Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Asyraf & Hizbur Bimbing Calon Imam Muda 3
- Lebih senang hidup solo
- Akhirnya bersatu
- Eyka usaha bantu keluarga
- Rozita Jawab Gosip Hendak Kahwin Datuk Punca Anak Lari
- Amran Ismail Terkejut Tuduhan Dibela Seseorang
- Pelajari Perubatan Islam Tidak Jejas Kerjaya Seni Adam
- D.J Dave & Marsha Berganding Rakam Lagu Whitney Houston
- Angelina Jolie Taksub Kepada Pasangan Diraja Britain
- Rihanna Mahu Bercuti Dengan Ashton Kutcher
- ‘Drama’ ketua penyamun
- Dividen 20 peratus
- Facebook saluran perangkap
- Ekspo promosikan pameran perkahwinan
- Kelab Jaket turun padang
- Stent terapi untuk pesakit jantung
- De Sija bantu tingkatkan kesihatan
- Jangan ambil mudah penjagaan mata
- Tidak selesa 'dibelai'
- Rezeki DJ Lin
- Skim baru bakal cetuskan lambakan?
- Debaran Kamal dan Mikha
- KPKK cambah penerbitan filem
- Dina jatuh cinta!
- Halle Berry cari sekolah di Paris
| Asyraf & Hizbur Bimbing Calon Imam Muda 3 Posted: 26 Mar 2012 08:15 PM PDT Imam Muda Asyraf (kiri) dan Hizbur dipilih sebagai mentor kepada para peserta Imam Muda 3.KUALA LUMPUR: Program pencarian Imam Muda (IM) musim ketiga tampil dengan pembaharuan apabila memperkenalkan juara dan naib juara musim pertama, Asyraf dan Hizbur sebagai mursyid (mentor) kepada para peserta kali ini. Penglibatan Asyraf dan Hizbur akan turut dibantu oleh 10 naqib (tenaga pengajar) yang terdiri daripada barisan peserta dua musim lepas iaitu Hassan, Nazrul, Fakrul, Azhar, Aran, Amar, Najdi, Nuri, Miril dan Adib. Pasukan pembimbing musim terbaru ini masih lagi diketuai Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz yang bertindak selaku mudir (pengetua). Mengulas mengenai pembaharuan itu, Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, pemilihan 12 alumni IM ini bertujuan untuk menjadikan proses bimbingan peserta musim ini lebih dekat dan realistik berdasarkan pengalaman sebenar mereka yang kini bergiat sebagai pendakwah muda. "Kita mahu kelompok IM musim ketiga ini menjadi lebih rapat dan dekat dengan masyarakat. Sebab itu, kita tampilkan 12 alumni bagi membimbing peserta IM3. "Inilah platform terbaik untuk hasilkan lebih ramai IM berkaliber dan pelapis seperti barisan peserta daripada dua musim lepas," katanya ketika ditemui pada pelancaran program itu di Bangsar, di sini, petang Isnin. Alumni IM bersama Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz selaku pengetua (dua, kiri), Pengurus Saluran Astro Oasis Izelan Basar (tiga, kiri) dan wakil penaja pada pelancaran IM3 di Bangsar, di sini, Isnin.Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 28, berkata amanah yang diberikan sebagai mentor bukan bertujuan untuk mengajar atau menunjuk pandai kepada peserta IM3 tetapi untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman. "Kalau diikutkan, saya sendiri masih baru dan ada lebih ramai imam dan pendakwah lebih berpengalaman di luar sana tetapi amanah ini akan saya manfaatkan untuk berkongsi dengan kelompok baru IM berdasarkan pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa ini. "Tanggungjawab kami lebih memfokuskan kepada bimbingan ilmu berdasarkan pengalaman kami sebagai persediaan para peserta ini berdakwah kepada khalayak selepas program ini nanti," katanya. Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 29, (Hizbur) pula berkata, dia melihat cabaran itu pada aspek positif biarpun dia tidak menolak pertikaian yang mungkin timbul terhadap kredibiliti mereka yang baru setahun jagung itu. "Pembabitan saya dan Asyraf dalam bidang dakwah secara rasmi baru berusia dua tahun dan ini mungkin menjadi pertikaian. "Saya sedar ia bukan tanggungjawab mudah tetapi dengan bimbingan dan kerjasama semua, insya-Allah kita akan sama-sama dapat menghasilkan lebih ramai imam muda," katanya. Izelan BasarSelain barisan pembimbing, Izelan berkata IM3 turut memperkenalkan kaedah uji bakat secara dalam talian, di mana orang ramai boleh menghantar rakaman mereka membaca beberapa surah tertentu mengikut syarat penyertaan yang ditetapkan pada laman web rasmi program itu. "Kita mahu mempermudah penyertaan daripada peserta yang berada di luar negara atau jauh dari Kuala Lumpur. Dengan cara ini, mereka tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menguji bakat seperti dua musim lepas dan hanya hantar rakaman untuk penilaian pada laman web IM," jelasnya. Penyertaan terbuka kepada semua lelaki Muslim berumur 18 hingga 30 tahun tidak kira warganegara dan fasih berbahasa Malaysia. Penyertaan secara dalam talian berakhir pada 31 Mac ini. Untuk maklumat lanjut dan menghantar rakaman masing-masing, layari www.imammuda.com.my. Juara musim ini akan membawa pulang wang tunai RM100,000, RM35,000 bagi naib juara dan tempat ketiga sebanyak RM15,000. IM3 mendapat kerjasama penajaan Bank Islam dan Len Fa Medical Supplies (M) Sdn Bhd. | ||
| Posted: 26 Mar 2012 08:12 PM PDT
SETELAH lama hidup bersendirian tanpa lelaki bergelar suami di sisi, figura ibu tunggal moden yang dikenali ramai sebagai Rozita Che Wan ini mengakui dia lebih selesa dan senang menerajui diri sendiri daripada hidup berpasangan buat masa ini. Namun walaupun dia hampir mencecah umur 40-an, dengan dikurniakan rupa paras serta bentuk badan yang masih memukau pandangan, ternyata sudah pasti diri Rozita turut menjadi idaman lelaki tidak terkecuali yang lebih muda daripada dirinya. Jika hanya dilihat dari segi luaran, siapa sangka sebenarnya Rozita yang mesra dipanggil Che Ta ini sudah mencecah umur 38 pada tahun ini. Ketika ditemui baru-baru ini di Restoran Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur, Kosmo! sempat menemu bual wanita jelita ini pada majlis ulang tahun kelahiran dirinya yang diadakan oleh syarikat One Drop Perfume khusus untuknya. Jika pada tahun lepas Rozita pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia bakal menamatkan zaman solo pada akhir tahun