Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Fouziah Gous Sahkan Berkasih Dengan Datuk Seri
- Liyana Jasmay & Fathuddin Nikah 24 Januari 2013
- Ferhad Tidak Cari Publisiti Murah Melalui Mentor
- Si tua berjoget sampai 5 pagi
- 'Hantu Bukit Cina' Dua Tahun Tertangguh
- Elak peminat bosan
- Bintang Harry Porter Jadi Gay
- Artis Veteran Indonesia Meriam Belinna Dicekik Dan Ditampar
- Jari Madonna Patah Ketika Latihan Konsert
- Impak kontroversi
- Justin Bieber Beli Rumah RM18.6 Juta
- Rasa dada terbakar
- Saluran artis selesai isu perundangan
- Lelaki dapat muka, gigi baru
- Lakonan bukan jiwa Anuar
- Semburan jadi wajah sempurna
- 37 tahun kayuh basikal hantar bekal
- Dilema bawa anak berniaga lewat malam
- Tumbesaran anak boleh terbantut
- Khidmat perkahwinan sehenti Mak Dara
- Dr. Seow kongsi cerita zon perang
- SMIAH lahirkan generasi huffaz
- Artis jalin kerjasama dengan Sukaguam
- Radja kembali melangkah
- Dedah kisah peribadi demi bayaran
| Fouziah Gous Sahkan Berkasih Dengan Datuk Seri Posted: 28 Mar 2012 08:51 PM PDT Fouziah GousKUALA LUMPUR: Pelakon jelita Fouziah Gous akhirnya membuka mulut bagi mengesahkan spekulasi mengenai keintimannya dengan seorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri. Aktres berusia 29 tahun ini berkata hubungan mereka mula intim beberapa bulan lepas walaupun dia sudah mengenali lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu. "Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya. "Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya. "Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini," katanya secara eksklusif kepada mStar Online, di sini, petang Rabu. Diminta mengulas mengenai kelibat mereka yang dilihat pada beberapa acara hiburan kebelakangan ini, Fouziah berkata tiada apa yang perlu disembunyikan jika dia memang berkawan rapat dengan seseorang. "Sejak dulu lagi saya tiada apa hendak sorok atau berpura-pura jika saya memang berkawan dengan seseorang. Sebelum ini, ramai yang mendakwa mengenai hubungan kami tetapi saya nafikan kerana memang ia belum berlaku ketika itu. "Hanya baru-baru ini sahaja kami mula keluar dan mengenali antara satu sama lain," katanya. Fouziah berkata hubungannya dengan lelaki berstatus duda itu adalah berdasarkan keserasian selepas mendapatkan petunjuk daripada Allah. "Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki. "Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin," katanya yang menyenangi karakter budiman dan kesederhanaan lelaki itu yang merupakan seorang mesra media. Terbaru, Fouziah bakal memulakan penggambaran blok kedua drama bersiri Trilogi Cinta musim kedua di TV1. | ||
| Liyana Jasmay & Fathuddin Nikah 24 Januari 2013 Posted: 28 Mar 2012 08:47 PM PDT Liyana Jasmay dan Fathuddin selamat bertunang pada malam Rabu.KUALA LUMPUR: Pelakon Liyana Jasmay mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Fathuddin Mazlan,28, pada 24 Januari 2013. Pemilihan tarikh perkahwinan itu dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak keluarga dalam sebuah majlis pertunangan yang berlangsung di kediamannya di Kemensah Height, di sini, malam Rabu. Liyana yang mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkata, majlis pertunangannya itu sebagai bukti dia sudah bersedia memikul peranan sebagai isteri selain hadiah ulang tahun kelahirannya ke 24 yang jatuh pada 28 Mac. "Walaupun ikatan percintaan kami hanya tiga bulan, saya harap jodoh kami berkekalan sehingga akhir hayat. Wajah-wajah bahagia."Alhamdulillah, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri," katanya selepas majlis pertunangan tersebut. Pada majlis pertunangan itu, Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan. Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung. Detik pertemuan mereka bermula selepas Liyana Jasmay berkenalan dengan Fathuddin melalui seorang kawan sehinggalah mereka mula berkomunikasi melalui telefon sebelum sambutan tahun baru lalu. Ibu kepada pihak lelaki Jamilah A Rahman (kiri) bersama ibu pihak perempuan Datin Habsah Simpul (paling kanan) bergambar selepas majlis pertunangan Liyana dan Fathuddin."Selepas pertemuan kali kelima, barulah saya merasakan kami agak serasi. Yang penting sekali, dia amat menyayangi ibu dan ayah saya dan juga memiliki sisi humor," ujarnya. Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu dan akan dilancarkan 30 Mac ini. Selain keluarga dan rakan-rakan media, antara selebriti yang hadir ialah, pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan Yusry KRU, Farish Aziz dan Tam. Fathuddin merupakan seorang ahli perniagaan. | ||
