Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- The Lorax juara Box Office Amerika Utara
- Kahwin beramai-ramai untuk elak pelacuran
- Saintis hasil gandum tahan air masin
- Mak nyah diterima sebagai pramugari
- 4,055 peserta sertai larian lasak
- Parut kekal sepanjang hayat
- Rezeki lidah ikan skrei
- Misi amal Watsons
- Malek Noor Akhirnya Jadi Suami Kepada Pakar Pediatrik
- Fasha Sandha kahwin April ini
- Pesara, pensyarah ditemui mati
- ‘Kami ada bukti’
- Dengarnya...: TV3 saluran eksklusif perkahwinan Fasha?
- Ella hormat permintaan bakal suami
- Tak dibayar RM500,000
- Klum mahu hidup baharu
- Passat CKD di pasaran tempatan
- Tanggung bil air selama sebulan
- Hotel bajet tawar pelacur Sabah diserbu
- Meninggal selepas nikmati teh tarik
- Budak hilang ditemui semula
- Penjenayah seks dijel 16 tahun
- Dicekup main judi sabung ayam
- Sekat lolipop pendafluor masuk
- Lelaki burung meluncur rentas Banjaran Alps
| The Lorax juara Box Office Amerika Utara Posted: 12 Mar 2012 09:07 PM PDT ![]() PELAKON Danny DeVito (kiri), Zac Efron (kanan) dan Angy bergambar pada sesi promosi Dr. Seuss' The Lorax di Madrid, Sepanyol pada Khamis lalu. LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Filem tentang ranjau kehidupan masyarakat industri, Dr. Seuss' The Lorax menjuarai carta box office Amerika Utara buat minggu kedua berturut-turut dengan kutipan tiket mencecah AS$39.1 (RM118.2 juta) pada hujung minggu lalu, kata firma industri perfileman, Exhibitor Relations kelmarin. Menampilkan suara Danny DeVito, Zac Efron dan Taylor Swift, filem The Lorax mencatat rekod filem animasi bukan sekuel yang menjana pendapatan tertinggi pada minggu lalu dengan mengatasi filem The Incredibles. The Lorax memperoleh hasil kutipan tiket hampir AS$122 (RM369) juta sejak ia mula ditayangkan. Tempat kedua menjadi milik pendatang baharu dari studio Disney, John Carter yang diadaptasi daripada buku Tarzan karya Edgar Rice Burroughs. Filem tentang seorang bekas askar era Perang Saudara AS yang menjadi wira di planet Marikh itu mengutip AS$30.6 (RM92.8 juta). Filem komedi mengenai parti liar di sebuah sekolah tinggi, Project X, mengekori di tempat ketiga dengan perolehan AS$11.6 juta (RM92.5 juta). Silent House, sebuah filem seram mengenai seorang wanita muda terperangkap di dalam banglo berhantu berada pada kedudukan keempat dengan kutipan tiket melebihi AS$7 juta (RM21.1 juta). Di tempat kelima teratas carta box office ialah Act of Valor, filem perang yang dibintangi beberapa anggota komando Navy Seal AS dengan kutipan AS$7 juta (RM21.1 juta). | |||||
| Kahwin beramai-ramai untuk elak pelacuran Posted: 12 Mar 2012 09:06 PM PDT ![]() PENGANTIN lelaki dan perempuan komuniti Saraniya bergambar selepas upacara perkahwinan mereka di kampung Vadia, negeri Gujarat kelmarin. AHMADABAD, India - Satu majlis perkahwinan beramai-ramai melibatkan lapan gadis miskin nomad diadakan di barat India untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dalam kancah pelacuran. Majlis itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bantuan tempatan, Forum Sokongan Komuniti Nomad. Setiausahanya, M. Patel berkata, gadis-gadis tersebut dipilih daripada sebuah puak di Vadiya, sebuah kampung yang terletak 275 kilometer ke utara Gandhinagar, ibu negeri Gujarat. Menurutnya, 12 lagi gadis bawah umur kini bertunang dengan remaja tempatan dan akan berkahwin selepas usia mereka mencecah 18 tahun. "Gadis-gadis nomad yang tidak mampu untuk berkahwin kerap menjadi pelacur," katanya. Di India, keluarga pengantin perempuan perlu membayar hantaran perkahwinan kepada pihak lelaki. Pemerintah negeri memberikan tanah seluas 80 hektar kepada komuniti nomad tersebut tetapi tanah berkenaan tidak subur akibat kekurangan air. | |||||
| Saintis hasil gandum tahan air masin Posted: 12 Mar 2012 09:06 PM PDT ![]() SEBUAH kawasan yang ditanam dengan gandum jenis durum. PARIS - Sekumpulan saintis mengumumkan kelmarin bahawa mereka membiak sejenis gandum yang boleh hidup di tanah berair masin. Ketua penyelidikan berkenaan, Matthew Gilliham daripada University Adelaide, selatan Australia memberitahu, tanaman baharu itu dibiak daripada gandum jenis durum. Saintis-saintis terbabit memasukkan gen yang dinamakan TmHKT1;5-A untuk membolehkan gandum tersebut tahan terhadap persekitaran masin. Gen tersebut dimasukkan dengan menggunakan teknik-teknik pembiakbakaan kacuk dan bukan teknologi kejuruteraan genetik. Tanaman tersebut digunakan untuk membuat pasta dan kuskus. Menurut Gilliham, gandum baka baharu itu dapat membantu petani Jepun selepas tanaman mereka ditenggelami air laut dalam bencana tsunami tahun lalu. Sekitar 20,000 hektar sawah padi di timur laut Jepun digenangi air laut dalam bencana tersebut yang menyebabkan ramai petani hilang mata pencarian. | |||||
| Mak nyah diterima sebagai pramugari Posted: 12 Mar 2012 09:05 PM PDT ![]() PRAMUGARI mak nyah Chayathisa Nakmai CHAYA (kanan) sedang bertugas dalam sebuah pesawat PC Air pada Jumaat lalu. BANGKOK - Seramai empat mak nyah diambil bekerja sebagai pramugari PC Air dalam kempen pengambilan pekerja baharu syarikat penerbangan berkenaan di Thailand. "Saya suka kerja yang membolehkan saya menonjolkan kebolehan. S suka memakai seragam yang cantik," kata seorang pramugari mak nyah, Phuntakarn Sringern, 25, yang lebih dikenali sebagai Mew semasa mula bertugas dalam penerbangan ke Hong Kong pada Jumaat lalu. Rakan sekerjanya, Chayathisa Nakmai, 24, yang juga seorang mak nyah berkata, dia sudah lama bercita-cita untuk menjadi seorang pramugari. "Namun, syarikat penerbangan hanya menawarkan jawatan pramugari dan pramugara kepada wanita dan lelaki, orang seperti kami tidak diterima. Kini, segalanya sudah berubah," Chayathisa. Penampilan mereka yang sama seperti pramugari lain menyebabkan penumpang tidak menyedari bahawa Mew dan rakan-rakannya ialah mak nyah. Semasa pesawat berada di udara, beberapa penumpang penerbangan tersebut turut mengambil kesempatan bergambar dengan mereka. "Oh, saya tidak tahu mereka mak nyah. Mereka nampak cantik dan sopan," kata seorang penumpang yang menamakan dirinya Bay ketika ditemu bual pemberita. Thailand memiliki budaya toleransi terhadap orientasi seksual dengan mak nyah dianggap sebagai jantina ketiga di negara itu. | |||||
