Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Hafiz, Hazama di Sungai Petani
- Siti Nurhaliza Mahu Khidmat Bruno Mars & David Foster
- Yazer (AF3) Kecewa Kegagalan Album Pertama
- ‘Bunohan’ Ketepikan Sosiobudaya & 'Berpecah-Belah'
- Pekerja Swasta Menang RM9,700 Kerana 'Hukum Karma'
- Majlis Makan Malam Artis Sabah Di Shah Alam Esok
- Lagu Westlife Jadi Perhatian Suri Rumah
- Charlize Theron Ambil Anak Angkat
- Najwa kena ikut cakap mama
- ‘Balas jasa ibu’
- Unjur biaya naik 37%
- Hati tersentuh pelanggan cerewet
- Perintis bandar WiFi
- Tak takut kalah
- Rayuan bukan kerana tamak
- Sokong demi bakat, karisma
- 5 ibu sos
- Kad kahwin seindah majlis
- Teh atasi masalah lelaki
- Pengaruh gerbang dalam masyarakat
- Idola wanita Malaysia
- Karnival Pendidikan Mara di PWTC esok
- MR1M diperluas ke semua IPT
- Al-Haddad sasar jualan RM1 juta sebulan
- Jazz Hibrid serba baru
| Hafiz, Hazama di Sungai Petani Posted: 15 Mar 2012 08:37 PM PDT PENYANYI lagu Awan Nano, Hafiz dan Hazama yang semakin popular dengan lagu Cinta Teragung ialah antara calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang bakal muncul pada siri jelajah promosi di kompleks beli-belah Village Mall, Sungai Petani, Kedah, esok, jam 2.30 petang.Turut hadir ialah Bintang Paling Popular ABPBH2010, Shaheizy Sam, Fasha Sanda, Adi Putra, Shila Amzah, Izara Aishah, Johan As'ari, Fizz Fairuz, Black, Tasha Shilla, Along Cham, kumpulan One Nation Emcees, Forteen dan penyanyi yang kini popular dengan lagu Cinta Muka Buku serta Carta Hati, Najwa Latiff. Pengurus Pemasaran dan Promosi ABPBH2011 daripada Orange Octopus, Mas Ayie Mas Omar, berkata ABPBH ialah satu-satunya acara yang mendekatkan artis dengan peminat di seluruh negara. Ia juga peluang untuk finalis menunjukkan penghargaan mereka terhadap peminat yang mengundi mereka selama ini. "Siri jelajah di Sungai Petani akan dihadiri ramai finalis dan tiada acara yang lain diadakan seperti ABPBH. Oleh itu, inilah peluang keemasan untuk peminat menemui artis kegemaran mereka dengan lebih dekat lagi. "Kali ini, aktiviti istimewa yang kami akan adakan termasuk konvoi artis bersama kenderaan pacuan empat roda pada 16 Mac, yang diketuai kelab Chenderoh Off Road 4x4. Mereka berkonvoi dari hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang ke Bukit Merah, juga bersama bas rasmi ABPBH untuk bertemu dengan anak yatim. "Di situ artis akan menggunakan kesempatan untuk beramah mesra bersama kanak-kanak daripada rumah anak yatim Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar dan di sana nanti penyampaian cenderamata juga akan diadakan khas buat mereka," katanya. Seperti di siri jelajah sebelum ini, pada keesokan harinya, 17 Mac, pengunjung turut berpeluang menaiki kereta tajaan Edaran Tan Chong Motor bersama artis kegemaran masing-masing. Sempena siri jelajah di Village Mall juga, pengunjung boleh mendapatkan barangan eksklusif ABPBH, selain merakam gambar bersama artis kesayangan mereka, yang dicetak khas dengan logo ABPBH. Lebih menarik, pengunjung yang datang ke lokasi siri jelajah dengan mengikut tema, iaitu 'Big, Bold and Silver', akan membawa pulang hadiah istimewa tajaan LUX. Pemenang akan dipilih berdasarkan pakaian tercantik. Manakala, orang ramai yang mempunyai bakat dalam masakan boleh menyediakan kek ulang tahun dengan kreativiti tersendiri dan pemenang akan berpeluang untuk makan malam bersama artis. Manakala peminat di Utara yang ingin menyerahkan borang undian ABPBH2011 secara terus kepada penganjur, mereka boleh berbuat demikian di lokasi acara pada kedua-dua hari siri jelajah berlangsung. Sebelum itu, sesiapa yang berminat untuk bergelar penyanyi, jangan melepaskan peluang menyertai Bintang Idola Berita Harian (BIBH) yang akan diadakan pada Jumaat, 16 Mac, mulai jam 10 pagi. | ||
| Siti Nurhaliza Mahu Khidmat Bruno Mars & David Foster Posted: 15 Mar 2012 08:36 PM PDT Siti Nurhaliza muncul dengan single terbaru berjudul Remember Me yang turut menampilkan Sean Kingston.PETALING JAYA: Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merancang untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal Amerika Syarikat iaitu David Foster dan pasukan penulis lagu penyanyi, Bruno Mars iaitu The Smeezingtons untuk album Inggeris keduanya. Beliau berhasrat untuk mendapatkan khidmat komposer dan penyanyi terkenal itu kerana menggemari lagu ciptaan mereka selain memberitahu album berkenaan dirancang untuk diterbitkan bagi pasaran antarabangsa. "Album kedua itu masih lagi dalam peringkat perbincangan malah masih belum ada apa-apa persetujuan daripada pihak mereka lagi. "Bagaimanapun jika hasrat itu dapat dilaksanakan ia akan menjadi satu batu loncatan untuk saya mengembangkan karier di peringkat antarabangsa," ujarnya kepada mStar Online. Siti ditemui selepas menjadi tetamu segmen Ceria Pagi di Suria terbutan Suria FM di sini pada Khamis bagi mempromosikan single terbarunya, Remember You yang dimuatkan dalam album Inggeris pertama milik beliau berjudul All Your Love. Siti bagaimanapun berkata, anak tirinya, Adib Khalid yang juga Pengarah Urusan syarikat What's Up Entertainment telah pun berkunjung ke Los Angeles, Amerika Syarikat semasa Anugerah Grammy baru-baru ini untuk mengadakan perbincangan dengan wakil komposer dan penyanyi itu. "Harap-harap apa yang dirancang akan menjadi kerana bukan senang untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal seperti David Foster," katanya. Dalam pada itu, Siti turut berkongsi khabar gembira apabila album Inggeris sulungnya telah pun terjual sebanyak 40,000 unit sejak ia dilancarkan pada September tahun lalu dan 30,000 secara digital menerusi single pertama, Falling In Love. ![]() Siti memberitahu, beliau juga memilih Remember Me sebagai single keduanya kerana lagu tersebut turut menampilkan penyanyi antarabangsa iaitu Sean Kingston selain muziknya yang senang ditangkap oleh pendengar. "Sayang rasanya jika lagu itu tidak dikeluarkan sebagai single kerana ia turut menampilkan Sean Kingston tambahan pula ia mendapat perhatian daripada peminat," ujarnya. Pihaknya juga kata Siti berharap dapat menghasilkan video muzik bersama penyanyi itu untuk tatapan peminat. Bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada ia dapat direalisasikan atau tidak kerana jarak dan jadual mereka yang berbeza. "Sudah tentu saya ingin hasilkan video muzik untuk lagu itu tetapi jarak antara saya dan Sean mungkin menyukarkan proses penggambaran itu nanti. "Bagaimanapun jika tidak dapat Sean kita mungkin akan buat cara lain," katanya. Dalam perkembangan sama, Siti memberitahu, All Your Love dijangka memasuki pasaran di negara Singapura dan Indonesia selewat-lewatnya pada pertengahan tahun ini. Ujar Siti, pihaknya sedang berusaha bagi memastikan semua peminat di negara berkenaan dapat memiliki album itu secepat mungkin. | ||
| Yazer (AF3) Kecewa Kegagalan Album Pertama Posted: 15 Mar 2012 08:35 PM PDT Yazer kecewa apabila album pertamanya gagal mendapat sambutan di pasaran.PETALING JAYA: Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3), Mohd Yazer Yusof atau Yazer melahirkan rasa kecewa apabila album sulungnya berjudul Yazer, Raja & Rimba gagal mendapat perhatian peminat. Yazer, 30, berkata, penantiannya selama lima tahun selepas keluar daripada AF3 untuk memiliki album sendiri lebur apabila album itu kurang mendapat sambutan kerana kegagalan promosi daripada syarikat rakamannya, Luncai Emas Sdn Bhd. "Sejak keluar daripada AF3 impian saya untuk memiliki album sendiri dan apabila hasrat itu tercapai saya menjadi kecewa kerana kesungguhan saya nampak seperti sia-sia apabila ia tidak mendapat sambutan dan promosi yang sepatutnya," ujarnya kepada mStar Online. Tambah Yazer, dia bertambah kecewa apabila album tersebut yang mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Datuk M. Nasir adalah hasil yang cukup baik tetapi tiada langkah sewajarnya untuk memperkukuhkan album berkenaan. "Hampir kesemua radio di negara ini langsung tidak memainkan lagu daripada album itu walaupun hasilnya cukup baik," ujarnya. Dalam pada itu, Yazer berkata, dia tidak menyalahkan seratus peratus kepada pihak syarikat rakaman tetapi lebih menganggap rezekinya dalam bidang nyanyian masih belum bersinar. Bagaimanapun kegagalan itu tidak langsung mematahkan semangatnya dalam mengejar impian sebagai seorang penyanyi yang berjaya pada suatu hari nanti. "Walaupun kecewa dengan perkara itu ia tidak pernah melemahkan semangat saya kerana selepas keluar dari AF3 dulu pun saya tunggu lima tahun untuk keluar album pertama dan ia gagal. "Rasanya tidak ada masalah untuk saya mencuba kerana saya bukan seorang yang cepat patah semangat," katanya. Sementara itu, Yazer yang muncul dengan imej berambut pendek memberitahu, penampilan terbarunya itu adalah kelahiran semula dirinya dalam bidang seni selain sudah bosan dengan imej berambut panjang. Yazer berkata, dia sedang merancang untuk menghasilkan single terbarunya dengan campuran muzik pop dan rock sebagai percubaan untuk menaikkan kembali namanya dalam bidang seni. "Saya ingin mencuba genre pop pula untuk lagu itu nanti tetapi masih memasukkan elemen rock yang telah menjadi identiti diri saya dan berharap single itu dapat dilancarkan dalam tahun ini," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Yazer memberitahu dia akan mengadakan persembahan di Sabah Nite 2012 pada 17 Mac ini di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam bergandingan bersama rakan-rakan artis kelahiran Sabah antaranya Candy, Ekin dan Adam. | ||
| ‘Bunohan’ Ketepikan Sosiobudaya & 'Berpecah-Belah' Posted: 15 Mar 2012 08:34 PM PDT Pengarah filem Bunohan Dain Said (kanan) dan pelakon utama, Faizal Hussein.PETALING JAYA: Ketika orang ramai rancak memuji filem Bunohan arahan Dain Said, filem itu sebenarnya dilihat telah mengetepikan sosiobudaya negeri Kelantan selain bertujuan "menyeksa" pemikiran penonton. Pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Ana Balqis berkata, pengarah itu terlepas pandang beberapa elemen penting termasuk bahasa dan plot filem yang bercelaru. Menurut Ana Balqis yang berasal dari Kelantan, dia mengakui secara keseluruhannya, filem itu berjaya menonjolkan imej segar pada perfileman tanah air, tetapi ia masih mempunyai beberapa kekurangan yang mengundang pertikaian. "Saya akui Bunohan sebuah filem yang baik, memberikan cerminan baru pada industri filem kita kerana ia dihasilkan dengan syot dan sinematografi yang berbeza daripada lambakan filem Melayu yang sedia ada. "Dalam filem ini, kita tidak disogokkan dengan syot-syot membazir yang ribuan kali kita tonton dalam filem-filem Melayu sebelum ini seperti syot di meja makan, babak solat, berselisih bahu di pintu dan sebagainya. Ana Balqis"Sayangnya, jika cerita dan pengisian filem ini digarap dengan menekankan dan penelitian pada aspek sosiobudaya, antropologi dan bahasa, pasti ia jadi lebih baik," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini Khamis. Bercakap mengenai aspek antropologi dalam filem itu, Ana Balqis berkata penonjolan aspek tersebut telah tersasar dan jauh dari dasar latar belakang filem itu yang menjadikan bumi Kelantan sebagai lokasinya. "Saya melihat jika dia (Dain) sudah memilih bumi Kelantan sebagai latar belakang filem ini, maka dia harus memaparkan segala aspek berkaitan Kelantan termasuk linguistik, sosiobudaya dan agama dengan tepat dan bersesuaian. "Ciri-ciri bahasa filem yang terbahagi pada non-verbal dan verbal dilihat tidak seimbang. Aspek non-verbal atau bukan pertuturan seperti paparan awan kelabu dan alam sekitar dilihat berjaya tetapi ia gagal pada aspek pertuturan, di mana dialek yang dituturkan para pelakon adalah tidak tepat. "Jika penuturan itu tidak tepat, maka pentafsiran penonton juga akan salah tentang cerita filem ini," katanya. Kekeliruan Ana Balqis berkata, oleh kerana kekeliruan pada aspek dialek itu, dia mengakui dua elemen yang dipaparkan pada babak awal menimbulkan kekeliruan sama ada filem ini mahu melonjakkan isu harta pusaka atau saka sebagai subjeknya. Dia juga berkata, dek keterujaan Dain untuk menyelitkan terlalu banyak sub-plot dalam filem berkenaan, beberapa watak penting yang ditonjolkan seperti watak budak kecil dan Mek Yah (Tengku Azura) gagal meninggalkan kesan dan sumbangan terhadap filem itu. "Saya tertanya-tanya di mana etos atau semangat serta signifikan watak Mek Yah dan budak kecil yang dipercayai sebagai saka itu? Sama ada dua watak ini wujud atau tidak, ia tidak meninggalkan apa-apa gangguan atau cela pada filem ini?" katanya. ![]() Ana Balqis berkata, Dain juga menimbulkan kekeliruan apabila pemilihan senjata lawi ayam dijadikan perlambangan imej 'kejantanan' dalam filem ini. "Hakikatnya, menurut sejarah dan cerita orang tua-tua, senjata yang digunakan oleh kaum lelaki di Kelantan adalah badik, kapak kecil dan kapak binjai manis. Lawi ayam yang digunakan secara meluas dalam filem ini sebenarnya berasal daripada masyarakat Jawa dan bukannya Kelantan. "Ia mungkin isu yang penting tetapi jika benar Bunohan berlatarkan bumi Kelantan, maka adalah wajar penceritaan itu juga berpaksikan segala aspek persekitarannya juga," katanya. Didominasi unsur kejahatan Hurainya lagi, apa yang meralatkan apabila pengarah itu langsung tidak memartabatkan elemen agama dan Islam dalam filem itu, melainkan unsur negatif dan kejahatan yang mendominasi tema filem ini. "Kenapa Dain tidak selitkan dalam satu pun elemen agama atau sesuatu yang meraikan agama? Saya melihat Dain memilih untuk gambarkan Pok Eng (Wan Hanafi Su) sebagai golongan yang bercelaru dan alpa pada aspek itu. Pekin Ibrahim sebagai Bakar."Penonton wajar diberikan sedikit harapan di pengakhiran cerita bahawa agama mampu memberikan perubahan pada kecelaruan karakter Pok Eng. "Malangnya, itu tiada dan Dain memilih untuk meraikan unsur-unsur hitam seperti pembunuhan dan kejahatan semata-mata," katanya. Ketika ditanya mengenai pandangan umumnya mengenai filem itu, Ana Balqis menganggap Bunohansebagai karya kreatif yang menyeksa penonton. "Kita boleh berkarya secara kreatif dan tidak salah untuk mengangkat gagasan atau tema yang besar dalam filem tetapi pembikin harus adil pada penonton. "Filem sewajarnya dihasilkan untuk dinikmati oleh masyarakat umum dengan pentafsiran yang mudah, bukan menyeksa mereka dengan paparan sub-plot yang bercelaru dan mengelirukan," katanya. Kabur & berpecah belah Sementara itu Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, Bunohan adalah sebuah karya yang benar-benar berlainan berbanding filem-filem yang ada pada masa ini. Malangnya ia tidak menghasilkan dramaturgi yang diperlukan dalam sesebuah filem untuk memudahkan ia diterima ramai. Atas sebab itu, ceritanya menjadi kabur, berpecah-belah dan tidak menghuraikan secara kompleks tentang apakah yang ingin disampaikan dalam sesebuah cerita. "Apabila kita menonton Bunohan, ia seolah-olah kita menonton sebuah dunia yang penuh kekeliruan. "Kita tidak dapat memahami watak termasuklah hubungan watak dengan alam, kejadian yang berlaku serta perkara-perkara lazim yang merupakan asas dalam sesebuah karya. Dr Abu Hassan Hasbullah"Malah ia juga sebuah karya yang sukar dilihat sebagai karya yang cantik jika dibandingkan dengan filem Semerah Padi dan Sumpah Orang Minyak," jelasnya. Mengambil contoh Sumpah Orang Minyak Dr Abu Hassan berkata, dua antropologi Melayu telah di angkat oleh P.Ramlee iaitu rajuk dan pujuk apabila Orang Minyak "merajuk" dengan masyarakat kerana dihina akibat kecacatan. Sehinggalah kata beliau hanya syaitan yang berjaya memujuknya sehingga terjadinya Orang Minyak. Sumbat Tambahnya Dalam Bunohan tidak dapat dilihat apakah dramaturgi yang hendak diangkat kerana persembahan cerita yang terlalu keliru dan bercelaru. "Di situlah ada saka, nak cerita tentang dukun, pergaduhan adik-beradik, permainan wayang kulit dan perlawanan Tomoi. Semua benda hendak disumbatkan dalam satu masa. Ia sebenarnya telah menyimpang daripada asas dramaturgi yang sebenar," jelasnya. Dr Abu Hassan berkata, pengarah Dain Said cuba untuk membawa idea daripada sinema Barat seperti pemikir falsafah Luis Bunuel ataupun Ingmar Bergman tetapi ia tidak jelas dalam Bunohan. Disebabkan kegagalan itu audiens hanya berjaya diselamatkan dengan kecemerlangan aspek seni lakon para pelakon dan sinematografi tetapi ia jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan Johnny Bikin Filem karya Dr Anuar Nor Arai. Tambahnya terdapat watak-watak dalam Bunohan yang tidak berhubungan berbanding filem Titanic yang lebih mudah. Katanya, watak di dalam kapal cukup ramai digunakan dan kesemuanya bergabung apabila Titanic tenggelam di lautan. Sebagai contoh katanya apa tujuan adegan di mana Ilham membunuh seorang peniaga berbangsa Cina melainkan ia sekadar untuk menunjukkan betapa ganasnya pemuda itu. Bagaimanapun kata Dr Abu Hassan, Bunohan tetap memberi kesan kepada perubahan corak berkarya filem-filem Melayu apabila ia cuba meneroka naskhah filem yang mempunyai teoretikal dan falsafah. Bunohan yang telah menemui penonton bermula 8 Mac lalu dibintangi oleh Faizal Hussein (Ilham), Zaharil Adzim (Adil), Pekin (Bakar), Bront Palare Deng), Wan Hanafi Su (Pok Eng), Namron (Pok Wah), Shoffi Jikan (Awang Sonar) dan Tengku Azura (Mek Yah. Kos produksinya menelan belanja RM1.81 juta. | ||
| Pekerja Swasta Menang RM9,700 Kerana 'Hukum Karma' Posted: 15 Mar 2012 08:33 PM PDT Pendengar Suria FM dari Pulau Pinang, Hasmah Yusof menerima replika cek bernilai RM9,700 daripada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin selepas berjaya meneka lagu Hukum Karma yang diberikannya dalam kuiz "Itu Aje" anjuran stesen radio Suria FM.PETALING JAYA: Pendengar Suria FM dari Pulau Pinang, Hasmah Yusof tidak menyangka jawapan lagu Hukum Karma yang diberikannya dalam kuiz "Itu Aje" membawa tuah apabila dia berjaya membawa pulang wang tunai RM9,700 anjuran stesen radio itu. Hasmah, 34, pekerja sebuah syarikat swasta memberitahu, petikan lagu yang dimainkan dalam kuiz itu berjaya dijawab dengan tepat apabila anaknya memberitahu ia adalah lagu Hukum Karma nyanyian kumpulan Wings. "Pada mulanya suami saya, Azman Hassan telah menghubungi Suria FM dan memberi satu jawapan tetapi diberitahu ia adalah salah. Kemudian anak saya memberitahu petikan lagu tersebut adalah Hukum Karma dan dia meminta saya pula menghubungi studio Suria FM bagi menjawab soalan itu. "Saya tidak menyangka, jawapan berkenaan sebenarnya membawa tuah kepada kami," katanya kepada mStar Online selepas menerima cek kemenangannya yang disampaikan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Bercerita mengenai kemenangan itu Hasmah berkata dia ingin menyimpan wang berkenaan untuk kegunaan pada masa hadapan selain mahu bercuti bersama suami dan tiga anak mereka di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung halaman. "Mereka yang paling gembira sekali dengan kemenangan ini jadi apa salahnya wang yang diperoleh itu dibelanjakan untuk membawa anak-anak bersiar-siar di Kuala Lumpur. Selain itu kami juga rasa bertuah kerana cek kemenangan disampaikan oleh Siti Nurhaliza," ujarnya. Dalam perkembangan lain, kuiz "Itu Aje" sedang mencari pemenang baru dengan wang permulaan adalah RM100 dan akan terkumpul sekiranya pemanggil gagal meneka lagu apakah yang diputarkan oleh penyampai radio. Selain itu juga, Suria FM akan memperkenalkan pertandingan terbaharu iaitu "Ketawa & Ceria di Suria, menang sehingga RM suku juta" bermula 19 Mac hingga 13 April depan. Pendengar hanya perlu meneka dengan betul lima orang selebriti yang akan ketawa mengikut turutan dan 30 pendengar yang berjaya akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak RM250,000. | ||
| Majlis Makan Malam Artis Sabah Di Shah Alam Esok Posted: 15 Mar 2012 08:32 PM PDT Sabah Nite 2012 diadakan bagi mengumpulkan semua warga negeri itu yang menetap di Lembah Klang.PETALING JAYA: Seramai sembilan orang artis kelahiran Sabah bakal mengadakan persembahan sempena Sabah Nite 2012 yang bakal berlangsung di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam pada Sabtu ini pukul 8 malam. Penganjur program itu, Marilyn Mona berkata, majlis makan malam itu akan turut menampilkan dua artis popular lain iaitu Janreywine dan Clarice John Mata. "Sabah Nite ini diadakan bukan sahaja untuk mengumpulkan semua warga negeri itu yang berada di Lembah Klang tetapi juga terbuka kepada orang ramai yang ingin melihat persembahan artis kegemaran mereka dan pertunjukan kebudayaan," ujarnya kepada mStar Online. Marilyn ditemui semasa sidang media Sabah Nite 2012 di sini pada Khamis. Antara artis yang bakal memeriahkan majlis itu adalah Yazer, Ekin, Adam, Candy, Nira, Thye dan Alex Raja Lawak. Marilyn berkata, pihaknya telah merancang untuk mengadakan majlis makan malam itu bagi mengeratkan lagi silaturahim warga Sabah dalam satu acara khas selain untuk beramah mesra di antara mereka bagi menguatkan lagi ukhuwah. Katanya, sebanyak 100 buah meja untuk malam itu akan disediakan dan ia mendapat sambutan cukup menggalakkan. "Kami memilih untuk mengadakan majlis itu di Shah Alam kerana melalui kajian yang kami buat ramai penduduk berasal dari Sabah menetap di kawasan berdekatan seperti Subang Jaya, Klang, Petaling Jaya dan Damansara. "Ia memudahkan mereka untuk datang ke majlis tersebut. Sehingga hari ini (Khamis) hampir kesemua meja telah dibeli dan kami menjangkakan ia akan habis dijual menjelang pada hari persembahan," ujarnya yang menjelaskan makanan popular penduduk Sabah akan dihidangkan pada malam berkenaan. Sementara itu, Marilyn memberitahu para penuntut kolej atau universiti yang berasal dari negeri berkenaan tidak perlu membayar untuk menyertai majlis itu. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan meja boleh menghubungi talian 03-9284 2108. | ||
| Lagu Westlife Jadi Perhatian Suri Rumah Posted: 15 Mar 2012 08:28 PM PDT Westlife. KUMPULAN Westlife mendapat penghormatan apabila lagu mereka berjudul You Raise Me Up menjadi pilihan dan kegemaran golongan ibu di Britain. Tinjauan yang dilakukan oleh MixPixie itu adalah bersempena Hari Ibu yang jatuh pada 18 Mac ini dengan melibatkan 100 ibu dan suri rumah tangga di Britain. Westlife mengalahkan artis lain seperti Lionel Richie, ABBA, Rod Stewart, Whitney Houston dan Michael Jackson bagi kedudukan itu. "Kami memutuskan untuk melakukan kajian ini untuk mengenal pasti apakah lagu kegemaran golongan ibu dan nyata You Raise Me Up menjadi pilihan," kata wakil dari MixPixie. Lagu tersebut dicipta oleh Secret Garden's Rolf Lovland dan Brendan Graham turut dipopularkan oleh penyanyi dari Amerika Syarikat iaitu Josh Groban. | ||
| Charlize Theron Ambil Anak Angkat Posted: 15 Mar 2012 08:27 PM PDT Charlize Theron. WALAUPUN masih belum berumah tangga, aktres Charlize Theron dilaporkan telah mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkatnya. Portal Daily Mail melaporkan, pelakon berusia 36 tahun itu berkata kehadiran bayi yang bernama Jackson itu telah melengkapkan hidupnya sebagai seorang wanita. "Charlize telah mengambil seorang anak angkat yang comel bernama Jackson. Dia kini begitu bahagia dan kehadiran anak berkenaan telah mengubah dirinya," kata jurucakap pelakon itu kepada Us Weekly. Bagi meraikan kehadiran anaknya itu, Charlize telah mengadakan satu majlis kecil dan telah menjemput artis seperti Katie Holmes dan Leslie Fremar sebagai tetamu. Sebelum ini, Charlize pernah memberitahu majalah Touch edisi Ogos 2011 bahawa dia inginkan anak secepat mungkin. | ||
| Posted: 15 Mar 2012 08:24 PM PDT CEMERLANG...antara artis baru Malaysia paling berjaya. PERTAMA kali bersua dengannya tahun lalu, dia masih belum popular seperti hari ini. Bagaikan satu fenomena YouTube, nama Imratul Najwa Abdul Latif atau Najwa Latif semakin kukuh sekalipun dia masih terlalu remaja. Lihat saja pencapaiannya, baru-baru ini dalam Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26). Walaupun tidak meraih sebarang trofi, namun persembahannya menerusi lagu Cinta Muka Buku berjaya mencatatkan 'rating' paling tinggi iaitu sebanyak 6.5 juta penonton yang mengikuti siaran langsung di kaca TV. Begitu hebat sekali pukulan gadis berusia 16 tahun ini walhal bakatnya hanya dikesan selepas videonya di YouTube mendapat reaksi hebat.
Video muzik CMB di YouTube kini hampir mencecah enam juta tontonan. | ||
| Posted: 15 Mar 2012 08:22 PM PDT HIDUP BARU...Jamhuri (dua dari kanan) memberi penerangan kepada Amir (kanan) yang bakal bekerja di syarikatnya. KUALA SELANGOR: "Saya akan mulakan hidup baru dengan emak di sini dan berharap dengan kerja baru ini, saya dapat membalas jasanya," kata kata Amir Mohd Omar, 27, pemuda yang terpaksa meninggalkan ibunya, Faridah Maulud, 66, di sebuah hotel bajet, di Jalan Raja Muda di sini, minggu lalu. Amir berkata demikian selepas menerima pekerjaan ditawarkan seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman, 43, di Kuala Selangor, semalam selain turut disediakan kereta dan sebuah rumah yang sudah dibayar sewa setahun untuk dia tinggal bersama ibunya.
"Semuanya bagaikan mimpi. Saya tidak tahu hendak kata apa. Yang pasti, tumpuan saya sekarang hanyalah untuk membawa mak tinggal bersama.
Berikutan laporan berita itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) membawa Faridah keluar dari hotel berkenaan dan menempatkannya di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh bagi membolehkan dia diberi penjagaan sewajarnya.
Sehari kemudian, Harian Metro berjaya mempertemukan dua beranak itu di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh hasil kerjasama pengarah JKMWPKL, Noormah Abdul Rauf.
"Saya berharap dengan peluang yang ada ini, Amir akan dapat mengubah tahap hidupnya selain menjaga ibu seperti dihajatinya," katanya. | ||
| Posted: 15 Mar 2012 08:21 PM PDT UNTUNG...Jamil Khir (tengah) melihat keuntungan diperoleh Majlis Agama Islam negeri, semalam. KOPERASI Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyasarkan sebanyak 450,000 transaksi pada tahun ini meningkat 37 peratus dan membabitkan pembiayaan bernilai RM901.1 juta bagi skim pembiayaan mikro kredit pajak gadai Ar-Rahnu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pembiayaan berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding jumlah pembiayaan sebanyak RM651.7 juta dengan 327,000 transaksi yang dicatatkan pada tahun 2011.
"Pertambahan unjuran dari segi transaksi dan jumlah pinjaman melalui Koperasi YaPEIM pada tahun ini adalah berasaskan beberapa faktor utama, selain sambutan terhadap setiap cawangan terus meningkat," katanya pada Majlis Penyerahan Keuntungan Pelaburan Program Ar-Rahnu YaPEIM Bagi Tahun 2011 kepada tujuh agensi Islam peringkat negeri membabitkan keuntungan keseluruhan pelaburan tahun lalu bernilai kira-kira RM6.2 juta di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, peningkatan yang ketara dari segi keuntungan berasaskan jumlah penyertaan pelaburan yang meningkat pada tahun lalu.
"Sumbangan ini semuanya daripada Majlis Agama Islam Negeri-negeri (Main) dan Tabung Baitulmal Negeri. Langkah tidak mengenakan caj atas semangat untuk membantu dan memberi ruang kepada rakan pelabur mendapat manfaat optimum," katanya.
"Pada tahun lalu, program ini berupaya memberi manfaat melalui transaksi sejumlah 760,000 kumpulan sasar membabitkan jumlah pinjaman berjumlah RM1.8 bilion. Perkembangan ini memperlihatkan kepada kita bahawa program ini berupaya menjadi pilihan utama kepada masyarakat," katanya. | ||
| Hati tersentuh pelanggan cerewet Posted: 15 Mar 2012 08:18 PM PDT KERJASAMA...Rohimah yakin semua ini tidak akan terhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua kakitangan. MEMULAKAN kerjaya dalam dunia perhotelan dan kini 'tercampak' pula dalam bidang pembinaan serta pengeluaran cat, sedikitpun tidak menimbulkan masalah bagi Rohimah Mamat, 45, untuk menyesuaikan diri dalam dua pilihan kerjaya berbeza. Dia sebelum ini bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel terkemuka untuk menyara keluarga dan kemudian menjadi Pengurus Resort di Pantai Balok, Kuantan sebelum berhenti kerja untuk menumpukan perhatian kepada anak-anak. Wanita cekal itu mengakui tidak mudah melakukannya, tetapi ia juga bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai sekiranya tekad mengatasi segalanya.
| ||
| Posted: 15 Mar 2012 08:16 PM PDT KEMUDAHAN...penduduk menggunakan peralatan mudah alih melayari Internet menerusi WiFi percuma. PETALING JAYA: Penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini tidak perlu bimbang mengenai kos perkhidmatan Internet apabila kawasan tempat tinggal mereka dipilih sebagai perintis projek jalur lebar (WiFi) percuma di negeri itu. Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di lebih 200 lokasi mulai Jun depan.
Beliau berkata, ia dijangka siap secara keseluruhannya pada 2015 dengan menyaksikan Taman Datuk Harun sebagai lokasi perintis bagi projek terbabit yang siap pada 29 Februari lalu.
Bagi penduduk, Adnan Khan Ali Khan, 29, dia gembira dan pada masa sama berbangga apabila kawasan perumahannya dipilih menjadi lokasi pertama pelaksanaan perkhidmatan itu.
"Oleh kerana saya seorang peniaga, Internet menjadi platform penting kepada saya khususnya dalam membuat pembayaran bil serta mempromosikan produk.
Syarikat Beta Excelsior Sdn Bhd yang diberi tanggungjawab menguruskan projek berkenaan sudah membina tiang pelbagai guna (Monopoles) untuk menyediakan perkhidmatan ini. Tiang berkenaan boleh berhubung terus dengan pusat kawal selia yang bertempat di ibu pejabat MBPJ. Ini sekali gus boleh membantu Beta Excelsior dan MBPJ memantau sebarang masalah yang bakal berlaku. Alatan penggunaan digunakan adalah peralatan sistem berteknologi terkini yang diperbuat dari Australia. Oleh itu, penggunaan alatan ini mampu meningkatkan tahap teknologi setaraf dengan bandar raya membangun di negara lain. | ||
| Posted: 15 Mar 2012 08:12 PM PDT Najwa Latif USIANYA 17 tahun, sekali gus menempatkan diri antara bakat termuda pernah tersenarai di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. Pertama kali tersenarai dalam ABPBH, Imratul Najwa Abdul Latif atau Najwa Latif ini terus mencipta rekod peribadi apabila dicalonkan dalam dua kategori sekali gus.Gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini, tidak menyangka tahun pertamanya bergelar penyanyidipenuhi dengan pelbagai pencapaian manis. Tak sangka, dengan umur semuda 17 tahun dicalonkan untuk Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular. "Bukan senang melepasi Top 5. Oleh itu saya tak harapkan kemenangan, dicalonkan pun sudah terharu. "Saya masih baru. Melihat kepada calon seperti Yuna, Alyah, Stacy dan Shila Amzah, membuatkan saya rasa kecil Tapi saya tidak takut kepada kekalahan, malah gembira kerana disenaraikan di kalangan nama besar. "Pencalonan ini amat berharga, membuatkan saya cukup bersyukur kerana diberi penghargaan sebegini rupa," katanya yang akan berehat sebentar dari persada seni kerana mahu menumpukan perhatian terhadap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini. Akan mengikuti siri jelajah di Sungai Petani, Kedah, Najwa juga menganggap ABPBH 2011 adalah acara terakhir yang akan dihadiri buat tahun ini. Sehingga tamatnya SPM, barulah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan (SMKP) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat ini kembali aktif dengan nyanyian. Terbaru mengenai karier seni gadis yang menaungi rekod label, NAR Records ini, Najwa kini mempertaruhkan lagu duetnya, Sahabat, bersama kumpulan dari Singapura, Sleeq dan penyanyi berbakat yang dikenali menerusi laman YouTube, Syam Kamarul. Najwa akui sudah sekian lama dia meminati kumpulan Sleeq dan hasratnya untuk berduet bersama kumpulan itu berterusan, yang mana selepas lagu Sahabat, mereka berduet sekali lagi menerusi lagu Untuk Dia. "Lagu Sahabat adalah hasil kerjasama suarakami bertiga dan dari situ juga terhasilnya kerjasama memperbaharui lagu Untuk Dia bersama Sleeq. Selain itu, saya juga akan berduet dengan Upin dan Ipin menerusi lagu Terima Kasih Cikgu, yang akan keluar tidak lama lagi serta akan dimuatkan di dalam album mereka. "Selepas tamat SPM, saya akan aktif semula menghasilkan album. Semua lagu yang akan dimuatkan nanti adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh saya dan kakak. "Saya lebih selesa bekerja dengan kakak. Muzik yang kami ketengahkan senang didengar dan liriknya mudah difahami," katanya yang mungkin akan memuatkan lagu Bahasa Inggeris dalam album terbabit. | ||
| Posted: 15 Mar 2012 08:10 PM PDT Anuar Zain Sebaliknya rayuan itu dibuat kerana jumlah yang perlu dibayar itu tidak setimpal serta mahu menuntut hak yang sepatutnya."Saya sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dua hari lalu. Jumlah yang sepatutnya mereka bayar adalah RM63,000. Saya bertindak begitu bukan kerana gilakan wang tetapi ini berkaitan soal hak dan maruah. Mereka tidak tahu betapa sukarnya saya untuk menghasilkan album kedua itu. "Walaupun keputusan sudah dikeluarkan, saya tetap membuat rayuan dan sanggup menunggu sehinggalah kes ini dapat diselesaikan seperti yang saya harapkan," kata Anuar ketika ditemui pada majlis sidang media persembahan Minggu Setiausaha yang bakal dijayakannya di dua lokasi berbeza iaitu Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan The Zon Regency Hotel Johor Bharu. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif JM Morizz, Hafidz Moro. Untuk persembahan di KLCC tarikh yang dipilih adalah 10 April manakala di The Zon Regency Hotel Johor Bharu pula adalah pada 17 April. Pada 14 Mei 2010, penyanyi yang baru saja menyambut ulang tahun ke-42 semalam ini menang kes saman tuntutan balasnya terhadap Syncrosound Records. Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi kemudian memerintahkan syarikat rakaman itu membayar royalti kepada Anuar. Sementara itu, sebuah biografi mengenai Anuar bakal dihasilkan bersempena dengan persembahan Minggu Setiausahanya bertemakan Era Keemasan 60-an Kenangan Manis Romantis. Untuk maklumat lanjut dan tempahan layari www.ticketpro.com.my atau hubungi talian 03-78807999. | ||
| Posted: 15 Mar 2012 08:07 PM PDT AHLI YSF bersatu hati menyokong karier seni pelakon yang popular dengan watak Wawa Semput ini. TATKALA insan lain meraikan ambang malam tahun baru dengan aneka agenda, sekumpulan anak muda tekun mengisi borang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) hingga jam mencecah 3 pagi, semata-mata mahu menyokong artis kesayangan mereka, Yana Samsudin.Peminat yang menggelarkan diri sebagai Yana SuperFriends (YSF) mengakui, bakat, ketulusan serta keperibadian pelakon dan pengarah berusia 28 tahun itu membuatkan mereka membulatkan tekad menubuhkan kelab peminat. "Asalnya saya bersama dengan dua lagi teman baik mula mengikuti perkembangan Yana sejak awal dulu dan sudah nampak bakatnya sebelum dia diberi tanggungjawab mengarahkan filem sulung, Selamat Pagi Cinta, kira-kira lima tahun lalu. "Walau belum kenal, ketika terserempak di beberapa majlis, dia ramah berbual bagai kawan lama dan boleh ingat wajah kami. Lama kelamaan, kami menjadi kenalan. Hanya dua tahun kebelakangan ini kami serius menubuhkan YSF," katanya yang rancak mengatur program untuk lebih 600 ahli di seluruh negara. Kebiasaannya, jika bukan acara di luar, kediaman Razali akan menjadi 'port' ahli di ibu negara berhimpun, tambahan pula sejak musim pengundian ABPBH2011 bermula, kerana pada waktu ini gerak gempur undian dilipatgandakan. Ketika kunjungan Hip, 10 tunjang YSL rancak menanda dan menyusun borang undian, malah di suatu sudut kelihatan setimbun akhbar Berita Harian yang masih perlu digunting serta ditanda sebelum diserahkan kepada penganjur. Di pintu masuk pula terpampang dua gegantung promosi mengingatkan peminat Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin mengundi, sekali gus membuktikan seluruh jentera gerak gempurnya sudah sedia beraksi. Jika tahun lalu mereka kecewa apabila nama pelakon Adnan Sempit itu tercicir daripada menduduki kerusi finalis, kali ini wajah puas dapat dilihat apabila selebriti yang sudah menjadi sebahagian daripada mereka berada dalam senarai Pelakon Filem Wanita Popular, sebaris dengan Diana Danielle, Eja, Lisa Surihani dan Maya Karin. "Mungkin pada ABPBH musim lalu Yana masih menggunakan Norliana, membuatkan ramai peminat tidak perasan namanya. Agak menyedihkan kerana bagi kami Yana punya aura serta karisma yang menampakkan lakonannya begitu hidup," katanya sambil tangan ligat mengisi borang undian. Jika dihitung, sudah banyak wang dilaburkan untuk membeli Berita Harian malah sejak pusingan awal mereka yang mengakui bukan daripada kalangan golongan berada menganggap sokongan tidak berbelah bagi itu sebagai lambang keikhlasan terhadap kejayaan artis kesayangan. "Setiap orang ada tugasan dan kepakaran masing-masing. Macam bunting, lencana dan risalah, ia turut mendapat sentuhan ahli YSF. Di kalangan kami juga ada yang menggerakkan promosi, pemasaran dan perhubungan. "YSF juga medan pengerat termasuk ahli di luar Kuala Lumpur. Macam sekarang, kebanyakan ahli menyumbang untuk membeli akhbar. Sebenarnya, pengundian ini juga lebih kepada permuafakatan dan hingga kini lebih lapan kali kami menghantar borang," katanya yang membelanjakan lebih RM1,000 setiap kali membeli akhbar. Biar acara kecil - makan sambil mengisi borang diadakan di lokasi tertutup - mereka hadir mengenakan lencana simbol nama Yana, selain memakai bingkai spek mata tanpa cermin yang menjadi identiti Yana sekali gus menjadi lambang YSF. Bagi memudahkan proses mengisi borang pula, mereka sanggup menempah cop khas. Yana yang turut hadir dalam majlis berkenaan turut meluahkan rasa terharu di atas sokongan yang diterima, malah sebagai individu, dia melihat mereka lebih daripada peminat sebaliknya teman suka duka. Menyentuh mengenai pemilihannya sebagai finalis, dia mengakui keringat dan kesungguhan sepanjang hampir sedekad dalam bidang seni berbaloi apabila buat kali pertama berada di kerusi panas itu. Namun dia tetap menyerahkan segala-galanya kepada pengundi. Paling membanggakannya apabila bersaing dengan pelakon yang pernah membawa pulang trofi dan punya aura tersendiri. "Berada di kelompok finalis adalah sesuatu yang tidak pernah saya jangka, tetapi ia menyuntik semangat saya supaya sentiasa menunjukkan hasil kerja berkualiti tanpa mengharapkan sebarang pulangan," katanya yang sedang menjalani penggambaran filem Wawa Semput. | ||
| Posted: 15 Mar 2012 08:06 PM PDT
SOS sangat penting untuk sesuatu masakan. Sesetengah makanan perlu kita nikmati bersama sos dan sudah semestinya ia mempunyai fungsinya tersendiri. Terdapat pelbagai sos yang boleh anda buat sendiri bergantung kepada kreativiti di rumah dan jenis makanan. Sama ada ia adalah makanan yang masin atau pencuci mulut manis. Sos merupakan cecair yang berkrim likat atau separa yang digunakan dalam masakan. Sebenarnya sos berfungsi untuk menambah rasa kepada makanan , melembapkan, memberi khasiat tambahan dan menaikkan seri serta selera sesuatu makanan itu apabila ia dicurahkan. Kesannya ia kelihatan lebih menarik untuk dinikmati. Ada sos diperbuat daripada komponen cecair dan asas sos yang baik adalah menggunakan stok yang berkualiti. Namun demikian ada juga sos yang kurang menggunakan cecair. Contohnya yang menggunakan buah-buahan dan sebagainya. Tekstur bahan itu agak pejal dan sedikit sahaja air digunakan. | ||
| Posted: 15 Mar 2012 08:04 PM PDT ![]() Salihudin Ahmad Khalid (kiri) bersama isteri, Noor Azian Ahmad (dua dari kiri) berusaha memenuhi setiap permintaan pelanggan yang datang menempah kad undangan. Pasangan bercinta yang sedang merancang untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, saat ini pastinya sudah mula sibuk memikirkan tentang majlis yang akan dilangsungkan. Soal pakaian, pelamin, bunga telur, cenderahati, jamuan dan pelbagai lagi perkara remeh-temeh, berlegar dalam kepala sehingga ada ketika mencetuskan rasa panik apatah lagi jika tarikh persandingan semakin hampir. Seperkara yang kerap terlepas pandang dan dibuat saat-saat akhir sedangkan ini amat penting ialah menyiapkan kad undangan bagi menghebahkan tarikh berlangsungnya majlis . Pengurus Cawangan Syarikat Percetakan CJ Print Pandan Indah, Selangor, Salihudin Ahmad Khalid berkata, tempoh dan masa tempahan kad undangan adalah antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pasangan. | ||
| Posted: 15 Mar 2012 08:02 PM PDT ![]() Minergy Ice Lemon Tea membantu meningkatkan kesuburan, tenaga dalaman, stamina dan meningkatkan kesihatan prostat. HAMDAN merupakan seorang pemuda kacak dan diminati ramai ketika menuntut di universiti. Namun kini tidak lagi. Penampilannya banyak berubah dan kesihatannya merosot. Tubuhnya gemuk berlemak dan perutnya buncit. Wajah Hamdan juga kelihatan bengkak manakala bahagian bawah matanya terdapat banyak lemak yang menjadikannya kelihatan lebih berusia. Selain itu dia juga mengidap kencing manis dan tahap kolestrolnya meningkat. Ini menjadikannya sangat emosional dan tertekan. Pelbagai amalan diet dan senaman telah dilakukan namun seolah-olah tiada hasilnya. Malah itu juga menjadikan hidupnya serba tidak kena hingga turut menjejaskan hubungan dengan pasangannya. | ||
| Pengaruh gerbang dalam masyarakat Posted: 15 Mar 2012 07:59 PM PDT
KESEMUA pintu gerbang dicabut atau 'dileraikan' satu persatu dan disusun dalam bentuk kepingan sebelum dibawa ke Muzium Negara di Kuala Lumpur). Apabila tiba ia dipasang semula dan didirikan dengan teguh untuk tatapan para pengunjung pada Pameran Pintu Gerbang," kata Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail. Pasti umpamanya bermain jigsaw puzzle untuk memasang semula setiap pintu gerbang yang setiap satu mungkin melibatkan lebih dari 10 struktur penting. "Tidaklah terlalu sukar kerana semua bahagian yang hendak dipasang semula itu telah ditandakan. Cuma mungkin mengambil sedikit masa bagi memastikan pintu gerbang itu benar-benar teguh dan kukuh berdiri," katanya ketuka ditemui baru-baru ini. | ||
| Posted: 15 Mar 2012 07:57 PM PDT ![]() Marina Mahathir (lima dari kiri) ketika melancarkan kempen Wanita:Gadis sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2012 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Setiap insan mempunyai idola masing-masing dalam hidup tidak kiralah sama ada orang yang rapat dengan mereka mahupun personaliti yang dikagumi. Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap gadis juga mempunyai impian untuk menjadi seperti wanita idola mereka apabila meningkat dewasa bersandarkan kepada potensi yang terdapat dalam diri masing-masing. Bersempena meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2012 bertemakan Menghubungkan Gadis, Inspirasi Masa Depan, Capri Communication Sdn. Bhd. telah menganjurkan kempen 10 hari Wanita:Gadis . Kempen ini bertujuan memberi inspirasi kepada gadis-gadis muda melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan model-model dan tokoh ternama di sekeliling mereka. | ||
| Karnival Pendidikan Mara di PWTC esok Posted: 15 Mar 2012 07:55 PM PDT ![]() PENGUNJUNG membanjiri karnival pendidikan untuk mendapatkan maklumat pada Jelajah Karnival Pendidikan Mara 2012 di lima daripada sembilan lokasi bermula di Melaka, baru-baru ini. KUALA LUMPUR 15 Mac - Sebanyak 500 institusi pendidikan dan 240 majikan menyertai Karnival Pendidikan Mara 2012 yang bermula Sabtu lalu hingga 15 April ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 100 syarikat dan agensi kerajaan akan mengadakan temuduga terbuka untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Bahagian Komunikasi Korporat Mara memberitahu, peluang kerja yang ditawarkan meliputi semua bidang termasuk teknikal, perkhidmatan, pengurusan dan pentadbiran yang memerlukan kelayakan peringkat persekolahan sehingga ijazah. "Antara program menarik pada karnival ini termasuklah pameran pendidikan oleh institusi pengajian tinggi serta tawaran yuran percuma, penajaan dan elaun bulanan oleh institusi pengajian Mara. | ||
| Posted: 15 Mar 2012 07:51 PM PDT ![]() Ismail Sabri Yaakob bersarapan bersama Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa dengan Menu Rakyat Satu Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, semalam. KUALA LUMPUR 15 Mac - Semua mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) boleh menikmati sarapan pagi dan makan tengah hari pada harga istimewa apabila program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) diperluaskan di seluruh IPT selewat-lewatnya penghujung tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini sebanyak 40 IPT sudah menyertai program itu sejak dilancarkan pada 7 Julai lalu. ''Perkara ini adalah selari dengan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengurangkan bebanan pelajar akibat kos sara hidup yang tinggi ketika ini. | ||
| Al-Haddad sasar jualan RM1 juta sebulan Posted: 15 Mar 2012 07:49 PM PDT Syarikat Pengeluar Produk Bumiputera, Al-Haddad Marketing Sdn Bhd, optimis menyasarkan jualan RM1 juta sebulan bagi tujuh produknya termasuk Tamar Coco yang baru diperkenalkan Februari lalu. Pengarah Eksekutifnya, Syed Salahuddin Syed Mahayudin Al-Haddad, berkata, setakat ini, syarikat mencapai jualan melebihi RM200,000 sebulan. "Tamar Coco kini berada di pasaran di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. "Kami mempunyai 7,000 pengedar sah dan menyasarkan sehingga 20,000 pengedar di seluruh negara menjelang akhir tahun ini," katanya yang menubuhkan syarikat pada Julai tahun lalu yang berpusat di Sungai Petani, Kedah dan bakal bertukar ke Bertam, Pulau Pinang. Syed Salahuddin berkata, bagi mengukuhkan jenama dan memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa, Al-Haddad berhasrat menerokai pasaran Dubai, Indonesia dan Thailand, Jun tahun ini. Produk Al-Haddad di kilang di Perlis dan Kedah ini mempunyai tujuh produk termasuk, Kopi Arabica Tongkat Ali Ginseng, Kopi Arabica Kacip Fatimah Manjakani, Soy Kolegen, Susu kambing, minyak pelincir kereta Real Lube dan sabun basuh Real Clean. | ||
| Posted: 15 Mar 2012 07:48 PM PDT Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda) berhasrat menjual 3,000 unit Jazz Hibrid serba baru sehingga akhir tahun ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Honda akan terus memperkenalkan lebih model hibrid baru sekali gus menyasarkan jualan sehingga 10,000 unit. "Saya melahirkan rasa gembira di atas sokongan kerajaan Malaysia memberi pengecualian cukai penuh ke atas duti import dan eksais bagi model hybrid sehingga 2013 yang secara tidak langsung mendorong peningkatan kuasa beli kenderaan ini di kalangan pengguna," katanya. Menurutnya, Jazz Hibrid serba baru itu adalah model terkini dalam rangkaian 'keluarga Hibrid' Honda di Malaysia. "Jazz Hibrid ini mengaplikasikan teknologi packaging dengan mempamerkan reka bentuk bergaya, prestasi lebih hijau dan versatil yang menjadi trend terkini. "Ia dilengkapi unit enjin 1.3L i-VTEC dan bersama sistem Integrated Motor Assist (IMA) di samping mengekalkan ciri-ciri utama Jazz seperti Ultra Seat, Paddle Shift. Manakala, terdapat ruang bahagian penyimpanan bertingkat dan kargo luas yang memberi penekanan terhadap aspek praktikal serta keselesaan," katanya ketika majlis pelancaran Jazz Hibrid di Kepong, semalam. Ueno berkata, antara ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan adalah enam beg udara dan fungsi Hill-Start Assist. Ia mampu meningkat keyakinan dan mengelakkan kenderaan daripada mengundur. Katanya, model terbaru itu didatangkan bersama lima warna menarik iaitu Fresh Lime Metalic (hijau), Alabaster Silver (perak), Milano Red (merah), Crystal Black Pearl (hitam) dan Taffeta White (Putih) yang disasarkan kepada golongan profesional muda. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

























0 ulasan:
Catat Ulasan