Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Video Jeremy Clarkson Memusnah Kereta Malaysia Dengan Angkuh Sekali!
- Riz tak mudah menyerah kalah
- Jue Aziz 'Menghilang' Bukan Terkena Sihir
- Dr Ezani Serba Salah Digelar 'Chef Selebriti'
- Aiman Hakim Janji Tidak Lupa Diri
- Sifat Misteri Puteri Caroline Pikat Hati Ella
- Deejay Lin Jadi Duta Produk Kerana 'Suria Cinta'
- Arash Mohd Masih Popular Walaupun Jarang Muncul Di Akhbar
- Anak Madonna Enggan Jadi Terkenal
- Ricky MartinTakut Baca Buku Tulisan Sendiri
- Sapuan salah timbulkan kesan comot
- Peluang francais kraf tangan Dios
- Inovasi, teknologi mudahkan laksana zakat
- Jangkitan penyakit di kolam renang
- Model terbaru Proton terima 44 tempahan
- ULI perkenal Repsol baru
- Maxis perkenal 20 aplikasi percuma
- Pegawai eksekutif Petronas dipenjara
- Emas susut, tukar warna kelabu
- ‘Dia ni bapak hang’, anak pura-pura tak kenal
- Suspek pernah ugut nenek Dirang
- Inspirasi 7 Petala Cinta
- Edry sertai Mojo
- Jinwoon 2AM minat Min Jung
- Peluang jejak final makin cerah
| Video Jeremy Clarkson Memusnah Kereta Malaysia Dengan Angkuh Sekali! Posted: 14 Mar 2012 09:15 PM PDT | ||
| Posted: 14 Mar 2012 08:45 PM PDT KEMBALI...muncul dengan single baru. WAJAH tampan serta nyanyian merdunya pernah menjadi pujaan tidak lama dulu sehingga dia dinobatkan tempat kedua program realiti popular, Akademi Fantasia musim keenam (AF6). Namun, entah di mana silapnya, karier nyanyian Mohammed Idris Mohd Zaizizi atau Riz Zaizizi semakin tenggelam dan kemunculannya di kaca televisyen jarang kelihatan. Agak terkebelakang berbanding rakan seperjuangan daripada AF6 terutama Stacy dan Nubhan yang nyata mendahuluinya, anak kelahiran Gerik, Perak ini dalam diam sebenarnya sibuk merencanakan kerjaya nyanyiannya. Jika ada yang mengandaikan Riz sudah berputus asa, apatah lagi dengan situasi industri nyanyian di Malaysia pada ketika ini, jawapannya tidak. Minat yang terlalu mendalam terhadap muzik menjadi prinsipnya dan oleh sebab itu, dia sentiasa berpegang kepada pepatah kejayaan tidak datang bergolek.
Bertemu jejaka berusia 25 tahun itu dalam satu sesi fotografi, baru-baru ini, Riz yang sinonim dengan rambut panjang dan kerinting nampaknya sudah bertukar imej. Kini berambut pendek, penampilannya kelihatan lebih rapi dan matang sesuai dengan umurnya. Tatkala diajukan soalan kenapa mengambil keputusan untuk memotong rambut, jawapannya ringkas iaitu inginkan imej yang lebih kemas dan ringkas. | ||
| Jue Aziz 'Menghilang' Bukan Terkena Sihir Posted: 14 Mar 2012 08:43 PM PDT Jue Aziz.PETALING JAYA: Pelakon Jue Aziz memberitahu tindakannya mendiamkan diri daripada sebarang publisiti sejak kebelakangan ini bukan disebabkan terkena perbuatan sihir. Sebaliknya, pemilik nama sebenar Zuliana Ab Aziz ini berkata keputusan tersebut diambil kerana dia lebih selesa untuk tampil jika mempunyai cerita yang berkaitan kerjaya sahaja. "Saya tidak sakit terkena perbuatan sihir atau santau. Cerita itu tidak betul. Cerita itu ditimbulkan oleh pihak produksi Semerah Padi yang cuba mencari publisiti murah ketika pementasan itu diadakan pada tahun lalu. "Saya tidak sertai teater itu pun disebabkan oleh kekalutan pengurusan produksi itu sehingga menyebabkan saya tertekan dan jatuh sakit ketika itu. Ia hanya sakit biasa kerana tidak cukup rehat," katanya. Aktres berusia 29 tahun itu ditemui pada tayangan perdana filem terbarunya, Jidin Sengal di Cathay e@Curve, Mutiara Damansara, di sini, malam Selasa. Jue berkata selepas lebih lima tahun bergelar pelakon, dia sudah berada pada tahap yang stabil dan tidak memerlukan publisiti murah atau kontroversi untuk terus dikenali. "Pada tahap ini, saya memang elakkan publisiti yang berlebihan seperti awal-awal dulu. Saya tidak mahu kisah kontroversi terus dikaitkan dengan saya dan menjadi bahan cerita di media. "Berkat pengalaman yang ada, saya semakin cekap menguruskan kerjaya lakonan. Tawaran lakonan juga stabil dan peminat sudah mengetahui mutu kerja saya, jadi apa perlunya saya terus muncul bersepah-sepah di media jika tiada kisah yang bernas dan penting untuk dikongsi," katanya. Jue bersama pelakon dan tenaga kerja filem Jidin Sengal (dari kiri) Zach Diamond, Along, penerbit Ernie Chen, pengarah Esmi Zahara, Faezah Elai dan Angah pada majlis tayangan perdana filem itu, di sini, malam Selasa.Menyentuh mengenai pembabitannya dalam filem komedi "Esmi Zahara" itu, Jue berkata dia menerima tawaran berlakon filem tersebut kerana menyenangi watak bernama Amy yang merupakan penolong pengarah filem yang tegas dan lasak. "Saya suka karakter Amy yang lasak, kelakian dan tegas. Ia bersifat spontan dan menarik. Lagi pun pengalaman berlakon dengan Along (Raja Lawak) dan Angah (Raja Lawak) memberikan kepuasan dan seronok. "Sebagai pelakon yang mempunyai lebih pengalaman berbanding yang lain, saya terpanggil untuk menyokong produksi filem ini agar sama-sama berkembang dan lebih melonjak dalam industri filem kita," katanya. Filem yang membariskan Jue, Along (Raja Lawak), Angah (Raja Lawak), Faezah Elai, Zach Diamond, Azrul (Raja Lawak), Mariani dan Hamid Gurkha ini diterbitkan oleh syarikat produksi OutLoud Studios Sdn Bhd. Ia mengisahkan mengenai Jidin lakonan Along (Raja Lawak) bersama sekumpulan pelakon ekstra lain yang berhasrat untuk mendapatkan peranan lebih penting dalam sesebuah filem. Jidin Sengal akan ditayangkan kepada umum bermula 22 Mac ini. | ||
| Dr Ezani Serba Salah Digelar 'Chef Selebriti' Posted: 14 Mar 2012 08:42 PM PDT Dr Ezani Farhana memegang replika cek kemenangannya bernilai RM100,000.KUALA LUMPUR: Juara Masterchef Malaysia musim pertama Dr Ezani Farhana Md Monoto berkata jolokan 'chef selebriti' yang diberikan oleh peminat program realiti masakan itu telah menimbulkan perasaan serba salah kepadanya. Wanita berusia 26 tahun itu berkata perasaan itu wujud kerana dia bukan seorang chef profesional tetapi sekadar meminati bidang masakan dan menjuarai pertandingan tersebut secara kebetulan. "Saya jadi serba salah dan kekok kerana pencapaian ini belum sampai ke tahap yang melayakkan saya dipanggil sebegitu. "Cuma kebetulan saya minat masakan dan ditakdirkan untuk menjuarai program itu. Apa pun ia satu penghargaan buat saya," katanya. Dr Ezani berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian cek kemenangannya dalam program itu di restoran Binjai, di sini, Rabu. Dr Ezani yang juga graduan pergigian dari Universiti Adelaide, Australia berkata sejak menjuarai program itu tiga bulan lalu, dia mula merasai pengalaman hidup yang berbeza. ![]() "Saya berasa seronok apabila ramai orang mula bertegur sapa dan mengenali saya. Mereka menyatakan sokongan jika bertembung di mana-mana. "Saya sedar bidang hiburan ini penuh cabaran tetapi ia memberikan pengalaman baru yang berbeza. Saya mahu terokai lebih banyak ilmu dalam bidang ini," kata anak bongsu daripada dua beradik ini. Ketika ditanya mengenai perancangannya dengan wang kemenangan yang bernilai RM100,000 itu, Dr Ezani berkata dia akan menyimpan wang itu untuk kegunaan pada masa hadapan. "Saya akan simpan wang itu untuk masa depan. Mungkin juga saya akan bawa ibu bapa pergi bercuti. "Kalau diizinkan, saya juga menyimpan angan-angan untuk membuka sebuah kafe yang menghidangkan makanan pencuci mulut seperti pastri dan kek," katanya yang merancang untuk menerbitkan buku resipi sendiri kelak. Selepas bergelar juara program tersebut, Dr Ezani kini terikat di bawah Pengurusan Artis Astro selama tiga tahun. Dia juga bakal mengacarakan sebuah program bercorak kembara masakan tidak lama lagi. | ||
| Aiman Hakim Janji Tidak Lupa Diri Posted: 14 Mar 2012 08:41 PM PDT Aiman bersama gandingannya dalam drama Vanila Coklat, Izara Aishah.PETALING JAYA: Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Vanila Coklat, Aiman Hakim menjelaskan populariti yang dikecapnya kini tidak akan merubah dirinya sehingga menjadi seorang yang memilih. Aiman berkata, walaupun sudah mula dikenali, hakikatnya dia adalah seorang pelakon baru yang masih dalam proses pembelajaran dan perlu mencuba pelbagai watak sekiranya ditawarkan. "Popular tidak menjamin kejayaan saya sebagai pelakon kerana sedar diri saya masih baru dan perlu lebih banyak pendedahan dalam bidang lakonan. "Kejayaan drama ini juga tidak bererti saya akan mula memilih watak selepas ini hanya kerana telah dikenali," ujarnya kepada mStar Online. Aiman ditemui selepas majlis tayangan episod terakhir Vanila Coklat bersama peminat di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini, Selasa. Dalam pada itu, ditanya mengenai namanya antara carian paling popular di Google, Aiman berkata, dia tidak tahu mengenai perkara itu namun bersyukur kehadirannya dalam bidang seni mula disedari masyarakat. Katanya, populariti yang dimiliki perlu digunakan sebaik mungkin selain perlu terus berusaha untuk memperbaiki diri supaya mendapat sokongan peminat. "Insya-Allah kejayaan saya tidak akan membuatkan saya hanyut sebaliknya akan lebih berusaha keras dalam membina nama dalam bidang ini. "Saya akan terus melakukan apa yang dirasakan betul dengan mendapat nasihat daripada orang terdekat," katanya. Sementara itu, Aiman yang juga bekas peserta program realiti Mentor musim ke-5 bersama mentornya, penyanyi Rahim Maarof memberitahu walaupun sudah mencipta nama sebagai pelakon dia masih memasang hasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian. Kata Aiman, buat permulaan dia bakal muncul dengan single terbaru berjudul "Bicara Hati" ciptaan Adi dari kumpulan 6ixth Sense dalam masa terdekat. "Nyanyian yang telah memperkenalkan nama saya dalam bidang ini jadi tidak semudah itu untuk terus saya lupakan cita-cita awal saya ingin melibatkan diri dalam bidang ini. "Saya masih memasang impian untuk menghasilkan album sendiri pada masa hadapan tetapi buat permulaan saya bakal muncul dengan sebuah single baru. "Bagaimanapun saya perlu menunggu lagu tersebut keluar kerana pihak produksi masih menunggu persetujuan daripada dua buah drama yang berminat untuk menggunakan Bicara Hati sebagai lagu tema untuk drama mereka,"ujarnya. Bagaiamanpun kata Aiman, dia tidak mahu terburu-buru sebaliknya ingin menumpukan pada sesuatu perkara terlebih dahulu kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen. "Sekarang saya banyak terikat dengan tawara berlakon dan kerana itu tidak mahu terburu-buru mengejar semua benda dalam satu masa," ujarnya. | ||
| Sifat Misteri Puteri Caroline Pikat Hati Ella Posted: 14 Mar 2012 08:41 PM PDT Ella (kiri) melihat keistimewaan kepada Puteri Caroline.KUALA LUMPUR: Ratu rock negara Ella berkata salah satu faktor yang membuatkan dia memilih Puteri Caroline Mohd Kamel (Caroline) sebagai protege program Mentor musim keenam adalah kerana sifat misteri yang dimiliki gadis dari Kelantan itu. Ella berkata selain faktor bakat, Caroline, 20, mempunyai ciri-ciri menarik yang memikat hatinya untuk dia mendekati dan menerokai gadis berkenaan. "Dia (Caroline) seorang yang pendiam dan misteri. Bakat dan sifatnya itu memikat hati saya. "Saya tidak mahu menghakimi dia. Saya mahu menerokai kebolehan dan potensi Caroline," katanya yang memilih Caroline daripada enam calon yang disenaraikan. Penyanyi lagu Puisi Hamba itu berkata sebagai persediaan untuk program berkenaan, dia cuba menyuntik keyakinan pada karakter Caroline agar lebih berani dan menonjol. "Saya mempunyai hasrat yang besar untuk lihat dia berjaya, jadi saya akan bimbing dia dengan pendekatan dan formula sendiri. Para mentor dan protoge masing-masing."Kami menjadi semakin rapat dan lebih mengenali antara satu sama lain dan ini memudahkan proses pembelajaran," katanya. Selain Ella dan Caroline, Mentor 6 turut membariskan Ogy dan protegenya Zatul serta Ramlah Ram bersama protege, Ana Syuhada Noor Asram, 21 (Ana Syuhada). Faizal Tahir pula mempertaruhkan Anas Ridzuan, 23, (Anas), Ferhad dengan Salwani Sawi, 18, (Wanie) dan Adam dengan protegenya Abd Kadir Unding Lana, 23, (KJ). Masih lagi diacarakan oleh Ally Iskandar Mohd Mardzi, konsert mingguan akan disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 18 Mac ini pada setiap Ahad, pukul 9 hingga 10.30 malam di TV3. | ||
| Deejay Lin Jadi Duta Produk Kerana 'Suria Cinta' Posted: 14 Mar 2012 08:40 PM PDT Deejay LinKUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, deejay Lin (DJ Lin) dipilih menjadi duta produk kecantikan Nureen's Beauty kerana popularitinya mengendalikan segmen Suria Cinta di stesen itu. Pengarah Urusan Nureen's Beauty, Mohd Rafi Ismail berkata, pengaruh penyampai radio popular itu telah mendorong pihaknya untuk melantik DJ Lin sebagai duta produk tersebut. "DJ Lin dilihat sebagai seorang yang berpengaruh dan mempunyai penyokong tersendiri. "Malah rakan Facebook dia yang mencecah 86,000 peminat selain laman blog beliau iaitu fandjlincintamania.blogspot.com yang mempunyai pelawat sebanyak 30,000 telah meyakinkan kami bahawa dia sesuai untuk bertindak sebagai ejen promosi kami," ujarnya kepada mStar Online. Mohd Rafi ditemui selepas majlis memperkenalkan DJ Lin sebagai duta produk terbaru mereka di sini pada Rabu. Tambah Mohd Rafi, pihaknya yakin penyampai radio itu mampu meningkatkan jualan produk mereka bertepatan dengan objektif syarikat mereka yang komited untuk bersaing secara lebih serius dalam industri produk kecantikan dan penjagaan kesihatan. Dalam pada itu, DJ Lin berkata, dia amat berterima kasih kepada pihak Noreen's Beauty kerana memberi kepercayaan kepada dirinya untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta produk berkenaan. Mohd Rafi (kanan) bersama deejay Lin (tengah) pada majlis memperkenalkan juruhebah radio tersebut sebagai duta produk Nureen's Beauty.Dia bukan sahaja mewakili produk tersebut tetapi juga akan turun padang mempromosikan Noreen's Beauty kepada pelanggan selain mengadakan peraduan untuk para pendengar Suria Cinta pada masa akan datang. "Kepercayaan ini akan digunakan dengan sebaiknya bagi membantu bukan sahaja dari segi jualan produk itu tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya di kalangan wanita mengenai kesihatan," ujarnya. Pada majlis sama, pihak Noreen's Beauty turut memperkenalkan tiga produk kesihatan terbaru syarikat itu iaitu Nureen's SliimBetz, Mirifica Gold dan Gluta Collagen. Sementara itu, DJ Lin memberitahu dia juga turut menggunakan pengalamannya sebagai pegawai perhubungan awan di Suria FM selama tiga tahun untuk membantu syarikat itu mendapatkan publisiti selain menjadi duta. Selain produk kesihatan, DJ Lin juga turut menjadi duta kepada Proton Pesona. Dia juga pernah memenangi anugerah Penyampai Radio Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2010 selain menggondol anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik pada 2005 dan 2010 pada majlis sama. | ||
| Arash Mohd Masih Popular Walaupun Jarang Muncul Di Akhbar Posted: 14 Mar 2012 07:38 PM PDT Arash Mohd. KUALA LUMPUR Pelakon drama popular, Arash Mohd menjelaskan dia lebih selesa peminat mengenalinya kerana hasil kerja dan bukan disebabkan sering muncul di media. Arash atau nama sebenarnya Azman Shah Ramlee, 43, berkata, walaupun jarang muncul di akhbar, majalah serta acara hiburan tetapi dia tetap bersyukur kerana masih ramai peminat yang menghargai hasil kerjanya sebagai seorang pelakon. "Alhamdulillah walaupun kurang mendapat pendedahan dalam media massa tetapi rezeki saya dalam bidang lakonan tidak pernah putus. "Kemunculan wajah saya di beberapa stesen yang menyiarkan drama lakonan saya adalah kira sebagai publisiti juga kepada saya walaupun jarang muncul di akhbar," ujarnya kepada mStar Online. Arash ditemui selepas majlis tayangan episod terakhir Vanila Coklat bersama peminat di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini, Selasa. Tambahnya, antara sebab lain dia lebih selesa menjalani kehidupan "low-profile" adalah kerana kurang gemar kehidupan peribadinya menjadi tatapan umum. Arash berkata, dia sebolehnya tidak mahu mendedahkan mengenai kisah peribadinya kerana ia adalah privasi buat dia dan keluarga. "Saya sedar kuasa media itu adalah besar kepada diri seseorang artis tetapi rasanya biarlah cerita mengenai kerjaya saya menjadi tatapan. "Biarlah cerita peribadi saya simpan sebagai privasi saya tetapi bukanlah semua perkara kena rahsia," katanya. Dalam pada itu, bercerita mengenai kerjayanya sebagai pelakon, Arash berkata, dia tidak terlalu memilih watak sebaliknya menerima sesuatu tawaran mengikut usianya kini. Arash memberitahu, sudah tiba masanya pelakon senior sepertinya memberi ruang dan laluan kepada artis-artis baru untuk menempa nama dengan watak-watak mencabar. "Rasanya pada usia 43 tahun tak sesuai nak bawak watak pemuda berusia 25 tahun atau menjadi gengster. Biarlah watak yang diambil itu bersesuaian dengan diri saya.Watak-watak hebat lain kita beri peluang kepada pelakon muda pula," katanya. Sementara itu, berkongsi sedikit tentang statusnya sebagai suami kepada Noor Afidahwati Mohamad, 33, Arash memberitahu dia bertuah kerana mendapat seorang isteri yang penyayang dan memahami dirinya sebagai seorang lelaki, suami dan pelakon. Arash berkata, isterinya itu adalah pemangkin semangat buat dirinya dan perkahwinan yang sudah menjangkau usia empat tahun itu sentiasa dirasakan bagai berbulan madu. "Asam garam dalam berumah tangga itu biasa bagi pasangan suami isteri tetapi isteri saya adalah yang terbaik buat diri saya kerana ciri-cirinya yang sentiasa memahami dan paling penting dia adalah pemangkin semangat buat diri saya," ujarnya. Masih belum dikurniakan cahaya mata, Arash meletakkan perkara itu sebagai ketentuan daripada Allah dan gembira dengan kehidupannya kini. "Anak itu rezeki daripada Allah dan kami berserah kepadanya dan itu tidak membuatkan kami sedih kerana ia menguatkan hubungan kami suami isteri. "Seperti yang saya katakan setiap hari seperti waktu berbulan madu buat kami berdua," katanya. | ||
| Anak Madonna Enggan Jadi Terkenal Posted: 14 Mar 2012 07:36 PM PDT Lourdes ingin menjalani kehidupan normal seperti remaja lain. PENYANYI terkenal, Madonna memberitahu anaknya, Lourdes tidak mahu menjadi terkenal sebaliknya ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran. Madonna berkata, anaknya telah menolak beberapa tawaran berlakon menerusi filem dan projek muzik kerana enggan menjadi popular. "Lourdes mempunyai suara yang merdu dan berbakat besar sebagai penyanyi. Bagaimanapun dia masih malu-malu. "Banyak juga pihak menawarkan pelbagai projek untuknya tetapi dia memilih untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran," katanya. Dalam pada itu, Madonna memberitahu, walaupun anaknya tegas dengan pendiriannya, dia bagaimanapun turut memiliki jenama pakaiannya sendiri dan terlibat sebagai penyanyi latar untuk album terbarunya, MDNA. "Sebagai seorang ibu, saya menghormati permintaan dan keinginan anak saya tetapi jika dia berubah fikiran saya akan menyokongnya seratus peratus," jelasnya. | ||
| Ricky MartinTakut Baca Buku Tulisan Sendiri Posted: 14 Mar 2012 07:34 PM PDT Ricky Martin.PENYANYI Latin terkenal, Ricky Martin mendedahkan masih belum membaca buku biografi hasil tulisannya sendiri. Ricky memberitahu keengganan dia berbuat demikian adalah kerana takut akan berasa sedih membaca kisah hidupnya yang dibukukan. Buku biografi yang dilancarkan pada tahun lalu itu antara lain mendedahkan pelbagai perkara yang disimpan sebagai rahsia oleh penyanyi itu buat pengetahuan umum. Salah satu perkara adalah mengenai seksualiti dirinya yang disorok kepada pengetahuan masyarakat selama bertahun-tahun. Bagaimanapun Ricky pada tahun 2010 telah mendedahkan bahawa dirinya seorang gay. "Saya sempat membuka komputer dan mula membaca satu perenggan ayat tetapi berhenti kerana ia mengingatkan saya kepada banyak perkara pahit dalam hidup," ujarnya. Walaupun begitu, Ricky berkata, dia nekad untuk menerbitkan kisah hidupnya itu bagi berkongsi pengalaman dan pengajaran kepada orang lain. "Ramai orang boleh mengambil iktibar daripada kisah hidup saya," katanya. | ||
| Sapuan salah timbulkan kesan comot Posted: 14 Mar 2012 07:32 PM PDT TIDAK sekata dan tampak comot selepas berpeluh menyebabkan ramai wanita mula meninggalkan bedak asas ketika ingin keluar rumah. Alasan yang biasa didengari adalah tidak pandai menggunakannya. Namun, jika bijak menggunakannya dengan sapuan rata dan teknik betul, ia akan membuatkan penampilan sempurna ditambah solekan yang dicalit pada wajah. Menurut pakar jurusolek Clinique, David Ooi, kebanyakan wanita menyapu bedak asas dengan cara salah menyebabkan timbul kesan comot dan tidak rata selepas berpeluh.
"Teknik sapuan bedak asas yang betul juga penting untuk memastikan ia tidak kelihatan comot. Mula-mula, sapuan hendaklah sentiasa bermula di kawasan berminyak atau zon-T iaitu bermula di bahagian dahi kemudian ke hidung. "Kemudian, sapuan secara perlahan-lahan bergerak ke bahagian pipi, atas bibir dan seterusnya di dagu. Ketika meratakan bedak asas, gunakan berus yang tepat menerusi teknik pusingan atau menekap. "Teknik terakhir, gunakan jari untuk meratakan lagi sapuan bedak asas agar tidak kelihatan comot dan tampak lebih semula jadi," kata Ooi sambil jarinya tangkas menyelesaikan sapuan ke muka model. Selepas memastikan sapuan kelihatan rata, gunakan bedak tabur bagi menambah kesempurnaan pada wajah. Harus dititikberatkan di bahagian zon-T yang memerlukan sapuan lebih berbanding di kawasan kering iaitu pipi dan dagu. "Gunakan berus yang sesuai dan sapu pada bedak tabur. Teknik menekap bermula dengan bahagian tepi berus pada wajah kemudian hujungnya menerusi cara sama iaitu di zon-T (dahi dan hidung), pipi, atas bibir dan akhir sekali di dagu. "Setelah tampak rata, pemakaian penggaris mata digunakan untuk tampil semula jadi. Cara pemakaian yang betul adalah calit celak di bahagian atas berhampiran bulu mata dan ratakan dengan berus. "Jika ingin memastikan celak kekal pada jangka masa lama, sapukan penggaris mata di tangan. Kemudian gunakan berus celak dan sapukan di bahagian mata. "Bagi memastikan sapuan sempurna, cuba tekapkan telapak tangan di bahagian mata dan lihat. Jika tiada kesan celak yang melekat di tapak tangan bermakna sapuan anda sudah cukup rata. "Lengkapkan solekan dengan pemakaian pemerah pipi dan calitan gincu serta pengilat bibir agar wajah kelihatan berseri dan tidak pucat," katanya pada majlis pelancaran bedak asas terbaru jenama Clinique, Even Better Makeup. Ooi menggunakan bedak asas terbaru yang diperkenalkan Clinique itu pada kulit model bagi menghasilkan solekan bersifat semula jadi untuk memiliki penampilan sempurna. Dengan sentuhan yang lebih semula jadi, penggunaannya membantu memberikan rona sempurna pada kulit wajah, sekali gus menampilkan ton yang lebih sekata. Formulanya yang mengandungi SPF 15 PA++ membantu memberi perlindungan daripada sinaran cahaya matahari supaya kulit tidak terdedah secara berlebihan bagi mengurangkan kesan penuaan, ton tidak sekata dan tompok hitam. Selain itu, penggunaannya juga membantu memperbetulkan atau menyembunyikan perubahan warna yang tidak sekata pada kulit wajah. Kandungan vitamin C pula membantu mengurangkan kesan garis halus dan menampilkan ton kulit wajah yang lebih bersinar jika dipakai secara berterusan biarpun tidak mengenakan solekan. Selain mengandungi vitamin C, terdapat bahan seperti ekstrak yis cendawan dan birch putih serta kulit limau gedang yang diadun bersama bagi membantu mengurangkan kemunculan ton kulit tidak sekata, sekali gus mencegah ia menjadi kusam. Bagi mereka yang ingin mengalami sendiri kesannya, Even Better Makeup mula dijual di kaunter Clinique, Mac ini pada harga RM115 sebotol. | ||
| Peluang francais kraf tangan Dios Posted: 14 Mar 2012 07:30 PM PDT ![]() Zaidi Osman mahu berkongsi perniagaan dalam industri perkahwinan bersama usahawan-usahawan lain melalui sistem francais. PELUANG perniagaan patut direbut oleh mereka yang mahu bergiat dalam lapangan ini kerana ia pastinya memberikan keuntungan dan pulangan yang setimpal apabila kena dengan caranya. Banyak aktiviti perniagaan yang boleh dijadikan bahan untuk diniagakan ini termasuk dalam bidang kraf tangan perkahwinan dan andaman. Justeru, bagi mereka yang berminat untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, Dios Flowers & Handicrafts Sdn. Bhd., melalui perlaksanaan strategi perluasan pasaran telah menawarkan peluang perniagaan berbentuk francais. Tawaran sudah tentu diberi kepada para usahawan yang berminat menceburi bidang perniagaan produk kraf tangan perkahwinan dan kelengkapan andaman. | ||
| Inovasi, teknologi mudahkan laksana zakat Posted: 14 Mar 2012 07:27 PM PDT
EMM… mana sempat nak bayar zakat. Sibuk dan tidak ada masa nak pergi ke kaunter zakat." Inilah antara alasan yang lazim digunakan oleh mereka yang tidak sempat membayar zakat. Kesesakan jalan raya, kesusahan mencari parkir dan harus pula beratur serta menunggu di kaunter zakat, dijadikan alasan untuk 'menjustifikasikan' tindakan. Hakikatnya, kita hanya perlu berpegang kepada pepatah Melayu, 'jika hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan.' Ironisnya, dunia sudah pun berubah dan kini, dengan adanya kemudahan internet di sana sini, maka sepatutnya tiada lagi kalimah menunaikan zakat itu susah. | ||
| Jangkitan penyakit di kolam renang Posted: 14 Mar 2012 07:23 PM PDT
EKORAN laporan media mengenai jangkitan Rotavirus di dua daerah di Perak telah menimbulkan kebimbangan masyarakat tentang penyakit yang boleh berjangkit melalui air. Pada 10 Februari lepas, media melaporkan jangkitan Rotavirus telah menyebabkan kematian dua bayi berumur antara dua dan 10 bulan kerana dehidrasi kerana cirit-birit yang teruk. Bila ada jangkitan virus dan bakteria 'bawaan' air, timbul pula satu persoalan - bagaimana dengan mereka dan anak kecil yang mengunjungi kolam rekreasi dan taman air? Terdapat beberapa penyakit mudah berjangkit yang wujud pertalian dengan lokasi rekreasi air seperti untuk berenang dan mandi-manda. Mandi sebelum masuk kolam. | ||
| Model terbaru Proton terima 44 tempahan Posted: 14 Mar 2012 07:22 PM PDT Proton Holdings Berhad menerima 44 unit tempahan bagi model baru P3 21A di seluruh negara sehingga jam 5 petang, sempena pra pelancaran model itu, semalam. | ||
| Posted: 14 Mar 2012 07:21 PM PDT UMW Lubricant International Sdn Bhd (ULI), optimis menguasai empat peratus pasaran bagi segmen minyak pelincir menjelang hujung tahun ini serentak pelancaran Repsol, produk minyak pelincir yang disesuaikan dengan pasaran tempatan. | ||
| Maxis perkenal 20 aplikasi percuma Posted: 14 Mar 2012 07:20 PM PDT Peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu negara, Maxis Bhd (Maxis) memperkenalkan 20 aplikasi eksklusif percuma kepada pelanggan termasuk aplikasi terbaru, Maxis Roam yang boleh didapati di pelbagai peranti pintar seperti iPhone, Android dan tablet dikuasai Maxis Cloud. | ||
| Pegawai eksekutif Petronas dipenjara Posted: 14 Mar 2012 06:50 PM PDT KUALA TERENGGANU – Hakim Azman Mustapa, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM35, 000 ke atas seorang pegawai eksekutif petronas, Jasmi Mohd Jemadi, 45 setelah didapati bersalah bersabit dua kes rasuah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. | ||
| Emas susut, tukar warna kelabu Posted: 14 Mar 2012 06:43 PM PDT PENDANG – Seorang suri rumah terpaksa mengalami rugi besar apabila semua barang kemas miliknya rosak dan beratnya makin berkurangan setelah mencuba khidmat mencuci barangan berharga itu yang ditawarkan tiga individu, baru-baru ini. | ||
| ‘Dia ni bapak hang’, anak pura-pura tak kenal Posted: 14 Mar 2012 06:40 PM PDT KULIM - "Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang," antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin. | ||
| Suspek pernah ugut nenek Dirang Posted: 14 Mar 2012 06:37 PM PDT PASIR GUDANG – "Siap la kau nanti.. ingat aku takut berperang dengan kau...!" | ||
| Posted: 14 Mar 2012 06:36 PM PDT
FILEM 7 Petala Cinta sememangnya sebuah naskhah keagamaan berbeza yang pernah ditayangkan di layar perak sebelum ini. Kebanyakan babak dalam filem arahan Azhari Zain ini menampilkan kesenian halus Islam yang jarang ditonjolkan dalam mana-mana filem tempatan bergenre sama sebelum ini. Sebagai pelakon dalam filem sebegini, Aeril Zafrel, Shima Anuar, Diana Amir dan Fizo Omar perlu lebih berhati-hati kerana penambahan skrip, khsusnya dialog bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Bagi mereka juga, ia bukan merupakan sebuah filem berat, namun kerana kehalusan Islam yang ditonjolkan dalam filem ini, mereka perlu menjaga segala hal dalam lakonan yang ingin dipersembahkan. Apa yang menariknya, bagi keempat-empat pelakon muda ini, berlakon dalam 7 Petala Cinta merupakan pengalaman pertama mereka memegang watak sebagai orang yang warak dan tinggi ilmu agama. Menerusi filem ini juga, banyak yang mereka pelajari tentang ilmu agama yang mana sebelum ini mereka mungkin jahil tentangnya. Hilma Aqila ubah Diana Menurut Diana Amir yang memegang watak Hilma Aqila dalam filem ini, watak ini merupakan salah satu sebab dia dia kini bertudung. "Ini merupakan filem pertama menampilkan Diana bertudung walaupun ketika itu di alam realiti saya masih belum bertudung. Keistimewaan filem ini adalah ia memberi kelebihan kepada Diana untuk berubah. Semasa penggambaran filem ini, saya rasa terbuka hati untuk berhijrah diri. "Ini kerana selama sebulan dan sepanjang penggambaran, hari-hari saya memakai tudung walaupun di luar set untuk lebih menjiwai watak. Diana akui, filem ini memang salah satu sebab untuk Diana berubah," ungkapnya semasa majlis pratonton 7 Petala Cinta di MBO, Subang Parade, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini. Ujar Diana lagi, filem ini membawa perubahan baik terhadap dirinya dan dia mula berasa segan dengan diri sendiri kerana tahu di mana tahap dirinya ketika itu. Hamka idaman Fizo Bagi pelakon berbadan sasa, Fizo Omar, walaupun hanya muncul di awal filem, kemudian hilang dan muncul semula di akhir filem ini, dia gembira dapat melakonkan watak Hamka yang diberi kepadanya. "Memang Hamka watak idaman saya kerana sebelum ini banyak watak yang saya telah cuba, cuma saya belum dapat watak alim atau ustaz. Ini kali pertama saya bawakan watak seperti ini. "Mungkin babak yang paling mencabar adalah pada bahagian akhir filem yang mana saya perlu benar-benar bermain dengan emosi dalaman. Ini kerana pengarah tidak mahu saya bercakap, tapi saya perlu sampaikan emosi dalaman itu tanpa dialog yang banyak," ujar Fizo yang mengatakan filem seperti ini merupakan cara terbaik untuk berdakwah. Tambah Fizo, dia sangat selesa bergandingan dengan Aeril, Diana dan Shima dalam filem ini, kerana mereka sering bekerjasama untuk mendapatkan yang terbaik bagi tatapan penonton. ![]() BERMATLAMAT menonjolkan seni halus Islam, 7 Petala Cinta bagaimanapun bukan merupakan sebuah filem drama berat. "Sering berbincang dan membuat latihan menjadi amalan kami berempat ketika di set penggambaran," ujarnya. Hidayah buat Aeril Menjiwai watak Ahmad Fakhruddin Attar banyak mengajar Aeril Zafrel tentang ilmu agama dengan lebih mendalam. Dari segi lakonan Aeril sebagai Attar, dia banyak bermain dengan emosi dalaman yang memerlukan Aeril membuat kajian yang terperinci agar tidak menyinggung mana-mana pihak. "Cabaran bagi saya yang mana saya perlu banyak menjaga percakapan kerana tidak mahu tersalah kata kerana ini adalah tentang agama dan ia merupakan perkara yang sensitif. Sebenarnya, ia merupakan sebuah filem yang ringan, namun mungkin kerana genre Islamik, maka ramai yang menganggap ia sebuah filem berat. "Alhamdulillah, sebenarnya saya memperolehi banyak perkara positif dari penggambaran filem ini. Mungkin hidayah hadir ke dalam diri saya dalam keadaan dan cara begini. Saya masih seperti biasa, tapi mungkin siapa yang rapat dengan saya akan perasan sedikit perubahan diri saya," tutur Aeril. Akhirinya, antara babak yang mencabar diri sebagai seorang pelakon 7 Petala Cinta adalah pada babak di rumah pelacuran bersama Nida iaitu watak yang dilakonkan oleh Putri Mardiana. Babak itu menampilkan Attar yang ingin mengambil kain sarbannya pemberian gurunya tertinggal di situ. Saat itu, dia perlu menunjukkan emosi kepada penonton betapa berertinya kain tersebut buat dirinya. Saidatul Nisa cabar Shima ![]() FILEM 7 Petala Cinta mengisahkan tentang suka duka kehidupan dan percintaan golongan anak muda yang sedang menuntut ilmu di institusi pendidikan Islam. Bagi bekas pelajar kelulusan Diploma Seni Lakon Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) ini, dirinya bersyukur kerana ditawarkan watak sebegini. Diperlukan memakai purdah, bagi Shima watak lakonannya sebagai Saidatul Nisa dalam 7 Petala Cinta sangat mencabar. "Sangat mencabar. Kerana watak saya sebagai wanita yang memakai purdah dan apa sahaja reaksi saya, hanya nampak di mata sahaja. Jadi saya perlu bijak bermain emosi hanya menggunakan mata dan reaksi badan saya. "Jadi, sebagai pelakon baharu, ia juga merupakan proses pembelajaran bagi diri. Saya juga tidak rasa rugi kerana mungkin orang tidak akan mengenali saya kerana hanya nampak mata semasa berlakon. Saya masih boleh tonjolkan bakat saya melalui lakonan itu," ceritanya yang juga memasuki kelas mengaji untuk lebih mempelajari tajwid bersama pelakon lain. | ||
| Posted: 14 Mar 2012 06:35 PM PDT
DEMI untuk meneroka visi muzik masing-masing, empat pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan Mojo, sebuah kumpulan yang mempertaruhkan konsep synth-rock sebagai identiti muzik mereka. Mojo merupakan produk terbaharu daripada KRU Music yang mana anggotanya terdiri daripada bekas finalis One In A Million musim ketiga, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer dan penerbit ternama, Edry Abdul Halim sebagai pemain synthesizer. Posisi pemain dram Mojo pula diduduki oleh Johar Lucas yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Tilu. Melengkapkan keahlian Mojo seramai empat orang ialah pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman, Denny. "Mojo bakal memperkenalkan era baharu muzik rock tanah air berlandaskan irama progresif yang dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan legenda British seperti The Beatles, Queen, dan Led Zeppelin," ujar Edry Ditanya apakah maksud Mojo, kata Edry, ia membawa maksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor iaitu sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa. Tambahnya: "Kekuatan Mojo bukan sahaja pada nama, tetapi juga menerusi single pertama yang dipertaruhkan sebagai landasan dan langkah kanan Mojo ke arena seni muzik tanah air yang berjudul, Andai Ku Bercinta Lagi. Menurut Edry lagi, Mojo kini sedang dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun ini. Katanya: "Namun, penantian terhadap album penuh itu didahului dengan kemunculan album mini (EP) pertama Mojo yang mengandungi tiga buah lagu iaitu Andai Ku Bercinta Lagi ciptaan saya sendiri, Agar Tetap Indah yang dicipta Denny dan Mimpi hasil nukilan Johar. "EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep muzik synth-rock Mojo kepada peminat seni tanah air. Semoga kehadiran Mojo mampu memberi aura yang berbeza dan mempelbagaikan genre muzik Malaysia." Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau menerusi Facebook dan YouTube. | ||
| Posted: 14 Mar 2012 06:34 PM PDT
MENERUSI rakaman program televisyen Strong Heart baru-baru ini, salah seorang anggota band popular Korea Selatan, 2AM, iaitu Jinwoon telah mendedahkan bahawa dia merupakan peminat nombor satu aktres jelita, Lee Min Jung. Katanya: "Saya peminat nombor satu Lee Min Jung. Hanya melihat wajahnya menerusi gambar dalam iklan produk yang diwakilinya sudah cukup untuk membuatkan hati saya berdebar-debar." Kenyataan Jinwoon itu turut disokong oleh Seulong yang juga anggota band 2AM: "Ada satu masa, Jinwoon mahu sangat memakai kanta lengkap yang menggunakan Lee Min Jung sebagai duta dan model produk itu dalam iklan, malah dia berharap agar dia rabun untuk membolehkan dia memakai kanta lengkap." Sambung Jinwoon, dia berpeluang bertemu dengan Min Jung buat pertam kali apabila aktres yang mula popular sejak membintangi drama rantaian Boys Over Flowers itu, turut menghadiri konsert 2AM. | ||
| Peluang jejak final makin cerah Posted: 14 Mar 2012 06:31 PM PDT
SKUAD hoki negara berpeluang menempah slot ke final kempen Kelayakan Olimpik 2012 andai mampu menjinakkan Korea Selatan pada aksi keempat di Dublin, Ireland malam ini. Terdahulu, Korea Selatan, pasukan yang menghuni ranking keenam dunia sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Ireland pada aksi lewat malam kelmarin. Keputusan itu dilihat memberi kelebihan kepada skuad negara yang mencatat kemenangan bersih dalam tiga perlawanan lalu. Pada aksi pembukaan, skuad negara mengalahkan Chile 5-1 sebelum melakar kemenangan 6-2 ke atas Rusia dan menang 5-1 ke atas Ukraine. "Keputusan seri 1-1 antara Korea Selatan dan Ireland memang memberi impak kepada kita tetapi saya tidak mahu terlalu bergantung kepada situasi tersebut. "Saya mahu kita memberi fokus dalam setiap perlawanan dan harapnya pemain dapat memberi aksi terbaik dalam dua baki terakhir ini," kata jurulatih negara, Tai Beng Hai dalam wawancara yang dimuatkan dalam blog, malaysianhockey.blogspot.com. Atas kertas, peluang untuk mara ke final hanya akan terjamin jika skuad negara yang kini menghuni ranking ke-13 dunia mampu membenam Korea Selatan malam ini. Jika sebaliknya berlaku, anak-anak buah Beng Hai harus mengutip tiga mata penuh ketika membuat perhitungan dengan Ireland pada aksi terakhir nanti bagi mengesahkan slot ke final. "Bertemu Korea Selatan bukannya mudah, mereka membawa ramai pemain berpengalaman pada kempen kali ini. "Namun, kita juga ada peluang untuk menang jika pemain beraksi dengan baik esok (malam ini). Kita pernah menewaskan Korea Selatan pada Piala Sultan Azlan Shah 2011 dan hampir mengikat mereka pada Trofi Cabaran-Cabaran Asia sebelum ini. "Semuanya tidak mustahil tetapi pemain-pemain negara perlu berusaha keras untuk merealisasikan kemenangan itu," ujar Beng Hai. Sementara itu, pengurus skuad negara, George Koshy menganggap persembahan anak-anak buah Beng Hai setakat ini belum mencapai tahap sempurna. "Masih ada banyak kesilapan... banyak kesilapan kecil yang tidak sepatutnya terjadi pada pertandingan peringkat tinggi seperti ini," katanya. Bagaimanapun, George memuji aksi barisan pemainnya yang menunjukkan peningkatan dalam menyempurnakan pukulan sudut penalti berbanding dalam tiga kejohanan lalu. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

























0 ulasan:
Catat Ulasan