| 4,055 peserta sertai larian lasak Posted: 12 Mar 2012 09:03 PM PDT ![]() SEBAHAGIAN peserta megharung padang lumpur dalam satu acara larian lasak di Thun, Switzerland. THUN, Switzerland - Seramai 4,055 orang peserta mengambil bahagian dalam satu acara larian lasak di sini kelmarin. Larian yang dinamakan Strongman Run itu melibatkan jarak sejauh 16 kilometer. Selain berlari, para peserta perlu merentasi beberapa halangan termasuk padang lumpur sebelum tiba di garisan penamat. | |||||
| Posted: 12 Mar 2012 07:40 PM PDT
TAHUN 2010 dan 2011 diwarnai dengan palitan berita-berita menyedihkan yang meninggalkan kesan, parut dan kecacatan kekal bagi mereka yang menjadi mangsa simbahan asid. Tindakan menyimbah asid kepada individu atas tujuan melampiaskan amarah semakin menjadi-jadi, seolah-olah ia merupakan satu trend baharu. Sehingga kini, ramai yang sudah menjadi mangsa tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Andaian bahawa tragedi simbah asid tidak akan berlaku pada tahun ini ternyata meleset apabila muka seorang duda disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di tepi Sekolah Kebangsaan Tendong, Pasir Mas, Kelantan membuka tirai 2012 Januari lalu. Ia diikuti dengan kejadian dua sahabat cedera parah apabila masing-masing disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang tidur selepas menonton perlawanan bola sepak di Kampung Padang Merchang, Marang, Terengganu 20 Februari lalu. Pada 27 Februari pula, seorang penyelia di sebuah pusat kecantikan cedera parah selepas disimbah cecair dipercayai asid di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, Selangor.
Rentetan beberapa insiden yang berlaku di tempat-tempat awam, ramai yang takut untuk keluar rumah dan tidak kurang pula ada yang berwaspada apabila melihat plastik atau botol yang berisi cecair putih. Sifat menghakis Mengapa bahan yang dinamakan asid ini begitu ditakuti? Asid ditakrifkan sebagai sejenis bahan kimia yang mempunyai nilai pH kurang daripada tujuh dan bersifat menghakis. "Dari segi kimia, asid diterjemahkan sebagai penderma proton (H+), manakala alkali pula diterjemahkan sebagai penerima proton. "Kedua-duanya dipanggil sebagai bahan kaustik iaitu bahan yang boleh menghasilkan kebakaran dan kerosakan tisu (kulit, mata dan lain-lain) yang signifikan apabila terdedah kepadanya," kata Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat (JIM), Pusat Pengajian Sains Kimia Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr. Mohd. Jain Noordin Mohd. Kassim. Tambahnya, kekuatan sesuatu asid atau alkali ditentukan oleh skala pH (potential of hydrogen) yang berjulat di antara satu hingga 14 dan bersifat logaritmik. Asid yang kuat mempunyai pH satu, manakala alkali yang kuat mempunyai pH14. Mana-mana bahan yang mempunyai pH7 adalah neutral. "Jika tertelan, pesakit mungkin mengalami kesan terbakar di kawasan mulut dan bibir, air liur meleleh, nafas berbau aneh, kesukaran untuk menelan, kesukaran mengeluarkan suara, kesakitan retrosternal, kesesakan nafas, kadar pernafasan bertambah dan bunyi pernafasan tidak normal. "Bukan asid sahaja yang menyebabkan sifat menghakis, malah alkali juga mampu berbuat demikian jika ia mempunyai bacaan pH14," terang Mohd. Jain.
Disebabkan banyak kejadian menjadikan asid sebagai senjata bagi melampiaskan amarah dan rasa tidak puas hati, banyak pihak yang menggesa kerajaan supaya mengawal penjualan asid. Mungkin ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan memandangkan penggunaan meluas asid dan alkali sebagai bahan kegunaan harian. "Asid sulfurik terdapat dalam pencuci tandas, pencuci bahan-bahan logam, bateri kenderaan, senjata api dan digunakan di kilang baja. "Kepekatannya berkadar di antara 8 peratus hingga 100 peratus asidik. Asid sulfurik pekat sifatnya sangat higroskopik dan boleh menyebabkan kecederaan kulit secara dehidrasi, dan kecederaan haba (kebakaran)," katanya. Contoh bahan-bahan berasid lain yang boleh mendatangkan mudarat adalah seperti asid nitrik, asid hidrofluorik, asid fosforik, asid asetik, asid formik dan fenol. Sodium/kalsium hipoklorit pula biasanya didapati dalam bahan peluntur dan larutan berklorin. Klorin-klorin yang digunakan di kolam juga mempunyai kandungan sodium hidroksida dan mempunyai pH 13.5, membuatkannya bersifat sangat kaustik. Sementara bahan peluntur yang digunakan di rumah hanyalah sekitar pH11. Contoh bahan-bahan beralkali yang kurang berbahaya adalah seperti kalsium hidroksida, fosfat, silikat, sodium karbonat dan litium hidrida. Kebiasaannya mangsa yang terkena simbahan asid di muka dan badan berdepan dengan kemusnahan di bahagian kulit dermis dan epidermis yang terletaknya reseptor-reseptor dan kelenjar-kelenjar. Sensitiviti kulit Pakar Runding Sakit Kulit, Dr. Mohd. Noh Idris menjelaskan, kemusnahan tersebut akan memberikan kesan kepada mangsa kerana ketidakfungsian reseptor dan kelenjar yang berada di lapisan kulit tersebut. "Secara umumnya kulit terdiri daripada tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan tisu subkutaneus. Epidermis berfungsi untuk mengeluarkan pigmen iaitu melanin," kata beliau. Ujarnya, melanin menghindarkan kulit dan organ daripada kerosakan matahari serta radiasi, manakala dermis pula mengandungi kolagen, tisu elastik, kelenjar minyak, kelenjar peluh, urat saraf dan saluran darah. "Bahagian dermis inilah yang membuatkan kita rasa sakit, panas dan sejuk. Lapisan tisu subkutaneus pula mengandungi saluran darah dan urat saraf. Bahagian ini amat penting untuk mengawal suhu dalam badan. "Oleh yang demikian, jika kulit tidak dijaga dengan baik, fungsinya akan hilang. Antara fungsi-fungsi kulit adalah mengawal suhu badan, menghindarkan tubuh daripada kehilangan cecair dan menghindarkan kemasukan kuman serta bahan toksik dari luar. "Kulit juga mengawal badan daripada kerosakan matahari dan berperanan dalam penghasilan vitamin D," ujarnya. ![]() MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (kiri) melawat mangsa simbah asid, Che Ku Zaimah Che Ku Awang dan anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda (kanan) di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada tahun 2010. Dalam pada itu, Pakar Pembedahan Plastik Hospital Pantai Ampang, Dr. Cheong You Wei memberitahu, kecederaan yang dialami oleh mangsa kebakaran dan mangsa simbahan asid tidak sama. "Melecur biasanya merujuk kepada sesuatu yang basah seperti air panas, wap panas, asid dan bahan kimia, manakala terbakar pula merujuk kepada sesuatu yang kering daripada sumber api. "Apabila seseorang itu terkena asid, bahan kimia tersebut akan masuk ke dalam kulit. Oleh yang demikian, ia perlu dibasuh dengan air yang banyak. Lap sahaja tidak memadai kerana jika ia terus masuk jauh ke dalam kulit, sukar untuk dirawat," katanya sambil memberitahu bahagian terkena asid itu perlu dibasuh dengan air selama setengah jam hingga satu jam bagi mengurangkan kerosakan kulit. Membersih dengan air Tambahnya, kecederaan yang disebabkan oleh asid sukar untuk dijangkakan kedalaman kemusnahan, tetapi jika kecederaan terbakar kerana api boleh dikelaskan pada darjah pertama, kedua dan ketiga dengan lebih mudah. "Merawat mangsa terbakar pada darjah satu dan dua memadai dengan mencuci luka sahaja kemudian kulit baharu akan muncul. "Jika kulit terbakar dengan teruk dan menyebabkan kulit mati, ia perlu dibuang bagi mengelakkan kemasukan kuman sebelum membuat tampalan graf kulit," ujarnya. Katanya lagi, seseorang yang disimbah atau terkena asid perlu bertindak segera dengan membasuhnya dengan air yang banyak dan perlu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. "Pembedahan tidak boleh dilakukan segera dan biasanya perlu tunggu diperhatikan beberapa hari. Jika ia semakin teruk, barulah pembedahan dilakukan. Jika kerosakan kulit tidak dalam, pembedahan tidak diperlukan. "Sebelum graf kulit dilakukan, perlu dipastikan bahawa tiada lagi sisa-sisa asid berada di dalam kulit, jika tidak graf kulit akan mati," jelasnya. Kerosakan yang berada jauh ke dalam kulit tidak boleh dicuci malah ia perlu dipotong selapis demi selapis sehingga tisu yang sihat kelihatan. Asid yang terkena pada mata mungkin akan menyebabkan buta. Bahagian yang mempunyai struktur seperti kelopak mata, hidung dan bibir akan hilang bentuknya apabila terkena asid akibat kehadiran parut tebal yang menggeleber. "Biasanya kita akan utamakan rawatan untuk mengembalikan fungsi supaya pesakit dapat menjalani kehidupan seperti biasa. "Sudah semestinya bahagian kulit yang terkena asid akan meninggalkan parut. Jika tidak dirawat ia akan menjadi parut yang lebih kasar," katanya. Bagi mengelakkan parut menjadi lebih kasar, senaman dan urut perlu dilakukan di tempat-tempat yang berkenaan bagi mencegah parut yang lebih kasar terbentuk. | |||||
| Posted: 12 Mar 2012 07:38 PM PDT ![]() SKREI kering yang diproses di Lofoten dieksport ke seluruh dunia terutamanya ke Sepanyol, Itali dan Portugal. ALEXANDER LEIRVOLD, 15, memegang kepala ikan kod dan memotong lidah berwarna putih mutiara itu. Di tempatnya, lidah tersebut merupakan kulinari yang digemari dan lazat. "Kerja ini mudah dilakukan dan mudah mendapat wang," ujar Leirvold dalam persalinan baju hujan warna hitam dan jingga serta sarung tangan getah rona biru. Dia dilihat sedang memotong beberapa keping lidah ikan dalam masa beberapa minit di kilang ikan Marine Fresh yang beroperasi di sebuah kampung terpencil Napp. Kampung itu berpangkalan di pulau Lofoten, Norway dekat zon Artik. Ikan kod timur Artik dipanggil skrei di Norway iaitu diambil daripada istilah lama. Ia bermaksud bonanza untuk nelayan bersama penduduk setempat yang menyukai filet. Sementara itu, lidah ikan berkenaan pula dianggap kulinari yang memberi peluang kepada anak-anak memperoleh wang poket. Mickael Feval, seorang chef dari Paris yang popular dalam panduan Michelin cukup bersemangat ketika memulakan trip ke Lofoten untuk mengkaji keistimewaan ikan itu. Tekstur menakjubkan "Bezanya, ikan ini dengan kod lain adalah ia berenang terlalu jauh untuk sampai ke Laut Barents. Ia benar-benar membentuk otot dan teksturnya amat menakjubkan," katanya selepas memilih spesimen sendiri, sebelum terlibat dalam majlis makan malam di Lofoten. Skrei tergolong dalam kategori ikan kod terbesar di dunia. Dianggarkan terdapat sekitar 1.7 juta tan ikan kod berkenaan di Lautan Barents. Pada akhir bulan Januari hingga awal bulan April, jutaan skrei berenang menuju perairan pantai utara Norway dan hampir separuh daripadanya akan sampai ke pulau-pulau sekitar Lofoten yang mempesonakan.
Di situ, sejak ribuan tahun dahulu, ramai penduduk mula membina petempatan kerana tertarik dengan kekayaan sumber ikan di lautnya. Sebelum memasuki era milenium, eksport skrei kering bermula dari pulau-pulau itu dan kebanyakan hasil tangkapan tahunan dihantar ke seluruh dunia terutamanya ke Sepanyol, Itali dan Portugal. Bagi penduduk pulau itu yang berpopulasi 25,000 orang, separuh daripada mereka berkecimpung dalam industri perikanan. Ironinya, skrei yang akan mati setiap kali musim sejuk menjadi antara detik yang diraikan. "Pernah pada suatu ketika, kami hampir bertumbuk kerana berebut ikan skrei. Setiap orang inginkan ikan ini," tutur Bjoern Arne Bendiksen, mandur di kilang Marine Fresh di Napp, iaitu sebuah bandar yang diselaputi salji. Kawal penangkapan Di sebalik kebimbangan terhadap penurunan stok ikan kod di seluruh dunia, pihak Norway berusaha mengawal proses penangkapan skrei. Individu yang bertanggungjawab dalam proses penangkapannnya menerima sijil perikanan peringkat tinggi daripada Majlis Pengawasan Marin (MSC). Pengiktirafan itu merangkumi pengendalian tangkapan dengan cara baik dan mematuhi rang undang-undang kesihatan serta alam sekitar. "Stok tangkapan ikan ini datang daripada etika penangkapan yang baik. Anda boleh menikmatinya tanpa rasa bersalah," terang Fredrik Myhre yang turut menyatakan pakar marin bersama pihak Tabung Alam Sedunia (WWF) sedang merangka proses pemuliharaan perikanan dan persisiran pantai. ![]() DARIPADA perusahaan kecil-kecilan hingga ke industri skala besar, ikan skrei telah membawa kemakmuran kepada penduduk Lofoten, Norway. Penghijrahan skrei, secara tidak langsung memberi impak daripada industri perikanan kerana menyebabkan kumpulan nelayan memperoleh pendapatan yang tidak teratur. Berdasarkan Organisasi Jualan Nelayan Norway yang menetapkan kuota penangkapan ikan, kira-kira 75 peratus yang ditangkap di utara Norway akan mendarat sebelum 1 Mei ini. "Jika kamu tidak mencari duit pada musim sejuk maka kamu tidak memperoleh sumber kewangan pada tahun itu," jelas Bendiksen. Pada tahun lepas, sebuah kapal nelayan di Norway berjaya menarik lebih 340,000 tan metrik ikan kod bernilai hampir empat bilion kroner (RM2.12 bilion). Menurut organisasi jualan, pada bulan Mac tahun lalu saja sebanyak 50,000 tan metrik hasil tangkapan ikan kod telah diraih. Pada tahun ini, lautan sekitar Lofoten nampaknya akan dipenuhi dengan ikan skrei. Ini bermakna jumlah pendapatan golongan nelayan kecil akan bertambah. Penduduk tempatan cukup menggemari lidah. Mereka sering menggoreng lidah yang bersalut serdak roti sehingga menyerupai kekapis. Generasi muda yang bekerja memotong lidah dianggarkan mampu memperoleh sebanyak 50,000 krone (RM26,400) pada musim yang baik. Kanak-kanak berusia enam tahun sudah digalakkan menyertai tradisi berkenaan. Datuk Bandar Vagan iaitu sebuah bandar terbesar di Lofoten, Eivind Holst, menegaskan bahawa amalan berkenaan membantu membentuk keperibadian individu. "Ini ialah sekolah yang terbaik," jelas Holst yang mula memotong lidah seawal usia remaja. Dia menyangkal bahawa tradisi tersebut menggalakkan buruh kanak-kanak. Kanak-kanak selalu merayu untuk mengambil bahagian memotong lidah selepas pulang dari sekolah. Ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertainya, asalkan sesi persekolahan diutamakan terlebih dahulu. | |||||
| Posted: 12 Mar 2012 06:53 PM PDT
NASIB anak-anak yatim dan miskin di negara ini seharusnya membuka mata rakyat Malaysia keseluruhannya. Mereka memerlukan bantuan dan sokongan masyarakat demi menghadapi rona-rona kehidupan yang serba mencabar. Mereka juga perlu dibantu dan dibimbing agar berpeluang mencapai kejayaan dalam hidup seperti kanak-kanak dan remaja lain yang masih mempunyai ibu bapa serta hidup dalam keluarga berkemampuan. Atas kesedaran itu, rangkaian syarikat runcit barangan keperluan diri, kesihatan dan kecantikan, Watsons, terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dengan menyumbangkan sejumlah RM16,000 kepada dua buah rumah kebajikan iaitu Rumah Keluarga Kami di Kajang dan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Kristian di Kota Kemuning, Selangor. Duta CSR Watsons Malaysia, Low Siew Hui berkata, jumlah bantuan itu berjaya dikumpulkan melalui sumbangan para pemegang keahlian Watsons VIP Card, hasil jualan kalendar dan acara lelongan amal selebriti yang dilaksanakan oleh kelab peminat, Watsons Malaysia Facebook sebelum ini. "Ia merupakan bukti keperihatinan kami dan masyarakat, khususnya pelanggan-pelanggan setia Watsons untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik seperti anak-anak yatim. ![]() KEHIDUPAN penghuni rumah kebajikan ini bertambah ceria sejak dijadikan anak angkat syarikat Watsons. "Sumbangan ini diharap dapat membantu dan meringankan beban kewangan demi memastikan kelancaran operasi dan keselesaan penghuni-penghuninya," katanya. Penyerahan sumbangan itu dilakukan dalam dua majlis yang berbeza. Sumbangan untuk Rumah Keluarga Kami diwakili oleh pengetuanya, John Santana, manakala Pertubuhan Rumah Anak Yatim Kristian diwakili oleh pengetuanya, Kim Jeong Min. Tambah Siew Hui, kedua-dua rumah kebajikan yang juga merupakan 'anak angkat' Watsons itu bakal menerima bantuan berterusan dan tidak terhad dalam bentuk kewangan semata-mata. "Kami telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini. "Antara aktiviti bermanfaat yang sudah dirangka ialah pendidikan kesihatan dan kecergasan kanak-kanak melalui senaman dan diet seimbang, bengkel pembentukan personaliti dan kesihatan oral dan sebagainya," ujarnya. | |||||
| Malek Noor Akhirnya Jadi Suami Kepada Pakar Pediatrik Posted: 12 Mar 2012 02:41 AM PDT Malek Noor berharap agar perkahwinan pertamanya ini kekal sehingga ke akhir hayat.PETALING JAYA: Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail. Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin. Dr Wan Asma,52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor,56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading. Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan. ![]() Dr Wan Asma memberitahu beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki. Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. "Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu," katanya. Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur. "Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula," ujarnya. ![]() Sementara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang. Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun. Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas. Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin. Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992). | |||||
| Posted: 12 Mar 2012 02:39 AM PDT Khabar mengenai perkahwinan aktres Fasha Sandha bukan lagi rahsia buat peminat dan industri seni. Sebelum ini, pelbagai spekulasi mengenai tarikh perkahwinan Fasha hangat diperkatakan dan terbaru, Fasha dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya 29 April ini bersama jejaka pilihannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai. | |||||
| Pesara, pensyarah ditemui mati Posted: 12 Mar 2012 02:36 AM PDT Anggota polis mengusung mayat dua beranak ayah dan anak yang dipercayai telah dibunuh di Taman Kinrara 1, Puchong. Anggota polis melakukan siasat ditempat kejadian. PUCHONG: Seorang wanita yang datang dari Segamat, Johor bagi mencari suaminya mendapat berita paling mengejutkan apabila mendapati suami dan anak perempuan tunggalnya mati dipercayai dibunuh di Taman Kinrara 1 di sini, malam tadi. Mayat dua beranak itu ditemui di dalam dua bilik berasingan selepas sepasukan polis memecah pintu rumah teres setingkat itu, kira-kira jam 10 malam. Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa yang berketurunan Portugis itu dikatakan berkunjung ke rumah anak perempuan dan bekerja sebagai pensyarah kolej swasta kira-kira empat hari lalu untuk membawanya pulang ke Segamat.
"Apabila sampai ke rumah anaknya, dia cuba memanggil suami dan anaknya tetapi tiada yang menyahut manakala pintu berkunci menyebabkan dia pergi ke balai polis berdekatan kira-kira jam 9.45 malam tadi untuk meminta bantuan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi. Beliau berkata, sepasukan anggota polis membawa isteri mangsa ke tempat kejadian sebelum memecah pintu rumah teres berkenaan. "Sebaik masuk ke dalam rumah yang tidak ditutup lampu itu, anggota kami menemui mayat lelaki terbabit di atas katil di dalam sebuah bilik manakala mayat anak perempuannya ditemui di atas lantai di bilik lain," katanya. Menurutnya, mayat anak perempuan mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang itu masih lengkap bertudung. Katanya, berdasarkan siasatan awal, tidak ditemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada kedua-dua mangsa dan mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Abd Razak berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah di rumah berkenaan tetapi dua telefon bimbit milik mangsa dan anak perempuannya hilang. "Kereta Perodua Kenari milik anak perempuan mangsa juga dipercayai hilang manakala kereta Toyota Camry milik mangsa ditemui diletakkan di luar pagar di depan rumah," katanya. Difahamkan, kereta mangsa berada di kawasan rumah itu manakala kereta Perodua Kenari milik anak perempuannya tiada di situ. Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh yang mana sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum mati mandatori. | |||||
| Posted: 12 Mar 2012 02:33 AM PDT BUKTI...Hamzie (kanan) dan Muhamad Adie memberi kenyataan mengenai isu gambar bogel Melia. KUALA LUMPUR: "Kami tidak pernah melakukan 'superimpose' atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih," kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini. Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan. Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.
| |||||
| Dengarnya...: TV3 saluran eksklusif perkahwinan Fasha? Posted: 12 Mar 2012 02:32 AM PDT Fasha Sandha Cik Normah pun tumpang sekaki jugalah memperkatakannya. Maklumlah, yang hendak kahwin bukan calang-calang orang. Jadi, kalau Cik Normah tak masuk campur sama, nanti ada pula peminat cakap Cik Normah ketinggalan kereta kuda.Alang-alang dah sentuh topik Fasha nak kahwin, yang dikatakan bakal berlangsung pada April ini, Cik Normah pun ada juga terdengar cerita yang perkahwinannya itu akan disiar secara eksklusif oleh stesen penyiaran terkemuka, TV3. Tetapi yang Cik Normah dengar setakat ini, sama ada ia disiarkan secara langsung seperti perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dulu, belumlah lagi ada hitam putihnya. Namun kata beberapa teman di Sri Pentas, tak mungkinlah siaran langsung seperti itu diulang semula. Ia hanya berlaku sekali dalam sedekad, adanya. Paling besar kemungkinannya ialah rakaman eksklusif oleh program berkonsep kewanitaan keluaran stesen TV berkenaan. Itu pun sudah kira hebat sangat. Yalah, bukannya semua majlis kahwin akan dirakam secara eksklusif oleh penerbitan TV3. Oh ya, khabarnya, kalau ada siaran langsung pula, ia hanyalah membabitkan acara yang diadakan di ibu kota. Untuk kenduri, resepsi, atau majlis lain di luar ibu kota dan di luar negara tu, rasanya mereka tak adalah ikut sama. Mungkin jauh sangat kot, tak larat nanti nak pikul kamera. | |||||
| Ella hormat permintaan bakal suami Posted: 12 Mar 2012 02:25 AM PDT
KECOH baru-baru ini apabila ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 46, dilaporkan bakal bernikah menjelang hujung tahun ini. Jejaka yang dikenali sebagai A itu juga dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah itu suatu ketika dahulu namun putus di tengah jalan. Gosip mula bertiup setelah pasangan itu dikesan menghadiri kursus kahwin di lokasi yang sama dengan pasangan Yusri dan Lisa pernah ikuti iaitu di Pusat Bandar Damansara, Petaling Jaya pada awal bulan ini. Kesempatan bertemu dengan penyanyi itu sewaktu Hot FM Big Jam 2012 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu hujung minggu lalu, Kosmo! cuba mendapatkan kepastian lanjut. Bagaimanapun kali ini, Ella memilih untuk mengunci mulut dan banyak memberi jawapan tidak mahu komen. Dia menjadi begitu berhati-hati untuk menjawab soalan yang dilontarkan kepada pihak media. Kosmo!: Benarkah gosip yang mengatakan Ella bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi? ELLA: Saya enggan komen. Saya harus menghormati permintaan pihak lelaki. Semakin dibiarkan perkara ini tidak berjawab bermakna bakal memberikan seribu satu spekulasi orang ramai. Komen Ella? Oleh sebab itulah saya enggan komen. Sebab nanti orang akan menyalahtafsir dan membuat pelbagai andaian. Sebelum ini pun khabar yang keluar menyimpang daripada perkara sebenar. Hal ini bermakna berita yang dilaporkan sebelum ini tidak benar? Jangan percaya gosip-gosip di internet. Sebagai seorang penyanyi terkenal dan selebriti, bagaimana Ella melihat sebuah institusi perkahwinan itu sendiri? Saya tidak boleh komen lanjut sebab saya belum berkahwin. Berkahwin itu wajib bagi setiap orang Ella percaya pada kuasa cinta? Perlukah cinta dalam diri seorang Ella? Saya tak tahu. Mungkin perasaan yang sama dirasa oleh semua insan yang bercinta. Sepanjang tahun ini, selain sibuk dengan program Mentor, apa agenda kerjaya Ella? Tahun ini sibuk bagi saya. Pada 25 Mac ini saya akan ke Singapura untuk konsert Ella dan Awie. Pada bulan April pula saya akan ke Surabaya seterusnya ke Jakarta, Indonesia dan Brunei untuk membuat persembahan di sana. Menjelang hujung tahun selepas Hari Raya Aidilfitri pula, barangkali bakal berangkat ke Dublin, Ireland dan Amsterdam. Nampak gaya sepanjang tahun Ella sibuk dengan karier dan hal ini bermakna Ella tidak akan ada waktu untuk diri sendiri? Nampaknya begitulah (ketawa). | |||||
| Posted: 12 Mar 2012 02:24 AM PDT
BUKAN mudah buat figura Datuk Siti Nurhaliza menempa kejayaan seperti yang diraih sekarang. Banyak cabaran dan rintangan yang harus dilalui dalam usaha untuk meletakkan dirinya sebagai penyanyi pujaan ramai. Menariknya, dia bukan sahaja telah berhasil mencipta nama dalam dunia nyanyian. Kini, dia sudah melangkah setapak lagi apabila sudah bergelar sebagai seorang ahli perniagaan menerusi produk kecantikan SimplySiti. Menurut penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu berjudul Jerat Percintaan itu, segala kejayaan yang diraih hasil usaha kerasnya selama ini semata-mata mahu mengejar impian untuk menjadi penyanyi yang berjaya. "Saya sangat bersyukur kerana segala penat lelah untuk berada pada kedudukan sekarang ini ternyata berbaloi. Selama 17 tahun membabitkan diri dalam dunia muzik saya berpuas hati dengan apa yang telah dikecapi sekarang. "Bagi saya, kejayaan yang diraih ini bukan hasil usaha saya seorang, tetapi tidak lupa juga kepada para peminat yang telah banyak memberikan sokongan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Minggu Setiausaha di Johor Bahru baru-baru ini. Sesuai dengan kedudukannya pada hari ini, tiba-tiba ada khabar angin yang mengatakan penyanyi berkenaan telah mendapat bayaran yang mencecah RM500,000 ketika menjayakan sebuah persembahan di Singapura pada akhir tahun lalu. Bagaimanapun, penyanyi berkenaan pantas menafikan dia menerima jumlah bayaran yang sangat lumayan sebaliknya menegaskan bahawa bayaran yang diterima untuk menjayakan acara tersebut adalah setimpal dengan persembahan yang dilakukan. "Saya sendiri hairan dengan dakwaan yang mengatakan saya telah dibayar dengan jumlah yang sangat lumayan sehingga mencecah angka setengah juta ringgit untuk persembahan selama 30 minit di Singapura dan sudah tentu ia tidak benar sama sekali. "Tidak semestinya dengan kedudukan sekarang ini, saya sewenang-wenangnya meletakkan harga yang terlalu tinggi. Saya bersyukur kerana bayaran yang diterima sepanjang membuat persembahan di merata-rata tempat sudah berbaloi, walaupun tidak terlalu lumayan seperti yang diperkatakan," ujarnya.
Menurut Siti, sebagai membalas jasa para peminat yang sentiasa memberikan sokongan, dia juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali mengadakan persembahan di pentas terbuka secara percuma seperti siri konsert jelajah Malaysia yang pernah dilakukannya 11 tahun yang lalu. Sementara itu, ketika ditanya tentang perkembangan album Inggeris sulungnya yang berjudul All Your Love, Siti memberitahu dia sangat berpuas hati kerana album tersebut mendapat sambutan yang hangat daripada peminat. Bercerita lebih lanjut tentang salah sebuah lagu yang terkandung di dalam album berkenaan berjudul Remember You yang dinyanyikan secara duet bersama Sean Kingston, dia sudah merancang untuk menghasilkan klip video lagu tersebut. "Buat masa ini saya sedang mencari masa yang sesuai dan tidak mustahil klip video ini akan dihasilkan di Amerika Syarikat kerana kalau boleh saya ingin Sean Kingston turut terlibat dalam pembikinannya nanti," ujarnya. Pangsapuri mewah Mengenai pembelian pangsapuri mewah berharga kira-kira RM1 juta seunit yang terletak di Melbourne, Australia itu, penyanyi berkenaan memberitahu dia sudah pun membelinya setelah mendapat harga yang istimewa daripada pihak pemaju. "Memang saya ada menghadiri majlis pelancaran projek pembangunan pangsapuri The Istana baru-baru ini di Kuala Lumpur. Malah, saya telah berminat untuk membeli salah sebuah unit kediaman di pangsapuri tersebut. "Tujuan saya membeli unit kediaman berkenaan lebih kepada satu pelaburan untuk jangka masa panjang memandangkan lokasinya yang sangat strategik iaitu di kawasan pusat perniagaan di Melbourne," ujarnya. Menurutnya lagi, selain untuk pelaburan, ia juga boleh dijadikan sebagai satu kemudahan untuk anak-anak tirinya yang menyambung pelajaran di Australia dapat menetap di kediaman sendiri berbanding menyewa rumah dengan kadar sewa yang tinggi. Minggu Setiausaha Boleh dikatakan Siti Nurhaliza merupakan antara penyanyi yang kerap mendapat tawaran membuat persembahan pada Minggu Setiausaha yang selalu berlangsung pada bulan April setiap tahun. Jika sebelum ini penyanyi berkenaan lebih kerap menghiburkan para setiausaha di sekitar Kuala Lumpur, pada kali ini, buat julung-julung kalinya Siti akan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Johor Bahru pada bulan hadapan. Dianjurkan oleh Persada Johor, persembahan yang akan berlangsung pada 10 April ini akan diadakan di Dewan Tanjung Puteri, Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor bermula pada pukul 12.30 tengah hari. "Ini merupakan kali pertama saya bakal menjayakan sebuah persembahan sempena Minggu Setiausaha di Johor dan pastinya saya sangat teruja untuk menghiburkan setiausaha yang bekerja di negeri itu.
"Bagaimanapun, saya juga berharap agar kehadiran saya di negeri Johor akan turut menarik minat warga Singapura untuk bersama-sama memeriahkan lagi persembahan yang akan diadakan nanti," ujarnya. Mengenai konsep persembahan pula, Siti menjelaskan setakat ini belum ada keputusan muktamad yang dibuat, tetapi berkemungkinan besar persembahannya nanti akan diiringi oleh pemuzik Aubrey Suwito. Menurutnya, dengan tema Black And Red yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur, penyanyi tersebut akan cuba memikirkan konsep persembahan yang lebih elegan dan menarik. Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif Johor Corporatian (Jcorp) Hotel dan Resort, Mohamad Mazlan Ali berkata, dewan tempat berlangsung persembahan nanti mampu memuatkan kira-kira 1,500 tetamu atau 150 meja dan tetamu akan disajikan dengan hidangan makanan Barat. "Para tetamu yang hadir nanti bukan sahaja dihiburkan dengan persembahan oleh Siti Nurhaliza, malah mereka berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik untuk dibawa pulang menerusi cabutan bertuah," ujarnya. Bagi yang berminat untuk hadir pada persembahan Minggu Setiausaha Bersama Datuk Siti Nurhaliza, mereka boleh melayari laman sesawang www.persadajohor.com atau menghubungi talian 013-777 8048 dan 019-756 6905 untuk membuat tempahan meja. | |||||
| Posted: 12 Mar 2012 02:23 AM PDT ![]() HEIDI KLUM SELEPAS berpisah dengan suaminya Seal, beberapa bulan lalu, model Heidi Klum belum memberi sebarang kenyataan kepada media mengenai keruntuhan rumah tangga yang mereka bina selama tujuh tahun itu. Bagaimanapun, baru-baru ini Klum yang juga merupakan hos program realiti Project Runway akhirnya membuka mulut. Wanita berusia 38 tahun itu memberitahu majalah Elle bahawa dia sekarang mahu menjalani sebuah kehidupan baharu. Katanya lagi, sepanjang berkahwin dengan penyanyi tersebut dan memiliki empat cahaya mata, mereka memang ada berhadapan dengan masalah dan bergaduh, namun ia bukan hal yang elok untuk diceritakan kepada umum, walaupun selepas mereka kini sah bercerai. "Saya tidak mahu bercakap tentang siapa yang lukakan siapa. Saya juga tak mahu bercakap tentang sisi negatif atau positif sepanjang kami hidup bersama sebab saya percaya semua pasangan yang berkahwin melalui situasi yang serupa. Malangnya, kami tidak berjaya dan lebih malang kami menjadi perhatian kerana kami merupakan selebriti," ujar Klum yang juga memberitahu, dia tidak mampu menghalang Seal untuk terus bercerita tentang masalah rumah tangga mereka kepada umum. Klum bagaimanapun berkata, apa yang lebih penting dalam kehidupannya kini adalah untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Sebagai ibu kepada empat orang anak, dengan tegas dia berkata: "Saya hanya mahu memulakan hidup baharu dan tidak akan bercakap tentang dia (Seal) lagi." Biar nampak begitu tegas menyembunyikan kisah rumah tangga mereka, Klum tetap mengakui bahawa dia sangat terluka dengan perceraian tersebut. | |||||
| Passat CKD di pasaran tempatan Posted: 12 Mar 2012 02:22 AM PDT ![]() NAJIB TUN RAZAK (dua dari kiri) melihat model baharu Volkswagen Passat selepas pelancaran kereta tersebut di Pekan semalam. PEKAN - DRB-HICOM tidak bercadang untuk melaksanakan penjenamaan semula mana-mana model kenderaan pengeluar lain seperti Volkswagen Polo sebagai kereta nasional setelah menyelesaikan proses pengambilalihan Proton Holdings Bhd. (Proton) pada minggu hadapan. Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil berkata, membuat penjenamaan semula model kenderaan lain merupakan satu langkah yang tidak tepat untuk membangunkan industri automotif negara dan sekali gus kepada syarikat berkenaan sebaliknya ia merupakan langkah untuk mundur setapak ke belakang. "Saya terkejut dengan laporan itu, kami tidak mempunyai niat dan tidak pernah bercadang untuk membuat penjenamaan semula. "Sekiranya kita mahu membangunkan industri automotif negara dan syarikat automotif nasional, kita mesti bergerak maju ke hadapan," katanya. | |||||
| Tanggung bil air selama sebulan Posted: 12 Mar 2012 02:21 AM PDT ![]() AHMAD SHABERY (tengah) mendengar aduan seorang mangsa (tiga dari kanan) semasa melawat Kampung Pinggir 3 Jaya, Lembah Jaya Utara semalam. AMPANG JAYA- Kos bil penggunaan air kira-kira 300 mangsa banjir di Taman Lembah Jaya Utara akan dikecualikan selama sebulan bagi meringankan beban mereka. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan mencari jalan untuk menampung kos itu setelah mendengar rintihan penduduk di situ yang kini sibuk membersihkan rumah masing-masing. Sehubungan itu, satu perbincangan akan diadakan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berhubung cadangan tersebut. "Setelah meninjau sendiri tahap kemusnahan yang dihadapi penduduk, saya mengakui bahawa bantuan perlu diberikan bagi meringankan beban mereka. "Justeru, saya akan mengusahakan agar perbelanjaan bil air mereka untuk bulan ini dapat disubsidikan ataupun dikecualikan terus," ujarnya kepada pemberita selepas melawat kawasan berkenaan di sini semalam. Terdahulu, Ahmad Shabery menyampaikan sumbangan serta melawat kira-kira 30 buah rumah yang terjejas teruk akibat bencana alam itu. Kosmo! bertarikh 9 Mac lalu melaporkan mengenai banjir yang disifatkan terburuk dalam tempoh 30 tahun lalu yang melanda kira-kira 300 buah keluarga yang menetap di kawasan tersebut. | |||||
| Hotel bajet tawar pelacur Sabah diserbu Posted: 12 Mar 2012 02:20 AM PDT
BATU PAHAT - Rahsia sebuah hotel bajet di sini yang mampu menarik ramai pelanggan muda dan warga asing terbongkar apabila didapati menyediakan perkhidmatan pelacur muda dipercayai dari Sabah. Wanita muda berusia 20-an yang mempunyai paras rupa menarik, pandai melayan pelanggan itu menawarkan khidmat seks serendah RM40. Kegiatan itu dibongkar dalam operasi bersepadu anggota dari Pejabat Agama Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Muar dan Pontian kelmarin. Dalam serbuan itu, seramai tujuh pelacur sedang menunggu dan melayan pelanggan ditahan dan diserahkan kepada pihak polis. Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd. Sopah berkata, lima daripada pelacur yang disoal siasat memberitahu, mereka berasal dari Sabah. "Pada mulanya mereka tidak mengaku menjalankan kegiatan tidak bermoral itu tetapi pemeriksaan lanjut menjumpai kondom di dalam laci bilik menyebabkan mereka akhirnya mengaku. "Seorang lelaki warga Indonesia yang beragama Islam turut ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam bilik hotel dan dua remaja lelaki tempatan yang menganggur diberi kaunseling kerana disyaki cuba mendapatkan khidmat pelacuran di situ," katanya di lokasi operasi di sini semalam. | |||||
| Meninggal selepas nikmati teh tarik Posted: 12 Mar 2012 02:19 AM PDT ![]() ANGGOTA polis memeriksa Rahman yang mati akibat serangan jantung selepas minum teh tarik di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Seorang pencuci bas menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila dia kelihatan seperti sedang tidur berbantalkan lengan di atas meja makan selepas menghabiskan segelas teh tarik di sebuah warung dekat Jalan Imbi, Bukit Bintang di sini semalam. Rahman Ibrahim, 74, dari Melaka tetapi hidup sebatang kara di kawasan Bukit Bintang di sini sejak 10 tahun lalu, ditemui telah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung oleh pekerja warung berkenaan pada pukul 12 tengah malam. Pekerja yang enggan dikenali itu memberitahu, sebelum meninggal dunia, dia nampak Rahman yang telah selesai minum mengurut-urut dadanya sebelum meletak kepala di atas lengan seperti orang sedang tidur. | |||||
| Posted: 12 Mar 2012 02:18 AM PDT ![]() Nor Azma dan Mohd. Khadir gembira dapat bertemu semula dengan Wan Hazim di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras semalam. PETALING JAYA – Keresahan sepasang suami isteri mengenai kehilangan anak mereka, Wan Hazim Mohd. Khadir sejak Khamis lalu berakhir apabila kanak-kanak itu ditemui selamat berada di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras dekat sini semalam. Sebelum itu, Wan Hazim yang dilaporkan hilang olah keluarganya pada pukul 6 petang ditemui oleh seorang lelaki Cina sedang melintas Lebuh Raya Konsortium Expressway Shah Alam Selangor (Kesas) berhampiran pusat membeli-belah The Summit USJ di sini pukul 1 pagi, Sabtu lalu. Semasa ditemui Wan Hazim, 7, berjalan kaki seorang diri. Dia dipercayai berada di lebuh raya itu selepas berjalan kaki sejauh kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah. Lelaki warga emas itu kemudian menyerahkan kanak-kanak itu ke Balai Polis Subang Jaya dekat sini pada pukul 2 pagi pada hari sama. Namun mungkin disebabkan gagal mengesan latar belakang Wan Hazim, kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM kemudian menghantar kanak-kanak itu ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah pukul 4 petang pada hari sama dia ditemui. Sementara itu, bapa mangsa, Mohd. Khadir Hassan, 41, berkata, berita mengenai penemuan Wan Hazim dimaklumkan oleh seorang anggota polis yang bertugas di pondok pengawal Balai Polis Subang Jaya dekat sini pada pukul 11 malam kelmarin. Anggota polis itu menghubungi Mohd. Khadir, selepas menerima risalah daripada isterinya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, mengenai kehilangan anak mereka. | |||||
| Penjenayah seks dijel 16 tahun Posted: 12 Mar 2012 02:17 AM PDT
KOTA BHARU – Seorang perogol bersiri yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita di Kelantan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang daripada mangsanya itu. Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Irwan Suainbon ke atas tertuduh, Amran Che Jaafar, 30, yang merupakan seorang penganggur adalah hukuman pertama buat tertuduh yang didakwa atas tuduhan merogol.
Sebelum ini, tertuduh yang juga seorang duda telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas dan Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas lima tuduhan rogol membabitkan mangsa-mangsa lain. Kes-kes itu kini dalam proses perbicaraan kerana tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya. Dalam kes rogol keenam yang dikenakan terhadap Amran semalam, lelaki yang pernah berkahwin dua kali itu mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 25 tahun pada pukul 7 pagi, 18 April tahun lalu. Kejadian itu berlaku ketika mangsa berada di sebuah asrama pekerja di Jalan Kuala Krai dekat sini. Atas tuduhan itu, Amran dari Bachok dekat sini didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah pasar raya di sini terjaga daripada tidur selepas dia terdengar bunyi orang menggeledah di bawah katil di bilik asramanya. Mangsa kemudian melihat tertuduh berada di sebelah katilnya sambil memegang sebilah pisau dan mengacu pisau tersebut ke leher mangsa sambil menyuruh mangsa diam. | |||||
| Posted: 12 Mar 2012 02:16 AM PDT ![]() SEBAHAGIAN daripada kaki judi yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan sabung ayam di Seksyen 17, Shah Alam semalam. SHAH ALAM – Polis menumpaskan kegiatan judi sabung ayam dengan nilai pertaruhan kira-kira RM30,000 apabila menahan 29 lelaki warga asing termasuk empat rakyat tempatan di belakang sebuah kuil di Seksyen 17 di sini semalam. Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd. Karim berkata, dalam serbuan tersebut, seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun turut ditahan kerana menjual barangan makanan kepada kaki judi. Katanya, kesemua lelaki yang ditahan berumur di antara 20 hingga 50 tahun merupakan pekerja kilang dan buruh di kawasan tersebut. "Serbuan dilakukan selepas intipan selama seminggu di kawasan yang terletak bersebelahan landasan kereta api dan ditumbuhi semak itu. "Semasa ditahan, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditahan polis," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. | |||||
| Sekat lolipop pendafluor masuk Posted: 12 Mar 2012 02:15 AM PDT
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam. Beliau berkata, pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu. "Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6 iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk," katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan Jom Sihat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam. Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa di alamat pengeluar yang tertera pada pembungkus gula-gula tersebut didapati palsu. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya. Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya tetapi ia menjadi kegilaan kanak-kanak. | |||||
| Lelaki burung meluncur rentas Banjaran Alps Posted: 12 Mar 2012 02:15 AM PDT ![]() REMO LAENG memakai sut sayapnya dan meluncur di ruang udara Studen, Switzerland pada Jumaat lalu. ZURICH - Meluncur di udara selaju 500 kilometer sejam, seorang lelaki Switzerland merentasi Banjaran Alps di Eropah dengan menggunakan sut sayap kelmarin. Penerjun udara, Remo Laeng terjun dari sebuah pesawat pada ketinggian 7,500 meter dekat resort ski Verbier dan merentasi banjaran berkenaan dari arah selatan. Digelar 'lelaki burung' kerana keberaniannya meluncur di udara, Laeng, 36, terbang selama empat minit sebelum melintasi puncak Gunung Grand Combin setinggi 4,314 meter di barat daya Switzerland, sekali gus merentasi banjaran Alps. Agensi berita Switzerland, SDA melaporkan, dia meluncur sejauh 26 kilometer di udara sebelum mendarat dengan selamat di Aosta, Itali. "Saya tidak mengambil risiko sebenarnya. Saya akan mengaktifkan payung terjun jika sangsi percubaan ini akan berjaya," kata Laeng. Sut sayap yang dihasilkan sekitar tahun 1990-an memiliki lapisan di sekeliling badan pemakainya bagi membolehkan dia meluncur lebih lama di udara sebelum payung terjun diaktifkan. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

































0 ulasan:
Catat Ulasan