RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Hanez Suraya Selesa Berkawan Dengan Awi Rafael

Posted: 09 May 2012 08:31 PM PDT

Hanez Suraya akui selesa berkawan dengan Awi Rafael.

PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri 3 Janji, Hanez Suraya mengakui selesa menjalinkan hubungan dengan penyanyi Awi Rafael yang digosipkan bercinta dengannya.

Hanez berkata, Awi adalah lelaki yang paling rapat dengannya buat masa ini namun menolak dakwaan mereka sedang bercinta.

"Tiada apa yang perlu saya sorokkan kerana hakikatnya memang kami berkawan baik dan bukannya bercinta buat masa ini.

"Namun tidak dinafikan Awi adalah lelaki yang paling rapat dengan saya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Tambah Hanez, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan mengenai soal cinta kerana terlalu sibuk dengan kariernya sebagai pelakon dan tidak mahu terburu-buru mengejar soal itu.

"Sekarang ni memang tiada masa nak cari teman lelaki kerana sibuk dengan kerja jadi saya tidak terlalu memikirkannya. Tambahan pula ia bukan keutamaan untuk diri saya," katanya.

Dalam pada itu, ditanya jika dia ditakdirkan bercinta dengan Awi, Hanez berkata, sukar baginya untuk menyatakan mengenai hal tersebut dan membiarkan masa menentukan hala tuju hubungan mereka.

Hanez memberitahu, walaupun berkawan baik tetapi mereka jarang dapat berjumpa kerana sibuk dengan aktiviti seni masing-masing dan hanya berbual memalui telefon jika berkelapangan.

Awi Rafael.

"Kami masing-masing sibuk dan hanya berkesempatan untuk bercakap menerusi telefon sahaja. Tetapi dia adalah seorang kawan yang banyak memberi saya semangat dan menyokong dalam apa saja yang saya lakukan," ujarnya.

Bagaimanapun kata Hanez, sekiranya hubungan mereka menjadi serius, biarlah perkara itu didedahkan sendiri oleh Awi kerana tidak manis baginya sebagai wanita untuk bercakap mengenai perkara tersebut.

"Nanti orang kata saya syok sendiri pula, jadi jika perkara itu berlaku antara saya dan Awi biarlah dia yang membuka mulut dan bukannya saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hanez berkata, dia bakal berangkat ke Perancis pada 20 Mei depan bagi menyelesaikan baki penggambaran drama bersiri berjudul Dalam Hati Ada Taman yang menggandingkan dirinya dengan pelakon popular Indonesia iaitu, Randid Pangalila.

Hanez berkata, dia senang dapat bekerjasama dengan pelakon sinetron itu kerana Randid sangat peramah dan banyak membantu ketika di set penggambaran.

"Ini bukan kali pertama bekerja dengan dia jadi apabila bertemu kembali untuk drama bersiri Dalam Hati Ada Taman telah memudahkan keserasian kami kerana saling mengenali," ujarnya.

Drama arahan Michael Ang itu katanya bakal disiarkan di saluran Astro Ria dalam masa terdekat.

Selain itu juga dia bakal muncul dengan telefilem berjudul Suri untuk siaran TV3.

Tetap ada tawaran lepas bertudung

Posted: 09 May 2012 08:30 PM PDT

YATT...banyak menyertai forum agama dan ceramah.
YATT...banyak menyertai forum agama dan ceramah.

SELEPAS berkahwin dan dikurniakan seorang anak, Suci Hanania Malika, Haryati Hamzah atau Yatt mula terfikir untuk berhijrah menjadi isteri dan ibu yang baik buat cahaya matanya itu. Dia ingin mendidik anaknya menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama.

Bagaimana perkara yang sering mengganggu fikirannya, bagaimana dia mahu mendidik anaknya itu sedangkan dia sendiri tidak berubah dan masih mendedahkan aurat. Memang benar sejak remaja Yatt suka membaca buku agama, tetapi hatinya belum cukup kuat untuk merubah penampilan diri apatah lagi apabila dia terkenangkan jika dia bertudung, masih adakah produser dan pengarah yang ingin mengambilnya berlakon.

  • Foto

  • Foto

"Saya memang mahu bertudung, tetapi tidak betul-betul yakin untuk melakukannya, malah saya bimbangkan kerjaya seni saya yang mungkin akan terjejas dek kerana perubahan itu. Ada saja kengkangan untuk melakukan kebaikan.

"Bagaimanapun kalau sudah sampai masanya untuk kita berubah, ia sebenarnya tidaklah begitu sukar dan ada saja jalan ke arah itu. Irma (Irma Hasmie) yang terlebih dulu berhijrah mengajak saya pergi ke kelas agama yang diadakan setiap Isnin di Wangsa Melawati, Hulu Kelang yang dibuka oleh syarikat penerbitan buku, Must Read Sdn Bhd.


"Kelas itu diadakan secara percuma oleh Must Read sebagai salah satu daripada sumbangan mereka kepada masyarakat. Daripada November tahun lepas, kalau ada kelapangan setiap Isnin saya ke kelas itu bersama Irma. Setiap minggu mereka mengundang ustaz berbeza yang pakar dalam bidang masing-masing. Kalau kelas itu tidak dapat diadakan pada Isnin, ia akan digantikan pada Khamis.


"Kebanyakannya yang memberi ceramah adalah ustaz dan ustazah yang muncul dalam pelbagai program agama terbitan TV Alhijrah. Mereka diperkenalkan oleh Irma yang juga pengacara program Assalamulaikum terbitan TV sama. Kami sedang berusaha untuk menjemput ustaz Don memberikan ceramah.

"Di sana diadakan kelas mengaji al-Quran, belajar tauhid dan feqah serta pelbagai kelas lain bagi memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap agama Islam.

"Irma tahu saya jenis yang suka dengan aktiviti keagamaan dan saya antara pelajar yang terawal mengikut kelas itu. Sekarang bilangannya sudah bertambah termasuklah pengacara Wanita Hari Ini (TV3) Teh Syuhadah, Farah Ashikin, Siti Nordiana, Diana Amir, Fazli Zainal dan Heliza Helmi. Ketika itu mereka semua sudah bertudung, tinggal saya saja yang belum bertudung.

"Seronok kerana ramai kawan-kawan belajar sama yang tujuannya hanya satu mohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Sejak saya mengikuti kelas itu saya tidak bimbang apa-apa lagi dan saya semakin faham ke mana tujuan hidup kita. Hidup, mati dan rezeki setiap manusia Allah SWT yang tentukan," katanya.

Sebulan lalu, selepas Yatt balik dari kelas, dia mengerjakan solat Maghrib dan terus melakukan solat taubat. Dalam doanya yang panjang, Yatt teringatkan dosanya terhadap Allah SWT terutama dosa tidak menutup aurat.

"Meleleh air mata mengingatkan dosa saya selama ini. Sejak ada anak saya perlu menambahkan ilmu dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak. Bukan tak ingat nak bertudung, tetapi saya takut tak boleh bekerja (berlakon) lagi dan tak boleh lagi pegang pelbagai watak.

"Tetapi selepas saya melakukan solat taubat pada malam itu, ia merubah seluruh hidup dan pemikiran saya. Pada rakaat terakhir, saya sujud lama di atas sejadah dan perasaan rasa lain macam. Hati saya tiba-tiba sangat aman. Selepas saya memberi salam, saya nekad untuk berubah masa itu juga kerana saya sudah benar-benar yakin dengan ketentuan Allah SWT.

"Suami ada suruh saya bertudung, tetapi dia tidaklah memaksa dan apabila saya menyuarakan hasrat untuk berhijrah, dia orang yang paling gembira. Saya berbangga kerana dapat mengurangkan dosa suami apabila isteri ingkar perintah agama.

"Jangkaan saya juga meleset kerana tawaran berlakon tetap ada. Bagaimanapun mana yang tidak sesuai dengan penampilan baru ini, saya akan tolak cara baik kerana ada juga pengarah yang ingat waktu babak di rumah saya boleh buka rambut sedikit. Saya tak marah kerana mereka kurang jelas dengan hukum menutup aurat.

"Jika saya tak dapat terima tawaran berlakon, saya anggap itu bukan rezeki. Saya tetapkan hati serta ikhlas berubah kerana Allah SWT," katanya.

Selepas berhijrah Yatt juga dipanggil muncul dalam forum agama dan dia membuat penampilan pertama bersama Irma pada pelancaran buku Biografi Agung Rasulullah SAW karangan Rusydi Ramli Al Jauhari pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, baru-baru ini.

"Apabila dipanggil bercakap pada forum agama saya lebih suka menceritakan kisah hidup sendiri. Saya bukanlah ustazah malah saya kena banyak belajar lagi," katanya.

Yatt baru saja selesai penggambaran drama 26 episod berjudul Baitul Rahmat yang akan disiarkan pada Ramadan ini di TV1. Ketika dia mula-mula berlakon drama itu dia belum bertudung dan hanya betul-betul bertudung pada pertengahan penggambaran.

"Sebelum ini pun saya banyak membawa watak bertudung dan karektor yang paling berkesan di hati selepas berlakon dalam drama Lagenda Ular Emas, dua tahun lalu. Karektor saya sebagai Raudhah terbawa-bawa sehingga ke luar lokasi," katanya.

Beza Budaya Tidak Halang Nurul Pilih Eric Calon Suami

Posted: 09 May 2012 08:29 PM PDT

Nurul sedang membilang hari untuk menempuh detik bahagia.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nurul Wahab tidak melihat kelainan budaya antara beliau dengan bakal suami iaitu Eric Daniel Depp sebagai satu halangan untuk mereka mengecap bahagia.

Nurul berkata, dia menerima Eric seorang warganegara Perancis kerana ketulusan dan kriteria yang diinginkan daripada lelaki berusia 47 tahun itu.

"Saya tidak meletakkan bangsa atau warna kulit dalam memilih seorang lelaki sebagai calon suami tetapi memandang kepada ketulusan dan ciri-ciri yang saya cari.

"Eric juga seorang yang faham mengenai budaya, agama Islam dan sentiasa hormat budaya kita di Malaysia. Soal itu langsung tidak pernah menjadi masalah kepada saya," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.

Nurul ditemui selepas melancarkan album mini terbarunya di sini.

Tambah Nurul, dia tidak perlu risau mengenai soal budaya atau tanggungjawab bakal suaminya itu kerana sifat-sifat yang diinginkan daripada seorang lelaki ada pada Eric.

Nurul memberitahu, pengalaman Eric selama 10 tahun tinggal di Asia telah banyak mengajarnya mengenai budaya dan cara kehidupan masyarakat di sini.

"Aspek budaya atau tanggungjawab tidak menjadi isu kerana apa yang penting saya perlu memainkan peranan dalam soal kerohaniannya sebagai mualaf.

"Tanggungjawab saya sebenarnya yang lebih besar dalam memastikan bakal suami faham mengenai agama Islam dengan lebih baik," ujarnya.

Pasangan itu bakal bernikah pada 6 Jun depan di Duchess Palace dekat sini pada pukul 11 pagi.

Kira-kira 200 tetamu bakal dijemput pada hari bahagianya itu yang dibuat secara kecil-kecilan.

Dalam pada itu, Nurul memberitahu, Eric telah memeluk Islam sejak 13 Februari lalu dan tindakkannya itu telah meyakinkan bahawa lelaki tersebut sesuai untuknya.

Nurul juga tidak pernah menyangka akan bertemu dengan Eric dan seterusnya mengambil keputusan untuk berkahwin selepas lima tahun menjanda.

"Saya telah mengenalinya pada September 2010 dan kami mula serius pada Januari 2011. Sepanjang dua tahun pengenalan kami dia seorang lelaki yang baik dan memahami diri saya dan sentiasa senang bersama dengannya," katanya.

Sementara itu, ditanya kenapa dia sering mengelak apabila ditanya mengenai lelaki sebelum ini, Nurul berkata, dia tidak mahu menjadikan kehidupan peribadinya sebagai satu 'perniagaan' sepertimana dilakukan sebelum ini.

Dia juga banyak belajar daripada pengalaman lalu dan tidak lagi bersedia untuk berkongsi kisah peribadi melainkan perkara penting seperti pengumuman perkahwinan.

"Cukuplah dulu selagi ada kisah dipaparkan dalam akhbar malah hubungan peribadi itu menjadi perniagaan. Bukan mengelak tetapi saya sudah banyak belajar daripada pengalaman lalu," katanya.

Bercerita lanjut mengenai bakal suaminya itu, Nurul berkata Eric adalah seorang duda tetapi tidak mempunyai cahaya mata dan bekerja sebagai konsultan dan jurulatih kesihatan.

Katanya, pihak media hanya akan mengenali Eric pada hari pernikahan nanti kerana bakal suaminya itu merasakan dirinya bukanlah seorang artis.

"Dia bukan sombong tetapi malu nak jumpa orang apatah lagi saya ni seorang artis. Dia rasa tak sesuai untuk berada di sini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Nurul memberitahu sebanyak enam individu telah sudi untuk menaja perkahwinannya nanti iaitu Rizman Ruzaini, Bon Zainal, Jakel, Zaha Weeding Planner, Deqsha dan Duchess Place.

Bagaimanapun dia tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan.

Aliff Aziz Belum Sedia Tukar Kerakyatan

Posted: 09 May 2012 08:27 PM PDT

Aliff Aziz

PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz mengakui dia belum bersedia untuk menjadi penduduk tetap negara ini walaupun banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur bagi urusan kerjaya nyanyiannya.

Aliff yang merupakan warganegara Singapura itu berkata, dia baru sahaja menetap di Kuala Lumpur sejak Januari lalu dan ingin melihat kemampuannya untuk bertahan dalam industri hiburan tempatan.

"Rasanya masih awal lagi untuk saya membuat permohonan bagi menjadi penduduk tetap di Malaysia. Tambahan pula belum sampai setahun lagi saya menetap di Kuala Lumpur.

"Umur saya pula baru saja 21 tahun dan saya belum bersedia untuk menukar kerakyatan saya. Setakat ini saya hanya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura tiga bulan sekali," katanya selepas pelancaran album ketiganya berjudul Aliff Aziz.

Tambah Aliff, dia percaya muzik-muzik yang dibawakannya masih boleh menawan hati peminat-peminatnya di Malaysia.

Mengenai album terbarunya terbitan Sony Music, Aliff masih lagi kekal dengan lagu berkonsepkan pop seperti dua albumnya sebelum ini.

Aliff menunjukkan album terbarunya.

"Selepas dua tahun melaksanakan tanggungjawab menjalani latihan khidmat negara di Singapura, secara pantas saya hasilkan album ketiga ini dengan bantuan dua komposer yang sangat saya gemari iaitu Azlan Abu Hassan dan Panji Sakti.

"Menariknya, album pada kali ini menampakkan kematangan saya walaupun penyampaian muzik saya berbentuk keremajaan.

"Dan bayangkan saya mengambil masa selama tiga minggu sahaja untuk menyiapkan album ini. Walaupun sekejap sahaja rakamannya tapi Alhamdulillah, hasilnya bagus. ," ujarnya.

Album terbaru Aliff yang telah pun berada di pasaran sejak 20 Mac lalu ini memuatkan sebanyak 10 buah lagu antaranya Jangan Ganggu Pacar Ku, Cinta Ya Cinta, Hanya Lagu, Sudah Nasib Ku, Cinta Dusta, Setiap Detik, Nada Cinta dan Dilema Cinta (menampilkan Hao Ren) termasuklah dua lagu berbentuk 'minus one'.

Tomok Gementar Tunggu Respons Dalam 'Mantera'

Posted: 09 May 2012 08:26 PM PDT

Tomok berdebar menanti reaksi peminat terhadap filem sulung lakonannya iaitu Mantera yang bakal ditayangkan pada 17 Mei ini.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail gementar untuk melihat penerimaan peminat terhadap lakonan pertamanya menerusi filem Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) yang bakal ditayangkan pada 17 Mei ini.

Tomok berkata, dia gementar kerana bimbang akan mengecewakan para peminatnya menerusi lakonan pertama itu walaupun telah memberikan sumbangan yang terbaik.

"Ini adalah filem pertama lakonan saya yang bakal keluar dan sudah tentu saya rasa gementar untuk melihat reaksi penonton dan peminat terhadap lakonan saya.

"Bagaimanapun saya optimis mereka bakal menyukai filem ini secara keseluruhannya," ujarnya kepada mStar Online.

Tomok ditemui selepas menghadiri tayangan perdana filem arahan pengarah muda iaitu Mohd Aliyar Ali Kuthy di sini pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, Tomok berkata, dirinya secara peribadi berpuas hati dengan lakonannya itu dan menganggap penantian selama ini akhirnya berbaloi.

Tomok bagaimanapun memberitahu, sebagai pelakon baru dia masih perlu mempelajari pelbagai perkara tentang selok-belok lakonan dan tidak boleh terlalu mudah berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan.

Tomok bergandingan dengan shikin Kamal dalam Mantera.

"Saya teruja melihat lakonan saya sendiri di layar perak dan berpuas hati dengan hasilnya tetapi masih banyak ruang yang perlu saya perbaiki dalam menjadikan saya sebagai seorang pelakon yang lebih baik," katanya.

Dalam perkembangan sama, antara cabaran paling besar dalam menyiapkan Mantera apabila dia perlu berlakon dengan menggunakan skrin hijau dalam kebanyakan adegan dalam filem berkenaan.

Tomok berkata, ia sukar kerana perlu mengambil masa untuk membiasakan diri terutamanya dari segi pergerakan supaya ia tidak lari apabila disatukan dengan teknik grafik sebenar.

"Bayangkanlah saya ni pelakon baru dan terus kena berlakon menggunakan skrin hijau. Ia adalah pengalaman yang cukup berharga buat saya pada masa sama paling mencabar.

"Namun saya bertuah dibantu oleh orang yang berpengalaman di sekeliling saya yang tidak kedekut ilmu bagi memastikan perjalanan penggambaran filem berkenaan berjalan dengan lancar," katanya.

Tambah Tomok, dia seronok dapat memegang watak robot yang belum pernah dihasilkan di negara ini.

Dalam Mantera Tomok turut digandingkan dengan pelakon Shikin Kamal dan beberapa pelakon dari Russia seperti Mikhail Dorojkin (Russia), Saide Dashuk-Nighmatulin, Daria Markova (Russia), penyanyi pop Ukraine serta pemenang Mrs. World 2008 Natalya Shmarenkova dan Wael Al-Masri (Dubai).

'Produksi Upin & Ipin Berbohong' - KP Istana Budaya

Posted: 09 May 2012 08:25 PM PDT

Pementasan Upin & Ipin gagal menandingi "Lat The Kampung Boy."

PETALING JAYA: Pihak Istana Budaya (IB) terkejut dengan tuduhan tidak benar syarikat produksi Les'Copaque Production Sdn Bhd (LCPSB) kononnya agensi itu menolak permohonan bagi mementaskan semula teater Upin & Ipin The Musical.

Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, dia tidak pernah menerima permohonan secara rasmi daripada pengarah urusan syarikat berkenaan, Burhanuddin Md Radzi bagi menyambung semula pementasan tersebut.

"Apa yang dinyatakan Burhanuddin kebanyakannya tidak benar. Beliau hanya bertanya kepada saya secara lisan hasratnya untuk melakukan pementasan semula teater itu pada musim cuti sekolah hujung tahun ini.

"Jadi, saya memintanya menyediakan kertas cadangan untuk dihantar kepada pihak pengurusan di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Mohamed Juhari Shaarani

"Sama juga saya menjelaskan kepadanya bahawa dia tidak mungkin mendapat slot pada cuti sekolah ini kerana jadual di IB sudah penuh diisi dengan teater-teater lain," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Akhbar Utusan Malaysia pada Rabu melaporkan rasa tidak puas hati Burhanuddin mengenai tindakan IB yang enggan memenuhi permohonan syarikat produksi LCPSB bagi menyambung pementasan teater muzikal Upin & Ipin yang telah melalui 30 pementasan bermula pada 14 April hingga 6 Mei lalu.

Burhanuddin turut dilaporkan tidak senang dengan bayaran sewa bagi mementaskan muzikal berkenaan iaitu RM15,000 (sehari) di Panggung Sari yang dianggap mahal tidak termasuk sewaan lain seperti Bilik Nilam bagi meraikan tetamu yang dikenakan kadar sebanyak RM8 bagi sebuah kerusi.

Menjelaskan perkara itu Mohamed Juhari berkata, kadar sewa di Bilik Nilam tidak perlu dibangkitkan kerana secara keseluruhannya, IB meletakkan harga sewa yang murah berbanding di tempat lain.

Burhanuddin Md Radzi

"Sebenarnya harga sewa RM15,000 yang diberikan bukan hanya tertumpu di Panggung Sari sahaja, sebaliknya ia termasuk pakej mendapat khidmat tenaga kerja teknikal selain diberi kebenaran menggunakan lobi untuk membuat sebarang promosi," katanya.