ini, namun buat masa ini, dia sebenarnya lebih selesa bergerak sendiri memandangkan jadual kariernya juga semakin padat. "Saya lebih senang hidup sendiri kerana telah lama saya menerajui diri sendiri. Jadi, saya juga sudah biasa keseorangan dan menjaga dua orang anak bujang saya. Ini kerana jika difikirkan, ia seperti memberi kesukaran kepada saya untuk terima seseorang dan menjadi payah jika disuruh itu dan ini. "Hidup solo menjadikan kita sedikit ego. Namun, tidak tahu pula jika mungkin wujud lelaki yang benar-benar membuatkan kita jatuh cinta padanya, dan mungkin juga kita akan berubah. "Namun terus terang setakat ini, tiada lagi wujud perasaan seperti itu dalam diri saya," jelas wanita yang gemar ketawa sepanjang berbicara. Tambahnya: "Jujur saya katakan selesa berseorangan kini. Kini jadual saya sibuk dan jika berkemungkinan dapat suami yang tidak memahami, mesti dia akan tarik muka nanti bila saya tiada masa untuk bersamanya." Zain Saidin Selepas digosip bercinta dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir yang muda 14 tahun daripada dirinya, Rozita dikatakan bercinta pula dengan seorang lagi pelakon muda, Zain Saidin yang pernah bergandingan dengannya dalam drama terbitan Astro, Kiah Pekasam. Rozita mengakui hubungannya dengan jejaka yang juga merupakan adik kepada bekas penyanyi kumpulan Elite, Sasha Saidin itu sememangnya agak rapat. "Mengenai saya dan Zain, kami memang rapat dan jika ada apa-apa masalah, kami akan saling meluahkan perasaan masing-masing mungkin mengenai kerja dan sebagainya. Ini kerana Zain terlalu positif dan naïf. Dia menyangka semua orang yang dikenalinya baik. Buka butik tudung Walaupun tidak bertudung, bicara Rozita, dia sangat menghargai wanita yang bertudung. Ceritanya, melalui tudung rekaannya, dia ingin wanita yang bertudung tampil berseri-seri dan cantik di pandangan mata suami. "Saya sudah membuka sebuah butik tudung yang bertempat di Taipan, Subang Jaya bersama adik saya, Ayu Raudhah. Tapi, kerana kesibukan jadual karier masing-masing, jadi kami menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan butik itu kelak. "Saya dan Ayu berkongsi untuk buka butik ini dan mungkin pada bulan Mei ini waktu yang sesuai untuk pelancaran. "Mengenai rekaan tudung, saya orang yang akan bertanggungjawab dan Ayu pula menguruskan bahagian pemilihan fabrik," jelas Rozita mengatakan antara fabrik yang akan digunakan ialah dari jenis chiffon, satin dan crepe. ![]() ROZITA pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-38 baru-baru ini. Di sisi Rozita ialah salah seorang pemenang peraduan One Drop Perfume, Hamizah Othman. Sementara harga tudung yang direka dan dijual oleh butik yang diberi nama Padusi bermula dari RM300 ke atas. Ini kerana jelas Rozita, tudung yang direka itu unik dan ia juga daripada jahitan tangan. Rekaannya juga serba satu sahaja dan jika ada yang sama, warnanya pula berbeza tapi setiap tudung tidak akan ada yang seratus peratus sama antara satu sama lain. Idam watak tomboi Terbaru, Rozita tampil dalam drama 13 episod berjudul Bunga-bunga Syurga yang kini sedang bersiaran di Slot Zehra, TV3. Sebelum ini mungkin anda dapat menonton wanita yang gemar berdandan ini membawa watak-watak wanita baik, namun kali ini, drama tersebut menampilkan sisi lain Rozita. Melakonkan karakter Baidah, seorang wanita yang berperwatakan antagonis, ia merupakan lakonan pertama Rozita seumpama itu. Sebelum ini katanya, dia pernah menjadi orang baik-baik, komedi malah watak wanita gila juga pernah dicubanya. "Dalam drama ini, saya jadi jahat dan sebagai ibu kepada watak lakonan Johan A'sari . "Ramai juga yang komen, watak wanita jahat saya menjadi. Saya sering berlakon watak baik-baik sahaja. "Jadi kali ini, mahu juga saya pegang watak yang berbeza. Ini kerana saya tidak mahu stereotaipkan bakat diri sendiri. "Namun pada mulanya, memang sukar untuk bawa watak jahat. Apabila pada mulanya, saya menjerit, pengarahnya, Jet Lee atau nama sebenar M. Nazir Juhan meminta saya luahkan lagi kemarahan dan perlu lagi garang kerana katanya saya terlalu lembut," katanya yang juga mengidam watak tomboi pula selepas ini. | ||
| Posted: 26 Mar 2012 08:11 PM PDT KEDUA-DUANYA pernah menghiasi dada akhbar gara-gara gosip kononnya mereka sedang hangat berkasih. Maklum saja, apabila ia membabitkan kisah cinta Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABBPBH) 2011, Shaheizy Sam, siapa yang tidak ingin membacanya? Gosip terbabit juga sedikit sebanyak mempopularkan lagi nama Wawa Zainal, si manis yang turut bernaung di bawah pengurusan MIG Talents, yang kini mula menyerlah menerusi beberapa filem seperti Sumpahan Kum Kum dan Hantu Dalam Botol Kicap.Masing-masing juga sudah pun membuat penafian, seterusnya menjelaskan kedudukan sebenar. Namun, pasangan ini akhirnya bersatu juga, walaupun hanya dalam filem. Mereka akan berlakon bersama dalam Kisah Paling Gangster arahan Brando Lee, terbitan B&L Kreatif dengan kerjasama Metrowealth Pictures. Mengaku digandingkan secara kebetulan, Sam mahupun Wawa bagaimanapun menganggap amanah diberikan itu tetap tanggungjawab yang cukup besar dan akan dilaksanakan sebaik-baiknya. Sam juga memberitahu, tentunya peluang terbabit akan digunakan untuk dia mengenali rakan lakon berusia 21 tahun dari Lahad Datu, Sabah, itu dengan lebih dekat lagi. "Sebenarnya saya tidak terkejut dengan gandingan ini. Pada masa sama, saya tidaklah berasakan pihak produser mengambil kesempatan atas gosip membabitkan kami. Sebaliknya saya tahu MIG akan sentiasa mengambil pendekatan menggandingkan kesemua pelakon di bawah naungannya untuk apa-apa saja filem terbitan mereka. "Mungkin selama ini, jika ada yang menyangka saya betul-betul punya hubungan dengannya, ia perkara yang tidak mustahil. Apabila saya diberi peluang berlakon dengan sesiapa saja, saya akan cuba mengenali orang itu dengan lebih rapat lagi. "Jika saya tidak ada inisiatif mengenalinya dan ada rasa malu, susahlah untuk kita bekerjasama. Saya pernah berdepan dengan situasi seperti ini. Daripada pengalaman berlakon bersama, saya boleh rapat dengan seseorang, seperti bersama Yana Samsudin serta beberapa pelakon wanita lain. Dengan Wawa pula, mungkin inilah masanya saya harus mengenalinya," kata Sam. Seperti biasa, Sam tidak malu untuk 'bercinta' dengan pasangannya dan percaya, 'cinta lokasi' wujud dalam industri perfileman tempatan. "Bagi mendapatkan keserasian dengan lebih cepat, saya harus mendekati setiap pelakon. Saya akan ajak dia bersembang atau makan bersama, untuk dia lebih rasa selesa dan jika boleh, sentiasa duduk berembang dan berbincang. "Saya percaya pada cinta lokasi, sebab bila membawa babak percintaan, saya sentiasa percaya yang saya sedang bercinta. Ada ketikanya saya percaya semua pelakon akan melakukan perkara sama, tetapi tidak boleh sehingga terkeluar daripada kenyataan yang dia hanya berlakon. Memang ada juga berlaku, dek terlalu mendalami watak, ia terbawa-bawa ke luar produksi," katanya. Wawa pula sama sekali tidak takut dengan gosip percintaan mereka, memandangkan hati dan perasaan hanya boleh dikawal diri sendiri. "Buat apa harus saya takut dengan gosip berkenaan kerana perasaan itu hanya boleh dikawal oleh kita sendiri. Jika kita kata tidak mahu, maka ia tidaklah berlaku. "Walaupun saya harus bercinta dengan Sam dalam filem ini, namun saya tetap menghormatinya sebagai seorang ikon, idola dan abang yang akan mendidik saya. Inilah peluang untuk saya belajar dengannya. "Bermula dari sesi bacaan skrip lagi saya sudah banyak bertanya kepadanya dan mendengar segala pendapat yang diberikan," katanya yang mengaku tidak sukar untuk mendapatkan keserasian bersama Sam memandangkan pelakon pujaannya itu sentiasa bersikap profesional, peramah dan merendah diri. Filem Kisah Paling Gangster yang menjalani penggambaran bermula hari ini turut dibintangi Epy (Raja Lawak), Alex Yanz, Fyza Kader, Zul Suphian, Mikael Andre, Shajiry, Wan Hanafi Su dan Razib Salimin. | ||
| Posted: 26 Mar 2012 08:08 PM PDT Eyka Farhana GENIT tubuhnya tidak membayangkan gadis ini berusia 17 tahun. Sekali pandang, mungkin ramai menyangkanya pelajar tingkatan dua kerana selain berbadan kecil, Eyka Farhana memiliki raut wajah dan perwatakan cukup naif. Nyatanya, tidak kira apapun bentuk fizikal atau angka usianya, anak jati Kuala Lumpur dilahirkan dengan nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, seorang gadis yang cantik. Kombinasi keayuan padanya membuatkan siapapun yang memandang pasti tak jemu sehinggakan ada yang menggelarnya 'Fazura Junior'. Bila diperhatikan memang ada benarnya kesamaan yang diperkata. Justeru, timbul idea untuk menjadikan dia penghias muka depan Rentak Artis Popular (RAP) berkonsepkan dimensi dua wajah Eyka dengan karakter remaja serta transformasi kepada seorang wanita.
| ||
| Rozita Jawab Gosip Hendak Kahwin Datuk Punca Anak Lari Posted: 26 Mar 2012 08:07 PM PDT Rozita Che WanPETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan hanya ketawa apabila timbul tuduhan anaknya, Aniq Ezra Azuar Effendy,14, lari dari rumah kerana merajuk selepas dia dikatakan membuat keputusan untuk menjadi isteri kepada seorang bergelar Datuk. Rozita,39, berkata, dia menganggap gosip terbaru itu sebagai sesuatu perkara lucu yang sering dilaluinya sejak menjadi seorang selebriti. "Haa... haa... kalau betul saya nak kahwin Datuk, mestilah anak saya suka. Datuk mestilah kaya," jawab Rozita berseloroh kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin. Pada 17 Mac lalu Rozita membuat laporan polis selepas anak keduanya itu didapati hilang dari rumah dan ditemui beberapa jam kemudian di rumah rakannya di Subang Jaya dekat sini tidak jauh dari rumah mereka. Semasa memberi keterangan kepada pihak polis, Aniq Ezra dikatakan merajuk kerana berkecil hati dengan sikap Rozita yang dilihat terlalu melebih-lebihkan abangya iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun. Rozita menambah dia tidak ambil pusing dengan gosip itu kerana tuduhan tersebut dianggapnya sebagai sesuatu perkara yang remeh. Kata Rozita sebelum ini dia pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan individu dan VIP tertentu tetapi perkara tersebut ternyata tidak benar. Malah dia juga turut menghadapi tuduhan kerana dikatakan meletakkan bayaran tinggi untuk sesebuah tawaran berlakon selain isu persaraannya dalam dunia seni yang ditarik balik. "Saya sudah melalui macam-macam kontroversi tetapi itu semua tidak menjejaskan kedudukan saya pun. Sama juga dengan isu terbaru ini (kahwin Datuk)," katanya. Dalam pada itu ditanya mengenai sebuah ruang pojok dalam akhbar mingguan Ahad lalu memuji kelangsingannya Rozita berkata, dia menjaga kesihatan untuk memastikan tubuh badan menjadi sihat. Selain menikmati nasi hanya dua kali sehari, Rozita juga aktif bersukan dan sering bermain futsal serta badminton setiap kali mempunyai kelapangan. "Saya elak mengambil minuman bergas kerana takut perut kembung. Saya pun kuat juga bersukan. Kalau balik rumah pukul 12 malam, saya pergi main futsal dulu sampai pukul 2 pagi. Lepas tu baru tidur," jelasnya. Mengenai perancangan yang dilakukan selepas tersenarai antara lima terbaik dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011), Rozita memberitahu dia menyerahkan kepada peminat untuk membuat pilihan. Bagaimanapun dia sudah menyiapkan pakaian rekaan Riezman Ruzaini untuk digayakan pada majlis tersebut di Genting Highlands pada 8 April depan. "Saya bersaing dengan mereka yang mempunyai nama kuat dalam industri seperti Fasha Sandha, Tiz Zaqyah, Scha Al-Yahya dan Nora Danish. Dalam hal ini biarlah peminat yang menentukannya," jelas Rozita. Tambahnya, sehari selepas acara itu dia bersama keluarga termasuk Lan Pet Pet dan Ayu Raudhah akan berangkat ke Switzerland dan beberapa buah negara lain untuk bercuti selama dua minggu. | ||
| Amran Ismail Terkejut Tuduhan Dibela Seseorang Posted: 26 Mar 2012 08:04 PM PDT Amran Ismail. Foto dari Facebook milik Amran.PETALING JAYA: Pelakon Amran Ismail,27, terkejut dengan tuduhan kononnya dibela oleh seseorang selepas dia dilihat memandu sebuah kereta Honda Accord edisi baru dan Pajero di beberapa lokasi penggambaran sebuah drama. Amran berkata, dua buah kereta itu tidak ditaja tetapi miliknya sendiri yang dibayar hasil wang dalam bidang lakonan. "Saya terkejut apabila ada pihak menuduh kononnya saya ni dibela oleh seseorang. Puncanya apabila saya memandu kereta Honda Accord yang baru saya beli beberapa bulan lalu di lokasi penggambaran. "Selain kereta itu saya juga mempunyai sebuah kereta pacuan empat roda itu Pajero," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin. Amran menjelaskan, kereta Pajero yang dipandunya sebelum ini milik bapanya iaitu Ismail Naim,60, yang diberikan sejak Amran berusia 19 tahun lagi dan akan habis bayaran ansurannya pada bulan Julai depan. Berikutan itu kata Amran, ibunya Hasnah Fahly,59, mahu menghadiahkan sebuah kereta Honda Accord sebagai menunaikan nazarnya terhadap Amran yang pernah diluahkan beberapa tahun lalu. Amran bersama Nadia Amir."Sebelum ini lesen saya pernah kena gantung kerana saya melakukan kesalahan lalu lintas. Emak kata kalau lesen saya dah okey, dia nak hadiahkan saya kereta. "Baru-baru ni emak tunaikan hasrat itu dan saya pilih kereta Honda Accord edisi baru. Tapi kereta itu emak hanya berikan wang pendahuluan sahaja. Ansuran bulanan saya yang bayarkan," katanya. Menurut Amran dia kecewa dengan tuduhan tersebut dan berharap masyarakat terutamanya mereka yang berada dalam dunia hiburan tidak menyalahtafsirkan setiap kali melihat seseorang artis itu memiliki kenderaan baru. Katanya, selama tujuh tahun terlibat dalam dunia seni, adalah tidak salah untuk dia menggunakan wang sendiri bagi membeli apa-apa perkara untuk kepentingan diri. "Saya sentiasa mendengar nasihat ibu dan bapa saya kerana pada awalnya mereka melarang saya untuk aktif dalam bidang seni. Apabila mereka memberi kepercayaan, saya harus pegang kepercayaan itu. Janganlah buat tuduhan sembarangan," katanya. Sementara itu Amran memberitahu dia amat gembira apabila drama bersiri terbaru lakonannya iaitu Cinta Buat Emelda akan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 bermula Selasa (hari ini). Ia menemui penonton pada setiap Selasa hingga Khamis selama sejam bermula pukul 7 malam. Ujar Amran, drama tersebut amat terkesan pada dirinya kerana dia perlu melakonkan pelbagai karakter berbeza berbanding dram-drama terdahulu. "Drama ini mengisahkan konflik kekeluargaan yang beraku dalam keluarga saya bersama dua orang kakak kembar. Saya tidak mengiktiraf hubungan dengan salah seorang kakak kembar saya kerana menganggap dia mempunyai seorang anak luar niklah," ujarnya. Tambah Amran, karya tersebut telah menguji kemampuannya untuk menangis selain perlu membawa watak romantik dan juga menjadi seorang yang tegas. Dia turut berlakon bersama Almy Nadia dan Diana Amir. Dalam perkembangan lain Amran banyak menghabiskan masa lapangnya dengan melakukan aktiviti mengayuh basikal di sekitar kawasan ibu kota untuk menguatkan stamina. | ||
| Pelajari Perubatan Islam Tidak Jejas Kerjaya Seni Adam Posted: 26 Mar 2012 08:03 PM PDT AdamKUALA LUMPUR: Keputusan penyanyi Adam (AF2) untuk mendalami ilmu perubatan Islam sejak hampir dua tahun lalu tidak menjejaskan kerjaya seni yang dilaluinya. Pemilik nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman, 28, ini berkata, ini kerana secara keseluruhan proses pembelajaran ilmu perubatan bersama aktor Ashraf Muslim di Klinik Perubatan Syifa Al-Hidayah Gombak itu berlaku secara berperingkat. "Tidak timbul isu konflik atau kekeliruan bagi saya kerana cabang seni dan pengamal perubatan itu berjalan serentak dan berasingan. "Pada kebiasaannya, saya akan memberikan tumpuan untuk mendalami ilmu perubatan pada sebelah siang dan malam pula untuk aktiviti seni. "Apa yang penting, niat kena bersih dan saya selesa dengan jalan ini. Biarlah kita peroleh manfaat di dunia dan akhirat, insya-Allah," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Vokalis kepada kumpulan pop VIP itu berkata, peralihan tersebut tidak boleh berlaku dengan sekelip mata kerana dia sudah lama menceburi bidang seni sebelum ini. "Untuk berhenti secara total daripada bidang seni, saya belum bersedia kerana ia melibatkan pelbagai pihak dan komitmen. Saya akui takut menyesal jika berhenti secara drastik. "Jalan terbaik adalah dengan mengimbanginya. Walaupun perjuangan seni saya lebih cenderung kepada muzik tari, ia bukan isu kerana saya sentiasa peka pada tindak-tanduk dan pertuturan," katanya yang mengakui berdepan pelbagai ujian sejak penghijrahan itu. Ditanya adakah dia bercadang untuk menampilkan genre kerohanian dalam muziknya pada masa akan datang, Adam berkata ia adalah cadangan yang sudah dipertimbangkan dan kini sedang mengumpulkan lagu-lagu yang bersesuaian. "Tiada sempadan untuk menyampaikan mesej Islam dan kerohanian dalam muzik. Saya sedang mengumpulkan lagu-lagu untuk dipadankan dengan genre muzik tari saya. "Dalam hal ini, saya perlu berhati-hati agar masyarakat boleh menerima lagu-lagu rancak yang bermesejkan kerohanian seperti yang dilakukan pendakwah-pendakwah di Barat," katanya yang kini terlibat sebagai mentor pada program Mentor 6 di TV3. | ||
| D.J Dave & Marsha Berganding Rakam Lagu Whitney Houston Posted: 26 Mar 2012 08:02 PM PDT D.J DaveKUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Datuk D.J Dave bersama Marsha Milan Londoh (Marsha) akan melakukan kolaborasi menerusi lagu popular mendiang Whitney Houston I Will Always Love You yang diberikan nafas baru bertujuan memeriahkan kemunculan album terbarunya tidak lama lagi. D.J Dave berkata projek duet itu sudah lama diputuskan tetapi sering tertangguh kerana kesibukannya dengan pelbagai komitmen lain. "Secara kebetulan, apabila saya dan Marsha mahu memulakan projek duet ini, kita dikejutkan dengan berita kematian Whitney Houston pula. "Ia adalah secara kebetulan sahaja tetapi gimik yang baik untuk lagu ini juga," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini. Penyanyi berusia 64 tahun itu berkata, Marsha menjadi pilihan kerana keistimewaan vokal bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu. Marsha"Saya suka kepada keunikan ton suara Marsha. Dia mempunyai penjiwaan yang baik pada lagu balada. Suaranya sangat sesuai untuk lagu I Will Always Love You. "Ia akan dirakamkan dalam dwi bahasa iaitu Inggeris dan Hindi. Kami akan menyanyi dalam dua bahasa ini secara bergilir-gilir dengan susunan muzik baru. "Lagu ini akan dimuatkan dalam album terbaru saya yang dijangka keluar pada tahun ini," katanya yang turut merakamkan beberapa lagu komposer Datuk M. Nasir. Selain album baru, penyanyi lagu Ingin Bersua ini sedang giat membuat persiapan untuk konsert bernilai RM1 juta iaitu Sketsa Memori - Live D.J Dave. Ia bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Jun depan di Panggung Sari, Istana Budaya bersempena ulang tahun ke-40 pembabitannya dalam bidang seni. Pada konsert selama dua jam itu nanti, D.J Dave turut mengundang penyanyi-penyanyi seangkatan dengannya seperti Uji Rashid dan Datuk Ahmad Nawab serta artis-artis baru antaranya Dayang Nurfaizah dan juga Marsha. | ||
| Angelina Jolie Taksub Kepada Pasangan Diraja Britain Posted: 26 Mar 2012 08:01 PM PDT Angelina JolieWASHINGTON: Aktres Angelina Jolie mengakui dia merupakan peminat tegar kepada Putera William dan isteri Duchess Kate sehingga sanggup menggantung gambar pasangan Diraja itu pada dinding rumahnya. Difahamkan, pelakon itu terlalu tersentuh dengan keikhlasan dan keluhuran pasangan tersebut sehingga dia membuat keputusan untuk menggantungkan gambar mereka di kediaman mewahnya yang bernilai RM171 juta itu. Jolie juga berkata dia mempertimbangkan untuk menerbitkan sebuah filem epik biografi mengenai kisah kehidupan Duchess Kate. "Jolie tertawan dengannya (Kate) dan mengakui wanita itu mempunyai aura yang hebat. Dia menyukai wajah dan penampilan wanita itu serta dapat merasakan keikhlasan dan keluhuran mereka. "Jolie juga menyuarakan hasratnya untuk menerbitkan sebuah filem epik biografi mengenai Kate," katanya yang dipetik laman web contactmusic.com kepada akhbar Sun. Jolie dan Pitt menonton upacara perkahwinan pasangan berkenaan pada April tahun lalu menerusi televisyen bersama anak mereka. Mereka juga menghabiskan masa beberapa bulan berada di Richmond pada tahun lalu. | ||
| Rihanna Mahu Bercuti Dengan Ashton Kutcher Posted: 26 Mar 2012 07:58 PM PDT RihannaBINTANG muda Rihanna dilaporkan mahu menghabiskan masa bersama aktor Ashton Kutcher di England pada musim panas depan. Penyanyi lagu We Found Love yang berusia 24 tahun itu dipercayai mula intim dengan Kutcher sejak lapan minggu yang lalu. Terbaru, penyanyi berkenaan dikatakan mengajak aktor itu untuk mengikutinya pada siri persembahannya di festival Wireless di Hyde Park dan Hackney Radio 1 di United Kingdom pada Jun dan Julai depan. Rihanna dipercayai sedang menjalani hubungan yang serius dengan pelakon berusia 34 tahun itu sehingga membawa Kutcher menemui abangnya Rorrey di New York, baru-baru ini. Ashton KutcherSatu sumber berkata kepada akhbar The Sun: "Rihanna dan Rorrey mempunyai hubungan adik-beradik yang rapat, jadi tindakan untuk menemukan Ashton dengan abangnya adalah satu perkara yang besar. "Jelas sekali, Rihanna begitu serius dengan hubungannya bersama Ashton." Dalam perkembangan lain, bekas isteri Kutcher, aktres Demi Moore yang baru keluar daripada pusat pemulihan kerana masalah ketagihan dan gangguan tabiat makan berkata, dia semakin bahagia selepas perceraian mereka pada November tahun lalu. | ||
| Posted: 26 Mar 2012 07:57 PM PDT TINGGI...suspek yang cuba terjun dari papan tanda hotel berkenaan. KLANG: Kelicikan ketua geng 'Robert Tee' yang memiliki 20 rekod jenayah lampau membabitkan kes samun kereta mewah dan samun bersenjata di Klang dan Lembah Klang berakhir apabila ditahan ketika cuba untuk terjun dari sebuah hotel di sini, Sabtu lalu. Episod penahanan bermula apabila lelaki berusia 34 tahun itu yang menyedari dirinya cuba ditahan polis di tingkat empat tempat letak kereta hotel berkenaan melarikan diri dengan berpaut pada palang papan tanda hotel hampir dua jam dan mengugut untuk terjun.
Selain lelaki itu, dua lagi anggota kumpulannya ditahan di hotel sama.
Mohamad berkata, polis mengejar sebelum suspek yang terdesak memanjat tembok hotel dan berpaut pada papan tanda hotel sebelum membuang sebuah beg sandang miliknya.
Semua suspek kini direman sehingga 31 Mac ini untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB), Seksyen 309 Kanun Keseksaan (KK) kerana cuba membunuh diri dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958. | ||
| Posted: 26 Mar 2012 07:56 PM PDT PRESTASI MANTAP...Ismail (tiga dari kiri) bersama timbalannya, Datuk Rohani Abdul Karim melihat prestasi kewangan Bank Rakyat di Kuala Lumpur, semalam. HAMPIR sejuta pemegang saham Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menerima durian runtuh apabila bank koperasi itu mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 20 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengagihan dividen itu membabitkan pembayaran dividen tunai sebanyak 15 peratus berjumlah RM330 juta dan dividen bonus saham lima peratus atau RM105 juta.
"Pendapatan kasar bank Rakyat meningkat 13.3 peratus kepada RM5.5 bilion berbanding RM4.86 bilion pada tahun sebelumnya dengan pembiayaan peribadi kekal sebagai penyumbang utama kepada keuntungan bank di samping pertumbuhan dalam pendapatan Ar-Rahnu dan aktiviti pelaburan.
| ||
| Posted: 26 Mar 2012 07:49 PM PDT PENGHARGAAN..Nazrul menyampaikan cenderahati kepada Wan Hasmah. RAMAI yang menginginkan cinta sejati. Namun, ramai juga yang tersungkur dek terlalu mengagungkan cinta sehingga tidak sedar perkara yang dikorbankan demi pasangan. Masing-masing mempunyai definisi tersendiri mengenai cinta. Manis, masam, pahit dan masin, semuanya ada. Namun, berbeza pula maksudnya dengan golongan yang gemar menggunakan cinta secara sengaja untuk memperdaya mangsa sehingga membawa penderitaan berpanjangan. Biasanya mereka sanggup mempermainkan perasaan pasangan yang sengaja dilakukan atas tujuan jenayah dengan memerangkap mangsa untuk dijadikan sebagai 'keldai dadah'. Menurut penceramah bebas, Norita Azmi, sindiket dadah bijak menggunakan pelbagai cara, ditambah dengan zaman teknologi hari ini bagi menarik perhatian mangsa untuk memperdaya mereka. "Apatah lagi, laman sosial facebook semakin digemari oleh kebanyakan masyarakat tidak mengenal usia. Ini membuatkan mereka menjadikan saluran itu sebagai alat memperdaya mangsa. "Biasanya ahli sindiket antarabangsa akan menggunakan laman sosial itu untuk menarik perhatian mereka yang mudah tertipu. "Statistik yang dipetik daripada laporan disiarkan televisyen tempatan menunjukkan sejumlah 19 mangsa iaitu lelaki dan perempuan menjadi keldai dadah pada 2011 selepas berkenalan di facebook. "Selain itu, mereka menggunakan lelaki tempatan untuk mencari kenalan wanita dan seterusnya memikat mangsa sehingga jatuh cinta. "Kesempatan itulah yang digunakan oleh sindiket terbabit untuk menjanjikan pelbagai peluang menarik dan menabur janji manis untuk memperdayakan mangsa. "Tidak cukup dengan lelaki tempatan, ada juga sindiket yang menggunakan wanita bagi merekrut ahli baru untuk memperdaya mangsa lain," jelasnya mengenai modus operandi sindiket keldai dadah yang diperoleh daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim. Tambah Norita, antara contoh kes membabitkan keldai dadah berkaitan perkenalan singkat dalam laman sosial facebook. Misalnya, selepas berkenalan dengan lelaki kulit hitam tahun lalu, ia mengubah hidup seorang gadis berketurunan Dayak yang berasal dari Sarawak. Gadis berusia 22 tahun yang pernah menuntut di Kolej Segi itu ditahan di Shenzhen, China sejak 29 Mac lalu apabila pihak berkuasa negara itu menemui sejumlah dadah yang disembunyikan di dalam perutnya. Disebabkan teruja dengan bayaran RM5,000, dia dengan rela menelan 100 bungkus dadah jenis heroin seberat 700 gram untuk dihantar ke Shenzhen. "Pelbagai jenis dan sebab mangsa itu menjadi keldai dadah. Antaranya, mereka mudah terpedaya dengan janji dan tawaran wang lumayan dengan bekerja di luar negara oleh ejen tidak dikenali tanpa mengetahui mereka menjadi mangsa. "Bukan itu saja, mangsa keldai dadah juga ada yang dikesan daripada golongan yang mempunyai sifat mudah percaya dan kelabu mata dengan kemewahan serta cinta yang ditawarkan oleh lelaki asing, membuatkan mereka tidak berfikir panjang sekali gus mengambil keputusan terburu-buru hingga memakan diri sendiri. "Selain itu, kebanyakan mangsa juga menghadapi masalah kewangan sehingga sanggup mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang yang banyak. "Malah ada juga yang terjebak dengan kata-kata manis dan akhirnya jatuh cinta menerusi facebook tanpa mengenali latar belakang sebenar pasangan," katanya kepada lebih 100 peserta seminar terdiri daripada kakitangan dan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Seminar bertajuk Menifestasi Cinta anjuran bersama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan dan Usim bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan awal agar mereka tidak terjebak dengan keldai dadah. Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Wan Hasmah Wan Mohd. Turut hadir pada seminar terbabit, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Usim, Nazrul Hakim Ahmad. Sementara itu, bagi peserta seminar, Nurulamira Mohd Azmi, 23, masalah itu disifatkan berpunca daripada desakan hidup kerana trend generasi muda hari ini yang inginkan hidup mewah. "Ditambah dengan keadaan mereka yang masih belajar dan perlu menggunakan duit banyak selain cuba mencari alternatif mudah untuk melancong ke luar negara. "Nasihat saya kepada generasi muda agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada kerana Tuhan itu maha adil dan sebenarnya tiada jalan mudah untuk mencari duit. "Tanggungjawab pelajar adalah belajar bersungguh-sungguh dan cuba berusaha sendiri dengan jalan yang betul jika mereka ingin menambah pendapatan. "Banyak usaha yang boleh dilakukan dan ingatlah jika hidup terlalu mudah sangat ia tidak akan mencabar," katanya. Menurutnya, seminar berkenaan memberi kebaikan khususnya untuk generasi muda kerana memang perlu mendapat pendedahan agar tidak terjebak dengan masalah keldai dadah. "Pada masa sama, ia juga dapat memberi pendedahan kepada orang lain yang rapat dengan kita misalnya ibu, kakak dan adik untuk sama-sama memberi nasihat mengenai masalah ini," katanya. Bagi Siti Nadhirah Mohamed Hassan, 23, yang bertindak sebagai pengarah seminar berkata, golongan yang terjebak dengan masalah ini rata-rata mudah terpedaya dengan pujuk rayu dan janji manis pasangan atau rakan yang baru dikenali. "Demi cinta, wanita sanggup melakukan apa saja. Jika salah mentafsirkan makna cinta, ia akan mengundang ke arah pilihan jalan yang negatif kepada diri mereka sendiri. "Jadi, seminar ini dianjurkan supaya pelajar mendapat pendedahan daripada awal agar mereka lebih berjaga-jaga supaya tidak terjebak dengan masalah ini. "Selain itu, maklumat yang diperoleh juga boleh disalurkan atau dikongsi bersama rakan lain dan ahli keluarga," jelasnya. Tambahnya, pelajar di institusi pengajian tinggi perlu mengaktifkan diri dengan program ilmiah supaya mereka memahami isu terkini bagi mengelakkan diri daripada terbabit secara sengaja ataupun tidak. Pergi seberang naik perahu, Perahu berisi jerami padi, Cinta adik abang tak tahu, Cinta adik sampai ke mati. Fakta Modus operandi: ● Sindiket dadah antarabangsa pada era kini bijak dengan menggunakan saluran baru atau popular seperti laman sosial facebook untuk merekrut wanita tempatan. ● Terdapat juga sindiket yang menggunakan lelaki tempatan untuk mencari kenalan wanita dan memikat mereka sehingga jatuh cinta. ● Ada juga sindiket yang melantik wanita untuk merekrut anggota baru menjadi keldai dadah. Mangsa yang dikenal pasti mudah terjebak untuk menjadi keldai dadah: ● Wanita tempatan ● Pelajar ● Janda atau ibu tunggal ● Pekerja berpendapatan rendah Wisma Putra menggariskan lima langkah yang boleh diambil bagi mengelak terpedaya dengan pelbagai tawaran menarik dan menjadi mangsa sindiket jenayah antarabangsa: ● Menentukan status dan memeriksa latar belakang majikan. ● Berwaspada dengan tawaran 'wang mudah' yang tidak diminta. ● Berwaspada apabila disuruh membawa barangan yang tidak diketahui. ● Berhati-hati dengan jalinan hubungan yang cepat berkembang bersama kenalan baru yang menawarkan pelbagai janji dan manfaat. ● Melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai sesuatu tawaran kerja yang disyaki kesahihannya. ● Jangan berkorban apa saja demi cinta. | ||
| Ekspo promosikan pameran perkahwinan Posted: 26 Mar 2012 07:48 PM PDT ![]() Orang ramai yang hadir pada Ekspo Perkahwinan dan Fesyen Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia di PICC, baru-baru ini. PENYERTAAN peniaga melalui ekspo ataupun pameran tertentu merupakan platform terbaik untuk mempromosi produk dan barangan mereka. Begitu juga penyertaan dalam ekspo berkaitan barangan perkahwinan seperti pakaian, makanan, pelamin dan set cenderamata, yang bukan sahaja bertujuan mempromosi malah dapat membantu bakal pengantin memilih produk bersesuaian untuk majlis mereka dengan harga berpatutan. Kenyataan ini turut diakui oleh Pengarah Urusan Dios Astana Bridal, Zaidi Osman selaku pengendali Ekspo Perkahwinan dan Fesyen Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dari 23 hingga 25 Mac lalu. | ||
| Posted: 26 Mar 2012 07:43 PM PDT ![]() Kemunculan maskot Upin & Ipin menceriakan lagi program Perpustakaan Rumah Keduaku terutamanya di kalangan kanak-kanak. ILMU itu pelita hidup. Membaca pula adalah jambatan ilmu. Menerusi pembacaan, menjadikan individu itu matang dan berpengetahuan luas. Dunia tanpa sempadan hari ini, memerlukan masyarakat Malaysia agar membudayakan amalan membaca bagi meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan. Sayangnya, walaupun pelbagai usaha telah diusahakan, tahap membaca di kalangan masyarakat masih rendah. Prihatin dengan isu kurang membaca di kalangan masyarakat, Kelab Jabatan Kerajaan Tempatan (Kelab Jaket), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bukit Bangkong Sepang, Selangor telah menganjurkan program khidmat masyarakat Perpustakaan Rumah Keduaku di Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor pada 17 Mac lalu. | ||
| Stent terapi untuk pesakit jantung Posted: 26 Mar 2012 07:42 PM PDT ![]() DR. Yap Yee Guan menunjukkan bagaimana keadaan jantung tersumbat akibat penebalan kolesterol di sepanjang dinding arteri. PENYAKIT jantung lazimnya dikaitkan dengan warga emas. Tetapi senarionya hari ini penyakit tersebut boleh menyerang tanpa mengira umur. Ini dapat dilihat dari semasa ke semasa kematian mengejut di kalangan golongan muda diakibatkan serangan jantung semakin meningkat setiap tahun. Malah, ia menjadi ancaman yang perlu diberi perhatian serius oleh rakyat negara ini. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan kekurangan nutrisi boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular (CVD) dan lain-lain penyakit yang mengancam nyawa. Penyumbang terbesar CVD adalah penyakit jantung koronari (CHD), di mana berlakunya penebalan kolesterol serta bahan berserat yang dikenali sebagai plak di sepanjang dinding arteri. | ||
| De Sija bantu tingkatkan kesihatan Posted: 26 Mar 2012 07:42 PM PDT ![]() MOHAMED Abdul Majid bersama sebahagian daripada produk minuman kesihatan De Soja keluaran syarikatnya di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. SETIAP insan mahukan kesihatan yang baik bagi membolehkan mereka menjalankan pelbagai pekerjaan dengan selesa. Menyedari pentingnya penjagaan kesihatan, seorang bekas telah mengambil inisiatif melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap kacang soya dengan TPMBiotech pada tahun 2009. Matlamatnya ialah untuk menghasilkan produk minuman yang bukan sahaja dapat meningkatkan taraf kesihatan, tetapi juga mampu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat bumiputera di samping mengeluarkan produk kesihatan yang halal dan dijamin bersih. Di Malaysia, kacang soya banyak digunakan dalam pembuatan kicap, tempe, air soya dan sebagainya. Ia juga boleh diproses menjadi minyak, kosmetik, sabun dan produk yang lain. | ||
| Jangan ambil mudah penjagaan mata Posted: 26 Mar 2012 07:41 PM PDT ![]() Pemakai kanta lekap menjalani ujian terlebih dahulu untuk pastikan sama ada mata mereka sesuai dengan kanta tertentu. - Gambar hiasan BAGAIMANA caranya seseorang itu melindungi matanya dan memastikannya dalam keadaan sihat? "Dapatkan nasihat daripada optometris bila timbul keperluan untuk penjagaan mata," nasihat Khairunisah Muda, seorang optometris dari syarikat Menara Optometry. Menurut beliau, umum perlu prihatin tentang dua situasi yang boleh melibatkan mata iaitu patologi dan fisiologi. Optometris ialah seorang yang dilatih secara profesional dan mempunyai lesen bagi memeriksa mata, mengesan masalah, memberi diagnosis tentang mata dan mengesyorkan rawatan bagi mata yang mempunyai masalah. Situasi patologi pula memerlukan rawatan perubatan termasuk pembedahan dalam kes terbentuknya katarak manakala fisiologi memerlukan terapi penglihatan yang kebanyakannya memerlukan langkah membetulkan otot oftalmik yang lemah atau penglihatan kabur. | ||
| Posted: 26 Mar 2012 07:37 PM PDT SOALAN SALAM, saya berumur 24 tahun dan bakal berkahwin. Apa yang merisaukan adalah waktu nak tidur, saya tak suka kalau ada orang yang pegang atau tidur berdekatan dengan saya. Contohnya kalau kaki dia terkena kaki saya atau tangan dia tersentuh mana-mana bahagian kulit saya, saya geram dan saya mesti nak marah sebab saya kena bangun semula untuk buang air kecil. Saya sangat risau macam mana selepas berkahwin nanti? Apa yang perlu saya buat? * Ana, Shah Alam JAWAPAN Alhamdulillah dan juga tahniah kerana tidak lama lagi anda akan berkahwin dan bergelar isteri. Ia sepatutnya hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap wanita. Jadi saya agak pelik apabila perkara yang sebaliknya yang ada dalam fikiran Ana. Perkara yang dialami oleh Ana agak luar biasa kerana 'tidak selesa' dibelai dan mengalami masalah dengan tidur. Adakah Ana mengalami apa-apa masalah yang lain sebelum ini? Saya amat berharap agar Ana sentiasa berfikiran positif dan jangan sesekali gusar. Sudah tentu akan ada pelbagai cara yang dapat membantu menikmati keseronokan berumah tangga. Mungkin elok Ana berjumpa pakar psikiatri atau psikologi sebelum berlangsungnya perkahwinan anda. Dengan cara ini permasalahan sebenar dapat diatasi atau dirawat. Janganlah membendung permasalahan ini seorang diri. Tidur adalah normal, sesuatu yang biasa. Ia adalah satu tempoh untuk individu merehatkan dan memulihkan badan dan mindanya. Jika individu tidak dapat tidur dengan lena untuk beberapa malam, dia akan merasa sukar membuat keputusan dan perasaannya akan terjejas. Daripada persoalan yang diutarakan, saya dapati Ana tidak dapat menghayati tidur yang lena dan mudah tersedar. Jika masalah tidur berterusan lebih-lebih lagi jika 'diganggu', ia boleh jadi berpunca daripada masalah emosi, kesukaran dalam kehidupan seharian atau kadang-kala masalah psikologi yang lebih serius. Untuk mengatasi masalah tersebut, puncanya perlu dicari dan diatasi. Biasanya masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan tabiat tidur dengan baik, kaunseling dan mengelakkan penggunaan hipnotik atau alkohol secara berterusan untuk memudahkan tidur. TertekanKebimbangan yang lebih boleh menyukarkan untuk tidur lena. Kemurungan yang teruk pula menyebabkan seseorang mungkin terbangun awal atau di tengah malam dan tidak boleh tidur semula. Dapatkan nasihat doktor jika masalah tidur masih berlaku sekalipun anda mengamalkan tidur yang sihat. Kesukaran mendapat tidur yang berkualiti biasanya membuatkan anda tertekan dan risau. Tekanan yang berlanjutan cukup meletihkan sedangkan tubuh mengharapkan tidur dan rehat yang cukup. Nasihat saya, buangkan sifat amarah dan mudah geram. Sifat ini akan memudaratkan lagi tidur anda. Ada beberapa tip mudah yang boleh diamalkan untuk mengatasi sifat tidak diingini itu dengan bijak. BertenangMulakan dengan banyak bertenang. Tarik nafas dalam-dalam sekitar tujuh hingga sembilan saat dan lepaskannya perlahan-lahan juga sekitar tempoh sama. Bagi yang beragama Islam, anda digalakkan beristighfar semasa melepaskan nafas. Insya-Allah, jika diulang sebanyak tujuh kali, anda akan kembali tenang. Biasakan juga berada dalam keadaan berwuduk. Jiwa kita akan tenang jika mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Amalkan membaca al-Quran, zikir dan selawat. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penenang jiwa yang paling mujarab. Anda juga boleh meluaskan pembacaan kepada buku-buku ilmiah, berkaitan agama, motivasi dan sebagainya untuk menghilangkan sifat-sifat negatif. Kita perlu yakin bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan Allah tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas kepayahan pasti ada kesenangan. Hargai diriJangan bersendirian. Hendaklah sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Syaitan selalunya menyerang manusia yang suka bersendirian. Cuba luahkan perasaan, tidak kira sedih mahupun gembira, kongsikan dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda rasa selesa dengannya. Cubalah bergaul dengan orang yang sentiasa dalam keceriaan. Lakukan aktiviti luar rumah atau fizikal. Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan sewaktu belajar atau bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan atau berenang. Aktiviti kecergasan dapat menghasilkan hormon yang mampu melegakan tekanan perasaan. Jangan malu untuk ketawa atau menangis sepuas hati. Ia mampu membuang jauh perasaan yang risau atau gundah. Menyimpan perasaan dalam hati boleh menyebabkan diri sendiri merana. Apa yang penting, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. Hadkan pengambilan ubat-ubatan kerana ada sesetengahnya menyumbangkan perasaan kurang stabil (mood swing) seperti kemurungan, emosi dan sifat marah yang tidak terkawal. Elakkan pengambilan ubat-ubatan begini seboleh mungkin. Jika semuanya gagal, dapatkan bantuan doktor pakar untuk rawatan yang selanjutnya. | ||
| Posted: 26 Mar 2012 07:33 PM PDT
TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itulah yang berlaku kepada penyampai radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid, 36, yang popular dengan panggilan DJ Lin. Nama DJ Lin mula menjadi bualan apabila program kelolaannya, Suria Cinta yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, pada pukul 11 malam hingga 2 pagi itu menjadi ikutan ramai. Dek program itulah, DJ Lin mendapat tawaran menjadi duta kereta Proton Persona tahun lalu. Ketika menerima tawaran tersebut, Lin belum ada lesen, namun kini dia sudah mampu memandu. Kini dia dilantik pula sebagai duta Nureen's Beauty, produk makanan tambahan berasaskan kolagen serta set penjagaan kulit. Jujurnya, Lin memberitahu yang dia belum mencuba produk tersebut namun sanggup menjadi duta bagi membantu pengusaha bumiputera. | ||
| Skim baru bakal cetuskan lambakan? Posted: 26 Mar 2012 07:32 PM PDT ![]() Syurga Cinta antara filem tempatan yang pernah menarik perhatian para penonton. BIDANG perfileman di negara ini boleh dikategorikan sebagai sebuah industri seperti bidang-bidang lain yang menjana kepada pertubuhan ekonomi negara. Perkembangan itu dapat dilihat berdasarkan penerbitan dan jumlah kutipan tiket filem-filem tempatan sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Sebagai contoh, 20 tahun yang lalu tidak sampai 10 filem tempatan diterbitkan dalam setahun. Kini setiap tahun tidak kurang 50 filem tempatan diterbitkan dengan kutipan tiketnya juga berlipat kali ganda. Filem Sembilu 2 terbitan Skop Productions Sdn. Bhd. pernah mengaut kutipan tiket RM6.1 juta pada 1995. Ia merupakan kutipan tiket tertinggi buat filem Melayu pada era tersebut. | ||
| Posted: 26 Mar 2012 07:32 PM PDT
WALAUPUN pada awalnya sukar untuk pasangan hero dan heroin teater Gerimis Mengundang (GM) menjalin kemesraan, namun atas dasar kerja, masalah itu dapat diatasi. Kini Kamal Adli dan Mikha Tambayong tidak lagi kekok untuk berbicara antara satu sama lain apalagi menggalas tanggungjawab masing-masing. Pada sidang akhbar kali kedua GM diadakan di Istana Budaya baru-baru ini, Kamal dan Mikha, menceritakan pengalaman mereka sepanjang menjalani latihan. Dan malam ini merupakan penentu buat keserasian Kamal-Mikha apabila bakal beraksi sebagai Zaman dan Cinta untuk teater muzikal kedua arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri.
"Saya memang stress ni, sebab itulah tidak sempat bercukur. Risau pasal lakonan, tarian, nyanyian dan keserasian antara saya dengan Mikha. | ||
| Posted: 26 Mar 2012 07:31 PM PDT ![]() RAIS Yatim (tiga dari kanan) menyerahkan Dana CGI kepada lima penerbit yang layak menerima geran yang diperuntukkan melalui KPKK itu pada Siri Pembentangan Industri - Transformasi Dunia Filem Tempatan di Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini. KEMENTERIAN Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui agensinya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) paling banyak membantu mencambahkan bidang perfileman di negara ini. Setakat ini pelbagai bantuan berbentuk dana, geran, latihan mahupun peralatan penggambaran filem telah disediakan oleh kementerian yang diterajui oleh menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menerusi perbadanan tersebut. Antaranya dana daripada Skim Pinjaman Filem Cereka berjumlah RM50 juta, Dana Industri Kreatif sebanyak RM200 juta dan yang terbaru Geran Industri Kreatif RM120 juta yang beliau umumkan dua minggu lalu. | ||
| Posted: 26 Mar 2012 07:29 PM PDT Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi seorang penyampai radio, kini Faradina Binti Mohd Nadzir atau lebih dikenali dengan nama Dina Nadzir mula jatuh cinta dengan kariernya itu. | ||
| Halle Berry cari sekolah di Paris Posted: 26 Mar 2012 07:28 PM PDT Aktres Halle Berry kini dikatakan sedang sibuk mencari sekolah tadika di Paris untuk anak perempuannya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




























0 ulasan:
Catat Ulasan