RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Daus (AF8) Dituduh Nikah Pegawai Bank Dalam Diam

Posted: 27 Mar 2012 10:03 PM PDT

Daus

PETALING JAYA: Penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Daus, menganggap tuduhan kononnya dia telah bernikah secara sembunyi di selatan Thailand dengan seorang pegawai bank pada bulan lalu adalah satu fitnah.

Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 24, berkata perkara itu benar-benar mengejutkannya.

"Ia adalah tuduhan yang tidak betul. Saya sendiri terkejut kerana pertama kali mendengar cerita ini.

"Tak mungkin saya akan bernikah senyap-senyap kerana sumber kewangan dan kerjaya saya sendiri pun masih belum kukuh.

"Lagipun urusan nikah kahwin adalah perkara besar dan baik. Saya ini artis takkan hendak rahsiakan atau membelakangkan keluarga dan masyarakat dalam hal ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Penyanyi lagu Kenapa itu berkata dakwaan seumpama itu sangat mengecewakan bagi artis baru sepertinya yang selama ini bersih daripada kontroversi.

"Saya berasa sedih dan kecewa dengan tuduhan ini. Bukan sahaja ia memalukan malah akan mengecilkan hati banyak pihak juga.

"Selama dua tahun jadi artis, ini kali pertama saya dikaitkan dengan kontroversi yang besar. Saya tak tahu nak cakap apa lagi," katanya.

Daus menambah, dia tidak menolak kemungkinan tuduhan itu disebarkan oleh individu yang iri hati atau marah kepadanya.

"Saya bukan hendak tuduh sesiapa tapi apabila perkara ini tersebar, ia mungkin dilakukan oleh orang yang pernah rapat dengan saya.

"Mungkin juga bekas kekasih yang marah kepada saya sehingga menyebarkan cerita ini. Ia tidak mustahil," katanya.

Dalam perkembangan lain, Daus kini sedang giat menyiapkan rakaman album mini pertamanya di bawah KRU Studios.

Album berkonsepkan muzik gipsi itu dijangka memuatkan enam buah lagu dan bakal keluar dalam masa terdekat.

Zarina Anjoulie Sedia Dikurung Di 'Bilik 7'

Posted: 27 Mar 2012 10:02 PM PDT

Zarina Anjoulie.

PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie percaya pendedahan dan pengakuan selebriti mengenai cerita-cerita sensasi mereka dalam program terbaru Bilik 7 di ntv7 adalah hidangan yang dinantikan oleh peminat hiburan tanah air.

Zarina berkata ia disebabkan mentaliti dan sikap semula jadi masyarakat khususnya penonton Melayu sememangnya menggemari dan teruja untuk mengetahui kisah-kisah panas artis.

"Sebab itu saya yakin Bilik 7 akan menawarkan satu bentuk hiburan yang digemari oleh masyarakat kita.

"Sama ada kita mahu terima atau tidak, cerita panas artis adalah bahan yang mendapat respons yang baik daripada khalayak.

"Apatah lagi pendekatan program ini mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan," katanya.

'Bilik 7' mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan.

Zarina merupakan salah seorang daripada 13 selebriti yang bakal dipaparkan dalam program tersebut.

Bilik 7 yang bersiaran sebanyak 13 episod itu akan mula ditayangkan pada 5 April depan pada setiap Khamis bermula pukul 9 malam di ntv7.

Mengulas lanjut, Zarina berkata dia tidak melihat konsep program itu sebagai sesuatu yang mengaibkan golongan artis, sebaliknya ia adalah ruang terbaik untuk membuat pendedahan daripada mulut artis itu sendiri.

"Ia bukan membuka pekung atau memburukkan nama artis. Bagi saya, Bilik 7 memberikan pengalaman dan peluang yang baik kepada artis untuk meluahkan sesuatu kebenaran terhadap kontroversi yang tercetus.

"Saya melihat program ini sebagai platform yang telus dan berani buat artis mendedahkan kebenaran bagi sesuatu kontroversi itu daripada mulut kami secara rela dan ikhlas," katanya.

Dalam pada itu, penerbitnya Engku Azmin Engku Zaini berkata program tersebut mampu menarik minat dan tumpuan penonton kerana kelainan pada konsep dan paparannya.

"Kami bukan mahu mengambil kesempatan daripada golongan artis dengan menjadikan kontroversi mereka untuk tarik penonton.

"Sebaliknya, Bilik 7 wajar dilihat sebagai pengajaran dan mesej kepada penonton daripada kisah atau kesilapan yang didedahkan oleh artis itu sendiri," katanya.

Selain Zarina, 12 lagi selebriti yang bakal berkongsi pendedahan mereka bersama hos Richie Rachman adalah Azwan Ali, Radhi OAG, Lisdawati, Raja Azmi, Pian (Cecupak), Johan Asa'ri, Melia Aimiellia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah.

Episod mingguan Bilik 7 juga boleh ditonton di laman www.tonton.com.my, bagi yang terlepas tayangan di televisyen.

Debaran hero, heroin

Posted: 27 Mar 2012 10:01 PM PDT

MANTAP...(dari kiri) Mikha, Najua, Taiyuddin, Kamal dan Mustaqim pelakon teater muzikal Gerimis Mengudang.
MANTAP...(dari kiri) Mikha, Najua, Taiyuddin, Kamal dan Mustaqim pelakon teater muzikal Gerimis Mengudang.
pix_topright

USIANYA masih muda, tapi si manis 18 yang juga bintang sinetron remaja, Mikha Tambayong ini cukup dikenali sama ada di Indonesia mahupun di negara ini. Semuanya kerana lakonannya yang meletup dalam siri Nada Cinta yang turut disiarkan di saluran Astro Ria itu.

Bersandarkan populariti yang dimilikinya, tawaran berlakon juga mencurah buat pelakon tinggi lampai dan pemilik nama sebenar, Moudy Mikha Maria Tambayong yang dilahirkan tanggal 15 September 1994 ini.

Justeru tidak hairanlah, anak saudara penyanyi terkenal Indonesia, Harvey Malaiholo ini menjadi pilihan penerbit pementasan teater muzikal Gerimis Mengundang untuk memegang watak utama bergandingan heronya yang juga pelakon tanah air, Kamal Adli.

Secara peribadi, Mikha yang pernah memiliki dua album, Cinta Pertama dan Bekas Pacar juga menganggap peluang beraksi dalam teater arahan Ahmad Idham itu sebagai platform buatnya melebarkan sayapnya di negara ini."Saya sangat teruja untuk beraksi dalam pementasan ini kerana ia buat julung kalinya saya beraksi dalam projek teater. Justeru, bila ditawarkan buat projek ini, saya terus berbincang dengan mama yang pastinya memberi sokongan padu.


"Sukar saya menolak tawaran produksi muzikal ini kerana saya memang minat buat muzikal yang membabitkan tiga elemen iaitu nyanyian, tarian dan lakonan," katanya.

Mikha juga melihat peluang berlakon dalam muzikal itu untuk mencari tapak dalam bidang lakonan dan membina namanya di Malaysia.

"Saya sangat gembira dan terharu bila dapat tahu lakonan dalam Nada Cinta diterima ramai peminat di Malaysia. Justeru, saya juga berharap lakonan dalam teater muzikal ini juga akan diterima dengan baik peminat teater muzikal di sini.

"Kami berharap pementasan ini akan mengukuhkan lagi hubungan baik kedua-dua negara kerana saya berharap pementasan ini turut dipentaskan di Indonesia selepas ini," katanya.

Mikha ditemui ketika berkunjung ke Balai Berita dan menjayakan sesi fotografi baru-baru ini. Selain Mikha dan Kamal, barisan pelakon lain yang hadir ialah Kamal Adli, Taiyuddin Bakar, Najua Nasir dan Mustaqim Mohamed Zaki. Tidak ketinggalan, penerbitnya, Den Wahab dan isteri, Nora Bustamam.

Ditanya sama ada dia mengenali Kamal sebagai pelakon, kata Mikha yang hangat digosipkan bercinta dengan Randy Pangalila mengakui pada mulanya dia memang tidak tahu Kamal pelakon yang dikenali di Malaysia.

"Saya juga tidak tahu Kamal pernah digosipkan dengan seorang lagi artis Indonesia, Olivia dan pada masa sama, saya baru dapat tahu dia sudah ada teman istimewa yang juga pelakon Malaysia, Intan Ladyana.

"Pada pandangan saya, Kamal seorang pelakon yang kacak dan berbakat tapi ia bukan bermaksud saya akan jatuh cinta padanya kerana kami bekerja secara profesional dalam pementasan ini," katanya.

Berkongsi pengalamannya berlatih dengan Kamal, kata Mikha, sebagai pelakon yang cukup berpengalaman, aktor itu banyak membantunya menjiwai watak Cinta dengan baik.

"Pada mulanya saya berasa kekok juga untuk menjiwai babak romantik Cinta dan Zamani tapi Kamal banyak membantu kami mendapat keserasian seperti dikehendaki pengarahnya.

"Maklumlah, teater muzikal dan lakonan adalah dua cabang berbeza dan ia berlaku secara langsung di hadapan penonton berbanding lakonan dalam sinetron.

"Saya akui memang berdebar menanti reaksi daripada peminat di sini. Apapun, saya gunakan ilmu lakonan sedia ada untuk memberikan yang terbaik pada pementasan ini," katanya.

Bagi Kamal pula, dia memang berminat untuk terbabit dalam pementasan Gerimis Mengundang kerana ingin menyahut cabaran di pentas teater.

"Saya ada asas dalam bidang tarian kerana pernah terbabit dalam Impak Maksima The Musical dulu. Justeru, saya percaya mampu menjayakan pementasan ini sebaik mungkin.

"Saya akui ia memang mencabar kerana saya perlu menyanyi dan menari dalam muzikal ini tapi selepas berlatih, semuanya berjaya dilakukan dengan baik.

"Saya akui nyanyian saya memang tidak sehebat penyanyi di luar sana kerana saya bukannya penyanyi tapi selepas berlatih, saya percaya dapat menyanyi dengan baik seperti dikehendaki Ahmad Idham," katanya.

Ditanya pandangannya mengenai Mikha pula, kata Kamal, bila dapat tahu mereka bakal digandingkan dalam pementasan itu, dia terus menonton Nada Cinta.

"Alhamdulillah, menjelang hari pementasan, kami sudah dapat keserasian seperti dikehendaki pengarah. Mikha juga beri kerjasama yang bagus sepanjang sebulan kami berlatih.

"Bagaimanapun, babak Cinta dan Zamani bercinta sedikit sangat kerana kami baru nak bercinta tapi sudah ada konflik dalam hubungan itu," katanya.

Berkongsi perasaannya ketika ini, kata Kamal, dia berasa sangat gementar dan harap semuanya berjalan lancar dan berjaya. Insya-Allah, apa yang penting sekarang ialah kekuatan cerita muzikal ini yang mampu menarik penonton. Dari segi cabaran pula, paling besar sudah pasti saya perlu menyanyi, menari dan berlakon dalam satu masa," katanya.

Pementasan Gerimis Mengundang membabitkan kerjasama antara Erama Creative, Excellent Pictures Sdn Bhd dan Global Networks Sdn Bhd ini mula dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula semalam (27 Mac) hingga 8 April nanti.

Teater muzikal yang diinspirasikan daripada filem Gerimis Mengundang juga arahan Ahmad Idham ini dijangka menemui penonton �di pawagam pada pertengahan tahun ini. Ia adalah prekuel filem Gerimis Mengundang yang mana penghujung cerita dalam pementasan ini adalah permulaan bagi versi filemnya.



TRIVIA MIKHA

  • Aktor Hollywood yang ingin dating?...Ryan Gosling
  • Kali terakhir anda menangis?...Bila sahabat baik meninggal dua minggu lalu
  • Haiwan yang paling ditakuti?...Ayam
  • Sifat lelaki yang paling dibenci?...Terlalu hiperaktif
  • Kereta mewah idaman?...Bentley
  • Aset yang ingin dibeli?...Villa tepi pantai di Pulau Bali, Indonesia
  • Destinasi percutian idaman?...Greece, Itali


    TRIVIA KAMAL

  • Haiwan yang paling ditakuti?...Jenis reptilia
  • Harta atau aset yang nak dibeli?...Rumah dan tanah
  • Destinasi percutian idaman?...Semporna, Sabah

  • Aktres Hollywood yang anda ingin dating?...Megan Fox (nak ajak makan nasi lemak)

  • Kali terakhir anda menangis?...Menjiwai salah satu babak ketika sesi latihan teater muzikal Gerimis Mengundang

  • Sifat wanita yang paling dibenci?...Cepat percaya cakap orang tanpa usul periksa.
  • Mulut herot

    Posted: 27 Mar 2012 09:59 PM PDT

    DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin.
    DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin.

    BACHOK: Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

    Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.

    Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

    Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

    Balik rumah tubuh berasap

    Posted: 27 Mar 2012 09:57 PM PDT

    PEDIH... Safiah Sharif, 48, menunjukkan kesan simbahan asid di bahu anaknya, Nur Aqilah.
    PEDIH... Safiah Sharif, 48, menunjukkan kesan simbahan asid di bahu anaknya, Nur Aqilah.
    TERBAKAR... Nur Aqilah menunjukkan tudungnya yang berlubang akibat terkena simbahan asid.
    TERBAKAR... Nur Aqilah menunjukkan tudungnya yang berlubang akibat terkena simbahan asid.

    RAWANG: "Tanpa menghiraukan tudung dan pakaian serta beg sekolah yang terbakar, saya lari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit," kata Nur Aqilah Osman, 14, mangsa simbahan asid di pondok menunggu bas di pekan Batu 17 di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.

    Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu, dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas.

    "Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman.

    "Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi.

    Pintu khas pusat urut

    Posted: 27 Mar 2012 09:56 PM PDT

    RAMPAS...anggota penguat kuasa MPK menyita barangan di pusat urut terbabit dalam serbuan, kelmarin.
    RAMPAS...anggota penguat kuasa MPK menyita barangan di pusat urut terbabit dalam serbuan, kelmarin.

    KLANG: Sebuah pusat urut haram di Taman Bayu Perdana, di sini, dikesan menyediakan pintu khas bagi memudahkan pelanggannya melarikan diri jika diserbu pihak berkuasa.

    Taktik itu dikesan dalam serbuan bersepadu yang dijalankan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), kelmarin.


    Serbuan jam 3 petang itu juga membongkar misteri satu papan tanda setinggi tiga tingkat bangunan di sebuah bangunan blok tepi di Jalan Batu Unjur 7 digunakan untuk melindungi aktiviti pusat urut terbabit.

    Pengarah Jabatan Penguat kuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, pusat urut yang eksklusif itu difahamkan beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan lokasinya strategik kerana terletak di tempat tersembunyi.


    "Pusat terbabit dilengkapi pelbagai kemudahan eksklusif seperti spa, jakuzi, kafe dan bilik sauna untuk menarik perhatian pelanggan kaya yang inginkan belaian manja gadis muda warga Thailand dan China.


    "Pemilik premis adalah lelaki tempatan berumur 40 tahun dan berasal dari Klang. Soal siasat mendapati terdapat sebuah lagi premis sama beroperasi di Taman Sentosa," katanya.Menurutnya, dalam serbuan itu, lebih 10 lelaki tempatan dipercayai pelanggan berada di dalam premis manakala tukang urut dipercayai wanita warga Thailand dan China sudah melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa.


    Katanya, pusat urut itu juga dilengkapi satu lorong kecil dipanggil 'lorong tikus' bagi memudahkan pelanggan dan pekerja tukang urut melarikan diri jika diserbu.

    "Laluan ini terletak antara papan tanda dan tingkap bangunan premis yang menyambungkan ke bahagian bumbung premis bersebelahan," katanya.


    Andry berkata, seramai 19 anggota terbabit dalam operasi berkenaan yang turut melakukan serbuan di Pelabuhan Klang, Bukit Tinggi dan Bandar Baru Klang.


    "Kami akan melipatgandakan operasi seperti ini bagi memastikan tiada pihak yang menjalankan perniagaan secara haram, terutama membabitkan rumah urut.


    "Pemantauan dari semasa ke semasa dan risikan serta maklumat awam banyak membantu kami menangani isu berkaitan pusat urut haram yang beroperasi di kawasan ini," katanya ketika ditemui di sini.


    Katanya, pusat urut itu disita mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Pusat Kecantikan dan Penjagaan MPK 2007 kerana beroperasi secara haram.

    Awal Tidak Benarkan Scha Peluk Lelaki Lepas Kahwin

    Posted: 27 Mar 2012 09:54 PM PDT

    Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

    KUALA LUMPUR: Pelakon Scha Al Yahya, 29, tidak dibenarkan memeluk lelaki dalam apa jua adegan selepas bergelar isteri kepada Awal Ashaari, 31.

    Ia adalah syarat yang dikenakan oleh Awal untuk memastikan rumah tangga yang bakal mereka bina pada 4 Mei depan berjalan dalam keadaan harmoni.

    "Apabila bergelar isteri, semestinya dia (Scha) perlu menjaga nama baik suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.

    "Jadi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti iaitu biarlah tawaran watak yang diterima sesuai dengan status isteri yang dibawanya.

    "Kalau boleh saya tak mahu dia berpelukan dengan lelaki lain, nampak kurang manis," katanya selepas sidang media pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Ampwalk, Jalan Ampang di sini, Selasa.

    Awal dan Scha gembira hubungan mereka direstua keluarga kedua-dua belah pihak.

    Selain itu tambah Awal, dia mengikut nasihat ibunya bahawa suami isteri perlu tidur bersama dalam apa sahaja keadaan.

    Kerana itu Scha juga perlu pulang ke rumah sebelum pukul 12 tengah malam.

    "Berdasarkan pesanan-pesanan daripada rakan-rakan yang sudah berumah tangga dan orang tua-tua, mereka memberitahu, jika suami isteri tidur bersama akan menguatkan lagi mahligai perkahwinan.

    "Sibuk dan gaduh besar macam mana sekalipun, ibu berpesan, tidur mestilah sekali. Ia merupakan salah satu tip kebahagiaan dalam rumah tangga," ujar Awal.

    Scha yang baru sahaja mengetahui syarat itu agak terkejut selepas ditanya oleh pihak media.

    Bagaimanapun, pelakon Aku Bukan Tomboy ini tidak kisah dengan syarat itu memandangkan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mematuhi kata suami.

    "Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.

    "Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya," tutur Scha sambil memberikan senyuman kepada bakal suaminya itu.

    Pasangan tersebut akan melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

    Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

    Koperasi mikro perlu bergabung

    Posted: 27 Mar 2012 09:51 PM PDT

    BANYAK PILIHAN...Ismail memegang santan Coop 1Malaysia selepas merasmikan kedai berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
    BANYAK PILIHAN...Ismail memegang santan Coop 1Malaysia selepas merasmikan kedai berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

    KERAJAAN menggesa syarikat koperasi mikro di negara ini bergabung bagi memperkasakan lagi sektor koperasi di Malaysia, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengerusi koperasi mikro perlu lebih bersikap terbuka terhadap idea penggabungan itu terutama dalam usaha merealisasikan sasaran 10 peratus sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Negara (KDNK) menjelang 2020.


    Beliau berkata, setakat ini 85 peratus daripada koperasi di seluruh negara adalah koperasi mikro yang mempunyai pendapatan purata tahunan kurang daripada RM250,000 berbanding hanya 124 koperasi yang mencatat perolehan perniagaan RM5 juta setahun.

    "Pihak kerajaan sentiasa peka akan keperluan rakyat terutama melalui gerakan koperasi yang menjadi sektor ketiga penting dalam pembangunan negara dan disebabkan itu, kita menggalakkan juga lebih banyak penubuhan Kedai Coop 1Malaysia," katanya pada majlis perasmian Wisma Moccis dan Coop 1Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.


    Hadir sama, Pengerusi Koperasi Pegawai Melayu Malaysia Berhad (Moccis), Datuk Yusra Sabar dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Md Yusof Samsudin.


    Sementara itu, Yusra berkata pihaknya menyasarkan penambahan ahli Moccis iaitu daripada 8,600 kepada 10,000 orang menjelang akhir tahun ini dan jumlah itu dijangka dicapai berikutan pembukaan Coop 1Malaysia serta pemberian dividen kepada ahli Moccis.Beliau berkata, pada tahun ini, pihaknya turut menyasarkan untuk meningkatkan jumlah pendapatan kepada RM10 juta di sokong dengan penambahan pelbagai produk jualan di Coop 1Malaysia dan kerjasama strategik dengan koperasi lain seperti Kofama, Kobanas, Kotani serta Sistem Pengurusan Komputer Koperasi (SPKK).

    Kim Kardashian mahu beli ‘Istana Beckingham’

    Posted: 27 Mar 2012 07:34 PM PDT

    ISTANA Beckingham kepunyaan pasangan Beckham.
    ISTANA Beckingham kepunyaan pasangan Beckham.
    KIM Kardashian.
    KIM Kardashian.

    LONDON: Kim Kardashian mahu membeli Istana Beckingham. Bintang realiti yang berusia 31 tahun itu dikatakan merancang melihat rumah kepunyaan David dan Victoria Beckham yang bernilai lebih 18 juta pound (RM88 juta) itu.

    Pasangan Beckham yang berpindah ke Los Angeles supaya David boleh bermain untuk LA Galaxy kira-kira lima tahun lalu, mahu menjual rumah yang mempunyai tanah seluas 17 ekar untuk memutuskan hubungan dengan Britain.

    Dan Kim pula dikatakan mahu membeli hartanah itu, yang lengkap dengan sebuah landasan helikopter, zoo kecil, kolam renang dan studio rakaman, sebagai 'pangkalan' Eropah untuk keluarganya termasuk adik-adiknya Khloe dan Kourtney serta ibunya Kris Jenner.

    Sumber berkata, apabila keluarganya tiada di situ, Kim berharap dapat menyewakan rumah agam itu untuk peminat Beckham.

    Balik umrah, Abby berubah

    Posted: 27 Mar 2012 07:33 PM PDT

    pix_gal0
    NIAT pelakon Abby Abadi, 34, untuk berhijrah dengan memakai tudung sudah lama terpendam di hati. Namun ibu tunggal kepada tiga anak comel itu bimbang jika terlalu digembar-gemburkan kelak, ia akan memakan diri.

    Bagaimanapun kunjungannya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu akhirnya mempermudahkan niat sucinya itu.Menurut pelakon itu, selama ini dia enggan dituduh mempersendakan agama dalam soal bertudung.
    Akuinya, dia khuatir melakukan hijrah itu atas desakan mahupun tuntutan semasa, sebaliknya mahu ia berlaku atas kerelaan sendiri.

    "Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.

    "Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.

    Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki," katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.
    Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.

    Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.

    Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.

    "Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.

    "Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.

    Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

    "Apa yang saya lalui termasuk perpisahan dengan Zul Ariffin juga barangkali sedikit sebanyak mempercepatkan agenda saya ke sana. Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya sebagai orang Islam, mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita," kata Abby.

    Azhan Rani Lebih Berjaya Kerana Watak Jahat

    Posted: 27 Mar 2012 07:13 PM PDT

    Azhan Rani

    PETALING JAYA: Pelakon Azhan Rani bersyukur diberikan banyak watak jahat kerana perkara itu membuatkan dirinya lebih dikenali.

    Azhan mengakui, sejak berkecimpung dalam dunia lakonan pada tahun 2006, dia kurang didedahkan kepada publisiti media tetapi gembira setiap kerja lakonannya berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.

    "Alhamdullilah, selama lima tahun bergelar pelakon, saya tak pernah mengharapkan publisiti.

    "Apa yang saya lakukan hanya berlakon sebanyak yang mungkin dan diakui saya mula dikenali kerana watak-watak jahat yang saya lakonkan," katanya.

    Tambah Azhan dia tidak kisah jika tidak ramai pihak media yang memberikan publisiti kerana dengan cara itu lebih mudah untuknya melihat sejauh manakah tarikan lakonannya terhadap penonton.

    Dalam pada itu, menceritakan mengenai kekerapannya yang membawa watak jahat termasuklah drama Amukan Pocong yang sedang disiarkan di TV3, adakalanya dia tidak faham dengan pilihan penerbit yang sering menawarkannya watak antagonis.

    "Saya percaya, pastinya ada yang bosan dengan lakonan saya yang jahat itu. Tetapi, mahu atau tidak, kerjaya lakonan adalah punca rezeki saya dan apabila ditawarkan sesebuah watak, saya perlu menerimanya sebagai pendapatan tetap.

    "Bagaimanapun, saya gembira kerana keterbukaan stesen televisyen pada masa kini memberikan peluang kepada saya untuk meneroka watak-watak lain, kalau tidak, asalkan watak jahat sahaja, mesti muka saya," selorohnya.

    Mengenai perkembangan terbaru, Azhan akan memulakan penggambaran dalam masa terdekat ini bagi filem terbitan KL Zombie, terbitan Grand Brilliance dan Cinta Dalam Hati (RTM).

    Jangan bertindak drastik

    Posted: 27 Mar 2012 07:10 PM PDT

    PENTING...bayi perlu dapat susu ibu  selama enam bulan.
    PENTING...bayi perlu dapat susu ibu selama enam bulan.

    PENYUSUAN susu ibu tidak dinafikan adalah bentuk makanan terbaik yang boleh diberikan kepada bayi selepas kelahiran dan perlu diberikan secara eksklusif selama enam bulan.

    Ini disebabkan bayi memerlukan khasiat yang terkandung dalam susu ibu saja tanpa memerlukan tambahan makanan ataupun minuman lain sepanjang tempoh berkenaan.

    Malah, susu ibu mampu melindungi bayi kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A dan E. Ia juga berupaya untuk mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium selain mencegah masalah jaundis.

    Selain itu, susu ibu mengandungi probiotik serta banyak zat organik dan bukan organik yang membantu memantapkan sistem imuniti bayi sepanjang proses tumbesaran mereka.Namun, ada juga golongan ibu yang merasakan perceraian awal susu ibu akan menyebabkan bayi mereka tidak mendapat nutrisi sepenuhnya kerana terlalu bergantung kepada susu formula.


    Malah, penulis sendiri juga hanya mampu menyusukan anak selama enam bulan sebelum memberikan susu formula sepenuhnya hingga kini.

    Hinggakan adakalanya terlintas di fikiran sama ada anak mendapat bekalan nutrisi diperlukan berbanding bayi yang mendapat susu ibu sepenuhnya.

    Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik Hospital Pakar KPJ Selangor, Datuk Dr Zulkifli Ismail, perceraian susu ibu lebih awal tidak menjadi masalah utama asalkan bayi mendapat makanan lain selepas enam bulan pertama hidup mereka.

    Secara kebiasaannya proses bercerai susu dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat sama ada ia mengambil masa beberapa minggu atau bulan mengikut kesesuaian.

    "Memberhentikan penyusuan badan kadangkala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi.

    "Sesetengah wanita berasa sedih akibat kehilangan keakraban antara ibu dan anak seperti yang dirasai ketika menyusukan bayi mereka. Justeru, ia perlu dilakukan secara perlahan-lahan bukan bertindak drastik," katanya.

    Sebaiknya si ibu tidak menghentikan penyusuan badan serta-merta kerana ia akan mengganggu bayi dan membuatkan si ibu tidak selesa selain mengalami payudara bengkak dan kemungkinan mastitis.

    Dr Zulkifli berkata, bayi hanya perlu diberikan makanan tambahan dalam bentuk makanan pejal hanya selepas enam bulan kelahiran.

    "Ini kerana pada waktu berkenaan susu ibu saja tidak lagi mencukupi untuk menampung tumbesaran bayi dan mereka memerlukan lebih banyak khasiat serta nutrisi untuk membesar dengan sihat.

    "Berikan makanan pejal yang diperkaya dengan zat besi untuk melengkapkan susu badan. Ia juga perlu dilakukan secara berperingkat kerana bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru," katanya.

    Pada masa sama, pemberian susu ibu masih boleh diteruskan sehingga dua tahun atau seberapa lama yang dikehendaki oleh si ibu ataupun bayinya.

    Di samping itu, memberikan bayi dengan susu ibu selama yang dikehendaki memberi�kan banyak manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu ibu dan bayi itu sendiri.

    "Ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dengan anak serta memberikan masa yang istimewa antara mereka. Malah, pemberian susu ibu juga berupaya mengecutkan� rahim, mengurangkan kemurungan selepas bersalin serta paling utama mengurang�kan perbelanjaan membeli susu formula," katanya.

    Menurutnya, bayi pula mendapat makanan terbaik bagi enam bulan pertama kehidupannya, antibodi dan faktor berguna lain, tidak perlu diberi ubat atau vitamin serta mengurangkan insiden jangkitan paru-paru dan cirit-birit.

    Bagaimanapun, diingatkan selepas bercerai susu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka mendapat makanan seimbang dengan nutrisi karbohidrat, protein, lemak dan vitamin bersesuaian.

    "Ibu bapa tidak harus menggalakkan pengambilan makanan kurang berkhasiat, makanan segera yang manis atau makanan yang memiliki kandungan garam tinggi.

    "Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan serta mengganggu tumbesaran anak sama ada berat badan berlebihan hingga membawa kepada masalah obesiti serta pelbagai penyakit berbahaya," katanya.

    Dr Zulkifli berkata, walaupun susu ibu digalakkan diberi kepada bayi selama dua tahun, masa yang perlu diberi tanpa makanan dan cecair lain adalah selama enam bulan pertama saja.


    Tip bercerai susu:

  • Gunakan cara berlainan untuk memujuk. Secara perlahan-lahan gantikan teknik penyusuan badan dengan cara lain untuk memupuk anak. Jika anda lazim menyusukan bayi anda untuk menenangkannya, cuba cara lain untuk membuatkan dia tenteram sama ada dengan membaca buku bersama-sama, menyanyi ataupun bermain.

  • Lengahkan masa penyusuan. Melambatkan masa penyusuan akan lebih berkesan sekiranya anak anda lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak yang bertatih minta disusukan, katakan anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang dan beritahu dia mesti tunggu sampai masa tidur.

  • Pilih waktu yang bersesuaian untuk melakukannya (bercerai susu). Peristiwa besar akan membuatkan proses bercerai susu lebih susah. Adakah anak anda sakit baru-baru ini? Selalunya bayi yang tidak sihat mahu menyusu lebih kerap. Sebenarnya, penyusuan badan mungkin mendatangkan kebaikan untuk bayi yang sakit.



    FAKTA:

    Faedah penyusuan untuk ibu


  • Melindungi kesihatan ibu serta merendahkan risiko barah payudara dan ovari.

  • Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.

  • Menjarakkan kelahiran kerana ia cara perancang keluarga semula jadi.

  • Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim.

    Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

  • Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.
  • Kristen Stewart Berlakon Filem Arahan Ibu Sendiri

    Posted: 27 Mar 2012 07:05 PM PDT

    Kristen Stewart

    LONDON: Bintang Twilight, Kristen Stewart bakal membuat penampilan khas dalam filem pertama arahan ibu kandungnya, Jules Mann-Stewart berjudul K-11.

    Pelakon berusia 21 tahun itu akan meminjamkan suaranya untuk watak seorang setiausaha bernama Karen.

    "Kristen sangat menyokong pelaksanaan projek K-11 tetapi bukan mudah untuk mendapatkan khidmatnya. Dalam filem ini, dia hanya muncul untuk watak yang sangat kecil.

    "Walaupun penggambarannya sudah berakhir, Kristen tetap mahu terlibat dalam promosi filem ini," kata Jules yang dipetik sebagai berkata kepada E! News.

    Bagaimanapun, laman web femalefirst.co.uk. melaporkan, bukan sahaja Stewart terlibat dalam filem arahan ibunya itu, malah abangnya Cameron juga membintangi filem berkenaan.

    Cameron yang pertama kali berlakon menjayakan watak seorang banduan bernama Sledgehammer.

    Lari dari rumah singkat fikiran

    Posted: 27 Mar 2012 07:05 PM PDT


    Mengikut teman lelaki merupakan kes biasa apabila anak-anak gadis melarikan diri dari rumah. - Gambar hiasan


    KISAH orang hilang semakin hari semakin banyak dipaparkan di dada media. Pelbagai peringkat umur dan kriteria kehilangan dilaporkan. Terkini, kes-kes kehilangan remaja yang berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun pula dilaporkan semakin menjadi-jadi.

    Sekiranya kes yang dilaporkan adalah berunsur jenayah membabitkan mangsa diculik mungkin ia boleh dianggap faktor di luar dugaan mangsa dan keluarga.

    Tetapi bagaimana pula jika remaja yang hilang itu bukan sebab diculik atau perbuatan jenayah? Sebaliknya hanya mahu lari dari rumah. Lebih teruk lagi, lari dari rumah untuk mengikut teman lelaki. Walaupun ini juga dikategorikan sebagai orang hilang, bezanya mereka lari daripada ibu bapa dan keluarga akibat kedangkalan pemikiran.

    Busana indah raja sehari

    Posted: 27 Mar 2012 07:04 PM PDT


    Songket dengan sentuhan rekaan moden.


    BUSANA pengantin yang anggun dan cantik akan menarik mata sesiapa saja yang melihatnya. Apatah lagi bagi bakal pengantin yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan semestinya memikirkan pakaian yang sesuai untuk majlis persandingan mereka.

    Sebagai antara butik perkahwinan terbesar, Dios Astana Bridal turut terpanggil untuk tampil dengan rekaan-rekaan baru busana pengantin.

    Sekurang-kurangnya salah satu daripada lebih 10 persalinan yang diperagakan di pertunjukan fesyen sempena Ekspo Perkahwinan dan Fesyen Gerbang Cinta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini, ada yang berkenan di hati.

    Salah seorang daripada lima pereka fesyennya, Sulilie Razali, pada tahun ini mereka memberi sentuhan yang berbeza dan istimewa demi memenuhi cita rasa bakal pengantin.

    Sirih junjung penyeri hantaran

    Posted: 27 Mar 2012 07:02 PM PDT


    Abu Yazid Ahmad menjadi juara pertandingan gubahan sirih junjung sempena Ekspo Perkahwinan dan Fesyen Gerbang Cinta di PICC baru-baru ini.


    SIRIH junjung wajib ada dalam hantaran pertunangan mahupun perkahwinan masyarakat Melayu kerana ia ibarat 'penghulu' segala hantaran.

    Mengikut cerita orang dahulu, sirih junjung dan bahan-bahan yang digunakan membawa maksud tersirat kepada kehidupan suami isteri yang baru hendak bermula.

    Penggubah bunga, Abu Yazid Ahmad, 58, berkata, sirih junjung adalah barang wajib dalam sesuatu majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang diamalkan dari dahulu sehinggalah sekarang.

    "Sirih yang disusun perlu ganjil dan menggunakan daun sirih segar sebagai bahan utamanya selain bahan lain seperti kapur, gambir dan buah pinang.

    "Kesemua bahan-bahan ini akan dibalut dan disusun bersama dengan daun sirih kemudian diletakkan di atas bekas atau alas supaya ia nampak lebih kemas dan cantik.

    Kembara Dakwah Musleh

    Posted: 27 Mar 2012 07:01 PM PDT


    Sebahagian peserta Kembara Dakwah Musleh bergambar kenangan dengan berlatarbelakangkan Banjaran Crooker, Sabah.


    NUN di Banjaran Crooker, seramai 32 orang peserta Kembara Dakwah Musleh dan empat guru pengiring cuba merasai kehidupan serba sederhana penduduk-penduduk Muslim dari suku kaum Dusun yang terpencil di atas banjaran yang terpanjang di Sabah itu.

    Selama seminggu merasai kehidupan sebenar masyarakat di Kampung Podi, mereka turut menabur jasa dan tenaga demi kecintaan sesama saudara seagama melalui khidmat komuniti, tazkirah agama dan kenduri sekampung.

    Menurut Guru Pengiring dari Pusat Pendidikan Al-Hidayah, Ipoh, Perak, Zaiton Latiff, peserta program Kembara Dakwah Musleh dipilih melalui beberapa kriteria seperti sihat tubuh badan, berkemampuan dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2011.

    Ruby kini usahawan burung walit

    Posted: 27 Mar 2012 07:00 PM PDT


    Ruby menunjukkan produk keluaran kilangnya.


    Bagi yang pernah mengenali, pastinya wajah ini tidak asing pada penglihatan mereka. Masakan tidak, wajah milik Rabi'Atul 'Adawiyah Othman, 30, sering terpapar di media elektronik mahupun media cetak ketika memperagakan fesyen.

    Sudah 13 tahun Rabi'Atul 'Adawiyah atau mesra dengan panggilan Ruby melayari kerjaya sebagai model profesional. Pada masa itu ruang mana yang tidak dimasukinya. Malahan, beliau juga pernah menjadi model bagi pasar raya-pasar raya besar di negara ini.

    Dalam kesibukannya mengejar waktu menguruskan perniagaan dan rumah tangga, Ruby yang sempat hadir ke Studio Utusan tetap kelihatan anggun berpakaian tajaan I-Kartini dari KLCC bercerita mengenai kerjaya barunya sebagai seorang usahawan wanita.

    Ujar Ruby, beliau menjadi model menerusi sebuah agensi pada tahun 1999, sebelum bergerak sendiri setahun kemudian.

    Gaya remaja Skechers

    Posted: 27 Mar 2012 06:44 PM PDT


    Skechers pilihan untuk lelaki dan wanita.


    BERGAYA dengan kasut berjenama memang idaman setiap remaja. Bukan kerana gah dengan kasut yang mahal, tetapi mengambil kira aspek dari segi keselesaan, ketahanan, rekaan bentuk dan warna yang menarik.

    Sebagaimana pepatah Melayu, alah membeli menang memaki, koleksi terbaru kasut kegemaran remaja Skechers bakal menggamit penggemar jenama itu.

    Koleksi diberi nama Skechers GOrun itu turut menampilkan artis antarabangsa, Sammi Cheng sebagai dutanya bagi rantau ASEAN.

    Skechers yang berasal dari slanga masyarakat di selatan California, Amerika Syarikat bermaksud remaja aktif dan bertenaga, menghasilkan ciptaan serta reka bentuk yang kreatif untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

    Menurut Pengarah Urusan Skechers SARL, Marvin Bernstein, sejak diperkenalkan enam tahun lalu jenama tersebut telah meraih pelbagai hadiah termasuk Anugerah Jenama Asia Pasifik 2012.

    Logo 1Malaysia megah di puncak Gunung Kinabalu

    Posted: 27 Mar 2012 06:42 PM PDT


    Mohamad Azmi Awang Noh (dua dari kanan belakang) bersama pasukan 71 Woksyop Divisyen Kor Jurutera Elektrik Jentera Diraja dari Markas 5 Briged Kem Lok Kawi di puncak Gunung Kinabalu.


    SIAPA sahaja yang melihat logo 1Malaysia setinggi 7.64 meter dan lebar 3.05 meter berdiri megah di puncak Gunung Kinabalu, pasti akan berasa kagum.

    Ia nampak seperti mudah tetapi sebenarnya hanya mereka yang benar-benar mantap, lasak, penuh dedikasi dan disiplin mampu menjayakan misi yang telah menaikkan imej pasukan 71 Woksyop Divisyen Kor Jurutera Elektrik Jentera Diraja dari Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

    Sesuatu yang mustahil, jika disertakan komitmen dan perancangan jitu serta daya juang tinggi, semuanya akan menjadi mudah.

    Perlu diketahui, puncak Gunung Kinabalu bukannya 'busut kecil' tetapi ia adalah puncak tertinggi di Asia Tenggara yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah dan Malaysia, malah turut menjadi impian setiap penggemar aktiviti lasak sama ada dalam atau luar negara untuk menawannya, meskipun hakikatnya tidak semua berjaya menakluknya.

    Awal dan Scha diijab kabul 4 Mei

    Posted: 27 Mar 2012 06:40 PM PDT

    Awal Ashaari dan Scha Al Yahya pada majlis mengumumkan tarikh perkahwinan mereka

    SETELAH hampir tiga tahun menyulam cinta, akhirnya Awal Ashaari dan Scha Al Yahya memilih 4 Mei ini sebagai momen bermakna buat mereka, disatukan sebagai pasangan suami isteri.

    Berita gembira ini disampaikan oleh pasangan romantis ini dalam satu sidang media di Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang, petang semalam.

    Majlis sidang media itu turut dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

    Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, berkata majlis pernikahan mereka akan diadakan di Hotel Pullman, Putrajaya, pada jam lapan malam.

    Manakala, majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei, juga pada jam lapan malam.

    Katanya, dia merasa sangat gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki Scha sebagai suri hidupnya akan termakbul sedikit masa lagi.

    "Setelah dua tahun enam bulan bercinta, keluarga saya telah menghantar rombongan merisik pada 30 Mei tahun lalu.

    "Pada mulanya kami telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan kami lebih awal, cuma jadual kerja yang padat dan masalah tempahan dewan membuatkan kami melewatkan sedikit tarikhnya.

    "Namun, apabila pihak PICC menghubungi kami mengenai kekosongan dewan, dua bulan lalu, barulah kami membuat segala persiapan," katanya.

    Lebih istimewa, Astro selaku penyiar rasmi, akan menyiarkan secara siaran langsung majlis pernikahan pasangan mempelai ini dan turut menyiarkan empat episod khas segala persiapan perkahwinan mereka.

    Manakala majlis persandingan akan disiarkan secara rakaman.

    Scha atau Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, meluahkan rasa terharunya apabila banyak pihak sudi menaja majlis perkahwinan mereka.

    Katanya, biarpun persiapan dilakukan hanya dalam masa dua bulan, namun sehingga kini, sudah 70 peratus persiapan disiapkan.

    "Alhamdulillah, persiapan kami kini sudah mencapai 70 peratus. Kami bersyukur kerana ramai yang membantu mempermudah persiapan majlis ini," katanya yang sudah menghadiri kursus kahwin pada penghujung bulan Januari lalu bersama Awal.

    Ifa letak harga tinggi?

    Posted: 27 Mar 2012 06:39 PM PDT


    FIGURA ini mengakui dia berkecil hati dengan stesen-stesen radio tempatan yang didakwanya tidak menyokong artis dangdut.


    KALI terakhir kelibat Ifa Raziah muncul di layar kaca televisyen pada awal tahun ini menerusi telefilem berjudul, Mr. Labuci di TV9. Sebelum itu dia giat mempersiapkan diri sepanjang menyertai program Maharaja Lawak yang disiarkan menerusi Astro.

    Timbul beberapa dakwaan bahawa penyanyi, pengacara, pelakon dan kini merangkap pelawak itu kini sudah berani meletakkan harga yang tinggi untuk bayaran khidmat seninya!

    Spekulasi segera timbul bahawa faktor tersebut adalah penyebab kenapa pemilik nama sebenar Saripah Raziah Mustapha itu semakin kurang muncul di kaca televisyen.

    Ifa, 37, yang ditemui pada sidang akhbar majlis makan malam Hari Ibu bersama Jamal Abdillah di Restoran Khan Baba, Gombak, Selangor baru-baru ini menjawab spekulasi yang timbul.

    Kosmo!: Ifa didakwa semakin cerewet dan menolak beberapa tawaran selepas Maharaja Lawak tamat.Benarkah begitu?

    IFA: Selepas Maharaja Lawak tamat saya sebenarnya bercuti rehat selama dua bulan. Bukan saya sahaja suka-suka tetapi saya jatuh sakit sehari selepas program itu tamat sehinggakan tidak boleh keluar suara. Terpaksa saya tolak tawaran. Bulan Mac sudah beransur pulih. Tak berbaloi untuk saya cerewet. Penerbit bimbang bagi tawaran selepas saya keluar Maharaja Lawak sebab ingatkan saya sudah demand (letak harga). Sebab itu saya kurang berlakon sekarang ini.

    Selama 10 minggu kekal dalam rancangan Maharaja Lawak pastinya meninggalkan impak buat karier dan kehidupan Ifa. Komen Ifa?

    Saya dimaki hamun peminat Maharaja Lawak seluruh Malaysia! Ramai yang tak suka saya jadi pelawak. Alasannya adalah untuk menjadi pelawak perlu berwajah buruk tidak terkecuali pelawak wanita, juga tidak perlu cantik. Ia terbukti apabila saya mula bawa watak seperti nenek tua, baru penonton boleh terima.

    Gelaran 3P iaitu penyanyi, pelakon dan pengacara sudah Ifa sandang dan kini pelawak pula. Adakah Ifa akan meneruskan bidang yang telah Ifa ceburi ini?

    Jadi pelawak lebih susah daripada penyanyi. Oleh kerana saya menanggung tekanan selama 10 minggu itulah yang menyebabkan saya sakit. Kita boleh tertekan walaupun tidak terkurung. Bakat melawak sudah ada dalam diri cuma perlu lebih buat kajian, perlu skrip, jalan cerita dan punch line (penekanan) yang betul walaupun lawak spontan.

    Pengalaman Ifa menjadi pelawak wanita?

    Selama 17 tahun jadi artis, tempoh paling tertekan apabila menjadi pelawak tapi dalam masa yang sama saya gembira sebab dapat belajar. Bukan senang nak buat orang ketawa.

    Kali pertama Ifa muncul sebagai penyanyi menerusi album pop pada tahun 1996, sebelum setahun kemudian muncul pula sebuah album dangdut. Tahun 2004 merupakan kali terakhir Ifa mengeluarkan album sekali gus hanya tampil bersama single. Bagaimana Ifa melihat senario itu?

    Tidak mengeluarkan album tidak bermakna saya berdiam diri. Single terbaharu berjudul Luar Biasa sudah dilancarkan pada bulan April tahun lepas namun promosi hanya di YouTube dan menerusi beberapa buah stesen radio. Berlaku kekeliruan pada masa itu sebab single Luar Biasa nyanyian Shahir AF pun dilancarkan pada waktu yang sama. Pendengar keliru dan menyebabkan saya tenggelam akibat judul lagu saya yang sama dengan lagu Shahir. Apa yang pasti, saya bakal muncul dengan single baharu genre balada berjudul Tanpa Ku Sedar pada bulan Mei ini ciptaan sepenuhnya Aesah Mustafa.

    Bagaimana pula Ifa melihat perkembangan muzik dangdut negara kita sekarang ini?

    Saya kecil hati sebenarnya. Peminat masih ramai tapi stesen radio tidak menyokong artis dangdut. Konon dangdut adalah lagu kampung. Saya merayu kerjasama daripada stesen-stesen radio untuk mennaikkan semula pengaruh lagu-lagu dangdut.

    Dangdut dan balada merupakan dua genre dan teknik nyanyian berbeza. Apakah langkah Ifa untuk menjamin kualiti single pada masa akan datang?

    Suara perlu diasah dan saya akui dangdut dan balada berlainan lenggok. Peti suara kita juga perlu sentiasa dijaga untuk memastikan vokal kita kemas. Kekurangan saya adalah pada nada rendah, jadi saya akan mula belajar teknik nyanyian dengan Cikgu Siti Hajar pada setiap hari Isnin bermula bulan April nanti.

    Perkembangan terkini Ifa?

    Saya akan bersama Roslan Shah bakal menjadi hos acara Projek Keamanan 1Malaysia di Taiping, Perak selama empat hari mulai 5 hingga 8 April ini. Bersempena acara itu akan berlangsung juga konsert rock dan dangdut. Antara artis lain yang turut hadir, Haiza, Syida, May, Bandi Amuk dan XPDC.

    Selain itu saya juga akan menjadi pengacara majlis Makan Malam Hari Ibu bersama Jamal Abdillah pada hari Ahad, 6 Mei ini, di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam. Untuk mendapatkan keterangan lanjut hubungi Pengarah MSiS Event, Suriyani Kassim (019-3834300).

    P&G, Giant dan Guardian giat kumpul dana

    Posted: 27 Mar 2012 06:37 PM PDT

    Ellie

    Protect & Gamble (P&G) dengan kerjasama rakan niaga pasar raya Giant dan farmasi kesihatan, Guardian mengambil inisiatif melaksanakan tanggungjawab sosial (CSR) melalui kempen The Gift of Learning.

    Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura, Ellie Xie berkata, kempen itu disasarkan untuk mengumpul dana sehingga RM150,000 sepanjang tiga bulan perlaksanaan seluruh negara.

    Menurutnya, dana itu disalurkan kepada lapan pusat jagaan kanak-kanak istimewa seluruh negara sebagai penyediaan terapi dan latihan percuma kepada mereka.

    "Sokongan menakjubkan daripada rakyat Malaysia dalam membantu kanak-kanak istimewa menjadi dorongan dan komitmen P&G dalam memperjuangkan matlamat selama 12 tahun di bawah program CSR Open Minds.

    "Melalui pembelian produk P&G terpilih di semua gedung Giant dan farmasi Guardian di seluruh negara, orang ramai secara tidak langsung menyumbang kepada kanak-kanak istimewa," katanya pada majlis pelancaran kempen itu di Giant, Kota Damansara.

    Sementara itu, Pengarah Operasi Kumpulan GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Ian Cruddas berkata, sebagai rakan kerjasama dalam kempen tersebut, mereka gembira kerana pertumbuhan rangkaian pasar raya di lokasi strategik memainkan peranan penting bagi pengumpulan dana dan prihatin terhadap komuniti setempat.

    "Bersempena dengan pelancaran kempen ini, aktiviti hypermarket sweep diadakan di mana wakil setiap media diberi peruntukan RM500 untuk membeli belah dan produk pilihan mereka akan disumbangkan kepada pusat jagaan," katanya.

    Budak kampung ke supermodel

    Posted: 27 Mar 2012 06:36 PM PDT



    BAGAIKAN peluru, isinya ditembak laju ke arah sasaran meninggalkan kelongsong yang barangkali tidak berguna. Ironi rentetan kehidupan itu dilalui Wilson Tan Siong Ping sepanjang 30 tahun usianya.

    Enggan menoleh ke belakang, perjalanan hidupnya yang dilalui penuh berliku sebelum bergelar supermodel lelaki tersohor tanah air ditransformasikan menjadi sebuah pengalaman penuh berharga.

    "Tiga tahun lalu sewaktu pulang ke kampung, keluarga halau saya keluar dari rumah! Saya menangis, kata mereka saya bukan darah daging mereka lagi.

    "Selepas kejadian itu saya lari dan bertekad tidak akan pulang ke kampung sehinggalah kakak saya datang dan pujuk saya pulang.

    "Kini, kedua-dua ibu dan ayah saya peminat nombor satu saya," ungkap supermodel yang mengunakan nama pentasnya Wilson Tan itu sewaktu memulakan bicara bersama Kosmo! pada petang yang diiringi hujan di kafe Godiva Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Benar, dia lebih rela memilih risiko semata-mata mahu mengejar impian. Selain berdepan tentangan keluarga suatu masa dahulu, Wilson juga pasrah melepaskan kerjaya jurutera di pelantar minyak untuk kerjaya di bidang penuh glamor itu.

    "Saya tiada jiwa untuk meneruskan kerjaya jurutera yang sememangnya menawarkan gaji lumayan itu, dan sewaktu mula melangkah ke dunia peragaan saya berdepan situasi getir.

    "Hidup memang sengsara sebelum orang kenal saya, gaji yang tidak menentu, sedikit dan kadang-kadang ada orang mengeji.

    "Berbekalkan duit simpanan daripada hasil kerjaya sebagai jurutera saya mengubah penampilan, ibarat 'membeli' sebuah karisma," katanya menghabiskan sehingga ribuan ringgit untuk kelihatan menonjol dari segi penampilan.

    Mujur dia dikurniakan kulit dan ketinggian sempurna seorang peragawan iaitu 190 sentimeter. Namun, Wilson akui dahulunya dia bukan seperti dirinya yang ditatap umum hari ini.

    Boleh diibaratkan seekor rama-rama yang keluar dari kepompong, ramai yang tidak menduga daripada seorang budak kampung, Wilson boleh berubah menjadi supermodel.


    SOSOK hebat milik Wilson Tan ini diperoleh menerusi latihan dan disiplin penuh dedikasi tanpa mengenal erti putus asa.


    "Saya masih ingat asal usul, saya sedar kedudukan saya suatu masa dahulu. Orang yang dekat dengan saya nampak perubahan demi perubahan yang saya lalui.

    "Dulu saya seorang yang comot dan selekeh. Langsung tiada aura, kalau orang melihat perbandingan gambar saya dahulu dan sekarang masih ramai yang sukar percaya," ujar anak kedua daripada tiga beradik itu.

    Jaga perangai

    Pernah dia merasakan untuk menamatkan impiannya memburu gelaran supermodel sehinggalah dia meraih semangat yang jitu sebaik sahaja dinobatkan menjadi model terbaik Asia sempena Asian Model Festival Awards di China tahun lalu.

    Baru-baru ini pula, dia dianugerahkan pencapaian penuh berprestij Model Of The Year 2012 pada pertunjukan fesyen Mercedez-Benz Stylo 2012 yang berlangsung di Kuala Lumpur minggu lalu.

    Wilson juga sebelum itu memenangi anugerah paling berprestij iaitu Industrial Awards sempena World Championship of Performing Arts pada tahun 2009 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

    Sesiapa boleh jadi supermodel katanya, ia adalah satu pakej dalaman dan luaran yang melengkapi diri seseorang.

    "Kalau ikutkan ukuran antarabangsa, ketinggian yang diperlukan untuk menjadi supermodel adalah 180 untuk wanita dan 187 untuk lelaki.


    WILSON lebih rela memilih risiko semata-mata mahu mengejar impian.


    "Biasanya, model yang tidak cukup ketinggian akan menceburkan diri untuk iklan produk di kaca televisyen atau papan iklan, yang paling utama ada rupa yang unik, karisma dan menjaga perangai," cerita Wilson yang memulakan bidang peragaan selepas diajak rakan sebiliknya sewaktu menuntut di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

    Curi duit Thailand

    Tahun lalu Wilson tidak terlepas daripada terpalit kontroversi dalam dunia peragaan sendiri. Dia dituduh mencuri sejumlah wang bernilai 500,000 baht Thailand (RM49,000) sewaktu menjadi sami Wat Nuan Chan, di sana.

    "Kes itu sudah selesai, apabila mendapat tahu saya difitnah saya terus membuat laporan polis sekali gus mengharamkan individu terbabit mendekati saya dan memasuki negara Thailand dan Malaysia," katanya yang mendakwa difitnah oleh seorang model lelaki dari Vietnam.

    Menurut Wilson, model itu sering kali terlibat dengan beberapa konspirasi menjatuhkan model yang sedang meningkat naik di sekitar negara Asia Tenggara.

    "Namun, saya sudah maafkan dia. Katanya ketika kebetulan terjumpa, dia disuruh beberapa pihak untuk menjatuhkan saya," tambah Wilson yang berada di negara itu selama sebulan untuk menjadi sami.

    Bogel itu seni


    POSE seorang supermodel yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Model Of The Year 2012 bersempena pertunjukan fesyen Mercedez-Benz Of The Year Stylo 2012 Kuala Lumpur minggu lalu.


    Karier supermodel pasti tidak lari daripada dikaitkan isu dan etika sesi fotografi khususnya apabila dikehendaki berbogel. Bagi Wilson, dia melihat perkara itu daripada perspektif seni namun perlu ada batasan.

    "Bergambar dalam keadaan bogel adalah perkara biasa di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah, cuma di Asia kita perlu menghormati budaya ketimuran.

    "Berbogel atau separuh bogel bagi saya merupakan seni dan sesuatu yang dipandang tinggi dalam dunia fesyen, namun had saya tidak sampai menunjukkan kemaluan semata-mata untuk sekeping gambar," katanya yang pernah bergambar separuh bogel untuk sebuah majalah luar negara pada bulan April tahun lalu.

    Tambahnya, sesi fotografi yang dijalankan itu sebahagian caranya mengumpul pengalaman dan melengkapkan diri dengan pelbagai teknik peragaan.

    "Saya suka mencabar diri, suka perkara yang sering berubah-ubah, semakin susah semakin itu yang saya suka," katanya.

    Konsert mega Zaiton Sameon

    Posted: 27 Mar 2012 06:35 PM PDT


    ZAITON bersama Freddie (tiga dari kanan) dan Azmi (kanan) pada sidang akhbar Konsert Amal Tabung Kebajikan Zaiton Sameon baru-baru ini.


    SELEPAS terlibat dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa anak tunggal kesayangannya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 19 tahun, pada 21 Februari 1990 di Batang Kali, Selangor, penyanyi popular lagu Menaruh Harapan Zaiton Sameon mula hilang punca pendapatan.

    Vokal penyanyi yang kini berusia 55 tahun itu dikatakan tidak lagi hebat selepas terlibat dalam kemalangan.

    Malah, ada pihak dikatakan telah menutup pintu rezeki penyanyi itu dengan mengatakan Zaiton atau lebih mesra dipanggil Kak Eton tidak lagi waras untuk menyanyi.

    Kesan daripada itu, dia tidak lagi dipanggil untuk menyanyi di mana-mana persembahan nyanyian. Jika adapun Zaiton sekadar menyanyi untuk majlis-majlis perkahwinan sehingga kini.

    "Saya terpaksa buang rasa malu menyanyi di majlis-majlis orang kahwin demi menampung kehidupan saya. Itupun jarang-jarang dipanggil dan saya cuma dibayar sekitar RM100 ke RM200 sahaja.

    "Memang sejak terlibat dengan kemalangan saya tidak lagi mendapat kepercayaan pihak penganjur untuk menyanyi," ujarnya dalam kesedihan kepada pihak media ketika ditemui pada sidang akhbar Konsert Amal Tabung Kebajikan Zaiton Sameon di Hotel Adamson, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Peluang yang diberikan oleh pihak Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk Zaiton mengadakan konsert pertamanya selepas 22 tahun terlibat dalam kemalangan yang bakal berlangsung pada 7 April ini di Dataran Sungai Kerang, Pantai Remis, Perak. Ia akan menjadi bukti Zaiton kepada peminat-peminatnya dan masyarakat bahawa vokalnya masih hebat dan dia masih waras untuk menyanyi.

    "Saya sangat teruja untuk menyanyi semula. Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak buat persatuan Karyawan yang memberi peluang kepada saya untuk mengadakan konsert amal tabung kebajikan Zaiton Sameon," tuturnya yang akan membawakan 10 buah lagu termasuk Menaruh Harapan, Kabut Serangkai Mawar, Black Magic Women, My Way, Perigi Biru dan Siti Payung.

    Sementara itu, menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, Karyawan terpanggil untuk membela nasib Zaiton bukan kerana untuk mengaut publisiti sebaliknya sekadar membantunya memperoleh pendapatan daripada sumbangan orang ramai.

    "Konsert Amal Tabung Kebajikan Zaiton Sameon itu diadakan secara percuma kepada orang ramai dan mereka boleh memberi sumbangan atau derma kepada Zaiton menerusi tabung yang disediakan.

    "Bukan tujuan Karyawan untuk mengadakan konsert amal ini untuk mengaut publisiti tetapi ia adalah tugas dan tanggungjawab sebuah persatuan untuk membela nasib golongan artis di Malaysia," ujarnya.

    Jelas Freddie lagi, idea asal untuk mengadakan konsert ini adalah daripada ahli aktif Karyawan sendiri iaitu Azmi Zahari yang merupakan satu ikhtiar alternatif bagi membantu para ahli Karyawan yang kurang bernasib baik seperti Zaiton.

    Kehadiran orang ramai pada konsert yang bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam itu nanti sangat digalakkan kerana inilah masanya mereka dapat melihat Zaiton kembali menyanyi secara langsung selepas terlibat dalam kemalangan.

    Tambah Freddie, selain Zaiton terdapat artis lain juga membuat persembahan seperti Ali Terrarosa, Baggio Damasutra dan Farhana Jalil.

    Dalam pada itu, Azmi memberitahu, selain Pantai Remis, Perak, konsert berterusan buat Zaiton akan turut diadakan di beberapa buah negeri terpilih seperti Dataran Raub Pahang; Tanjung Karang, Selangor; Rembau, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

    Bagaimanapun tarikh dan lokasi tetap konsert-konsert tersebut belum lagi ditetapkan.

    Kepada peminat-peminat Zaiton dan orang ramai yang ingin membantu Zaiton boleh hubungi Azmi 012-2280479) atau Ahmad (014-7176276).

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Categories