RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Keldai siber pula muncul

Posted: 29 Mar 2012 06:26 PM PDT

  • Foto

  • Foto

    DUA warga Nigeria ditahan akibat memperdaya wanita tempatan sebagai keldai internet.

Sindiket antarabangsa didalangi warga Afrika peralat wanita kita perdaya syarikat dalam internet

KUALA LUMPUR: Selain dijadikan keldai dadah, wanita tempatan kini diperalatkan sebagai keldai internet oleh sindiket antarabangsa warga Afrika dengan menggunakan akaun internet dan akaun bank mereka untuk pelbagai kegiatan penipuan secara atas talian di seluruh dunia. Modus operandi sindiket warga Nigeria yang mempunyai kepakaran teknologi maklumat (ICT) itu adalah dengan menggodam e-mel syarikat antarabangsa yang mengandungi maklumat sulit transaksi perniagaan dan menghubungi syarikat itu selepas mencipta emel baru yang alamatnya mirip e-mel pelanggan syarikat yang berurus niaga dengan syarikat yang mahu ditipu.Modus operandi sindiket warga Nigeria yang mempunyai kepakaran teknologi maklumat (ICT) itu adalah dengan menggodam e-mel syarikat antarabangsa yang mengandungi maklumat sulit transaksi perniagaan dan menghubungi syarikat itu selepas mencipta emel baru yang alamatnya mirip e-mel pelanggan syarikat yang berurus niaga dengan syarikat yang mahu ditipu. Mereka berurus niaga menerusi e-mel palsu termasuk rundingan pembelian. Selepas meyakinkan mangsa, anggota sindiket mengambil alih urus niaga dan menghantar e-mel mengarahkan pembeli memasukkan wang ke dalam akaun bank milik wanita rakyat tempatan yang didaftarkan di Malaysia.

Sebelum itu mereka menjalin hubungan dengan wanita tempatan supaya mudah dipujuk untuk membuka akaun. Ada antara mereka sanggup memeluk agama Islam dan berkahwin dengan mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din, berkata siasatan terhadap enam kes penipuan awal tahun ini mendapati semua akaun bank itu dimiliki wanita tempatan yang disyaki menjalin hubungan dengan anggota sindiket.

"Sebaik bayaran dimasukkan dalam akaun, mangsa diarah pasangan mereka memindahkan wang kepada rangkaian sindiket di luar negara melalui khidmat kiriman wang antarabangsa.
"Suspek mengelak penggunaan akaun bank sendiri atau rangkaian sindiket di luar negara bagi mengelak dikesan jika kegiatan terbongkar.

"Taktik itu juga bagi mengelak wang atau aset mereka di Malaysia atau luar negara dikesan, seterusnya dibekukan pihak berkuasa. Wanita kita dijadikan keldai internet seperti keldai dadah," katanya.

Sejak Januari lalu, enam kes dilapor membabitkan 10 wanita tempatan dengan kerugian mencecah jutaan ringgit, termasuk kes terbaru membabitkan penahanan ibu tunggal berusia 34 tahun di Johor Bahru Sabtu lalu bersama pelajar kolej swasta warga Nigeria yang didakwa suaminya.

Mohd Kamarudin berkata, penahanan itu susulan maklumat Bank Pusat Amerika Syarikat (AS) yang melaporkan pembayaran oleh pelanggannya kepada sebuah syarikat pembuat pakaian di Jakarta, Indonesia dimasukkan dalam akaun bank milik ibu wanita berkenaan sebelum polis menahannya untuk siasatan lanjut.

Hasil soal siasat membawa kepada penahanan suaminya dan seorang lagi lelaki Afrika berusia 25 tahun dalam dua serbuan berasingan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya dan Pandan Indah, Ampang, pada Jumaat lalu.

Polis merampas telefon bimbit dan peralatan komputer yang mereka gunakan untuk berhubung dengan anggota sindiket lain di luar negara serta menggodam akaun mangsa.

"Lebih mengejutkan anggota sindiket sanggup memeluk Islam bagi meyakinkan pasangan, namun ketika ditahan mereka masih memakai rantai mempunyai lambang salib," katanya.

Berikutan itu, polis menasihatkan orang ramai terutama ahli perniagaan supaya berwaspada ketika menggunakan talian internet percuma seperti Wifi, selain meneliti dan menyemak e-mel bagi mengelak maklumat dicuri penggodam.

"Bukit Aman sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa luar negara, termasuk Interpol bagi memantau aktiviti yang meragukan dalam sebarang urusan perniagaan melalui e-mel," katanya.

Beliau berkata, selain Malaysia, sindiket berkenaan beroperasi di Timur Tengah dan Afrika.

Zikir Terapi Munajat hadiah buat peminat

Posted: 29 Mar 2012 06:25 PM PDT


Zikir yang dimuatkan dalam album ini mudah untuk dihafal.


FITRI Haris pernah menganggotai kumpulan nasyid Unic dan sempat menghasilkan beberapa album bersama kumpulan tersebut.

Sayangnya, jodoh itu tidak berpanjangan apabila dia membawa haluan sendiri dengan bergerak secara solo.

Salah satu sebabnya kerana dia mengambil keputusan menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan pengurusan perniagaan.

Pada April ini, anak muda itu akan berangkat ke New Zealand untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana di salah sebuah universiti di sana.

Sebelum berhijrah itu, Fitri telah bekerjasama dengan Hafiz Hamidun, rakan baiknya yang pernah bersama-sama menganggotai Unic dan terhasil produk terbaru iaitu cakera padat berjudul, Zikir Terapi Munajat.

Di sebalik tembok Israel

Posted: 29 Mar 2012 06:25 PM PDT


Penulis bergambar berlatarbelakangkan Tembok Pemisah Israel sepanjang 181 kilometer yang menutup dan mengepung sepenuhnya Baitulmaqdis.


TIADA yang lebih di tangisi oleh umat Islam selain Masjid Al-Aqsa di Kota Suci Al Quds, Baitulmaqdis berada dalam cengkaman rejim zionis Israel hingga ke hari ini.

Cengkaman tersebut menyebabkan umat Islam dinafikan untuk keluar masuk melakukan solat di dalamnya. Lebih memedihkan, Israel merancang untuk melenyapkan masjid itu dari muka bumi ini.

Berkongsi pengalaman, seorang rakyat Malaysia yang pernah berada hampir sebulan di Baitulmaqdis, sekali gus berpeluang beribadat di Masjid Al-Aqsa perlu menjadi satu inspirasi kepada seluruh umat Islam untuk ke sana.

Setiausaha Eksekutif Komuniti Viva Palestin Malaysia (VPM), Azra Banu, 49, berada di Baitulmaqdis sekitar Jun 2010 yang disifatkan sebagai paling terkesan dalam hidupnya.

Mengingati kehilangan tanah rakyat Palestin

Posted: 29 Mar 2012 06:22 PM PDT


PEMANDANGAN aktiviti rakyat palestin di sebuah pasar di baitulmaqdis.


"LANGSUNG tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya pada hari ini apabila umat Islam yang setiap kali hendak beribadat dan solat lima waktu di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel akan mengenakan cukai sembahyang AS$7 (kira-kira RM21) sekepala.

"Jika tidak, mereka dengan gembira akan menghalau umat Islam daripada memasuki masjid tersebut," kata Dr. Mohd. Tahir Abdul Rahman.

Beliau merupakan aktivis kemanusiaan Palestin terkenal yang kini merupakan Pengerusi Sekretariat Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) iaitu satu acara di peringkat dunia yang akan berlangsung pada hari ini di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor.

Dr. Mohd. Tahir berkata, rejim Israel yang begitu zalim dan ganas terhadap penduduk Palestin akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Masjid Al-Aqsa akhirnya akan terlepas sepenuhnya ke tangan mereka.

Kelas Klinik Matematik

Posted: 29 Mar 2012 06:22 PM PDT


Muhammad Shakib Shamsudin menunjukkan cara mudah mengingati sifir.


Murid dan pelajar sekarang cekap, pantas, bijak dan jauh ke hadapan daripada anggapan ibu bapa dan masyarakat, lantaran itu pengajaran secara konvensional di sekolah tidak lagi relevan." Lontaran pandangan daripada anak muda berusia 30 tahun ini agak berani dan tidak mustahil menimbulkan riak kurang senang terutama di kalangan warga pendidik.

Sinonim pula dengan penglibatannya sebagai usahawan muda yang kini mengusahakan empat cawangan pusat tuisyen, The Maths Clinic Tuition Centre (Maths Clinic) di Setiawangsa, Wangsa Maju dan Cheras di Kuala Lumpur dan Taiping, Perak, kenyataan Muhammad Shakib Shamsudin, 30, agak berbaur berat sebelah.

"Apa yang saya lontarkan ini, berdasarkan apa yang dikongsi bersama pelajar di pusat tuisyen ini rata-rata mengakui mereka mahukan kelainan, bukan lagi sekadar menadah telinga mendengar dan menerima nota sebaliknya mahu penyampaian maklumat pantas, sepantas mereka melayari Internet,'' ujarnya ketika di temui di Wangsa Maju, salah satu pusat tuisyen miliknya, baru-baru ini.

26 pelajar tahfiz khatam al-Quran atas kereta api

Posted: 29 Mar 2012 06:20 PM PDT


Pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Peka Yatim Kelantan menaiki kereta api di Wakaf Baru, Tumpat, semalam.


TUMPAT 29 Mac - Seramai 26 pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (Peka Yatim) mengikuti program 'Perjalanan Menggunakan Kereta Api, al-Quran Penuh Rahmat' bermula hari ini.

Pengetuanya, Ahmad Hilmi Ahmad berkata, kesemua pelajar berkenaan berlepas dengan menaiki kereta api dari stesen Wakaf Bharu ke Johor Bahru kira-kira pukul 6.30 petang.

Menurutnya, sepanjang perjalanan tersebut, mereka akan membaca dan seterusnya mengkhatam al-Quran di atas kereta api berkenaan.

Tambahnya, program selama dua hari itu turut diisi dengan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat menarik di sekitar Johor Bahru.

"Tujuan kita mengadakan program ini adalah untuk memberikan pengalaman baharu kepada para pelajar mengenai tatatertib dalam bermusafir.

Dua pelajar cemerlang terima Anugerah Pengarah PKB

Posted: 29 Mar 2012 06:17 PM PDT


WAN Aqilah Wan Ahmad Husaini (tengah) menerima ciuman ibunya selepas diumumkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Pengarah.


KOTA BHARU 28 Mac - Majlis Konvokesyen Jubli Perak Ke-25 Politeknik Kota Bharu (PKB) semalam, memberi seribu makna buat seorang ibu tunggal Maimunah Sulaiman, 64, apabila anak lelakinya Muhamad Zulkarnain Muhamad, 21, diumumkan sebagai penerima Anugerah Pengarah.

Kehilangan dua anggota keluarga tersayang, iaitu adik bongsu ketika berusia sembilan tahun dan arwah ayahnya empat tahun lalu, ternyata bukan halangan buat Muhamad Zulkarnain mencipta kejayaan dalam pelajaran.

Kejayaan Zulkarnian menamatkan pengajian Sijil Elektrik dan Elektronik dengan gred purata terkumpul (CGPA) 3.79 bukan sahaja ditangisi oleh ibu dan abangnya, malah seluruh graduan terpaku apabila menonton tayangan video menceritakan faktor kejayaan pelajar tersebut.

Bagi Zulkarnain, anugerah tertinggi pada konvokesyen tersebut mahu dihadiahkan kepada ibu tersayang dan ahli keluarga lain yang telah banyak memberikan sokongan.

"Walaupun dua kali diuji dengan kesedihan, namun sokongan daripada keluarga menguatkan lagi semangat saya untuk mengubah nasib keluarga yang sebelum ini hidup dalam kemiskinan," katanya yang merupakan anak kesembilan daripada 10 adik-beradik.

Zulkarnain berkata, ibunya sering berpesan agar terus belajar bersungguh-sungguh dan menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup.