| Ferhad Tidak Cari Publisiti Murah Melalui Mentor Posted: 28 Mar 2012 08:46 PM PDT FerhadPETALING JAYA: Penyanyi Ferhad menolak tuduhan pembabitannya dalam program Mentor terbitan TV3 sebagai batu loncatan untuk melonjakkan semula namanya semakin suram sejak kebelakangan ini. Ferhad berkata, dia sebenarnya ingin berkongsi pengalaman sebagai seorang penyanyi dalam program tersebut selain dapat mengajar protegenya, Tisha menjadi penyanyi berjaya selepas keluar daripada Mentor 6. "Penyertaan saya sebagai mentor dalam program tersebut bukan kerana kepentingan diri atau mengambil kesempatan untuk menaikkan nama saya. "Tetapi andai kata penyertaan ini memberi impak positif kepada saya, saya bersyukur. Yang penting saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada protege apa yang susah dan senang menjadi seorang penyanyi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu. Ferhad bersama bekas protegenya, Wanie.Tambah Ferhad lagi, luahan rasa tidak puas hati bekas protegenya iaitu Wanie selepas dikeluarkan pada minggu lalu juga bukan disengajakan atau satu taktik untuk meraih publisiti. Sebaliknya, Wanie yang mempunyai masalah kesihatan itu perlu mendapatkan rawatan yang secukupnya dan dia enggan mengambil sebarang risiko jika berlaku apa-apa kepada wanita berkenaan. "Saya faham kenapa Wanie meluahkan perasaannya itu. Tapi dia perlu ingat penyingkiran dia adalah untuk kebaikannya juga. "Memang benar sebelum ini kami tahu yang dia ada sedikit masalah kesihatan, tetapi apabila melihatnya pengsan sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu, itu adalah perkara serius kerana pertandingan ini memerlukan dia berlatih lebih kurang 10 jam sehari," jelasnya. Beritahu Ferhad lagi, Wanie tidak perlu risau tidak berpeluang menyertai Mentor 6, kerana dengan usia yang masih muda serta memiliki bakat suara yang unik, dia mampu pergi jauh di bidang nyanyian. Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan baru Firhad yang popular dengan lagu Kasih Berubah berkata bakal muncul dengan sebuah album baru tidak lama lagi. "Insya-Allah, album baru saya akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti. Setakat ini sebanyak tiga buah lagu sudah pun dihasilkan," ujarnya. | ||
| Posted: 28 Mar 2012 08:45 PM PDT ASYIK...pelanggan di kedai makan terbabit menari dangdut. GOMBAK: Joget hingga pagi. Itu 'menu tambahan' disediakan sebuah kedai makan di Batu 12 Jalan Gombak-Karak, di sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur. Diibaratkan seperti 'dangdut rimba', lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan berusia lebih 40-an itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu. Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia 'syurga' buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai turut menyediakan penari sebagai daya penarik. | ||
| 'Hantu Bukit Cina' Dua Tahun Tertangguh Posted: 28 Mar 2012 08:44 PM PDT TS Jeffrey KUALA LUMPUR: Pengarah filem Hantu Bukit Cina (HBC), TS Jeffrey berkata kesibukannya dan para pelakon dengan pelbagai komitmen seni lain menjadi faktor kepada penangguhan tayangan filem itu selama dua tahun. TS Jeffrey yang juga pelakon pada era 1990-an, memberitahu filem seram tersebut tertangguh sepanjang tempoh berkenaan kerana penerbitnya Award Makers Sdn Bhd tidak dapat menyiapkan proses memasukkan suara (dubbing). "Filem ini dirakam secara terus (direct sound), jadi apabila selesai proses suntingan kami dapati terdapat beberapa gangguan bunyi pada beberapa babak. Kami terpaksa memasukkan suara (dubbing) sebagai ganti bagi babak-babak yang kurang berkualiti itu. "Proses itu mula menjadi tertangguh dari masa ke semasa kerana pertindanan jadual pelakon yang terlibat dengan komitmen lain pula. Sebab itu kami terpaksa simpan filem ini sehingga dua tahun selepas ia siap," katanya yang julung kali mengarahkan filem. TS Jeffrey turut bergandingan dengan Norliza Ismail selaku pengarah bersama filem tersebut. GambitDia ditemui pada pengumuman tamat produksi dan ramah mesra pelakon dan produksi filem itu di Bukit Bintang, di sini, Rabu. Berkongsi perasaannya mengenai filem itu, TS Jeffrey berkata selepas dua tahun menanti dia berpuas hati dan gembira kerana HBC akhirnya berjaya disiapkan juga dan hanya menunggu slot tayangan kelak. "Saya tak nafikan pasti ada banyak kekurangan kerana ia filem pertama saya dan syarikat produksi ini. Apa yang penting ia boleh diterima, logik dan menghiburkan. "Filem ini sudah lengkap dan akan dihantar ke Thailand untuk pemindahan kepada format reel filem sahaja. "Dalam minggu ini, kami akan adakan pratonton bersama Skim Wajib Tayang untuk mendapatkan slot tayangan, sebolehnya dalam tahun ini juga," katanya yang berdepan kekangan bajet dalam menghasilkan filem itu. Filem yang berkisar mengenai lima sahabat yang berjaya membongkar misteri sebuah kawasan ini dibintangi Fouziah Gous dan Siti Fazurina Famir, Gambit Saifullah, Kamarool Hj Yusof dan ramai lagi. Ia menjalani penggambaran pada 2010 selama 20 hari dengan kos penerbitan sebanyak RM500,00. | ||
| Posted: 28 Mar 2012 08:42 PM PDT Sara Ali BUKAN sombong atau jual mahal, sebaliknya pelakon muda berbakat besar Sara Ali mengaku lebih suka tiada publisiti mengenai dirinya di akhbar mahupun majalah daripada dikaitkan dengan gosip liar atau kontroversi yang menjejaskan nama baiknya. Justeru, tidak hairanlah, tidak banyak cerita yang dilaporkan mengenai pelakon yang dikenali dalam drama Wasiat, filem Sesuatu Yang Tertinggal, Songlap, Penunggu Istana dan Nur Kasih The Movie, sejak kebelakangan ini. Merajukkah Sara dengan bidang seni? "Saya akui memang jarang keluar di akhbar dan majalah kerana saya sendiri ingin bataskan publisiti. Saya menolak untuk kerap buat sesi fotografi sebelum ini kerana tidak mahu orang berasa bosan kerana wajah sering muncul di akhbar. "Biarlah nama naik perlahan-lahan daripada naik mendadak kerana saya ingin orang kenal saya dengan bakat yang dipertaruhkan. Saya juga ingin berjaya dalam bidang seni seperti pelakon Shaheizy Sam, Maya Karin dan Lisa Surihani yang sudah membina nama yang kukuh di persada seni tanah air. | ||
| Posted: 28 Mar 2012 08:41 PM PDT Kelihatan Daniel Radcliffe (kiri) memeluk teman lelakinya dalam "Kill Your Darlings."NEW YORK: Bintang Harry Porter iaitu Daniel Radcliffe mencuba sesuatu yang baru apabila dia bersetuju untuk menjadi gay dalam filem Kill Your Darlings. Pelakon itu akan memegang watak Allen Ginsberg, seorang penyair yang menggemari kehidupan sejenis. Filem tersebut adalah kisah benar Allen Ginsberg pada tahun 1950-an. Menurut laporan Dailymail, menerusi filem itu, Daniel akan memeluk mesra teman lelakinya dalam satu adegan mereka memakai pakaian bercorak kotak serta seluar berwarna coklat bersesuaian dengan era berkenaan. Filem Kill Your Darlings diadaptasi berdasarkan novel karya Kerouac dan Burroughs berjudul And the Hippos Were Boiled. Selain Daniel, filem ini juga turut dibintangi oleh Elizabeth Olsen, Ben Foster dan Dane DeHaan. | ||
| Artis Veteran Indonesia Meriam Belinna Dicekik Dan Ditampar Posted: 28 Mar 2012 08:41 PM PDT Meriam Belinna (kanan) dan Hotman Paris. FOTO: inilah.com JAKARTA: Artis veteran Indonesia yang popular era 80-an Meriam Belinna membuat laporan polis terhadap pengacara Hotman Paris Hutapea atas tuduhan mendatangkan kekerasan serta ugutan terhadapnya. Portal inilah.com melaporkan, artis itu mendakwa telah diugut oleh lelaki terbabit menerusi telefon sehingga dia terpaksa membuat laporan kepada pihak berkuasa kira-kira pukul 4 petang di Balai Polis Metro Jaya dekat sini, Rabu. Jurucakap polis berkata, sebelum ini Meriam Belinna pernah berhadapan dengan kejadian ngeri iaitu pada tiga tahun lalu apabila dia dimaki serta lehernya dicekik oleh Hotman. Dalam peristiwa itu Meriam turut ditampar berkali-kali sehingga mengakibatkan tulang hidungnya retak selain telinga kanannya keluar darah. Meriam yang hadir ke balai polis bagaimanapun enggan ditemui pemberita. | ||
| Jari Madonna Patah Ketika Latihan Konsert Posted: 28 Mar 2012 08:40 PM PDT MadonnaLONDON: Superstar Madonna dilaporkan mengalami kecederaan yang mengakibatkan salah satu daripada jarinya patah ketika menjalani latihan untuk siri jelajah promosi album terbarunya. Laman web contactmusic.com melaporkan, penyanyi itu bekerja keras untuk siri konsert promosi yang akan bermula di Israel pada Mei depan. "Jari saya patah kelmarin. Jari kelingking saya terlipat ke atas," katanya menerusi kemas kini Twitter. Inilah jari Madonna yang patah.Madonna turut memuat naik gambar jarinya yang patah itu di laman sosial tersebut. Terdahulu, penyanyi lagu Take A Bow itu berkongsi dengan peminatnya gambar-gambar yang memaparkan kecederaan pada kaki dan luka di bibir akibat sesi latihan berkenaan. | ||
| Posted: 28 Mar 2012 08:38 PM PDT KEMUNCULAN penjaga gol Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apek, serta gadis yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Nur Eilunie Natasha Nazri atau Liuniey di lokasi penggambaran iklan tiga wangian terbaru keluaran SimplySiti iaitu Pure, Memoir dan Precious, menimbulkan pelbagai spekulasi serta tanda tanya.Sewaktu gosip kononnya Fahmi menjadi punca Liuniey putus tunang dengan pasangannya tersebar, kedua-duanya bermati-matian menafikan perkara berkenaan. Malah Liuniey ketika ditemubual mengakui terkejut kerana hal terbabit langsung tiada kaitannya dengan ahli sukan terkenal itu. Saya tiada masalah untuk berlakon dalam iklan ini walaupun mungkin ada pihak yang akan mengaitkannya dengan kontroversi sebelum ini. - Khairul Fahmi, Che Mat, Penjaga Gol Harimau Malaya Justeru, apabila mereka berdua berada di lokasi penggambaran, timbul pertanyaan apakah gosip yang tersebar sebelum ini adalah benar? Apakah Apek dan Liuniey memang mempunyai hubungan intim, tetapi sengaja dirahsiakan? Namun apabila persoalan itu diajukan kepada penerbit iklan berkenaan, Datuk Siti Nurhaliza, dia menafikan kemunculan pasangan itu dalam iklan wangiannya sebagai satu pengesahan mereka memang bercinta.Tegas Siti yang juga Presiden SimplySiti Sdn Bhd, pihaknya juga tidak berhasrat menangguk di air keruh, dengan mengambil kesempatan atas kontroversi yang menimpa mereka sebagai perencah iklan terbabit. "Kami sedar, apabila iklan ini menampilkan Khairul Fahmi dan Liuniey sebagai sebahagian daripada pelakonnya, mesti ramai yang beranggapan kami sengaja memilih mereka berdasarkan kontroversi yang dilalui pasangan itu sebelum ini. Bukan saja Apek dan Liuniey yang akan berlakon dalam iklan ini, tetapi kami juga menggunakan khidmat dua lagi bakat baru iaitu ahli korporat muda, Pengurus Akaun di Naza Italia Sdn Bhd, SM Zul Khalis SM Zulkifli, dan Pengarah Kumpulan Ibex, Mohamed Adam Yahya. "Apek dipilih untuk mewakili minyak wangi yang menonjolkan elemen aktif dan ceria, sesuai dengan statusnya sebagai ahli sukan. Dalam iklan ini, tiada babak membabitkan mereka berdua. Itulah juga syarat dikenakan kepada kami sebelum kedua-duanya setuju untuk membintangi iklan ini," kata Siti ketika ditemui pada sesi penggambaran komersial wangian itu, di Bandar Sri Damansara, Isnin lalu. Menurut Siti lagi, pemilihan Liuniey sebagai watak utama dalam iklan itu bukanlah dibuat secara suka-suka, tetapi gadis berusia 21 tahun itu perlu menjalani uji bakat, sama seperti calon lain. "Memang kami akui, kami mengenali Liuniey berdasarkan cerita membabitkan dirinya dengan Apek. Namun, pemilihannya bukanlah disebabkan kontroversi itu semata-mata. Ketika sesi uji bakat, dia menunjukkan lakonan cemerlang apabila berjaya mempamerkan pelbagai ekspresi mengikut mood dikehendaki. "Iklan ini memerlukan dia banyak bergerak, jadi kebolehannya dalam bidang tarian memberi kelebihan padanya untuk membawakan watak gadis misteri itu. Ternyata pilihan kami tepat kerana dia bukan saja bagus dari segi lakonan, malah Liuniey mempunyai komitmen dan disiplin amat baik. Sekurang-kurangnya impiannya untuk bergelar pelakon iklan tercapai dengan kemunculannya dalam komersial ini," ujar Siti. Bagi Liuniey, walaupun pada awalnya dia gementar kerana bimbang kemunculan dalam iklan itu akan membuatkan isu membabitkan dirinya dan Apek kembali dibangkitkan, namun dia akhirnya mengambil prinsip berani kerana benar. "Antara kami memang tiada apa-apa. Jadi, untuk apa saya perlu rasa takut atau bimbang? Lagipun, ibu saya ada menemani saya di sini dan dalam iklan itu, memang tiada babak yang menemukan kami berdua. Cukup-cukuplah dengan apa yang sudah disebarkan sebelum ini. Berilah saya peluang untuk menumpukan perhatian pada perniagaan dan juga kerjaya baru saya ini," pinta gadis jelita ini. Sementara itu, Apek yang kelihatan tenang sepanjang penggambaran itu berkata, apa yang perlu dilakukan adalah sentiasa bersikap profesional. "Saya tiada masalah untuk berlakon dalam iklan ini walaupun mungkin ada pihak yang akan mengaitkannya dengan kontroversi sebelum ini. Kita harus bersikap profesional. Lagipun antara kami memang tiada hubungan apa-apa, jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan," ujar jejaka berusia 23 tahun ini. Iklan arahan Casper sepanjang 30 saat itu bakal ditayangkan buat julung kali pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang dipancarkan secara langsung di saluran TV3, 8 April ini. | ||
| Justin Bieber Beli Rumah RM18.6 Juta Posted: 28 Mar 2012 08:37 PM PDT Justin BieberWASHINGTON: Penyanyi Justin Bieber sudah membeli sebuah rumah agam bernilai RM18.6 juta (GBP3.8 juta) yang sekali gus melonjakkan statusnya pada kelompok selebriti besar seperti Britney Spears dan Steven Spielberg. Laman web contactmusic.com melaporkan, rumah itu mempunyai sebuah kolam renang dan rumah tamu dan ruang garaj gergasi bagi menampung koleksi kereta mewahnya. Antaranya termasuklah jip Range Rover yang ditempah khas bernilai RM489,000, Cadillac bertemakan karakter Batman, Ferrari dan kereta terbaru Fisker Karma yang dihadiahkan pengurusnya Scooter Braun bersempena hari jadinya, awal bulan ini. Menurut laman web X17online.com, kekasih kepada penyanyi Selena Gomez itu merancang untuk memasang sistem kawalan berkomputer bagi mengawal tingkap buta (blinds), pencahayaan, gajet dan tab mandi. Bieber juga dilaporkan berhasrat untuk memiliki sebuah bilik berkonsepkan 'bilik tidur remaja lelaki' yang dipenuhi konsol permainan, mesin arked dan sinema mini. Penyanyi kelahiran Kanada itu dikatakan sudah lama mencari sebuah rumah di Amerika Syarikat dan pernah mempertimbangkan untuk membeli rumah aktor Ashton Kutcher sebelum ini. | ||
| Posted: 28 Mar 2012 08:35 PM PDT TRAUMA...Syazwan kini takut meneguk minuman daripada botol. KANGAR: "Dada saya seperti dibakar, malah hampir keseluruhan mulut serta tekak tiba-tiba menjadi panas kerana terminum cecair berkenaan," kata Mohd Syazwan Abdul Rohim,17, selepas terminum pencair cat yang disangka air minuman ringan. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 malam Isnin lalu, apabila Mohd Syazwan yang dahaga sebaik pulang dari bengkel sekolahnya di Arau di sini, mencapai satu botol di atas katilnya yang disangka minuman ringan lalu minum sebelum dadanya berasa panas. Mohd Syazwan berkata, dia meneguk cecair berkenaan dua kali sebelum dada serta mulutnya tiba-tiba terasa panas dan sakit sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan separuh sedar. "Saya cuba menjerit meminta pertolongan rakan, namun gagal kerana sukar bertutur akibat kesakitan. "Nasib baik ada rakan ternampak lalu meminta bantuan dan saya ke rumah warden asrama sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan," katanya ketika ditemui di HTF di sini, semalam. | ||
| Saluran artis selesai isu perundangan Posted: 28 Mar 2012 08:33 PM PDT NEELOFA dan Ana Raffali mendengar penerangan diberikan Khairul Anwar di Wangsa Maju, semalam. Sebagai permulaan, pelakon yang juga pengacara Nona, Neelofa, dan penyanyi, Ana Rafali, dilantik sebagai 'duta kecil' sebagai penghubung antara artis dan SUKAGUAM.Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan di antara Pengerusi SUKAGUAM, Datuk Khairul Anwar Rahmat, dan kedua-dua artis terbabit di Wangsa Maju, di sini, semalam. Bercakap kepada pemberita, Neelofa berkata, kesedaran untuk mengunjungi SUKAGUAM timbul sejak menyertai bidang seni kerana mereka sentiasa terdedah kepada pelbagai risiko. Pelakon filem Azura (2012) itu berkata, sudah sampai masanya artis diberi pendedahan mengenai hak dan peraturan bagi membolehkan mereka bergiat tanpa dibebani dengan kemungkinan sekiranya tindakan dilakukan melanggar undang-undang. "Saya berharap, kerjasama ini turut mendapat perhatian rakan artis lain supaya kebajikan dan keselamatan semua pihak terjamin, selain memberi gambaran mengenai garis panduan lebih jelas dalam industri ini," katanya. Ana pula berkata, dia mahu golongan artis sedar, mereka mempunyai saluran terbaik untuk menyelesaikan masalah berkaitan perundangan. "Jika dulu, kebanyakan artis tidak mengetahui ke mana hala tuju mereka jika disaman atau difitnah, tetapi kini kita mempunyai saluran yang menawarkan khidmat nasihat secara percuma," katanya. Sementara itu, Khairul Anwar berkata, kerjasama itu dijalin bagi menjelaskan kepada selebriti bahawa mereka mempunyai saluran untuk menyelesaikan sesuatu isu yang timbul berlandaskan hak dan langkah sewajarnya. | ||
| Posted: 28 Mar 2012 08:31 PM PDT WAJAH asal Norris (kiri), selepas insiden tembakan (tengah) dan selepas menjalani pemindahan muka. WASHINGTON: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang cedera dalam kejadian tembakan diberikan wajah, gigi, lidah dan rahang baru yang disifatkan oleh doktor sebagai pemindahan muka besar-besaran pernah dilakukan. Pegawai di Pusat Perubatan Universiti Maryland mengumumkan semalam, Richard Lee Norris semakin pulih selepas pembedahan 36 jam minggu lalu.
Norris, selama 15 tahun lalu, hidup menyendiri, bersembunyi di sebalik topeng dan hanya keluar pada waktu malam. Pemindahan itu akan mengembalikan kehidupannya, kata ketua pakar bedah, Dr Eduardo Rodriguez.
| ||
| Posted: 28 Mar 2012 08:30 PM PDT PENGGAMBARAN klip video untuk runut bunyi filem Saya Amat Mencintaumu di Beijing, China. Walau baru mencecah 19 tahun, anak bongsu Datuk Yusof Haslam cukup profesional melaksanakan tanggungjawabnya malah Anuar sendiri mengakui teruja untuk bekerja dengan orang muda sepertinya yang punya daya kreativiti tinggi."Jujurnya saya suka mencuba sesuatu yang baru malah terharu apabila dua lagu terbaru ini meraih perhatian bagi melengkap buah tangan sulungnya. Saya agak terkejut apabila dihubungi pihak Skop dua bulan sebelum ini yang menyuarakan hasrat mereka. Terdahulu, rombongan Skop Productions yang membariskan pelakon Gerak Khas, ahli keluarga produser terbabit serta wakil media lebih dulu 'terbang' ke Beijing dalam lawatan enam hari selain mengambil peluang menjalani penggambaran dua produk baru, Skuad Metro dan telefilem, Asmara Di Beijing. Walau terlepas peluang merasai kedinginan salji yang gugur sehari sebelum kedatangannya, penyanyi berusia 42 tahun itu tidak ralat sebaliknya tetap mengagumi keindahan destinasi yang disebut jantung bagi China selain pembangunannya. "Sebenarnya ketika masih bertugas di syarikat penerbangan, sudah empat kali saya ke sini cuma disebabkan kekangan masa saya tidak sempat menjelajah tempat menarik termasuk Tembok Besar yang disenaraikan sebagai benda ajaib dunia. "Difahamkan lokasi di Beijing hanya beberapa babak kerana selepas pulang ke Kuala Lumpur, kerja penggambaran akan disambung semula," katanya lagi yang bakal muncul di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, pada 8 April ini. Sebelum ini lagu Anuar pernah melatari beberapa filem lain termasuk Perpisahan untuk filem Cinta, Andai (Bintang Hati), Sedetik Lebih (Merong Mahawangsa) selain duet bersama Erra Fazira dan Afdlin Shauki dalam Soal Hati. Ditanya tidakkah berminat untuk berlakon selepas Soal Hati dan Bintang Hati, kata penghibur yang digilai ramai itu mungkin lakonan bukan jiwanya yang pada awal lagi ia sekadar menguji sejauh mana kemampuan. "Biarlah saya tumpukan pada nyanyian kerana rasanya saya lebih sesuai dalam bidang ini berbanding lakonan. Takut nanti rosak filem orang," katanya sambil tertawa kecil sambil menegaskan tidak sabar menanti tayangan filem SAM. Bagi Syafiq yang turut bertanggungjawab menulis naskah skrip filem terbabit, sedari awal sememangnya dia memang teringin menggunakan lagu penghibur itu bagi buah tangan sulungnya. "Saya semakin tertarik dengan nyanyian dan lagu abang Anuar sebaik mendengar lagu Sedetik Lebih di radio tahun lalu. Selepas itu saya mendapatkan albumnya yang lama. Bagi saya dua lagu baru ini cukup 'kena' dengan filem SAM yang menjurus kepada sebuah kisah thriller bersulam cinta. "Apabila dia menyatakan persetujuan di atas kerjasama ini, saya terus menarik nafas lega. Walau punya nama besar, dia begitu senang memberikan kerjasama. Awalnya saya gementar namun sikap toleransi dan mudah mesranya membuatkan saya semakin selesa sepanjang di lokasi," katanya lagi. | ||
| Posted: 28 Mar 2012 08:26 PM PDT SEMPURNA...Susan menunjukkan bedak asas semburan untuk kesan lebih sempurna. SELAIN menggunakan berus atau jari untuk mengaplikasikan solekan, kini terdapat teknologi terkini menggunakan semburan udara atau airbrush yang memberikan kesan berbeza. Tidak seperti solekan biasa, teknik airbrush menggunakan sejenis alat atau kompresor yang disembur pada wajah. Menerusi kaedah ini setiap kosmetik seperti bedak asas, pemerah pipi, pembayang mata dan gincu disapu menggunakan semburan, menjadikan solekan lebih kemas dan tahan lama. Teknik solekan ini cukup popular dan banyak digunakan untuk majlis perkahwinan selain perfileman, iklan komersial televisyen, teater atau pertunjukan fesyen. Teknik solekan ini banyak dipraktikkan di luar negara dan kini semakin digemari kebanyakan jurusolek profesional Malaysia. "Solekan definisi tinggi boleh membuat kulit bukan saja kelihatan sempurna, tetapi lebih muda. "Bahan digunakan begitu halus membuatkan solekan sekata tanpa meninggalkan sebarang garisan yang mungkin boleh didapati sekiranya menggunakan berus atau span. "Malah kebersihannya begitu terjamin kerana penggunaan alat solek tanpa menyentuh bahagian kulit atau berkongsi dengan orang lain," katanya. Tambahnya, selain teknik solekan, penggunaan alat solek berdefinisi tinggi terutama bedak asas mampu memberikan sapuan sekata dan tahan lebih lama. Menyedari keinginan pengguna kepada solekan lebih mudah, pantas serta meninggalkan kesan yang sama ketika di hadapan lensa kamera, Revlon kini memperkenalkan bedak asas Revlon Photoready Airbrush yang memberi perlindungan rapi sehingga 15 jam. "Wanita sering merungut dengan wajah yang cenderung berminyak dan berkilat apabila di bawah sinaran matahari atau ketika mengambil gambar. Namun menerusi bedak asas Revlon Photoready Airbrush dengan revolusi terkini, ia menjadikan tekstur lebih halus jauh meresap ke dalam kulit serta menjadi alat kawalan minyak yang berkesan," katanya. Menurut Susan, bedak asas berkenaan menjadi produk terunggul Revlon yang dilengkapi teknologi pigmen foto kromatik yang mampu menyatukan ton kulit yang membiaskan cahaya sehingga mengurangkan ketidaksempurnaan wajah. Produk ini menjadikan kulit halus, lembut tanpa serlahan pori-pori dalam sebarang pencahayaan sama ada di dalam bangunan atau di bawah cahaya matahari. "Formula dan warna, diuji secara profesional sama ada di bawah cahaya matahari dan lensa kamera menjadikan ton kulit lebih sekata," katanya. Bedak asas ini sesuai dipakai untuk semua jenis kulit serta mudah disapukan pada wajah. Pembungkusan yang menarik menerusi teknik goncang dan tekan menggunakan hujung jari pada belakang tapak tangan bagi meleraikan jumlah formula bahan yang terkandung di dalamnya. "Keistimewaan dengan bedak asas Photoready Airbrush ini, pengguna tidak perlu memakai bedak kompak atau bedak debu, kerana kandungan bahan sama seperti alat solek berdefinisi tinggi yang kesannya begitu menyeluruh dan sempurna. Cuma sapu rata pada keseluruhan wajah selepas memakai pelembap dan lihat hasilnya," jelasnya. Bagi wanita yang sudah terbiasa dengan tiga langkah utama seperti bedak asas, bedak kompak atau bedak debu, penggunaan bedak asas semburan ini mampu memberikan hasil semula jadi yang tidak dapat diperoleh menerusi kaedah solekan tradisional yang lain. Revlon PhotoReady Airbrush hadir dalam empat warna solekan yang sesuai untuk kulit orang Asia iaitu nude, medium beige, golden beige dan caramel pada harga RM69. | ||
| 37 tahun kayuh basikal hantar bekal Posted: 28 Mar 2012 08:23 PM PDT GERIK: Hampir setiap hari sejak berpuluh tahun lalu, Saadiah Abdullah akan mengayuh basikal sejauh lima kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk menghantar bekalan makanan kepada suaminya yang bertugas di balai itu.Dia melakukannya demi kasih sayang dan kesetiaan kepada suaminya, Alias Nik Daud. Kini, selama 37 tahun selepas suaminya meninggal dunia dalam serang hendap komunis di Temenggor dekat sini pada 1975, beliau masih mengayuh basikal setiap hari kecuali jika tidak sihat untuk menghantar makanan. | ||
| Dilema bawa anak berniaga lewat malam Posted: 28 Mar 2012 08:22 PM PDT ![]() Ada peniaga yang membawa anak mereka yang masih bayi untuk berniaga di pasar malam Uptown sedangkan sepatutnya pada waktu itu anak-anak harus tidur di rumah dengan selesa. KOS sara hidup di bandar raya seperti Kuala Lumpur yang semakin tinggi menyebabkan sebahagian daripada penduduknya terpaksa melakukan kerja sampingan bagi menampung keperluan diri dan keluarga. Ada yang bekerja di pejabat pada siang hari, manakala pada sebelah malam pula melakukan pelbagai pekerjaan tambahan. Ada yang berniaga secara kecil-kecilan seperti di pasar malam Uptown dan sebagainya. Ada juga yang menjadikan berniaga di pasar malam Uptown sebagai pekerjaan tetap dan sepenuh masa. Sudah tentu waktu operasi bazar-bazar di Uptown ialah pada waktu malam dan ada yang hingga ke dinihari. | ||
| Tumbesaran anak boleh terbantut Posted: 28 Mar 2012 08:22 PM PDT ![]() Sebahagian kanak-kanak yang berada di persekitaran Uptown memakan makanan ringan ketika menunggu ibu bapa mereka berniaga. PERKEMBANGAN mental dan fizikal kanak-kanak adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh kedua ibu bapa sejak dari peringkat bayi lagi. Bukan sahaja makan dan minum yang perlu dijaga, malah masa tidur mereka juga penting bagi memastikan tumbesaran mental serta fizikal anak tidak terjejas. Sebab itu dikhuatiri, tindakan sebahagian ibu bapa yang membawa anak-anak kecil mereka ketika berniaga hingga lewat malam boleh membantutkan perkembangan dan proses tumbesaran kanak-kanak tersebut. Pakar Psikologi Jabatan Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, kanak-kanak sejak dari peringkat bayi memerlukan tempat dan persekitaran yang baik ketika membesar. | ||
| Khidmat perkahwinan sehenti Mak Dara Posted: 28 Mar 2012 08:21 PM PDT
HALIMAH Shuib adalah nama besar yang cukup terkenal di kalangan pengamal jamu. Penglibatannya dalam perniagaan berasaskan jamu bermula sejak 2004. Malah beliau sendiri telah mengamalkan pengambilan jamu sejak zaman remaja lagi. Begitupun, hari ini perniagaan Jamu Mak Dara yang diusahakan Halimah atau lebih mesra disapa ibu Halimah itu telah berkembang maju bukan sahaja di dalam malah juga di luar negara. Hari ini, berbekalkan pengalaman dan ilmu perniagaan yang sedia ada, ibu Halimah telah melangkah setapak lagi untuk memperluaskan empayar perniagaannya. Memilih bidang yang berbeza dan menggabungkan kemahiran ahli keluarga dan juga rakan-rakan, akhirnya ibu Halimah membuat keputusan untuk membuka sebuah pusat sehenti perkahwinan yang menggabungkan ketiga-tiga syarikat produk perkahwinannya iaitu Almass Catering, Habshah Couture Resource dan Szemi Artistik Gallery. | ||
| Dr. Seow kongsi cerita zon perang Posted: 28 Mar 2012 08:19 PM PDT ![]() Dr. Winson Cheow (duduk tengah) bersama sebahagian daripada penuntut Universiti Malaya ketika berkongsi pengalamannya di negara-negara yang sedang menghadapi peperangan, baru-baru ini. REMAJA hari ini dilihat sebagai generasi yang terdorong untuk memiliki peralatan canggih, menggayakan fesyen terkini dan memiliki wang yang banyak. Keinginan tersebut secara tidak langsung menjadikan mereka generasi materialistik yang kurang mengambil berat dan kurang prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Begitupun, tidak semua remaja begitu. Bagi Dr. Winson Seow, 26, beliau memilih untuk menjalani kehidupan dengan penuh kasih sayang dan keprihatinan. Beliau yang merupakan sukarelawan SOS Antarabangsa adalah seorang doktor bedah trauma dan bertugas dalam kawasan yang diancam peperangan. | ||
| SMIAH lahirkan generasi huffaz Posted: 28 Mar 2012 08:12 PM PDT ![]() Barisan para guru dan pelajar SMIAH, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengambil silibus dan kurikulum yang sama seperti sekolah lain agama lain dibawah pentadbiran JAIS. SETIAP tahun beribu-ribu permohonan diterima tetapi sayangnya tidak ramai yang diterima masuk. Inilah fenomena sekarang apabila ramai bercakap mengenai 'persaingan' kemasukan pelajar ke sekolah-sekolah menengah agama sama ada yang ditadbir oleh kerajaan Persekutuan (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama-SMKA) mahupun kerajaan negeri. Menyedari sekolah menengah aliran agama mampu memberikan lebih daripada sekadar ilmu dunia, ibu bapa hari ini berlumba-lumba menghantar anak mereka ke sekolah aliran tersebut. Ditambah pula dengan usaha oleh kerajaan negeri menubuhkan sekolah-sekolah menengah agama berprestij tinggi dan bestari sehingga berteraskan hafazan al Quran bagi melahirkan hafiz dan hafizah. | ||
| Artis jalin kerjasama dengan Sukaguam Posted: 28 Mar 2012 08:11 PM PDT Ramai artis masih tidak mengetahui hak mereka dan cara menghadapi pelbagai ancaman seperti fitnah dan salah guna nama akaun. | ||
| Posted: 28 Mar 2012 08:10 PM PDT Populariti mereka pernah merudum, tetapi kumpulan Radja yang popular dengan lagu Jujur kini kembali bangkit untuk menawan industri muzik Indonesia. | ||
| Dedah kisah peribadi demi bayaran Posted: 28 Mar 2012 08:08 PM PDT Siapa tidak mengenali ratu kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah. Apa sahaja kisah yang berkisar mengenai dirinya, pasti menjadi bualan. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
























0 ulasan:
Catat Ulasan