RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Hanez Suraya Tepis Gosip Bercinta Dengan Syed Ali

Posted: 21 Mar 2012 10:19 PM PDT

Hanez Suraya menafikan dakwaan dia sedang bercinta dengan pelakon Syed Ali.

PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri 3 Janji, Hanez Suraya menolak dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Syed Ali.

Hanez, 27, berkata, dia tidak pernah mengenali pelakon itu secara peribadi mahupun bekerja dengannya dalam sesebuah produksi.

"Saya akui pernah berjumpa dengannya di majlis-majlis hiburan tetapi tidak mengenalinya secara peribadi. Khabar angin itu adalah mengarut sama sekali," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Tambah Hanez Suraya, dia kini masih solo dan tidak terfikir untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki sebaliknya ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya lakonan yang sedang meningkat.

"Rasanya soal cinta biarlah dulu kerana saya sibuk di lokasi penggambaran beberapa buah drama dan ingin memantapkan dahulu karier saya sebagai pelakon," katanya.

Dalam pada itu, Hanez berkata, dia ingin mempelbagaikan wataknya sebagai pelakon dan tidak hanya terikat dengan peranan antagonis dalam sesebuah drama.

Dia juga tidak mahu dikenali dengan sesuatu watak sahaja sebaliknya ingin memvariasikan kebolehannya sebagai pelakon supaya penonton tidak berasa jemu.

"Rasanya dah terlalu banyak watak 'jahat' yang saya terima dan sudah tiba masanya untuk keluar daripada kepompong itu supaya penonton tidak jemu.

Syed Ali.

"Kalau boleh saya ingin mencuba watak seperti gadis baik, perempuan malang yang boleh memberikan impak kepada penonton," ujarnya.

Hanez yang pernah popular menerusi drama bersiri Bunga April dan Pelangi Kasih bagaimanapun memberitahu dia teringin untuk berlakon filem tidak mahu terburu-buru mengejar semua tawaran yang datang.

"Saya ada terima tawaran tetapi buat masa ini ingin menumpukan kepada telefilem dan drama bersiri kerana takut tidak dapat beri komitmen kepada jadual penggambaran filem. Insya-Allah suatu hari nanti pasti akan dapat juga berlakon dalam filem," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hanez berkata, selain 3 Janji, dia juga bakal muncul dengan telefilem berjudul Bimbo untuk siaran Astro Ria selain Hidayah Cintaku (RTM) dan Suri (TV3).

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam drama 3 Janji arahan Heykal Hanifah, dia berasa selesa dan menyifatkan pengarah tersebut sebagai seorang yang sangat cool walaupun baru pertama kali berlakon bawah arahannya.

"Bekerja dengan Heykal sangat seronok dan sudah lama saya memang memasang niat untuk bekerja dibawah arahannya dan 3 Janji adalah kerjasama pertama kami.

"Dia juga banyak membantu para pelakon dalam menghidupkan sesuatu watak selain memberikan pelakon kelonggaran dalam menyumbang idea bagi memperbaiki sesuatu babak itu," ujarnya.

Selain Hanez, 3 Janji turut menampilkan pelakon seperti Liyana Jasmay, Shahrizal Jazsle, Ainina Ahmad B, Roy Azman, Shah Iskandar dan Ana Dahlia.

Drama 13 episod itu sudah pun menemui penonton bermula 21 Mac lalu dalam slot Lestary setiap Selasa pukul 9 malam di TV3.

Liyana pilih bekas senior sekolah

Posted: 21 Mar 2012 10:18 PM PDT

pix_middle

JATUH cinta pandang pertama!. Itulah yang dapat digambarkan mengenai kisah cinta aktres terkenal Liyana Jasmay dengan bakal suaminya, ahli perniagaan muda, Fathudin Mazlan, 28.

Siapa sangka perkenalan singkat selama dua bulan membuahkan bibit cinta sejati hingga Liyana dan Fathudin sepakat untuk mengakhiri hubungan mereka ke jenjang pelamin pada Januari depan.

  • Foto

    SERASI...Liyana dan Shahrizal Jaszle bercinta dalam 3 Janji.

  • Foto

"Sebenarnya, kami sudah kenal lama kerana dia jiran yang tinggal berdekatan dengan kediaman keluarga saya di Kemensah.

"Kakak saya juga berkawan dengan kakaknya dan dia digelar 'Eligible Bachelor' di kawasan perumahan kami kerana masih bujang. Saya kenal Fathudin kerana dia bekas senior sekolah tinggi saya, tapi dia tidak kenal saya pun kerana saya 'budak comot' di sekolah saya apatah lagi pembabitan saya dalam bidang seni."Namun, sejak kami berkawan, barulah Fathudin tahu saya artis. Dia kini selalu menonton drama dan filem lakonan saya," katanya.Bercerita lanjut mengenai majlis merisiknya, kata Liyana dengan wajah yang berseri-seri, Fathudin datang ke rumah keluarganya untuk menghantar cincin pada Januari lalu. Manakala, majlis pertunangan mereka akan berlangsung jam 8 malam tanggal 28 Mac ini di kediaman keluarganya di Tropika Kemensah, Hulu Klang.

"Pada mulanya, ibu bapa memang minta saya berfikir panjang sebelum buat keputusan nak berkahwin dengan Fathudin kerana kami baru berkawan dua bulan. Bapa saya juga kenal dengan keluarga Fathudin kerana kami tinggal berjiran.

"Bagaimanapun, selepas ibu bapa saya melihat dia pandai mengambil hati keluarga saya, barulah mereka dapat menerimanya dalam keluarga kami sekali gus merestui hubungan kami. Begitu juga keluarganya.

"Saya juga tidak mahu bertunang lama-lama kerana perkara yang baik seperti mendirikan masjid ini lebih baik dipercepatkan," katanya.

Liyana ditemui pada sesi ramah mesra bersama pelakon drama bersiri 3 Janji arahan Heykal Hanifah untuk Slot Lestary TV3 di Sri Pentas, baru-baru ini.

Berkongsi persiapan majlis pertunangannya, kata Liyana, semuanya berjalan lancar seperti direncanakan setakat ini.

"Semua urusan majlis pertunangan diuruskan mama dan dua kakak. Saya akan mengenakan baju warna putih rekaan Rizman Ruzaini dan solekan pula oleh Tiar Zainal.

"Konsep majlis pertunangan bertemakan taman Inggeris kerana saya memang sukakan konsep sedemikian. Saya juga turut mengundang pihak media untuk membuat liputan majlis pertunangan kami nanti.

"Manakala, majlis pernikahan dan resepsi kami dijangka berlangsung pada Januari depan. Buat masa ini, kami belum tetapkan tarikh, lokasi dan wang hantaran lagi kerana saya serahkan pada keluarga untuk memutuskannya," katanya.

Ditanya kriteria yang ada pada Fathudin sehingga membuat hatinya terbuka untuk menerima jejaka itu menjadi suaminya.

"Fathudin seorang yang manis, lucu dan cukup memahami. Pada mulanya, saya sangka jejaka kolar putih sepertinya poyo, tetapi dia pula sebaliknya.

"Saya pun tak sangka akan berkahwin dengan jejaka yang berimej kemas sepertinya kerana sejak dulu saya suka berkawan dengan lelaki yang selekeh dan imej rock.

"Ternyata, semuanya sudah ketentuan Tuhan. Memang perkenalan kami singkat, tetapi saya sudah bersedia untuk berkahwin dan biarlah kami bercinta selepas kahwin," katanya.

Walaupun sibuk dengan urusan syarikat produksinya, Mermaid Studios dan aktiviti seni, Liyana tetap luangkan masa dengan bakal suaminya setiap kali mereka ada kelapangan.

"Kami sudah dua minggu tidak berjumpa kerana Fathudin menguruskan bisnesnya di Sabah. Kami juga saling berhubung dan tetap cari masa untuk 'berdating' bagi mengenali hati budi masing-masing. Kami juga harapkan yang terbaik dalam hubungan ini," katanya.



Liyana sambung belajar di New York Julai ini

WALAUPUN bakal bergelar isteri tidak lama lagi, Liyana tetap tidak melupakan cita-citanya untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru, Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22 dan Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 ini memilih untuk menghadiri kursus jangka pendek selama enam bulan dalam jurusan penulisan skrip dan pengarahan di New York Film & Academy, New York bermula Julai ini.

"Pada mulanya, bapa berat hati untuk membenarkan saya ke New York kerana penerbangan yang jauh dan mengambil masa panjang tetapi selepas mama setuju untuk menemani sepanjang enam bulan di sana, barulah dia memberi kebenaran.

"Saya pun tak berani tinggal sendirian di New York kalau tanpa mama di sisi. Fathudin pun tidak menghalang hasrat saya nak belajar aspek filem itu kerana dia pun tahu dengan minat saya itu dan pada masa sama, dia juga lulusan dari luar negara," katanya.

Ditanya kenapa dia memilih kota New York, kata Liyana, negara itu mempunyai semua peralatan dan kemudahan yang terbaik untuk pembikinan sesebuah filem.

"Pada mulanya, saya bercadang nak belajar di London kerana ada kawan rapat yang belajar di sana tetapi akhirnya saya pilih New York, sebuah bandar yang 'hidup'," katanya.



Trivia Liyana

  • Haiwan yang paling ditakuti
    Tikus

  • Sifat lelaki yang paling dibenci
    Penipu

  • Kereta mewah idaman
    Audi TT warna putih

  • Impian perkahwinan
    Perkahwinan di tepi pantai

  • Destinasi bulan madu
    Pantai peranginan di Pulau Maldives

  • Aktres Hollywood idola
    Angelina Jolie

  • n Aset nak dibeli
    Rumah
  • Cuba perdaya pura-pura pitam

    Posted: 21 Mar 2012 09:54 PM PDT

    SOAL...anggota polis menyoal GRO yang ditahan dalam Ops Noda awal pagi semalam.
    SOAL...anggota polis menyoal GRO yang ditahan dalam Ops Noda awal pagi semalam.

    SUNGAI BESAR: Tiga remaja perempuan yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia bawah umur membabitkan dua orang berusia 16 dan seorang lagi berusia 15 tahun diselamatkan dalam Ops Noda dijalankan Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Bunga Orkid, di sini, awal pagi semalam.

    Selain itu, 24 lagi wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) turut ditahan dalam serbuan itu.


    Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi diketuai Superintendan Amir Rasid Derani dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman membabitkan 16 anggota itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dipercayai ejen wanita berkenaan.

    Ketika dibawa ke trak polis untuk siasatan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, seorang daripada GRO berpura-pura pengsan dipercayai untuk meraih simpati, namun dia segera bangun apabila menyedari taktik itu gagal.


    Sementara itu, Amir Rasid ketika ditemui selepas serbuan berakhir, berkata pihaknya menjalankan risikan dan pemantauan selama empat hari mendapati premis itu menggajikan remaja bawah umur sebelum menjalankan serbuan.


    "Kami sangat serius menangani pemerdagangan orang terutama membabitkan remaja bawah umur yang dipergunakan untuk tujuan tidak bermoral."Ketika serbuan, remaja bawah umur berkenaan asyik melayan pelanggan dengan menuangkan minuman keras di satu daripada 16 bilik yang terdapat di premis dua tingkat itu.


    "Siasatan awal mendapati dipercayai remaja warga Vietnam itu turut dijadikan pemuas nafsu pelanggan termasuk dilacurkan. Manakala seramai 23 lagi wanita Vietnam dan seorang Thailand berusia 20-an juga ditahan," katanya selepas operasi semalam.Menurutnya, siasatan mendapati rata-rata pelanggan terdiri daripada golongan nelayan dan peladang tempatan yang mahu melanggani GRO di premis itu perlu membayar RM40 sejam, GRO terbabit akan mendapat RM3 ekstra bagi setiap jag minuman keras dipesan.


    Katanya, secara kasar pendapatan GRO berkenaan dalam anggaran RM2,000 sebulan.


    Menurutnya, serbuan bersama D7 IPD Sabak Bernam turut merampas wang tunai berjumlah RM4,718.


    "Untuk tiga mangsa bawah umur yang diselamatkan siasatan dilakukan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang (Atip). Mangsa itu akan dibawa ke Rumah Perlindungan Bukit Ledang di Jalan Travers, Kuala Lumpur.


    "Semua GRO yang ditahan itu dibawa ke IPD Sabak Bernam untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Peraturan-Peraturan Imigresen.


    "Enam warga tempatan iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan berusia 20-an hingga 40-an dipercayai penjaga premis turut ditahan berikutan melindungi dan pekerja asing tanpa permit," katanya.


    Menurutnya, pihaknya mendapati warga asing tinggal berdekatan premis dan siasatan turut menjurus kepada sindiket pemerdagangan orang untuk tujuan tidak bermoral.

    Tong gas teringan

    Posted: 21 Mar 2012 09:53 PM PDT

    HANYA 4.7KG...model mengangkat silinder yang diperbuat daripada komposit berkualiti.
    HANYA 4.7KG...model mengangkat silinder yang diperbuat daripada komposit berkualiti.

    FAIDHI Holdings Sdn Bhd (Faidhi Holdings), syarikat tempatan pertama yang mengeluarkan silinder gas LPG komposit akan memasarkan sejumlah 500,000 unit keluaran produk berkenaan menjelang awal tahun depan.

    Presidennya, Abu Talib Abu berkata, pengeluaran silinder gas LPG berkenaan akan dilakukan di kilang berkapasiti rendah seluas 20.2 hektar di Pulau Carey, Selangor dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan lagi.


    "Keluaran pertama hanya akan dipasarkan di sekitar Lembah Klang, memandangkan kapasiti pengeluaran yang terhad di kilang berkenaan iaitu 50,000 unit sebulan dan kami menjangkakan pasaran akan dikembangkan selepas kilang kedua yang berkapasiti tinggi beroperasi mulai tahun depan.

    "Kilang berkapasiti tinggi ini mampu menghasilkan tiga juta silinder gas LPG komposit setahun dan mampu memenuhi keperluan pengguna di seluruh negara," katanya pada sidang media selepas pelancaran Silinder gas LPG Komposit 1Malaysia yang diperbuat daripada gentian kaca di Putrajaya, semalam.


    Pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Naib Presiden Faidhi Holdings, Hasrul Hisham Kassim dan Pengarahnya, Mohd Faidhi Fareez Abu Talib.


    Pada majlis itu, Faidhi Holdings turut menandatangani perjanjian persefahaman dengan Perfect Illusion Corp Sdn Bhd, yang dilantik sebagai pengedar utama silinder berkenaan di Lembah Klang dan Putrajaya.Selain itu, syarikat berkenaan menandatangani perjanjian dengan syarikat dari Korea, Creative Engineering Service Company Limited untuk membangunkan kilang pengeluaran di negara ini.


    Abu Talib berkata, kilang berkapasiti rendah dibina dengan kos antara RM25 juta hingga RM30 juta termasuk modal pusingan, sementara kos pembinaan kilang berkapasiti tinggi mencecah RM300 juta kerana ia menggunakan teknologi tinggi.Menurutnya, harga yang ditawarkan syarikat berkenaan lebih murah berbanding produk sedia ada di pasaran ketika ini, namun kos sebenar akan ditentukan kelak selepas mengadakan perbincangan dengan KPDNKK.


    Katanya, pengeluaran produk berkenaan dihasilkan menerusi pemberian geran berjumlah RM800,000 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), selain dana permulaan perniagaan sebanyak RM5 juta daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).


    "Kami sudah memulakan kajian dan penyelidikan sejak 2005 sebelum menghasilkan prototaip pertama dan sebanyak RM3.3 juta sudah dilaburkan untuk tujuan itu.


    "Peruntukan yang besar diperlukan untuk menghasilkan produk berkualiti dengan harga berpatutan," katanya.


    Silinder gas LPG komposit keluaran Faidhi Holdings yang direka khas anak tempatan hanya seberat 4.7 kilogram (kg) dan sesuai untuk digunakan sama ada di rumah, aktiviti riadah atau industri.


    Lebih penting, ia turut dilengkapi ciri keselamatan dengan setiap silinder dipasang cip pintar bagi mengelakkan ia diseludup.


    Silinder ini menggunakan komposit sebagai bahan asas yang diiktiraf sebagai bahan pembuatan yang dipercayai dari segi kualiti dan keselamatannya.

    Fikir sebelum ubah bentuk

    Posted: 21 Mar 2012 09:50 PM PDT

    GAMBAR KANAN...bibir tidak sepatutnya mencebik dalam keadaan normal.
    GAMBAR KANAN...bibir tidak sepatutnya mencebik dalam keadaan normal.

    WAH! Seksinya bibir wanita itu. Macam Angelina Jolie. Tapi mengapa penampilannya begitu berbeza, bibirnya semakin seksi dan tebal. Adakah dia melakukan rawatan bibir?

    Mungkin ini antara andaian yang sering diberikan kepada wanita yang memiliki bibir tebal, penuh dan seksi. Antaranya melakukan rawatan dan suntikan bibir.

    • Foto

      JAGA BIBIR...Sara sentiasa memastikan wajah dalam keadaan segar dan sihat.

    • Foto

      JENIS BIBIR...wanita memiliki bibir tebal di bahagian tengah manakala lelaki lebih nipis.

    • Foto

      JENIS BIBIR...wanita memiliki bibir tebal di bahagian tengah manakala lelaki lebih nipis.

    Namun persoalannya, benarkah semua wanita yang memiliki bibir tebal dan penuh melakukan suntikan pada bibir atau dia benar-benar memiliki bibir semula jadi?

    Jika dulu wanita yang mempunyai bibir tebal dianggap memalukan tetapi kini penilaian masyarakat terhadap makna kecantikan itu turut berubah. Jika tidak masakan ada yang sanggup melakukan rawatan wajah termasuk bibir semata-mata mendapatkan bibir seperti Angelina Jolie atau melakukan teknik solekan bibir yang mampu menyerlah penampilan misalnya menerusi rona terang merah saga yang mampu menyuntik penampilan segar dan memukau.Di Barat, artis dan bintang Hollywood yang memiliki kelebihan pada wajah sudah pasti menjadi tarikan media. Buktinya siapa yang tidak mengenali pembawa watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider yang memiliki bentuk bibir seksi dan tebal?Sehingga kini, istilah bibir seksi masih kekal di tangan Angelina Jolie yang berusia 37 tahun. Biarpun kehadiran ramai pendatang baru, ibu kepada tiga anak kandung dan tiga anak angkat itu tetap berada di tangga teratas.

    Menurut pakar estetik dan pemilik Klinik Thalia, Dr Shaharom Sulaiman, kajian pernah dilakukan mengenai sifat yang membezakan antara lelaki dan wanita sama ada lebih feminin (wanita) atau maskulin (lelaki).

    "Ciri-ciri yang menampakkan wanita lebih feminin apabila dia memiliki mata yang lebih besar, hidung lebih kecil, dagu runcing, kening tinggi serta bibir yang tebal. Bagi lelaki pula, ciri-ciri yang menampakkan seseorang itu lebih maskulin adalah bermata kecil, hidung yang agak besar, dagu bersegi, kening yang rendah serta berbibir nipis," katanya.

    Justeru, sebenarnya memiliki bibir yang nipis bukan sifat semula jadi wanita.
    Bibir wanita perlu lebih tebal pada bahagian tengah namun begitu, semakin usia bertambah, bibir menjadi semakin menipis serta menimbulkan banyak kedutan
    di sekitarnya.

    "Ini kerana bibir memiliki kulit yang sangat nipis. Kurangnya jumlah lipid barrier, kelenjar sebaceous dan melanin yang berfungsi sebagai pelindung serta kesan persekitaran dan gaya hidup menyebabkan kulit bibir mudah kehilangan lembapan, kering dan pecah," katanya.

    Menurut Dr Shaharom, dalam bidang kecantikan terdapat pelbagai teknik merawat atau mencantikkan bibir yang boleh dilakukan. Namun ia perlu dilakukan doktor bertauliah dan diiktiraf kerajaan disebabkan prosedur yang selamat dilakukan doktor terlatih di klinik berdaftar.

    "Walaupun proses memilih doktor bertauliah dan diiktiraf agak sukar namun wanita disarankan mendapatkan maklumat yang betul sebelum melakukan rawatan.
    Dengan itu, ketika perbincangan mungkin anda boleh mengagak sama ada doktor itu berpengalaman atau tidak. Dapatkan juga maklumat mengenai teknik rawatan, bahan serta jenama digunakan. Jangan terus tergesa-gesa melakukannya, fikir dulu baik dan buruknya kerana kebanyakan wanita Malaysia terutama Melayu semula jadinya sudah mempunyai bibir yang cantik dan menawan," jelasnya.

    Apa yang berlaku pada masa sekarang, ada sesetengah individu melakukan rawatan di salun kecantikan pada hal bahan yang selamat dan diiktiraf untuk suntikan wajah hanya boleh didapati menerusi doktor pakar plastik atau doktor estetik saja.

    "Dalam hal ini, kesedaran wanita mengenai keselamatan dan pentingnya mendapatkan pakar bertauliah sangat penting. Ini kerana ada sesetengah kes, doktor yang tidak bertauliah menyuntik pelanggan mereka menggunakan minyak bayi saja atau bahan diragui kandungannya seperti silikon. Selain itu, proses suntikan ini juga penting, alat digunakan perlu disteril dan dinyah kuman terlebih dulu," ujarnya.


    Antara teknik rawatan mencantikkan bibir disediakan pakar bertauliah seperti:

    Rawatan menggunakan implan

    Rawatan ini dilakukan pakar bedah plastik terlatih. Prosedurnya dengan memasukkan implan diperbuat daripada silikon lembut ke dalam bibir. Ia adalah prosedur mudah, dengan hanya sekali rawatan bibir dapat membentuk seperti yang diinginkan malah jika tidak suka implan itu boleh ditanggalkan.


    Rawatan menebalkan bibir

    a. Rawatan menebalkan bibir menggunakan filler iaitu pengisian bahan ke dalam bibir menggunakan dua jenis produk sama ada kesan sementara atau kekal. Untuk kesan sementara, bibir disuntik menggunakan asid hyaluronic oleh pakar terlatih namun, ia hanya bertahan sembilan hingga 12 bulan saja dan wanita perlu melakukannya lagi untuk mendapat kesan yang kekal. Harga rawatan sekitar RM1,500 hingga RM3,000 bergantung kepada jenis filler digunakan.

    Kebaikan menggunakan asid hyaluronic adalah mengurangkan reaksi radang dan alahan pada wajah kerana bahan ini sebahagian daripada badan kita. Namun sekiranya bibir yang disuntik ini kelihatan berbeza atau hodoh, doktor boleh menyuntik bahan hyaluronidase untuk mencairkannya atau mereka boleh menanti enam sehingga sembilan bulan iaitu selepas asid hyaluronic diserap oleh badan dan bibir kembali kepada bentuk asal.

    b. Rawatan menebalkan bibir menggunakan lemak pesakit.
    Menerusi teknik ini, doktor menggunakan lemak pesakit dan disuntik pada bibir untuk menampakkan lebih tebal. Rawatan ini mungkin kekal atau mungkin tidak kekal. Ini kerana kadang-kadang lemak diserap oleh badan tetapi adakalanya lemak itu kekal pada bibir. Namun begitu jika bibir ini kelihatan cantik, anda perlu melakukan prosedur ini lagi sekali selepas enam hingga sembilan bulan.


    Suntikan kolagen

    Suntikan bibir menggunakan kolagen mempunyai risiko untuk mengalami masalah radang kulit. Ini kerana kolagen digunakan selalunya berasal dari haiwan. Jika bibir kelihatan hodoh, doktor perlu melakukan sedikit pembedahan untuk mengeluarkannya. Namun begitu jika bibir cantik, ia akan kekal lama dan sebenarnya dalam jangka panjang rawatan ini lebih murah berbanding asid hyaluronic.

    Namun begitu individu yang menghidap kencing manis, sakit jantung, lelah, masalah darah cair atau susah beku, penyakit lupus Erythromatous tidak digalakkan melakukan suntikan kolegan. Ini kerana suntikan ini akan menyebabkan penyakit menjadi lebih serius.

    Begitu juga bagi mereka yang menghadapi masalah tahap kebersihan mulut yang rendah serta herpes bibir dan mulut juga dilarang melakukannya kerana boleh memberi kesan kepada tubuh badan. Bagi pengguna accutane yang melebihi enam bulan juga tidak digalakkan kerana suntikan bibir boleh meningkatkan risiko mendapat parut pada bibir.


    Menurut Dr Shaharom, wanita yang ingin melakukan rawatan bibir diingatkan supaya mematuhi tiga garis panduan bagi memastikan bibir menjadi lebih feminin dan seksi dan bukannya buruk atau hodoh. Antaranya memastikan bibir bawah sentiasa lebih tebal daripada bibir atas. Sekiranya bibir atas sama tebal dengan bibir bawah, bibir akan menjadi seperti bibir ikan manakala sekiranya bibir atas lebih tebal daripada bibir bawah, ia akan kelihatan pelik dan hodoh.

    Secara terperinci, bibir bawah adalah 1.6 kali lebih tebal daripada bibir atas. Secara umumnya, bibir atas sepatutnya kelihatan lebih sedikit ketebalan daripada separuh ketebalan bibir bawah untuk kelihatan semula jadi.

    "Selain itu, bibir tidak sepatutnya kelihatan seperti mencebik apabila dalam keadaan normal. Ia hanya kelihatan mencebik jika anda mencebikkan bibir anda," jelasnya.

    Bagi model profesional Roshayati Rokbi, 30, atau senang dipanggil Sara, dia pernah dikatakan melakukan rawatan menebalkan bibir kerana memiliki bibir yang penuh dan seksi padahal bibir yang dimilikinya semula jadi diwarisi ibu, Hatitah Jalil berketurunan Punjabi.

    "Ketika mula menceburi bidang peragaan saya pernah rasa malu dan rendah diri kerana memiliki bibir yang tebal. Ini kerana kebanyakan agensi peragaan cenderung memilih model berbibir nipis sehingga saya berasa malu berada di sekeliling mereka. Jadi saya memaksa jurusolek mempraktikkan pelbagai teknik solekan agar bentuk bibir yang tebal itu dapat dikecilkan," katanya yang pernah membintangi iklan komersial Sendayu Tinggi, Electrolux, Anmum, Pos Malaysia dan TM Net.

    Namun kini, senario sudah berubah apabila wanita berbibir tebal semakin mendapat perhatian sehinggakan ada segelintir wanita sanggup mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin mendapatkan bibir yang tebal, penuh dan seksi.

    Ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini, sebagai model tubuh badan adalah aset paling berharga justeru dia amat mementingkan kesihatan dan kecantikan bagi memasti�kan tubuh sentiasa dalam keadaan sihat.

    "Setiap hari saya amalkan minum jus buah-buahan seperti epal, lobak merah, strawberi dan oren sama ada dibuat sendiri atau dibeli bagi mendapatkan kulit yang lembap dan sentiasa berseri. Untuk penjagaan bibir, saya menyapu pelembap dan minum banyak air putih bagi mengelakkan bibir kering dan menggelupas.
    Sebelum keluar rumah, saya pastikan bibir sentiasa dilapisi pengilat bibir supaya wajah tampak segar," katanya.

    Sara yang menjadi model sepenuh masa mengakui sentiasa memastikan mengambil hidangan berkhasiat dan mengelak makanan berminyak bagi mendapatkan tubuh langsing selain tidak minum minuman berais kerana bimbang kulit kusam dan tua sebelum waktunya.

    "Memang sejak dulu saya elakkan minuman berais kerana tidak baik untuk kesihatan terutama pada kulit wajah kerana kelihatan tidak bermaya. Saya juga mengambil pil tambahan seperti vitamin dan kalsium untuk kesihatan badan," ujar anak kedua daripada lima beradik ini.

    Sara juga tidak menolak melakukan rawatan suntikan vitamin dan kolagen kerana baik untuk kulit. Lagipun ia sama seperti makan vitamin.

    "Selepas melahirkan anak saya dapati kulit mula mengendur, justeru dengan mengambil suntikan vitamin dan kolagen, ia dapat mengembalikan keceriaan dan keserian wajah. Apa yang saya tidak lakukan adalah suntikan botox yang boleh merubah bentuk muka. Saya juga rajin ke salun bagi melakukan urutan supaya wajah menjadi lebih berbentuk sesuai penampilan seorang model," katanya.

    Bagi mereka yang ingin melakukan rawatan wajah, Sara menasihatkan supaya membuat kajian sama ada menerusi Internet atau berjumpa pakar kecantikan terlebih dulu bagi mendapatkan penjelasan mengenai rawatan yang ingin dilakukan. Jangan hanya kerana ingin cantik dan mendengar kata orang sehingga boleh merosakkan diri sendiri.

    "Bagi wanita, makan makanan berkhasiat, mengambil vitamin, melakukan senaman dan tidur mencukupi enam hingga lapan jam sehari adalah ubat paling mujarab untuk kesihatan dan kecantikan wajah. Paling penting menjaga kecantikan dalaman, iaitu hati yang bersih sekali gus akan terpancar menerusi wajah," katanya.


    Panduan penjagaan bibir

  • Sapukan salap bibir mengandungi pelindung matahari sebelum memakai gincu atau gincu mengandungi SPF ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Penjagaan yang baik dan sering diberi rawatan, kulit bibir akan berwarna kemerahan, lebih lembut dan lembap. Kesannya, bibir akan lebih sihat, menarik dan seksi serta berwarna merah jambu secara semula jadi.

  • Sebelum tidur sapukan madu lebah pada bibir untuk mendapatkan bibir yang kemerah-merahan dan kekal lembap sepanjang hari.

  • Elakkan menggigit, menjilat dan menyapu dengan lidah kerana ini hanya akan membuatkan bibir kering.

  • Hanya dengan sapuan pengilat bibir, bibir sudah tampak cantik menawan. Sekiranya anda berasakan bentuk bibir kurang sempurna, jangan berasa rendah diri.

  • Untuk mendapatkan bibir yang seksi, bukanlah sesukar mana, hanya teknik solekan yang perlu dipelajari dan warna gincu yang tepat. Walaupun hasilnya sementara, ia pasti memuaskan hati dan memukau mata yang memandang.
  • Kahwin pada Januari 2013

    Posted: 21 Mar 2012 09:49 PM PDT



    SETELAH sekian lama dikaitkan dengan kisah-kisah cinta sesama artis, pelakon genit Liyana Jasmay, 24, buat pertama kalinya membuat kenyataan akhbar mendedahkan tentang tarikh pertunangan dengan kekasih hatinya yang juga seorang ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan, 28.

    Sebelum ini, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Castello itu pernah digosip mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Aizat Amdan.

    Kemudian, dia dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof setelah sama-sama membintangi filem Khurafat pada tahun lalu.

    Bagaimanapun, kedua-dua kisah tersebut berlalu begitu sahaja, sehinggalah pelakon yang ditemui semalam, pada majlis pelancaran drama berjudul 3 Janji di Sri Pentas TV3, Bandar Utama Petaling Jaya itu mengesahkan sendiri mengenai tarikh pertunangan dirinya.

    "Pada 28 Mac ini satu majlis pertunangan akan diadakan di rumah saya dalam satu majlis yang agak ringkas. Sebenarnya, saya merancang untuk membuat majlis berkenaan di hotel supaya tidak menyusahkan ahli keluarga yang lain.

    "Namun, perancangan tersebut tidak dipersetujui ayah saya dan dia meminta agar majlis pertunangan diadakan di rumah sahaja. Setakat ini segala persiapan berjalan lancar kerana saya turut dibantu oleh dua orang kakak saya," ujarnya.

    Ditanya tentang detik perkenalan dengan kekasih hatinya itu, Liyana memberitahu jejaka yang telah menambat hatinya itu merupakan jirannya sendiri dan mereka berkenalan sewaktu bertemu dalam sebuah majlis.

    Menurutnya, mereka berdua berkawan dan bercinta dalam tempoh yang cukup singkat iaitu kira-kira dua bulan sahaja dan pada bulan Januari lalu Fathuddin telah melamarnya untuk menjadi isteri.

    "Apabila dia meluahkan hasrat untuk mengambil saya sebagai isteri, saya telah memintanya untuk pergi berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa saya. Tidak lama selepas itu dia telah membawa keluarganya berjumpa dengan keluarga saya dan hubungan kami menjadi semakin rapat.

    "Walaupun ramai yang tertanya-tanya dengan keputusan yang saya buat ini, tetapi berdasarkan kepada pengalaman lalu saya rasa tidak perlu bercinta lama-lama. Kalau mahu menjalinkan hubungan serius, lebih baik terus masuk meminang sahaja supaya ikatan perhubungan itu lebih kukuh," ujarnya.

    Mengenai keistimewaan yang dimiliki Fathuddin sehingga dia terbuka hati menerima lamaran jejaka tersebut, Liyana menyifatkan bakal tunangnya itu sebagai seorang lelaki yang kelakar, periang dan baik hati.

    "Sejujurnya saya agak kurang menggemari lelaki yang mempunyai penampilan terlalu segak, tetapi itulah salah satu ciri yang dimiliki dirinya. Ternyata apa yang saya tidak gemar, akhirnya itulah yang akan menjadi milik saya.

    "Sebenarnya ibu ada memberi nasihat supaya saya perlu terlebih dahulu mengenali hati budinya.


    MASIH belum mahu mendedahkan kepada umum foto bakal tunangnya yang bernama Fathuddin itu, Liyana bagaimanapun mengakui Fathuddin merupakan seorang pemuda yang mempunyai penampilan yang agak segak.


    "Namun, apabila melihatkan usahanya yang begitu bersungguh-sungguh mengambil hati kedua-dua ibu bapa saya, secara tidak langsung ia turut menambat hati saya untuk menerima lamarannya," ujarnya.

    Mengenai tarikh perkahwinan yang bakal dilangsungkan pula, Liyana memberitahu dia merancang untuk berkahwin pada bulan Januari 2013 iaitu sebaik sahaja dia pulang dari New York, Amerika Syarikat.

    "Kalau tiada sebarang halangan dan segala-galanya berjalan lancar, saya akan berangkat ke New York pada bulan Jun atau Julai ini untuk menjalani kursus jangka pendek di sebuah akademi filem di sana.

    "Namun, saya mengambil keputusan untuk bertunang dengan segera bukanlah disebabkan saya akan pergi ke luar negara.

    "Semasa menerima lamaran saya ada memberitahu bakal tunang tentang pemergian saya itu dan dia turut memberikan sokongan kerana faham dengan cita-cita saya dalam bidang seni," tuturnya.

    New York Film Academy

    Bercerita lebih lanjut tentang pemergiannya ke New York, Liyana menjelaskan dia sememangnya sudah lama merancang untuk menambahkan ilmu dalam bidang lakonan dengan menjalani kursus di luar negara.

    Ujar Liyana, pada mulanya dia bercadang untuk pergi ke Australia sahaja, tetapi telah mengubah fikiran untuk menjalani kursus di New York Film Academy (NYFA) setelah dicadangkan oleh beberapa orang rakannya.

    "Apabila saya memberitahu ayah tentang hasrat tersebut, ternyata dia kurang bersetuju kerana terlalu jauh. Bagaimanapun, akhirnya ayah telah bersetuju dan saya akan turut ditemani ibu sepanjang berada di sana.

    "Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menjalani kursus di NYFA adalah kerana ia merupakan sebuah akademi yang sangat terkenal memandangkan ramai pengarah hebat yang telah memberi ceramah dengan berkongsi ilmu dan pengalaman mereka di situ, selain kemudahan yang disediakan NYFA juga sangat lengkap dan canggih," ujarnya.

    Jelas Liyana lagi, sepanjang menuntut di akademi berkenaan, kursus yang akan dilaluinya nanti lebih kepada latihan praktikal berbanding teori serta menjurus kepada aspek-aspek lakonan dan pengarahan.


    LIYANA terbuka hati untuk menerima lamaran Fathuddin impak daripada kesungguhan pemuda itu menambat hati kedua-dua ibu bapanya.


    "Sudah tentu saya berasa sangat teruja untuk menjalani kursus di sana dan tidak terlalu risau kerana ibu akan turut menemani saya. Pada masa yang sama, saya juga ingin merasai pengalaman baharu dengan menjalani kehidupan dengan budaya yang berbeza," ujarnya.

    Tiga telefilem

    Biarpun bakal menjalani kursus jangka pendek selama enam bulan di luar negara, Liyana berkata syarikat produksi miliknya, Mermaid Studios masih tetap berfungsi seperti biasa.

    Katanya, dia sudah pun mempunyai perancangan awal untuk menerbitkan sekurang-kurangnya tiga buah telefilem yang akan menjalani penggambaran di New York pada bulan Disember ini.

    "Kalau perancangan ini mendapat persetujuan ayah, saya akan membawa kru produksi yang terbabit ke New York. Sekurang-kurangnya produk yang dihasilkan oleh syarikat saya akan dapat menampilkan beberapa perbezaan.

    "Memandangkan kursus yang saya jalani nanti lebih kepada praktikal, saya akan mengambil kesempatan untuk menghasilkan beberapa buah filem pendek dengan menggunakan peralatan yang disediakan di akademi tersebut," ujarnya.

    Sementara itu, ketika ditanya tentang aktiviti seninya ketika ini, pelakon berkenaan menyatakan ketika ini dia sedang menjalani penggambaran drama berjudul 3 Janji.

    "Dalam tempoh tiga bulan sebelum berangkat ke luar negara, saya masih tetap berlakon seperti biasa. Pada masa yang sama, saya turut sibuk membuat persiapan perkahwinan dan kini sedang mencari dewan yang sesuai memandangkan ia perlu ditempah awal," ungkapnya.

    Razali Hussein Difitnah Ternak Lembu Hasil Wang Wanita Kaya

    Posted: 21 Mar 2012 09:41 PM PDT

    Razali Hussein

    PETALING JAYA: Pelakon Razali Hussein kesal apabila difitnah menjalankan perniagaan penternakan lembu menerusi sumber kewangan yang ditaja oleh seorang wanita kaya.

    Razali berkata, wanita yang dimaksudkan itu (enggan nama disiarkan) memang wujud tetapi dia bertindak sebagai individu yang mengajarnya selok-belok bidang perniagaan.

    "Diakui, memang wanita itu wujud, tetapi dia sekadar mengajar saya dan rakan-rakan untuk menjalankan perniagaan itu. Adakah itu satu kesalahan?

    "Saya kecewa apabila difitnah kononnya perniagaan saya itu ditaja. Jika begitu sudah lama saya beli kereta mewah untuk keselesaan diri sendiri," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

    Tambah Razali, dia kecewa apabila setiap pergerakannya sering kali menjadi bualan negatif tidak kira sama ada mempunyai hubungan akrab dengan rakan wanita mahupun lelaki.

    Bagaimanapun, sebagai seorang selebriti, dia tidak kisah jika dugaan fitnah diterima dan meneruskan perniagaan dalam apa rintangan sekali pun.

    "Dahulu, ketika saya membuka syarikat produksi, saya pernah difitnah sehingga syarikat itu ditutup. Kini biarlah orang nak kata apa sekalipun, semangat saya untuk maju dalam perniagaan tidak akan luntur," tegas pelakon drama Serapah Darah Bulan Madu, siaran saluran TV-Al Hijrah.

    Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan karier lakonannya, dia bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan oleh syarikat produksi.

    Malah, Razali turut menghasilkan sebuah lagu tema drama Serapah Darah Bulan Madu berjudul Serapah Bulan Madu nyanyiannya sendiri.

    "Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Skop Production untuk menghasilkan lagu tema untuk drama tersebut dan menyanyi secara duet bersama Ida Majid.

    "Seterusnya, saya sedang menghasilkan sebuah lagi lagu baru yang berjudul Cinta Ku Kini Tiada Lagi dan sedang mencari penyanyi yang sesuai untuk membawakan lagu tersebut," tuturnya.

    Beritahu Razali lagi, dia lebih selesa mencipta lagu tema untuk terbitan drama dan menganggapnya sebagai satu strategi pemasaran andai kata stesen-stesen radio tidak memutarkan lagu-lagu baru yang dihasilkan.

    Zaiton Sameon Adakan Konsert Sebagai Bukti Masih Waras

    Posted: 21 Mar 2012 09:40 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Penyanyi Zaiton Sameon akan membuktikan kepada masyarakat dirinya masih mampu menyanyi walaupun dituduh kononnya dia tidak waras selepas kemalangan ngeri 22 tahun lalu.

    Zaiton, 55, yang popular dengan lagu Menaruh Harapan berkata, dia akan membuktikan keupayaannya itu pada Konsert Amal Kebajikan Zaiton Sameon yang akan diadakan di Dataran Sungai Kerang, Pantai Remis, Perak pada 7 April depan.

    "Selepas mengalami kemalangan ngeri pada 21 Februari 1990 yang menyebabkan kematian anak saya, ramai pihak tidak mempercayai kepada kebolehan saya menyanyi dengan baik.

    "Melalui konsert ini saya akan buktikan bahawa saya masih mampu menyampaikan lagu dengan baik," ujarnya kepada mStar Online pada majlis sidang media konsert itu di sini pada Rabu.

    Dalam pada itu, Zaiton memberitahu, selama ini dia menampung kehidupan dengan menyanyi di majlis kahwin dan hanya dibayar sebanyak RM100 hingga RM200 selain mengadakan beberapa persembahan di kelab.

    Ujar Zaiton, dia terpaksa menerima tawaran itu kerana tidak mendapat kepercayaan daripada pihak penganjur untuk mengundangnya sebagai artis jemputan.

    "Saya terpaksa buang rasa malu demi menampung kehidupan dengan menyanyi di majlis orang kahwin kerana tidak mendapat kepercayaan daripada penganjur. Itu pun jarang-jarang orang panggil.

    "Bagaimanapun saya tidak boleh merungut kerana itu adalah rezeki saya," ujarnya.

    Bercakap mengenai konsert itu nanti, Zaiton berkata, dia akan menyampaikan sebanyak 10 buah lagu pada konsert itu nanti.

    Tambahnya, antara lagu yang bakal disampaikan adalah Siti Payung, Perigi Biru, My Way, Black Magic Women dan Kabut Serangkai Mawar.

    Antara artis yang bakal turut serta dalam konsert itu nanti adalah Ali (Terra Rossa), Baggio (Damasutra) dan Farhana Jalil.

    Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Fredie Fernandez berkata, konsert tersebut dibuka kepada umum secara percuma dan penonton boleh menghulurkan derma kepada Zaiton menerusi tabung yang disediakan.

    Freddie memberitahu, usaha itu adalah sebagai membantu penyanyi itu meringankan bebannya yang semakin dilupakan oleh peminat.

    "Idea asal bagi mengadakan konsert ini adalah dari salah seorang daripada ahli Karyawan iaitu Azmi Zahari yang sentiasa prihatin terhadap nasib golongan artis di negara ini.

    "Kehadiran khalayak ke konsert itu terutama peminatnya amat dialu-alukan kerana sudah lama Zaiton tidak mengadakan persembahan di hadapan peminat. Sambil berhibur peminat boleh menderma," ujarnya.

    Freddie berkata, artis-artis yang ingin sama-sama menjayakan konsert berkenaan boleh berbuat demikian dengan menghubunginya.

    Dalam perkembangan sama, Freddie berkata, selain Pantai Remis konsert itu turut akan diadakan di Raub, Pahang, Pulau Pinang, Rembau, Negeri Sembilan dan Tanjung Karang, Selangor.

    Bagaimanapun tarikh untuk persembahan di lokasi tersebut masih belum ditetapkan.

    Kepada peminat dan individu yang ingin membantu Zaiton mereka boleh menderma terus ke akaun peribadi atas nama Zaiton Sameon menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 14192-41-00003343-0.

    Sebarang pertanyaan mengenai konsert berkenaan juga boleh menghubungi Azmi 019-2280479 atau Ahmad 014-7176276 untuk keterangan lanjut.

    RM280,000 dalam 10 minit

    Posted: 21 Mar 2012 09:39 PM PDT

    TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna Universiti Malaya, semalam.
    TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna Universiti Malaya, semalam.

    KUALA LUMPUR: Berbekalkan mesin pemotong besi, sekumpulan perompak mengambil masa kurang 10 minit untuk memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di perkarangan dewan serba guna Universiti Malaya (UM), di sini, sebelum melarikan wang tunai lebih RM280,000 di dalamnya, semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kumpulan perompak terbabit yang dipercayai lebih daripada dua orang, amat licik mengelak kegiatan mereka dihidu pengawal keselamatan universiti berkenaan.

    Mereka dipercayai mahir dengan selok-belok kawasan kampus apabila siasatan awal pihak berkuasa mendapati mereka menggunakan pintu pagar berkunci di kawasan belakang universiti untuk keluar dan masuk.

    Ini berdasarkan kehilangan mangga dan penemuan rantai besi yang ditinggalkan di kawasan pagar itu.Menurut sumber, kejadian rompakan itu hanya disedari kira-kira jam 6 pagi apabila pengawal keselamatan bertugas dimaklumkan pelajar mengenai kerosakan mesin ATM berkenaan

    SPM terbaik tempoh lima tahun

    Posted: 21 Mar 2012 09:38 PM PDT

    SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu  menerima keputusan SPM, semalam.
    SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu menerima keputusan SPM, semalam.
    Gred Purata Nasional (GPN) capai 5.04 tahun lalu

    PUTRAJAYA: Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun dengan 559 calon berjaya memperoleh Gred Cemerlang Tertinggi A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud, berkata indeks keseluruhan GPN tahun lalu mencapai 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya Beliau berkata, daripada 559 calon yang mendapat Gred Cemerlang Tertinggi, 506 adalah calon Sekolah Kementerian Pelajaran yang meningkat sebanyak 143 calon, berbanding 363 pada 2010.Katanya, 53 lagi calon adalah daripada sekolah lain yang turut meningkat berbanding 40 calon pada 2010.

    "Bagi prestasi mengikut mata pelajaran teras dan lokasi, pencapaian calon luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tidak menunjukkan perbezaan yang ketara, tetapi pencapaian subjek Sains lebih baik berbanding calon bandar.

    "Bagaimanapun, usaha perlu dipertingkatkan untuk merapatkan jurang dengan calon bandar bagi subjek Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral," katanya ketika mengumumkan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2011, di sini, semalam.

    Mengikut kaedah yang diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan, semakin kecil nilai GPN, lebih cemerlang pencapaian keputusan keseluruhan.
    Sebanyak 468,808 calon mendaftar untuk menduduki SPM pada 2011, berbanding 467,970 pada 2010 di sebanyak 3,533 pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 412,028 adalah calon sekolah kementerian, manakala 7,155 calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera.

    Baki 7,925 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 12,487 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat serta sekolah swasta dan 29,213 calon persendirian.

    Mengenai pencapaian sekolah, beliau berkata, ia dinilai berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan 80 sekolah mencapai Cemerlang, 400 Baik, 1,679 Memuaskan dan 49 tahap Berpotensi.

    Katanya, prestasi mata pelajaran yang dinilai menerusi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) pula meningkat 63 daripada 112 mata pelajaran berdasarkan penilaian empat kategori iaitu cemerlang, kepujian, lulus dan gagal.

    Selain itu, seramai 343 daripada 662 calon berkeperluan khas berjaya mendapat sijil berbanding 319 pada 2010.

    Tujuh calon iaitu tiga calon rabun, seorang cacat pendengaran dan tiga calon kecacatan lain berjaya meraih gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

    Nur Fathia merayu

    Posted: 21 Mar 2012 09:35 PM PDT

    Nur Fathia Abd Latiff
    Nur Fathia Abd Latiff
    Mohon kerjasama produksi diberi pelepasan sertai jelajah promosi ABPBH2011

    PELAKON jelita ini duduk di hadapan penulis seperti pesalah yang sedang menanti untuk dibicarakan. Perasaannya bercampur baur. Hanya wajahnya saja yang menterjemahkan betapa gementar dan takutnya Nur Fathia Abd Latiff saat berhadapan dengan situasi itu.Peristiwa terlepas penerbangan untuk sewaktu menghadiri sesi jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Kuching, Sarawak dua minggu lalu benar-benar mencalarkan reputasinya.Walaupun berjaya menaiki penerbangan berikutnya dan tiba sebelum acara dimulakan, namun ia tetap menjadi bualan media yang turut serta dalam rombongan ini dengan memberi gambaran dia seolah-olah sebagai pelakon tidak berdisiplin.

    Akibatnya, ketika acara promosi itu dijalankan, pelajar jurusan undang-undang ini terus menjadi tumpuan wartawan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

    Enggan memanjangkan hal itu dan dengan penuh rasa rendah diri, pelakon filem Hijab ini memohon maaf secara terbuka kepada penganjur atas kesilapannya itu.

    "Saya akui perkara ini memang silap saya. Saya yang terlewat bangun. Tapi itu bukan disengajakan kerana malam sebelumnya saya terbabit dengan penggambaran drama Mahabbah. Habis penggambaran kira-kira pukul 2 pagi dan hanya selepas jam 4 pagi baru saya terlelap.
    "Terus terang, saya memang rasa bimbang yang teramat apabila mendapat tahu saya terlepas kapal terbang. Tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan penganjur dan juga rakan lain yang turut serta dalam rombongan itu.

    "Namun saya usahakan juga untuk mendapatkan penerbangan berikutnya ke Kuching. Apa yang penting, saya dapat hadir dalam siri promosi itu dan juga bertemu dengan peminat yang menantikan kehadiran saya," kata gadis berusia 24 tahun ini.

    Apabila perkara ini terjadi, secara tidak langsung ia mengingatkan kepada dakwaan Fathia sebagai artis yang tidak berdisiplin. Saat diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, Fathia menafikan perkara itu.

    "Perkara ini bukanlah sesuatu yang disengajakan kerana baru pertama kali berdepan dengan keadaan seperti ini. Seboleh mungkin, memang tidak mahu menyusahkan sesiapa," tuturnya mengharap pengertian.

    Sebelum ini pernah juga terdengar yang Fathia sangat keberatan untuk menghadiri sesi promosi membabitkan ABPBH2011 yang menyenaraikannya sebagai finalis kategori Artis Baru Wanita Popular. Adakah kejadian itu sebagai satu bukti bahawa Fathia tidak sepenuh hati untuk menyertai acara promosi yang diadakan khusus untuk mendekatkan diri mereka dengan peminat itu.

    "Bukan saya tidak berminat untuk menyertai acara itu, tapi saya memang terikat dengan jadual penggambaran yang sangat ketat. Drama bersiri ini akan disiarkan secepat mungkin dan produksi perlu menyiapkannya dengan kadar segera. Disebabkan itulah saya amat sukar untuk meminta cuti ataupun menangguhkan penggambaran.

    "Ini pun saya terpaksa memujuk pihak produksi untuk memberi pelepasan. Memang saya berniat untuk mengikut siri promosi ini di Pasir Gudang. Bagaimanapun, saya cuba untuk menyesuaikan jadual dan meminta jasa baik pihak produksi untuk melepaskan saya.

    Saya akui, siri promosi ini memang penting. Bukanlah mengharapkan kemenangan tetapi kerana saya mahu mendekati peminat yang selama ini begitu setia menyokong kerjaya saya," katanya.

    Enot Akan Lebih Beradab Selepas Pakai Tudung

    Posted: 21 Mar 2012 09:35 PM PDT

    PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mengambil pendekatan untuk lebih beradab dari segi kata-kata selepas membuat keputusan memakai tudung sejak sebulan lalu.

    Enot berkata, sebagai seorang wanita bertudung dia perlu menjaga batasan agar tidak mendatangkan persepsi buruk masyarakat terhadap imej barunya itu.

    "Saya masih 'gila-gila' seperti dulu tetapi akan lebih menjaga batasan dalam percakapan atau pun perbuatan supaya ia tidak menimbulkan prasangka buruk mengenai perubahan saya kepada orang lain," ujarnya kepada mStar Online di sini Rabu.

    Tambah Enot, dia kini berasa lebih tenang dan yakin dengan dirinya semenjak mengenakan tudung dan bersyukur diberi hidayah untuk menutup aurat.

    "Saya tidak pernah merancang untuk memakai tudung sebelum ini tetapi ia berlaku secara tiba-tiba ketika bangun pagi, sebulan lalu tanpa berfikir panjang.

    "Suami, keluarga dan rakan-rakan juga memberikan sokongan yang baik terhadap perubahan ini," ujarnya.

    Dalam pada itu, ditanya mengenai kerjaya lakonan dan tawaran selepas "berhijrah", Enot berkata walaupun pernah memikirkan mengenai soal itu sebelum ini, dia meletakkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

    Baginya, sebagai seorang manusia yang mempunyai kudrat dia perlu berusaha dengan lebih gigih dan tidak hanya berharap rezeki datang bergolek kepadanya.

    "Buat masa sekarang masih belum ada tawaran berlakon daripada mana-mana pihak tetapi sebagai saya yakin jika ada rezeki ia pasti milik kita," ujarnya.

    Sementara itu, Enot berkata, dia lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan keknya iaitu Enotcookies N Cakes yang telah beroperasi sejak beberapa tahun melalui dalam talian

    Kata Enot, dia akan mengadakan jualan kek dan biskut di beberapa buah tempat dalam masa terdekat iaitu di Universiti Malaya dan di pasar malam Taman Tun Dr Ismail pada hujung minggu ini.

    "Alhamdulillah perniagaan biskut dan kek yang dijalankan bertambah maju dan saya harap ia akan menjadi jenama kegemaran masyarakat selepas ini," katanya.

    Dia juga ada menerima tawaran sebagai duta produk makanan kesihatan dan sedang menggunakannya sebelum dilantik secara rasmi.

    Untuk menempah kek hasil air tangan Enot boleh layari Facebook miliknya menerusi enotcookiesncakes.

    Finas Saran Penerbit Filem Manfaatkan Teknologi 3D

    Posted: 21 Mar 2012 09:34 PM PDT

    Pengarah Studio Finas, Hassan Asbor Hassan Mutaat (kanan) dan Ketua Profesional Asia Tenggara Sony Corporation, Katsuhiro Masaoko.

    KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meminta para penggiat filem supaya menghasilkan lebih banyak filem berkonsepkan teknologi stereoscopic 3D.

    Menurut Pengarah Studio Finas, Hassan Asbor Hassan Mutaat, industri perfileman Malaysia seharusnya sudah mula membabitkan karya filem yang dihasilkan menggunakan teknologi tersebut seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara luar.

    "Sudah tiba masanya untuk industri perfileman tempatan 'meneroka' teknologi stereoscopic 3D bagi setiap karya yang dihasilkan.

    "Walaupun sudah ada syarikat penerbitan yang menggunakan teknologi itu tetapi masih sedikit bilangannya," katanya yang ditemui pada Seminar Teknologi Stereoscopic 3D Kerjasama Finas dan Sony di Studio Sound Stage Finas, di sini, Rabu.

    Tambah Hassan, pihaknya mungkin akan memberi dana kepada penggiat-penggiat filem bagi penghasilan filem-filem berbentuk 3D.

    Selain itu, Finas juga akan menyediakan bengkel dan latihan mengenai penggunaan teknologi Stereoscopic 3D dalam masa terdekat ini.

    Mengenai Seminar Teknologi Stereoscopic 3D itu, ia merupakan langkah pertama dari Finas dan pihak Sony mengenai pendedahan terkini berkenaan dengan teknologi tersebut.

    Menurut Ketua Profesional Asia Tenggara Sony Corporation, Katsuhiro Masaoko, jalinan kerjasama antara Finas mengenai seminar teknologi berkenaa dapat memberi pelbagai manfaat kepada penggiat filem menghasilkan karya 3D yang lebih berkualiti dan menarik menerusi produk peralatan perfileman jenama Sony.

    "Seperti yang diketahui ramai, jenama Sony sememangnya merupakan produk yang tahan lasak dan boleh digunakan ke tahap maksimum.

    "Justeru itu seminar ini dapat membuka ruang kepada penghasilan produk filem kreatif dengan lebih banyak terutamanya filem berbentuk cereka. Dalam pada itu pihak Sony juga tidak keberatan untuk memberi tunjuk ajar sekiranya Finas mengadakan bengkel khusus mengenai teknologi ini," ujarnya.

    Di Hollywood, teknologi stereoscopic 3D telah lama diaplikasikan. Misalnya menerusi filem popular seperti "Avatar" dan "Shrek Forever After".

    Teknologi tersebut bukanlah perkara baru di Hollywood kerana ia telah wujud sejak tahun 1838 hasil ciptaan Sir Charles Wheatstone.

    Brad Pitt & Angelina Jolie Mungkin Kahwin Di Perancis

    Posted: 21 Mar 2012 09:33 PM PDT

    Brad Pitt dan Angelina Jolie

    SEHINGGA kini, khabar berita mengenai tarikh perkahwinan pasangan selebriti popular Brad pitt dan Angelina Jolie masih lagi menjadi persoalan.

    Namun, baru-baru ini, pasangan yang mempunyai enam orang anak itu dikatakan akan berkahwin di Perancis.

    "Pernikahan mereka akan dilangsungkan di Perancis kerana mereka merasakan negara itu agak tenang dan lebih mudah untuk mengadakan majlis tertutup," kata seorang sumber yang dipercayai kepada laman web Bang Showbiz.

    Tambah sumber itu lagi, walaupun Brad dan Angelina tidak menganut sebarang agama, mereka akan meminta ayah Angelina, John Voight untuk menikahkan mereka.

    "Pada mulanya, Angelina meminta saudaranya, James untuk mengiringi dia ke altar dan kemudian berubah fikiran apabila merasakan ayahnya lebih layak untuk membawa aktres itu ke altar.

    Brad dan Angelina sentiasa meluangkan masa beriadah bersama keenam-enam orang anak mereka.

    "Tambah pula Jon merupakan seorang paderi dia mungkin akan menikahkan pasangan itu," katanya.

    Majlis perkahwinan itu khabarnya akan berlangsung secara tertutup dengan dihadiri oleh kenalan terdekat sahaja.

    Penerbit filem, Graham King, yang selama ini banyak membantunya dalam proses mengarahkan filem In The Land Of Blood And Honey turut dijemput manakala Brad mengundang sahabat karibnya George Clooney dan Quentin Tarantino.

    Mereka telah menjalinkan hubungan cinta tanpa pernikahan sejak tujuh tahun yang lalu dengan memperoleh seramai tiga orang cahayamata iaitu kembar Shiloh (6) serta anak kembar Vivienne dan Knox (3 tahun).

    Manakala pasangan itu memiliki tiga orang anak angkat iaitu Maddox (10) dari Kemboja, Pax (8) dari Vietnam, Zahara (7) dari Etopia.

    Aizudeen tekun belajar sambil berlatih

    Posted: 21 Mar 2012 09:33 PM PDT


    Aizudeen pernah menewaskan Robert Smith dari Amerika Syarikat dalam satu perlawanan persahabatan.


    nama Muhamad Aizudeen Mustaqim Mohd. Nila, 17, mungkin tidak segah Shalin Zulkifli, Jason Belmonte, Chris Barnes atau Paeng Nepomuceno yang masing-masing merupakan juara Piala Dunia Boling sebanyak empat kali.

    Begitupun kebolehan remaja ini yang pernah menjuarai Remaja Dunia All-Star pada usia 13 tahun, tidak boleh diperkecilkan.

    Sebagai salah seorang bintang boling yang bakal menyinar, Muhamad Aizudden telah membantu skuad Selangor berbangga dengan emas tunggal acara boling pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka dua tahun lalu.

    Meraih pingat emas bagi acara perseorangan lelaki dan satu pingat gangsa acara Masters membuktikan atlet muda ini semakin serius dalam sukan tersebut.

    Usah abai keselamatan

    Posted: 21 Mar 2012 09:32 PM PDT


    Biarpun tidak selesa, wanita hamil perlu memasang tali pinggang keselamatan untuk memastikan sentiasa selamat dalam perjalanan. - Gambar hiasan.


    SAYA hamil, rasa senak perut dan tidak selesa mengenakan tali pinggang keselamatan setiap kali memandu."

    Itu antara alasan yang kerap diberi wanita hamil untuk mengelak daripada mengenakan tali pinggang keselamatan.

    Ironinya, golongan inilah yang sepatutnya paling perlu mengutamakan aspek keselamatan kerana mereka bertanggungjawab terhadap 'dua' nyawa.

    Isu tersebut merupakan salah satu daripada tiga penemuan penting dalam penyelidikan secara mendalam tentang aspek keselamatan yang dijalankan oleh Volvo.

    Dua lagi penemuan ialah kanak-kanak di bawah lima tahun lebih selamat diletakkan menghadap ke belakang ketika berada dalam kereta.

    Menggubah bunga dip pilihan Khalid

    Posted: 21 Mar 2012 09:31 PM PDT


    Khalid Talib dengan pelbagai gubahan bunga dip yang amat menarik.


    Dunia gubahan bunga, menjahit manik dan masakan yang suatu masa dahulu dilakukan golongan wanita kini menjadi tarikan kepada kaum Adam.

    Begitu juga dengan Khalid Talib, 42, yang menjadikan bidang seni kreatif seperti ini sebagai punca pendapatannya selain melakukannya sebagai hobi.

    Menurut Khalid, sebelum terlibat dalam dunia seni gubahan, pelbagai kerja dilakukan olehnya termasuklah bekerja di kilang elektronik, kayu, kereta, filter dan kilang yang menghasilkan produk elektronik berbentuk video dan radio.

    Berasal dari Kampung Jawa, Klang Selangor, dia mula berminat menggubah bunga ketika berumur 15 tahun, biarpun sekadar suka-suka sahaja.

    "Saya suka melihat cara orang membuat gubahan bunga. Saya akan amati setiap gubahan yang dibuat oleh mereka dan saya akan belajar untuk membuat gubahan itu.

    Tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain

    Posted: 21 Mar 2012 09:30 PM PDT


    berdoalah kepada Allah SWT semoga perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat.
    - Gambar hiasan


    KEHIDUPAN berumahtangga adalah alam paling menarik dalam kehidupan seseorang. Kata orang "daripada bujang kini berdua." Ia adalah satu proses pendewasaan dan kematangan. Sering kita mendengar pasangan suami isteri melahirkan rasa 'terkejut' mereka terhadap alam perkahwinan dan berumahtangga setelah mereka bernikah walaupun mereka telah bercinta bertahun-tahun.

    Ada yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri walaupun telah bercinta dulu sebelum berkahwin. Ini kerana buat masa ini di Malaysia, walaupun pasangan secara majoritinya telah bercinta sebelum kahwin, telah biasa keluar berdating dan sebagainya. Masih ramai yang tidak menjadikan alam percintaan itu sebagai 'perkahwinan percubaan' atau telah mula bersekedudukkan.

    Perbezaan ketara dengan masyarakat Barat di mana jika mereka telah mula bercinta, mereka telah tinggal bersama dan keputusan untuk berkahwin adalah satu komitmen yang berbeza daripada komitmen untuk tinggal bersama dan bercinta. Bunyinya pelik tetapi itulah kenyataan sebenar masyarakat di Barat sehinggakan yang bersekedudukkan atau tinggal bersama lebih ramai daripada yang berkahwin.

    Jika ditanya kenapa tidak berkahwin, mereka menjawab belum bersedia sedangkan mereka telah lama tinggal bersama seperti suami isteri. Itulah bezanya orang beragama dengan yang tidak.

    Perkahwinan dalam Islam adalah ibadah dan hubungan seksual dalam perkahwinan adalah ibadah dan kewajipan sedangkan tanpa nikah, hubungan seksual menjadi haram dan berdosa. Kebanyakan pasangan suami isteri hari ini menjadi keliru kerana kecelaruan kita dalam membesarkan anak-anak dan dalam proses mereka mencari jodoh.

    Hari ini, ibu bapa begitu terbuka terhadap boyfriend atau girlfriend anak. Anak-anak pada kebiasaannya membawa pasangan balik ke rumah untuk diperkenalkan dengan ibu bapa. Ibu bapa anak perempuan dengan mudah membenarkan anak perempuan mereka 'dijinjing' atau dibawa ke sana ke mari oleh lelaki yang dikata boyfriendnya kerana mereka telah berjanji untuk kahwin.

    Berboyfriend atau bergirlfriend adalah trend yang diterima di Malaysia sebegitu terbuka sekali walaupun emak dan ayah anak-anak adalah daripada aliran agama. Bagi mereka, jika tak kenal macam mana nak kahwin. Mereka juga takut jika anak perempuan tidak mencari boyfriend semasa belajar, nanti bila dah tamat belajar dan bekerja, tiadalah siapa berani melamar.

    Jelas benar, ramai ibu bapa hari ini lupa terhadap konsep jodoh pertemuan hak Allah, dan hanya Allahlah yang Maha Mengetahui. Tidak hairanlah 'kebiasaan' membenar anak gadis keluar dengan teman lelakinya menyebabkan ramai pasangan muda terlanjur iaitu melakukan seks tanpa nikah kerana sering keluar berdua-duaan. Mereka didorong syaitan kepada kemaksiatan.

    Kita berharap jumlah pasangan yang terlanjur semasa 'bercinta' tidak ramai dan kebanyakan pasangan mengenali hati budi pasangan yang ingin mereka nikahi sekadar keluar makan dan berjalan-jalan. Pun begitu, dari sudut hukum ia tetap haram.

    Setelah 'bercinta' bertahun-tahun mereka pun berkahwin. Hairannya mereka boleh bercinta bertahun-tahun, namun apabila berkahwin belum sampai setahun sudah hendak bercerai. Bila ditanya, jawabnya, "Tiada keserasian atau tidak bersefahaman." Persoalannya, kenapa masa bercinta serasi, namun setelah kahwin, tiba-tiba tidak serasi? Pelik tetapi benar.

    Sebenarnya ramai pasangan semasa berkahwin mempunyai harapan yang tinggi terhadap satu sama lain namun harapan itu tidak disampaikan. Ia disimpan sebagai satu harapan dan doa.

    Sebenarnya, percintaan sebelum berkahwin tidak menjamin seseorang itu betul-betul kenal akan pasangannya. Ini kerana Allah jadikan manusia berkaum-kaum untuk mereka kenal mengenal antara satu sama lain dan apabila berkahwin bergaul dengan mesra. Jika pasangan mengambil sikap hormat menghormati antara satu sama lain, maka perceraian kerana tidak bersefahaman tidak akan berlaku.

    Penyelesaiannya mudah, jika sedang bergaduh kerana perkara remeh temeh seperti ini, tanya soalan yang paling penting iaitu kenapa aku kahwin dengannya? Mestilah kerana cinta dan jika cinta mestilah sayang dan sesuai dan jika sesuai kenapa jadi tidak bersefahaman? Cari puncanya dan jika punca tidak sefahaman itu hanya isu ranting, istighfarlah. Kembalilah berdoa kepada Allah moga Dia memperkukuhkan perkahwinan hingga ke akhir hayat.

    Mauritania syurga wanita gemuk

    Posted: 21 Mar 2012 09:29 PM PDT


    Lagi besar badan wanita itu dipercayai lebih 'menggoda' daripada wanita lain.


    BAGAIMANAKAH mentakrif kecantikan? Sesetengah individu berpendapat tubuh yang ramping, pipi pauh dilayang, hidung bak seludang dan rambut ikal mayang sebagai ukuran kecantikan.

    Apa pun kecantikan sememangnya sesuatu yang subjektif dan wanita di seluruh dunia mempunyai tafsiran sendiri mengenainya.

    Namun apabila menyelak muka surat majalah-majalah fesyen, rata-ratanya menilai kecantikan melalui tubuh secantik Jennifer Lopez atau wajah sesempurna Aishwarya Rai.

    Maaf bukan niat memperlekeh kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat seluruh dunia biarpun ia agak tipikal tetapi tiada siapa yang menafikannya.

    Unik untuk kelihatan cantik

    Posted: 21 Mar 2012 09:29 PM PDT


    Di Iran golongan wanitanya cenderung melakukan pembedahan hidung untuk kelihatan cantik.


    MANUSIA sememangnya makhluk yang unik. Jika di Mauritania gemuk dikatakan cantik di benua lain pula wanitanya mempunyai pandangan yang tersendiri.

    Pakar kecantikan terkenal dari Jepun, Miki Okae, berkata, kesemua wanita Jepun amat mengutamakan soal kecantikan.

    "Bagi wanita Jepun, kulit yang halus dan licin membuatkan wanita itu kelihatan cantik. Jika wanita Amerika mendapatkan suntikan kolagen dan botox untuk menghilangkan kedutan, wanita Jepun pula percaya kepada pendekatan yang berlainan kerana kami makan kolagen bersama makanan lain.

    "Restoran menjual makanan berasaskan kolagen yang berasal daripada binatang seperti lembu dan ayam ada di seluruh Jepun," katanya yang berasal dari Tokyo.

    Seminar untuk wanita

    Posted: 21 Mar 2012 09:28 PM PDT


    Ketua Pengarang Utusan Karya Sdn. Bhd., Badrul Azhar Rahman (lima dari kanan) dan Normala Hamzah (dua dari kiri) ketika sesi bersama rakan-rakan strategik program Seminar Wanita sempena Minggu Setiausaha, di Bangi, Selangor, baru-baru ini.


    PERANAN dan kerja setiausaha ibarat tulang belakang kepada bos kerana tugas mereka bukan sahaja terhad kepada menjaga diari bos, menyambut tetamu dengan senyuman dan penampilan, malah perlu mengamalkan gaya hidup sihat bagi memastikan segala kerja berjalan dengan lancar.

    Untuk sekelian kalinya, majalah WANITA terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) akan menganjurkan Seminar Wanita bersempena Minggu Setiausaha pada 7 April ini bertempat di Sunway Putra, Kuala Lumpur.

    Pengarang Kanan unit Majalah Keluarga UKSB, Normala Hamzah berkata, objektif utama seminar ini adalah untuk menanam integriti dan budaya kerja yang lebih berhemah di kalangan para setiausaha bagi melahirkan setiausaha yang dikagumi kerana kerja dan komitmen.

    Busana muslimah kontemporari

    Posted: 21 Mar 2012 09:27 PM PDT


    Siti Salmah Noordin menggayakan busana muslimah rekaannya.


    APABILA Siti Salmah Noordin melahirkan anak sulungnya, suami tercinta mempunyai satu permintaan istimewa, iaitu mahukan anak tersebut mendapat penyusuan ibu sepenuhnya.

    Kata si suami juga, Siti Salmah tidak perlu bekerja dan memberikan tumpuan khusus untuk keluarga.

    Bersetuju dengan permintaan tersebut, namun beliau membuat permintaan balas kepada suami, boleh untuk duduk di rumah tapi mesti dibelikan mesin jahit dan sebuah komputer riba.

    "Suami gembira dengan dengan keputusan itu lalu sempena 'kerjaya' baru saya di rumah, saya dihadiahkan dengan sebuah mesin jahit dan komputer riba seperti yang diminta.

    "Saya menjadi ibu dan dapat menyusukan anak sepenuhnya. Pada masa terluang saya boleh menjahit pakaian yang saya reka sendiri," ujar pemilik jenama busana muslimah kontemporari, Yasalma Gallery ini.

    Sofiah bangga berbakti di negara sendiri

    Posted: 21 Mar 2012 09:27 PM PDT


    Siapa menyangka di sebalik kehebatan jenama Harrods Malaysia adalah hasil usaha seorang wanita.


    WANITA mahupun anak gadis yang sedang berusaha mengejar kedudukan tinggi dalam kerjaya masing-masing, pasti akan mencemburui dengan apa yang dimiliki oleh wanita kacukan Melayu- Inggeris ini.

    Apa tidaknya, beliau bukan setakat mencapai kemuncak tertinggi dalam kerjaya tetapi lebih penting berpeluang menerajui satu jenama yang cukup gah di seluruh dunia.

    Sebagai Pengarah Urusan Tradewinds Premium Goods Sdn. Bhd., pemegang francais Harrods Malaysia, Sofiah Rahman memikul tanggungjawab membangunkan jenama yang cukup sinonim dengan gedung membeli-belah mewah dan eksklusif di kota London itu, di negara ini.

    Begitupun berdampingan dengan jenama-jenama terkenal antarabangsa bukan sesuatu yang baru bagi Sofiah.

    Malah ketika menjadi pengarah di salah sebuah anak syarikat Pernas, beliau telah menguruskan produk fesyen berjenama seperti Salvatore Ferragamo, Valentino dan sebagainya.

    "Dunia fesyen merupakan minat pertama saya. Malah selepas habis pengajian saya sengaja tinggal lebih lama di London dan berpeluang bekerja di beberapa butik dan rumah fesyen terkenal di kota itu," katanya yang menetap di United Kingdom (UK) sejak usia remaja lagi bagi menyambung pengajian A Level.

    Puas menimba pengalaman di tanah kelahiran ibunya, sekitar tahun 1980-an Sofiah memutuskan untuk mencuba pasaran kerja di Malaysia.

    Segera pengalaman berharganya itu dihidu oleh pihak pengurusan pusat beli-belah terkenal Metro Jaya Bhd. (Metrojaya) yang melantiknya sebagai pengurus operasi sebelum beliau beralih ke Pernas.

    Biarpun ketika ditawarkan untuk mengetuai Harrods Malaysia, tugas Sofiah bukan lagi berkaitan dengan dunia fesyen yang selama ini menjadi 'kekuatannya', ia bukan sesuatu yang menggusarkan.

    "Sebenarnya tidak jauh beza. Ia masih berkaitan dengan soal 'menjual jenama'. Cuma di Harrods mungkin sedikit mencabar kerana ia sesuatu yang baru dan kita tidak pasti penerimaan masyarakat di sini.

    "Dalam hal ini kegagalan bukan satu pilihan untuk saya kerana saya membawa satu jenama besar yang amat menjaga soal prestij dan kualiti.

    "Perkara pertama yang saya lakukan ialah memberi lebih banyak pendedahan tentang Harrods Malaysia terutama kepada pelanggan-pelanggan baru.

    "Syukur selepas pertama kali di bukan di KLCC pada 11 April 2009, Harrods mendapat maklum balas amat memberangsangkan sehingga mendorong kami untuk membuka satu lagi kedai di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA)," katanya yang berbangga dapat berbakti di negara sendiri.

    Menurut Sofia, kedai di KLCC dikenali sebagai Harrods World Signature Shop and Tea Salon menawarkan produk-produk berjenama Harrods yang didatangkan khas dari London.

    Antaranya seperti teh, biskut, manisan beg tangan, permainan lembut (soft toys) seperti patung beruang Harrods dan sebagainya.

    Wanita yang ramah dan tidak lokek senyuman ini mengakui, orang ramai yang belum begitu mengenali dan 'takut' dengan jenama tersebut mungkin beranggapan barangan yang dijual di luar kemampuan biarpun sebenarnya sangat berpatutan.

    "Saya dapati ramai pelanggan yang datang ke sini tidak kisah harga yang ditawarkan kerana walaupun mereka hanya membeli barangan kecil tetapi kepuasan dalam memiliki jenama Harrods itu sendiri," katanya.

    Ibu kepada dua orang cahaya mata iaitu Kara Eniez, 21, dan Aidan Kamil, 19, ini mengakui sejak mula terlibat dalam dunia korporat banyak perkara baru yang dipelajari.

    Apa pun pengalaman bekerja yang memerlukan beliau berjumpa dan berkomunikasi dengan orang ramai telah diaplikasikan dalam dunia korporat yang ditempuhi sekarang.

    "Bagi saya untuk berjaya perlu ada rasa keterujaan mendalam terhadap kerja yang dilakukan selain sentiasa terbuka untuk belajar perkara baru walaupun sudah berada kedudukan yang tinggi.

    "Saya sering mengamalkan dan berpesan kepada pekerja di sini supaya belajar dan mendalami sesuatu produk itu sebelum mahu menjualnya kepada pelanggan.

    "Sebagai 'penjual' kalau kita sendiri tidak faham dan yakin dengan produk yang ingin dijual bagaimana kita mahu menyakinkan pelanggan?

    "Justeru tidak ada salahnya kita buka minda dan belajar walaupun pada perkara-perkara yang kita rasa remeh," katanya bersungguh.

    Sementara itu, ditanya tentang cabaran sebagai 'bos wanita', Sofiah merasakan beliau antara yang bernasib baik kerana mempunyai kakitangan yang banyak menyokongnya.

    "Bagi saya tiada perbezaan jika wanita atau lelaki yang menjadi bos kerana apa yang penting rasa hormat menghormati antara satu sama lain dan sentiasa menyokong bagi kejayaan bersama," ujarnya.

    Dalam pada itu, keterbatasan masa sebagai wanita berkerjaya membuatkan beliau perlu bijak mengurus antara kerja dan rumah tangga.

    "Pengurusan masa perlu seimbang antara keluarga dan kerjaya. Begitupun kita tidak perlulah menjadi super women melakukan segala-galanya.

    "Tidak ada salahnya kita mendapatkan bantuan contohnya daripada pembantu rumah," katanya.

    Bagaimanapun, Sofiah mengakui banyak waktunya kini dihabiskan untuk kerja memandangkan beliau kini tinggal berdua bersama suami kerana kedua-dua anaknya menyambung pelajaran di luar negara.

    "Keadaan sudah berubah, kalau dahulu balik rumah bising dengan suara anak-anak, tetapi sekarang rasa sunyi dan kosong sejak mereka tiada.

    "Walaupun berjauhan dengan mereka, hampir setiap hari kami berhubung sama ada melalui telefon mahu pun emel.

    "Sekurang-kurangnya bertanya khabar dan berkongsi cerita aktiviti harian masing-masing," jelasnya.

    Tambah Sofiah, jika ada waktu kelapangan beliau juga gemar memasak terutama pada hujung minggu walaupun hanya tinggal berdua di rumah.

    "Selain itu, jika anak-anak pulang bercuti kami akan memperuntukkan masa bersama-sama seperti melancong dan menonton wayang.

    "Tidak susah untuk habiskan masa bersama-sama keluarga walaupun saya sibuk dengan kerja. Apa yang penting perancangan untuk bercuti bersama-sama dilakukan pada waktu yang sesuai," ujarnya.

    Ditanya mengenai rahsia mengekalkan kecantikannya, beliau berkata, perkara yang sentiasa menjadi keutamaannya ialah perlu sentiasa seronok dengan setiap pekerjaan yang dilakukan.

    "Saya sentiasa bersemangat dan ghairah dengan pekerjaan yang dilakukan lebih-lebih apabila ia memerlukan saya bercakap dan berjumpa orang ramai.

    "Selain itu, untuk menjaga penampilan diri selain senaman, pengambilan makanan seimbang juga penting untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat dan bertenaga," katanya.

    Mengimbas zaman kanak-kanaknya, Sofiah mengakui bertuah kerana lahir dan membesar dalam dua budaya yang berbeza.

    "Ayah seorang tentera dan sering berpindah-randah kerana pekerjaannya, daripada tinggal di bandar besar di Kuala Lumpur hinggalah di pinggir hutan di Pahang.

    "Daripada situ ia menguatkan jati diri saya sebagai wanita Timur. Sebab itu walaupun pernah tinggal lama di UK saya tak pernah lupa asal-usul.

    "Malah dari kecil hingga sekarang tidak sah rasanya makan kalau tidak ada sambal belacan," ujarnya tersenyum mengakhiri bicara.

    IFF martabatkan busana Islam di mata dunia

    Posted: 21 Mar 2012 09:26 PM PDT


    Rekaan busana pengantin hasil Syaiful Baharim.


    SEMUANYA bermula pada tarikh 11 September 2001 di mana Islam telah menjadi musuh nombor satu dunia dan dianggap sebagai pengganas. Apa sahaja yang melibatkan Islam dan golongan Muslim, dari mana mereka datang, siapa mereka dan bagaimana mereka pakai menimbulkan satu keraguan, bahkan menjadi mangsa keadaan dan persepsi buruk.

    Sehubungan itu, bagi mengubah perspektif negatif dan prejudis terhadap Islam, maka Festival Fesyen Islam (IFF) telah dilancarkan sebagai wadah mengubah fikiran Islamophobia. Inilah antara jalan untuk merapatkan jurang negara Islam dan Barat kerana ia secara tidak langsung dapat memberi kefahaman kepada masyarakat dunia terhadap keindahan budaya Islam serta fesyen Islam yang selama ini dianggap taboo oleh Barat.

    Maka, bermula 2006 dengan lokasi pertamanya di Kuala Lumpur, IFF dengan rasmi dilancarkan dengan Datuk Raja Rezza Shah sebagai pengerusinya.

    Menurut Raja Rezza, penjelajahan merentas dunia untuk mempromosikan busana Muslim mampu mengubah persepsi terhadap dunia Islam.

    "Salah satu objektif terbesar IFF adalah menyatukan budaya dan negara untuk memberitahu bahawa melalui fesyen kita merangsang pemahaman dan rasa hormat antara masyarakat yang berbeza agama dan kepercayaan.

    "Saya berbangga kerana IFF telah berjaya sampai sebegini jauh untuk mempromosikan busana Islam dan mendapat maklum balas daripada pelbagai latar belakang dan agama di samping memperkukuhkan industri fesyen tersebut ke peringkat lebih tinggi," katanya.

    "Di samping itu, melalui IFF, menunjukkan kepada Barat khususnya bahawa umat Islam menghargai kecantikan dan Islam adalah agama yang toleran tanpa sebarang sekatan terhadap pemakaian terutamanya bagi wanita, asalkan ia menutup aurat," katanya.

    Membuka kalendar 2012, Manila, Filipina terpilih menjadi lokasi pertama bagi tahun ini dalam edisi penganjuran IFF yang ke-20 dengan tema Discover the Beauty of Modesty di Hotel Intercontinental, Makati.

    Pemilihan Manila untuk pertunjukkan IFF kali ini mempunyai signifikan kerana ia merupakan kota fesyen bagi penduduk Filipina bahkan negara ini mempunyai penduduk Islam kedua teramai. Maka permintaan terhadap fesyen Islam begitu tinggi oleh masyarakat negara ini terutama mereka yang tercari-cari pakaian yang menutup aurat, dalam masa yang sama sofistikated dan glamor.

    Di Manila, jaringan pereka-pereka dari Malaysia, Indonesia dan Filipina adalah gambaran unik dalam menggabungkan idea menerusi kepelbagaian agama dan budaya para peserta.

    Pada siri penjelajahan kali ini, Malaysia diwakili Datuk Tom Abang Saufi mempersembahkan rekaan bertemakan Love yang bercirikan warisan budaya tanah kelahirannya, Sarawak serta bunga-bunga mawar yang bercorak besar dengan warna-warna terang.

    Begitu juga dengan pereka muda, Syaiful Baharim yang membawa tema Rabi'a yang diilhamkan daripada pegangan sufisme, mistik, cinta, kesucian dan kehormatan diri seorang pengantin. Menggunakan pelbagai jenis fabrik seperti les, satin dan sutera.

    Melinda Looi turut mengkagumkan hadirin dengan tema The Paradise Within, diilhamkan daripada keindahan pantai-pantai di Malaysia. Melinda menggunakan sutera sifon sebagai menggambarkan ombak-ombak kecil dan warna hijau zamrud manifestasi kejernihan air laut. Koleksi ini juga menampilkan keindahan seni batik dengan elemen sulaman.

    "Semasa saya pertama kali mereka pakaian Islam, ia suatu yang mencabar walaupun saya dilahirkan di Malaysia, namun bukan Muslim. Bagaimanapun saya belajar cara pakaian serta peraturan bagi wanita Islam.

    "Saya berbincang dengan pelanggan dan memahami budaya mereka. Ia bukan sesuatu yang sukar, tetapi kita perlu tahu peraturannya, Selepas mempelajarinya dan melihat bagaimana mereka berpakaian dan serta mengetahui budaya mereka, rekaan menjadi mudah," jelasnya.

    Sementara itu, empat pereka jemputan termasuk Milo Migliavacca dari Bali, Indonesia membawa tema Mystery of the Orient. Milo banyak mendapat ilham daripada filem Avatar. Beliau mereka cetakan haiwan moden dijalinkan dengan batik Indonesia. Begitu juga dengan sulaman dan manik-manik bagi menyerlahkan lagi gaya elegan dan glamor.

    Tidak ketinggalan tiga pereka fesyen dari Filipina turut diundang iaitu JC Buendia mengangkat tema First Lady. Beliau mendapat ilham daripada ikon stail Jackie Kennedy dan Puteri Diana. Rekaan sut seluar, dres, jaket warna-warna kosong serta penggunaan mutiara pada jaket adalah simbol kepada kemewahan.

    "Saya rasa ini adalah medan yang terbaik dalam mengetengahkan fesyen yang berkonsepkan Islam di mata dunia. Walaupun agak terkejut ketika diminta untuk mereka fesyen sebegini, namun saya anggap ia satu cabaran bagi seorang pereka.

    "Bahkan apabila diteliti, ia bukannya sukar jika kita mengikut peraturan yang ada dalam konsep menutup aurat bagi orang Islam. Cuma kita perlu pandai untuk mengubahsuaikan supaya ia tidak terlalu seksi atau menonjol bagi menjaga kesopanan wanita Islam," katanya.

    Tidak kurang hebatnya, seorang lagi, pemilik butik di Cebu, Jun Escario dengan tema Glam banyak menampilkan gaun labuh dan bermain dengan warna hitam dan putih. Menggunakan fabrik spandex yang melekat di tubuh namun masih mengekalkan kesopanan.

    Pereka muda Filipina yang pernah dianugerahkan Top Young Fashion Designer pada Fashion Asia Awards 2011, Veejay Floresca menampilkan tema Mixed Media. Rekaannya banyak diilhamkan daripada hasil seni dan lukisan di V&A Museum di London. Menggunakan warna dan imej yang berbeza, Veejay merealisasikan ke dalam pakaian. Beliau juga menggunakan pelbagai jenis fabrik bagi mencipta kepelbagaian rekaan kepada pakaiannya.

    "Ini merupakan cabaran bagi saya kerana tidak pernah membuat rekaan yang bersangkutan dengan agama. Ini kerana kali ini berkonsepkan konservatif, dalam masa yang sama berfesyen dan sofistikated.

    "Kebanyakan rekaan saya dibuat untuk mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun," katanya.

    Sementara itu, Raja Rezza bangga dengan sifat keterbukaan dan penerimaan masyarakat Filipina dan hadirin mengenai rekaan busana muslim yang ditampilkan.

    "Ramai yang memuji dan terkejut dengan perkembangan rekaan fesyen Muslim yang pada fikiran mereka berburqa atau bertutup litup seperti wanita Arab. Menerusi IFF inilah pemahaman masyarakat dunia mengenai Islam terbuka bukan sahaja dari soal pemakaian tetapi kesopanan, keindahan dalam kehidupan, malah pasaran pakaian Muslim dapat diperluaskan," katanya.

    Penganjuran fesyen berprestij tidak berhenti di Manila tetapi akan terus mengembangkan sayapnya ke London, Bali, Paris dan Jeddah pada tahun ini.

    Koleksi mewah Famme Fatale

    Posted: 21 Mar 2012 09:25 PM PDT


    PelbagaI beg tangan kulit berjenama boleh didapati Butik Femme Fatale.


    MEMILIKI beg tangan jenama mewah dan rekaan eksklusif menjadi keinginan setiap wanita, terutama mereka yang bekerjaya dan berkemampuan.

    Rata-rata koleksi beg tangan seperti ini terutama edisi terhad hanya boleh dibeli di butik-butik berjenama. Kini, koleksi beg tangan mewah boleh dapati di Butik Femme Fatale yang terletak di Sunway Pyramid.

    Butik Femme Fatale telah membuka butik pertamanya di Mont Kiara pada tahun 2008, butik kedua di The Weld pada 2010 dan kini di Sunway Pyramid pada tahun 2011.

    Menurut Pengarah Butik Femme Fatale, Lim Nik Cheng, beg tangan daripada kulit adalah antara pilihan elegan yang sering mencuri tumpuan, dan butiknya merupakan satu-satunya butik yang menawarkan pelbagai beg tangan jenama mewah dan menawarkan koleksi edisi terhad.

    "Dengan koleksi unik beg tangan kulit berjenama antarabangsa dan aksesori ini yang diciptakan khusus untuk pasaran Eropah, kini, wanita di Malaysia juga boleh mendapatkan sentuhan Eropah tanpa perlu meninggalkan negara untuk membeli-belah," ujarnya.

    Menerusi konsep di bawah satu bumbung, butik itu memberi keselesaan kepada pelanggan tanpa perlu singgah dari satu butik ke satu butik di pusat beli-belah yang sering kali menjadi tumpuan ramai.

    "Beberapa jenama mewah seperti Chanel, Louis Vuitton, Prada, Gucci, Miu Miu, Burberry, Bottega Veneta, Dior dan pelbagai jenama lain disediakan di bawah satu bumbung secara eksklusif," katanya.

    Memilih produk luar dan berjenama sedemikian untuk dipasarkan di Malaysia adalah jenama yang sudah diketahui umum dan popular di dunia.

    Malah, koleksi yang ditampilkan menepati cita rasa fesyen moden dan kebanyakan wanita tempatan sangat sukakan jenama seperti itu.

    Semua barangan yang dibawa ke Butik Femme Fatale adalah tulen dan sahih dan juga lengkap dengan kad penjagaan asal dan waranti kad serta pembungkusan yang teliti seperti jika seseorang itu membeli barangan dari Offical Brand Boutiques.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Categories