"Saya akan melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Mekatronik di sini (politeknik) dan mengharap dapat mencapai cita-cita sebagai jurutera apabila tamat belajar nanti," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penerima anugerah terbabit, Wan Aqilah Wan Ahmad Husaini, 21, berkata, resipi kejayaannya adalah sentiasa fokus dan mengulangkaji pelajaran.

"Alhamdulillah berkat usaha dan doa, saya berjaya dalam pelajaran dan mendapat anugerah ini, sesungguhnya inilah hadiah istimewa buat ibu dan bapa saya.

"Sekarang saya menyambung pelajaran di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dalam Ijazah Komunikasi Wayarles dan insya-Allah saya akan terus berusaha mencapai kejayaan," jelasnya.

Anugerah disampaikan oleh Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan, Datuk Zulkifli Ab. Rahman. Turut hadir Pengarah PKB, Noor Azhan Othman.

Ernie tidak tumpang Aiman

Posted: 29 Mar 2012 06:15 PM PDT


Ernie selesa mendapat bimbingan daripada Adi ketika rakaman di studio Nar, di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KALAU sebut nama Ernie Zakri, pasti ada yang tertanya-tanya, apakah dia seorang penyanyi atau pelakon dan drama atau lagu apakah dipopularkannya?

Sebenarnya Ernie Zakri atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 20, adalah juara Bintang RTM 2009 dan telah menghasil album sulung berjudul Sinaran pada tahun 2011.

Biarpun bergelar juara namun bintangnya tidak begitu bersinar seperti bakat baru yang dicungkil daripada program realiti terbitan stesen televisyen lain.

Pun begitu Ernie bertuah kerana tujuh lagu daripada albumnya itu dijadikan lagu latar drama bersiri Ashiteru lakonan Afiq Muiz dan Erin Malik yang disiarkan di TV9 sebelum ini.

Antaranya adalah Mau Ingin Bercinta, Bicara Cinta, Ku Perlukan Mu dan Pandangan Bererti.

Menggeletek perut!

Posted: 29 Mar 2012 06:12 PM PDT

Poster Jangan Pandang Belakang

Sekali imbas, filem ini tidak banyak bezanya dengan karya filem seram komedi Ahmad Idham sebelum ini seperti Hantu Bonceng (HB). Ini kerana ia mengetengahkan karya berbentuk seram komedi yang menggeletek perut.

Mengekalkan Zizan sebagai teraju utama, Jangan Pandang-Pandang (JPP) membawa penonton melayari pengembaraan sekumpulan pelajar kolej yang ditugaskan mengkaji artifak di gua.

Namun dek kerana pelbagai isu yang pernah timbul dalam filem HB sebelum ini, maka, Idham mengambil keputusan untuk membuang beberapa babak yang dirasakan akan dijadikan isu dan menggantikan ia dengan babak yang lebih sesuai.

Malah, pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) juga terpaksa memotong 40 peratus adegan dalam JPP, kerana mereka tidak mahu sebarang kontroversi dicetuskan mana-mana pihak.

Tidak berselindung, Idham menyatakan rasa kecewa dan rajuknya apabila niatnya untuk membawa mesej kepada penonton disalah ertikan sekali gus, menampakkan Idham seolah-olah cuba mempersendakan agama Islam.

"Setiap kali saya menghasilkan karya, saya pasti menyelitkan mesej-mesej untuk difikirkan oleh remaja kini. Saya sesuaikan dengan persekitaran semasa yang kini dibanjiri oleh pelbagai gadjet canggih.

"Daripada mereka menyimpan lagu-lagu yang tidak bermanfaat di dalam telefon bimbit, atau gajet mereka, lebih baik mereka menyimpan ayat-ayat al-Quran. Namun ada pihak yang menuduh saya mempersendakan agama Islam setiap kali memaparkan penggunaan ayat-ayat suci dalam karya saya," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana JPP di TGV 1Shamelin, kelmarin.

Tidak mahu untuk terus menimbulkan perkara-perkara yang dianggap kontroversi, Idham mengakui JPP adalah karya seram terakhirnya buat masa ini.

"Trauma dibuatnya apabila mengenangkan kembali isu filem Hantu Bonceng (HB) yang dikritik hebat gara-gara membabitkan ayat-ayat suci Al-Quran. Justeru itu, saya membuat keputusan Jangan Pandang-Pandang (JPP) adalah karya seram saya yang terakhir.

"Namun, apabila isu agama dibangkitkan dalam HB saya menyunting semula segalanya yang membabitkan ayat suci tersebut dalam JPP agar ia tidak menjadi isu kemudian hari," jelasnya.

Biarpun banyak babak terpaksa dipotong dan beberapa dialog terpaksa 'ditampal' agar tidak dijadikan isu, namun filem yang diterajui oleh Zizan Razak (Ajis), Sara Ali (Yaya), Miera Leyana (Marsha), (Ben) Nas-T dan Anith Aqilah (Diana) itu masih lagi menarik.

Apatah lagi, kehadiran Zizan yang tidak pernah mengecewakan menambahkan 'rasa' buat penonton mengikuti jalan cerita ini dari mula sehingga akhir.

Ditambah pula gandingan pertama kali Zizan dan Sara Ali, bagai memberi nafas baru buat gandingan pelakon di Malaysia.

Naratif penceritaan filem ini pula tidak sukar difahami. Seperti biasa, Idham bijak mengadun babak demi babak untuk disesuaikan dengan situasi jalan cerita.

Malah, dalam usahanya untuk 'menggeletek' penonton dengan lawak spontan dan keadaan semasa, Idham tidak lupa untuk menyelitkan mesej-mesej berguna kepada penonton. Antaranya tentang tanggungjawab seorang pemimpin, semangat setia kawan, jangan bersikap riak dan banyak lagi.

Filem terbitan Excellent Pictures ini, mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan pelajar yang dikehendaki membuat kerja kursus di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Terengganu.

Kerja kursus yang sepatutnya menjadi masa yang singkat bertukar kepada satu pengembaraan yang tidak pernah dialami apabila bot yang dinaiki mereka, hilang tanpa dikesan.

Dalam perjalanan mencari jalan keluar, Ajis, Ben, Marsha, Yaya dan Diana ditangkap oleh satu kumpulan jahat yang menetap di pedalaman kawasan itu.


Jangan Pandang-Pandang
PENGARAH: Ahmad Idham
PELAKON: Zizan Razak, Sara Ali, Nas-T, Miera Leyana, Anith Aqilah, Azhar Sulaiman dan Tai.
GENRE: Komedi
DURASI: 1 jam 30 minit
KLASIFIKASI: PG13
TAYANGAN: 29 Mac 2012
KESELURUHAN: 3.5/5

Google lancar ciri baru

Posted: 29 Mar 2012 06:10 PM PDT

Sajith menunjukkan Google Maps yang juga boleh diakses menggunakan peranti mudah alih.

Google Malaysia memperkenalkan dua ciri baru pada aplikasi Google Maps iaitu 'Trafik dan Transit' di mana pengguna dapat merancang perjalanan dengan lebih baik bagi perjalanan sekitar Lembah Klang dalam versi Bahasa Melayu.

Pengurus Negaranya, Sajith Sivanandan berkata, semua ciri baru itu boleh didapati menerusi desktop atau layari Google Maps menggunakan versi telefon pintar dan ia akan memaparkan keadaan trafik pada waktu sebenar.

Menurutnya, ciri 'Trafik' membekalkan data mengenai kesesakan jalan raya terus ke dalam peta, sekali gus menjadi penanda aras kepada pengguna sebelum melalui jalan itu dan mendapatkan informasi terkini sama ada berlaku kesesakan atau sebaliknya.

"Aliran trafik bagi sesuatu laluan ditentukan berdasarkan warna ditetapkan iaitu hijau, kuning dan merah. Setiap warna mewakili keadaan trafik yang sangat sesak (merah), perlahan (kuning) dan lancar (hijau).

"Manakala, ciri 'Transit' berfungsi sebagai pemberi maklumat mengenai perjalanan pengangkutan awam dengan menawarkan informasi secara menyeluruh termasuk pilihan bas, sistem aliran transit ringan (LRT), monorel dan komuter," katanya pada majlis pelancaran dua ciri baru itu di Kuala Lumpur, semalam.

Sajith berkata, penambahbaikan itu diharap dapat memenuhi dan bertepatan dengan kehendak rakyat Malaysia, sekali gus memudahkan pergerakan mereka dari titik A ke B selepas mendapatkan maklumat perjalanan secara terperinci.

Dirotan 20 kali kerana ponteng

Posted: 29 Mar 2012 06:07 PM PDT

Bapa mangsa menunjukkan kesan sebatan pada punggung anaknya.

BUTTERWORTH - Gara-gara tidak hadir sehari ke sekolah, seorang murid tahun enam sebuah sekolah rendah di sini mendakwa disebat guru besarnya lebih 20 kali menyebabkan punggungnya lebam, terasa sakit hingga trauma ke sekolah.

Mangsa, anak ketiga dari lima beradik yang tinggal bersama keluarga di Taman Seri Bagan di sini mendakwa, dia disebat di dalam bilik guru besar sebaik hadir ke sekolah Selasa lalu selepas tidak hadir sehari sebelumnya.

"Saya memaklumkan kepada guru kelas sebaik hadir ke sekolah keesokan harinya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu," katanya.

Menurut mangsa, namun guru kelasnya membawanya berjumpa dengan guru besar biarpun itu kali pertama dia tidak hadir ke sekolah.

Akibat dirotan, murid tahun enam sekolah rendah itu bukan sahaja tidak boleh duduk, malah terpaksa tidur meniarap.

Kejadian itu disedari bapa mangsa selepas mendapati anaknya berperangai pelik apabila enggan membuka pakaian seragam sekolah sewaktu tidur malam kelmarin.

Bapanya yang berumur 50 tahun itu berkata, sebaik pulang dari sekolah sekitar jam 4.30 petang Selasa lalu, anaknya­ enggan membuka seluar sekolah semasa hendak masuk tidur sekitar jam 9 malam.

"Perangai peliknya itu membuatkan kami sekeluarga hairan. Ketika dia nyenyak tidur pada jam 12 malam, saya dan isteri membuka seluarnya untuk memakaikannya dengan sarung dan terkejut mendapati punggungnya terdapat kesan calar seolah-olah dirotan," katanya.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh kontrak berkata, anaknya memberitahu apa yang berlaku selepas berulang kali ditanya.

"Saya tahu kesalahannya tidak hadir ke sekolah, tetapi sepatutnya sebagai seorang pentadbir, guru besar berkenaan­ tidak boleh menjatuhkan hukuman keterlaluan kerana ia akan meninggalkan kesan trauma, apatah lagi disebat dengan jumlah yang tak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan," katanya.

Katanya, lebih menyedihkan selepas insiden itu, pihak sekolah termasuk guru besarnya bersikap endah tak endah apabila langsung tidak mahu bertemu dengannya sama ada untuk memaklumkan tindakan mereka atau mengakui kesilapan dilakukan.

Bagi mengelak perkara sama berulang, dia membuat laporan polis dan membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital. Dia juga memaklumkan kejadian itu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara.

Penolong Pegawai Pe­lajaran Daerah Seberang Perai Utara, Adnan Idris yang dihubungi berkata, perkara itu akan disiasat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

"Kita tidak pernah berkompromi dalam hal sebegini," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menye­babkan cedera.

Jac bebas bersuara

Posted: 29 Mar 2012 06:06 PM PDT



SELEPAS beralih angin dengan bernaung di bawah syarikat pengurusan muzik baharu iaitu KRU Music, Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 34, berasa dirinya lebih berani dan bebas dalam menyuarakan pendapat serta keinginannya untuk bergelar komposer.

Mengikat kontrak selama setahun di bawah KRU Music pada bulan Januari lalu, peminat-peminat Jac bakal mendengar lagu-lagu ciptaannya selepas ini.

"Sewaktu dengan syarikat rakaman dulu, saya agak terhad untuk menyuarakan idea dan pendapat. Lagipun, saya tak berani mahu bersuara sebab saya masih belajar lagi.

"Bagi saya, banyak lagi yang saya boleh buat, tapi semuanya tak kesampaian. Kini, kebarangkalian peminat dapat mendengar lagu ciptaan saya kerana KRU memberi peluang tersebut kepada saya. Tapi, jujur saya tidak pandai menulis lirik," ujarnya ketika ditemui pada sesi fotografi bersama Kosmo! di Studio Utusan, Kuala Lumpur, Isnin lepas.

Yakin dengan kemampuan KRU Music yang terbukti mempunyai empayar yang cukup kuat, Jac juga mengambil langkah berani mencuba pelbagai genre muzik yang ditawarkan pihak KRU Music untuk dirinya.

Single pertamanya dengan KRU Music berjudul Sebelah Jiwaku ciptaan Edry Abdul Halim menjadi bukti bahawa lagu tersebut begitu berbeza dengan lagu yang pernah dibawa Jac sebelum ini.

"Sebelah Jiwaku merupakan lagu yang lain daripada yang lain. Ia merupakan sesuatu yang baharu buat saya.

"Asalnya lagu ini ada dua versi iaitu balada dan rancak, tetapi saya lebih suka yang berentak rancak. Lagu ini menceritakan tentang perhubungan antara manusia tidak kira pasangan kekasih atau kawan baik.

"Ia lagu semangat tentang seseorang yang bangkit walaupun ditinggalkan. Saya yakin orang di luar sana juga boleh terima lagu ini," ujarnya yang akan muncul dengan single kedua berjudul Jagalah Diri yang merupakan lagu tema filem terbitan KRU, 29 Februari.

Jelas Jac, pihak KRU Music juga sedang merancang untuk menerbitkan sebuah album penuh Jac pada bulan April depan. Antara lagu yang akan dimuatkan termasuklah Sebelah Jiwaku, Jagalah Diri dan sebuah lagu Inggeris untuk filem animasi 3D Ribbit.

Ada kata-kata orang yang menganggap lagu ciptaan KRU mudah dikenal pasti apabila didengar tidak kira siapa penyanyi yang membawa lagu mereka.

Menolak tanggapan tersebut, ungkap Jac, bila orang dengar lagu Sebelah Jiwaku mereka tidak akan samakan ia dengan lagu ciptaan KRU yang lain kerana muziknya rancak dan bertenaga.

Jac juga tidak menyangka rangka jadualnya selama setahun telah disusun pihak KRU biarpun dia baru sahaja menandatangani kontrak di bawah syarikat tersebut.

Jac berang

Beralih kepada isu Jac yang dikatakan memperlekehkan penyanyi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latiff ketika pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26).

Biarpun ia sudah berlalu hampir dua bulan lamanya tetapi isu tersebut masih belum lagi reda. Masih ada lagi suara-suara nakal yang memperkatakan tentang hal itu dan ia membuatkan Jac berang.

Walaupun sudah memberi kenyataan balas berhubung perkara tersebut, nampaknya ada lagi pihak yang tidak berpuas hati dengan Jac.

"Saya pelik kenapa isu ini ditanyakan kepada saya sahaja tetapi tidak pada Najwa juga. Saya tidak tahu kenapa isu kononnya saya merendah-rendahkan Najwa untuk menjatuhkan semangatnya sebelum beraksi di AJL 26 boleh timbul. Sedangkan saya tidak pernah bertembung dengannya langsung di belakang pentas AJL 26.

"Saya perlu fokus dua lagu iaitu Sedetik Lebih dan Beribu Sesalan pada malam AJL 26 itu. Selepas saya menyanyikan lagu Sedetik Lebih saya terus pergi ke bilik hos AJL 26, Faizal Ismail dan Cheryl Samad kerana mahu membuat persiapan untuk lagu Beribu Sesalan pula.

"Saya pergi ke bilik mereka kerana pereka saya ada di sana. Tak ada masa saya nak pergi belakang pentas untuk mengacau dia (Najwa)," ujarnya yang kesal dengan isu yang tiada kesudahan itu.

Terang Jac serius, secara logiknya bagaimana dia boleh bertembung dengan Najwa kerana giliran persembahan mereka adalah jauh. Jac juga menolak tanggapan bahawa dirinya kini semakin besar kepala.


JAC memilih untuk bernaung di bawah KRU Music kerana yakin dengan empayar yang telah dibina adik-beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim itu.


"Saya harap orang tak menganggap saya sudah besar kepala. Saya tak perlu merendah-rendah atau mempersendakan orang lain walaupun dia penyanyi baharu," ujarnya yang memohon agar Najwa turut membuka mulut memberi kenyataan berhubung isu tersebut agar ia tidak lagi diperkatakan.

M. Nasir atau Aubrey?

Bercerita tentang pembabitannya selaku peserta program realiti nyanyian, Mania pula, Jac memberitahu, dia tidak kisah sama ada dipilih oleh komposer Datuk M. Nasir atau Aubrey Suwito memandangkan Ahmad Dhani sudah mencukupi kuota untuk memilih penyanyi.

Malah, dia juga tidak terlalu memikirkan kemenangan kerana dia faham format Mania adalah menerusi 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Saya tidak mahu fikirkan soal menang, kalah, mahupun sejauh mana saya dapat bertahan dalam program itu.

"Ia bergantung kepada undian peminat dan rezeki. Apa yang lebih bernilai adalah peluang untuk bekerja dan menimba pengalaman daripada komposer-komposer hebat tersebut. Satu peluang untuk saya terus menimba pengalaman dan pembelajaran," ujarnya optimis.

Sudah hampir enam tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka Inggeris bernama Chris Bellamy, Jac disoal bila masanya menuju ke gerbang perkahwinan.

"Buat masa ini belum ada lagi perancangan ke arah itu (kahwin). Sebabnya, dia mempunyai perniagaan di London dan kami jarang berjumpa. Cuma sekadar berkomunikasi menerusi 'Skyppe'.

"Memang dia berniat untuk duduk di Malaysia pada tahun 2007 tetapi disebabkan rusuhan yang berlaku ketika itu dan juga memikirkan tentang keluarganya yang tinggal bersama dia membatalkan niat tersebut," ulasnya.

Ditanya mengenai perasaannya apabila berjauhan dengan tunangnya. Jac menjawab: "Susah memang sangat susah."

The Wombats cabar diri

Posted: 29 Mar 2012 06:05 PM PDT


THE WOMBATS menghasilkan sendiri kesemua lirik lagu-lagu dendangan mereka.


SEMPENA perlumbaan Formula One (F1) di Malaysia yang telah berlangsung baru-baru ini, banyak konsert yang menampilkan artis-artis luar negara telah diadakan sebagai menyambut kedatangan acara sukan motor berprestij tersebut.

Salah satunya merupakan konsert yang diberi nama Future Music Festival Asia dan ia merupakan konsert rasmi yang pertama berlangsung sebelum tibanya minggu perlumbaan F1 Malaysia. Malaysia merupakan lokasi pertama berlangsung festival ini di luar Australia.

Sebanyak 60 kumpulan artis tempatan dan antarabangsa hadir ke konsert yang dibanjiri oleh hampir 30,000 penduduk tempatan dan luar negara yang bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Festival ini diadakan selama 12 jam dan antara persembahan yang dinantikan merupakan dari artis hip hop terkenal, Flo Rida.

Antara artis lain yang turut hadir merupakan The Chemical Brothers, Tinie Tempah, The Wombats, Grandmaster Flash dan ramai lagi yang dipersembahkan atas empat pentas yang berbeza iaitu Flamingo, Future, Las Venus dan Gnome.

The Wombats merupakan sebuah kumpulan rock yang terdiri dari tiga orang anak muda iaitu Matthew Murphy, Dan Haggis dan Tord Overland-Knudsen yang berasal dari Liverpool, England.

"Kami sangat gembira dapat hadir ke Malaysia dan festival ini untuk membuat persembahan. Sebelum ke sini, kami baru pulang dari Tokyo untuk mengadakan persembahan.

"Kami telah bersama selama lebih kurang sembilan tahun dan untuk jelaskan genre muzik kami sedikit sukar kerana muzik kami ialah indie dan keistimewaan kami adalah kerana kami semua boleh bermain alat muzik dan kami juga menyanyi," jelas salah seorang ahli kumpulan The Wombats iaitu Matthew atau lebih mesra disapa sebagai Matt.

Bagi mereka, sering mencabar diri merupakan terapi yang sering dilakukan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kesemua lirik dalam lagu-lagu mereka juga seratus peratus adalah hasil nukilan dari tiga orang anak muda ini.

"Setakat ini, lirik kesemuanya dihasilkan oleh kami sendiri dan ia banyak berdasarkan pengalaman kami sendiri. Selalunya lirik kami mengenai perasaan, mengenai wanita serta kehidupan.

"Sembilan tahun bukan masa yang singkat dan memang banyak cabaran yang ditempuhi. Bukan senang untuk bertahan, dan tidak dinafikan pertengkaran ialah perkara biasa.

"Namun, ia perkara biasa kerana kami memang rapat dan tinggal bersama juga," jelas Matt yang mengatakan mereka mengibaratkannya seperti berkahwin dan sentiasa bersama.

Tutur Tord pula, mereka sangat bertuah kerana dapat bertahan hingga kini. Mungkin juga muzik yang mereka mainkan adalah berbeza dan mungkin itu yang menyebabkan mereka mampu bertahan.

Selain itu, mereka juga berterima kasih kerana mempunyai peminat yang menghormati karya seni mereka.

"Kami tidak sangka akan menjadi sukses sebegini. Bagi kami, sebelum ini, kami hanya praktis muzik-muzik kami di dalam sebuah bilik di Liverpool. Namun kini, kami membuat persembahan di festival muzik Kuala Lumpur.

Ia merupakan perkara besar buat kami dan kami seperti tidak percaya dengan jemputan persembahan di sini. Kami sangat gembira dengan kejayaan yang dicapai oleh kumpulan kami. ramai peminat juga yang memberi komen bagaimana mereka menghargai muzik kami," akhiri Tord.

RM10 juta naik taraf cawangan

Posted: 29 Mar 2012 06:03 PM PDT


KAKITANGAN Bank Muamalat, Siti Farhaniz Solehan (kiri) dan Nur Ellina Edayu Mastor bergambar di hadapan cawangan Bank Muamalat Laman Seri di Seksyen 13, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) merancang untuk melaburkan sekurang-kurangnya RM10 juta bagi kerja-kerja pemindahan dan naik taraf enam sehingga lapan buah cawangan miliknya pada tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada strategi bank itu untuk meningkatkan bilangan pelanggan dengan menyediakan pengalaman urus niaga yang lebih baik dan selesa.

"Kami akan membelanjakan antara RM750,000 dan RM1.5 juta untuk pemindahan dan kerja-kerja ubah suai setiap cawangan," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian cawangan terbaharu Bank Muamalat di Pusat Perniagaan Laman Seri (Laman Seri), Seksyen 13 di sini semalam.

Cawangan itu sebelum ini telah beroperasi di Seksyen 9, Shah Alam dan berpindah ke lokasi baharu pada 20 Februari lalu.

Maybank intai peluang di Thailand

Posted: 29 Mar 2012 06:03 PM PDT


ABDUL WAHID (kanan) dikerumuni wartawan selepas sidang akhbar sempena mesyuarat agung tahunan Maybank di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Malayan Banking Bhd. (Maybank) tidak bercadang mengambil alih sesuatu organisasi secara aktif di Thailand pada masa ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar bagaimanapun berkata, bank itu masih terbuka untuk menyertai pelbagai peluang di negara berkenaan.

"Thailand masih merupakan bahagian yang hilang, bagi perkara yang membabitkan sektor perbankan komersial dan runcit. Oleh itu, kami terbuka untuk pelbagai peluang yang ada," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan Maybank di sini semalam.

Beliau menjawab soalan mengenai laporan yang mengatakan Maybank merupakan antara pembeli berpotensi kepentingan AS$775 juta (AS$1 = RM3.10) ING Groep NV dalam TMB Bank Pcl., Thailand, yang merupakan bank ketujuh terbesar negara itu.

Maybank, bank terbesar di Malaysia dari segi jumlah aset, memperoleh 50.2 peratus kepentingan tahun lalu dalam Kim Eng Holdings Ltd. (Kim Eng), kumpulan pembrokeran pelaburan dan sekuriti bebas utama di Asia dengan kehadiran di pelbagai negara termasuk Singapura, Hong Kong, Thailand dan Indonesia.

10,000 pengunjung meriahkan karnival Lenggong

Posted: 29 Mar 2012 06:01 PM PDT


PERTANDINGAN tarik tali merupakan antara acara yang menarik perhatian orang ramai pada Karnival Sukan Parlimen Lenggong bermula hari ini. - Gambar hiasan


LENGGONG - Lebih 10,000 pengunjung terutamanya penduduk daerah Hulu Perak di sini dijangka hadir memeriahkan Karnival Sukan Parlimen Lenggong yang berlangsung selama tiga hari di sini bermula hari ini.

Karnival sukan tersebut yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong merupakan yang terbesar pernah dianjurkan di kawasan Parlimen tersebut.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, program itu diharap dapat mengeratkan perpaduan penduduk berbilang kaum selain membudayakan sukan dalam kehidupan harian.

Katanya, beliau optimis penyertaan masyarakat pelbagai lapisan tanpa mengira usia daripada kanak-kanak hingga warga emas menerusi 12 acara berasaskan sukan dan rekreasi akan meningkatkan lagi kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

"Kita menyediakan pelbagai acara menyeronokkan dan setiap penduduk mahupun pengunjung yang hadir boleh terus mendaftar dan menyertainya," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Saluran asap restoran di Suria KLCC terbakar

Posted: 29 Mar 2012 06:00 PM PDT


ASAP dari Restoran Chenoz on The Park (gambar kecil) yang keluar dari podium bumbung Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pusat beli-belah terkemuka Suria KLCC semalam terpaksa ditutup selama sejam ekoran berlaku kebakaran pada sistem saluran asap di Restoran Chinoz on The Park.

Semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, orang ramai yang terdiri daripada pengunjung dan pekerja yang kesemuanya berjumlah kira-kira 5,000 orang diarahkan mengosongkan pusat beli-belah itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, orang ramai diarahkan keluar oleh pihak keselamatan Suria KLCC bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sebaik berlaku kebakaran dan menyebabkan asap tebal di sebuah restoran di pusat beli-belah itu.

Menurut beliau, kebakaran tersebut berlaku pada sistem saluran asap yang terletak dalam Restoran Chinoz on The Park.

"Asap tebal dari restoran dapat dilihat di podium bumbung Suria KLCC sejauh kira-kira tiga kilometer," kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Mini kasino dalam kebun sayur

Posted: 29 Mar 2012 05:59 PM PDT


KESEMUA 63 kaki judi di kebun sayur Kampung Batak, Sungai Ara yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, George Town kelmarin.


GEORGE TOWN - Siapa sangka di belakang sebuah bengkel membaiki kenderaan yang terletak di pinggir hutan dan dikelilingi kebun sayur di Kampung Batak, Sungai Ara di sini rupa-rupanya menempatkan sebuah mini kasino yang popular dalam kalangan kaki judi yang sudah berusia.

Bagi memastikan mini kasino yang terletak dua kilometer dari jalan besar itu selamat, sindiket judi haram yang mengoperasikan kegiatan itu mengupah beberapa orang tonto untuk mengawasi kawasan tersebut.

Malah kawasan terpencil itu juga dilengkapi sebanyak 16 buah kamera litar tertutup (CCTV). Antara lokasi CTTV yang dipasang termasuk di beberapa simpang jalan masuk ke mini kasino yang beroperasi selama 24 jam.

Namun setelah sebulan beroperasi, pada pukul 9.30 malam kelmarin, mini kasino yang dibina dengan khemah itu diserbu sepasukan polis dari Unit Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman.

Serbuan itu dilakukan selepas beberapa anggota polis terpaksa menyamar sebagai kaki judi untuk masuk ke mini kasino itu.

Ketua operasi D7, Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuat risikan kerana mini kasino itu diawasi CCTV dan tonto.

"Polis terpaksa mengumpul maklumat daripada orang awam dan membuat penyamaran sebelum membuat serbuan malam tadi (kelmarin)," kata beliau selepas serbuan itu.

Biasiswa lepasan SPM, STPM

Posted: 29 Mar 2012 05:58 PM PDT




KUALA LUMPUR – Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan) menawarkan biasiswa pembiayaan pendidikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mendapat keputusan 5A ke atas manakala 2A ke atas bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan, Raja Azura Raja Mahayuddin (gambar) berkata, tawaran itu terbuka kepada semua pelajar bumiputera dari persekitaran mencabar yang berprestasi sederhana tetapi berpotensi untuk memajukan diri.

Menurutnya, biasiswa itu juga diberikan kepada pelajar mengikuti pengajian yang memiliki peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Yayasan menyasarkan pelajar berpotensi dari persekitaran mencabar kerana memahami kesulitan mereka mendapatkan pendidikan sempurna seperti pelajar di luar bandar.

"Bagaimanapun, ini tidak bermaksud pelajar bandar tidak layak memohon, Yayasan mengambil kira faktor lain seperti pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, kesukaran mendapatkan bahan pendidikan dan tercicir peluang melanjutkan pengajian," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Lelaki sembelih dua rakan dihukum gantung

Posted: 29 Mar 2012 05:57 PM PDT


OLIER SHEKS dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Seremban selepas dijatuhi hukuman gantung semalam.


SEREMBAN - Seorang lelaki warga Bangladesh dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah menyembelih dua rakan senegaranya sehingga mati di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini tiga tahun lalu.

Olier Sheks Awoyal Sheks, 28, hanya mampu mengalirkan air mata selepas keputusan itu dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Dia yang baru tiga bulan bekerja di sebuah kilang juga dihukum penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan yang boleh mendatangkan kematian terhadap seorang lagi mangsa.

Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, selepas membuat penelitian terhadap semua bukti dan keterangan daripada saksi yang terlibat, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan, Olier Sheks didakwa membunuh Abdul Kadir Fazer Ali, 22, dan Shahin Md. Amir Hossain, 24, di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini pada pukul 2 pagi hingga 4.10 pagi, 15 September 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika disabitkan dengan kesalahan.

Tukar segera akta lapuk

Posted: 29 Mar 2012 05:55 PM PDT

PENARI tiang yang ditahan polis menjalani ujian alkohol di Nilai Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR – Banyak pihak di negara ini mahu Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dipinda memandangkan beberapa kesalahan serta bentuk hukuman yang terkandung dalam akta tersebut dianggap sudah tidak realistik dan tidak sesuai diguna pakai pada masa kini.

Malah, bagi sesetengah daripada mereka, hukuman denda sebanyak RM25 yang dikenakan terhadap tiga wanita beragama Islam kerana berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu dianggap tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata, peruntukan undang-undang itu tidak realistik kerana kesalahan tersebut dianggap serius tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum selama 14 hari.

Menurut beliau, hukuman yang dikenakan itu tidak setimpal dengan kesalahan moral yang dilakukan bagi mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang disifatkan semakin berleluasa pada masa ini.

"Jika hukuman itu dijatuhkan bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah, matlamat itu tidak dapat dicapai kerana denda yang dikenakan terlalu rendah.

"Pesalah tidak akan mengambil serius kesalahan mereka dan berkemungkinan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikan flowerhorn jadi tumpuan pengunjung

Posted: 29 Mar 2012 05:54 PM PDT


BENTUK bonggol yang terdapat pada ikan itu.


BANGKOK - Seekor ikan flowerhorn yang mempunyai bonggol berwarna merah pada kepala menjadi tumpuan para pengunjung pada satu festival ikan di sini semalam.

Diadakan pada setiap tahun di Thailand, festival yang dikenali sebagai Pramong Nomjai Thai Tuala itu mempamerkan pelbagai jenis ikan eksotik dan mahal seperti flowerhorn dan arowana.

Pada tahun ini, pameran yang diadakan di sebuah pusat beli-belah itu akan berakhir pada 1 April depan.

Rihanna enggan jawab hubungan dengan Kutcher

Posted: 29 Mar 2012 05:53 PM PDT


RIHANNA menyertai sesi fotografi di sebuah hotel di London kelmarin.


LONDON - Penyanyi popular, Rihanna enggan menjawab soalan tentang hubungannya dengan aktor Hollywood, Ashton Kutcher.

Dia enggan menjawab soalan itu semasa ditanya wartawan pada sidang akhbar filem pertama lakonannya, Battleship kelmarin.

Sebelum ini, terdapat laporan penyanyi itu pernah berkunjung ke rumah Kutcher di Los Angeles sehingga awal pagi.

Apabila ditanya sama ada Kutcher akan hadir bersamanya untuk sesi promosi di sini, Rihanna menyifatkan soalan tersebut sebagai mengecewakan.

"Saya gembira dengan hidup saya dan saya kini solo, jika itu yang anda mahu tahu," kata Rihanna.

Filem Battleship turut menampilkan Taylor Kitsch dan Liam Neeson.

Rihanna melakonkan watak pakar senjata, Cora Raikes dalam filem itu.

Filem Battleship akan ditayangkan di Britain pada 11 April depan manakala di Amerika Syarikat pada 18 Mei depan.

Bapa rantai anak pada tiang

Posted: 29 Mar 2012 05:52 PM PDT


LEHER seorang remaja berusia 13 tahun dirantai pada sebatang tiang elektrik di Battambang semalam.


BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam.

Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.

Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.

"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.

Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.

Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas.

Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.

"Dia sedang diburu," kata pegawai berkenaan.

"Penderaan seperti ini menyalahi undang-undang," tambahnya lagi.

Penggunaan Internet di Kemboja adalah antara yang terendah di Asia Tenggara dengan kurang 1.5 peratus daripada 14 juta penduduk Kemboja menggunakan kemudahan tersebut.

Zuckerberg jumpa PM Jepun

Posted: 29 Mar 2012 05:50 PM PDT

ZUCKERBERG berbual dengan Noda di kediamannya di Tokyo semalam.


TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di kediaman rasminya di sini semalam.

"Terdapat perasaan yang melucukan untuk melihat anda di sini kerana saya menonton filem itu," kata Noda kepada Zuckerberg.

Noda merujuk filem The Social Network yang mengisahkan bagaimana Facebook dicipta.

Namun, filem tersebut tidak menampilkan peribadi sebenar Zuckerberg.

"Amat berbeza," kata pengasas bersama Facebook yang berusia 27 tahun itu sambil ketawa semasa memberi reaksi terhadap kenyataan Noda.

Perdana Menteri itu mengucapkan terima kasih kepada Zuckerberg kerana sumbangan rangkaian sosial tersebut semasa kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu.

Laman Facebook itu menjadi tempat komunikasi dalam kalangan penduduk selepas bencana alam tersebut berlaku.

Zuckerberg yang bertali leher dan berkot pula menyatakan, Facebook menumpukan perhatian di Jepun kerana terdapat peningkatan bilangan pengguna sejak kebelakangan ini.

Facebook mempunyai lebih 10 juta pengguna di negara ini.

"Jepun merupakan satu-satunya negara di luar Amerika Syarikat yang mempunyai sebuah pejabat kejuruteraan kami kerana kami komited untuk menghasilkan produk yang amat bagus di sini," kata Zuckerberg.

Kelmarin, pengasas Facebook itu berada di Shanghai, China bersama kekasihnya.

Zuckerberg akan menghadiri majlis untuk pihak yang terlibat dalam pembangunan telefon bimbit, Mobile Hack Tokyo di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories