Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Fenomena tidak normal
- Masuk universiti bukan tiket dapat kerja
- Termometer Tasha & Johan
- Kenangan lencana besi sekolah
- Sembuh selepas enam tahun
- Lebih selesa tanpa suami
- Kafe comel Jepun di Malaysia
- Teknik corakan seimbangkan imej
- Lotus teman setia Chermaine
- Ranggi dan ceria untuk remaja
- 150 murid sertai klinik matematik UPSR
- Kem Integriti Remaja bina jati diri pelajar
- MSU tawar pengajian berkualiti dalam bidang kritikal untuk lepasan SPM, STPM
- Pemproses lebih lancar
- Pengudaraan pintar dalam kenderaan
- Jelita, pintar, seksi si penggodam licik
- Membangun industri arowana
- Biak arowana kerana minat
- Waspada turun naik darah
- Pengalaman ke Walt Disney World, Florida
- Formula 1 dekat di hati Malaysia
- Legenda F1 kekal di ingatan
- Strategi Ahmad Idham
- Shiha janji baiki kekurangan
- Penangan Raja Gelek, Datuk M Kilau bangga jadi penghibur
| Posted: 25 Mar 2012 09:06 PM PDT DR IAN MILSOM...ubat baru mengandungi hormon sama seperti hormon semula jadi wanita. "CUTI wajib tiap bulan," kata teman sepejabat dengan wajah muram selepas dua hari memerap di rumah kerana haid. Masalah ini dialami sejak umurnya belasan tahun lagi yang membuatkan dia kerap tidak hadir ke sekolah atau terpaksa mengambil cuti setiap kali datang haid kerana dia bukan saja berasa tidak selesa malah cepat berasa penat. Semuanya berpunca daripada aliran haid yang terlalu banyak sehingga dia terpaksa menukar tuala wanita setiap jam. Bahkan kadangkala dia memakai dua lapis tuala wanita untuk mengelakkan kebocoran. Dia bernasib baik kerana ketua di pejabat memahami keadaannya tetapi seorang rakan lagi di organisasi lain yang mengalami masalah sama sering disindir kerana dianggap sengaja mencari alasan untuk ponteng kerja. Perunding Ginekologi dan Obstetrik, Dr Suresh Kumarasamy, berkata haid adalah perubahan fisiologi bulanan yang semula jadi bagi wanita. Setiap bulan badan wanita bersedia untuk hamil tetapi jika kehamilan tidak berlaku, lapisan dinding dalam rahim akan runtuh dan dikeluarkan sebagai darah haid.
Seseorang wanita dikatakan mengalami masalah pendarahan haid yang banyak atau tidak normal jika: "Masalah pendarahan haid yang banyak dikelaskan apabila berlaku pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kualiti kehidupan sama ada daripada segi fizikal, emosi, sosial dan material. Ia boleh menjejaskan salah satu atau gabungan beberapa gejala seperti senggugut dan keletihan yang melampau," katanya lagi. Namun untuk lebih mudah menguji sama ada haid anda terlalu banyak atau normal ialah melihat pada kesan pada tuala wanita. Lihat jika tuala wanita anda sentiasa penuh sepanjang tempoh haid. Tanda dan gejala pendarahan haid yang banyak: "Kajian ke atas 500 wanita Malaysia berusia antara 18 hingga 49 tahun di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur/Petaling Jaya mendapati ramai yang menggunakan dua lapis tuala wanita atau tuala wanita dan tampon pada satu masa, mengalami pendarahan yang banyak selepas tampon dikeluarkan, bangun di tengah malam untuk menukar tuala wanita dan menukar tuala wanita atau tampon bagi setiap dua jam. "Satu daripada lima wanita (22 peratus) mengalami masalah pendarahan haid yang banyak dalam tempoh 12 bulan sebelum kajian. Kira-kira 34 peratus berkata masalah itu mengganggu hidup mereka, 22 peratus menganggap ia sebagai gangguan yang masih boleh diterima (boleh meneruskan aktiviti harian) dan empat peratus mengakui sangat mengganggu sehingga banyak aktiviti perlu dihentikan. "Antara gejala yang dialami mereka termasuk letih, lesu, tidak bertenaga, kelihatan pucat, sakit pada pinggul dan anemia. Aktiviti yang terjejas akibat masalah ini adalah prestasi kerja (43 peratus), kehidupan keluarga (33 peratus), hubungan dengan pasangan (27 peratus), kerja rumah (26 peratus), aktiviti santai seperti bersukan dan menonton wayang (23 peratus), kehidupan sosial (21 peratus) dan hubungan seks (11 peratus) dan persekolahan (tujuh peratus). "Kebanyakan wanita berkata mereka mula mengalami masalah ini ketika berumur 20-an tetapi hanya dua daripada lima orang yang mendapatkan bantuan perubatan. Ini kerana ramai yang tidak menyedari ia adalah satu perkara tidak normal. Malah kebanyakannya mendapatkan maklumat mengenai masalah pendarahan haid yang banyak ini daripada kawan-kawan, ahli keluarga, pasangan dan media. Sangat kurang yang mengadu masalah mereka kepada doktor," katanya pada pelancaran Qlaira, ubat makan mengandungi astradiol valerate dan dienogest untuk mengatasi pendarahan haid berlebihan anjuran Bayer HealthCare. Punca pendarahan yang tidak normal Lima punca utama pendarahan tidak normal ini ialah: Bagaimana masalah dikesan? Ia dikesan melalui: Selain itu ada beberapa ujian yang boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah ini seperti imbasan ultra bunyi, ujian darah, ujian lumuran pap dan biopsi endometrium (lapisan pada dinding rahim). Apa yang wanita mahu? Menurut Dr Suresh lagi, 35 peratus wanita mahukan haid yang lebih 'ringan' dan pendek kerana ini akan: Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata hasrat di atas boleh dicapai melalui beberapa kaedah rawatan seperti: Kaedah pembedahan hanya akan dicadangkan jika ubat tidak berkesan. Antaranya dilation & curettage (D&C), histeroskopi operatif, ablasi endometrium, reseksi endometrium dan histerektomi. Pesakit perlu mendapatkan penjelasan terperinci sebelum bersetuju menjalani kaedah pembedahan kerana setiap satu ada risiko tersendiri. Pun begitu dengan kelahiran ubat baru yang mempunyai gabungan unik estradiol iaitu estrogen yang sama dengan hormon dihasilkan tubuh dan dienogest hormon progestin dengan tumpuan kesan pada lapisan endometrium dalam rahim, masalah pendarahan haid berlebihan dapat diatasi dengan baik. "Ubat ini akan meniru kitaran hormon wanita semula jadi yang secara tidak langsung akan memberikan kawalan ke atas pendarahan haid yang optimum. Ujian klinikal menunjukkan ubat ini mampu mengurangkan pendarahan secara ketara dan berkesan iaitu sehingga 88 peratus selepas enam bulan pengambilan tanpa mendatangkan kesan sampingan," kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Sweden, Dr Ian Milsom. Justeru, bagi anda yang ada masalah pendarahan haid berlebihan atau terlalu banyak, jangan lagi mengasingkan diri atau terus menderita dalam diam kerana perkara yang dianggap sangat peribadi dan memalukan ini boleh diatasi. Malah usah biarkan haid terus menjejaskan kualiti hidup anda kerana haid adalah antara kelebihan yang diberikan Tuhan khusus untuk wanita. | ||
| Masuk universiti bukan tiket dapat kerja Posted: 25 Mar 2012 08:41 PM PDT SETIA... tugas pertahankan negara harus dipandang mulia. ADA suara sumbang kedengaran tatkala segelintir masyarakat memperkatakan isu mengenai kadar pengangguran graduan yang masih tiada kesudahan. Antara puncanya ialah graduan tidak berhati-hati memilih program pengajian yang mampu menawarkan peluang kerjaya cerah usai pengajian. Kebanyakan mereka hanya mahu status sebagai mahasiswa menara gading dan tidak kisah program ditawarkan.
Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Zaid Ahmad, berkata penilaian positif serta adil harus diberikan kepada program tidak popular ini dan mengetepikan tanggapan skeptikal serta prejudis. Beliau berkata, biarpun dikatakan banyak menyumbang kepada peningkatan jumlah pengangguran graduan, ia lebih bersifat berat sebelah. "Program tidak popular tiada kaitan dengan isu pengangguran di kalangan graduan. Itu tohmahan semata mata yang bukan saja boleh menggugat masa depan malah menyekat kelangsungan perjalanan ilmu. "Mengaitkan program ini juga sebagai tiada pasaran kerja berbanding program kritikal turut tidak benar. Setiap program ditawarkan ada peranan tersendiri. "Semuanya disatukan bagi menjana pembangunan masa depan yang saling memerlukan antara satu sama lain, jadi jangan anak tirikan program ini dengan pelbagai persepsi buruk," katanya. Menurutnya, setiap program yang diwujudkan mempunyai asasnya sendiri dan berpaksi kepada permintaan serta kejayaan yang hanya boleh dinilai dalam jangka panjang. Apatah lagi katanya, program ini menjadi antara asas utama mewujudkan pemantapan ekonomi dan pembangunan sosio budaya. "Setiap program ada sumbangannya tersendiri. Biarpun keadaan masa kini lebih berpihak kepada program kritikal dan berdaya saing, program sedia ada masih relevan. "Ia masih menyokong dan memperkukuhkan kepentingan pelbagai sektor dalam industri. Justeru, jangan sesekali menafikan kepentingan program ini," katanya. Dikaitkan juga sebagai program tidak laku, ia seolah-olah dipandang sinis segelintir masyarakat yang beranggapan program ini tidak mempunyai masa depan di peringkat global. Apatah lagi bilangan graduan yang memasuki pekerjaan tidak selari program diikuti di menara gading ibarat memperkukuhkan tanggapan ia patut ditamatkan. Beliau berkata, fenomena industri global yang lebih memberi fokus terhadap graduan aliran berprestij tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan graduan program sedia ada. Malah katanya, pemilihan kerjaya yang berlainan program aliran tidak boleh dijadikan kayu ukuran sebaliknya membawa banyak kelebihan. "Apa salahnya jika graduan berkenaan 'lari' dari pengkhususan diambil di universiti? Ia bukan satu pembaziran tapi cabaran. "Perlu difahami, universiti bukanlah tempat yang memberi jaminan seseorang itu mampu memperoleh pekerjaan sebaliknya ia pusat penimbaan dan perkembangan ilmu. "Masuk universiti, perlu kena belajar dan sebaik saja tamat, gunakan ilmu itu menjadi manusia berguna. Tiada jaminan graduan akan memperoleh pekerjaan seperti mana diingini," katanya menambah walaupun tidak popular masih ramai yang memohon program itu. "Ini membuktikan program ini masih mendapat kepercayaan ramai dan mampu menawarkan peluang pekerjaan. "Kita perlu akur,bukan semua pelajar pandai dan mampu mengikuti pengajian program prestij. "Malah lebih baik memilih program yang boleh memberi kelebihan seperti kemampuan memperoleh keputusan cemerlang daripada cukup makan atau gagal," katanya. Pada masa sama, program berkenaan juga diselarikan dengan pelbagai aktiviti dan kemahiran bagi memenuhi kehendak majikan. Menurutnya, setiap institusi sudah menyediakan modul tertentu bagi membantu melonjakkan lagi kemampuan graduan tanpa mengira sama ada ia program berkepentingan atau tidak. "Universiti juga proaktif dan peka, sebab itu banyak aktiviti dan pemantapan kemahiran disediakan. Ia terbuka pada semua tanpa mengira jurusan program. "Semua berpeluang mengikutinya demi meningkatkan lagi piawaian diri ke tahap yang boleh diterima industri. "Saya percaya, industri juga masih lagi menyediakan peluang besar kepada setiap graduan pelbagai program. Justeru tidak perlu 'bertikam lidah' dengan isu program yang dikatakan tidak popular ini," katanya. Beliau percaya graduan yang gagal memperoleh pekerjaan kerana mereka tidak optimis, sentiasa memilih kerja juga tidak berkemahairan. "Program hanya asas yang berperanan menentukan pilihan kerjaya namun majikan masa kini juga mahukan calon berkemahiran tinggi. "Andai kata calon itu menepati kriteria dan keinginan majikan, dia pasti diterima. "Untuk itu, lengkapkan diri dengan kemahiran sejajar kehendak industri dan jangan jadikan alasan program tidak popular sebagai penyebab musnahnya masa depan," katanya. Bagi penolong pengurus sumber manusia dan pentadbiran di sebuah agensi swasta, Mohd Redza A Hamid, percaya kecekapan seseorang itu tidak boleh dinilai melalui program diikutinya. "Berdasarkan pengalaman, saya percaya faktor utama dicari majikan ialah keyakinan diri, bakat dan sikap. "Justeru bersikap terbuka dan jangan bergantung pada segulung ijazah semata - tama. Kita juga perlu bergerak seiring dunia semasa. "Dan program bukan penentu kejayaan. Yang penting manfaat diperoleh darinya mampu membawa kebaikan dan keberkatan dalam hidup," katanya. | ||
| Posted: 25 Mar 2012 08:38 PM PDT Nissan Teana adalah ganjaran yang menanti bakal Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 pada malam kemuncak acara di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 8 April depan.Tanpa disedari, dua finalis yang bertanding dalam kategori Artis Baru Popular Lelaki dan Wanita itu sebenarnya meniti pengalaman hampir sama ketika bakat mereka mula diberi perhatian oleh peminat hiburan. Apakah ia kebetulan atau sebaliknya, selepas diumumkan sebagai finalis ABPBH 2011, semakin kencang kontroversi yang bertandang dalam kanvas seni mereka. Mungkin ada yang melihat gosip dan kontroversi itu bagaikan gimik dan nilai tambah yang sedikit sebanyak menjadi ruang melobi diri. Bagi empunya diri, semua yang terjadi adalah di luar kawalan tanpa niat untuk menjadikannya sebagai strategi terancang bagi menghangatkan lagi nama. Tasha dan Johan sepakat rela memancing undi bersandarkan bakat lakonan apatah lagi kebelakangan ini, wajah mereka sering menjadi pilihan penerbit menghiasi kaca TV. Tasha mula melonjak menerusi filem Ratu The Movie arahan Prof A Razak Mohaideen. Namun ketika nikmat populariti mula dikecapinya, perjalanan bersih Tasha dicemari dengan kisah negatif apabila didakwa sebagai kaki parti gara-gara beraksi ghairah dan mabuk ketika sambutan hari lahirnya, awal tahun ini. "Kisah itu sudah lama dilupakan. Cuma agak keterlaluan apabila cerita lain pula yang ditokok tambah. Ikutkan saya malas lagi mahu layan hal remeh sebegini. Mujur juga apabila sibuk di lokasi penggambaran dan secara tak langsung, hal ini mula terhakis daripada ingatan. "Saya tidak hipokrit, malah mengakui mengunjungi pusat hiburan itu sekitar jam 2 pagi sejurus selesai habis penggambaran. Semuanya atas desakan kawan. Kebetulan ketika itu nama saya baru diumumkan dalam ABPBH 2011 dan deejay bertugas pula memberikan ucapan hari lahir kepada saya," kata pelakon drama Gemilang di TV3 itu membuka bicara saat ralit disolek Tiar Zainal. Hakikatnya selama dua tahun serius dalam dunia lakonan, namanya jarang menerima tempias kontroversi. Pernah dulu bertiup cerita mengenai pelakon berwajah iras Krisdayanti hidup mewah ditaja lelaki kaya sedangkan dirinya masih hijau dalam arena seni. "Kalau ada yang kata saya ditaja, memang tidaklah. Sebelum saya berlakon, saya pernah bekerja sebagai pembantu jualan di butik berjenama selama dua tahun di Pavilion. Sebagai kakitangan, kami akan menerima harga istimewa jika mahu membeli barangan di situ. "Ikutkan sejak zaman sekolah lagi saya sanggup ikat perut kalau mahukan sesuatu. Apatah lagi sekarang sudah menerima pendapatan sendiri. Saya antara penggemar koleksi tas tangan dan kasut. "Kesempatan berada di Perth, Australia awal bulan lalu menjalani penggambaran drama Atas Nama Cinta terbitan Zeel Production membuatkan saya tidak melepaskan peluang membeli-belah. Sempat juga saya borong kasut di sana," kata anak sulung daripada tiga beradik itu. Mengenai ABPBH 2011, Tasha yang selesa menguruskan kerjayanya tanpa bantuan pengurus atau pembantu peribadi meluahkan rasa terharu dengan sokongan luar biasa peminatnya. Sikap tidak putus asa selain dorongan ibu tercinta serta peminat menjadi azimat untuk dia terus berkarya dan mengharungi ranjau dalam usaha memperkenalkan bakatnya. "Saya pernah menganggur lapan bulan selepas membintangi filem Ratu. Ketika itu saya hampir putus asa dan pernah tergerak hati untuk berkerja semula di tempat lama. "Mujur mama sentiasa beri galakan dan semangat untuk terus kuat dan Alhamdulillah, saya semakin diterima. "Oleh sebab itu, hingga saat ini saya cukup tersentuh dengan usaha peminat dan keluarga yang sanggup melakukan gerak gempur untuk mengundi hingga tersenarai dalam kelompok top 5 ABPBH 2011. Malah selain Fan Page di Facebook yang mencecah lebih 52,000 orang, saya turut disokong Tasha Shilla's Team untuk ABPBH ini," kata Tasha yang bercuti sebulan untuk memenuhi undangan sesi fotografi, siri jelajah ABPBH 2011 dan berehat. Jika menjadi kenyataan, Tasha bakal membintangi sebuah filem Hollywood yang bakal memulakan penggambaran awal tahun depan. Filem terbitan Henrix Foundation itu diterbitkan sebagai penghormatan terhadap pemain gitar terkemuka, mendiang Jimi Hendrix. Steven Seagal dan Richard Burkin antara nama yang disebut bakal membintanginya. | ||
| Posted: 25 Mar 2012 08:37 PM PDT ![]() KOLEKSI lencana besi ini dikumpul oleh Salim sejak sekolah rendah lagi. BAGI sesetengah orang, lencana sekolah hanyalah pelengkap pakaian seragam namun ia lebih daripada itu bagi Salim Khan, 47. Lencana sekolah menjadi koleksinya sejak dalam darjah empat lagi. Lebih istimewa, koleksinya itu menjadi bukti sejarah bahawa lencana sekolah suatu ketika dahulu diperbuat daripada besi sebelum digantikan dengan lencana kain. Memiliki lebih 100 lencana besi sekolah sekitar 1970-an, cerita Salim, koleksi uniknya itu datang dari pelbagai sekolah di seluruh negara dan ada juga dari Brunei. Antara koleksinya lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Treacher Methodist, Taiping, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Sekolah Tinggi Klang dan Sekolah Raja Perempuan Ipoh (RPS). "Lencana besi ini kebanyakannya saya tukar dengan kawan-kawan sekolah lain sebagai tanda kenangan. "Ada antaranya dari sekolah yang sudah tidak wujud lagi seperti Sekolah Menengah Rendah (Lelaki) Taiping. "Dulu berbeza dengan sekarang kerana remaja pada zaman saya mempunyai hobi yang terhad seperti mengumpul setem, kotak mancis dan lencana besi sekolah. "Saya percaya pasti ramai yang masih menyimpan koleksi lencana besi sebegini kerana keunikannya," katanya yang turut menyimpan lencana besi sekolahnya iaitu Sekolah Menengah King Edward VII Taiping. Dia yang baru menyedari simpanannya yang berusia kira-kira 30 tahun itu bercerita, antara kenangan yang masih kekal di ingatannya adalah lencana besi yang diperolehi daripada rakan penanya dari Melaka, Azman sekitar 1970-an. Menurut Salim, anaknya teruja apabila melihat koleksinya itu kerana lencana sekolah sekarang tidak lagi menggunakan besi. Sering kali Salim mengimbau nostalgia sekolah dan rakan-rakannya kepada anaknya. Turut berada dalam simpanannya adalah lencana besi keluaran khas perayaan seperti pesta sukan yang dihadirinya iaitu Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak 1973. Salim turut memiliki lencana besi Perayaan 100 Tahun Bandar Taiping 1974. Antara koleksi kesayangannya, lencana besi lambang pasukan bola sepak Everton, England yang dihadiahkan oleh pemainnya, Gary Winston Lineker ketika menginap di hotel tempat Salim bekerja sewaktu berada di Malaysia untuk perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan sekitar 1990-an. | ||
| Posted: 25 Mar 2012 08:34 PM PDT ![]() walaupun sudah sembuh, Hafizal masih meneruskan rawatan herba dengan bantuan ibunya, Faridah. SETIAP orang mungkin pernah merasa gatal-gatal, sehingga terpaksa menggaru bahagian berkenaan. Tetapi pernahkah anda terasa gatal sehingga terpaksa menggaru seluruh badan? Lebih perit jika bahagian yang digaru itu mengelupas. Keadaan inilah yang dialami oleh Hafizal Idris, 26, selama enam tahun. Ketika baru menginjak dewasa, sakit kulit yang dialami mengubah hidupnya. Dia tidak boleh aktif seperti anak muda lain sebaliknya terpaksa mengurung diri di rumah. Akibat penyakit kronik itu, kulit Hafizal bersisik kemerah-merahan, rambut gugur dan berat badan menyusut. "Saya terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kedai kerana penyakit saya semakin kronik. Tidak mungkin saya keluar dengan keadaan seperti ini," keluh anak sulung daripada empat beradik ini. Setiap hari ibunya, Faridah Bakar, 50, akan menyapu ubat ke seluruh badan manakala bapanya, Idris Sidik, 52, mencari rezeki tambahan untuk menampung kos perubatannya. Syukurlah, penderitaan Hafizal akhirnya mendapat perhatian seorang usahawan herba, Dr. NurmawatI Syakroni yang menghulurkan rawatan secara percuma. Setelah hampir sebulan rawatan diberikan, penyakitnya pulih dan Hafizal mampu bekerja seperti biasa. Dr. Nurmawati tertarik untuk membantu Hafizal selepas membaca kisahnya yang disiarkan akhbar pada Januari lalu. "Saya kemudian menghubungi Idris menerusi telefon dan menghantar herba minyak kelapa dara, alahan dan anti virus untuk tujuan merawat penyakit tersebut. Tidak lama selepas itu, saya mendapat panggilan daripada Idris beberapa kali yang memberitahu keadaan Hafizal semakin baik," ceritanya yang kemudian mengunjungi pemuda itu di Kampung Pokok Setol, Mukim Siong, Baling, Kedah. Utusan Malaysia pada 31 Januari lalu melaporkan Hafizal sengsara akibat penyakit kulit yang dihidapi dan semakin melarat sejak dua bulan lalu apabila keseluruhan badannya mengelupas. "Semasa Hafizal mendapat rawatan di Hospital Baling, memang terdapat perubahan tetapi tidak lama kerana keadaannya kembali seperti asal. "Selepas kisah Hafizal disiarkan akhbar, ramai yang menghulurkan bantuan kewangan dan ubat-ubatan. Kemudian, kami sekeluarga memberanikan diri mencuba ubat yang diberikan Dr. Nurmawati. Alhamdulillah, hasilnya baik," katanya. Tambah Idris, selepas mencuba produk herba tersebut selama 10 hari, terdapat perubahan pada kulit Hafizal. Kini tiada lagi sisik dan tanda merah. "Lebih membahagiakan kami sekeluarga, Hafizal semakin yakin dan dapat bekerja semula," katanya sambil berterima kasih kepada Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Dr. Nurmawati dan orang ramai yang selama ini banyak membantu. Idris dan keluarga sentiasa memberi sokongan moral kepada Hafizal agar dia tidak kecewa dan terus tabah meneruskan kehidupannya. "Saya bersyukur sebab Hafizal tidak pernah mengeluh dan reda dengan ketentuan-Nya. "Kesabarannya ternyata berbaloi kerana sekarang dia semakin pulih dan bersemangat," katanya menutup bicara. * Terima kasih An Nabaat Sdn. Bhd, Bandar Baru Bangi, Selangor. An Nabaat bakal dipasarkan oleh MK1, Sakamoto di Jepun. (Dali: 019-4504905) | ||
| Posted: 25 Mar 2012 08:31 PM PDT AYA sanjung ketabahan wanita yang sanggup bermadu. Berbanding saya, mereka baik hati dan penyabar. Sebaliknya saya apabila dapat tahu suami, Wan ada teman wanita, saya terus kata - lebih baik kahwin daripada buat dosa dan ceraikan saya. ''Mulanya Wan menafikan dan tuduh saya cemburu, suka dengar cerita orang dan macam-macam lagi. Dia enggan ceraikan saya. Tapi saya cekap cari bukti. Saya sendiri pergi mencarinya di rumah wanita tersebut. Daripada ditangkap basah, malu pada masyarakat dan saudara mara, saya suruh dia menikah,'' cerita Norfarah dalam e-melnya. '' Sejak rahsianya terbongkar, saya jadi murung. Sudahlah sehari suntuk bekerja, mengandung pula anak ketiga. Amat memenatkan! Sedangkan suami sentiasa cari helah balik lewat malam dan tidur di rumah kekasihnya. Memang menyakitkan hati. ''Rimas dengan kerenah suami dan setelah penat menasihat, akhirnya saya sedar lebih baik tak ada suami mungkin boleh hidup tenang walaupun dalam kesempitan. Saya buat keputusan muktamad bercerai. Saya bukan isteri penyabar yang boleh tahan dengan kerenah manusia suka berbohong dan suka buat dosa. ''Bukan saya hendak menghina bekas suami atau isteri barunya tetapi ingin berkongsi pengalaman hidup agar wanita senasib saya tidak mengambil tindakan terburu-buru lari daripada masalah. Setiap masalah yang datang adalah ujian-Nya untuk kita menjadi lebih tabah. Bomoh''Kalau suami suka bercinta tentulah dia berhajat nak kahwin lagi, jadi buat ketetapan untuk diri sendiri. Adakah kita sanggup bermadu atau sanggup ditipu beberapa kali. Jika kedua-dua jalan itu tidak disetujui lebih baik bercerai. Itu tindakan yang baik daripada buat dosa. ''Kalau wanita tak mahu bercerai dan bermadu, dia akan buat macam-macam untuk pertahankan suaminya. Jumpa bomoh sudah pasti, memburuk-burukkan suami dan sentiasa bergaduh sepanjang masa. Saya tak sanggup lalui semua itu maka saya ambil tindakan untuk bercerai. Wan menangis ketika menceraikan saya, tapi saya reda. ''Falsafah hidup saya mudah. Mungkin saya ada kekurangan sebab itu dia cari orang baru yang lebih baik, yang dapat memenuhi seleranya. ''Atas persetujuan bersama, ikatan perkahwinan kami selama tujuh tahun berakhir. Saya diceraikan dengan tiga anak yang masih kecil, yang sulung ketika itu baru lima tahun dan yang bongsu baru setahun setengah. ''Memang sedih, tapi apa nak dikata mungkin di situ saja jodoh saya dengan Wan. Memang ada adik-beradik yang tak senang hati dengan keputusan saya dan tuduh saya keras kepala. Kalau suami dah mengaku mahu berubah, terima sajalah tak payah bercerai. ''Semasa di Mahkamah Syariah, Wan berjanji akan beri nafkah anak-anak, nafkah idah untuk saya di samping membenarkan saya tinggal di rumah yang baru empat tahun kami beli. Katanya dia akan bayar ansuran rumah tersebut kerana satu hari nanti akan diberikan kepada anak-anaknya. ''Katanya lagi tak payahlah buat potongan nafkah dengan majikannya. Sebagai ayah dia sedar dan tahu tanggungjawabnya untuk membesarkan anak-anak. Lapang dada saya. Saya pegang pada janjinya kerana yang penting kami ada bumbung untuk berteduh. Kami telah berjanji bercerai secara baik demi anak-anak. ''Malangnya itu semua janji Wan hanya buat pemanis mulut di depan hakim. Hakikatnya lepas dua bulan bercerai, Wan minta tangguh bayar nafkah idah, nafkah anak-anak dia bayar setakat empat bulan sahaja sebanyak RM400, lepas itu dia cuma bayar RM200, itupun kadang bayar kadang tidak. Lepas itu dia hilang. Saya telefon dia tak angkat. ''Hanya wanita yang diceraikan seperti saya sahaja tahu penderitaan yang terpaksa saya lalui. Mana nak bayar duit upah jiran jaga tiga anak, susu dua anak lagi. Apabila terlewat ambil anak, kena pulak bayar lebih masa. Memang perit. Untungnya saya tak kena bayar sewa rumah. ''Dalam sibuk dengan anak-anak dan tugas, akhirnya kawan Wan beritahu Wan dah berhenti kerja dia dapat kerja baru dengan gaji lebih di negeri lain. Tapi dia langsung tak beritahu saya. Enam bulan lepas cerai, saya terima surat bank, Wan tak bayar ansuran rumah. Lepas tu orang bank tak henti cari Wan. Akhirnya saya terima surat bank minta keluar rumah. ''Keadaan saya ketika itu memang sakit, sebab segala-galanya terpaksa saya tanggung sedangkan pendapatan tak sebanyak mana. Lepas ditolak bil, tambang bas, pengasuh anak, makan minum dan susu anak, tak berapa sen yang tinggal. Kerana tak mahu pening kepala, saya cari rumah sewa. Beban hidup saya semakin bertambah. Namun saya bersabar. Untuk jimat belanja, saya terpaksa hentikan susu anak. Ketika menghadapi masalah beginilah, ramai rakan dan saudara nasihatkan saya kahwin lagi. Kononnya suami baru mungkin boleh bantu kurangkan masalah kewangan yang saya hadapi. ''Tapi pada saya, itu bukan jalan penyelesaian. Mungkin menambah masalah lebih besar. Secara logiknya, mana ada lelaki baik dan bujang mahu mengahwini ibu tunggal beranak tiga. Buat menyusahkan hidup saja. Lagipun mana ada ibu bapa yang hendak terima menantu janda anak tiga. Kalau duda pun, tentu dia ada masalah nak bagi nafkah anak-anaknya dan nak tanggung saya. "Ujian Allah datang bersama rahmat-Nya. Dengan kuasa-Nya juga hidup saya bertambah senang tahun demi tahun. Jiran yang tolong jaga anak-anak tidak pernah lagi beri masalah pada saya, malah jaga anak-anak saya seperti anaknya sendiri. Saya tidak bimbang untuk kerja lebih masa atau bertugas di luar daerah meninggalkan anak di bawah jagaannya. ''Dengan pendapatan sendiri, saya dapat beli rumah. Anak sulung sudah masuk kolej manakala dua lagi belajar di sekolah berasrama penuh. Saya rasa hidup lebih selesa seperti sekarang. Insya-Allah hingga ke akhir hayat," ujar Norfarah yang berkorban untuk anak-anak setelah dianiaya bekas suami. | ||
| Posted: 25 Mar 2012 08:30 PM PDT
SEBAIK sahaja anda melangkah masuk ke Tenshi No Cafe, pasti terasa bagaikan berada di dalam filem animasi Jepun. Pelayan-pelayan comel sedia menyambut mesra pengunjung kafe yang seperti istana berwarna putih dan merah jambu, lengkap berpakaian seperti butler dan pembantu rumah Perancis. Pelanggan kemudian akan disajikan dengan pelbagai hidangan Jepun yang menyelerakan dan dibentuk seperti haiwan comel. Turut menggamit tumpuan, nasi kari mangga yang dihidangkan dalam pinggan berbentuk hati dengan pes kari yang diimport khas dari Jepun. Gabungan unik masam mangga dengan pedas kari pasti membuatkan pelanggan jatuh hati dengannya. Jangan lupa memesan pencuci mulut seperti ais flos mangga atau strawberi yang menggunakan ramuan asli. Sambil menunggu hidangan unik Jepun seperti set Charaben iaitu menu sihat yang dihias comel di dalam bekas makanan seperti nasi yang dikepal menyerupai orang salji, pelanggan boleh bermain permainan video bersama pelayan pilihan malah disuap mesra oleh mereka dengan syarat-syarat tertentu. Sebaik sahaja hidangan yang dipesan sampai, pelanggan perlu menyertai pelayan kafe 'menjampi' makanan dengan gaya comel dalam bahasa Jepun bagi mengenakkan lagi makanan tersebut. Memang pelik dan unik pengalaman tersebut! Menurut pengurus kafe, Jason Chu, ia diinspirasikan dari kafe di Akihabara, Jepun iaitu Meidokiisa yang bermaksud kafe pembantu rumah. "Konsep sebegini memang terkenal di Jepun dan ia sebenarnya menekankan layanan tersendiri yang hanya boleh didapati di sini. "Pelanggan akan berasa santai bagai berada di rumah sambil mereka boleh berbual mesra atau mengambil gambar bersama pelayan asalkan mematuhi arahan yang ditetapkan. "Menu kami pula lebih kepada makanan tempatan Jepun yang boleh diklasifikasikan makanan sihat seperti Charaben dan Donburi tetapi disesuaikan sedikit dengan lidah rakyat Malaysia," katanya yang sering ke Jepun dan mendapat kerjasama daripada kafe pembantu rumah di sana. Menurut Chu, setiap pelayan mempunyai karakter tersendiri seperti ada yang berperwatakan pemalu, ceria bagaikan kakak sulung dan ada yang sering membawa anak patung merata-rata. Antara peraturan yang ditetapkan kepada pelanggan adalah tidak boleh memegang, mengekori atau meminta nombor telefon mereka. Di Tenshi No Cafe, pelanggan turut boleh merancang untuk mengadakan majlis istimewa. Setiap perayaan di Jepun juga disambut di kafe ini bagi memberi peluang rakyat Malaysia menikmati budaya negara matahari terbit itu yang menarik. | ||
| Teknik corakan seimbangkan imej Posted: 25 Mar 2012 08:25 PM PDT ![]() PEMBENTUKAN corak terhasil dengan daya kreativiti perakam. CORAKAN atau istilah Inggerisnya pattern adalah salah satu teknik asas popular dalam fotografi. Malahan ia antara medium terpenting dalam pembentukan imej seimbang. Kekuatan imej bergantung pada rona turutan corak gambaran yang terhasil daripada kepekaan perakam. Walaupun penurutan imej tidak hanya bergantung pada corak-corak keras tetapi elemen ritma turutan tidak harus diketepikan. Lazimnya teknik corakan jarang diaplikasikan dalam fotografi kerana ada kalanya ia nampak membosankan. Elemen corakan dalam teknik ini harus diguna pakai secara berhati-hati agar dapat menimbulkan kekuatan sesuatu karya yang dihasilkan. | ||
| Posted: 25 Mar 2012 08:21 PM PDT
JADUAL kerjanya memang padat namun Chermaine Poo, 32, tetap meluangkan masa untuk sesi fotografi bersama Mingguan Malaysia. Kedatangan penulis bersama jurugambar disambut mesra di lokasi fotografi yang terletak di Bukit Bintang. "Maaf kerana terpaksa menunda jadual fotografi, penggambaran saya pagi tadi habis lewat," tuturnya dengan senyuman. Berbeza dengan personaliti yang lepas, Chermaine memilih Butik Salon Albert Nico yang sudah dianggap rumah keduanya sebagai lokasi fotografi. "Secara jujurnya saya tidak mempunyai masa pada hujung minggu. Jadual saya dipenuhi tuntutan kerja. Jika ada masa, saya akan menguruskan diri seperti rawatan rambut di sini," ujarnya. Menurut Chermaine, penampilan sangat penting. Justeru, dia akan ke salon sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk rawatan rambut. Bagi memastikan badan bertenaga dan mempunyai stamina yang kuat, dia juga mengamalkan petua minum banyak air. "Tidur juga aspek yang penting untuk kelihatan cantik dan sihat. Walaupun masa tidur saya sangat terhad, saya akan pastikan tidur saya berkualiti," katanya yang menggunakan telefon pintar sebagai medium berinteraksi dengan peminat dan menyiapkan urusan kerja. Jika wanita lain gemar menghabiskan masa di pusat beli-belah pada hujung minggu, Chermaine pula gemar menghabiskannya bersama kereta kesayangannya, Lotus Europa. "Saya memang sukakan kereta lebih-lebih lagi kereta lasak yang boleh menyamai kereta lumba. Kereta umpama teman yang paling dekat dengan saya," ujar pengacara bebas ini. | ||
| Posted: 25 Mar 2012 08:18 PM PDT
SEBUT sahaja tentang fesyen, remaja paling tepat untuk dijadikan contoh berbanding golongan yang telah berusia. Realitinya industri fesyen sememangnya milik remaja, tidak kira lelaki atau perempuan. Fenomena fesyen K-pop, Hollywood, retro dan moden, semuanya menjadi taruhan fesyen remaja. Hakikatnya perkembangan ini mempengaruhi penampilan golongan tersebut untuk tampil lebih bergaya. Sentuhan dari hujung rambut ke hujung kaki nyata membuka ruang buat mereka yang ingin mencuba segala yang baru. Remaja menjadi teruja mencuba pelbagai fesyen seluar, blaus, kemeja-T, skirt panjang dan denim yang melimpah ruah di pasaran. Ini belum dicampur dengan pelbagai aksesori seperti beg tangan, dompet, kasut, tali pinggang, anting-anting, gelang tangan, rantai dan kelip rambut Biar tiada wang tapi mesti bergaya - mungkin itulah slogan remaja yang gemar berfesyen. KeinginanKoleksi muda daripada Alfio Raldo misalnya, memenuhi keinginan remaja. Ia tampil dengan warna-warna ceria seperti merah, merah jambu, oren, firus dan hijau. Setiap koleksi beg, dompet dan kasut merupakan rekaan eksklusif tanpa ada duanya.. Bagi koleksi beg, ia didatangkan dengan tali panjang dan pendek untuk kesesuaian gaya tersendiri. Sementara itu, dompet dan beg kecil dihasilkan daripada pelbagai warna dan reka bentuk. Koleksi kasut pula mempunyai gaya potongan yang elegan dan menawan dengan rekaan kasual, tumit tinggi, sniker, wedges, selipar dan banyak lagi. Ia menjanjikan sesuatu yang segar, ranggi dan bertenaga buat remaja yang gilakan fesyen. | ||
| 150 murid sertai klinik matematik UPSR Posted: 25 Mar 2012 08:17 PM PDT ![]() ISMAIL Sabri Yaakob menyerahkan cek tajaan Bank Rakyat kepada Aziz Ishak bagi menjayakan program Klinik Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bersama Utusan Malaysia di Bera , semalam. BERA 25 Mac - Kira-kira 150 murid tahun enam daripada beberapa sekolah di Parlimen Bera menyertai Klinik Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bersama Utusan Malaysia yang berlangsung di sini hari ini. Program tersebut yang mendedahkan kepada murid mengenai formula matematik yang mudah dan menyeronokkan itu dianjurkan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Bera dengan kerjasama Unit Pendidikan Utusan Malaysia. Kilinik selama sehari itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. | ||
| Kem Integriti Remaja bina jati diri pelajar Posted: 25 Mar 2012 08:15 PM PDT ![]() Wakil kumpulan peserta yang mengikuti Kem Integriti Remaja IPD Sepang bersama sijil penyertaan masing-masing selepas acara penutup kem itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor menganjurkan Kem Integriti Remaja (KIR) 2012 bagi membina jati diri, ketahanan mental dan fizikal golongan remaja dalam menghadapi realiti kehidupan. Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, DSP Zaldino Zaludin berkata, KIR berjaya mencapai objektif utamanya untuk menjana minda remaja agar mempunyai wawasan yang jelas serta berfikiran terbuka dari segi mental dan fizikal. "Ia juga berjaya menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian pelajar serta memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan yang cemerlang," katanya pada majlis penutupan kem tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini. | ||
| MSU tawar pengajian berkualiti dalam bidang kritikal untuk lepasan SPM, STPM Posted: 25 Mar 2012 08:13 PM PDT ![]() Kajian pengesanan graduan yang dijalankan setiap tahun menunjukkan 95 peratus graduan MSU mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu mempertimbangkan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) sebagai salah satu opsyen untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertiari kerana ia mengutamakan pendidikan berkualiti dan kaedah pengajaran kreatif dalam melahirkan graduan yang kompeten serta berdaya saing. Naib Presiden Komunikasi Korporat MSU, Datuk Rosli Yusof berkata, MSU mengamalkan pendekatan pembelajaran menyeluruh dengan menerapkan elemen seperti pendedahan antarabangsa, komponen latihan industri, kemahiran insaniah, sistem mentoring, dan melibatkan pelajar kepada aktiviti khidmat komuniti demi meningkatkan kebolehpasaran mereka. | ||
| Posted: 25 Mar 2012 08:11 PM PDT
SELEPAS sukses dengan beberapa siri Optimus sebelum ini, LG terus mengorak langkah memperkenalkan produk terbaru telefon pintar mereka bagi portfolio yang sama. Kali ini, syarikat teknologi itu mempertaruhkan pula model LG Optimus 4X HD dengan sokongan pemproses empat teras NVIDIA Tegra 3, 1.5 GHz dikombinasikan bersama paparan definisi tinggi, True HD. Menurut presiden LG Mobile Communications, Dr. Jong-seok Park, pengenalan produk selular dengan keupayaan pemproses empat teras itu bakal memberi keunikan daripada segi kelancaran operasi dan pengalaman multimedia terbaik. Secara asasnya, NVIDIA Tegra 3 merupakan satu-satunya pemproses mobiliti 4-PLUS-1 empat teras yang menawarkan prestasi multimedia peringkat tinggi serta penjimatan bateri maksimum. | ||
| Pengudaraan pintar dalam kenderaan Posted: 25 Mar 2012 08:10 PM PDT ![]() Mohd. Yusof Taib menunjukkan mekanisme produk inovasi Pengudaraan Kenderaan Pintar dan Sistem Pengekstrakan Kepanasan ciptaannya. ANDA mungkin pernah merasai keadaan suhu sangat panas di dalam kenderaan selepas meninggalkannya untuk tempoh yang lama di bawah sinaran matahari. Kajian menunjukkan suhu tersebut sebenarnya boleh mencecah sehingga 70 darjah Celsius selepas kenderaan dibiarkan berada di bawah pancaran suria dengan purata suhu 32 darjah Celsius. Sehingga kini, tiada penyelesaian aktif dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut sebaliknya kebanyakan pengguna hanya memasang lapisan filem ultra violet pada cermin kenderaan mereka sebagai pendekatan mengurangkan fenomena itu. Melihat permasalahan itu, seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Mohd. Yusof Taib, telah mencipta produk inovasi dikenali sebagai Pengudaraan Kenderaan Pintar dan Sistem Pengekstrakan Kepanasan. | ||
| Jelita, pintar, seksi si penggodam licik Posted: 25 Mar 2012 08:07 PM PDT ![]() Jangan pandang sebelah mata! Mereka mungkin cantik dan seksi tetapi bukan mencipta nama kerana wajah sebaliknya kelicikan sebagai penggodam Internet. Biasanya bidang menggodam Internet didominasi oleh golongan lelaki yang kelihatan nerd dengan cermin mata tebal dan gila buku. Tetapi lima wanita jelita ini membuktikan bahawa kepakaran mereka menggodam sistem Internet tidak kalah dibandingkan dengan lelaki. Mereka bukan saja kaya-raya hasil kerja menggodam beribu-ribu akaun bank tetapi juga berjaya membuatkan Google meninggalkan China. | ||
| Posted: 25 Mar 2012 08:06 PM PDT ![]() Mohamad Zaini Suleiman antara penyelidik tempatan yang mempunyai kepakaran dalam industri arowana. MINAT orang ramai terhadap ikan hiasan antara punca mengapa ikan arowana turut mendapat perhatian luar basa. Di negara ini, terdapat pelbagai jenis ikan hiasan seperti discus dan angelfish, live bearer seperti gapi, swordtail dan molly, Cyprinid seperti tiger barb, cherry barb dan rosy barb dan Characid seperti pelbagai jenis tetra. Ikan yang paling terkenal di negara kita ialah arowana. Ikan berkenaan tergolong digolongkan dalam famili Osteoglossidae iaitu keluarga ikan yang dikenal sebagai ikan lidah bertulang (bonytongue). Ikan ini digelar sedemikian kerana struktur lidahnya berbentuk tulang yang keras dan kesat berfungsi sebagai gigi pencengkam sesuai dengan kelakuan pemakanannya sebagai ikan pemangsa. | ||
| Posted: 25 Mar 2012 08:03 PM PDT ![]() Amer hamzah dahlan (kiri) dan pegawai penyelidikan kanan, jabatan perikanan, mohamad zaini suleiman meneliti anak ikan yang diasuh dalam akuarium. SAYA sanggup menghadap akuarium, melihat ikan berenang selama berjam-jam tanpa rasa jemu, kadang-kala sehingga ditegur isteri baru tersedar," kata pengusaha ikan arowana, Amer Hamzah Dahlan. Bermula sebagai penggemar ikan hiasan, kini beliau boleh dikategorikan sebagai pengusaha benih ikan arowana yang berjaya. Biarpun baru bertatih-tatih untuk mengeluarkan benih ikan arowana secara besar-besaran, namun pengalaman beberapa tahun memelihara, menternak serta membiak arowana secara kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil. "Dahulu kerana minat sangat ikan ini (arowana) saya sanggup pergi dari kedai ke kedai hanya untuk melihatnya sahaja. | ||
| Posted: 25 Mar 2012 08:02 PM PDT
Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada arteri atau pembuluh darah ketika ia dipam oleh jantung ke seluruh anggota badan. Ujian tekanan darah dilakukan dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan bagi tekanan darah normal adalah 120/80 mmHg. Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik. Nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik. Masa paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa berehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa tinggi daripada kadar biasa secara berlarutan, seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat. Pakar Perubatan Respiratori Hospital Pantai Ampang, Dr. Nor Adina Ahmad Tajudin berkata, mengukur tekanan darah amat penting bagi menunjukkan tahap kesihatan seseorang. "Biasanya tekanan darah rendah adalah pada 90/50 ke bawah tetapi sebenarnya tekanan darah yang rendah menunjukkan sistem kardiovaskular mereka di peringkat yang amat baik," katanya. Bagaimanapun masalah timbul apabila tekanan darah turun secara mendadak yang biasanya disebabkan oleh penyakit berkaitan dengan tiroid, pendarahan, kurang darah, kandungan gula yang rendah atau jangkitan kuman. Jika tekanan darah turun daripada 120/80 kepada 90/60 secara mendadak atau dikatakan sebagai acute change menunjukkan sesuatu yang tidak normal. "Penurunan tekanan darah secara mendadak amat berbahaya kerana akan menyebabkan kekurangan oksigen di tempat penting seperti jantung dan otak. "Ini boleh menyebabkan pesakit pitam atau lebih teruk pengsan," katanya. Biasanya golongan tua sering mengalami tekanan darah rendah disebabkan oleh kerosakan sistem saraf autoimun atau Autoimmune Nervous System. Mereka yang duduk atau tunduk terlalu lama dan bangun secara tiba-tiba akan rasa pitam kerana tarikan graviti menarik darah ke bahagian bawah badan. Ini akan mengecutkan salur darah menyebabkan darah tidak sampai ke otak. "Biasanya 10 hingga 20 peratus warga emas mengalami masalah berkenaan," katanya. Selain itu kerosakan saraf boleh berlaku disebabkan oleh diabetes atau kekurangan darah. Bagaimanapun jika tekanan darah memang sedia rendah, ini menunjukkan kesihatan kardiovaskular yang baik. Berbeza dengan tekanan darah tinggi, yang menunjukkan tahap kesihatan penghidap kronik. Sememangnya tekanan diperlukan untuk mengalirkan darah ke seluruh badan terutama organ-organ penting. Bila tekanan darah terlalu tinggi, ia menyebabkan pelbagai kerosakan kepada tubuh badan terutama jantung. Apa yang penting, pakar perubatan perlu melihat punca, komplikasi dan risiko tekanan darah tinggi. Dr. Nor Adina berkata, 95 peratus tekanan darah tinggi tidak dapat dikenal pasti puncanya manakala lima peratus lagi disebabkan masalah hormon seperti hipertiroid, hiperadrenalin, penyakit jantung, buah pinggang atau kolesterol selain genetik. "Biasanya mereka yang menderita tekanan darah tinggi mempunyai risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan diabetes. "Pesakit bakal menghadapi komplikasi seperti strok, serangan jantung, kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang dan kerosakan mata," katanya. Lebih malang lagi, pesakit yang diserang strok seperti mati sebelah badan atau tidak boleh bercakap, tidak boleh kembali sembuh seperti sedia kala dan rawatan lebih kepada sokongan. Dr. Nor Adina berkata, penyembuhan strok banyak bergantung kepada kekuatan dan semangat individu. Justeru bagi mengelakkan komplikasi, pesakit yang menderita tekanan darah tinggi perlu mengambil ubat untuk mengawal penyakit sebelum bertambah kronik selain mengubah diet dan gaya hidup kepada lebih sihat. "Pesakit perlu mengambil diet tinggi serat, rendah lemak, kurangkan garam, tidak merokok, tidak mengambil alkohol serta melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari. "Selain itu mereka perlu mengambil beberapa ubat," katanya. Pembunuh senyapTidak keterlaluan menggelarkan tekanan darah tinggi sebagai pembunuh senyap kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom ketara dalam masa lima hingga 10 tahun. Masalah kolesterol yang amat berkaitan dengan tekanan darah tinggi biasanya berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas disebabkan salur darah yang menyempit. Justeru pesakit perlu mengambil ubat kolesterol yang dibekalkan doktor agar dapat mengurangkan lemak di dalam darah. Pemeriksaan berkala setiap dua hingga tiga bulan juga amat penting bagi mengesan sekali gus mengawal penyakit darah tinggi. Dr. Nor Adina menyarankan setiap rumah mempunyai sebuah alat memeriksa tekanan darah. "Ini memudahkan mereka memantau tekanan darah sendiri kerana tekanan yang meningkat secara tiba-tiba boleh menyebabkan mangsa jatuh, pernafasan dan peredaran darah terhenti," katanya. Pesakit juga terdedah kepada pendarahan atau darah beku di otak menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak dan jantung berhenti dengan tiba-tiba. Penyakit kardiovaskular termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol, obesiti dan diabetes banyak menyerang lelaki pada usia 55 tahun dan wanita 65 tahun. Bagaimanapun, jelas Dr. Nor Adina, tekanan darah tinggi yang berlaku pada usia bawah 40 tahun mungkin disebabkan tekanan kerja, makanan tidak seimbang atau gaya hidup yang tidak sihat. Kini ramai kanak-kanak menghidap tekanan darah tinggi mungkin kerana gaya hidup moden yang sedentari. "Masyarakat pula tidak peka atau kurang kesedaran mengenai tekanan darah tinggi kerana mereka tidak nampak risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang," katanya. | ||
| Pengalaman ke Walt Disney World, Florida Posted: 25 Mar 2012 08:00 PM PDT ![]() Jangan lepaskan peluang menaiki roller coaster ini. SEBUT sahaja Mickey Mouse, Donald Duck, Goofy atau Cinderella, tentu ramai yang terkenang zaman kanak-kanak dengan watak-watak animasi yang menghiburkan di kaca televisyen. Watak yang menghiburkan ini memenuhi dunia hiburan kanak-kanak yang begitu menyeronokkan. Selepas empat tahun berada di bumi asing di kotaraya Montreal, Quebec, baru-baru ini kami berpeluang melawat sebuah daerah terkenal di negara yang berjiran dengan Kanada iaitu Amerika Syarikat (AS). Daerah yang dimaksudkan adalah salah satu destinasi pelancongan yang menjadi tarikan dunia iaitu Disneyworld dan juga Universal Studio, Florida. Disneyworld juga dikenali sebagai Walt Disney World Resort terletak di Orlando, Florida, di kawasan Tenggara AS. Dibuka pada 1971, ia menempatkan empat taman tema utama iaitu The Magic Kingdom, Epcot, Animal Kingdom dan Studio Disney Hollywood. Ia juga memiliki dua taman tema air terkenal dikenali sebagai Typhoon Lagoon dan Blizzard Beach. Menikmati udara nyaman yang agak panas di Florida, membolehkan kami melarikan diri seketika daripada kesejukan musim dingin yang mencecah -20 Celsius di Montreal. Bagi isteri saya, percutian ini memberi peluang untuk merehatkan minda selepas bergelumang dengan buku dan ulangkaji pengajiannya di universiti. Paling gembira tentunya puteri tunggal kami yang kerap menonton rancangan Walt Disney di kaca televisyen atau Youtube dan teruja untuk menemui watak-watak fantasi kegemarannya. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Trudeau Montreal kira-kira pukul 5 petang. Perjalanan mengambil masa kira-kira tiga jam sebelum tiba di lapangan terbang Orlando, Florida. Selepas selesai urusan penempatan dan berehat pada waktu malam, keesokan hari bermulalah aktiviti hari pertama kami di sana. Di hotel, bas sedia menunggu pelancong menuju ke destinasi pertama iaitu The Magic Kingdom Disneyworld. Sepanjang perjalanan, dapat dirasakan suasana yang begitu berlainan berbanding apa yang kami alami sewaktu berada di Montreal. | ||
| Formula 1 dekat di hati Malaysia Posted: 25 Mar 2012 07:59 PM PDT ![]() KEHADIRAN pemandu Mercedes AMG Petronas, Michael Schumacher (duduk kanan) dan Nico Rosberg menarik kehadiran ribuan peminat Formula Satu ke KLCC, Rabu lalu. SECARA tiba-tiba, rakyat negara ini menunjukkan kegilaan yang luar biasa kepada dua kelab bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) dan Cardiff City selepas kedua-dua pasukan ini mendapat 'sentuhan' daripada warga Malaysia. Taikun penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes menjadi orang Malaysia pertama memiliki kelab Liga Perdana Inggeris dengan membeli QPR tahun lalu, manakala Datuk Chan Tien Ghee pula dengan bangganya memampangkan nama Malaysia di bahagian depan jersi Cardiff, pasukan Liga Kejuaraan dari Wales yang melakar kejutan mara ke final Piala Liga baru-baru ini. Pengaruh QPR dan Cardiff di Malaysia cukup hebat. Di mana-mana saja kita boleh melihat peminat dengan bangganya memakai jersi QPR atau Cardiff, walaupun tiada pemain negara yang bermain di salah sebuah kelab berkenaan. Bagi mereka, QPR dan Cardiff mewakili Malaysia dalam liga bola sepak Inggeris. Fenomena hebat seperti ini jugalah yang kita mahu saksikan daripada peminat sukan tanah air dalam Formula Satu (F1), kerana Malaysia juga mempunyai penglibatan istimewa dalam perlumbaan kereta paling berprestij di dunia itu. Sebelum mengambil keputusan membeli QPR, Fernandes sudah pun memiliki sebuah pasukan F1 iaitu Lotus Racing yang memulakan perjalanan pertama pada 2010. Biarpun gagal mencatat keputusan memberangsangkan, ia tidak menghalang beliau untuk meneruskan perjuangan dan pasukan ini berlumba atas nama Team Lotus pada 2011, sebelum ditukar kepada Caterham pada 2012. Satu lagi pasukan yang memiliki kepentingan Malaysia adalah Lotus F1, yang punya kaitan langsung dengan syarikat pengeluar kereta nasional kebanggaan negara, Proton. Lotus menampilkan bekas juara dunia, Kimi Raikkonen dari Finland musim ini. Ini bukan kali pertama, Raikkonen memilih untuk memandu buat pasukan yang mempunyai kepentingan Malaysia. Juara dunia 2007 itu memulakan karier F1 bersama Sauber-Petronas pada 2001, sebelum melebarkan sayap dengan menyertai pasukan gergasi, McLaren pada 2002. Pada 2007 dia menyertai Ferrari dan muncul juara dunia. Sementara itu legenda F1 Jerman, Michael Schumacher mengetuai cabaran Mercedes yang ditaja gergasi petrolium Malaysia, Petronas. Schumacher belum menunjukkan impak sejak mengambil keputusan untuk keluar daripada persaraan tahun lalu tetapi kehadirannya di atas litar sentiasa mendapat sokongan dari peminat sukan lumba kereta itu. Bagi peminat sukan permotoran tempatan, sudah tiba masanya mereka menunjukkan 'kegilaan' kepada pasukan-pasukan F1 Malaysia seperti yang ditunjukkan kepada QPR dan Cardiff. Jika penglibatan Fernandes dan Tien Ghee dalam kelab bola sepak Inggeris dianggap sesuatu yang membanggakan, penglibatan Malaysia dalam F1 juga amat membanggakan. F1 memiliki pasaran yangluas, bayangkan terdapat 20 perlumbaan dalam kalendar dunia yang meliputi penjelajahan ke Asia, Eropah, Amerika Syarikat dan Amerika Selatan. Ini bermakna, jenama Malaysia yang dibawa Caterham, Lotus dan Mercedes telah mengelilingi dunia serta mendapat liputan yang amat luar biasa. Keputusan syarikat korporat Malaysia untuk melabur dalam F1 merupakan tindakan yang bijak. Mereka bukan saja mengukuhkan nama syarikat di pentas antarabangsa, malah menaikkan imej Malaysia di mata dunia. Ini secara tidak langsung mampu membawa lebih ramai pelabur asing ke negara ini, selain memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Bagaimanapun antara tiga pasukan, hanya Lotus berjaya mengutip mata setakat ini. Pemandu berusia 33 tahun, Raikkonen menamatkan Grand Prix Australia di Melbourne minggu lalu di tangga ketujuh biarpun memulakan aksi dari petak ke-16. Dia meraih enam mata. Mercedes pula tidak bernasib baik di Melbourne ekoran masalah kotak gear Schumacher tetapi bersedia untuk membuktikan kemampuan di Sepang, manakala Caterham mencari kedudukan lebih baik selepas menamatkan musim lalu di tangga ke-10. Apa pun jua keputusan yang bakal dicatat Caterham, Lotus atau Mercedes AMG Petronas pada perlumbaan esok, mereka tetap membanggakan rakyat Malaysia kerana membawa jenama kita berada ke pentas dunia. Buat ketiga-tiga pasukan, selamat berjaya. | ||
| Posted: 25 Mar 2012 07:56 PM PDT
DEMAM Formula 1 (F1) kembali lagi ke Litar Sepang Malaysia untuk siri ke-63 sejak bermula secara rasmi di litar Silverstone, United Kingdom pada 1950. Sukan perlumbaan kereta bermula seawal 1920-an tetapi permulaan rasmi kalendar F1 direkodkan melalui kemenangan Nino Farina dari Itali selaku juara F1 pertama dunia. Juan Manuel Fangio dari Argentina pula dianggap legenda F1 sepanjang zaman dengan memenangi lima kejuaraan dan dua kali naib juara, satu daripadanya akibat gagal menghabiskan musim kerana kecederaan. Fangio juga bermula di petak hadapan dalam 48 daripada 51 perlumbaan F1 yang disertainya, memenangi 24 perlumbaan walaupun merupakan 'orang tua' dalam sukan tersebut ketika menang buat kali terakhir pada usia 46 tahun. Kedudukan Fangio sebagai juara ulung F1 juga gagal dicabar beberapa nama besar seperti Jack Brabham (Australia), Jackie Stewart (Britain), Niki Lauda (Austria), Nelson Piquet (Brazil) dan Ayrton Senna (Brazil) yang kesemuanya memenangi tiga kejuaraan, mahupun oleh Alain Prost (Perancis) dengan empat kejuaraan. Akhirnya, rekod yang bertahan selama 47 tahun itu dipecahkan pelumba muda, Michael Schumacher dari Jerman yang menyamai jumlah kejuaraan pada 2002 dan memotong rekod Fangio pada 2003 dan 2004. Emerson Fittipaldi dari Brazil pula memegang rekod juara F1 paling muda pada usia 25 tahun selama 31 tahun sebelum dipotong Fernando Alonso dari Sepanyol (24 tahun), kemudian sekali lagi diatasi Lewis Hamilton dari Britain (23 tahun) dan terkini Sebastian Vettel dari Jerman, juga 23 tahun dengan jarak beberapa bulan berbanding Hamilton. Beberapa nama besar F1 pula turut menjadi legenda walaupun hanya memenangi satu atau dua kejuaraan termasuklah imigran Amerika Syarikat, Mario Andretti; Keke Rosberg yang digelar 'The Flying Finn' (orang terbang Finland); mahupun pemandu kental Britain, Nigel Mansell yang menang 31 perlumbaan dan kemalangan dalam 32 perlumbaan. Kematian tragik legenda F1, Senna pada 1 Mei 1994 dan pelumba baru, Roland Ratzenberger dari Austria sehari sebelumnya di Grand Prix San Marino menyebabkan musim ke-55 itu mengubah dunia F1 selama-lamanya dengan pengenalan pelbagai peraturan baru oleh pihak penganjur atas dasar 'keselamatan pelumba'. Walaupun 1994 dianggap paling tragik kerana meragut nyawa dua pelumba, ia juga mencatatkan persaraan Prost di samping kemenangan sulung Schumacher selaku legenda baru F1. Persaraan Prost dikatakan akibat musuh lamanya, Senna mengambil tempatnya selaku pelumba utama pasukan Williams walaupun kedua-duanya pernah menjadi rakan sepasukan pada 1988, dan kemuncak kerjaya beliau tamat dengan kematian musuhnya itu. Musim terbaru F1 kini menampilkan banyak muka baru termasuk anak-anak kepada legenda F1 di samping juara bertahan, bekas juara dan legenda yang kian 'tua', Schumacher. Memandangkan enam juara F1 akan bersaing musim ini, mungkinkah legenda baru bakal lahir atau mungkin juga legenda lama kembali menyinar? Vettel selaku juara bertahan jelas terpaksa berjuang kerana laluan kejuaraan tahun ini pasti sukar memandangkan Button dan Hamilton sedang menghimpit, sementara Raikkonen, Alonso dan Schumacher mengekori laju di belakang. Pemandu lain terutamanya waris-waris atau anak didik legenda F1 juga tidak boleh diambil mudah kerana seperti nama utama kejuaraan ini, semuanya bermula sebagai watak kecil dan tidak terkenal. Litar Sepang akan menjadi titik penentu watak-watak utama mahupun picisan membuktikan mereka mampu memberi saingan terbaik untuk kemenangan mudah sebelum berakhirnya 20 perlumbaan atau mungkin terpaksa bergelut hingga persaingan akhir di Sao Paulo pada November nanti. | ||
| Posted: 25 Mar 2012 07:54 PM PDT ![]() BARISAN pelakon yang bakal menjayakan teater Gerimis Mengundang bermula malam esok di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. MENGARAH teater muzikal Gerimis Mengundang (GM) yang bakal dipentaskan malam esok di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur bukan sekadar untuk menambah koleksi karya kerjanya. Bagi pengarah Ahmad Idham Ahmad Nazri, teater kedua arahannya itu adalah sebagai penanda aras untuk industri hiburan tanah air. Katanya, GM yang menggabungkan pelakon tiga negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura bukan sekadar untuk menjalin hubungan antara penggiat seni dalam pelbagai bentuk tetapi juga sebahagian strategi pemasaran. Menurut Idham, adalah menjadi harapannya untuk membawa teater lakonan Kamal Adli, Mikha Tambayong dan Shenthy Feliziana ke negara jiran. | ||
| Posted: 25 Mar 2012 07:51 PM PDT Baru sahaja melangkah ke dunia pengacaraan, nama naib juara rancangan realiti, Mentor 5, Shiha, mula hangat diperkatakan. | ||
| Penangan Raja Gelek, Datuk M Kilau bangga jadi penghibur Posted: 25 Mar 2012 07:50 PM PDT Senyumlah, Senyumlah, Ahai Cik Mek Molek... Masih ingatkah bait-bait lagu ini? Umum mengetahui, ia adalah dendangan raja gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau. Sebut sahaja nama itu, pasti ramai yang dapat bayangkan gelekan dan tarian pemilik nama sebenar, Muhammad Daud Kilau, ini. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

























18 ulasan:
With haѵin so much wгіtten cоntent
do уοu eνеr run into any problems οf plagorism oг copyгight
violation? Mу webѕite has a lot of excluѕiνe content I've either written myself or outsourced but it appears a lot of it is popping it up all over the internet without my authorization. Do you know any methods to help prevent content from being ripped off? I'd truly appreciаte it.
my blοg ... how to lose the belly fat for women
my web page > stomach exercises to lose belly fat
I’m not that much of a internеt readеr tο be honest but your sites reаlly nice, κeеp it up!
I'll go ahead and bookmark your site to come back later on. All the best
Feel free to surf to my blog; locksmiths in solihull
Howdу! Ӏ'm at work browsing your blog from my new apple iphone! Just wanted to say I love reading your blog and look forward to all your posts! Keep up the outstanding work!
Also visit my website how do you grow taller faster
Also see my site > to grow tall
Outstanding ρоst however , I waѕ ωanting
to know if yοu сοuld write a litte moге on this ѕubϳect?
I'd be very grateful if you could elaborate a little bit further. Many thanks!
Feel free to surf to my web blog: improve dunking
Goоd poѕt but І waѕ wantіng to know if you could wгite a lіtte mоre on this topіс?
I'd be very grateful if you could elaborate a little bit more. Appreciate it!
Here is my blog post :: hot to burn belly fat
Appreciatіng the peгsistence you рut іnto your blog and detailed іnformation
you offеr. It's awesome to come across a blog every once in a while that isn't
the same outdateԁ гehashed materіаl.
Excellent reaԁ! I've saved your site and I'm adding yοur RSS feedѕ to my Google aсcоunt.
Herе іs my ωeb site Best Way To Lose Belly Fat Fast
With havin so much contеnt and аrticles do
you evег run into аny ргoblems
of plаgorism or copyright vіolation? My sіte has a
lot of unique content Ӏ've either created myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the internet without my agreement. Do you know any techniques to help reduce content from being stolen? I'd tгuly аppreciаtе it.
Also vіsit my weblοg get bigger boobs
Hеy јust wanted tο give you a quick
heaԁs up. Thе woгds in your article
seem to be running off the scrеen in Internet eхplorer.
I'm not sure if this is a format issue or something to do with web browser compatibility but I thought I'd
pоst to let you know. The design look greаt thοugh!
Hope уοu get the рroblem solved soon.
Thаnks
my wеb-ѕitе :: father's day gift ideas
ӏ abѕolutelу loѵe your blog and find thе maϳoritу оf your pοst's to be just what I'm lookіng
foг. Doеs onе οffеr gueѕt writers tο write content for you?
I wouldn't mind writing a post or elaborating on some of the subjects you write regarding here. Again, awesome web site!
Review my web site simple Wood projects
When I initiаllу commented I clicκеԁ
the "Notify me when new comments are added" checkbox and nοω
each time a comment is adԁed I get three e-mаils ωіth the same сomment.
Is there any way you can remoνe people from thаt service?
Appreciate it!
Feel free tο surf to my webρage make breasts larger
Superb blog! Do you have anу hеlρful hints for asрiring writers?
I'm planning to start my own website soon but I'm а little lost οn eveгything.
Would yоu pгοpose stаrting with a free platform like Wordpreѕs or gо fог a paid optiοn?
Therе are sο mаny options out there that І'm completely overwhelmed .. Any tips? Cheers!
Here is my site - locked out solihull
Amazing! This blog looks exactly like my old one! Ӏt's on a totally different topic but it has pretty much the same page layout and design. Outstanding choice of colors!
Here is my page ... natural yeast infection treatment
Hello Ι am so grateful I found yοur blog page, Ι really found you by mistаkе, while I wаs lоoking on Aol foг something else, Anyways I am here now and would juѕt
like to say many thanκs for a tremenԁous pοst and a
all round thrilling blog (I alѕo love the themе/ԁesign), I ԁon�t have time tο browsе it all at the moment but I have bоokmarked it аnd also іncludeԁ
your RSS feeds, sо when ӏ hаve time I will bе back to read
a gгeat deal more, Please ԁо keep up the excellent wоrk.
mу blog; quick way to lose belly fat
Heу there! I κnow thiѕ іs somewhаt off
toρіc but I was wondering which blog platform aгe you
using fοr this site? I'm getting tired of Wordpress because I've had
problemѕ wіth hаckеrѕ and I'm looking at alternatives for another platform. I would be awesome if you could point me in the direction of a good platform.
my website ... How to get bigger boobs naturally
Hi there eхcеllеnt blog!
Doеѕ running a blog liκe this requіre a mаѕsіve amount work?
I have virtually no eхpеrtіse in ρrogramming howeνer I had been hoping
to staгt mу oωn blog soon. Anyhοw, if
you have any suggestions оr tipѕ foг
new blog owners please share. I know this іs off subject nevertheless
I just had to ask. Ϲhеers!
Also visit my websitе visit the following website
Hοwԁy ѵery cool ѕite!!
Mаn .. Excellent .. Amazіng .. I'll bookmark your site and take the feeds additionally? I'm satisfіеԁ to seaгch out so
many useful info here in the publish, ωe
ωant develοp еxtгa strategieѕ
in thiѕ regаrd, thank уοu for sharіng.
. . . . .
Feel free to suгf to my ωeblog solihull locksmith
Hmm іt ѕeems liκe уour ωebѕite ate
my first comment (it wаs extrеmely long) so I gueѕs I'll just sum it up what I submitted and say, I'm thoroughly
enjoying your blοg. Ι as well am
an аspiгіng blog wrіter but Ӏ'm still new to the whole thing. Do you have any tips and hints for first-time blog writers? I'ԁ genuinely аppгеciatе it.
Fеel fгее tο visit my web-ѕite :: breast enlargement
I am сuriоus to finԁ out ωhаt
blog platform you're working with? I'm expеriencing some small
ѕecuгity ρгoblemѕ with mу lаtеst wеbsite and I would like to find something
more гisk-free. Dо you have anу recommеndаtiоns?
Also ѵisіt my web blοg :: Hypothyroidism Treatment
Catat Ulasan