Beliau menambah, walaupun teater muzikal itu dikatakan mendapat sambutan hangat tetapi kutipannya tidak berjaya menandingi teater Lat The Kampung Boy yang berjaya meraih jumlah penonton tertinggi iaitu sebanyak 33,000 orang bagi 22 kali pementasan," ujarnya.

Mohamad Juhari turut bertegas pihaknya tidak pernah bersikap birokrasi terhadap mana-mana produksi seperti yang dikatakan Burhanuddin.

"Selalunya menjadi amalan pementasan ulangan akan diadakan setahun atau dua tahun selepas pementasan pertama sekiranya ia mendapat kutipan pecah panggung dan sepatutnya LCPSB harus mengikut garis panduan tersebut," kata beliau.

Johnny Depp Rasa Diri Tidak Berguna

Posted: 09 May 2012 08:25 PM PDT

AKTOR Johnny Depp mendedahkan dia pernah hidup susah dan merasakan dirinya tidak berguna sebelum mengecap kejayaan seperti yang diperolehnya sekarang.

Menurut laporan Digital Spy, sebelum popular, dia menjalani kehidupan yang sangat menyedihkan, namun bersyukur kehadiran kedua-dua anaknya, Lily Rose,12, dan Jack, 10, dapat menaikkan semangatnya untuk terus hidup.

"Tidak ada apa pun di dunia ini yang boleh membuatkan kehidupan harian saya berharga ketika di zaman muda dahulu.

"Saya dibesarkan di antara luka dan ketika baru meraih sukses. Saya tak pernah berasa bangga dengan hasil kerja saya. Malah masih lagi tidak tahu ke mana arah tuju hidup saya," katanya.

Ketika Depp berusia 15 tahun, kedua-dua ibu bapanya telah bercerai dan akibat penceraian itu Depp seolah-olah tidak tahu pengertian hidup sehingga pernah melakukan tindakan yang berbahaya untuk mengatasi rasa hampanya.

"Memang pada ketika itu jiwa saya kosong. Saya marah dan kecewa sehinggalah apabila saya sudah berkeluarga dan anak pertama lahir," tuturnya.

ITKing Rai 82 Pelajar Tamat Kursus Komputer

Posted: 09 May 2012 08:22 PM PDT

Para pelajar bergambar bersama sijil tamat kursus masing-masing.

KIRA-kira 82 pelajar yang berjaya menamatkan kursus ITKing Foundation, ITKingCertificate and Microsoft Office Specialist dari Pusat Latihan Komputer ITKing cawangan Perak diraikan dalam satu majlis di Ipoh City and Country Club pada 28 April lalu.

Sijil kursus tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan ITKing Education Franchise Sdn Bhd, Lee Yew Kein pada majlis graduasi yang julung kali diadakan itu.

Lee berkata, para pelajar perlu melangkah ke hadapan berbekalkan semangat, harapan dan keyakinan yang tinggi.

Sijil yang disampaikan kepada para peserta yang berjaya menamatkan kursus.

"Tiada siapa yang boleh menyekat impian anda. Anda harus yakin dengan keupayaan diri untuk mengharungi segala cabaran yang mendatang," katanya.

Menurut Lee, walaupun kebanyakan para pelajar yang menyertai kursus itu berusia di antara sembilan hingga 18 tahun, mereka didedahkan dengan beberapa latihan seperti reka bentuk grafik, animasi, pengaturcaraan dan reka bentuk laman web selama dua tahun.

Sijil yang dianugerahkan kepada pelajar terbaik ITKing.

Pada majlis itu, Anugerah Pelajar Terbaik dimenangi oleh Yap ZhiHao dan Steve Yong Chin Choy.

Pihak pengurusan Pusat Latihan Komputer ITKing.

Pusat Latihan Komputer ITKing yang ditubuhkan pada 2009 mempunyai enam cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor serta tiga lagi di Ipoh, Perak.

GRO snuker

Posted: 09 May 2012 08:21 PM PDT

TAHAN...GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.
TAHAN...GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.

KLANG: Pakej snuker GRO. Itu tarikan istimewa sebuah premis berselindung di sebalik papan tanda kononnya beroperasi sebagai kafe di Bandar Botanic, di sini, yang menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) untuk hiburan pelanggan di samping bermain snuker.

Tarikan itu menyebabkan premis berkenaan menjadi tumpuan pengunjung lelaki hidung belang untuk berhibur dengan wanita GRO yang kebanyakannya warga asing.


Bagaimanapun, taktik itu terbongkar apabila premis itu diserbu dalam Ops Noda oleh sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bermula jam 11.45 malam, kelmarin.

Ketua operasi, Inspektor Othman Mahat ketika ditemui di lokasi selepas serbuan itu berkata, 12 GRO warga asing ditahan.


"Sembilan daripada GRO yang ditahan itu warga Vietnam manakala tiga lagi warga Thailand yang berumur 25 hingga 37 tahun.


"Ops Noda ini dilaksanakan selepas risikan dibuat selain aduan awam. Kami dapati premis itu sudah beroperasi lebih kurang empat bulan.

"Kami sudah membuat intipan ke atas premis ini selama empat hari untuk mengenal pasti pekerja dan pelanggan kelab itu sebelum menyerbu premis terbabit," katanya.


Menurutnya, pemeriksaan terhadap GRO itu mendapati semua mereka masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan dan tidak mempunyai pasport. Turut ditahan ialah seorang lelaki dipercayai penjaga premis itu, warga tempatan berumur 35 tahun.

"Dalam operasi itu juga, lebih 30 pelanggan berumur 22 hingga 55 tahun yang melanggan GRO dalam premis itu ditahan sementara untuk diambil keterangan.


"Semua GRO dan penjaga premis yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut," katanya.


Othman berkata, semua GRO itu disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.


"Penjaga premis itu pula disiasat mengikut Seksyen 55 (b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995 Pindaan 1998, 2001 kerana menjalankan aktiviti perniagaan hiburan tanpa lesen daripada pihak berkuasa," katanya.

Garapan tiga pereka

Posted: 09 May 2012 08:20 PM PDT

UNIK...keunikan terserlah bukan saja menerusi solekan tetapi konsep dandanan ditampilkan.
UNIK...keunikan terserlah bukan saja menerusi solekan tetapi konsep dandanan ditampilkan.

KREATIVITI melangkaui batasan zaman dan juga masa. Kreativiti juga menjadikan seseorang itu berada di dalam dunia sendiri bagi menghasilkan apa yang dinamakan inovasi lantas dipersembahkan dalam interpretasi berbeza.

Walaupun sukar diterima akal, gabungan kreativiti dan khayalan ini mampu menjadikan seorang pereka lebih dinamik, inovatif dan paling penting mendahului zaman. Setiap rekaan pasti menggambarkan inspirasi pendandan yang diterjemahkan menerusi model di pentas utama.

  • Foto

    MODEN... Winnie memberikan sentuhan segar untuk gaya feminin.

  • Foto

    MASA DEPAN... kreativiti gaya masa depan inspirasi daripada pendandan Joe T.

  • Foto

    RINGKAS... dandanan ringkas namun menyerlah menerusi teknik solekan dan pakaian ditampilkan.

  • Foto

    FEMININ... tampil ringkas gambaran wanita feminin ilham Winnie.

  • Foto

    BERBEZA...penggunaan pakaian serta elemen bebola pada rambut memberikan sentuhan berbeza.

Selepas tiga dekad berada kukuh dalam industri dandanan di Malaysia, salun terkenal A Cut Above menyambut ulang tahun ke-33 penubuhannya dengan menampilkan pertunjukan gaya rambut bertemakan parti vouge chic di pusat beli-belah Midvalley baru-baru ini bersempena Minggu Fesyen Midvalley 2012.

Persembahan hebat hasil garapan tiga pendandan terkenal bertemakan tiga segmen iaitu glamor, 20-an sehingga 40-an serta koleksi avant-garde.


Membuka tirai himpunan kreatif, pendandan Joe T tampil dengan idea tersendiri menerusi konsep dandanan masa depan. Selain penggunaan solekan pada mata dan bibir, dandanan rambut membawakan kesan berbeza menerusi potongan yang unik dan tersendiri.


Faevien Yee pula tampil dengan gaya angkasa lepas yang memberikan gambaran terhadap konsep dandanan masa depan. Walaupun nampak unik dan sukar diadaptasi, ia hanyalah rekaan semata-mata berdasarkan kaca mata pereka. Apa yang pasti, penghasilan setiap gaya memberikan sentuhan berbeza serta menjadi inspirasi kepada konsep dandanan akan datang.

Menggunakan elemen kayu, ranting, bebola dan jaringan benang bersama alunan muzik Avatar serta model berpakaian konsep yang sama, penonton seakan dibawa meneroka zaman angkasa sekali gus memberikan daya inovasi tinggi dalam penciptaan gaya rambut.

Walaupun nampak pelik dan adakala menakutkan, konsep diketengahkan berjaya membawakan elemen terkini dalam seni dandanan rambut. Rekaan Yee turut dipersembahkan ketika pertunjukan fesyen Mercedes Benz Stylo Fashion Grand Prix 2012 lalu.

Winnie Loo pula tampil dengan tema lebih nyata dan sesuai untuk persekitaran hari ini. Berkonsepkan gaya moden dengan pemilihan warna rambut untuk gaya masa hadapan, sama ada panjang atau pendek, Winnie memberikan menampilkan keunikan menerusi kekemasan serta potongan segar yang boleh diterima ramai.

Sentuhan funky menjadi pilihan barisan model diterajui Amber Chia di bawah latihan akademi miliknya. Majlis diserikan dengan kehadiran Ratu Malaysia Universe, Andrea Fonseka serta beberapa selebriti yang lain.

Tawar isteri rakan untuk dimakan

Posted: 09 May 2012 08:18 PM PDT

RUDEL...bekas penjenayah.
RUDEL...bekas penjenayah.

LONDON: Seorang ahli politik sadis menawarkan isteri dan anak rakannya untuk dimakan menyelamatkan rakannya daripada berdepan dengan kes perceraian yang rumit.

Hans Ulrich Rudel, 53, yang didapati bersalah kerana membunuh, dituduh menyiarkan iklan dengan menggunakan nama wanita itu dan anak perempuannya berusia 12 tahun.


Dia menulis dalam iklan itu: "Mencari orang yang tegas dan berpengalaman atau sadis yang boleh mengubah menjadi haiwan tanpa kerelaan sendiri." Kandungan iklan itu seterusnya berbunyi: "Juga berminat untuk menemui lelaki yang bersedia untuk menyembelih dan 'dolce' serta suka untuk memanggang kami pada pencucuk." Rudel didakwa menyiarkan iklan itu menerusi Internet untuk membantu rakannya, anggota polis, Peter Joachim, 50, yang berdepan dengan kes perceraian bersama isteri, Patricia, 27.

Rudel yang menggunakan nama Marquis el Diablo di kelab S&M miliknya, memberitahu polis: "Saya berharap Patricia akan hilang dari radar dan Joachim mendapat hak memelihara anak mereka." Rudel yang berasal dari Winterthur, Switzerland, kemudian memberitahu polis, 'dolce', yang bererti makanan pembasuh mulut dalam bahasa Itali, adalah perkataan yang digunakannya untuk kegiatan kanibal.


Dia ditahan selepas seorang ejen polis menjadi seorang daripada 20 orang yang memberi reaksi terhadap iklannya.


Rudel ditahan pada 2010 kerana disyaki menyebabkan satu pembunuhan.

Joachim yang mengasaskan cawangan tempatan untuk Parti Konservatif Switzerland, BDP, bersama-sama Rudel, ditahan berhubung iklan itu dan dipenjara selama beberapa minggu sebelum polis menyedari dia tidak tahu menahu mengenai rancangan jahat itu.


Rudel yang bekerja di pejabat perancang bandar memberitahu polis, dia memasukkan iklan itu dengan harapan ada orang yang akan membunuh Patricia.

Katanya, dia yakin wanita itu akan terdorong untuk menyertai permainan seks sadis tanpa menyedari ia akan menyebabkan kematiannya.


"Saya berharap Patricia akan diambil oleh seorang penyembelih dan tidak muncul lagi.' Rudel yang akan dibicarakan hari ini, sudah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun kerana terbabit dalam pembunuhan ritual seorang wanita muda pada 1998.


Dia menembak mangsa sebelum memaku mayat itu pada dahan pokok.


Kes itu dijangka mendedahkan lebih banyak fantasi kanibal di Eropah yang mula terbongkar pada perbicaraan kanibal Jerman, Armin Meiwes pada 2003.

Bahagia hidup dikelilingi anak

Posted: 09 May 2012 08:17 PM PDT

Anak-anak penghibur Jusmiera pada setiap masa.

SESUNGGUHNYA darjat seorang ibu amat tinggi. Pengorbanan yang dicurahkan untuk anak tidak pernah diminta balasan walaupun jiwa dan raga menderita. Apa yang diharapkan ialah kebahagiaan anak dunia dan akhirat.

Justeru bait-bait lagu Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga memang amat bertepatan sekali. Ia menggambarkan bagaimana besarnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak walaupun ada anak yang tidak dapat 'melihat' kasih ibu terhadap mereka.

Bagi segelintir manusia yang bergelar anak mungkin hanya menyedari kasih ibu setelah mereka sendiri menjadi seorang ibu. Di kala itu, terbayang di fikiran seperti sebuah lakon layar apa yang pernah dilakukan oleh ibu kepada mereka.

Sempena Hari Ibu kali ini, Mega berkongsi pengalaman beberapa fasa kehidupan sebagai seorang ibu bersama peragawati Jusmiera Jamaluddin, 35.

Bertemu dengan Jusmiera di kediamannya, baru-baru ini, beliau baharu sahaja genap dua bulan melahirkan bayi kembar lelaki yang merupakan anak ke empat dan ke limanya. Bayi kembar itu merupakan hasil perkahwinan kedua bersama suaminya, Dr. Mohamed Faizal Anwar, seorang pakar bedah plastik di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Tareeq Zaffar dan Tareeq Zayyad, dua bulan, dilahirkan melalui pembedahan caesarean semasa kandungan Jusmiera berusia lapan bulan.

"Doktor memberitahu saya terpaksa bersalin awal, iaitu semasa kandungan berusia lapan bulan kerana kedudukan uri di bawah dan berlaku pendarahan sejak awal kehamilan lagi. Kedua-dua bayi juga besar dan saya dinasihatkan supaya bersalin melalui pembedahan.

"Lucu juga apabila bersalin melalui pembedahan ini kerana kita boleh memilih tarikh yang dikehendaki. Selain itu keadaan fizikal kita tidak dalam kesakitan.

"Malah pada hari yang sama, saya telah menelefon Kak Sherry (pendandan rambut yang juga kenalan lama) supaya datang ke rumah untuk mendandan rambut saya.

"Di hospital, saya dan suami teruja sangat hendak melihat anak kembar kami. Suami turut masuk ke dalam bilik bersalin untuk merakamkan video proses pembedahan tersebut. Saya turut dapat melihat bayi-bayi saya dikeluarkan daripada rahim kerana diberikan bius separuh.

"Tareeq Zaffar lahir dahulu dan seminit kemudian Tareeq Zayyad pula menyusul. Syukur tidak terkata kerana kedua-duanya sihat. Tareeq Zaffar seberat tiga kilo setengah manakala Tareeq Zayyad dua kilo setengah,'' ujar Jusmiera yang merasai pengalaman melahirkan anak semula setelah anak keduanya berumur 13 tahun.

Menurut Jusmiera, pengalaman pertamanya melahirkan anak adalah semasa berumur 21 tahun, iaitu usia yang masih muda.

Kelahiran secara normal anak sulungnya, Natasha Amiera, kini 14 tahun diikuti dengan Neesya Irdina Sofea, dua tahun kemudian.

Katanya, memang banyak bezanya proses bersalin anak pertama, kedua dan sekarang. Bersalin secara normal menuntut banyak kesabaran kerana perlu menanggung kesakitan yang lama.

Mempunyai dua orang anak pada usia yang masih muda dan menjadi ibu tunggal semasa Natasha berumur tiga tahun dan Sofea setahun, Jusmiera banyak dibantu oleh ibunya untuk membesarkan kedua-dua anaknya itu.

Kini Natasha dan Sofea meningkat remaja dan Jusmiera dianugerahkan cahaya mata lagi malah anak kembar lelaki pula. Oleh kerana seronok mendapat bayi semula setelah anak-anak membesar, Jusmiera seperti 'tamak' kerana hendak menjaga sendiri kedua-duanya.

"Saya hendak menjaga sendiri anak-anak dan tidak mahu serahkan kepada pembantu atau emak yang menjaga saya sepenuhnya semasa berpantang. Bagaimanapun kerana tidak cukup rehat maka saya terpaksa menyerahkan seorang untuk dijaga emak pada waktu malam.

"Esok malamnya, saya ambil bayi yang emak jaga dan minta mak jaga bayi yang seorang lagi. Jadi saya dapat menjaga bayi-bayi saya secara bergilir-gilir dan memberikan sepenuh perhatian kepada mereka.

"Walaupun bersalin secara pembedahan dan bagi sesetengah wanita, tidak perlu terlalu mengikut tempoh berpantang, namun saya tetap mahu berpantang apatah lagi suami banyak menggalakkan.

"Walaupun suami seorang doktor, dia memberikan sepenuh sokongan untuk saya berpantang. Dia percaya kepada proses berpantang secara tradisional kerana mahu saya dan anak-anak turut sihat.

"Daripada segi pemakanan, saya amalkan makan sup ayam kampung, ikan panggang, daging tanpa lemak yang digoreng dengan lada hitam, hati goreng lada hitam dan minum air halia. Ais langsung tak ambil. Urutan pula selama 40 hari. Setiap hari saya mandi air yang dicampur daun-daun herba bagi menyegarkan badan,'' jelas Jusmiera yang berazam untuk mengurangkan berat badannya sehingga 55 kilogram daripada 70 kilogram sekarang.

Ambil anak angkat

Jusmiera yang aktif dalam bidang peragawati dan pernah menjadi pengacara untuk beberapa rancangan televisyen seperti 3 hari 2 malam, Herba Secret, Kediaman Idaman, Bergaya dan Pesona menambah, walaupun telah mempunyai cahaya mata sendiri, namun beliau telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang kini telah berusia dua tahun dan dinamakan Abbas Ryan.

Kata Jusmiera, beliau tidak pernah terfikir untuk mengambil anak angkat kerana telah mempunyai anak sendiri.

Namun apabila adiknya bertanya jika beliau hendakkan seorang bayi untuk dijadikan anak angkat, beliau tidak mampu menolak apalagi setelah mengendong bayi tersebut.

Menurutnya, naluri seorang ibu deras mengalir dalam jiwanya dan terpaut kasih sayang antaranya dengan Abbas. Beliau lantas bersetuju untuk mengambil Abbas sebagai anak angkat dan kanak-kanak itu memang bertuah kerana mendapat sepenuh kasih sayang daripada Jusmiera, suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

"Saya banyak praktis menjaga bayi daripada Abbas kerana saya mengambilnya semasa dia berumur tujuh hari. Dia mudah dijaga dan tidak banyak memberikan masalah,'' jelas Jusmiera.

Mila hampir dinoda pengkid

Posted: 09 May 2012 08:16 PM PDT

WALAUPUN Mila, 21, (bukan nama sebenar) seorang gadis biasa dan normal, tetapi dia tidak kisah bergaul dan berkawan rapat dengan kawan sekuliahnya yang bergelar pengkid.

Dia mula mengenali pengkid dan berkawan rapat dengan golongan itu ketika memulakan pengajian tahun satu di sebuah politeknik di utara tanah air. Pergaulan dengan mereka itu langsung tidak mengubah perwatakannya sebagai seorang gadis sunti.

Malah ujarnya, niat berkawan itu pada mulanya adalah untuk membawa mereka kembali ke pangkal jalan. Tetapi dia tidak mampu melakukannya kerana banyak perkara negatif berbanding positif yang golongan itu lakukan.

Mengimbas kembali peristiwa dia cuba dinoda oleh pengkid iaitu Mel (bukan nama sebenar), 23, iaitu senior kepada kawan sebiliknya adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan sehingga hari ini.

"Saat mula berkenalan dengannya, saya tahu dia seorang pengkid. Tetapi tidak menyangka dia ada menyimpan perasaan terhadap saya.

"Namun, lama kelamaan saya dapat menghidunya kerana dia sering mengambil berat dan mengetahui semua perkara yang saya lakukan setiap hari.

"Dia pernah meminta nombor telefon tetapi saya enggan memberinya sehinggalah dia bertindak mencurinya daripada teman sebilik," kata Mila.

Jelasnya pada pagi itu, rakan sebiliknya yang juga sahabat baik kepada Mel mempunyai kelas pada sesi pagi.

"Kerana menyedari saya tinggal berseorangan ketika itu, Mel telah mengambil kesempatan memasuki bilik saya dan berpura-pura ingin bersembang pada awalnya.

