Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Bukan cinta yang Che Ta kejar
- Masalah Kewangan Punca Ekin, Yazir (AF3) Tangguh Kahwin
- Qi Razali Kesal Tuduhan Disingkir Dari JJCM Kerana Yuna
- Sazzy Falak Hasilkan Pakaian Jenama Sendiri
- Ana Dahlia Masih Belajar Masak Selepas Tiga Bulan Kahwin
- Muzik Terapi Barah Payu Dara Olivia Newton-John
- Lindsay Lohan Hadapi Tahanan Dalam Rumah
- Billy Corgan Mahu Jadi Juri Rancangan Realiti
- Tak pernah kahwin
- Dengarnya... Lagu merapu bodohkan sendiri?
- Kutipan RM600,000 sudah memuaskan
- Rezeki ‘penumpang tumpangan’
- Ziarah amal bersama artis
- Dunia pakaian dalam Hanim
- Armizal terima sijil tolak rasuah
- Serap pekerja kontrak berprestasi baik
- Peniaga Pudu Sentral mengadu kerugian, tiada pelanggan
- 30 lelaki sabung ayam didenda
- Dikurung dalam makmal dadah
- Pemuda mati ngeri
- Pertahan tanah rizab Melayu - Sultan Selangor
- Izatil tarik balik permohonan cerai
- Cedera diserang baka Rotweiler
- Pertaruhan sitkom Islamik
- Idham buka akademi filem
| Posted: 19 Mar 2012 09:29 PM PDT JELITA...gembira dengan kebahagiaan yang dilalui bersama anak-anak. AGAKNYA Rozita Che Wan dilahirkan ke dunia seni ini untuk menjadi 'bahan' gosip. Tidak habis-habis namanya diheret ke kancah gosip sejak hari pertama menjadi artis. Yang pasti, kalau diberi pilihan, tiada siapa mahu jadi bahan percakapan orang. Kalau yang memberikan manfaat tidak mengapa juga sebaliknya, gosip yang entah apa-apa. Terbaru, berlegar gosip kononnya Rozita atau nama sebenarnya, Rozita Abu Bakar@Che Wan dilihat bersama Shahir AF8 lagi di sebuah pusat beli-belah di ibu negara. "Sungei Wang? Hai, agak-agak jugalah kalau nak bergosip pun. Bukan tujuan nak cakap Sungei Wang bukan pusat beli-belah pilihan saya, cuma dalam umur begini, saya tak nampak apa tujuan saya nak ke tempat yang sesak dan dipenuhi remaja itu. "Terus-terang dah lama tak jejak kaki ke sana, dulu-dulu masa muda-muda adalah sekali dua," jelasnya. Pada temu bual itu, Rozita juga menjelaskan lebih lanjut hubungannya dengan Zain. "Kami memang kawan rapat tapi bukanlah bercinta. Kami jadi rapat sewaktu berlakon drama Kiah Pekasam. Zain ini mudah sangat percaya orang, semua orang dia rasa baik. "Sebaliknya, saya yang sudah senior selalu berpesan agar dia lebih berhati-hati. Jadi, apabila dia diperdaya orang, dia akan bercerita dengan saya. Pendek kata, kami macam adik dan kakak," jelas Che Ta. Terbiasa sendirian dan selesa menjalani hidup tanpa lelaki, cinta bukan lagi keperluan utama yang dikejar Che Ta sekarang. Paling penting, kasih sayang buat anak-anaknya, Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 14. "Tak perlu nak cakap 'I love you' 100 kali kepada saya sebab saya takkan cair! Saya ni dah berusia dan tak termakan dengan ayat-ayat pancing sebegitu! "Dalam perhubungan, saya mencari pasangan yang memahami dan terima bahawa suara wanita juga penting untuk didengar dan diberi perhatian lebih-lebih lagi soal rumah tangga. "Kalau asyik nak kena ikut cakap mereka (lelaki) saja, baiklah saya solo begini - tak payah pening kepala!" katanya sambil ketawa. Menyambut ulang tahun ke-41 pada 9 Mac lalu, Che Ta turut diraikan One Drop Perfumes dalam sebuah majlis dinamakan 'Intimate Evening & Fancy Dinner With Rozita Che Wan'. Ia membabitkan empat daripada lima pemenang peraduan 'online' jenama haruman popular itu. Mereka adalah Hamizah Othman, 44, Mohd Shazwan Shamsudin, 30, Nor Aini Abu Hasssan, 49, dan Zafifi Ideris, 29. Manakala seorang lagi, Nahriel Otoh Dikih, tidak hadir. Berlokasikan restoran berputar, Menara Kuala Lumpur, Jumaat lalu, penampilan Che Ta tidak membayangkan langsung dirinya melewati gerbang 40-an. Malah kejelitaannya juga memukau pelancong dan membuatkan salah seorang tetamu dari Kanada berulang kali menghampiri dan memuji kejelitaannya malam itu. "Biar macam manapun luaran saya nampak muda, yang pasti enjin 'dalaman' dah tua. Macam kita beli kereta zaman 1980-an, biar dicat baru tapi enjinnya tetap lama juga," katanya dengan penuh rendah hati. Sambungnya lagi: "Begitu juga dengan saya, mungkin orang tak percaya saya dah cecah 40 tahun tapi hakikatnya saya tak boleh nak aktif-aktif macam orang muda." Beralih kepada topik kerjaya, Che Ta baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod, Bunga Bunga Cinta (BBC) arahan Cik Li yang disiarkan menerusi slot Zehra, setiap Jumaat, jam 9 malam di TV3. BBC memberi pengalaman baru buatnya kerana itulah kali pertama dia membawakan watak jahat. Akui Che Ta watak Baidah cukup mencabar. "Bagi pelakon lain mungkin Baidah watak mudah tapi tidak bagi saya. Selain tak pernah bawa watak jahat, saya selalu tak sampai hati nak buat aksi penderaan dalam drama itu termasuk meninggikan suara. "Menerusi drama ini, Baidah terpaksa membesarkan tiga anak saudaranya disebabkan wasiat suami dan dalam masa sama mahu menguasai harta mereka. Kanak-kanak itulah menjadi mangsa Baidah kerana dendamnya terhadap suami yang pernah curang. "Pada peringkat awal susah untuk saya selami watak ini kerana lontaran dialog kata pengarah tak cukup garang dan adegan pukul tak nampak 'real'. Tapi lepas itu semua OK," katanya lebih gemar membawakan watak komedi. Merehatkan diri selama seminggu sebelum kembali ke set penggambaran untuk drama 26 episod, Cinta Chef, kali ini Che Ta bakal bergandingan dengan pelakon muda mencipta nama, Izara Aishah dan Johan As'sari. "Belum lagi masuk set, saya dah dapat membayangkan betapa lucunya cerita ini. Masakan tidak, saya memegang watak pemilik sebuah hotel berebutkan seorang chef dengan anaknya sendiri lakonan Izara Aishah," katanya. Pada penghujung Jun pula, Che Ta akan terbabit dalam penggambaran filem arahan Micheal Ang, KL Meroyan yang turut dibintangi Didie Alias serta pelakon yang biasa bekerjasama dengan pengarah itu seperti Erra Fazira dan Sharifah Shahora. Tawaran Micheal Ang pada Che Ta memang sukar ditolak kerana keseronokan bekerja dengan kawan-kawan. "Sebelum masuk set penggambaran KL Meroyan, pada Mei nanti saya serta pelakon-pelakon Pontianak Beraya Di Kampung Batu sekali lagi terbabit dengan penggambaran musim kedua drama berkenaan. "Insya-Allah, difahamkan drama itu masih diterajui Erra dan Amy Mastura. Apa yang seronoknya setiap kali masuk set penggambaran Micheal, semua yang terbabit adalah kawan-kawan. Cuma yang tak tahan sikit, Micheal suka sangat 'shooting' subuh-subuh. "Saya masih ingat masa kami menjayakan musim pertama Pontianak Beraya Di Kampung Batu, ada satu babak selepas Erra dan Didie menyanyi, tiba pula giliran saya menyanyi. Elok buka mulut, hujan terus turun. Habislah saya jadi bahan ejek mereka. "Memang lawak. Saya cakap dengan Micheal, kalau ada babak minta saya nyanyi, dia kena beri bayaran lebih sebab nak kena pergi kelas vokal dulu!" kata Che Ta. | ||
| Masalah Kewangan Punca Ekin, Yazir (AF3) Tangguh Kahwin Posted: 19 Mar 2012 09:24 PM PDT Wajah terbaru Ekin. PETALING JAYA: Bekas pelajar program Akademi Fantasia musim ke tiga (AF3) iaitu Ekin terpaksa menangguhkan hasratnya untuk berumah tangga dengan penyanyi Yazer kerana faktor kewangan yang masih belum kukuh. Ekin, 28, berkata, pada dasarnya dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan namun perlu memahami kedudukan bakal suami yang masih belum stabil. "Saya dan Yazer bukannya popular sangat dan jarang ada undangan nyanyian. Tambahan pula tanggungjawab untuk berkahwin bukannya senang kerana ia memerlukan komitmen yang besar terutamanya daripada pihak lelaki," ujarnya kepada mStar Online. Bagaimanapun percintaannya dengan Yazer yang telah melangkau hampir empat tahun itu semakin utuh kerana mereka sama-sama mengharungi susah senang bergelar seorang artis. Ekin memberitahu, mereka saling bantu membantu dalam kerjaya masing-masing. "Kepada Yazer saya mengadu dan berkongsi masalah dan begitu juga dia. Kami saling menjaga hubungan antara satu sama lain," ujarnya. Dalam pada itu, Ekin berhasrat kembali ke negeri kelahirannya iaitu Sabah untuk mengembangkan kerjaya nyanyiannya. Ekin berkata, keputusan itu dibuat selepas memikirkan kerjaya seninya di Kuala Lumpur tidak berjalan dengan begitu baik dan perlu memikirkan sesuatu untuk masa depannya. "Nak kata kecewa tidak juga tetapi itu adalah satu usaha yang perlu saya lakukan untuk meneruskan kerjaya nyanyian saya selepas tidak begitu dikenali di kalangan peminat di Kuala Lumpur," ujarnya. Tambahnya, dia ingin mengikut jejak langkah rakan seperjuangannya iaitu Felix yang popular dan dikenali ramai di Sabah. YazerEkin berkata, dia juga ada berbincang dengan penyanyi itu untuk menghasilkan sebuah lagu duet sebagai pengenalannya di sana nanti. "Saya menjadikan Felix sebagai pemangkin semangat saya kini kerana kerjaya nyanyiannya stabil dan popular di Sabah dan saya telah pun berbincang dengannya untuk menghasilkan sebuah lagu duet," katanya. Ekin memberitahu dia berhasrat untuk menghasilkan sebuah album dalam bahasa Melayu-Brunei jika singlenya dengan Felix mendapat perhatian. Bagaimanapun dia masih berharap agar ada pihak yang berminat untuk menerbitkan single itu di Kuala Lumpur. "Lebih enam tahun saya cuba bertahan, rasanya rugi pulak jika melepaskan impian saya begitu sahaja dan kembali ke Sabah. "Jadi saya berharap akan menghasilkan single baru untuk pasaran seluruh Malaysia selain mengembangkan kerjaya di sana," katanya. Sementara itu, Ekin memberitahu walaupun tidak mempunyai album baru dan semakin dilupakan, dia masih mendapat undangan nyanyian untuk majlis-majlis korporat dan tertutup. Ekin memberitahu kehadirannya mungkin kurang disedari mungkin kerana jarang mendapat liputan daripada media massa. "Alhamdulilah walaupun tidak sepopular masa mula-mula keluar daripada AF dulu, rezeki nyanyian masih ada dan boleh menampung hidup di Kuala Lumpur," ujarnya. | ||
| Qi Razali Kesal Tuduhan Disingkir Dari JJCM Kerana Yuna Posted: 19 Mar 2012 09:23 PM PDT Qi Razali.PETALING JAYA: Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), Qushairi Razali atau Qi terkilan apabila ada dakwaan mengatakan dia disingkirkan daripada program itu kerana masalah disiplin. Qi berkata, dia sebenarnya mengambil keputusan untuk menarik diri kerana ingin memberikan tumpuan kepada bidang lakonan. "Saya tidak pasti mengapa ada dakwaan sedemikian kerana rasanya sepanjang tiga musim mengacarakan program tersebut, langsung tiada masalah antara saya dan pihak produksi TV3 malah hubungan saya masih baik dengan mereka sehingga kini. "Keputusan meninggalkan program tersebut dibuat saya sendiri kerana ingin menumpukan perhatian kepada perkara lain dan tidak dapat memberikan komitmen kepada JJCM," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, pada Isnin. Qi berkata sebelum berundur daripada JJCM, dia diberitahu pihak produksi akan menukarkan konsep program tersebut dan mahu menggandingkannya dengan pelakon Taiyuddin Bakar yang sedang popular dengan drama Apa Celop. Bagaimanapun katanya, dia tidak dapat memberikan komitmen memandangkan percanggahan jadualnya dengan pelakon tersebut. "Sebelum saya memberi masalah kepada mereka lebih baik saya undur diri dan memberi laluan kepada muka baru tambahan pula konsepnya telah berubah," ujarnya. Dalam pada itu, Qi turut terkilan apabila nama kekasihnya iaitu penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna turut terpalit dalam gosip berkenaan dan menganggap adalah tidak adil untuk wanita berkenaan dikaitkan dengan tuduhan itu. "Jika betul pun saya ada masalah, adalah tidak patut untuk melibatkan Yuna hanya kerana kami berkawan," ujarnya. Sementara itu, mengulas mengenai dua pengacara baru program JJCM iaitu Shiha (Mentor) dan Iqbal (Pilih Kasih), Qi berkata dia masih belum sempat untuk menontonnya tetapi ada membaca komen-komen peminat mengenai gandingan tersebut. Yunalis Zarai.Qi berkata, dia bersimpati dengan mereka yang dikritik hebat dan penonton seharusnya memberi peluang untuk kedua-duanya menerajui program berkenaan dengan cara tersendiri. "Penonton mungkin sudah terbiasa dengan konsep program sebelum ini yang menumpukan hanya dua atau tiga restoran dalam satu episod dan menampilkan seorang pengacara. "Rasanya perubahan mendadak terhadap konsepnya telah membuatkan peminat setia program itu sedikit terkejut," ujarnya. Dia berharap kedua-dua pengacara itu tidak cepat dan mengambil segala kritikan untuk memperbaiki mutu persembahan dalam JJCM. "Saya sendiri mula-mula dulu ada orang kritik tetapi saya ambil itu sebagai satu pengajaran dan pembelajaran buat saya. Alhamdulillahlah lama-kelamaan orang akan mula menerima kita," katanya. Dalam perkembangan lain, Qi ingin menumpukan perhatian terhadap dunia lakonan pada tahun ini dan sedang menjalani penggambaran beberapa buah drama termasuk Friday I'm In Love untuk siaran TV9 selain beberapa telefilem. Bagaimanapun kata Qi, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang pengacaraan dan akan melakukannya jika ada tawaran. "Buat masa ini saya ingin memberikan perhatian kepada dunia lakonan kerana sudah lama tidak berlakon tetapi itu tidak bermakna akan tinggalkan dunia pengacaraan," ujarnya. Dia akan kembali ke set penggambaran program Art Attack pada bulan Jun depan untuk siaran Disney Channel (Astro saluran 615). Qi sebelum ini turut terkenal dengan drama Blogger Boy dan Destinasi Bajet. | ||
| Sazzy Falak Hasilkan Pakaian Jenama Sendiri Posted: 19 Mar 2012 09:22 PM PDT Sazzy FalakPETALING JAYA: Ketaksuban aktres dan pengacara Sazzy Falak terhadap fesyen telah memberikan ilham dan keyakinan kepadanya untuk melancarkan jenama pakaian sendiri pada Jun depan. Pelakon berusia 31 tahun itu berkata idea untuk mengeluarkan jenama fesyen SF by SF (Street Fashion by Sazzy Falak) itu tercetus pada tahun lalu ketika dia sedang hamil dua puteri kembarnya, Iman Lilly dan Tiara Rose, 11 bulan. "Saya suka pada konsep street fashion yang ringkas dan ranggi. Sebab itu saya memilih untuk mengetengahkan pakaian begini. "Ia mampu dimiliki dan menawarkan pelbagai pilihan kepada kaum perempuan dari peringkat kolej sehingga awal 30-an," katanya ketika dihubungi mStar Online, baru-baru ini. Sazzy berkata sebagai permulaan, jenama SF by SF itu akan menawarkan skaf dan baju hasil lakarannya sendiri dengan kerjasama beberapa rakan. "Keistimewaan jenama ini adalah kualiti fabrik yang digunakan dan harga yang serendah RM60 hingga RM120, manakala beberapa pakaian eksklusif rekaan saya akan dijual pada harga sekitar RM200. "Sekarang saya tengah sibuk mengumpulkan rekaan yang bersesuaian sebelum ia dilancarkan nanti," katanya yang merancang untuk menjual produk itu secara dalam talian terlebih dahulu. Ditanya mengenai persaingan pasaran produk itu memandangkan sudah banyak jenama fesyen yang menawarkan konsep seumpama itu di pasaran, Sazzy berkata keunikan rekaannya mampu menawarkan pilihan berbeza kepada pengguna. "Saya yakin jenama fesyen ini akan berbeza dan tersendiri daripada jenama-jenama sedia ada. Saya lakar rekaannya hasil daripada selera saya sendiri, pemerhatian dan rujukan daripada laman-laman fesyen di Internet. "Apabila ia keluar nanti, orang akan boleh lihat ia adalah sentuhan saya," kata isteri kepada pengacara dan usahawan Nazril Idrus ini. Lakonan Sazzy dalam drama komedi Sopi Sekuriti kini disiarkan sejak 28 Februari lalu pada setiap Selasa pukul 10.30 malam di Astro Warna (saluran 132). Dia turut mengacarakan program MyEG Xtra Time di samping Hannah Tan dan Diana Danielle pada setiap Jumaat pukul 8 malam di ESPN (saluran Astro 812) dan ESPN HD (saluran 832). | ||
| Ana Dahlia Masih Belajar Masak Selepas Tiga Bulan Kahwin Posted: 19 Mar 2012 09:21 PM PDT Ana Dahlia dan suaminya, Chef RizPETALING JAYA: Pelakon Ana Dahlia memberitahu selepas tiga bulan berumah tangga, dia sudah mendalami ilmu masakan daripada suaminya iaitu Mohd Nadzri Redzuwan (Chef Riz) apabila diajar memasak makanan yang biasanya disajikan di hotel atau restoran mewah. Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diana Mastura Jaafar, 28, memberitahu, masakan itu ialah "brownies" coklat dan "creme brulee" yang tidak pernah diketahui untuk membuatnya sebelum ini. "Kini saya sudah mempelajari beberapa menu makanan yang kebiasaannya dihidangkan di restoran atau hotel seperti "brownies" coklat dan "creme brulee" daripada Riz. "Saya rasa bertuah kerana dapat ilmu memasak daripada chef profesional sepertinya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin. Bekas pramugari AirAsia ini berkata, walaupun dia bersuamikan seorang chef, pada kebiasaannya dia akan tetap menyediakan hidangan makanan seperti isteri-isteri yang lain. Katanya, masakan itu ialah lauk pauk yang biasa tetapi jika ingin menikmati makanan yang agak istimewa, barulah Riz akan menyediakannya. Ana turut memberitahu, dia bahagia dengan kehidupannya sekarang walaupun masih belum dikurniakan rezeki untuk berbadan dua. Dalam masa yang sama dia juga mendapat sokongan kuat daripada Riz untuk bergiat aktif sebagai seorang pelakon. "Riz cuma pesan, selagi larat dan terdaya saya boleh ambil seberapa banyak tawaran berlakon. Walaupun begitu, waktu untuk kerjaya dan keluarga saya akan imbangi dengan sebaik mungkin. "Biar sesibuk mana pun jadual kerja, saya pasti akan peruntukkan waktu yang berkualiti bersama suami," katanya. Terbaru, aksi lakonan Ana boleh ditonton menerusi drama Bukan Untukmu pada setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.30 malam di TV9 dan Metro Skuad pada setiap Jumaat pukul 9 malam di TV2. Dia juga terlibat dengan penggambaran drama 3 Janji untuk TV3 dan filem Gila-Gila Remaja. | ||
| Muzik Terapi Barah Payu Dara Olivia Newton-John Posted: 19 Mar 2012 09:21 PM PDT Olivia Newton-JohnPETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Olivia Newton-John menjelaskan dia belajar menghargai kepentingan fizikal dan kestabilan emosi selepas berperang dengan barah payudara yang dihidapinya sebelum ini. Olivia berkata, sepanjang tempoh pemulihan itu, dia sering menjadikan muzik sebagai salah satu terapi dalam proses penyembuhannya selain menenangkan minda dan menaikkan semangatnya. "Sebagai seorang yang telah terselamat daripada kanser pada jangka masa yang agak panjang, saya telah belajar menghargai kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan emosi saya. "Dalam tempoh pemulihan, saya telah menjadi lebih sedar tentang kuasa muzik. Ia boleh menyembuhkan badan, menenangkan minda dan menaikkan semangat, lebih-lebih lagi, ia boleh menghubungkan hati dan jiwa kita," katanya dalam satu temu bual yang dikirimkan kepada mStar Online di sini, Isnin. Olivia yang popular dengan lagu-lagu seperti Hopelessly Devoted to You, You're The One That I Want, Have You Ever Been Mellow, Magic, Guilty, I Honestly Love You, Summer Nights dan Physical bakal mengadakan konsert pada 29 Mac ini di Arena of Stars Genting Highlands bermula pukul 8 malam. Bercakap mengenai album terbarunya yang berjudul Grace and Gratitude: Renewed, Olivia berkata ia diilhamkan sebagai tanda penghargaan tentang kehidupannya dan orang sekeliling yang disifatkan sebagai hadiah berharga. Menurutnya, lagu-lagu dalam album berkenaan ditulis bagi membantu pendengar merehatkan diri dan melapangkan diri selepas mengharungi hari yang sibuk atau mempunyai masalah. "Saya percaya bahawa semua manusia mempunyai kehendak yang sama, iaitu keamanan, kasih sayang dan belas kasihan. "Adalah menjadi harapan saya bahawa kita boleh menerima dan menghormati tradisi masing-masing, tidak kira apa kepercayaan peribadi kita," ujarnya. Dalam pada itu, Olivia berkata, konsertnya kali ini adalah merupakan satu 'peta' perjalanan sejarah kerjaya muziknya. Pada malam itu nanti dia akan mempersembahkan kesemua lagu hit yang pernah menjadi siulan peminat sebagai mengimbau kenangan mereka bersama-samanya. "Ia akan dimulakan dengan lagu hit 'country' saya, lagu dari filem 'Grease' dan 'Xanadu' dan 'Physical' tidak akan dilupakan. Saya juga akan menyanyikan beberapa lagu baru dari album terkini selain daripada filem terbaru saya, A Few Best Men," ujarnya. Olivia turut menyatakan rasa teruja dapat hadir ke Malaysia untuk membuat persembahan khas buat para peminatnya dan menyifatkan penduduk di negara ini begitu mesra. "Saya benar-benar teruja untuk kembali ke Malaysia kerana mereka begitu mesra dan penyayang dan berharap mereka dapat hadir pada malam itu nanti," ujarnya. Sementara itu, Olivia memberitahu dia teruja dengan kemunculan filem terbarunya berjudul A Few Best Men selepas sudah lama tidak muncul di layar perak. Dalam filem berkenaan dia memegang watak sebagai ibu pengantin perempuan yang juga seorang isteri kepada seorang ahli politik dan jalan ceritanya yang menarik telah membuka hatinya untuk kembali berlakon. "Ia satu watak yang berlainan daripada watak-watak yang pernah saya lakonkan, tapi membawa watak itu adalah suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan. "Telah pun ditayangkan di Australia, A Few Best Men akan mula ditayangkan di seluruh dunia dan saya harap peminat-peminat saya di Malaysia akan dapat menontonnya," ujar Olivia. Selain itu, dia juga aktif dalam membangkitkan kesedaran tentang betapa pentingnya pengesanan awal kanser payudara dan menyebarkan pengetahuan tentang keutamaan penjagaan kesihatan kepada golongan wanita. "Selepas hampir sepuluh tahun mengumpul dana, saya berasa amat bangga kerana "Olivia Newton-John: Pusat Kanser dan Kesejahteraan" yang dibina di tempat asal saya iaitu Melbourne, Australia akan dibuka pada bulan Jun 2012. Ia menjadi hari yang sangat istimewa bagi saya," ujarnya. | ||
| Lindsay Lohan Hadapi Tahanan Dalam Rumah Posted: 19 Mar 2012 09:20 PM PDT Lindsay Lohan.PELAKON bermasalah, Lindsay Lohan sekali menerima hukuman tahanan dalam rumah selepas insiden langgar lari terhadap seorang pengurus sebuah kelab baru-baru ini. Menyangkal pembabitannya dalam kejadian itu, Lindsay tidak mahu memperbesar-besarkan hal tersebut dan menurut perintah yang dikeluarkan terhadapnya. Dalam kejadian tersebut, mangsa mendakwa Lindsay cuba mengundurkan kereta miliknya sebelum melanggar dan melarikan diri daripada tempat kejadian. Menurut bintang Mean Girls itu, ketika kejadian dia berada di sebuah pusat khidmat masyarakat bagi melunaskan hukuman terdahulu yang diterimanya. | ||
| Billy Corgan Mahu Jadi Juri Rancangan Realiti Posted: 19 Mar 2012 09:15 PM PDT Billy Corgan.PENYANYI kumpulan rock alternatif, Smashing Pumpkins iaitu Bill Corgan berhasrat untuk menjadi juri dalam program realiti seperti American Idol atau X-Factor. Billy berkata, dia adalah calon paling sesuai untuk memberikan kritikan kepada penyanyi yang lahir daripada program tersebut terutamanya kepada peserta yang memilih genre rock dan metal. "Saya tiada masalah dengan program nyanyian seperti itu tetapi ruang kepada penyanyi yang ingin membawa muzik rock cukup terhad. Ia sepatutnya seimbang dan saya ingin sekali menilai mereka," ujarnya. Menjelas lanjut mengenai hasratnya itu, Corgan memberitahu dia terpanggil untuk menjadi juri kerana penyanyi yang memasuki pertandingan seperti itu tidak menjiwai lagu dengan baik dan hanya sekadar menyanyi untuk popular. Saat ini juga Simon Cowell sedang mencari pengganti Paula Abdul dan Nicole Scherzinger yang sebelum ini adalah juri dalam program X-Factor. Selepas Mariah Carey dan Beyonce, kini nama Britney Spears disebut-sebut bakal menyertai barisan juri namun masih tiada sebarang hitam putih mengenai perkara itu. | ||
| Posted: 19 Mar 2012 09:13 PM PDT AKTRES Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) 1992, Deanna Yusoff menegaskan tidak pernah berkahwin dan enggan mahu memikirkan soal jodoh mahupun anak buat ketika ini kerana ada hala tuju sendiri."Saya tidak pernah berkahwin dan ia adalah pilihan dalam hidup saya. Saya akui sukakan kanak-kanak tetapi setakat itu saja rasa itu dan tidak terfikir untuk mempunyai anak sendiri. Jika terlintas memiliki anak, mungkin saya akan mengambil anak angkat.Bukan takut kegagalan tetapi tanggungjawab dalam perkahwinan sangat berat dan saya tidak terfikir mampu melakukannya. - Deanna Yusof "Bukan takut kegagalan tetapi tanggungjawab dalam perkahwinan sangat berat dan saya tidak terfikir mampu melakukannya," katanya ketika ditemui pada sidang media Bola Kampung The Movie baru-baru ini sambil memberitahu jika berkahwin tetapi tidak bahagia maka tiada gunanya perkahwinan itu dalam kehidupan. Katanya, sepanjang usianya, dia tidak pernah langsung mempunyai impian perkahwinan seperti orang lain. "Sesiapa pun pasti tidak akan faham apa yang saya fikirkan ini tetapi sejujurnya saya tidak ada perkahwinan impian walaupun ada rakan-rakan yang begitu teruja dengan impian perkahwinan masing-masing. "Jika ada rakan yang berkahwin, saya tumpang gembira saja. Lagipun, saya berkawan dengan ramai yang tidak berumah tangga," katanya dan memberitahu kehidupannya begitu selesa kini. Ditanya berkenaan lelaki pilihan, Deanna berkata, lelaki itu perlu selesa dengan dirinya terlebih dulu, tidak bongkak, perlu mengurangkan rasa ego dan baik hati. "Itu ciri lelaki pilihan saya tetapi saya tidak pernah terfikir untuk mencarinya. Saya lalui kehidupan hari ini dengan begitu gembira dan ia sudah memadai," katanya. Walaupun sudah berbelas tahun dalam industri seni, Deanna tidak terlalu banyak muncul dalam filem mahupun drama. Disogok soalan tidakkah dirinya yang begitu ekslusif membuatkan peminat bosan melayan kerenahnya, Deanna menafikan perkara itu. "Saya memang memilih dan tidak bersetuju peminat akan bosan dengan saya jika sesekali membuat kemunculan. Apa yang saya terima daripada peminat adalah kerinduan mereka terhadap saya dan hadir dalam bentuk berbeza," katanya yang akan muncul dengan drama berjudul Cendana pada Mei nanti. Mengenai perkembangan dirinya, Deanna menjelaskan bukan fesyen mahupun kecantikan yang menjadi pertaruhannya, lebih selesa memilih coklat sebagai asas perniagaan yang diceburi sekarang. Menurutnya, dia memulakan perniagaan coklat yang diimport dari Switzerland secara kecil-kecilan sejak beberapa tahun lalu. Apabila melihat sambutan oleh rakan-rakannya serta mendapat permintaan tinggi, barulah dia yakin mengembangkan lagi perniagaannya dengan menubuhkan syarikatnya, Artisanal Asia dua tahun lalu. "Apa yang boleh saya katakan, perniagaan coklat ini amat berbeza dengan mana-mana jenama coklat yang ada di pasaran kerana kami akan menghantarnya terus ke rumah. Memang saya akui harga memang mahal tetapi saya tidak melihat ia sebagai satu kekangan untuk melangkah jauh dengan perniagaan ini. "Selain itu juga, saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mendidik dan mendedahkan kepada masyarakat tentang coklat yang berkualiti," katanya yang amat meminati coklat susu. Sementara itu, berbicara soal pembabitannya dalam siri Bola Kampung The Movie yang akan muncul tidak lama lagi di pawagam, Deanna mengakui minatnya terhadap siri kartun sejak kecil membuka hatinya menjadi tenaga penting dalam siri itu. "Masa kecil, saya gemarkan kartun. Lagipun saya melihat animasi ini mempunyai jalan cerita yang baik dan berkesan untuk menggamit penonton ke pawagam. Lagipun saya seronok dapat bekerjasama dengan pelakon berbakat lain seperti Afdlin Shauki, Douglas, Ezlyn dan juga rakan lama lain," katanya sambil memberitahu siri itu kini sudah siap sepenuhnya dan sedang dalam proses memasukkan suara pelakon. Filem yang menampilkan watak kartun seperti Iwan,Sabok, Aziezul serta Nasha itu menggunakan banyak elemen imej komputer grafik (CGI) dan bakal menjengah pawagam pada hujung tahun ini dan adalah terbitan pertama Animasia Studios Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM6 juta. INFO Deanna Yusof | ||
| Dengarnya... Lagu merapu bodohkan sendiri? Posted: 19 Mar 2012 09:11 PM PDT SALIH (kiri) bersama Kak Engku dan Krill di konti Sinar FM. Maklumlah, pada waktu tertentu penyampai radio ini kadang-kadang macam orang berleter. Ada pula yang mengomel entah apa-apa, kemudian ketawa sesama sendiri dengan rakan setugasnya dalam konti. Macamlah topik yang dibawakan lucu sangat.Baru-baru ini ketika sedang minum petang, Cik Normah terima panggilan telefon yang mengaku dirinya pembaca setia HIP. Entah daripada mana dia dapat nombor telefon Cik Normah, tapi pemanggil ini yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Ida mahu menyentuh sikit lagu merapu daripada Salih Yaacob di stesen radio Sinar FM.Dalam segmen ini, Salih menyanyikan lagu bahasa Inggeris yang diterjemahkan terus daripada lagu bahasa Melayu. Kata Kak Idah, waktu mula lagu merapu diperkenalkan dulu, memanglah lawak dan boleh membuatkan pendengar tersenyum. Tapi tak perlulah diteruskan lama-lama. Bukan apa, ia kelihatan seperti memperbodohkan Salih dan stesen radio Sinar itu sendiri, terutama slot Sinar Pagi yang turut menampilkan Khairil Rashid (Krill) dan Raja Azura atau Kak Engku. Pada Cik Normah, teguran dan pandangan Kak Idah itu, ada kebenarannya. Janganlah nanti dikatakan perosak bahasa. Kalau pun lagu Melayu nak dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, buatlah terjemahan dengan betul. Bukan untuk seronok-seronok sebab takut nanti jadi ikutan pendengar. Kalau ikut perkara yang elok tak apalah juga. Lagipun, kalau tak ada segmen lagu merapu, slot Sinar FM tetap ada pendengarnya sendiri. | ||
| Kutipan RM600,000 sudah memuaskan Posted: 19 Mar 2012 09:08 PM PDT DIANA Amir (kiri) dan Shima Anuar dalam satu babak filem 7 Petala Cinta. Baginya, angka kutipan sebanyak itu dianggap sebagai cukup memberangsangkan kerana 7 Petala Cinta bercorak drama dengan isi cerita yang agak berat."Walaupun berunsurkan keagamaan, filem ini mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak. Saya tidak kisah dengan jumlah kutipan kerana ia akan melepasi nilai satu juta tidak lama lagi."Bagi sebuah filem berat, ia cukup memadai kerana ia bukan filem aksi yang menggunakan bajet yang tinggi. Filem ini di bawah paras bajet yang rendah," katanya ketika dihubungi Hip sambil memberitahu syarikatnya akan terus menerbitkan filem bergenre seperti itu. "Daripada tindak balas peminat di fun page saya, mereka memberikan tindak balas positif dan menyarankan genre seperti itu diteruskan pada masa akan datang. Saya juga memikirkan untuk melahirkan dua atau tiga filem seperti ini pada setiap tahun. "Lagipun, genre seperti ini tidak pernah ada di negara ini dan lari daripada genre seram yang sudah terlalu banyak kini," katanya yang mensasarkan filem itu mampu menarik minat pelbagai kaum untuk ditonton. Selain itu, David tidak melihat kutipan yang sedikit adalah disebabkan industri perfileman yang semakin lembap pada tahun ini. "Jika cerita yang ditampilkan bagus, sambutan yang diterima juga akan baik. Jadi, sesebuah filem itu perlu mempunyai jalan cerita yang kemas dan menarik minat penonton untuk datang ke pawagam." katanya sambil memberitahu pada suku pertama tahun ini, filem terbitan syarikatnya sudah berjaya mengumpul RM20 juta bagi lima genre yang ditayangkan di pawagam. Filem 7 Petala Cinta adalah filem cinta dengan suntikan keagamaan hasil garapan Azahari Zain, mengisahkan kehidupan remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza. Filem ini tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung. Filem arahan Azhari Zain ini membariskan pelakon seperti Fizo Omar, Diana Amir Aeril Zafril, Shima Anuar dan Zalif Sidek. | ||
| Posted: 19 Mar 2012 09:07 PM PDT ![]() Yohana mendukung Citra untuk menaiki kenderaan yang memerlukan khidmatnya sebagai Joki 3 in 1. ANAK kecil bernama Citra yang berusia tiga tahun ini barangkali tidak memahami apa tujuan sebenar ibunya, Yohana mendukungnya dan berdiri di tepi jalan. Yang hanya diketahuinya, pada pukul 6.30 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat dia akan dibawa keluar oleh ibunya berjalan hampir dua kilometer. Setiba di pinggir jalan utama berdekatan Hotel Mulia, Senayan, Jakarta, ibunya akan berdiri sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah kenderaan yang sibuk melintasi jalan berkenaan. Rutin yang sama juga dilakukan ibunya yang berusia 34 tahun itu pada sebelah petang pada pukul 4.30 petang. Apalah sangat yang diketahui oleh anak sekecil Citra melainkan hanya mengikut saja langkah ibunya. | ||
| Posted: 19 Mar 2012 09:06 PM PDT ![]() Sharifah Aini menyampaikan sumbangan kepada 50 anak-anak yatim yang diraikan sewaktu berkunjung ke 'Kamal Restaurant' di Pasir Mas, Kelantan. HADIS ini jelas menerangkan bahawa sikap tolong-menolong dan menggembirakan hati orang lain, khususnya mereka yang berada dalam kesusahan adalah akhlak terpuji yang sangat dicintai-Nya. Dalam realiti kehidupan hari ini, masih ada lagi golongan yang perlu dibantu. Kehidupan mereka itu, serba tidak mencukupi dan sering berada dalam kekurangan dan ada yang mengharapkan ihsan orang ramai untuk membantunya. Lebih mendukakan, kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar dan jauh di pedalaman dan akhirnya, dipinggirkan. Menyedari akan nasib golongan seumpama ini, pihak Islamic Aid Malaysia (IAM) telah tampil memperkenalkan satu lagi program kebajikan untuk mendekati golongan yang kurang berkemampuan yang dikenali Ziarah Amal Bersama Artis. | ||
| Posted: 19 Mar 2012 09:03 PM PDT
KATA pakar motivasi perniagaan, antara tip untuk menjadi usahawan ialah dengan menimba pengalaman. Tempoh 15 tahun bermula dengan jawatan pengurus daerah, kemudiannya menjadi pengurus jenama fesyen bahagian aksesori dewasa dan kanak-kanak, sebelum dilantik sebagai pengurus kanan pemasaran fesyen sebuah syarikat jenama pakaian dalam antarabangsa, memang cukup kukuh untuk Hanim Sahrom memulakan perniagaannya sendiri. "Fesyen terutamanya pakaian dalam di Malaysia belum dipelopori secara serius oleh anak bumiputera. "Pengalaman lebih 15 tahun dalam meningkatkan nama dan jualan jenama pakaian dalam fesyen antarabangsa telah membawa saya menjelajah ke merata dunia untuk menimba pengalaman secara langsung dalam bidang ini. "Perniagaan pakaian dalam unik dan mencabar kerana rekaan yang sangat teliti dan memerlukan satu 'ramuan khas' untuk menjadikannya jenama pilihan ramai," ujarnya. | ||
| Armizal terima sijil tolak rasuah Posted: 19 Mar 2012 07:34 PM PDT ![]() Inspektor Armizal Ahmad Basri (kanan) bergambar kenangan bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika menerima sijil penghargaan selepas menangkap seorang suspek yang cuba memberi rasuah. BILA berbicara tentang persepsi atau tanggapan, ia memang sesuatu yang cukup subjektif. Apatah lagi jika mengenai sesuatu buruk terhadap agensi keselamatan negara. Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak pernah lari daripada dihukum oleh masyarakat mengenai penglibatan dalam jenayah rasuah. Daripada peringkat anggota bawahan hingga ke pegawai atasan, persepsi mengenai gejala rasuah pasti wujud. Namun, berpegang kepada integriti pasukan dan amanah memastikan jenayah serta keselamatan sentiasa terjamin yang ditunjukkan warga PDRM kini, persepsi itu perlu diubah. | ||
| Serap pekerja kontrak berprestasi baik Posted: 19 Mar 2012 07:32 PM PDT GEORGETOWN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengemukakan senarai pekerja kontrak berprestasi baik untuk diserap ke jawatan tetap. | ||
| Peniaga Pudu Sentral mengadu kerugian, tiada pelanggan Posted: 19 Mar 2012 07:29 PM PDT ![]() BEGINILAH keadaan gerai makan di Terminal Pudu Sentral, Kuala Lumpur yang lengang tanpa pelanggan ketika tinjauan semalam. KUALA LUMPUR - Para peniaga di Pudu Sentral di sini mengeluh memikirkan nasib apabila bilangan pengunjung ke gerai mereka semakin berkurangan. Keadaan itu menyebabkan pendapatan seharian tidak setimpal dengan kadar sewa yang dikatakan tinggi sehingga membebankan mereka. Hasil tinjauan Kosmo! selama dua jam semalam juga mendapati banyak ruang niaga terutama di medan selera lengang selain terdapat puluhan gerai yang masih belum beroperasi. Mereka yang enggan diambil gambar mendakwa, keadaan itu berlaku sejak terminal itu dinaik taraf dan sesuatu perlu dilakukan supaya mereka tidak terus menanggung kerugian. Nur Saleha, 40, mendakwa, dia kerugian hampir 75 peratus apabila hanya mampu menjana pendapatan sekitar RM150 sehari berbanding RM600 sebelum terminal itu dinaik taraf. "Saya bukan menolak usaha-usaha menaik taraf terminal menjadi serba canggih tetapi lihatlah sendiri... memang lengang. "Sewa gerai pula sudah mencecah RM900 sebulan. Itu pun setelah mengadakan empat kali rundingan dengan pihak pengurusan kerana sewa sebelum ini mencecah RM2,100 sebulan," katanya. | ||
| Posted: 19 Mar 2012 07:29 PM PDT ![]() SEBAHAGIAN daripada kaki judi yang dikenakan hukuman denda di Mahkamah Majistret, Shah Alam semalam. SHAH ALAM – Seramai 30 lelaki dan seorang wanita yang ditahan bermain judi sabung ayam, bola golek dan belangkas di belakang sebuah kuil pada 11 Mac lalu didenda oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. Kesemua kaki judi tersebut iaitu tujuh pemastautin tetap, 13 pendatang asing tanpa izin, empat rakyat tempatan dan enam warga asing yang mempunyai dokumen perjalanan sah dikenakan denda sebanyak RM2,500. Selain itu, dua daripada mereka turut dikenakan penjara tiga bulan bermula tarikh mereka ditangkap kerana masuk ke negara ini tanpa sebarang dokumen. Majistret Nurul Syahida Zainal menjatuhkan hukuman tersebut setelah semua tertuduh yang berusia antara 26 hingga 57 tahun mengaku melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 memperuntukkan hukuman denda sehingga enam bulan penjara atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya. Mereka didakwa berjudi ayam, bola golek dan belangkas di tempat awam iaitu kawasan semak di belakang kuil Hindu berhampiran landasan kereta api Seksyen 17 di sini pukul 11.15 pagi pada 11 Mac lalu. | ||
| Posted: 19 Mar 2012 07:27 PM PDT ![]() ANGGOTA polis membawa seorang lelaki yang terselamat selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Sungai Long, Kajang, Selangor semalam. KAJANG - Nyawa seorang lelaki Indonesia ternyata masih panjang walaupun dia terjatuh dari tingkat empat Kondominium Forest Green, Sungai Long di sini ketika cuba lari daripada empat pengedar dadah yang mengurungnya sejak empat hari lalu. Kejadian pukul 6 pagi semalam itu berlaku apabila mangsa dari Acheh yang berusia lingkungan 20-an bertindak nekad keluar melalui tingkap salah sebuah rumah di tingkat enam yang disewa sindiket tersebut selepas tidak tahan dikurung. Ketika itu, empat lelaki tempatan terbabit tidak menyedari tindakan mangsa. Difahamkan, ketika sampai di tingkat empat, mangsa telah tersalah langkah lalu terjatuh menyebabkan tulang rusuk kanannya patah. Dia kemudian membuat laporan di balai polis berdekatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah menyerbu kondominium yang dijadikan makmal memproses syabu tersebut dan menahan empat lelaki pada pukul 8 pagi. Katanya, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Desa Damai Perdana, Cheras dan menahan seorang lagi lelaki. Kesemua suspek berusia lingkungan 30-an. | ||
| Posted: 19 Mar 2012 07:26 PM PDT ![]() BEGINILAH keadaan kereta dan bas yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan Teyaho maut di Port Dickson kelmarin. SEREMBAN - Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila dia tersepit hingga mengakibatkan kepala dan badannya cedera parah selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas di Batu 5, Jalan Mambau-Port Dickson dekat sini kelmarin. Kejadian pukul 5.40 petang itu berlaku apabila kereta jenis Proton Iswara yang dipandu P. Teyaho, 45, terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas yang membawa 25 penumpang tersebut. Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan ke Port Dickson. "Ekoran pertembungan itu, mangsa yang bekerja sendiri itu tersepit dalam keretanya yang remuk lalu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Dua penumpang bas pula cedera ringan manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. | ||
| Pertahan tanah rizab Melayu - Sultan Selangor Posted: 19 Mar 2012 07:25 PM PDT ![]() SULTAN SHARAFUDDIN (kanan) memeriksa barisan kehormat pada perasmian pembukaan Sidang DUN Selangor ke-12 di Shah Alam semalam. SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan baginda tidak mahu mana-mana pihak cuba memindahkan tanah rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan Melayu di negeri ini. Titah baginda, sebarang keputusan melibatkan tanah rizab Melayu harus mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah ditetapkan. "Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan tanah rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu. "Beta percaya Datuk Menteri Besar, kerajaan negeri Selangor dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab Melayu dengan memastikan tidak ada yang bertukar status," titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 di sini semalam. | ||
| Izatil tarik balik permohonan cerai Posted: 19 Mar 2012 07:25 PM PDT
ROMPIN – Seorang wanita yang sebelum ini dikaitkan dengan satu kes kontroversi di Kuantan, Pahang, akhir bulan lalu bertindak menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin di sini semalam. Sebaliknya, Izatil Iwani Rashid, 28, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah kolej kemahiran di sini memutuskan akan membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya, Fazli Pungut, 32, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Wanita itu yang hadir ke mahkamah seorang diri membuat tuntutan notis tarik balik tersebut di hadapan Hakim Syarie Abu Kassim Pilus di dalam kamar hakim. Bagaimanapun, semasa ditemui pemberita, Izatil tidak menyatakan alasan tertentu berhubung tindakan menarik balik permohonan cerai tersebut. "Saya terpaksa tarik balik tuntutan tersebut (permohonan cerai) kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh," katanya ringkas. Dia yang mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan tahun hadir ke mahkamah pada pukul 9 pagi, manakala suaminya, Fazli, yang merupakan seorang guru tidak kelihatan. | ||
| Cedera diserang baka Rotweiler Posted: 19 Mar 2012 05:54 PM PDT ![]() RADZIAH melihat kecederaan anaknya, Dhiya Qairina sambil diperhatikan Muhammad Nur Akmal di Bukit Mertajam semalam. BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun cedera apabila diserang seekor anjing ketika sedang bermain basikal bersama seorang rakan di hadapan rumahnya di Lorong Perda Timur, Bandar Perda di sini petang kelmarin. Akibat serangan tersebut, mangsa, Dhiya Qairina Muhammad Nur Akmal yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik terpaksa dikejarkan ke hospital di sini untuk rawatan kecemasan setelah mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan dan punggung. Menurut bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, 47, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 petang selepas dia bersama isteri, Radziah Mohd. Adas, 44, dan anaknya itu tiba di rumah selepas keluar membeli barang keperluan harian. Katanya, sebaik tiba di rumah, Dhiya Qairina yang merupakan murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda terus keluar dari kereta dan pergi bermain basikal bersama seorang rakannya yang sudah menunggu di luar pagar rumah. "Saya terkejut apabila terdengar anak saya menjerit meminta tolong dan saya dapati dia terjatuh daripada basikal akibat diterkam seekor anjing berwarna hitam," katanya ketika ditemui di hospital semalam. Menurut Muhammad Nur Akmal, dia cuba menghalau anjing itu daripada terus mencakar belakang anaknya tetapi haiwan tersebut bukan sahaja tidak berganjak malah cuba menyerangnya pula. Bagaimanapun, katanya, anjing itu kemudiannya melarikan diri setelah dia mengangkat basikal anaknya dan mengacu-acukannya beberapa kali. | ||
| Posted: 19 Mar 2012 05:54 PM PDT
SETIAP episod ada nasihat, mesej dan sarat emosi. Terkandung pembuka dan penutup kisah biar cuma berlangsung selama 30 minit. Itu janji produksi sitkom Islamik, Annisa' yang mula ditayangkan di saluran TV AlHijrah Ahad, 18 Mac lalu pukul 8.30 malam. Sitkom 13 episod ini mengisahkan kehidupan tiga orang muslimah moden yang diminta mengambil alih perniagaan kafe milik rakan mereka yang berpindah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Tugas dipikul untuk menghidupkan watak-watak tersebut masing-masing digalas oleh Raja Farah, Sari Yanti dan Diana Amir. Berkongsi pengalaman mengurus dan mengendalikan sebuah perniagaan bersulam pelbagai kisah dalam Annisa', ketiga-tiga pelakon jelita ini berkongsi cerita tentang pengalaman mereka berlakon dalam naskhah yang memaparkan isu semasa yang relevan dengan kehidupan masyarakat dan diselitkan nilai moral dalam bentuk gabungan info dan hiburan itu. Raja Farah nafi dikongkong suami Aku Masih Dara, Manjalara, Haq dan Apa Kata Hati antara naskhah yang melonjakkan nama Raja Farah Raja Aziz. Kebanyakan watak lakonannya sebelum ini lebih mencabar kredibilitinya sebagai pelakon wanita. Mana tidaknya, selain berhasil melakonkan watak-watak antagonis, dia tidak terlepas daripada beraksi seksi. Sehinggalah dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan bernama Megat Bashirun Qayyum Zakaria, dia kemudiannya berhijrah imej dengan mula mengenakan tudung pada pertengahan tahun lalu. Lama menyepi dari dunia lakonan selepas berkahwin, Raja Farah menegaskan dia kini perlu lebih cerewet memilih watak memandangkan statusnya sekarang sebagai isteri orang. "Biasanya setiap skrip yang saya dapat akan ditapis oleh suami saya. Dia tidak melarang saya berlakon sebab tahu ini kerjaya saya. Jika ada yang menuduh suami saya seorang yang cemburu, saya memang akui. Itu sifat seorang lelaki. "Dia seorang suami yang tipikal, tidak boleh melihat isterinya mendedahkan aurat, tidak boleh bersentuhan dengan bukan muhrim. Saya sendiri sedar, setiap dosa saya ditanggung oleh suami," jelas Farah yang menafikan suaminya itu mengongkong dirinya. Ujar Farah lagi, dia juga tidak pernah terfikir untuk meninggalkan dunia seni memandangkan itu cara dia membesar. "Saya masih menyayangi dunia seni, tidak adil untuk saya meninggalkan bidang lakonan tapi perkara terbaik adalah dengan mengurangkan aktiviti seni saya," katanya. Sementara itu, selama dua bulan menjalankan perniagaan kafe yogurt yang diberi nama Snogurt di Kajang, Selangor sedikit sebanyak membantu mendalami wataknya dalam sitkom Annisa'. Menerusi sitkom tersebut, Raja Farah membawakan watak Tria, seorang gadis berusia 20-an dan sangat menghargai seni. Selain menulis blog, dia juga mempunyai kemahiran membuat kek cawan. Tria merupakan gadis yang bijak, penyabar dan sentiasa memberikan inspirasi kepada rakan-rakannya. Sari Yanti tidak kekok Sementara itu, Sari Yanti pula diserahkan watak Nita, seorang wanita yang berkahwin dan berkeletah yang melucukan. Ternyata, ini bukan kali pertama ibu kepada dua anak itu melakonkan karakter bertudung di layar kaca, sejak kali pertama melakukannya menerusi drama Kisah Kaisara. Bagi Sari Yanti, bertudung tidak menghalang dirinya untuk berkarya malah dia juga selesa dalam keadaan itu. "Saya tidak kekok bertudung sebab sebelum ini pun sudah banyak kali melakonkan watak bertudung sebenarnya malah, saya juga selesa memainkan peranan ini dan berlakon dalam sitkom lebih senang berbanding melakonkan watak orang bercinta. "Annisa' lebih urban berbanding Kisah Kaisara dan saya melihat sitkom ini satu cara untuk saya melepaskan tekanan," tambahnya. Sementara itu, Sari Yanti menegaskan dia terpaksa memperlahankan kerjayanya sebagai pelakon dan lebih menumpukan perhatian kepada keluarga. Bukan kerana terlalu cerewet memilih watak memandangkan kelibatnya semakin kurang menghiasi kaca televisyen sekarang. "Saya terpaksa kurangkan tawaran sebab ada anak kecil, biasanya saya akan beri ruang masa lebih kurang seminggu untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum menerima tawaran lain," jelasnya. Diana tolak watak melampau Pertama kali terlibat dengan produksi terbitan Primeworks Studio untuk TV AlHijrah untuk sitkom tersebut, ujar pelakon yang sudah mula bertudung sejak tahun lalu itu, dia sentiasa beringat-ingat terutama berlakon dalam sitkom. Katanya, dia harus mengawal setiap aspek termasuk cara berpakaian dan ketawa terbahak-bahak. "Sudah pasti akan ada babak yang membuatkan kita sendiri sebagai pelakon tertawa, tapi saya sendiri perlu meletakkan batasan dalam beberapa aspek," tambahnya. Tidak menjadikan tudung sebagai halangan mencari rezeki, katanya lagi dia terpaksa menolak beberapa tawaran dan berbincang dengan pihak produksi sekiranya ada babak yang melampau. "Walaupun tawaran yang datang tidak sekerap dulu, saya selesa dan watak-watak sebegini yang saya mahukan. "Kalau ada babak yang dirasakan tidak sesuai saya terpaksa menolak tawaran, malah ada juga beberapa produksi sanggup mengubah lakon layar mengikut kehendak saya," ceritanya yang faham situasi diri dan batasan dalam berkarya. Diana memegang watak Audy, seorang gadis yang gemar berfesyen dan mencuri perhatian. Dalam pada itu, Audy merupakan seorang yang besar kepala dan mementingkan diri dalam beberapa perkara. Annisa' turut dijayakan oleh Bienda, Munir dan penampilan khas pelakon baharu, Khairul yang membawakan watak 'jejaka baju ungu'. | ||
| Posted: 19 Mar 2012 05:53 PM PDT ![]() SUASANA ceria pada majlis pemberian bonus untuk kru dan pelakon filem Niyang Rapik dan Hantu Bonceng baru-baru ini. SEMENJAK ditubuhkan pada tahun 2001, syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd. yang diterajui penerbit, pengarah dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah meraih kejayaan yang cukup membanggakan. Sudah menerbitkan sebanyak sembilan buah filem serta 22 buah drama, ternyata produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton. Sebagai contohnya, filem Hantu Bonceng lakonan Zizan Razak dan Juliana Evans yang telah ditayangkan pada tahun lalu telah meraih kutipan sebanyak RM8.53 juta yang juga merupakan satu rekod kutipan tertinggi pernah dicapai syarikat tersebut. Ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama media dan pemberian bonus kepada pelakon dan kru filem Niyang Rapik dan Hantu Bonceng di Kelab Cinta, Jalan Conlay, Kuala Lumpur baru-baru ini, Ahmad Idham memberitahu dia merancang untuk menubuhkan sebuah akademi perfileman. Kosmo!: Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian Excellent Pictures? AHMAD IDHAM: Sudah tentu. Saya bersyukur kerana Excellent Pictures sekarang boleh dikatakan sebagai syarikat yang semakin aktif dalam industri hiburan. Selain filem dan drama, syarikat saya juga akan mula menerbitkan teater. Lagipun bukan mudah untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi memandangkan saya bermula dari bawah sebagai seorang pelakon biasa. Namun, dalam tempoh 11 tahun saya telah berusaha keras sehinggalah syarikat ini mampu memberikan persaingan sihat dengan syarikat produksi sedia ada. Memandangkan syarikat anda kini semakin berkembang, adakah anda masih menerima tawaran penerbit lain untuk menjadi pengarah? Tidak dinafikan tawaran itu masih ada seperti daripada David Teo memandangkan sebelum ini saya memang banyak mengarah filem di bawah syarikatnya. Namun, ada tawaran beliau yang terpaksa saya tolak kerana mahu memberikan tumpuan kepada syarikat saya. Selain menerbitkan filem, telefilem dan drama, apakah lagi perancangan anda? Sebenarnya saya sudah ada perancangan untuk menubuhkan sebuah akademi filem pada masa akan datang. Saya akui kebanyakan institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia sudah banyak menawarkan kursus perfileman kepada pelajar, tetapi kursus pengajian yang ditawarkan oleh akademi saya agak berbeza. Boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perbezaan tersebut? Saya perhatikan pengajian perfileman di IPT selalunya bertujuan untuk melahirkan seorang pelakon yang mempunyai ilmu dalam bidang lakonan. Namun, pengajian yang akan ditawarkan di akademi saya nanti lebih menekankan kepada bidang pengurusan filem. Asas-asas dalam bidang lakonan akan tetap diajar kepada para pelajar. Cuma pengurusan filem yang saya maksudkan ini adalah mendidik dan membimbing mereka untuk menjadi seorang penerbit dan pengarah, bukan sekadar menjadi seorang pelakon semata-mata. Bilakah akademi berkenaan akan ditubuhkan? Saya sendiri kurang pasti kerana ia merupakan sebahagian daripada perancangan untuk masa hadapan dan mungkin kerjasama akan dilakukan dengan Universiti Utara Malaysia (UUM). Lagipun saya sekarang sibuk dengan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UUM yang khusus kepada kajian tentang industri perfileman di Malaysia. Apakah projek terbaharu anda sekarang? Baru-baru ini saya baru sahaja selesai mengarahkan filem Cinta Atas Tar. Kemudian pada 27 Mac sehingga 8 April ini saya akan terbabit pula dengan pementasan teater berjudul Gerimis Mengundang di Istana Budaya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


























0 ulasan:
Catat Ulasan