|  Gossip Panas : Skandal KOMPOSER AZMEER Berkahwin Dengan Gadis Kampung   Posted: 06 Apr 2012 02:56 AM PDT  Sebelum balik daripada pejabat ZoOM, ada satu "post" yang mengejutkan ZoOM mengenai komposer terkenal, yakni Azmeer atau nama sebenar Mohd Azhar Bin Abu Bakar (menurut info). Mungkin selepas ini cerita ini akan berpanjangan dan menjadi topic hangat diperkatakan di media cetak/elektronik dan lama-laman sosial serta Blog.   Selepas membaca luahan seseorang yang dipetik daripada satu laman blog (isu-hangat.blogspot.com), ZoOM mengamati satu persatu apa yang ingin disampaikan oleh orang yang meluahkan perasaan tidak puas hatinya, mengenai kisah sedih kawan beliau dengan komposer Azmeer.   Jika semua ini tidak benar, Azmeer kena tampil menjawap isu panas yang bakal meletupkan gossip artis di Malaysia, dan mengambil tindakan sewajarnya. Dan berikut ZoOM sertakan luahan seseorang mengenai Azmeer yang dikatakan membuat sesuatu yang sudah tentu menyakitkan hati sesiapa sahaja yang membacanya :      Kad Kahwin Azmeer dan Gadis tersebut (Menurut Info)   Saya menulis nota ini atas dasar saya sebagai seorang wanita dan tidak  mahu wanita lain mengalami pengalaman pahit dan tertipu sebagaimana  rakan wanita saya. Juga untuk menyedarkan golongan wanita agar tidak  mudah terpujuk lantas terjebak dengan janji manis beberapa golongan  artis dan selibriti.
 Rakan wanita saya "X" telah diperkenalkan  oleh kawan-kawan dengan komposer terkenal AZMEER atau nama sebenarnya  MOHD AZHAR BIN ABU BAKAR (660614-71-5611) sekitar tahun 2004. AZMEER  memang sudah berkahwin ketika itu tetapi terus jatuh hati dan memikat  "X" seorang gadis kampung yang bekerja mencari rezeki di Lembah Kelang.  "X"
 sememangnya cantik dan seksi mengakibatkan AZMEER tidak lena tidur  tergiurkan gadis sunti ini yang ketika itu berusia 27 tahun.
 
 X  terus jatuh hati maklumlah dengan seorang selibriti dan AZMEER manis  berkata-kata. Dan setelah mengusung X ke sana kemari AZMEER akhirnya  bersetuju untuk menikahi X. X bersetuju menjadi isteri kedua dengan  syarat AZMEER mesti mendapat persetujuan isteri tuanya.
 Atas nasihat  dan muslihat kawan-kawannya AZMEER memberikan persetujuan dan pada 23  September 2005 telah bernikah dengan X di kampong X di Negeri Sembilan.  Menurut maklumat AZMEER telah menggunakan sindiket memalsukan  persetujuan isteri tuanya (isteri tuanya menurut maklumat tidak pernah  memberikan persetujuan).
 
 Kesiannya keluarga X sekadar dapat  menjadi tuan rumah majlis akad nikah dan kenduri kecil jiran-jiran.  Tiada kenduri kahwin macam biasa, tiada bersanding semua kerana AZMEER  kononnya tak mahu majlis besar-besaran. Sedangkan realitinya AZMEER  tidak mahu majlis ini menjadi buah mulut apalagi diketahui isteri  tuanya.
 
 Yang sebenarnya AZMEER mahu menghalalkan hubungannya  dengan X kerana laparkan tubuh badannya. Setelah berkahwin hubungan  AZMEER dan X sekadar touch and go. Apabila sahaja AZMEER ada peluang  lari dari isteri tuanya X akan dihubungi untuk AZMEER melepaskan  nafsunya. Tengah-tenga malam tak kira 1 atau 2 pagi AZMEER akan mencari X  bila beliau lepas dari penjara isteri tuanya.
 
 Semua kawan-kawan  tahu yang X dilayan hanya sekadar pemuas nafsu AZMEER. Budak kampong apa  yang dia tahu. Terkadang belanja pun putus-putus sehingga X terpaksa  cari makan sendiri untuk menampung belanja tetapi sebagai isteri yang  setia menunggu-nunggu AZMEER bila sahaja ada peluang bersama. Keluarga X  dikampung gelisah memikirkan nasib X.
 
 AZMEER tidak pernah  bersama X dalam mana-mana majlis rasmi. Kalau curi-curi bercuti pun  ditempat yang tidak diketahui orang kadang-kadang perlu bawa kawan-kawan  untuk "cover line".
 
 Licik betul AZMEER.
 
 Ringkas cerita  satu hari isteri tuanya telah menghidu bau busuk AZMEER dan  menjejakinya. X dimaki hamun depan AZMEER di studio beliau. Kasihan X  gadis kampung yang tak tahu apa-apa.
 AZMEER berjanji dengan isteri  tuanya akan segera menceraikan X tetapi hakikatnya beliau tidak berbuat  demikian sedangkan sangka isteri tuanya mereka telah bercerai.
 
 Sejak  dari itu kekerapan AZMEER bertemu X semakin kurang. Hidup X  terumbang-ambing menjadi isteri tapi tanpa kehadiran suami. Majlis  kenduri keluarga dan Hari Raya AZMEER tidak pernah turun ke kampong X.  Malah ketika bapa X meninggal dunia di kampong AZMEER sedikit pun tidak  ambil kesempatan untuk pulang ziarah di kampong X di Gemas, NS.
 
 Pada  awalnya kawan-kawan rapatnya menasihati agar X menuntut cerai dari  AZMEER kerana kasihan melihat hidupnya tetapi sebagai seorang isteri  yang taat X enggan walaupun hidupnya tak menentu. AZMEER pula sudah  pasti tak mahu melepaskan X kerana X lah peluang untuk beliau melepaskan  nafsu serakahnya bila ada kelapangan, maklumlah gadis sunti yang cantik  dan digilai ramai.
 
 Dari tahun ke tahun atas nasihat kawan-kawan  akhirnya X sedar yang beliau sebenarnya sekadar menjadi barang mainan  AZMEER. AZMEER tidak serius mahu mendirikan rumah tangga dengan beliau  tetapi sebenarnya hanya menjadikan X sebagai tempat memuas nafsu.
 
  Hanya  selepas lebih 5 tahun berkahwin sorok-sorok dengan AZMEER akhirnya X  sedar yang hidup beliau selama ini tertipu dan melalui bantuan peguam  Suriani and Associates ( 06 6323008) beliau memfailkan tuntutan cerai.  Apabila melihat X serius AZMEER bimbang dan memberikan persetujuan  dengan syarat peguam merahsiakan identity beliau. Pada 11 April 2011 di  Mahkamah Rendah Syariah Seremban AZMEER menceraikan X dengan alasan  rumahtangga berkrisis dan tidak dapat didamaikan lagi.
 Sudahlah  hidup beliau dipermainkan selama lebih 5 tahun oleh AZMEER. Segala  belanja mahkamah termasuk yuran peguam yang menelan ribuan ringgit itu  ditanggung X sendiri dan AZMEER tidak memberikan sesen pun gantirugi  apabila menjatuhkan talak.
 
 Pasti ramai tidak percaya begitu sekali perangai AZMEER yang kelihatan baik dan ceria itu.
 Saya  mahu cerita ini sampai kepengetahuan umum supaya AZMEER  bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku walaupun X kini telah  pun berkahwin tidak mahu sedikit pun perkara ini keluar kepengetahuan  umum kerana menghormati AZMEER.
 
 Sebagai seorang wanita saya kagum  dengan pengorbanan X tetapi saya tidak sanggup melihat ada lagi  mana-mana wanita lain menanggung siksa dan kesusahan lantaran orang  seperti AZMEER ini. Tolonglah dedahkan perkara ini. Memang AZMEER akan  malu tetapi apa salahnya malu setelah merosakkan hidup seorang gadis  yang tidak berdosa…………..
  Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!    | 
 
  
0 ulasan:
Catat Ulasan