"Pada mulanya saya melayan sahaja kerenahnya. Tetapi saya dapat mengetahui niatnya yang sebenar melalui cara pandangannya.

"Kebetulan ketika itu, saya baru siap mandi dan berpakaian agak menggairahkan menyebabkan nafsunya tidak terkawal lantas menyerbu dan bertindak memeluk saya dari arah hadapan," katanya.

Tambah Mila, dalam keadaan terkejut dia tidak mampu melakukan apa-apa tindakan sehinggalah apabila dia mendapat kekuatan bertindak menendang dan memukul Mel.

"Mel sempat meninggalkan kesan gigitan cinta pada leher. Selepas itu saya memarahinya kerana tidak dapat menerima keadaan ini dan dia bertindak mencuri kad metrik sebagai cara untuk berjumpa lagi dengan saya.

"Sebenarnya golongan ini walaupun nampak seperti lelaki pada dasarnya jiwa mereka sangat lembut dan sensitif.

"Kejadian itu tidak diketahui oleh sesiapa sehinggalah gigitan cinta pada bahagian bawah leher itu telah dilihat oleh seorang lagi rakan pengkid iaitu Mona (bukan nama sebenar), 22, ketika dia berkunjung ke bilik saya," katanya.

Namun, Mila tidak menyangka bahawa selepas itu Mona bertindak menemui Mel dan memarahinya kerana kejadian tersebut.

"Sehingga sampai pada satu tahap mereka bergaduh dan saling berbalah disebabkan masing-masing mempunyai perasaan kepada saya.

"Selepas kejadian itu, baru saya sedar, Mel iaitu sahabat baik saya sendiri juga menyimpan perasaan kepada saya," katanya.

Jelasnya lagi, selepas kejadian itu, Mel telah meluahkan perasaan sayang dan cintanya namun Mila tidak boleh menerima dan memberitahunya secara elok.

"Dia tidak dapat menerima keadaan itu dan sebagai tanda memprotes terhadap rasa kekecewaannya, dia telah mula merokok dan mengambil minuman keras.

"Pernah saya menasihatinya untuk kembali berubah kerana sayang dengan persahabatan yang terjalin di antara kami. Tetapi dia tidak menghiraukannya," katanya.

Jelas Mila lagi, selepas kejadian itu, hubungan mereka semakin renggang dan jika bertemu di kampus sekalipun mereka tidak lagi bertegur antara satu sama lain.

Mila berkata, walaupun rakan sekuliah memandang serong kepadanya kerana pernah berkawan dengan pengkid tetapi dirinya tidak terkilan dan sedih.

"Walaupun hubungan saya dan Mel tidak seperti dahulu, saya berdoa agar dia boleh berubah dan menjalankan hidup seperti wanita normal," katanya.

Mengekalkan ereksi

Posted: 09 May 2012 08:14 PM PDT

KEPUASAN hubungan seksual bagi kedua-dua pasangan suami dan isteri adalah perlu bagi keharmonian rumah tangga. - Gambar hiasan.

Kepuasan dalam hubungan intim antara suami isteri antara faktor penting dalam mencapai kebahagiaan rumah tangga.

Bayangkan bagaimana perasaan suami apabila isteri yang diajak untuk melakukan hubungan asmara menolak dengan alasan tidak mendapat kepuasan ketika berhubungan.

Dilema ini bukan sahaja menyebabkan timbul rasa bersalah pada suami kerana tidak dapat memberi kepuasan kepada isteri, tetapi turut memberi kesan psikologi dan menjejaskan aktiviti seksual mereka.

Masalahnya, penyakit lain seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis boleh dibincangkan secara terbuka.

Tetapi apabila ia berkaitan masalah seks, ramai yang hanya memendam rasa.

Mungkin ia disebabkan kurang kesedaran atau ego dan rasa malu menyebabkan ia jarang diperkatakan.

Hakikatnya ramai daripada lelaki Malaysia berada dalam situasi kemurungan kerana memilih untuk berdiam diri apabila mengalami masalah mati pucuk atau kegagalan zakar untuk tegang (ED).

Bagi seorang lelaki, untuk membicarakan soal yang membabitkan alat sulit dan aktiviti seksual mereka tentu dianggap sebagai sesuatu yang amat mengaibkan.

Apatah lagi apabila membicarakan soal kegagalan mereka untuk memberikan kepuasan kepada pasangan secara terbuka.

Perunding Klinik Psikologi, Paul Jambunathan berkata, bagi pasangan Asia, mereka mengakui bahawa kualiti regangan dan kebolehan untuk mengekalkan ketegangan adalah kriteria penting dalam mencapai pengalaman seks yang ideal dengan mengukur berdasarkan Skala Ketegangan Ereksi atau EHS (Erection Hardness Scale).

"Kajian yang dijalankan oleh Asia Paciffic Health and Overall Wellness 2009 mendapati 24 peratus daripada lelaki di Asia menilai ketegangan mereka pada gred 3 EHS, manakala 44 peratus pula hanya mencapai eraksi pada tahap (1-3 EHS).

"Selain itu, 91 peratus lelaki mencapai tahap ereksi yang sederhana ketika melakukan hubungan intim dan ingin meningkatkan kualiti mereka bersama pasangan ketika di ranjang," katanya.

Katanya, lelaki yang mengalami situasi sedemikian perlu lebih terbuka untuk berbincang dan berkomunikasi dengan pasangan mengenai masalah yang dihadapi supaya kedua-dua pihak mendapat kepuasan dalam hubungan .

"Cari masa dan tempat yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan mengenai masalah tersebut. Pasangan pula perlu memahami dan membantu suami untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Hubungan seksual yang dapat memberi kepuasan pada kedua-dua pihak adalah faktor penyumbang kepada keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga mereka," katanya.

Tambahnya, seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual.

Sebaliknya mereka akan berasa bersalah dan malu kerana tidak dapat memuaskan isteri.

"Sebenarnya, dalam situasi ini, sekiranya setiap pasangan memenuhi keinginan seks, mereka akan rasa lebih disayangi.

"Tetapi perlu diingatkan usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ketegangan zakar. Malah selagi pasangan sihat anda akan merasai kepuasan seks. Tidak kira tua atau muda. Semua mereka mampu tegang sekiranya tiada gangguan pada zakar," katanya.

Ujarnya, lelaki yang mempunyai masalah ED tidak perlu malu berjumpa dengan doktor bagi mengadu masalah tersebut.

"Walaupun mereka terpaksa menebalkan muka mengadu masalah yang dihadapi, sekurang-kurangnya cara itu membantu meringankan beban yang ditanggung.

"Berbanding jika terus dipendam dan membiarkannya tanpa mencari sebarang rawatan ditakuti menjejaskan hubungan dan kebahagiaan dalam rumah tangga," katanya.

Beliau berkata, mereka yang mengalami masalah ED juga berpotensi untuk menghidap masalah jantung.

LZS rai ejen kutipan zakat

Posted: 09 May 2012 08:13 PM PDT

Mohamed Tamyes Abdul Wahid (berjubah hitam tengah) bergambar dengan ejen-ejen zakat sempena Malam Sejuta Rahmat di Shah Alam baru-baru ini.

Peristiwa
LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) meraikan 100 ejen kutipan zakat pada majlis makan malam Malam Sejuta Rahmat yang diadakan di Hotel De Palma Inn, Shah Alam, baru-baru ini.

Majlis makan malam tersebut merupakan program tahunan yang diadakan khusus untuk meraikan ejen-ejen kutipan zakat terdiri daripada syarikat swasta, pusat pengajian tinggi, firma audit, bank perdagangan dan ejen percukaian.

Menurut Mufti Selangor, Datuk Setia Mohamed Tamyes Abdul Wahid, LZS sentiasa menghargai segala sumbangan setiap ejen kutipan zakat yang dilantik kerana mereka merupakan rantaian yang dapat memperkasakan kutipan zakat di negeri itu.

"Pada tahun lepas pihak LZS berjaya mengutip RM373.5 juta wang zakat. Kita berharap dengan kerjasama erat dan usaha semua pihak termasuk ejen-ejen yang dilantik, kita mampu mengutip zakat sebanyak RM450 juta tahun ini.

"Lagi tinggi kutipan zakat, lagi banyak rahmat untuk umat Islam terutama golongan asnaf yang amat memerlukan agihan bantuan zakat,"' katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Pada majlis tersebut, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) diberikan anugerah peratus prestasi kutipan terbaik bagi kategori bayaran zakat skim potongan gaji.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula merangkul anugerah prestasi kutipan terbaik bagi kategori ejen penolong amil institusi pengajian tinggi (IPT).

Majlis yang bertemakan konsep 1,001 malam itu dimeriahkan dengan persembahan nasyid oleh anak-anak yatim Asrama Baitul Hasanah LZS, Kampung Perepat.

Para hadirin turut dijamu dengan santapan rohani dan minda oleh penceramah popular Ustaz Ghazali Ibrahim yang menyampaikan ceramah bertajuk Tujuh Petala Langit.

Mesej positif dalam buku animasi

Posted: 09 May 2012 08:11 PM PDT

walaupun mendapat saingan hebat daripada media baru, PBAKL 2012 yang berlangsung di PWTC, baru-baru ini tetap mendapat sambutan hebat daripada semua lapisan masyarakat.

Ragam & pengajaran

BUKU animasi atau komik sering kali disalah anggap sebagai bahan bacaan yang kurang berfaedah dan sia-sia.

Malah, terdapat sebahagian daripada masyarakat yang menganggap ia perosak minda dan peribadi pembaca kerana kononnya penuh dengan elemen negatif seperti keganasan, seks dan sebagainya.

Tetapi realitinya buku animasi termasuk dari luar memang menjadi kegilaan remaja dan kanak-kanak.

Malah bukan semua buku dan majalah dalam kategori itu mempunyai unsur nagatif.

Persepsi sedemikian perlu diubah dalam minda ibu bapa. Ini kerana tinjauan Mega, Utusan Malaysia di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012, yang baru berlalu mendapati buku animasi kartun seperti komik telah menjadi fenomena pengeluar buku untuk menyampaikan mesej positif kepada golongan kanak-kanak.

Ternyata kaedah itu berkesan apabila buku komik dan animasi semakin popular dalam kalangan kanak-kanak dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa.

Banyak syarikat penerbitan pula mula berlumba-lumba mengambil peluang untuk menerbitkan komik sebagai bahan bacaan sampingan dan pengganti kepada buku rujukan tambahan di sekolah.

Pengerusi Eksekutif Ameen Books, Che Mazlan Saad berkata, selain memupuk minat kanak-kanak membaca, buku berunsur animasi juga mampu membina minda kritis dan kreatif kepada golongan sasar.

"Seperti kita tahu, pada usia kanak-kanak, golongan ini sangat sukakan sesuatu yang cantik dan ringkas, seperti lukisan bergambar, berwarna-warni dan tidak terlalu padat dengan tulisan.

"Jadi, apa salahnya kita mengambil pendekatan yang menarik perhatian mereka ini dengan menerbitkan buku dan bahan bacaan yang mampu merangsang tumbesaran minda kanak-kanak.

"Secara tidak langsung, melalui kaedah ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, mesej yang disampaikan dengan cara animasi kreatif ini mampu menjana pemikiran kanak-kanak agar lebih kritis dan kreatif," katanya.

Mazlan berkata, melihat kepada keberkesanan daripada kaedah itu, pihaknya telah menerbitkan beberapa jilid buku pendidikan untuk dijadikan buku teks dan rujukan tambahan ke peringkat sekolah.

"Buku berwajah kreatif dengan susunan ceria dan menarik perhatian ini merupakan satu keperluan kepada ibu bapa dan guru.

"Ini bagi memudahkan ibu bapa serta guru menggalakkan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak.

"Oleh itu, Ameen Books juga kini telah menerbitkan beberapa jilid buku pendidikan dengan pakej animasi untuk keperluan bahan sokongan dan teks kepada murid di sekolah," ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Jualan Aras Mega Sdn. Bhd., Ahmad Saparudin Yusup berkata, minat membaca sangat penting untuk dipupuk bermula daripada usia muda.

Oleh itu, syarikatnya menumpukan penerbitan dan jualan buku khusus untuk kanak-kanak.

"Seperti kata pepatah, melentur buluh biar daripada rebungnya. Kami di Aras Mega lebih memberi tumpuan kepada penerbitan dan jualan buku-buku khusus kepada kanak-kanak.

"Seperti pepatah tersebut, apabila kita dapat memupuk minat membaca bermula dari kanak-kanak maka ia akan menjadi tabiat sehingga ke dewasa.

"Caranya adalah dengan menerbitkan buku-buku yang merangsang minat mereka.

"Buku yang penuh dengan gambar dan lukisan menarik. Manakala, buku yang paling baik adalah buku yang mampu membawa minda pembaca iaitu kanak-kanak tersebut menyelami diri mereka sebagai watak dalam buku tersebut," jelasnya.

Tambahnya, bukan semua kanak-kanak suka membaca. Ini yang menjadi masalah dan cabaran kepada ibu bapa untuk mendidik serta memupuk sikap suka membaca kepada kanak-kanak.

"Boleh dikatakan hampir semua kanak-kanak tidak suka membaca.

"Lebih-lebih lagi buku yang penuh dengan teks. Ini kerana pada usia itu mereka lebih gemar bermain bersama rakan-rakan atau menghabiskan masa dengan permainan video moden yang mempunyai pelbagai permainan.

"Justeru ibu bapa perlu bijak mengambil langkah mengatasi situasi tersebut dengan memilih bahan bacaan yang sesuai dengan kesukaan anak masing-masing," katanya.

Bagaimanapun katanya, selain buku untuk kanak-kanak pihaknya turut menerbitkan dan memasarkan buku kepada semua golongan masyarakat seperti novel dan juga rujukan pelajar institusi pengajian tinggi.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Sarjana Media Sdn. Bhd., Tajudin Senafi berkata, melalui pelbagai kaedah penyampaian dan tarikan baru yang digunakan dalam penerbitan buku menjadikan tahap penggemar buku dalam kalangan masyarakat semakin meningkat saban tahun.

"Sepanjang beberapa hari pesta buku ini diadakan saya dapati sambutan yang diberikan oleh orang ramai sangat mengkagumkan.

"Pelanggan sentiasa ramai dan berpusu-pusu mengunjungi setiap gerai buku yang ada di sini.

"Kesimpulan yang boleh kita buat di sini adalah, dari tahun ke tahun masyarakat semakin sedar mengenai kepentingan membaca buku.

"Walaupun mendapat saingan daripada pelbagai media elektronik yang lain seperti Internet, industri pencetakan buku masih mempunyai masa depan cerah.

"Ini juga kerana evolusi yang dilakukan dalam penerbitan buku yang sentiasa peka dengan keperluan dan permintaan golongan sasar," katanya.

Tajudin berkata, pesta buku memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan buku yang digemari dengan potongan harga yang tinggi sehingga mencecah 70 peratus.

Orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan koleksi buku-buku lama yang telah diterbitkan sekiranya terlepas mendapatkan keluaran sebelum ini.

Selain itu katanya, pesta buku ini mengumpulkan pelbagai jenis buku istimewa yang sukar diperoleh di pasaran, seperti buku yang diimport dari luar negara dan diterjemahkan dalam bahasa Malaysia.

OHB lambang ibu berdikari

Posted: 09 May 2012 08:11 PM PDT

BERSAMA duta OHB, Amirah Filzah dan Auroro.

DI mana ada kemahuan di situ ada jalan. Itu yang dibuktikan oleh Norlela Nasir, 30, apabila dia nekad terjun dalam dunia fesyen. Walaupun dia tidak ada ilmu formal dalam bidang itu, tetapi atas dasar yakin dengan kemampuan diri sendiri dia berjaya

Niat Norlela tidak lain supaya dapat mengubah nasib diri dan anaknya ke arah yang lebih baik.

Gelaran ibu tunggal bukan pelemah semangat malah pemangkin atas kejayaan yang diperolehinya kini.

Wanita yang berasal dari Johor Bahru itu meniti satu persatu kejayaan dalam industri fesyen yang amat dekat di hatinya semenjak belajar di tahun akhir di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lagi.

"Saya sudah mula berkecimpung dalam dunia fesyen dan butik dengan bekerja sambilan. Selepas habis praktikal, saya terus bekerja sepenuh masa dengan salah sebuah butik bertaraf antarabangsa di Mid Valley. Walaupun bidang pelajaran saya jauh berbeza, minat yang sangat mendalam membuatkan saya terus ingin mendalami bidang ini.

"Pada tahun 2009, saya mendapat idea untuk menjual tudung secara online selepas saya sendiri mula memakai tudung. Dengan sedikit kemahiran komputer dan pengalaman dalam bidang fesyen, saya menubuhkan OHB (OnlineHijab) pada tahun 2009.

"Alhamdulillah setelah memastikan perniagaan benar-benar kukuh akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuka butik sendiri yang terletak di Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur," ujar Norlela yang ditemui di Studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sejak bergelar usahawan, Norlela mengakui banyak kepuasan yang diperolehinya dan yang paling menggembirakan hatinya ialah apabila melihat lebih ramai Muslimah 'berhijrah' untuk memakai hijab.

Dari sudut keusahawanan pula, Norlela berkata, kepuasan bekerja sendiri adalah jauh berbeza dengan makan gaji kerana dapat mengembangkan banyak idea di samping mengemudi organisasi di bawah pimpinan sendiri.

"Saya sangat sukakan manik, saya banyak mendapat inspirasi rekaan dari Asia Barat dan saya gabungkan dengan sulaman manik ala ketimuran. Saya tidak suka menjual sesuatu rekaan yang sama dengan orang lain, justeru itu saya lebih suka menghasilkan rekaan yang lain dari yang lain.

"OHB merupakan butik tudung dan jubah secara online dan offline, maknanya sekiranya pelanggan berada diluar Kuala Lumpur atau Selengor, mereka boleh membeli secara online dan bagi mereka yang berdekatan boleh datang terus ke butik di Hartamas.

"Kami mempunyai koleksi Zayna, Salsabeel dan Inas yang merangkumi untuk golongan remaja hinggalah ke golongan wanita berkeluarga. Satu lagi keistimewaan butik ini ialah mempamerkan secara eksklusif koleksi rekaan Yasalma di satu sudut di butik kami khas untuk peminat-peminat pereka baju Muslimah itu," jelasnya.

Sopan untuk si anggun

Posted: 09 May 2012 08:10 PM PDT

Dres berlengan kembang elegan digayakan ke majlis malam.

PAKAIAN yang sopan namun masih nampak bergaya menjadi pilihan ramai wanita. Baik yang bertudung mahupun yang tidak bertudung.

Bagi yang bertudung, fesyen yang sesuai dengan mereka sebenarnya tidak terbatas. Asalkan memenuhi ciri bagi seorang wanita Muslimah. Iaitu yang menutup aurat, tidak jarang dan tidak ketat.

Sama ada untuk ke pejabat, ke majlis, kasual atau acara glamor, banyak fesyen menarik tersedia untuk wanita Muslimah.

Selain pakaian, banyak tudung boleh disuaipadankan dengan pakaian yang digayakan. Tudung untuk ke pejabat sudah tentu berbeza dengan tudung yang digayakan ke majlis yang memerlukan anda nampak lebih glamor.

Keselesaan juga menjadi keutamaan kerana pakaian yang tidak selesa membuatkan si pemakai berasa serba tidak kena.

Justeru, fabrik yang dijamin selesa pasti menjadi pilihan kebanyakan pereka-pereka fesyen dan pengeluar pakaian.

Apa yang lebih menarik, fesyen Muslimah kini sentiasa up-to-date dan seiring dengan perkembangan fesyen semasa tanah air dan serantau. Si pemakai sudah pasti akan berbangga dan berkeyakinan apabila memakainya.

Kreativiti fabrik felt diminati

Posted: 09 May 2012 08:07 PM PDT

Siti Norfathiah tekun menyiapkan fabrik felt yang ditempah pelanggan.

HASIL seni menggunakan fabrik felt di Malaysia sudah menjadi satu trend yang menarik minat ramai remaja perempuan.

Barangan hasil seni kraf fabrik felt yang sangat comel dan berwarna-warni itu mampu menyuntik perasaan ceria kepada si pemakainya.

Salah seorang penggemar fabrik felt, Siti Norfathiah Md. Afandi, 25, telah menghasilkan kraf buatan tangan dengan kreativitinya sendiri.

"Saya mula menceburkan diri dalam pembuatan kraf ini sewaktu belajar subjek Ekonomi dan Perniagaan yang diwajibkan kepada semua pelajar untuk membuka gerai jualan di kampus secara berkumpulan.

"Atas sebab itu saya cuba beranikan diri membuat hasil kerja tangan untuk diletakkan di gerai jualan kami.

"Galakan daripada rakan-rakan dan keluarga memberi saya semangat untuk mencuba sesuatu yang baru. Alhamdulillah, hasil kerja saya mendapat sambutan yang agak memberangsangkan," jelasnya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pandan Dalam, Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Sejak dari itu, anak sulung daripada tiga beradik itu serius mengusahakan perniagaan secara online fabrik felt itu pada awal tahun 2011.

Melihat hasil kerjanya yang teliti dan halus di setiap jahitan, menunjukkan Siti Norfathiah sangat mementingkan kesempurnaan dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Pelbagai warna fabrik felt digunakan. Sama ada garang atau lembut. Kombinasi warna yang menarik dipadankan dengan penambahan perhiasan seperti butang, riben, manik dan lain-lain bagi mencantikkan lagi koleksi produk yang dihasilkan.

Antara barangan yang dihasilkannya ialah koleksi bantal, bingkai gambar, kerongsang, rantai kunci, bekas telefon atau iPad, penanda buku, klip rambut dan sebagainya.

Siti Norfathiah berkata, proses untuk menyiapkan sesuatu produk mengambil masa antara 15 hingga 30 minit.

"Jika saya tekun membuatnya, ia tidak mengambil masa yang lama untuk menjahitnya. Ditambah saat idea sedang mencurah-curah.

"Lagipun, proses untuk membuatnya pun ringkas selepas jahitan disiapkan, kemudian kelengkapan bagi perhiasan disediakan untuk menampal dilakukan dengan menggunakan gam pistol.

"Daya kreativiti diperlukan untuk membentuk corak dan bentuk yang diingini haruslah sempurna," jelasnya.

Menarik lagi, barangan perhiasan yang diguna pakai seperti butang dan hiasan lain dibeli terus dari negara China melalui bantuan rakannya.

Idea melahirkan barangan seni kraf fabrik felt itu adalah hasil ilhamnya tersendiri. Selain itu, dia juga memperolehi idea menerusi Internet.

"Pada masa yang sama, saya turut mendapatkan sedikit maklumat daripada pelanggan tentang apa bentuk hiasan yang mereka kehendaki," katanya.

Selain barangan fabrik felt, dia juga ada menjual pelbagai beg tangan, beg mekap, wanita dan lain-lain.

Mengenai perancangan pada masa depan, Siti Norfathiah ingin meluaskan lagi perniagaan tersebut dari masa ke semasa selain berkeinginan memiliki sebuah kedai sendiri suatu hari nanti.

"Emak yang banyak memberi galakkan dan membantu selain saya dapat menolong keluarga serba sedikit dari segi kewangan," ujarnya.

Tambah Siti Norfathiah, sempena Himpunan Sejuta Belia yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei ini, dia akan membuka gerai jualan di Lorong Seni, Putrajaya. Orang ramai dijemput hadir ke sana selain memeriahkan lagi Hari Belia Negara pada tahun ini.

Untuk melihat lebih banyak lagi koleksi yang dihasilkan oleh Siti Norfathiah boleh layari itsacrafttime.blogspot.com atau sertainya di laman www.facebook.com/Snf-Craft.

SMK Tun Perak kini dikenali SMK Agama

Posted: 09 May 2012 08:06 PM PDT

Pelajar SMK Tun Perak gembira selepas sekolah berkenaan dinaik taraf menjadi SMK Agama Tun Perak di Jasin, Melaka, semalam.

JASIN 8 Mei - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak di sini telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Perak.

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran, Abdullah Md. Din berkata, langkah itu dibuat sejak 8 Mac lalu menjadikan sekolah tersebut sebagai SMKA ke-57 di seluruh negara.

SMKA Tun Perak yang mula dibuka pada 1965 dengan nama asalnya SM Rendah Jasin mula menawarkan aliran agama bermula 1998 sehingga 2002.

"Bilangan sekolah yang memohon untuk menaik taraf SMK kepada SMKA memang banyak, namun permintaannya berbeza dengan sekolah aliran biasa.

"Ia bergantung kepada data sekolah rendah dan SMKA ini bergantung kepada cadangan dan kalau permintaan banyak, barulah usaha itu dibawa ke peringkat mesyuarat Kabinet," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis perisytiharan SMK Agama Tun Perak kepada SMKA di dewan sekolah tersebut di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Datuk Mohd. Yusoff Osman dan Pengetua, Muhd. Hairi Tamam.

Sementara itu, Mohd. Yusoff dalam ucapannya berkata, langkah menaik taraf itu menjadikan SMKA Tun Perak sebagai sekolah aliran agama ketiga terdapat di negeri ini selepas SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam dan SMK Sharifah Rodziah, Telok Mas.

"Seramai 3,500 pelajar telah memohon untuk memasuki SMKA di seluruh negeri, bagaimanapun hanya 1,800 orang dapat diambil untuk ditempatkan di 17 sekolah aliran agama termasuk tiga SMKA tersebut," katanya.

Ke arah melahirkan guru berkualiti

Posted: 09 May 2012 08:05 PM PDT

Muhyiddin Yassin menerima cenderahati daripada Yahya Ibrahim pada Majlis Perasmian Kolej Antarabangsa Kirkby di Cyberjaya, Selangor, baru-baru ini.

SEBAGAI sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara untuk mencapai Wawasan 2020, Kementerian Pelajaran telah merancang pelan agresif untuk melatih guru-guru baru serta meningkatkan kemahiran guru sedia ada terutamanya dalam subjek yang kurang bilangan guru berkualiti seperti bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Tamil, Muzik dan Sukan.

Dalam konteks ini, Kolej Antarabangsa Kirkby (KIC) telah ditubuhkan bagi memainkan peranan untuk memenuhi keperluan dalam bidang pendidikan serta latihan terutamanya dalam melatih guru bahasa Inggeris untuk sekolah rendah.

Presiden KIC, Bismillah Khatoon Abdul Khader berkata, fokus utama kolej ini adalah untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris yang beraspirasi seterusnya mampu menyediakan pengalaman bahasa Inggeris sepenuhnya di negara ini.

"Strategi kami adalah untuk memperkasakan para guru bagi mengubah pembelajaran dalam kelas dengan membangunkan pendekatan yang lebih kreatif terhadap kurikulum dan pembelajaran serta dibantu dengan penggunaan teknologi untuk memperluaskan pengajaran dan pembelajaran para pelajar," katanya.

Beliau bekata demikian pada majlis perasmian KIC yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Cyberjaya, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi KIC, Tan Sri Yahya Ibrahim.

Menurut Bismillah lagi, kementerian terutamanya dari Bahagian Pendidikan Guru banyak membantu dalam memastikan pihak KIC mematuhi serta mengenal pasti liputan kurikulum yang bersesuaian.

"Saya mempunyai sasaran untuk memastikan bahawa para pembekal pendidikan guru dari pihak swasta dapat berganding bahu dalam membantu menyediakan guru-guru berkualiti tinggi bagi negara dan rantau Asia.

"Kolej ini yakin bahawa negara mempunyai keupayaan dan kekuatan moral untuk membangunkan modal insan berkualiti bagi generasi akan datang," ujarnya.

Antara kursus yang ditawarkan di kolej ini termasuklah pengajian peringkat 'A' Level serta Diploma Bahasa Inggeris, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Diploma Media Kreatif.

Pihak kolej turut mempromosikan kolej ini ke luar negara dengan menggalakkan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO) serta Kementerian Pelajaran Pakistan, Uzbekistan, Palestin dan Korea Selatan untuk menimbang penghantaran guru-guru perkhidmatan dan pra perkhidmatan mereka ke KIC untuk berkongsi pengalaman, kemahiran serta pembelajaran.

Peluang pelajar tambah pendapatan

Posted: 09 May 2012 08:04 PM PDT

Keshbinder Singh (kiri) menerangkan sesuatu mengenai produk keluaran Grolier kepada kakitangannya di Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.

Syarikat pembekal dan pengedar sah bahan bacaan serta pembelajaran kanak-kanak, Grolier (Malaysia) Sdn. Bhd. akan membuka peluang kerjaya untuk menambah pendapatan kepada para pelajar serta graduan lepasan universiti.

Pengurus Jualannya, Keshbinder Singh berkata, peluang kerja separuh dan sepenuh masa itu dibuka kepada semua pelajar yang berminat mencari pengalaman bekerja dalam bidang jualan serta pengurusan di syarikat berstatus antarabangsa.

"Peluang kerja di syarikat ini diharap akan dapat membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat seterusnya memperkenalkan produk keluaran Grolier kepada orang ramai," katanya ketika ditemui di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL), baru-baru ini.

Grolier (M) Sdn. Bhd. merupakan sebahagian daripada cawangan Grolier International iaitu sebuah syarikat antarabangsa yang berpusat di Boston, Amerika Syarikat (AS) serta mempunyai lebih 70 cawangan di seluruh dunia termasuk di AS, Eropah dan Asia.

Menurutnya lagi, selain pelajar universiti dan graduan, peluang kerja dalam bidang ini juga terbuka kepada golongan suri rumah yang ingin menambah pendapatan mereka.

"Pelbagai kelebihan turut disediakan kepada semua kakitangan termasuklah kenaikan pangkat berdasarkan prestasi kerja serta peluang melancong ke luar negara setiap tahun," tambahnya.

Keshbinder memberitahu, sehingga kini terdapat sebanyak 18 buah kaunter di seluruh semenanjung Malaysia yang berfungsi sebagai ejen jualan produk keluaran Grolier.

"Selain aktiviti jualan terus, syarikat ini turut menggunakan pendekatan dengan mewujudkan kedai-kedai buku di pasar raya Tesco dan Giant yang terpilih di seluruh negara.

Tambah beliau, antara produk yang paling mendapat sambutan termasuklah alat permainan berasaskan pembelajaran, 'Logico' dan 'Fun Thinkers' serta koleksi buku I Wonder Why, Disney Magic English (termasuk DVD) dan lain-lain.

Maklumat lanjut mengenai produk serta peluang kerjaya yang ditawarkan Grolier boleh diajukan kepada Keshbinder di Festival Hari Guru 2012 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar, Perak pada 12 hingga 16 Mei ini.

"Orang ramai diharap dapat mengambil peluang ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi mengenai produk syarikat serta mendapat idea tentang teknik pembelajaran baru yang menyeronokkan pada karnival selama lima hari itu," katanya.

Pelbagai aktiviti menarik serta peluang untuk memenangi pelbagai cenderahati turut disediakan pada festival berkenaan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 013-3156268 atau e-mel kepada kesh_100@yahoo.com.

Malbatt 4 bantu isi tabung darah

Posted: 09 May 2012 08:00 PM PDT

Anggota Malbatt 4 menyerahkan paket darah yang didermakan kepada kakitangan Hospital Tibnin sebagai simbolik bagi membantu mengisi tabung darah hospital tersebut.

KEHADIRAN Batalion Malaysia 4 (Malbatt 4) di bumi Lubnan bukan sekadar untuk menjayakan misi pengaman di bawah pasukan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) turut membawa nama negara di peringkat antarabangsa.

Malah kehadiran mereka di negara itu semakin penting dengan penambahan bilangan anggota terlibat dan keluasan kawasan tanggungjawab yang semakin besar.

Penambahan anggota dan kawasan tanggungjawab itu menandakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semakin meyakini peranan Malaysia.

Keyakinan itu berdasarkan kepada cara bekerja para pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sentiasa mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi.

Mereka juga ternyata berupaya memenangi hati dan minda masyarakat tempatan di selatan Lubnan sekali gus memudahkan penugasan semua kontinjen dan batalion negara.

Cabaran utama Malbatt 4 bukan sekadar menjalankan misi pengaman, tetapi juga perlu memastikan penduduk tempatan menerima baik kehadiran pasukan Unifil selain menjaga imej Malaysia.

Sebab itu, apa juga aktiviti yang membabitkan Malbatt 4, ia akan turut membawa nama Malaysia terutama di kalangan penduduk tempatan.

Oleh itu, sejak menjalankan misi di negara bergolak itu mulai Oktober tahun lalu, Malbatt 4 bukan sahaja memberi tumpuan kepada tanggungjawab utama mereka iaitu misi ketenteraan bagi mengekalkan keamanan, tetapi turut melakukan pelbagai aktiviti yang bersifat tanggungjawab sosial.

Aktiviti-aktiviti yang membabitkan orang awam itu bersifat serampang dua mata, iaitu supaya mereka menerima baik kehadiran pasukan Unifil selain menjaga nama baik Malaysia.

Baru-baru ini Malbatt 4 di Lubnan sekali lagi menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab mereka kepada penduduk tempatan di Tibnin melalui penganjuran acara derma darah di kalangan anggotanya untuk diagihkan kepada Hospital Tibnin.

Sebanyak 100 anggota Malbatt 4 telah menyertai usaha murni itu bagi membantu mengisi tabung darah hospital tersebut.

Malah, Malbatt 4 menjadi pasukan pertama yang berkhdimat di bawah Unifil yang mengadakan acara seperti itu.

Sikap yang ditunjukkan oleh anggota Malbatt 4 itu sangat dihargai masyarakat tempatan dan mereka berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para anggota kontinjen Malaysia itu.

Penduduk tempatan turut memuji barisan kepimpinan pasukan Malbatt 4 kerana acara derma darah itu diketuai sendiri oleh Timbalan Komander Malbatt 4, Lt. Kol. E.D. Mustafa Bakar yang menjadi orang pertama menderma darah dalam acara tersebut.

Pengarah Hospital Tibnin, Dr. Mohamed Ali Hammadi amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Malbbatt 4 kerana menyumbang darah untuk kegunaan hospital tersebut.

Ini kerana katanya, hospital di negara itu sering berhadapan dengan kesukaran mendapatkan bekalan darah daripada penduduk tempatan.

"Ini adalah merupakan kali pertama kita mendapat sumbangan darah daripada pasukan Unifil di mana ia telah berjaya mengatasi semua masalah kekurangan darah yang dihadapi oleh Hospital Tibnin," kata Dr. Mohamed Ali.

Sementara E.D. Mustafa menjelaskan, program derma darah itu merupakan satu lagi strategi khidmat masyarakat Malbatt 4 yang dikenali sebagai Cimic untuk menarik hati penduduk tempatan menerima kehadiran pasukan Unifil.

"Aktiviti sebegini telah membuktikan kepada masyarakat tempatan bahawa kehadiran pasukan Unifil bukan sahaja menjaga keamanan tetapi turut melaksanakan pengorbanan untuk membantu orang awam yang memerlukan darah untuk rawatan pembedahan.

"Ia memberi kesan yang besar kepada masyarakat tempatan kerana sumbangan murni secara peribadi daripada setiap individu amat dihargai oleh mereka berbanding dengan sumbangan barangan yang selalu dilaksanakan oleh setiap kontinjen," katanya.

Sehubungan itu, beliau juga mengharapkan aktiviti seperti itu diteruskan bagi pasukan misi yang akan datang kerana sumbangan yang diberikan amat tinggi nilainya kepada masyarakat tempatan.

Aktiviti seperti itu juga katanya, telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di bumi Lubnan berbanding dengan pasukan Unifil lain.

Fenomena Mania!

Posted: 09 May 2012 07:59 PM PDT

Fenomena Mania!
Raqim (kanan) ketika pelancaran Mania.

SUDAH lapan minggu bersiaran, program realiti Mania terbitan Astro semakin hampir ke kemuncaknya. Minggu ini, lapan penyanyi yang masih bertahan akan berjuang merebut lima tempat ke peringkat akhir pada 19 Mei.

Di sebalik kejayaan Mania mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton, tidak kurang ada kata-kata sinis dilemparkan terhadap program ini. Antaranya, kerelevanan Mania dipersoalkan memandangkan peserta terlibat adalah penyanyi yang sudah terkemuka.

Tidak kurang juga ada menganggap Mania sebagai ulangan Akademi Fantasia (AF) kerana hampir sebahagian peserta yang kekal merupakan bekas peserta program realiti popular itu. Ikuti temubual Zass dengan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli mengenai fenomena Mania dan kritikan terhadap program ini.

Bagaimana respons penonton setelah lapan minggu Mania disiarkan?

Raqim: Sambutan penonton terhadap Mania sangat memberangsangkan dan ini terbukti melalui maklum balas mereka di laman sosial Facebook dan Twitter. Setiap minggu, ramai yang memperkatakan mengenai Mania dan tidak sabar melihat persembahan setiap penyanyi. Mungkin kelainan program ini yang menampilkan penyanyi profesional lama dan baru sebagai peserta menyebabkan penonton seronok menonton Mania.

Hanya dua minggu lagi untuk ke peringkat akhir. Sejauh manakah penyanyi yang menyertai Mania menunjukkan peningkatan mereka?

Raqim: Daripada apa yang saya lihat, kesemua penyanyi memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan Mania. Malah, kesemua mereka bersungguh-sungguh untuk menang. Bagi penyanyi yang memang sudah biasa membuat persembahan seperti Jaclyn Victor dan Shila Amzah misalnya, mereka sentiasa tampil dengan persembahan terbaik setiap minggu. Begitu juga dengan prestasi peserta Hot Seat, Aril dan Ebi yang semakin meningkat saban minggu. Ternyata, Mania telah membuka satu jalan buat mereka untuk menyerlahkan sisi lain daripada apa yang sering dilihat sebelum ini.

Dalam ramai penonton memuji Mania, ada juga yang mempersoalkan kewujudan program ini. Mania dikatakan tidak relevan kerana menampilkan peserta dalam kalangan penyanyi yang sudah popular. Komen?

Raqim: Sejak awal lagi, Mania diperkenalkan untuk melahirkan superstar dalam kalangan bintang sedia ada. Kita bukan hanya mahu mencari penyanyi popular, tetapi juga penyanyi yang memiliki kualiti sebagai superstar dan boleh dibawa ke luar negara.

Berbekalkan kualiti inilah, siapa tahu, superstar yang dilahirkan itu mampu mencipta nama di luar negara dan mengharumkan nama Malaysia.

Adakah anda melihat Mania sudah berjaya mencapai tujuannya itu?

Raqim: Berdasarkan persembahan peserta setiap minggu, Mania ternyata menepati objektifnya sewaktu dicadangkan dulu. Apatah lagi dengan bimbingan penerbit muzik handalan seperti Datuk M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito, bintang setiap penyanyi semakin bersinar. Malah, terdapat beberapa penyanyi yang sudah mendapat peluang untuk menembusi pasaran Indonesia setelah bakat mereka berjaya mengagumkan Ahmad Dhani. Perkembangan ini sesuatu yang positif.

Pandangan anda terhadap pola undian yang seakan-akan lebih berpihak kepada bekas peserta AF?

Raqim: Tidak dinafikan, bekas peserta program realiti mempunyai fan base yang kukuh. Namun, bukan bermakna penyanyi yang bukan lahir daripada program realiti tiada peminat. Malah, saya percaya penonton sekarang sudah pandai menilai peserta berdasarkan persembahan mereka. Jika peserta mendapat undian tinggi, tentunya kerana persembahan hebat mereka.

Mungkinkah ada kejutan dalam separuh akhir Mania minggu ini?

Raqim: Seperti yang diumumkan pengacara, Aznil Nawawi minggu lalu, tiga peserta akan disingkirkan. Selain persembahan peserta, penyanyi terkenal, Yuna juga akan membuat penampilan istimewa. Berkemungkinan besar, seorang penyanyi luar akan turut membuat persembahan.

Perancangan Astro selepas Mania berakhir?

Raqim: Sama ada Mania akan diteruskan ke musim kedua, masih terlalu awal untuk memperkatakannya. Bagaimanapun, kita sudah ada perancangan untuk menampilkan peserta Mania dalam program terbitan Astro yang lain selepas ini.

Harapan dan pesanan anda buat penonton Mania?

Raqim: Harus diingat, hanya lima penyanyi akan ke final. Ini bermakna, penonton perlu bekerja keras mengundi penyanyi kegemaran mereka untuk ke peringkat akhir. Saya harap mereka dapat membuat pilihan dengan bijak dan mengangkat superstar yang betul-betul layak sebagai juara.

100 kanak-kanak rai The Platypus Walk

Posted: 09 May 2012 07:58 PM PDT

100 kanak-kanak rai The Platypus Walk
100 kanak-kanak rai The Platypus Walk

LEBIH 100 kanak-kanak dan rakan-rakan Perry the Platypus dalam siri Disney Channel, Phineas and Ferb, meluangkan masa berdansa bersama dalam program The Platypus Walk!

Berlangsung di Piazza di The Curve, program khas sempena Platypus Day itu, adalah rutin aktiviti fizikal anjuran Disney Channel, bagi meningkatkan amalan gaya hidup aktif di kalangan kanak-kanak dan seisi keluarga.

Rata-rata yang hadir bergembira dan menjadikan acara ini satu sambutan yang hebat!

Sementara itu, sambutan Platypus Day diteruskan dengan episod maraton selama tujuh jam dengan siri menarik, Phineas and Ferb, 12 Mei, jam 9 pagi hingga 4 petang, termasuk siaran perdana episod baru Perry: The Actor-pus / Remains of a Platypus.

Anda juga berpeluang menyaksikan klip video terpilih The Platypus Walk.

Jangan lupa saksikan program istimewa ini di Disney Channel (Astro 615).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories