongsi pengalaman di samping memberi motivasi kepada mereka.

"Program ini bertujuan memberi pengalaman sebenar mengenai aspek kepemimpinan yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan organisasi di sekolah selain melahirkan pemimpin yang mempunyai kemahiran insaniah selaras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

"Adalah diharapkan melalui program ini, para pemimpin pelajar akan membimbing rakan mereka ke arah kecemerlangan seterusnya menggandakan usaha untuk berjaya dalam pendidikan dan menjadi pelapis pemimpin masa hadapan," tegasnya.

TOPS Cards realisasikan 1Murid 1Sukan

Posted: 13 Mar 2012 07:11 PM PDT


Husna Hamimi Hashim bersama guru pendidikan jasmani tempatan, Teing Tai Chee (kiri) dan Bilong Ngerong yang terpilih menjadi pelatih antarabangsa dalam program Inspirasi Antarabangsa anjuran British Council di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


BAGI merealisasikan dasar 1Murid 1 Sukan, British Council dengan sokongan Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan alat bantuan mengajar yang dikenali sebagai TOPS Cards untuk digunakan sebagai panduan oleh guru-guru di seluruh negara.

Pengurus Projek British Council Malaysia, Husna Hamimi Hashim berkata, dengan menggunakan alat itu guru akan lebih memahami teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan jasmani yang sesuai untuk diaplikasikan kepada para pelajar.

"TOPS Cards ini memperkenalkan secara menyeluruh cara dan teknik yang paling sesuai untuk guru-guru melibatkan semua pelajar dalam aktiviti sukan termasuklah pelajar yang dikategori sebagai orang kelainan upaya (OKU)," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Alat bantuan mengajar ini dihasilkan oleh British Council untuk melaksana dan menjayakan program Inspirasi Antarabangsa yang bertujuan menggalakkan golongan muda untuk melibatkan diri dalam sukan.

Program Inspirasi Antarabangsa ini menjadi platform kepada golongan muda melibatkan diri dalam pendidikan jasmani, sukan dan permainan untuk memperoleh sesuatu yang bermanfaat serta berguna dalam kehidupan.

Menurut Husna, seramai 600 guru tempatan telah dilatih dalam latihan tahun pertama di seluruh negara dan tiga daripada mereka telah dipilih menjadi pelatih antarabangsa dengan menyediakan latihan untuk program Inspirasi Antarabangsa di negara lain.

"Pelatih dari Malaysia merupakan pelatih antarabangsa pertama selain dari England yang terpilih untuk melaksanakan program itu," ujarnya.

Mereka ialah Teing Tai Chee dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Shing Chung, Perak dan Bilong Ngerong dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau, Sabah.

Kata Husna, selain dihantar untuk menjalankan latihan kepada pelajar di luar negara seperti Indonesia, mereka turut dihantar ke Pakistan bagi menjadi tenaga pengajar kepada jurulatih di sana.

Di Malaysia, sebanyak sepuluh buah sekolah masing-masing lima dari Perak dan Sabah telah dipilih sebagai rakan kongsi dengan sepuluh sekolah dari seluruh United Kingdom bagi program Inspirasi Antarabangsa ini.

Ia melibatkan 20 pemimpin sekolah dan guru-guru pendidikan jasmani untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan Kepimpinan Sukan Belia.

"Guru terbabit akan melatih lebih daripada 1,000 murid di negara ini dengan memberi tumpuan kepada pembangunan dalam bidang kerja berpasukan, pengurusan acara, kemahiran komunikasi dan keyakinan untuk menjadi pemimpin muda sukan," jelasnya.

Latihan yang diadakan selama enam hari itu dijalankan oleh jurulatih-jurulatih antarabangsa Kepimpinan Sukan Belia iaitu Viv Holt dan Carol Hawman dari United Kingdom.

Selain Malaysia, Inspirasi Antarabangsa ini telah berjaya diadakan di 20 negara lain termasuk Azerbaijan, Bangladesh, Brazil, Habsyah, Mesir, Ghana, Jordan, India, Indonesia, Mozambique, Nigeria, Palau, Pakistan, Afrika Selatan, Tanzania, Trinidad dan Tobago, Turki, Uganda dan Zambia.

Generasi baru Xperia

Posted: 13 Mar 2012 07:10 PM PDT




MEMBAWA penjenamaan baru dalam rangkaian produk telefon bimbit pintarnya, Sony Ericsson baru-baru ini memperkenalkan beberapa lagi model terkini dalam portfolio Xperia NXT (disebut sebagai Next).

Diumum ketika acara Mobile World Congress yang berlangsung di Barcelona, model-model tersebut termasuk Xperia S, Xperia P dan Xperia U.

Kesemua model itu dikombinasi bersama reka bentuk lebih segar dengan sokongan teknologi hiburan berkuasa sesuai untuk memenuhi keperluan pengguna hari ini.

Secara asasnya, platform Xperia NXT boleh diintegrasikan bersama fungsi hiburan premium daripada Sony yang terdapat pada peranti televisyen, komputer riba serta tablet.

Untuk paparan antara muka pula, Xperia NXT menawarkan pengalaman akses lebih mudah menerusi capaian aplikasi seperti permainan muzik, video dan foto daripada skrin utama.

Bagi model Xperia S, ia dilengkapi paparan skrin resolusi tinggi (HD) dengan teknologi Sony HD selain pemproses dua teras 1.5 GHz dan kamera 12 megapiksel.

Bagi penggemar permainan video pula, gajet ini tersedia bersama aplikasi permainan konsol PlayStation Store.

Sementara Xperia P pula hadir bersama sokongan paparan skrin berkecerahan tinggi yang mengaplikasikan teknologi WhiteMagic.

Binaan rangka luarnya yang diperbuat daripada material aluminium menjadikan model berkenaan kelihatan cukup elegan.

Melihat spesifikasi Xperia U, ia disempurnakan dengan keupayaan hiburan maksimum bersama rekaan kompak dan ringkas.

Tidak cukup dengan itu, kedua-dua Xperia P dan dan Xperia U turut dipacu enjin paparan realiti Mobile BRAVIA selain sistem pemproses dua teras.

Xperia S bakal memasuki pasaran dunia menjelang suku pertama tahun 2012 sementara Xperia U dan P akan menemui pengguna pada suku kedua tahun ini.

Hiburan pintar mempesona

Posted: 13 Mar 2012 07:09 PM PDT


SMART TV daripada Samsung yang merupakan televisyen pintar 3D LED bakal memberi pengalaman tontonan lebih moden dan interaktif.


TIDAK perlu diperjelaskan lagi, ramai sudah sedia maklum tentang kepintaran rangkaian produk audio visual yang dibangunkan oleh syarikat elektronik terkenal dunia, Samsung.

Ini kerana, kesemua produk mereka disempurnakan bersama keupayaan teknologi total dan menyeluruh bagi tawaran fungsi terbaik kepada pengguna.

Melengkapkan kecemerlangan itu, syarikat berkenaan terus membawa transformasi kepada peranti hiburan berkenaan menerusi pengenalan televisyen pintar 3D LED TV dikenali sebagai Smart TV.

Melalui teknologi pintarnya, pengguna bakal dibawa meneroka dimensi baru dunia tontonan televisyen secara lebih moden dan interaktif.

Operasi Smart TV memberi tumpuan kepada kepada tiga elemen pintar utama iaitu reka bentuk pintar, pengalaman pintar dan sambungan pintar.

Tidak cukup dengan itu, pengguna turut ditawarkan pilihan serta kawalan akses secara personal terhadap kandungan yang ingin mereka nikmati.

Bagi memudahkan pencarian kandungan, Smart TV tersedia bersama aplikasi Search All untuk capaian aplikasi seperti DLNA, storan media, rangkaian PC, peranti mobiliti, Internet atau perkhidmatan video permintaan (video on demand).

Menerusi integrasi Smart Hub pula, ia menyediakan laluan akses utama kepada semua kandungan dan pelayaran Internet terus daripada televisyen sebagai sumber aplikasi hiburan terbaik serta berkualiti.

Ia merangkumi aplikasi permainan video, akses laman web rangkaian sosial, maklumat sukan, pelancongan, hiburan dan sebagainya yang boleh dicapai melalui sambungan Wi-fi.

Bagi memuat turun pelbagai aplikasi pula, pengguna boleh mengakses platform Samsung Apps yang merupakan stor aplikasi pertama dunia berasaskan sambungan HDTV.

Apa yang menarik lagi, pengguna juga boleh berborak secara dalam talian pada masa nyata sambil menonton rancangan televisyen melalui fungsi Social TV.

Daripada sudut kejuruteraan, Smart TV mempunyai binaan bingkai panel lebih nipis untuk kejelasan dan keluasan paparan selain kualiti tiga dimensi (3D) terbaik.

Bagi tujuan mempertingkatkan kecemerlangan imej 3D, Smart TV disempurnakan bersama teknologi transisi bingkai berkembar serta kacamata 3D untuk kepuasan tontonan maksimum.

Pengguna yang mahu menikmati kesan audio 3D lebih menakjubkan, Smart TV sesuai diintegrasi bersama sistem hiburan rumah wayarles 7.1 saluran HT-D6750W.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories