RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


IRMA HASMIE SELAMAT BERTUNANG

Posted: 24 Mar 2012 05:18 AM PDT


Tahniah buat Irma Hasmie yang telah selamat bertunang dengan Reza Syah Ameer Datuk Radzuan. Untuk info, perkenalan mereka bermula di kota Mekah dan mereka akan bernikah pada 1 Julai 2012.

Dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma yang terletak di Desa Coafiled, Sungai Buloh, sekitar jam 4.15 petang itu, Irma memakai busana rekaan Hatta Dolmat dan disarungkan sebentuk cincin berlian oleh Datin Azizah Osman iaitu ibu kepada Reza.

Selain itu, Irma turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah,persalinan dan set mandian. Manakala pihak perempuan turut berbalas hantaran sebanyak sembilan dulang seperti set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.

Klik untuk imej besar...



Lagi 19 gambar selepas ini...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ISU VIDEO BOGEL: MELIA TARIK LAPORAN POLIS

Posted: 23 Mar 2012 01:29 PM PDT


Akhirnya, dalam satu sidang akhbar di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam, Melia Aimiellia secara rasmi membuat kenyataan memaafkan pemilik blog yang menyebar dan menuduhnya beraksi kurang sopan melalui video berdurasi 30 saat.

Menurut pelakon Karipap-Karipap Cinta itu, dia sekarang berasa lega kerana dapat bersihkan nama baiknya dan keluarga.

"Mungkin akan ada orang yang hairan bagaimana saya boleh memaafkan mereka begitu sahaja sedangkan ini adalah isu yang besar. Tapi bagi saya, biarlah ianya berhenti disini. Saya pun tak mahu perkara ini berpanjangan. Keluarga saya pun sudah bersetuju untuk memaafkan mereka.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

CINCIN KAHWIN ZARINA ANJOULIE & OWEN WILSON

Posted: 23 Mar 2012 12:54 PM PDT


"Me and owen Wilson... After football session," demikian kata Zarina Anjoulie mengenai gambarnya bersama pelakon Hollywood yang berkunjung ke Malaysia sempena Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012.

Apa yang menarik, gambar tersebut sekaligus meledakkan 'bom atom' kepada Fahrin Ahmad yang gagal bergambar dengan Owen sebelum ini. Mungkinkah Owen hanya melayan artis seksi berbanding artis lain yang kurang menarik minatnya? heh..!

Dan bagi yang ingin melihat cincin perkahwinan Zarina, ia sebenarnya berbentuk hati yang bertatahkan berlian bergelar 'Chopard'. Melihat daripada wang yang dibayar, rasanya harga cincin tersebut mencecah hingga RM10,000.

Klik untuk imej besar...


Gambar cincin kahwin selepas ini...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories