RSS

Nuffnang

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

sumber :-

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Samsung GALAXY S3 ONLY RM 1,398 - GRAB IT!!

Posted: 21 Jul 2012 10:50 AM PDT



With the full availability of Samsung Galaxy S III drawing near, Celcom has finally revealed its bundled pricing for Samsung's flagship smart phone. The Galaxy S III can be yours this Thursday from RM1,398. The outright price is RM2,199 for the 16GB version.

On Celcom, it is offered with a shorter choice of 12 months and 18 months contract with Celcom Exec 50 with 1GB data, 3GB data and Celcom Exec 250 which comes with 5GB of data. As comparison, DiGi is offering only 24 months contract duration, which isn't ideal for those that don't want to be tied for long duration. More details of Celcom Galaxy S III plan here.

In conjunction wit the launch of the Galaxy, Celcom will be organising roadshows offering some interesting deals from May 31 to June 3 and promos at the following locations:

    South Court Mid Valley Megamall, KL
    North Court AEON Station 18, Ipoh
    Centre Court and Sutera Mall, Johor Bahru


Earlier this morning, @baliriot has alerted that Celcom is doing another special launch promo where the Galaxy S III can be yours for only RM888. The condition is that you'll need to wear blue at their roadshow event to be entitled. It is also likely to be tied with a contract as well.

Head after the break for the print ad on the RM888 promo.


More Information about this package you should be enter this Celcom Package address

Awie Didakwa Kaki Pukul?

Posted: 21 Jul 2012 10:31 AM PDT

Kesian Awie, sepanjang beliau menjadi artis rupanya sudah 5 kali dibelasah oleh gengster. Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie meluahkan rasa sedih terhadap segelintir masyarakat yang memandang serong terhadapnya selain mengaitkan dia dengan 'gengsterisme'. Bagaimanapun, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, sebagai seorang penyanyi yang dikenali, dia terpaksa menerima pandangan negatif tersebut dengan tangan terbuka kerana percaya Allah lebih tahu kebenarannya.

"Sejak masuk dalam industri hiburan lagi, saya sering dipandang serong oleh segelintir pihak lebih-lebih lagi apabila melibatkan hal gengsterisme. Memang sudah lekat di fikiran orang, apabila ada berita artis bergaduh ia semestinya melibatkan saya. Agak sedih dengan tanggapan begitu, tetapi nak buat macam mana? Walaupun saya cuba mempertahankan diri daripada sekumpulan gengster, saya tetap dilihat sebagai punca sesebuah pergaduhan itu berlaku," katanya.

Tambah Awie, sepanjang hampir 30 tahun bergelar penyanyi, sebanyak lima kali dia dibuli oleh sekumpulan gengster yang tidak berpuas hati dengannya.

"Apabila berada di sebuah tempat yang kita tahu ramai kumpulan gengster, perlukah saya mencari gaduh? Itu namanya cari bahaya. Lima kali saya dibuli dan setiap kali diganggu, pasti saya akan pertahankan diri. Namun, masyarakat pula menganggap saya ini kaki pukul," ujarnya.

Ditanya adakah penyakit gangguan makhluk halus yang dialaminya sebelum ini ada kaitan dengan isu pergaduhan yang pernah berlaku padanya, Awie enggan mengambil tahu tentang perkara tersebut. Beritahu Awie, sepanjang setahun lebih menjalani perubatan secara tradisional, dia tidak pernah meminta bantuan bomoh untuk melihat siapa yang cuba menganiayanya dengan cara syirik itu.

"Rasanya, sepanjang hidup ini saya tidak pernah berlaku nakal atau cuba menganiaya orang. Melainkan saya pertahankan diri daripada dianiaya, itu benar. Tak tahulah kalau penyakit misteri saya ini adalah angkara orang yang tak puas hati dengan saya. Cuma andai kata benar ada yang berkecil hati, maafkan saya, kerana saya seorang manusia biasa yang sering melakukan kesalahan," ujarnya.

Bagaimanapun, Awie mengambil perkara yang telah berlaku padanya itu secara positif dengan menganggap ia mungkin satu penebusan dosa-dosa masa lampau yang mungkin tidak disedarinya.

"Apa yang saya lihat, bermula dengan isu gengsterisme, kemudian terpaksa berada di bawah pemantauan polis selama dua tahun akibat bergaduh dengan pegawai polis. Seterusnya diikuti pula dengan penyakit misteri yang dialami, saya anggap ia sebahagian daripada perjalanan kehidupan. Ia adalah penebusan dosa-dosa saya. Alhamdulillah, kini saya bebas daripada penyakit misteri itu," katanya. - Sumber MStar Online

Ismail Hutson Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung - Al Fatihah

Posted: 21 Jul 2012 10:26 AM PDT




Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran telah menceburi bidang seni hampir 20 tahun. Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira. Antara filem-filem lain yang dilakonkannya ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984) dan Dayang Suhana (1978).

Hari ini Pelakon Ismail Hutson Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung. Pelakon veteran Datuk Ismail Hutson, 73, meninggal dunia pada hari pertama umat Islam berpuasa, pukul 1.13 pagi Sabtu akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya.

Isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah berkata, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Omar telah mendapat rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk. Katanya, selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa.  Arwah juga tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk kerana memiliki semangat yang kuat melawan penyakit jantung yang dialami sejak lima tahun lalu.

Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam dan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9 dekat sini. Selain Hafidzah, Allahyarhan juga meninggalkan isteri pertamanya, Zaiton Osman dan tujuh orang anak.

Farid Kamil Cedera Parah Ketika Aksi Lasak

Posted: 21 Jul 2012 10:04 AM PDT



Nama yang tidak asing lagi, Farid Kamil kini berjalan menggunakan tongkat akibat tempurung lutut kirinya retak ketika menjalani penggambaran file Dampak. Pelakon yang begitu komitmen dengan kerjayanya kini sedang dirawat di hospital dimana lutut kirinya yang mengalami pendarahan dalaman yang serius akibat dari insiden terjatuh dari tangga di sebuah kelab hiburan Rootz.

Ekoran daripada itu, Farid menerima rawatan di Hospital Ampang Puteri dan terpaksa direhatkan selama 6 minggu dari sebarang aktiviti. Farid kini terpaksa menggunakan tongkat kerana kakinya tidak boleh menerima tekanan daripada lantai.



Dia dinasihatkan berehat selama enam minggu daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah berlakon. Kalau berlakon pun artis ini hanya boleh berdiri tegak saja.

Apapun diharap pelakon-pelakon sekalian lebih berhati-hati ketika menjalani penggambaran.


Semoga Farid Kamil cepat sembuh ya....


Hot! Rozita Che Wan Hiasi Majalah Nona Edisi Ogos 2012

Posted: 21 Jul 2012 09:48 AM PDT

Sempena Ramadhan dan bakal menjelang Hari Raya, kebanyakkan majalah majalah tempatan memaparkan penghias muka depan yang bertudung sebagai tanda menghormati bulan mulia ini.

Pada majalah edisi Nona bulan Ogos ini Rozita Che Wan menghiasa cover majalah Nona yang begitu sopan dan anggun dengan cara bertudung. Sebelum ini Rozita Che Wan memang terkenal dengan aksi ranggi dan seksi dimana menjadi kegilaan remaja dan lelaki diluar sana.

Banyak informasi yang menarik yang dipaparkan didalam majalah Nona bulan Ogos seperti resepi juadah berbuka puasa, busana hari raya, tip tip dan petua dan pelbagai info lagi, sekiranya anda ingin membelinya dapatkan di kedai buku berhampiran sekarang.

Gambar Diana Danielle Bercuti di London, Barcelona dan Amsterdam

Posted: 21 Jul 2012 09:33 AM PDT


Barangkali artis kita nie, bila duit poket terlebih banyak nak pergi ke eropah bila bila masa jerkan, hari ini G.A.M nak kongsi perkembangan terbaru Diana Danielle bahawa dia akan muncul di dalam filem Hantu Gangster yang diarahkan oleh Namewee.

Baru baru ini gambar percutian Diana Danielle dan rakan rakannya ke eropoh telah diterima oleh admin dari email. Tempah yang menjadi idaman artis ini ialah menjelajah London, Barcelona dan Amsterdam. Melihat pada gambar tersebut nampak seronok jer.

Jom lihat aksi bergambar Diana Danielle ketika menjelajah eropah...









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories