Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Rozita Che Wan Rela Kahwin Lelaki Tidak Berharta
- Rozita Che Wan Nafi Di Sunting Datuk K!
- Anggap Tidak Adil, Malique Selar Pihak Haramkan 'Bawaku Pergi'
| Rozita Che Wan Rela Kahwin Lelaki Tidak Berharta Posted: 30 Mar 2012 10:47 PM PDT Rozita Che Wan, wanita ayu dan menawan yang sentiasa menjadi perhatian.PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan berkata dia rela berkahwin dengan mana-mana lelaki yang tidak berharta asalkan individu berkenaan menghargai dan menyayanginya sepenuh hati. Rozita,39, berkata, harta serta kesenangan hidup boleh dicari bersama-sama tetapi kasih sayang yang sejati dan kekal itu sukar untuk ditemui. "Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu yang penting kalau nak kahwin," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat. Rozita diminta mengulas mengenai laporan Harian Metro pada Jumaat yang melaporkan fitnah terbaru kononnya pelakon itu hendak berkahwin Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga isteri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Dalam laporan itu Rozita menepis tuduhan tersebut selain menganggap ia bukan sesuatu yang remeh tetapi sangat mengaibkan. Rozita berkata, jika dia bertemu dengan lelaki yang mempunyai banyak harta dan kaya raya tetapi tidak menghargai dirinya, hubungan itu tidak mempunyai apa-apa erti. Katanya, dalam sesebuah kehidupan, sokongan moral daripada seorang suami untuk isterinya adalah perkara yang lebih penting daripada menilai melalui harta. "Kepada saya, kasih sayang itu sebenarnya akan membuatkan kita bersemangat untuk berjaya. Ia amat penting. Lelaki yang kaya boleh pikat kita dengan duit dan cinta itu tidak ada apa-apa makna bagi mereka. Saya tak mahu lelaki seperti itu dan juga yang panas baran," katanya. Bercerita mengenai dakwaan dia diminati VIP, Rozita memberitahu, golongan itu sebenarnya lebih cenderung mencari wanita-wanita muda berbanding dirinya, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. |
| Rozita Che Wan Nafi Di Sunting Datuk K! Posted: 30 Mar 2012 10:36 PM PDT
'Ini semua fitnah'
NAFI...Rozita tolak dakwaan ada hubungan dengan Datuk K. KUALA LUMPUR: "Saya bukan bakal isteri baru Datuk K," kata selebriti terkenal, Rozita Che Wan yang menepis dakwaan akan berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K seperti didakwa laman blog dan portal hiburan. "Sejak saya putus hubungan dengan seorang jejaka Singapura yang dikenali dengan nama 'S' dua tahun lalu, saya masih belum bertemu dengan jejaka pilihan hati. |
| Anggap Tidak Adil, Malique Selar Pihak Haramkan 'Bawaku Pergi' Posted: 30 Mar 2012 03:14 AM PDT PETALING JAYA: Penulis lagu Bawaku Pergi iaitu Malique menganggap tindakan mengharamkan lagu itu sebagai keputusan yang tidak adil serta menidakkan kebebasannya untuk bersuara. Malique berkata, lirik lagu itu tiada kena mengena untuk mengajak remaja lari daripada rumah sebaliknya ia mengenai imaginasi dirinya untuk bercuti bersama isteri, Melissa Maureen Rizal ke Bali, Indonesia. "Tanpa ruang untuk saya membela diri, tindakan (mengharamkan lagu) itu adalah tidak adil yang dilakukan oleh pihak tertentu yang berkepentingan politik," katanya kepada mStar Online dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Warner Music di sini, petang Jumaat. Pada Khamis akhbar Utusan Malaysia melaporkan rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah. Lagu nyanyian Zizan Razak dan Kaka itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Warner Music dan telah dipasarkan pada Februari lalu. Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya. Malique berkata pihak berkenaan gagal mentafsir bait lagu tersebut iaitu menceritakan keinginan penulisnya yang mengidam untuk pergi ke Indo-China melalui jalan darat iaitu "pergi lebih lama, pergi lebih jauh". "Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika pihak yang kurang matang yang mendengar lagu saya bertindak bodoh, itu bukan hal saya. "Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam," katanya. Tambahnya lagu Bawaku Pergi itu adalah lagu nyanyian Ella bersama Malique tetapi telah ditukar kepada Kaka dan Zizan atas permintaan pelawak itu sendiri. Ia tiada niat lain seperti mana yang dibangkitkan. Katanya lagi, bukan semua perkara dalam dunia ini mempunyai niat yang tidak baik dan tindakan mengharamkan lagu tersebut seumpama bertujuan menutup periuk nasinya. "Yang patut diharamkan ialah orang yang mengusul perkara ini," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan