Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Warga Felda tambah kekuatan Askar Wataniah
- Anne mengaku ‘suka’ Aliff
- Anuar Zain bantu ibu tunggal
- Bapak ayam dan pelacur dicekup
- Misi agih 72,000 cek
- Balasan cucu durjana
- Nazatul gadis pengutip derma
- Kemala terima anugerah Sasterawan Negara
- Tauke arowana hadapi 21 kes penipuan tanah
- Minyak masak 18 tan disita
- Bekas setiausaha politik mengaku tidak bersalah
- Iman, Tiara keutamaan Sazzy
- Darren Criss tolak tawaran X Factor
- 46 maut di Iraq
- Rain jadi pengacara majlis
- Kutcher bakal jadi pelancong angkasa lepas
- Sostis jadi penghuni tunggal di Pulau Palaia Kameni
- Hotel di China persenda askar Jepun di dalam tandas
- Populariti tengkolok Dendam Tak Sudah
- Syiling 10 sen boleh jadi RM280
- Sambutan sekurun Oreo
- Tomok Muntah Darah Tolak Tuduhan Disantau
| Warga Felda tambah kekuatan Askar Wataniah Posted: 20 Mar 2012 09:43 PM PDT ![]() Ahmad Zahid Hamidi memeriksa perbarisan 120 anggota Askar Wataniah Felda Wilayah Selangor di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, baru-baru ini. PELANCARAN Kompeni Askar Wataniah Wilayah Felda di Felda Gedangsa, Hulu Selangor baru-baru ini membuktikan anak kelahiran tanah rancangan turut bersemangat mempertahankan tanah air daripada diceroboh anasir subversif luar. Penyertaan peneroka Felda dalam pasukan tersebut menambah lagi kekuatannya yang sehingga Disember tahun lalu telah mempunyai sebanyak 222 kompeni merangkumi setiap kawasan parlimen di seluruh negara. Majlis bersejarah melibatkan kontinjen kawasan Felda Gedangsa, Sungai Tinggi Selatan dan Kampung Soeharto itu dilancarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Pada majlis berkenaan, beliau turut memeriksa perbarisan 12 pegawai dan 120 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Mejar Mohd. Subhi Marsan. | |||
| Posted: 20 Mar 2012 09:42 PM PDT
BUAT masa sekarang kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi." Mungkin ini adalah antara jawapan yang paling biasa diberikan oleh artis-artis tanah air apabila mereka dikaitkan dengan seseorang. Sudah menjangka jawapan tersebut daripada empunya badan yang pernah membintangi drama bersiri Cili Padi ini, Naszriah Ngasri atau lebih mesra disapa Anne, jujurnya tidak mahu terburu-buru dalam melakukan sebarang keputusan. Apatah lagi keputusan yang bakal diputuskan itu melibatkan masa depan serta tiga cahaya matanya, Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4 dan Naszhara Afroza, 2 tahun. Ketika ini, hubungan Anne bersama Aliff Aziz dikatakan semakin hangat dan diibaratkan seperti pasangan yang sedang bercinta. | |||
| Posted: 20 Mar 2012 06:40 PM PDT ![]() MOHD. Fauzi Zakaria (kiri) bersama Anuar Zain dan Adila Hamdu selepas sidang akhbar Mother's Day Gala Night Dinner di Kuala Lumpur baru-baru ini. SAMBUTAN Hari Ibu pada bulan Mei ini tidak terkecuali menjemput penyanyi popular, Anuar Zain memenuhi undangan mengadakan persembahan yang bertemakan sambutan tersebut. Penyanyi berusia 42 tahun ini antaranya akan terbabit menjayakan persembahan Hari Ibu yang diberi nama Mother's Day Gala Night With Anuar Zain di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada 12 Mei ini. Persembahan itu boleh dikatakan agak mahal apabila ia mengenakan bayaran jualan meja sehingga RM100,000 untuk sebuah meja dengan 10 tempat duduk pada persembahannya yang mengambil masa kira-kira 45 minit. Sungguhpun begitu, menurut penganjur persembahan, Dream Music Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Fauzi Zakaria, konsert itu bukan setakat hiburan semata-mata. | |||
| Bapak ayam dan pelacur dicekup Posted: 20 Mar 2012 06:37 PM PDT CHUKAI – Kerja licik seorang bapa ayam menawarkan khidmat seks yang disasarkan kepada pekerja kapal terbongkar apabila dia dicekup bersama tiga wanita warga Thailand dipercayai pelacur dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Penghiburan, dekat sini, malam semalam. | |||
| Posted: 20 Mar 2012 06:36 PM PDT ![]() ABDUL RAHIM menyampaikan cek sagu hati bernilai RM3,000 kepada wakil bekas anggota polis zaman darurat di Seremban semalam. SEREMBAN - Hampir 72,000 keping cek bayaran khas RM3,000 kepada bekas anggota pasukan keselamatan yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat, sudah disediakan dan sedang diagihkan kepada pemohon di seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, bagi memastikan proses agihan cek-cek tersebut berjalan lancar dan meluas, ia akan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Ibu Pejabat Polis Daerah dan balai-balai polis seluruh negara. "Permohonan sudah dibuka sekarang dan semua bekas anggota keselamatan yang berkhidmat semasa zaman darurat diminta untuk mendapatkan borang di balai-balai polis terdekat. "Bagi bekas anggota yang sudah meninggal dunia, balu dan duda mereka boleh juga memohon dengan membawa akuan permohonan yang disahkan oleh ketua kampung atau ketua polis di balai berhampiran," katanya selepas majlis penyerahan cek Tabung Amanah Warisan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, di sini semalam. Pada pembentangan Bajet 2012 tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada bekas anggota pasukan keselamatan yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat di antara tahun 1948 dan 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak. | |||
| Posted: 20 Mar 2012 06:35 PM PDT
KUALA TERENGGANU – Seorang bekas anggota tentera dihukum penjara 19 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian neneknya tiga tahun lepas. Hakim, Datuk Mohd. Yazid Mustafa memerintahkan hukuman terhadap Mohd. Nassir Abdul Manan, 45, bermula dari tarikh dia ditangkap pada 13 Oktober 2009. Mohd. Nassir yang bekerja sebagai buruh binaan rumah selepas berkhidmat 13 tahun dalam tentera didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Muda Mat Zin, 80, di sebuah rumah di Jalan Baru, Bukit Pak Sabah, Dungun di antara 9 pagi dan 7.30 malam 12 Oktober 2009. Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, hukuman itu setimpal dengan perbuatan tertuduh dan diharap menjadi pengajaran kepada sesiapa agar tidak terlibat dengan gejala dadah yang mampu menyebabkan seseorang hilang pedoman dan pertimbangan ketika melakukan jenayah walaupun dengan mereka yang mempunyai pertalian keluarga. Laporan forensik mendapati tertuduh yang ketika kejadian di bawah pengaruh dadah telah menyebabkan kematian mangsa dengan melakukan sembilan luka hiris dan takikan di kepala serta 12 torehan di badan mangsa iaitu tujuh sebelum mati dan lima selepas mati bagi memastikan mangsa tidak lagi bernyawa. | |||
| Posted: 20 Mar 2012 06:32 PM PDT ![]() USAHA wartawan untuk menemu bual keluarga Nazatul gagal kerana rumahnya di Seksyen 8, Shah Alam berkunci dan tiada penghuni. SHAH ALAM - Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan (gambar), 15, remaja yang dilaporkan hilang pada Januari lalu dan ditemui di Bangkok, Thailand baru-baru ini merupakan seorang pengutip derma di beberapa lokasi di sini. Seorang jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 47, mendakwa, dia pernah ternampak Nazatul mengutip derma di beberapa buah stesen minyak di Seksyen 9 di sini pada tahun lalu. Dakwa Ahmad, remaja terbabit melakukan kerja itu antara pukul 5 petang hingga 10 malam dengan menunjukkan kad yang mempunyai logo Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sumbangan itu kononnya untuk disalurkan kepada Madrasah Ta'allimun Islam dan Sekolah Hafiz al-Quran Tanjumas di Thailand. "Saya mengetahui kegiatan Nazatul ketika mengisi minyak di Seksyen 9 pada hujung tahun lalu. Saya ambil kad yang mempunyai logo MAIWP daripada Nazatul," kata Ahmad ketika ditemui di kawasan rumah Nazatul di sini semalam. Dakwa Ahmad, Nazatul dihantar ke stesen-stesen minyak itu untuk meminta derma oleh seorang wanita dipercayai ibunya. Selain di stesen-stesen minyak, Nazatul juga pernah dilihat mengutip derma di beberapa buah bank di Seksyen 9 di sini. Jelas lelaki itu, sejak kad MAIWP itu dirampas, kelibat remaja itu tidak lagi kelihatan di Seksyen 9. Menurut Ahmad, Nazatul mendakwa dia disuruh mengutip derma oleh seorang ketua yang tinggal di Ampang, Selangor. "Saya juga pernah membuat panggilan telefon kepada lelaki yang didakwa Nazatul sebagai bos dan lelaki itu mengaku mengenali Nazatul tetapi enggan bercakap banyak," kata Ahmad. Ahmad kemudian menyerahkan kad tersebut kepada MAIWP dan ternyata kad kutipan derma tersebut tidak sah. | |||
| Kemala terima anugerah Sasterawan Negara Posted: 20 Mar 2012 06:30 PM PDT ![]() TUANKU ABDUL HALIM mengurniakan Anugerah Sastera Negara Ke-11 kepada Ahmad Kamal di Kuala Lumpur malam tadi. KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan Anugerah Sastera Negara ke-11 kepada Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah yang lebih dikenali dengan nama pena, Kemala di sini malam tadi. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara ke-11. Pemilihan kemala yang membawa gelaran Sasterawan Negara telah diumumkan Muhyiddin pada bulan Mei tahun lalu. Selaku Sasterawan Negara, Ahmad Kamal, 71, menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000, penerbitan sebanyak 50,000 naskhah atau kos cetakan karya bernilai maksimum RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan diedarkan ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan. | |||
| Tauke arowana hadapi 21 kes penipuan tanah Posted: 20 Mar 2012 06:30 PM PDT
TAIPING - Seorang pengusaha ternakan ikan arowana dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 21 tuduhan memalsukan dokumen tukar milik tanah seluas 29.16 hektar di Semanggol dekat sini pada 2005. Ahmad Don, 58, yang merupakan Pengarah Urusan Bukit Merah Aquaculture (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Bukit Merah, Bagan Serai dituduh menggunakan Surat Kuasa Wakil palsu bagi menjual 36 lot tanah terbabit yang dianggarkan bernilai RM396,000 kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan pemilik sebenar. Berdasarkan fakta kes, 36 lot tanah itu adalah milik 21 penduduk Kampung Selamat, Semanggol yang dikatakan hendak diusahakan sebagai ladang kelapa sawit menerusi projek Rancangan Tanah Berkelompok (RTB). Ahmad yang bertindak sebagai broker tanah telah menjual semua tanah terbabit kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan penduduk. Tertuduh dari Simpang Empat, Semanggol didakwa menggunakan Surat Wakil Kuasa palsu bagi membolehkan Pejabat Tanah dan Daerah Kerian, Parit Buntar memberi kelulusan permohonan pindah milik tanah berkenaan. Dia yang mempunyai 12 anak daripada empat isteri dituduh melakukan kesalahan itu dari 28 April 2005 hingga 4 Jun tahun sama. | |||
| Posted: 20 Mar 2012 06:29 PM PDT ![]() MOHD. HILMI (kanan) memeriksa lori tangki yang membawa muatan minyak masak bersubsidi secara haram di Mambang Di Awan, Kampar semalam. KAMPAR - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak merampas sebuah lori tangki yang membawa muatan 18 tan minyak masak bersubsidi secara haram di sebuah kilang memproses makanan ayam di Mambang Di Awan dekat sini semalam. Pengarahnya, Mohd. Hilmi Mohd. Noor berkata, lori tangki yang diekori dari sebuah kilang di Kamunting, Taiping itu ditahan sebaik sahaja memasuki pekarangan kilang memproses makanan ayam terbabit pada pukul 3 pagi. "Lori tangki yang penuh dengan muatan minyak masak disyaki bersubsidi tersebut disita selepas pemilik kilang terbabit gagal mengemukakan surat kuasa membawa minyak berkenaan. "Nilai rampasan dianggarkan RM85,500 dan pemandu lori tangki yang berusia dalam lingkungan 50-an ditahan untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di Kawasan Perindustrian Mambang Di Awam III dekat sini semalam. Mohd. Hilmi berkata, kejayaan serbuan tersebut berikutan risikan selama sebulan yang mendapati sebuah kilang penapis minyak masak di Kamunting sering membekalkan minyak masak kepada kilang memproses makanan ayam berkenaan secara tidak sah. | |||
| Bekas setiausaha politik mengaku tidak bersalah Posted: 20 Mar 2012 06:28 PM PDT
SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap 28 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram dengan mendepositkan wang berjumlah RM935,000 ke dalam akaun 11 individu termasuk anggota keluarganya empat tahun lalu. Hasbie Satar (gambar), 39, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Aslam Zainuddin. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Perbuatan itu didakwa dilakukan di beberapa buah bank dan pejabat Tabung Haji di tiga lokasi iaitu Salak Tinggi, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya di antara 4 Disember 2008 dan 18 Jun 2009. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis dan Hazril Harun mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dan memohon kesemua 28 pertuduhan dibicarakan bersama. | |||
| Posted: 20 Mar 2012 06:27 PM PDT
MENGUNDURKAN diri daripada bidang lakonan dan pengacaraan seketika demi menumpukan sepenuh perhatian kepada dua cahaya mata kembarnya, Iman Lily dan Tiara Rose Nazril, 10 bulan, Sazzy Falak kini kembali ke bidang lakonan dan pengacaraan. Kemunculan Sazzy buat pertama kalinya di kaca televisyen dapat disaksikan menerusi drama komedi bersiri Sopi Sekuriti terbitan Skop Production yang kini ditayangkan di Astro Warna setiap hari Selasa, pukul 10.30 malam. Isteri kepada personaliti TV, Nazril Idrus itu juga sudah menjalankan tugasannya sebagai pengacara program Entertainment and Sports Programming Network (ESPN). Ada sebab kenapa Sazzy menerima kedua-dua tawaran tersebut biarpun dia memberitahu keutamaannya kini adalah untuk menjaga dan memberi penyusuan secara eksklusif selama dua tahun kepada dua puteri kesayangannya itu. "Sebelum ini saya akui tak ambil tawaran yang muncul sebab mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada Iman dan Tiara. Kini, saya terima dua tawaran yang muncul iaitu mengacara ESPN dan berlakon dalam drama terbitan Skop Production. "Memang kalau diikutkan berlakon sesebuah drama memerlukan masa yang lama di lokasi dan penggambaran drama tersebut juga mengambil masa yang lama untuk selesai. "Namun, saya terima berlakon dalam drama komedi Sopi Sekuriti disebabkan mereka faham keadaan saya yang kini sudah menjadi ibu. "Mereka memberi saya kelonggaran berada di lokasi tidak terlalu lama dan dalam masa yang sama masih boleh mengepam susu badan," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar drama Sopi Sekuriti di Hotel Butik Jeumpa D'Ramo, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sambung bicara pelakon jelita itu, dia juga bersetuju untuk menerima tawaran berlakon dalam drama tersebut kerana ia diterbitkan Skop Production. Ungkapnya, sudah lama dia teringin untuk berlakon dengan Skop Production dan peluang itu akhirnya muncul. Enggan melepaskan peluang yang hadir, Sazzy juga mengakui meraih pengalaman yang menyeronokkan sepanjang penggambaran drama itu berlangsung.
Ditebak soalan tidakkah dia dilabelkan diva kerana mendapat keistimewaan di lokasi penggambaran, tutur Sazzy, dia tidak meminta keistimewaan itu sebaliknya pihak produksi sudah sedia maklum memahami keadaannya. "Saya bukan nak jadi diva tetapi keutamaan harus diberikan kepada anak-anak saya. Saya tidak mahu Iman dan Tiara terputus susu sekurang-kurangnya sehingga umur mereka dua tahun," tuturnya yang terpaksa berkorban masa dan tenaga demi memberi yang terbaik buat kedua-dua anaknya itu. Berkongsi pengalamannya sebagai ibu kepada dua puteri kembar, ujar Sazzy, anak-anaknya itu bagaimanapun tidak mempunyai persamaan langsung dari segi tingkah laku. Tambah Sazzy, Iman kini sudah mula pandai bercakap sebaliknya Tiara lebih cepat menunjukkan perkembangan dari segi fizikal. "Sejak awal bulan lagi mereka nampak berbeza. Iman yang sulung lebih cepat bercakap berbanding Tiara. Tiara pula sangat fokus dan dia sudah memahami keadaan sekelilingnya," ujarnya mengenai anak-anaknya itu yang akan dijaga ibunya dan pengasuh jika dia sibuk di lokasi. Menyentuh mengenai penyediaan makanan kepada Tiara dan Iman, Sazzy mengakui dia terpaksa bangun pagi demi menyediakan makanan kepada anak-anaknya. Malah, jika tidak mempunyai masa dia akan memasak makanan tersebut dalam jumlah yang banyak dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Bercerita pula tentang watak komedi yang lakonannya dalam Sopi Sekuriti, menurut Sazzy, ia bukan watak komedi pertama yang dilakonkannya, sebaliknya dia juga pernah muncul untuk watak komedi dalam filem Tolong Awek Aku Pontianak. "Kalau boleh, saya ingin menjadi seperti Jennifer Aniston yang sinonim dengan watak-watak komedi yang sering dilakonkan olehnya," ujar Sazzy yang membawakan watak Laila seorang gadis yang dicintai oleh sekuriti lakonan Man Raja Lawak. ![]() KEDUA-DUA anak kembar Sazzy ini tidak mempunyai persamaan langsung dari segi tingkah laku. Selain itu, Sazzy juga tidak menafikan bahawa dia juga selesa menjadi pengacara. "Sebelum ini saya pernah menjadi hos untuk rancangan MyEG Xtra Time di ESPN. Malah, ketika saya mengandung lapan bulan juga saya masih mengacara. "Bidang pengacaraan dan lakonan sememangnya merupakan sesuatu yang berbeza. Namun saya memang mahu lakukan kedua-dua perkara tersebut," katanya. | |||
| Darren Criss tolak tawaran X Factor Posted: 20 Mar 2012 06:24 PM PDT ![]() DARREN CRISS BINTANG drama muzikal Glee, Darren Criss telah menolak tawaran untuk menjadi pengacara program realiti TV, X Factor kerana terlalu sibuk dengan kerjaya lakonan dan nyanyiannya. Baru-baru ini, Darren telah ditawarkan untuk menggantikan Steve Jones dalam program tersebut, namun dia menolaknya kerana bimbang tidak dapat memberikan kerjasama yang baik. "Pihak penerbit sudah berjumpa dengan Darren Criss dan menawarkannya untuk menjadi pengacara, tetapi dia menolak tawaran itu dengan alasan dia tidak yakin dapat memberikan sepenuh komitmen untuk tugas tersebut," ujar salah seorang kru produksi X Factor kepada E!News. Aktor yang memegang watak sebagai Blaine Anderson dalam Glee itu baru sahaja selesai menjalani pementasan teater muzikal berjudul How To Succeed In Business Without Really Trying dan akan terbabit pula dengan penggambaran filem berjudul Imogene bergandingan dengan aktres Kristen Wiig dan Annette Bening. Sementara itu, penerbit X Factor, Simon Cowell pula masih berusaha untuk mencari calon pengacara yang sesuai. Malah, dia menyatakan bersedia untuk memberikan tawaran kepada mana-mana individu, meskipun calon tersebut tidak memiliki sebarang pengalaman sebagai pengacara. | |||
| Posted: 20 Mar 2012 06:24 PM PDT
BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh dalam serangan bom kereta dan letupan bom tepi jalan di beberapa buah bandar di Iraq semalam, kata polis dan sumber hospital. Seorang jurucakap Jabatan Kesihatan Karbala, Jamal Mahdi berkata, serangan tersebut melibatkan letupan berkembar di bandar suci puak Syiah itu yang meragut nyawa 13 orang manakala 48 lagi mangsa cedera. "Letupan kedua menyebabkan kemusnahan paling besar. Saya melihat anggota badan manusia, jari dan tangan bertaburan di atas jalan," kata seorang pemilik kedai berusia 23 tahun, Murtadha Ali Kadhim. "Pasukan keselamatan pula tidak bijak kerana berkumpul di tapak letupan tanpa memikirkan bahawa letupan kedua akan berlaku. Mereka turut menjadi sasaran serangan," tambahnya. Pasukan keselamatan kerap dijadikan sasaran serangan bom dan tembakan yang berlaku pada setiap hari di Iraq. Walaupun keganasan di Iraq telah berkurangan, para pemberontak dan militia Syiah masih berupaya melancarkan serangan di negara Asia Barat itu. Di Kirkuk, utara Iraq, satu letupan bom kereta berhampiran sebuah ibu pejabat polis telah menyebabkan sembilan orang terbunuh manakala 42 lagi mangsa cedera. Dalam kejadian di sini, seramai empat orang maut manakala 11 lagi cedera apabila sebuah kereta berisi bom meletup di luar sebuah bangunan pentadbiran tempatan. Siri keganasan terbaharu itu berlaku menjelang sidang kemuncak Liga Arab yang dijadualkan diadakan di sini pada minggu depan. | |||
| Posted: 20 Mar 2012 06:23 PM PDT ![]() RAIN (kiri) dan Ji Hoon-kim menjadi pengacara pada konsert bagi meraikan persahabatan antara Vietnam dan Korea Selatan di Hanoi kelmarin. HANOI, Vietnam - Penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain menjadi pengacara pada satu konsert yang diadakan di sini kelmarin. Dia menjadi pengacara bersama seorang lagi pelakon terkenal Korea Selatan, Ji Hoon-kim pada konsert bagi meraikan persahabatan antara negara mereka dengan Vietnam. Rain dan Hoon-kim memakai pakaian seragam tentera semasa mereka menjadi pengacara. Rombongan persembahan yang dianggotai Rain itu terdiri daripada 58 anggota orkestra tentera dan 17 pemuzik tradisional. Rain kini menjalani latihan ketenteraan selama 22 bulan. Dia berkhidmat dengan Jabatan Perhubungan Awam, Kementerian Pertahanan Korea Selatan. Ketika berada di Vietnam, Rain dan Hoon-kim turut membuat persembahan di beberapa buah pusat pengajian tinggi tentera dan kebudayaan di sini. Dia memulakan perkhidmatan tentera pada Oktober tahun lalu. Perkhidmatannya dijangka berakhir pada 10 Julai 2013. Rain membuat persembahan di Vietnam buat kali pertama pada tahun 2006. | |||
| Kutcher bakal jadi pelancong angkasa lepas Posted: 20 Mar 2012 06:22 PM PDT ![]() GAMBAR fail menunjukkan kapal angkasa Virgin Galactic dikerumuni orang ramai di Terminal Spaceport America di Upham, New Mexico pada 22 Oktober lalu. ALBUQUERQUE, New Mexico - Bilionair Britain, Richard Branson menyatakan aktor Ashton Kutcher menjadi pelanggannya yang ke-500 yang bakal berlepas ke angkasa lepas. Branson membuat pengumuman itu dalam blognya kelmarin. Kutcher akan menaiki kapal angkasa Virgin Galactic milik Branson. Branson menghubungi Kutcher, 34, bagi mengucapkan tahniah dan menyatakan aktor tersebut berasa seronok kerana menjadi antara kumpulan pertama pelancong yang menaiki kapal angkasa Virgin Galactic mengelilingi orbit bumi. Virgin Galactic kini berada pada peringkat terakhir ujian penerbangan. Kapal angkasa itu akan memulakan penerbangan dari Terminal Spaceport America yang dibina di sebuah gurun di Upham, New Mexico. Virgin Galactic merancang memulakan penerbangan komersial pada tahun 2013. Branson menyatakan dia dan anak-anaknya merancang untuk menyertai penerbangan pertama ke angkasa lepas itu. | |||
| Sostis jadi penghuni tunggal di Pulau Palaia Kameni Posted: 20 Mar 2012 06:21 PM PDT ![]() RUMAH yang didiami Sostis di Pulau Palaia Kameni, Greece. PALAIA KAMENI, Greece - Seorang bekas pelaut berusia 60 tahun menjadi penghuni tunggal di pulau ini yang terletak di Laut Aegean, perairan Greece. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Sostis tinggal di pulau gunung berapi itu bersama anjing peliharaannya. Dia akan menggunakan sebuah bot untuk menangkap ikan selain mengunjungi sebuah gereja di pulau itu. | |||
| Hotel di China persenda askar Jepun di dalam tandas Posted: 20 Mar 2012 06:19 PM PDT ![]() BEBERAPA mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya kelihatan seperti mulut seorang askar Jepun sedang ternganga di sebuah hotel di Harbin, China. HARBIN - Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai bentuk seperti mulut seorang askar Jepun yang sedang ternganga. Gambar mangkuk di dalam tandas itu pernah disiarkan di laman web Weibo di China. Hubungan antara Beijing dengan Tokyo kerap tegang berhubung perbalahan tentang pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur. | |||
| Populariti tengkolok Dendam Tak Sudah Posted: 20 Mar 2012 06:17 PM PDT
TANJAK, tengkolok atau destar merupakan penutup kepala tradisional lelaki Melayu yang berkait rapat dengan istana, kepahlawanan atau sinonim dengan adat istiadat bangsa Melayu. Lazimnya, ketiga-tiga penutup kepala itu dipakai bersama baju Melayu yang dilengkapi kain samping, keris dan capal. Pada zaman dahulu, tanjak, tengkolok dan destar dipakai oleh golongan yang berbeza-beza dan mengikut status meskipun fungsi utamanya menutup kepala untuk aspek keselamatan serta tampil kemas. Misalnya, golongan petani sentiasa memakai destar sewaktu bekerja kerana ingin melindungi kepala daripada panas terik. Segelintir pihak menyifatkan tanjak biasanya digunakan oleh golongan berpangkat tinggi dan pertengahan seperti laksamana serta bendahara. "Daripada hasil pembacaan saya dapati sultan, raja, pembesar negara dan golongan bangsawan lebih cenderung memakai tengkolok yang diperbuat daripada kain berkualiti dari China dan India. Sementara itu, golongan bawahan pula seperti hulubalang dan rakyat jelata menyarungkan destar. "Lagipun ikatan ketiga-tiga penutup kepala ini juga berbeza. Jika diperhatikan dengan teliti tengkolok dan tanjak mempunyai ciri lilitan dan lipatan yang hampir sama. Destar pula lebih kepada kain pengikat kepala tanpa perlu dijahit," terang pembuat tengkolok Mohd. Yatim Mustaffa, 34, ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah. Tambah Yatim sambil menggosok kain samping songket untuk dijadikan tengkolok, bagaimanapun kini antara destar, tanjak dan tengkolok tiada lagi perbezaan yang ketara. Untuk adat istiadat diraja Cuma tengkolok sinonim dalam kalangan raja-raja Melayu dan kerabat diraja. Masyarakat biasa pula hanya mengenakan tengkolok pada majlis perkahwinan dan ketika menghadiri majlis adat istiadat yang melibatkan raja. ![]() KOLEKSI tengkolok hasil kreativiti Yatim yang diperbuat daripada kain songket pelbagai warna serta corak. Bicara lanjut bekas penuntut teknologi fabrik dan jahitan di Giat Mara, Kedah itu, tengkolok terdiri dalam bermacam-macam jenis namun, tengkolok koleksi Dendam Tak Sudah paling popular dan digemari ramai. Bukan saja cara pembuatannya mudah, malah ia selesa untuk digayakan serta rekaannya yang ringkas. "Tahun 1998 merupakan fasa baharu dalam hidup saya apabila menceburkan diri dalam bidang pembuatan tengkolok. Padahal, saya langsung tidak memiliki pendidikan secara formal membuat tengkolok. Namun, dek minat mendalam dan tertarik dengan seni rekaan penutup kepala ini, saya berusaha mencari guru yang arif. "Malangnya, saya gagal bertemu golongan yang pakar membuat tengkolok sehingga saya terpaksa belajar sendiri. Peringkat permulaan saya membeli sebiji tengkolok Dendam Tak Sudah yang berharga RM40. Saya buka satu persatu ikatan dan melipatnya semula sehingga mahir," jelas Yatim yang kini turut mengusahakan jahitan tengkolok dan pakaian pengantin bersama isterinya, Mariah Shahban, 31. Hampir 15 tahun berkecimpung dalam bidang itu, Yatim yang suka bereksperimen dengan bermacam-macam lilitan dan lipatan gemar membuat tengkolok pada pukul 11 malam ke atas. Tutur bapa kepada empat cahaya mata itu, suasana malam yang tenang menjadikannya lebih fokus memikirkan konsep rekaan tengkolok yang menarik dan unik. Dia akan duduk di depan cermin sambil meletakkan kain batik atau kain songket di kepala. Kemudian dengan perlahan-lahan, jari-jemarinya mula membentuk konsep tengkolok yang ditempah atau mengikut cita rasanya sendiri. "Biasanya idea rekaan tengkolok inspirasi daripada flora dan fauna. Dari segi fabrik pula saya gunakan songket kain samping yang dibeli dari Pekan Rabu, Kedah atau Pulau Pinang. Bagi sehelai kain samping boleh menghasilkan dua biji tengkolok. "Harga tengkolok pula bergantung pada kualiti dan rekaan lilitan. Jenis kain yang murah dijual pada harga antara RM60 hingga RM90, manakala tengkolok daripada kain berkualiti bermula RM400 ke atas," jelas Yatim sambil menunjukkan tengkolok konsep ayam teleng, gagak di rimba dan solek ketam batu iaitu tengkolok Kelantan. Akuinya, tengkolok solek ketam antara tengkolok yang paling sukar dihasilkan kerana lipatannya sangat rumit. Kongsi Yatim lagi, menyentuh mengenai tempahan sambutan yang diterimanya adalah sangat baik terutama ketika musim perkahwinan. Dia yang turut aktif dalam Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah memberitahu, dia pernah bersengkang mata selama tiga hari berturut-turut untuk menyiapkan 150 biji tengkolok. Walau tempoh yang diberikan sangat singkat, tetapi dia melakukan dengan teliti kerana ia dipakai sempena sambutan Jubli Emas Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Selain itu, Yatim yang kini giat menghasilkan 200 tengkolok yang akan dipamerkan di muzium mini tengkolok miliknya, turut menerima tempahan daripada pihak istana, institusi pengajian tinggi (IPT), persatuan silat dan kumpulan kebudayaan. ![]() HARI ini tengkolok juga dijadikan cenderamata dalam kebanyakan majlis. Ikut jejak bapa Dalam pada itu, anak sulung Yatim, Omar Dani, 9, sudah menunjukkan minat pada bidang menghasilkan tengkolok. Acap kali selesai menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran, Omar akan meluangkan masa membantu Yatim menyiapkan koleksi tengkolok. "Biasanya saya membantu ayah membuat tengkolok cenderamata yang bersaiz tapak tangan. Setakat ini, saya hanya mahir melipat atau menghias tengkolok saiz kecil dan sedang belajar sebelum melangkah ke fasa yang seterusnya," terang Omar yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru, Alor Setar. Omar yang bercita-cita menjadi polis memberitahu dia sentiasa memegang pesanan ayahnya yang berbunyi, 'jika tengkolok diabaikan maka tidak mustahil suatu hari nanti identiti Melayu ini akan pupus'. Signatur bangsa Melayu Sementara itu, anak muda bernama Farabi Sheikh Said Al Jabri, 29, mengakui bertuah kerana berpeluang memakai tengkolok sewaktu menghadiri acara istiadat Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ke-64 di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan. "Sebelum ini dalam kebanyakan majlis formal saya hanya berbaju Melayu lengkap bersongkok atau memakai sut bersama tali leher. Ini disebabkan acara yang dihadiri melibatkan para jemputan dalam kalangan orang kebanyakan saja.
"Tapi, acara ini berbeza kerana ia melibatkan adat istiadat diraja yang memerlukan saya tampil kemas dan sesuai dengan institusi istana. Atas faktor itu, saya memilih untuk berbaju Melayu bersama tengkolok bagi menggantikan songkok," terang Farabi yang dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Bercerita detik manis memakai tengkolok, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu memberitahu, tengkolok kain songket nuansa hitam dan benang warna perak menjadi pilihannya pada hari itu. Ia sepadan apabila digayakan bersama baju Melayu rona putih dan kain samping yang menggabungkan warna hitam, kelabu dan putih. "Bagi saya, tengkolok signatur yang melambangkan semangat dan jati diri bangsa Melayu. Saya berharap penutup kepala tradisional ini dikekalkan supaya setiap generasi baharu mengenali dan menghormati tengkolok. Lagipun tengkolok sinonim dengan kedaulatan raja-raja Melayu yang memayungi rakyat jelata," jelas Farabi. | |||
| Syiling 10 sen boleh jadi RM280 Posted: 20 Mar 2012 06:14 PM PDT
MELIHATKAN ciri fizikal pada sekeping wang syiling 10 sen keluaran tahun 1971, nampak seperti tiada beza dengan syiling-syiling lain. Ia tiada nilai istimewa bagi kebanyakan orang. Bagaimanapun, bagi Lawrence De Souza, syiling yang masih dalam keadaan baik dan tidak pernah diedarkan itu berharga RM280 dan jika kena pada tawaran, harganya boleh meningkat daripada nilai tersebut. Cerita Lawrence, sebelum 1971, wang syiling diproses dan ditempa di kilang luar negara yang terletak di Jerman Barat serta dibuat dalam bilangan yang banyak kerana digunakan untuk Semenanjung Malaysia, Singapura dan Brunei. Pada tahun syiling tersebut dibuat, Singapura telah berpisah dengan Malaysia dan buat pertama kali negara ini mula menempa wang syiling sendiri. "Tahun itu juga telah berlaku bencana banjir besar di Kuala Lumpur sehingga mesin penempa wang syiling itu ditenggelami air dan rosak. Jadi, pada tahun itu, hanya lebih kurang 32,000 keping wang syiling yang sempat dibuat," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur. Angka 32,000 itu boleh dianggap terlalu sedikit berbanding tahun-tahun lain dengan pengeluaran wang syiling mencecah beratus-ratus juta keping bagi setiap jenis syiling. Disebabkan perkara tersebut, syiling 10 sen itu menjadi begitu bernilai sehingga angkanya mencecah ratusan ringgit. Lawrence merupakan ahli numismatik dan notaphilist yang juga ahli Persatuan Numismatik Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 1968. Persatuan Numismatik Malaysia ditubuhkan pada tahun 1968 bagi mempromosi hobi mengumpul mata wang kertas, syiling dan syiling peringatan. Antara kegiatan yang dijalankan adalah menjalankan sesi lelongan dan jualan mata wang selain memberi panduan mengenai kaedah yang betul untuk menjadi seorang pengumpul mata wang (numismalist). Persatuan tersebut akan menjalankan sebuah acara lelongan wang kertas dan syiling pada pukul 9.30 pagi pada 25 Mac ini di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Bagi acara lelong itu, hanya ahli persatuan dibenarkan untuk menyertainya. Bagaimanapun, untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak menjadi pengumpul mata wang, gerai-gerai jualan wang akan disediakan. Mengumpul wang kertas dan syiling merupakan satu hobi yang sangat menguntungkan. Namun, pada masa yang sama, seseorang itu perlu mempunyai ilmu supaya tidak ditipu. Sebagai contoh, jika sekeping wang kertas baharu yang mempunyai nilai kerana susah untuk ditemui boleh jatuh harga lebih 50 peratus sebaik saja ia dilipat. Wang dicuci Dalam kes lain, pengumpul mata wang tertipu dengan penjual yang mendakwa wang tersebut masih dalam keadaan asal kerana kononnya tidak pernah diedar, sedangkan penjual itu telah mencuci duit tersebut terlebih dahulu. "Mengumpul mata wang memerlukan ilmu dan terdapat pelbagai kaedah untuk menilai sekeping wang kertas atau syiling," katanya yang berumur akhir 50-an. Terdapat banyak cara untuk mengumpul mata wang dan semestinya setiap kaedah itu memberi nilai yang berlipat kali ganda berbanding nilai asal. Antara yang bernilai tinggi ialah wang kertas RM1 dengan tandatangan Gabenor Bank Negara terdahulu iaitu Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman. Bilangan not kertas itu terlalu sedikit. Sementara itu, ada juga pengumpul yang menyimpan mengikut satu set wang berdasarkan urutan nombor siri. Ada pula yang lain akan mengumpul mata wang peringatan dan meneliti perubahan ejaan serta keadaan wang tersebut. Seorang lagi ahli numismatik, Dickson Niew, 50, berkata, nilai wang juga boleh memberitahu sejarah sesuatu tempat. Dia memiliki satu set wang timah yang dikeluarkan ketika zaman pemerintahan Kesultanan Johor sekitar abad ke-16. Di Johor, wang timah dikenali sebagai katun yang berbeza dengan wang kupang yang diperbuat daripada emas. Wang tersebut dijumpai di Tanjung Pinang, Indonesia kerana tempat tersebut pernah menjadi pusat perdagangan dan semua mata wang diterima dalam urus niaga ketika itu. "Tetapi, bukan semua wang lama mempunyai nilai tinggi. Terdapat sekeping wang syiling China yang berusia 2,000 tahun. Ia tidak mempunyai nilai kerana bilangannya terlalu banyak," kata Dickson memberi nasihat dalam bidang numistik itu. | |||
| Posted: 20 Mar 2012 06:11 PM PDT ![]() PENGUNJUNG cilik sambutan 100 tahun Oreo meniup lilin kek khas di padang Astaka. BELON udara panas berwarna biru terang kelihatan berlegar di ruang udara. Dengan memaparkan biskut Oreo dan perkataan ulang tahun ke-100 menggamit perhatian orang ramai yang berada di sekitar Petaling Jaya, Selangor. Senario tersebut merupakan salah satu tarikan dan aktiviti menarik ditawarkan kepada orang ramai sempena sambutan ulang tahun ke-100 biskut Oreo di padang Astaka, Petaling Jaya pada 11 Mac lalu. Pengarah Urusan Kraft Foods Malaysia, Sunil Sethi, berkata, program yang diadakan merupakan permulaan sambutan sepanjang tahun untuk meraikan jenama Oreo. Sejak tahun 1912, sebanyak 500 bilion biskut Oreo telah dinikmati oleh orang ramai. "Kejayaan dikecapi pada hari ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan. Sambutan ulang tahun Oreo ke-100 sangat simbolik dalam mengetengahkan perasaan kasih sayang dan saling mencintai yang digalakkan antara konsumer serta peminat Oreo selama ini. "Bahkan, aksi putar, jilat dan celup (TLD) telah menjadi sebahagian daripada saat-saat bahagia antara ahli keluarga apabila menikmati biskut Oreo," katanya dalam satu kenyataan akhbar. Sunil memberitahu, lebih banyak acara akan dianjurkan sepanjang tahun ini untuk meraikan tahun yang amat istimewa bersama rakyat Malaysia. Katanya, Oreo telah membawa banyak detik gembira kepada keluarga di seluruh dunia sepanjang 100 tahun ini. "Sebagai biskut kegemaran dunia, Oreo bukan sahaja enak dinikmati, malah aksi TLD turut memainkan peranan besar semasa zaman kanak-kanak peminat biskut ini. "Cara menikmati Oreo yang unik ini berjaya menjalinkan hubungan mesra antara ibu bapa dan anak-anak sekali gus melahirkan memori bahagia kepada mereka," katanya. Sambutan tersebut merupakan sebahagian daripada perayaan ulang tahun Oreo yang diraikan di 20 buah negara seluruh dunia. Antara aktiviti menarik diadakan di seluruh dunia termasuk parti hari jadi di tujuh buah bandar di Amerika Syarikat dan lawatan bas istimewa di 100 bandar di China. Tidak ketinggalan Indonesia yang mengadakan taman permainan gergasi, upacara memotong kek terbesar dunia di Arab Saudi dan perayaan memukul 100 pinata secara besar-besaran di Venezuela. | |||
| Tomok Muntah Darah Tolak Tuduhan Disantau Posted: 20 Mar 2012 05:14 AM PDT TomokPETALING JAYA: Penyanyi Tomok yang mengalami muntah darah pada malam Isnin menolak dakwaan yang mengaitkan kejadian itu dengan perbuatan santau atau simptom penyakit kronik. Sebaliknya, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, berkata dia muntah darah mungkin disebabkan oleh faktor tersalah makan. "Saya harap apa yang terjadi (muntah darah) bukan sesuatu yang serius atau memudaratkan. Saya tidak nafikan ada juga terfikir kemungkinan isu disantau atau simptom penyakit kronik. "Memandangkan saya hanya muntah sekali, insyaAllah ia bukan perkara yang serius," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa. Ditanya tidakkah dia mendapatkan rawatan di hospital susulan kejadian itu, pelakon yang bakal muncul dengan filem Mantera itu berkata, keadaannya kini beransur baik selepas mengambil ubat. "Saya tak nafikan muntah darah agak banyak pada malam semalam (Isnin) tetapi ia hanya berlaku sekali sahaja. "Selepas saya mengambil ubat, alhamdulillah keadaan sudah baik pada pagi ini. Kalau berlarutan tentu saya pergi hospital," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



























0 ulasan:
Catat Ulasan