Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Heliza mahu terus nikah
- Chef Riz & Ana Dahlia Akhirnya Bercerai
- Isu Buka Tudung, Seksi Hanya Salah Faham - Nadia
- Ular Romi jadi gergasi
- Esma Daniel Akur Filem 'Zaiton Ceritaku' Gagal
- Jay Jay & Carefree Tidak Pernah Bersengketa
- Adi, Abil berkongsi perasaan
- Rompakan ala filem James Bond
- Rita Rudaini berjaya permohonan bantah perintah kembali taat
- Membaca blog di mana sahaja
- Yuna mahu hidup solo dua tahun lagi
- Web pembekal gadis peneman
- Naik gred tanpa perlu temu duga
- Pelacur salun hias kuku diserbu
- Kena belasah sebab Facebook
- Pesawat Twin Otter terbabas
- i-Great Teras selesai masalah kewangan
- Ikan kap panggang jadi menu istimewa di Iraq
- Obama janji bawa pembaharuan
- Obama menang presiden AS
- Rangka gajah purba ditemui
- Psy dakwa Gangnam Style bukan kejayaan sebenarnya
- Kreativiti olah kotak minuman
- Inovasi iPod Nano generasi ke-7
- Miniatur Ferrari daripada Shell
| Posted: 07 Nov 2012 08:43 PM PST
SEJAK menyertai rancangan Akademi Fantasia 5 (AF 5) pada tahun 2007, ternyata penyanyi, pelakon dan pengacara Nur Heliza Helmi atau Heliza antara yang masih mampu bertahan sehingga ke hari ini. Dengan statusnya sebagai seorang artis wanita bertudung sejak awal kemunculannya, Heliza juga jarang dikaitkan dengan gosip-gosip hangat terutamanya membabitkan hubungan dengan lelaki. Bagaimanapun, lumrah menempuhi kehidupan sebagai seorang artis yang cantik dan menjadi perhatian umum, ternyata Heliza tidak mampu mengelak daripada dikaitkan dengan kisah kontroversi. Antara yang menarik perhatian ramai apabila dirinya dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang VIP bergelar Datuk sehingga ditaja untuk menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Heliza Helmi Production. Tidak mahu orang ramai terutamanya peminat terus-menerus memberikan sebarang persepsi yang negatif, Heliza dengan tegas menyatakan individu yang dimaksudkan itu sekadar rakan niaga dan tidak pernah menaja syarikatnya itu. "Saya sedar selama ini ramai yang salah sangka dan ada yang menganggap saya telah ditaja oleh individu yang dimaksudkan itu. Pada hakikatnya ia tidak benar dan individu tersebut salah seorang rakan niaga. Dia tidak terlibat dengan syarikat saya terutamanya memberi tajaan. "Justeru dengan penjelasan ini, saya berharap cerita sebegini tidak lagi ditimbulkan oleh mana-mana pihak," ujarnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran Festival Hijab 2012 di Kelana Jaya baru-baru ini. Menurut Heliza, sehingga kini syarikat yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu itu masih lagi berfungsi dan menjalankan perniagaan membekal barang-barang dan pengubahsuaian bangunan. "Ketika mula-mula syarikat ini ditubuhkan saya ada merancang untuk menghasilkan filem, namun perancangan tersebut ditangguhkan dahulu. Saya lebih suka memberikan tumpuan kepada perniagaan yang dijalankan sekarang. "Tidak dinafikan jadual saya memang padat setiap hari, kerana selain menguruskan syarikat saya juga terbabit dengan pelbagai aktiviti lain seperti menjadi penceramah motivasi dan pengacara televisyen. Mungkin disebabkan itu saya masih lagi tidak mempunyai kekasih," ujarnya berseloroh. Bercerita lebih lanjut mengenai statusnya sekarang, Heliza mengaku bahawa sehingga kini dia masih lagi tidak mempunyai teman lelaki dan selesa dengan kehidupan sekarang. Ditanya sama ada dia teringin untuk berumah tangga memandangkan usianya yang kini sudah mencecah 26 tahun, artis kelahiran Kuala Terengganu itu menyatakan dia memang mahu berumah tangga dan mengakui sudah bersedia bergelar isteri. "Siapa yang tidak mahu berkahwin, apatah lagi melihat ramai kawan-kawan saya yang sudah berumah tangga. Bagaimanapun, saya anggap semuanya itu terserah kepada jodoh. "Cuma saya tidak mahu menjadi seperti kebanyakan yang dilakukan golongan muda sekarang iaitu bercinta sebelum berumah tangga. Kalau saya mahu serius dengan seseorang lelaki, saya akan terus kahwin dan kemudian bercinta selepas itu," jelasnya. Berkenaan dengan lelaki pilihannya pula, Heliza meletakkan agama sebagai keutamaan dan seorang suami yang akan mampu membimbingnya ke jalan yang diredai. Kembali berlakon Selain bergelar penyanyi dan pengacara, Heliza juga bergelar seorang pelakon dan pernah membintangi sebuah filem berjudul Syurga Cinta dan telefilem Doa Ibu pada tahun 2009. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini Heliza tidak lagi muncul di kaca televisyen dan layar perak, seolah-olah dia seperti sudah tidak berminat lagi untuk bergelar seorang pelakon. Kini, kerinduan peminat untuk melihat Heliza kembali berlakon terubat apabila dia bakal muncul dengan sebuah drama bersiri Warkah Cinta sebanyak 12 episod dan telefilem berjudul Kun Faya Kun.
"Boleh dikatakan saya sudah menyepi dalam dunia lakonan selama tiga tahun, tetapi itu tidak bermakna saya tidak mahu berlakon lagi kerana keinginan itu masih lagi ada. "Tidak dinafikan sepanjang tempoh tersebut saya masih mendapat banyak tawaran berlakon, tetapi saya terpaksa menolaknya kerana jadual penggambaran sering bertembung dengan komitmen saya yang lain," ujarnya. Mengenai tawaran berlakon pula, Heliza mengakui dia agak selektif dalam memilih setiap tawaran yang diterima dan hanya bersetuju asalkan skrip dan jalan ceritanya sesuai dengan karakter dan penampilannya. Album sulung Walaupun dilahirkan daripada sebuah program nyanyian lima tahun yang lalu, sehingga kini Heliza masih lagi belum pernah melahirkan sebuah album penuh. Menurut Heliza, dia bukannya tidak berminat untuk menghasilkan album terutama buat para peminatnya. Sebaliknya, hasrat untuk menghasilkan album sering tertangguh kerana jadual kerjanya yang agak padat. "Hanya pada tahun lalu barulah saya berkesempatan menghasilkan tiga buah single iaitu Cuma Aku, Kau Selamanya dan Chord G. Ketiga-tiga lagu tersebut dihasilkan oleh saya sendiri. "Pada tahun ini pula saya menghasilkan sebuah lagi single yang berjudul Syurga Cinta hasil ciptaan komposer Mohd. Atlas. Mengenai album sulung pula, saya sendiri tidak pasti bila ia boleh dihasilkan, namun perancangan itu tetap ada," ujarnya. Mengenai konsep album sulung yang bakal dihasilkan, Heliza menyatakan dia mahu tampil dengan album yang mengandungi lagu-lagu dakwah serta memberi pengajaran kepada pendengar dan sekarang ini dia sedang mencari komposer yang sesuai untuk menghasilkan lagu-lagu sebegitu. | |||
| Chef Riz & Ana Dahlia Akhirnya Bercerai Posted: 07 Nov 2012 08:43 PM PST Chef Riz dan Ana melangsungkan perkahwinan pada 1 Disember tahun lalu. Menurut laporan Kosmo! pada Khamis, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, memberitahu penceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman di antara mereka selain turut mengakui perkenalan singkat iaitu selama lapan bulan turut menjadi penyebab keruntuhan rumah tangganya. "Ya, saya memang sudah bercerai dan saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas 8 bulan berkenalan dan selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman", ujarnya. Chef Riz bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai penceraian berkenaan namun menjelaskan ia berlangsung dalam suasana baik. Baru-baru ini pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor. Gosip sebelum ini mengatakan perkahwinan Ana dengan anak lelaki chef tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu goyah apabila Ana didakwa kerap keluar bersama bekas teman lelakinya. Bagaimanapun pelakon itu menafikan tuduhan tersebut termasuklah kononnya dia berlaku curang. Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz pada 11 Disember 2011. Dalam pada itu, Chef Riz meminta spekulasi dan gosip mengenai bekas isterinya dihentikan segera dan mengakui masih sayangkan Ana. Menurut Chef Riz, sekiranya ditakdirkan mereka merujuk kembali sebagai suami isteri dalam tempoh edah selama tiga bulan ini dia akan menerimanya. Sementara itu, bapanya, Chef Wan redha dengan keputusan anak dan menantunya itu dan telah menasihati mereka sebelum ini supaya mencari jalan penyelesaian terbaik buat rumah tangga mereka. "Saya menyayangi Ana seperti anak saya sendiri. Sekiranya dalam tempoh tiga bulan edah ini mereka mahu merujuk semula, saya menerima dengan hati yang terbuka. "Apa pun mereka sudah bercerai dan harap-harap tidak akan ada lagi spekulasi negatif dibuat tentang mereka," jelasnya. | |||
| Isu Buka Tudung, Seksi Hanya Salah Faham - Nadia Posted: 07 Nov 2012 08:42 PM PST Nadia sebelum ini terkenal dengan lagu Salam Untuk Kekasih.Pemilik nama sebenar Zarina Mohd Ali ini memberitahu, dakwaan itu timbul kerana dia sering menghadiri kuliah agama ketika menetap di Kuala Lumpur (KL) beberapa tahun lalu. "Ketika duduk di KL sebelum ini, saya akui kerap menghadiri kuliah agama di kawasan Ampang. Apabila muncul di majlis ilmu dan agama tentulah saya menjaga aurat sebagai Muslimah. "Ketika itu pula saya tidak aktif menyanyi, jadi mungkin sebab itu orang yang nampak saya berimej tersebut menyangka saya sudah berhijrah. "Kini apabila saya muncul kembali dalam bidang seni, timbul pula cerita kononnya saya buka tudung dan dedahkan aurat kerana mahu menyanyi semula," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini. Ibu kepada dua anak ini juga memohon maaf jika imej seksinya menimbulkan perasaan kurang senang kepada masyarakat tetapi ia hanya penampilan luaran sebagai penghibur. "Sudah banyak kali saya dengar orang bercakap dan memperkatakan mengenai imej luaran saya. Saya minta maaf jika ada pihak yang kurang senang. "Namun saya tidak mahu hipokrit dan masih tahu batas sebagai ibu dan Muslimah. Saya tahu sesuaikan penampilan mengikut keperluan sesuatu majlis atau acara," katanya. Justeru dia berharap agar orang ramai tidak menilai dan menjatuhkan hukum dengan sewenang-wenangnya berdasarkan penampilannya. "Saya kecewa dengan sikap segelintir pihak yang anggap diri mereka alim lantas memandang rendah pada wanita Islam yang tidak menutup aurat. "Pakaian bukan ukuran. Apa juga saya pakai dan lakukan saya sentiasa ingat Tuhan dan agama. "Tidak baik jika kita mudah menilai dan menghukum orang lain menerusi luaran tanpa mengenali seseorang terlebih dahulu," katanya. Terbaru, pengusaha Timah's Motel di Sabah ini tampil dengan lagu terbaru berjudul Hanya Untukmu yang mula diputarkan di radio sejak empat bulan lalu. Katanya, lagu itu juga akan dimuatkan dalam album terbaru yang dijangka dipasarkan pada awal 2013. | |||
| Posted: 07 Nov 2012 08:41 PM PST JINAK...Pak Atan membelai ular sawa peliharaannya diberi nama Gaban. Reptilia milik Nor Hizan Abd Ghani, 55, atau Pak Atan mula dipelihara dari saiz sepanjang 60 sentimeter pada 2001 selepas anak saudaranya, Romi Nor Izham, (kini 21 tahun) meminta hadiah berkenaan ketika mahu berkhatan. Pak Atan yang mengusahakan inap desa Kampung Pulau Pisang, Tunjang, di sini, berkata dia berminat memelihara reptilia berkenaan yang diperoleh dari pihak tertentu di Perlis bagi menunaikan hasrat Romi ketika berusia 10 tahun sebagai hadiah. "Romi meletakkan syarat mahu ular sawa sebagai hadiah sebelum berkhatan, jadi sebagai tanda kasih kepadanya, saya berusaha mendapatkan reptilia berkenaan. "Ia hanya sepanjang 60 sentimeter ketika diambil dan boleh diletakkan atas tapak tangan serta boleh dibawa ke mana-mana, namun selepas itu saya mengambil tanggungjawab memelihara ular sawa berkenaan memandangkan Romi masih bersekolah ketika itu," katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Pak Atan berkata, ular sawa itu terpaksa diletakkan dalam pelbagai saiz akuarium di rumahnya hingga berusia enam tahun sebelum dimasukkan dalam sebuah sangkar khas dibina di luar rumahnya ketika berusia tujuh tahun hingga sekarang. "Saya tidak rasa hobi ini satu bebanan kerana turut menjadi minat seluruh ahli keluarga, malah mereka sudah tidak takut dengan Gaban selain menjadi daya tarikan kepada inap desa kami yang sering dikunjungi pengunjung dalam dan luar negeri setiap hari. Dia bercadang membuat 'roadshow' dengan mempamerkan Gaban kepada orang ramai di mana-mana karnival bermula tahun depan. | |||
| Esma Daniel Akur Filem 'Zaiton Ceritaku' Gagal Posted: 07 Nov 2012 08:40 PM PST Esma tidak menyalahkan pihak panggung menarik filem itu keluar daripada senarai tayangan kerana ia adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan. Esma berkata, filem berkenaan yang mula ditayangkan pada 1 November lalu hanya mampu bertahan selama seminggu di pawagam dan terpaksa ditamatkan selepas mendapat sambutan dingin daripada orang ramai. "Faktanya filem arahan saya itu gagal mendapat sambutan daripada penonton dan saya tidak menyalahkan pihak panggung menarik keluar ia daripada tayangan dalam tempoh seminggu kerana ia telah termaktub dalam peraturan Syarat Wajib Tayang (SWT). "Saya terpaksa mengakui hakikat itu kerana pada minggu pertama lagi Zaiton Ceritaku gagal mengutip angka yang memberangsangkan bagi membolehkan ia kekal untuk tayangan," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu. Zaiton Ceritaku berkisar mengenai liku-liku kehidupan dilalui penyanyi Zaiton Sameon yang popular menerusi lagu Menaruh Harapan selepas ditimpa kemalangan yang turut meragut nyawa anak tunggalnya Irwan pada 21 Februari 1990. Ia memaparkan pahit getir kehidupannya yang berdepan trauma akibat kemalangan itu sehingga banyak pihak menganggapnya tidak siuman. Filem tersebut menelan belanja sebanyak RM1.1 juta. Pelakon Nadia Aqila memegang watak sebagai Zaiton Sameon dalam filem berkenaan yang berkisar mengenai liku-liku kehidupan dilalui penyanyi itu selepas dia ditimpa kemalangan ngeri yang meragut nyawa anak tunggalnya Irwan pada 21 Februari 1990. "Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak akibat kegagalan filem ini kerana setiap penonton itu berhak membuat keputusan untuk menonton karya yang mereka suka," katanya. Dalam pada itu, Esma berkata, faktor kekurangan promosi mungkin menjadi sebab ia gagal mendapat perhatian namun pihak penerbit telah melakukan yang terbaik bagi memastikan karya tu berjaya. Bagaimanapun kata Esma, dia bersyukur apabila maklum balas yang diterima selepas penonton menyaksikan filem itu cukup baik dan mereka berpuas hati dengan garapan yang dilakukan mengenai kisah hidup penyanyi terkenal itu. "Sebagai pengarah saya gembira apabila penonton memberikan ulasan yang baik mengenai filem itu cuma barangkali ia tidak terjemah dalam bentuk kutipan," katanya. Sementara itu, Esma menjadikan kegagalan itu sebagai satu pengajaran untuk menjadikannya lebih cemerlang ketika berkarya pada masa akan datang. | |||
| Jay Jay & Carefree Tidak Pernah Bersengketa Posted: 07 Nov 2012 08:39 PM PST Jay Jay tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan bekas ahli-ahli Carefree.Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Darus berkata, sejak berpecah pada 31 Disember 1982, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan bekas ahli kumpulan itu namun dia mempunyai matlamat tersendiri dalam hidup. "Saya tak tahu di pihak sana (ahli-ahli Carefree lain), tetapi kalau tanya saya, kami memang tidak mempunyai isu yang berbangkit. "Cuma saya mempunyai agenda tersendiri di mana agak sukar sekiranya saya kembali bersama-sama dengan Carefree. Banyak yang perlu difikirkan, walaupun ia kedengaran remeh. "Saya risau jika tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya kepada Carefree memandangkan saya juga mempunyai karier sebagai penyanyi solo. Nanti rasa tak seronok pula apabila dilihat seperti pentingkan diri," katanya. Carefree bakal membuat kemunculan semula. Dari kiri (drpan), Raja Rashid, Hadi dan Simon serta (dari kiri belakang), Charles Paiva dan Raja Rahman. Kemunculan semula kumpulan itu dijangka pada hujung tahun ini yang kan menampilkan Hadi Hassan sebagai vokalis dan pemain bes, menggantikan tempat Jay Jay. Hadi yang juga adik kepada penyanyi tersohor, Salamiah Hassan di undang oleh empat orang bekas anggota Carefree iaitu Charles Paiva (pemain keyboard), Simon Justin Leo (gitaris), Raja Rahman (drum) dan Raja Rashid (saksofon/seruling). Dalam pada itu, Jay Jay turut menegaskan tidak berkecil hati walaupun kemunculan semula kumpulan tersebut tanpa penglibatannya. | |||
| Posted: 07 Nov 2012 08:37 PM PST Nabila Huda dan Adi Putra Selain plot ceritanya yang menarik, Maharku Untukmu sebenarnya adalah naskhah yang bergantung kepada dua teraju utamanya yang berjaya memancing perhatian penonton untuk terus menyaksikan perjalanannya hingga ke sudah. Ternyata lakonan Nabila Huda (Abil) sebagai Tengku Aishah dan Adi Putra yang menghidupkan watak Putera tidak perlu disangkal kerana masing-masing kemas dan sempurna dalam membuatkan Maharku Untukmu menjadi perhatian pada malam kemuncak ASK2012 yang bakal ditayangkan secara langsung malam esok. Usik Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim yang segak dengan senyuman panjangnya pada sesi fotografi itu akui segala pujian serta kritikan yang diterima adalah penyuntik semangat untuk terus berdiri sebagai anak seni. "Alhamdulillah kalau ada pihak yang menghargai lakonan saya dan Abil dalam Maharku Untukmu. Bagi saya sendiri ia sebuah karya yang menarik dengan pembangunan watak yang begitu tersusun. "Saya sebagai pelakon sendiri merasakan tekanan melakonkan watak itu. Lebih menarik pula saya digandingkan dengan Abil," katanya. Hakikatnya, lakonan Abil dan Adi sudah lama berjaya dibuktikan. Bukan sehari dua mereka berjaya mempamerkan lakonan bersahaja malah setiap filem dan drama yang dibintangi ada kekuatan sendiri. Bagaimanapun, segala pujian dan kritikan positif itu bukan membuatkan mereka berdua yakin akan menang kerana mereka berlakon bukan semata-mata kerana memburu trofi. Membintangi berpuluh-puluh drama dan filem sejak hampir sedekad lalu, nama dua bintang terkenal ini belum lagi pernah diangkat dalam mana-mana majlis penganugerahan sekali gus merangkul trofi walaupun lakonan mereka sering dipuji. Jelas Abil yang menyifatkan dirinya sudah lali dengan situasi itu, anugerah bukanlah titik utama untuk dia menjadi anak wayang, sebaliknya apa yang penting melunaskan setiap karakter yang dipertanggungjawabkan oleh pengarah dan produser. "Bukan setahun dua saya berlakon. Awal dulu pernah juga terdetik di hati saya untuk merangkul penghargaan, maklumlah ketika itu masih belum matang. Namun lama-kelamaan, saya sudah lupa akan ruang untuk menjulang trofi. "Saya percaya kalau ada rezeki sudah tersurat, ia tidak akan ke mana. Bagi saya apa yang lebih penting, lakonan saya meninggalkan kesan di hati penonton. Itu sudah cukup memberikan saya nikmat kepuasan," kata ibu kepada Keisha Laila, 3. Selit Adi yang akan muncul dengan gimik persembahan istimewa sebagai penyampai anugerah ASK2012, trofi juga bukan perkara yang dikejar olehnya selama ini kerana dia sedar lebih ramai lagi aktor yang hebat ada di luar sana. "Alhamdulillah lebih lapan tahun bertapak di lapangan lakonan, tanpa sebarang anugerah yang saya menang pun, rezeki dan tawaran tidak pernah terhenti. Ada saja pihak dan produksi yang percaya dan yakin dengan hasil kerja saya selama ini. "Malah kalau diberi pilihan untuk saya memilih antara trofi dan peluang, saya pastinya pilih peluang kerana itu adalah kesinambungan kepada rezeki untuk diri saya dan keluarga. Bagi saya anugerah itu suatu bonus dan saya akan tetap berlakon seperti biasa sama ada menang atau kalah," kata pelakon filem Aku Terima Nikahnya ini. Mungkin betul apa yang dikatakan Adi itu, walaupun tanpa anugerah, wajahnya tidak henti mewarnai drama televisyen di Malaysia. Abil juga tidak henti terkejar-kejar ke lokasi penggambaran. Habis sebuah drama, esoknya mereka terus memegang skrip baru bagi produksi yang berbeza. Sebelum ini, Abil yang dianggap calon terbaik merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atas lakonan bersahaja melalui filem Bohsia. Namun dia kecundang di tangan aktres lain. Bukan saja FFM atau ASK2012 malah nama Adi sendiri pernah tidak langsung tersenarai dalam anugerah Blockbuster 2012 sedangkan hasil kerjanya bersusun panjang. Enggan menuding jari atau menjatuh hukum, sebaliknya jelas kedua-dua pelakon terkenal ini, semuanya adalah percaturan yang diaturkan Tuhan dan mereka tidak pernah menyesal menjadi anak wayang. Aktor berusia 31 tahun ini juga gembira apabila kehadiran Zara Adelia Haadi yang baru berusia sebulan. Tujuh tahun lamanya menanti bersama isteri tersayang, Zuhaida Yusof, 37, yang lebih mesra disapa Aida, akhirnya rumah tangga mereka lebih bahagia dengan kehadiran Adelia pada 24 Oktober lalu. Jelas Adi yang membahasakan dirinya sebagai Walid kepada Adelia, anaknya itu adalah permata buat dia dan isterinya. "Jika dulu saya hanya berlakon dan bekerja untuk diri sendiri dan isteri, sekarang apa saja yang saya lakukan adalah untuk membesarkan Adelia. Alhamdulillah saya dan isteri dipertemukan dengan Adelia dan siapa sangka, kuasa Allah SWT berjaya mengubah keseluruhan kehidupan kami berdua dan menjadikan ikatan kasih sayang semakin kuat berbanding sebelumnya. "Tidak bermaksud sebelum ini kami berdua ambil mudah dengan perkahwinan namun tanpa anak yang menceriakan rumah tangga, masing-masing hanya sibuk mencari rezeki dan bekerja tanpa satu hala tuju. Sekarang kami sudah ada tanggung jawab baru. "Kelakarnya, saya rasa macam baru bermula berlakon kerana semangat dan perasaan sudah berubah 360 darjah. Terus-terang, sebelum ini saya hanya mendengar cerita daripada kawan-kawan mengenai bayi mereka dan apabila sudah menjadi ayah, barulah saya dapat rasakan pengalamannya sendiri," katanya tersenyum sambil menunjukkan gambar-gambar Adelia dalam telefon bimbitnya. Namun pinta dalam nada lembut Adi, usahlah diletakkan status anak angkat kepada Adelia kerana ia sedikit sebanyak akan mengundang rasa kurang selesa kepada mereka. Bayi comel berkulit putih itu dilahirkan pada 18 Oktober lalu. "Sama macam pasangan ibu bapa lain, kami berdua bergilir-gilir bangun pagi membancuh susu dan menyalinkan lampin. Walaupun penat dan mengantuk, kami puas kerana inilah yang kami tunggu-tunggu selama ini," katanya. | |||
| Posted: 07 Nov 2012 08:33 PM PST ENAM perompak menunggang motosikal berkuasa tinggi merompak kedai emas. Mereka mengenakan pakaian hitam dan topi keledar penuh sambil menunggang tiga motosikal berkuasa tinggi dalam sebuah pusat beli-belah sebaik saja ia dibuka, semalam. Pembonceng ketiga-tiga motosikal itu melompat turun lalu memecahkan dinding kaca kedai barang kemas menggunakan kapak dan kayu pemukul. Saksi berkata, perompak itu menunggang motosikal ke bahagian atas menuju ke kedai barang kemas Fraser Hart di pusat beli-belah Brent Cross di utara London. Mereka dipercayai mengambil jam tangan jenama Cartier dan Rolex serta barang kemas lain sebelum melarikan diri. Menurut saksi, orang ramai menjadi panik apabila melihat kejadian itu. Ada yang melarikan diri ke pintu keluar manakala beberapa kedai tidak membenarkan pelanggan mereka keluar ketika rompakan itu berlaku. Michelle Webber, 36, yang berada di situ berkata, dia masuk dari pintu yang digunakan oleh kumpulan itu, berdekatan dengan kedai John Lewis dan New Look. Katanya, dia masuk kira-kira 10 minit sebelum rompakan itu berlaku dan mendengar seorang lelaki di belakangnya berkata, "Mari mulakan keseronokan." Tidak lama selepas itu, Michelle berkata, keadaan di dalam pusat beli-belah itu menjadi tegang. "Seorang lelaki berlari ke arah kami dan menjerit supaya semua orang keluar. Waktu itu saya terfikir mungkin ada bom dan saya mula teringatkan anak saya dan keluarga. Saya mula ketakutan dan orang ramai mula berlari keluar dalam keadaan panik," katanya. Michelle berkata, orang ramai mula berlari ke arahnya dan cuba menjauhkan diri daripada tempat rompakan itu. "Di sekitar kami, kedai mula ditutup dan barulah kami sedar sesuatu yang serius telah berlaku. Seorang lelaki memberitahu saya ada perompak bermotosikal di bahagian atas memecah kedai emas dengan kapak," katanya. Seorang jurugambar, Rick Treister yang dalam perjalanan ke kedai Apple di Brent Cross mendengar suara orang berteriak dan kaca pecah. Beberapa saat kemudian, tigag motosikal dipecut dengan laju ke arahnya melepasi kedai kasut Clarks. Katanya, "Saya tidak sempat untuk merasa takut, kejadian itu seperti mimpi." "Ia seperti filem James Bond dan anda tidak percaya kejadian seperti ini berlaku dalam pusat beli-belah Brent Cross," katanya. Rick terus mengeluarkan telefon bimbit dan berjaya merakam satu gambar. "Lelaki yang menunggang motosikal di hadapan menjerit sesuatu kepada saya ketika dia melintas di hadapan saya," katanya. Katanya, keadaan menjadi huru hara. Wanita yang bekerja di kedai John Lewis menjerit manakala lelaki yang bekerja di kedai emas itu menjerit mengeluarkan kata-kata kesat ke arah perompak. | |||
| Rita Rudaini berjaya permohonan bantah perintah kembali taat Posted: 07 Nov 2012 08:31 PM PST Rita Rudaini Mokhtar Hakim Syarie Saharuddin Selamat membuat keputusan itu, selepas membatalkan permohonan perintah kembali taat oleh Aidil terhadap Rita dengan kos ditanggung oleh Aidil. Beliau dalam keputusannya berkata, mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu atas alasan Aidil tidak menyatakan alamat pemastautin yang tepat di dalam permohonannya itu. Sebelum itu, Rita memberitahu mahkamah, pihaknya baru dimaklumkan, peguam syarie, Ahmad Nazib Johari yang mewakili Aidil telah menarik diri daripada mewakili Aidil pada 30 Oktober lalu. Pada prosiding hari ini, Rita diwakili oleh peguam syarie, Mohd Ihsan Mohd Daud yang hadir bagi pihak peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang tidak hadir kerana mengendalikan kes di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan. Sementara Aidil tidak hadir buat kali ketiga tanpa alasan dan wakil. Aidil, 25, memfailkan perintah kembali taat pada 15 Mei lalu supaya Rita, 36, dan dua anak lelaki mereka, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, menetap di rumah yang disediakan oleh Aidil yang terletak di USJ1 di sini. Pada tarikh tersebut juga, Aidil menarik balik permohonan cerainya terhadap Rita atas alasan ingin berbaik semula. Pasangan itu bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 kerana tidak mendapat restu keluarga Aidil. Mereka tinggal berasingan sejak lima bulan lalu selepas Aidil dikatakan meninggalkan rumah kelamin mereka di Damansara di sini. | |||
| Posted: 07 Nov 2012 08:16 PM PST
IDEA membina aplikasi telefon pintar untuk pengguna membaca blog sudah lama difikir dan diperkata oleh pengasas bersama Netccentric yang juga pengendali NuffNang, Timothy Tiah, 28, bersama rakan-rakannya. Namun, lelaki yang berasal dari Pulau Pinang itu mengambil langkah menunggu jika terdapat pihak luar yang akan membangunkan teknologi sedemikian. Membuat sebuah teknologi aplikasi yang berbeza dan baharu sangat mahal dan memerlukan ketelitian yang tinggi. Sepanjang penantian Timothy, hanya sebuah aplikasi yang dicipta untuk blog iaitu bloglovin' dari Sweden. Bagaimanapun, Timothy merasakan aplikasi tersebut sangat ringkas dengan menyenaraikan laman blog yang diikuti sahaja. Selepas menunggu selama tiga tahun, dia dan pasukannya mengambil keputusan untuk mereka sendiri aplikasi tersebut. Bermula dengan kajian dan penyelidikan, pasukan Timothy yang dianggotai lapan orang pekerja dari Malaysia dan Singapura membina aplikasi seperti yang diimpikan olehnya selama sembilan bulan. Maka, NuffnangX direalisasikan. Mereka bertindak dan bekerjasama mengikut kepakaran masing-masing seperti pembangun dan pereka aplikasi, pengurusan bakat serta pembangunan perniagaan. NuffnangX merupakan sebuah aplikasi membaca blog pertama di Asia dan baru sahaja dilancarkan pada 18 September lalu. Ia boleh dimuat turun secara percuma ke semua peranti yang menggunakan sistem OS dan Android. Cabaran terbesar dalam proses pembangunan aplikasi adalah untuk memastikan setiap komen dan post baharu dikemaskini dalam aplikasi telefon seiring dengan versi laman web. Kini, para pembaca blog tidak lagi perlu menggunakan kaedah tradisional pada telefon pintar dengan membuka pelayar web (browser). Mudahkan pengguna mobil Penulis inibelogsaya.blogspot.com, Hanis Zalikha Zainal, 21, berasakan aplikasi tersebut sangat mudah dan setiap kemaskini blog yang diikutinya sentiasa diketahui walaupun sedang berada di lokasi penggambaran. ![]() TIMOTHY (kiri) bertindak sebagai penggerak idea NuffnangX bergambar dengan pasukan yang membangunkan aplikasi untuk telefon pintar itu. Hanis yang berasal dari Shah Alam, Selangor telah menambah satu lagi cabang dalam portfolio iaitu sebagai pengacara rancangan MadMarket di saluran TV9. "Saya sentiasa on the go, jadi NuffnangX memudahkan saya mengikuti perkembangan para blogger lain. Jadi, apabila pulang ke rumah, saya hanya perlu mengemaskini blog," ujarnya dalam perbualan dalam talian telefon kepada Kosmo! NuffnangX mempunyai reka letak yang lebih kemas dan memudahkannya membaca kemaskini terbaharu. Laman blog tidak perlu dibaca pada pelayar web lagi, kata Hanis yang sebelum ini menggunakan browser Safari. Hanis sudah empat tahun menulis blog dan pernah beberapa kali tercalon dalam Anugerah Blog Nuffnang Asia Pasifik yang dianjurkan secara dwitahunan. Langkah berani pasukan Timothy mengeluarkan bajet untuk sebuah aplikasi yang pasti tidak memberi keuntungan pantas itu semata-mata mahu orang ramai dapat membaca blog di mana-mana. Selepas dua minggu ia dilancarkan, sudah lebih 15,000 pengguna memuat turun dengan kenaikan berkala secara tetap iaitu sekitar 1,000 orang dalam sehari. Kebanyakan yang memuat turun ialah pengguna dari Malaysia, Singapura dan Filipina. Tempoh yang panjang diperlukan untuk membina aplikasi tersebut adalah kerana ia perlu melalui beberapa fasa seperti pembangunan teknologi, penyelarasan sistem dan terakhir, ujian operasi. Seakan-akan menggunakan laman blog mikro, Twitter, NuffnangX membolehkan pengguna mengikuti blog kegemaran dan setiap kemaskini terbaharu akan dipaparkan kepada peranti pemilik. Ciri paling penting yang dapat dilihat pada aplikasi tersebut ialah teknologi Elevator Pitch yang boleh memaparkan sepotong ayat dalam sebuah kemaskini. "Jadi, pengguna dapat membaca tajuk dan isi penting cerita sebagai pengenalan pada keseluruhan kemaskini," kata pengurusan bakat Netccentric, Shahzeeq Shahren, 24, ketika ditemui di pejabat pengendali Nuffnang di Kuala Lumpur baru-baru ini. Berfungsi seperti newsflash (berita kilat), Elevator Pitch akan mengesan isi-isi penting atau ayat-ayat menarik dalam sebuah kemaskini secara automatik untuk dijadikan sebagai intro blog dalam aplikasi NuffnangX. Berbeza dengan newsflash yang hanya dapat memaparkan ayat pertama dalam sebuah tajuk berita. Newsflash sangat relevan untuk berita kerana format penulisannya yang memerlukan semua maklumat dikarang pada perenggan pertama. Format mengarang blog pula agak santai, tidak terikat dengan formaliti dan kadangkala isi penting sesebuah kemaskini tidak berada pada perenggan pertama bergantung kepada gaya penulisan blogger. Lebih interaktif Inti pati sebuah cerita tidak semestinya berada pada perenggan pertama, malah kadangkala wujud dalam bentuk petikan. Jadi, Elevator Pitch amat diperlukan supaya bersesuaian dengan konsep mobil telefon pintar.
Teknologi yang masih lagi dalam proses mempaten itu mampu mengesan daripada sebuah kemaskini yang mempunyai beribu-ribu perkataan. Setakat ini, Elevator Pitch sangat sesuai pada blog bahasa yang ditulis menggunakan abjad Rumi seperti bahasa Melayu, Indonesia, Tagalog dan Inggeris. Melalui NuffnangX juga, pengguna sama ada pembaca atau pemilik blogger dapat berinteraksi dengan menggunakan ruangan komen. "Ruangan komen dipermudah menjadi seperti sebuah ruangan chat. Ruangan chat itu pula wujud dalam sebuah senarai komen yang dibuat pada sebuah kemaskini," terang Shahzeeq bersungguh-sungguh. Justeru, pemilik blog tidak lagi akan terlepas untuk memberi maklum balas kepada para pembaca. Terdapat beribu-ribu bilangan blog yang terdapat dalam jaringan internet. Setiap satunya mempunyai perbezaan dari segi aspek penulisan bahasa dan tema yang mahu disampaikan. Pada blog-blog dalam tema yang sama pula, amat sukar untuk para pembaca mencari blog yang bermutu dari segi bahan penyampaian mahupun gaya penulisan. Bagaimanapun, aplikasi NuffnangX membantu pembaca dengan mengesyorkan blog terpilih di seluruh dunia berdasarkan kepada carian yang paling kerap dibuat oleh pengguna telefon pintar. "Dengan pengenalan NuffnangX, saya menyasarkan pembaca blog melalui peranti mudah alih meningkat sehingga 50 peratus," kata Timothy meletakkan harapan. | |||
| Yuna mahu hidup solo dua tahun lagi Posted: 07 Nov 2012 08:15 PM PST
DUA minggu lepas, penyanyi terkenal Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai, 25, kehilangan gitar kesayangannya apabila van pemuzik yang digunakan untuk konsert jelajah di Seattle, Amerika Syarikat telah dirompak. Selain gitar kesayangannya itu, beberapa alat muzik milik rakan-rakan pemuzik lain turut dirompak dalam kejadian berkenaan. Kejadian seumpama ini merupakan insiden kali kedua yang berlaku kepada penyanyi itu. Kali pertama, keretanya telah dipecah masuk di Subang Jaya, Selangor pada bulan Mei lalu dan sebuah gitar milik penyanyi Diandra Arjunaidi yang merupakan anak didiknya dilaporkan hilang dalam kejadian tersebut. Ketika ditemui selepas majlis pelancaran Yuna sebagai duta produk pewangi Sence baharu keluaran syarikat Tohtonku Sdn. Bhd. di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini, penyanyi itu menceritakan apa yang berlaku di Seattle itu. Kosmo!: Bolehkah Yuna ceritakan mengenai kejadian rompakan itu? YUNA: Rompakan berlaku sebaik saya selesai menjalani siri jelajah konsert di sana dan alatan muzik tersebut berada di dalam van pemuzik saya. Saya tiada di Seattle ketika kejadian kerana dalam penerbangan untuk ke Los Angeles. Apakah barang peribadi anda yang hilang dalam kejadian tersebut? Gitar kesayangan saya yang berwarna coklat. Walaupun ia merupakan gitar tajaan syarikat Gitar Store Malaysia, namun saya selalu gunakannya ketika persembahan. Ada barang lain lagikah yang hilang? Baju-T yang ada tulisan nama saya turut hilang. Selain itu, alat-alat muzik rakan pemuzik lain juga hilang kerana kami letak semua alat muzik itu bersama dalam sebuah van jelajah. Berapakah anggaran harga barang yang hilang? Hampir RM100,000 termasuk gitar saya. Apakah perasaan anda ketika mendapat tahu semua alat muzik itu telah dicuri? Saya sebenarnya sudah dapat rasa akan berlaku kejadian ini sebab di Amerika Syarikat kejadian rompakan seumpama ini sering berlaku. Lagipun perkara sudah terjadi dan saya harus menerimanya. Sudah dua kali barangan milik anda dirompak pada tahun ini. Apakah tindakan anda selepas ini? Saya akan usung ke mana sahaja gitar baharu yang ditaja oleh Gitar Store nanti. Walaupun ia berat, saya tetap akan bawa ke bilik hotel dan tidak akan tinggalkan barangan saya di mana-mana lagi. Bolehkah berkongsi sedikit tentang perkembangan karier Yuna di Amerika Syarikat? Alhamdulillah, muzik saya diterima dengan cukup baik di sana. Saya cukup bersyukur dan rasa seronok, lebih-lebih lagi dalam kebanyakan masa selepas buat persembahan, ada penonton yang berminat untuk beli cakera padat saya. Agaknya berapa lama lagi anda akan berulang-alik antara Amerika dan Malaysia? Saya tidak tahu lagi kerana buat masa ini, saya melihat karier saya baru ingin berkembang positif di sana. Jika ada jangka waktu pun, mungkin saya perlu berulang alik untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi bagi memastikan semuanya berjalan stabil. Bagaimana dengan peminat anda di Malaysia. Tidak takut akan kehilangan mereka sebab sering ke luar negara? Malaysia akan tetap menjadi keutamaan saya. Peminat di sini tetap di hati saya. Saya akan sentiasa balik untuk menemui mereka. Setakat ini sudah tujuh kali saya balik ke Malaysia untuk tujuan itu (berjumpa peminat). Bagaimana pula dengan hubungan anda dengan bekas kekasih, Qi? Saya tidak mahu komen. Saya rasa, saya akan memegang status solo untuk tempoh yang lama. Mungkin untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi dan baru boleh memikirkan soal pasangan hidup. | |||
| Posted: 07 Nov 2012 08:13 PM PST ![]() LAMAN web mencari jodoh inilah digunakan oleh sindiket pembekal gadis peneman mempromosi alamat blog gadis berkenaan. KUALA LUMPUR – Populariti laman web sosial pada masa kini menjadikannya medium yang digunakan oleh banyak pihak bagi mempromosi perniagaan masing-masing. Bagaimanapun, ada juga sesetengah laman web sosial dijadikan alat untuk memasarkan barangan termasuk perkhidmatan membekalkan pelacur atau gadis peneman. Salah satu daripadanya ialah laman web sosial mencari jodoh dari luar negara, www.tw**o.com yang disalahgunakan oleh pihak pembekal gadis peneman dari Malaysia untuk mencari pelanggan. | |||
| Naik gred tanpa perlu temu duga Posted: 07 Nov 2012 08:12 PM PST ![]() KERAJAAN berusaha melaksanakan pakej kerjaya guru baharu bagi meningkatkan kualiti perguruan di negara ini. - Gambar hiasan SEREMBAN - Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah program Pengajian Jarak Jauh akan dilantik terus ke Gred DG41 tanpa perlu hadir temu duga. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perkara itu semalam berkata, guru berkenaan boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan daripada proses temu duga. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan calon guru yang berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas menamatkan pengajian, akan dilantik terus tanpa proses temu duga sebagai guru pelatih mulai tahun depan. Pada bulan lepas beliau mengumumkan bahawa calon guru yang bakal dipilih ialah 30 peratus dalam kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan. | |||
| Pelacur salun hias kuku diserbu Posted: 07 Nov 2012 08:12 PM PST
KUALA LUMPUR – Taktik licik satu sindiket pelacuran yang menjalankan aktiviti persundalan dengan berselindung di sebalik salun menghias kuku terbongkar apabila diserbu sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman kelmarin. Serbuan pukul 10.45 malam di Jalan Mega Mendung, Jalan Klang Lama di sini itu berjaya menahan lapan wanita Vietnam dan dua warga China berusia antara 18 hingga 31 tahun yang disyaki pelacur. Turut ditahan seorang penjaga premis berusia 48 tahun. Ketua operasi, Inspektor Muhammad Md. Jais berkata, ketika serbuan, seorang pelacur didapati sedang ghairah melayan seorang lelaki Bangladesh berusia 39 tahun. Lelaki itu dibebaskan selepas keterangannya diambil. | |||
| Posted: 07 Nov 2012 08:11 PM PST ![]() DI SINILAH tempat seorang wanita dibelasah sekumpulan sembilan individu di Jalan Kepong Isnin lalu. KUALA LUMPUR - Gara-gara memberi komen yang kurang menyenangkan ke atas gambar seorang gadis di laman sosial Facebook, seorang pekerja salun cedera selepas dibelasah sekumpulan sembilan individu dalam kejadian di sebuah perhentian bas di Jalan Kepong di sini Isnin lalu. Kejadian pukul 12.35 tengah malam itu berlaku ketika wanita berusia 18 tahun bersama suami, adik lelaki dan dua rakan lelakinya pergi ke tempat tersebut dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi untuk bertemu gadis berkenaan yang ditemani seorang lelaki dan empat wanita. Gadis itu dan rakannya datang dengan menaiki tiga buah kereta jenis Proton Persona, Nissan Sunny dan Toyota Vios. Difahamkan, suspek berang selepas mangsa dikatakan telah mengutuk gambar yang dimuat naik di laman popular tersebut sedangkan rakan-rakan lain memujinya. Sumber memberitahu, perbincangan itu bagaimanapun gagal mencapai kata persetujuan sebelum gadis yang mendakwa dihina mangsa telah menghubungi empat lagi supaya datang ke tempat pertemuan. | |||
| Posted: 07 Nov 2012 08:09 PM PST ![]() SEKUMPULAN anggota bomba memeriksa pesawat jenis Twin Otter milik MASwings yang terbabas semasa mendarat di Lapangan Terbang Marudi, Sarawak semalam. MARUDI – Seramai 17 penumpang termasuk seorang juruterbang nyaris maut apabila sebuah pesawat ringan jenis Twin Otter milik MASWings terbabas sebaik mendarat di Lapangan Terbang Marudi di sini semalam. Dalam kejadian pukul 2.33 petang, pesawat MH3562 yang dalam penerbangan dari Miri ke Marudi tersasar sejauh 10 meter dari hujung landasan dan tergelincir ke dalam parit sedalam satu meter. Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Abu Bakar Mokthar berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.38 petang, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian. Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika cuaca dalam keadaan baik dan pesawat terbabit dipercayai terbabas semasa juruterbang melakukan pendaratan. "Semua penumpang dan anak kapal disahkan selamat. Namun, ada seorang penumpang mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan terus dikejarkan ke Hospital Marudi," katanya di sini semalam. | |||
| i-Great Teras selesai masalah kewangan Posted: 07 Nov 2012 08:08 PM PST ![]() TIMBALAN Ketua Bahagian Ejen Pengedaran, Ariff Azhan Abd. Ghani (kiri), Zafri (tengah) dan Timbalan Presiden Pembangunan Produk GETSB, Shizal Fisham Ramli bergambar pada majlis pelancaran pelan i-Great Teras di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Orang ramai kini berpeluang untuk menjalani kehidupan bebas daripada masalah kewangan melalui pelan takaful keluarga baharu, i-Great Teras, yang diperkenalkan oleh Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GETSB). Menurut Ketua Kewangannya, Zafri Ab. Halim, pelan tersebut membolehkan hutang persendirian atau perniagaan pemegang polisi dapat dilangsaikan walaupun mereka sudah meninggal dunia. "Ramai rakyat Malaysia dibebani hutang untuk memenuhi kehidupan mereka seperti penggunaan kad kredit, pembiayaan rumah, kos perubatan, pinjaman pendidikan dan sebagainya. "Melalui i-Great Teras, mereka kini tidak perlu risau untuk menyelesaikan hutang-hutang tertunggak kerana semuanya akan diuruskan melalui wang yang dilaburkan dalam pelan ini," katanya pada majlis pelancaran pelan i-Great Teras GETSB di sini semalam. | |||
| Ikan kap panggang jadi menu istimewa di Iraq Posted: 07 Nov 2012 07:59 PM PST ![]() SEORANG penjaja memanggang seekor ikan kap di Baghdad pada 5 Oktober lalu. BAGHDAD - Rata-rata pengunjung yang tiba di al Khadra, Iraq pasti akan memilih menu istimewa masgouf yang merupakan santapan popular Iraq dengan menggunakan ikan kap yang dipanggang. Ikan segar itu dibelah dua dan dimasak dengan kombinasi bawang, rempah-ratus dan sos tomato. Haiwan tersebut kemudian dipanggang di atas rak di dalam sebuah lubang yang dipenuhi bara api. Pelanggan dikenakan bayaran sekitar 40,000 dinar (RM100) untuk setiap hidangan masgouf. Harga untuk hidangan ini dipercayai mahal mengikut standard restoran di Iraq. Bagaimanapun, kebanyakan penduduk di sini memilih untuk membeli ikan di pasar dan memasaknya di rumah. Seorang penduduk Iraq Umm Ahmed memilih seekor ikan kap di sebuah pasar di Shawka yang terletak di pusat bandar Baghdad untuk dijadikan menu masgouf. "Saya memasak menu masgouf dan ia menjadi memori untuk anak dan suami saya. "Mereka terbunuh dalam satu serangan pada tiga tahun lalu, semasa solat Jumaat," katanya sedih. Seorang peniaga, Harith Faraj, yang mengusahakan sebuah gerai jualan ikan segar bersetuju dengan mendakwa bahawa harga ikan lebih murah berbanding daging. "Sekilo ikan berharga 6,500 dinar (RM15.25). "Kini, ikan semakin mampu dibeli oleh setiap orang. Beberapa tahun lalu ia terlalu mahal," katanya. | |||
| Posted: 07 Nov 2012 07:58 PM PST
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin berjanji untuk melakukan pembaharuan selepas dia memenangi pilihan raya presiden AS. Presiden yang ke-44 itu menyatakan demikian ketika berucap pada perhimpunan kemenangannya di Chicago selepas keputusan pilihan raya diketahui. "Pada malam tadi, anda mengundi untuk tindakan bukan dasar seperti kebiasaannya. "Dalam tempoh beberapa minggu dan bulan, saya memandang ke hadapan untuk bekerja dengan para pemimpin daripada pelbagai pihak untuk menemui cabaran baharu yang akan kita selesaikan bersama, mengurangkan defisit, memperbaharui kod cukai dan memperbaiki sistem imigresen," kata Obama. Beliau juga meminta penduduk AS untuk terus menyimpan harapan tentang masa depan AS. "Saya meminta anda untuk meneruskan harapan itu. "Saya selalu percaya bahawa harapan merupakan suatu perkara yang degil di dalam diri kita yang wujud," tambahnya. Pencabar Obama, bekas gabenor Massachusetts, Mitt Romney mengaku kalah pada pilihan raya itu. "Ini merupakan waktu cabaran hebat untuk negara kita. Saya berdoa presiden akan berjaya mengetuai negara kita," katanya. Sementara itu, pergerakan Taliban semalam meminta Obama menumpukan masalah di dalam negaranya dan menarik semua anggota tenteranya dari Afghanistan dengan segera. "Obama menyedari bahawa Amerika letih dengan peperangan dan kos perang itu. "Beliau perlu menarik semua anggota tentera dari negara kita dengan segera bagi mengelak lebih ramai anggota tentera Amerika," kata jurucakap Taliban, Zabiulla Mujahid dalam satu kenyataan. Terdapat 67,000 anggota tentera AS yang menentang anggota Taliban. Lebih 2,000 anggota tentera AS terbunuh sejak 2001 di Afghanistan. | |||
| Posted: 07 Nov 2012 07:57 PM PST
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memenangi pilihan raya presiden AS dengan menewaskan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney kelmarin. Obama, 51, yang merupakan penduduk kulit hitam pertama menjadi presiden pada 2008 memenangi dengan mudah 303 undi pemilih berbanding Romney, 65, yang memperoleh 206 undi. Obama menang di 26 negeri tanpa mengambil kira pengiraan di Florida. AS mempunyai 50 buah negeri. Kemenangan Obama pada pilihan raya kali ini adalah di kebanyakan negeri yang pernah dimenanginya pada pilihan raya 2008. Obama turut mencipta sejarah sebagai presiden kulit hitam pertama yang memegang jawatan presiden AS bagi tempoh dua penggal. Sementara itu di negeri Florida memperuntukkan 29 undi pemilih kepada pemenang undi popular. Pengiraan undi di Florida masih belum diketahui setakat pukul 11 malam semalam waktu Malaysia. Bagaimanapun, Obama dari parti Demokrat sudah dianggap memenangi pilihan raya presiden kerana beliau hanya memerlukan 270 daripada 538 undi pemilih untuk memegang jawatan tersebut buat penggal kedua. Pada pilihan raya 2008, Obama memenangi 365 undi pemilih berbanding pencabarnya, Senator McCain dari parti Republikan dengan 173 undi. Undi pemilih itu diberikan kepada calon presiden yang memenangi undi popular terbanyak di sesebuah negeri kecuali di Maine dan Nebraska. Negeri Maine menetapkan dua undi pemilih diberikan kepada pemenang undi keseluruhan terbanyak manakala dua lagi diberikan kepada calon presiden yang memperoleh undi paling banyak di dua daerah Kongres AS. Bagaimanapun, di negeri tersebut, Obama menyapu bersih keempat-empat undi tersebut. Pada tahun 2008, Obama mendapat empat undi pemilih di negeri itu. Di negeri Nebraska, tiga undi pemilih diberikan kepada pemenang undi terbanyak di tiga daerah Kongres AS manakala dua lagi diberikan kepada calon presiden yang memenangi paling banyak undi popular. Romney menyapu bersih kesemua undi pemilih di negeri itu. Pada tahun 2008, Obama hanya memperoleh satu undi pemilih di negeri berkenaan. Pada pilihan raya presiden menyaksikan, bilangan undi pemilih yang diperoleh Romney lebih banyak daripada McCain yang menentang Obama pada pilihan raya 2008. Pada pilihan raya 2008, Obama menang di Carolina Utara dan Indiana. Namun pada kali ini, Romney menang di kedua-dua negeri itu. Menurut akhbar Wall Street Journal, Romney menang 60 peratus undi penduduk kulit putih manakala Obama hanya memperoleh 38 peratus kurang lima peratus pada pilihan raya 2008. Romney merupakan bekas gabenor Massachusetts dan seorang jutawan bertanding buat kali pertama menentang Obama. | |||
| Posted: 07 Nov 2012 07:56 PM PST ![]() GAMBAR fail menunjukkan seekor gajah purba dan anaknya. MEAUX, Perancis - Satu rangka seekor gajah purba yang hampir lengkap dipercayai hidup antara 200,000 dan 500,000 tahun dahulu ditemui berhampiran Paris, kata Institut Penyelidikan Arkeologi Penyenggaraan Kebangsaan Perancis kelmarin. Rangka itu ditemui di Changis-sur-Marne, timur laut Paris. Penemuan tersebut melibatkan tulang paha, pelvis, rahang dan empat bahagian vertebra. Gajah itu diberi nama Helmut oleh pasukan yang menemuinya dan dianggarkan berusia antara 20 dan 30 tahun. | |||
| Psy dakwa Gangnam Style bukan kejayaan sebenarnya Posted: 07 Nov 2012 07:55 PM PST ![]() PSY menghadiri sidnag akhbar di Paris kelmarin. PARIS - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy kelmarin mengaku bahawa lagu Gangnam Style bukan kejayaan sebenar kerana kejayaannya akan dilakar menerusi lagu terbaharunya nanti. Psy, 34, berkata, dia tidak bersetuju kejayaannya telah tercipta kerana lagu Gangnam Style. "Saya tidak melakukan apa-apa, orang ramai menonton YouTube, mereka menemui muzik video ini dan membawa ia kepada dunia. Bukannya saya (yang menyebabkan lagu itu menjadi popular). "Kini giliran saya pula. Lagu kedua ini saya akan melakarkan kejayaan," katanya ketika sidang akhbar di sini. Sehari sebelum itu, Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang berjaya menarik kira-kira 20,000 penonton menyaksikan persembahannya di Dataran Trocadero, Paris. Album terbaharunya yang bakal diterbitkan Mac tahun depan menampilkan sebuah lagu baharu dalam bahasa Korea dan Inggeris serta sejumlah lagu daripada album lamanya. "Kepada warga Korea Selatan, ia akan menjadi hit terhebat Psy tetapi, kepada dunia, ia adalah sesuatu yang baharu. Ia akan menjadi album sulung antarabangsa saya," katanya. Di laman YouTube, persembahan tarian kuda Psy telah ditonton lebih 665 juta kali. | |||
| Posted: 07 Nov 2012 07:53 PM PST ![]() PEMENANG bagi setiap kategori Junior, Senior dan Anugerah Istimewa MRM bergambar beramai-ramai pada akhir majlis. SEKALI pandang, replika rumah anak patung yang dibina Nur Natasya Amera Azman dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jelutong itu kelihatan biasa sahaja. Rumah kecil yang dilengkapi katil, meja solek, tingkap dan beberapa perhiasan lain termasuk satu figura anak patung berambut perang itu dipamerkan di satu sudut ruang legar Publika, Solaris Dutamas. Bagaimanapun, jika dilihat dengan teliti, replika yang dihasilkan pelajar terbabit ada tarikan. Ia sangat kemas dan mempunyai susun atur yang sangat menarik. Itu kelebihan terhadap model kediaman anak patung milik pelajar berusia 11 tahun yang membolehkan Nur Natasya Amera muncul juara bagi kategori Junior dalam program Out of the Carton: Eco Design Competition 2012. Dilancarkan awal bulan Jun lalu, pertandingan yang terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan institusi pengajian tinggi (IPT) itu mengajak mereka mencabar minda dan berfikir di luar kotak bagi menghasilkan produk yang bernilai daripada kotak minuman yang telah digunakan. Bagi kategori Junior, ia bertemakan My Favourite Toy manakala Protects What's Good merupakan tema kategori Senior. Menurut Nur Natasya Amera, dia hanya mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan rekaan tersebut. Idea untuk mencipta rumah anak patung itu timbul lantaran dia sendiri meminati permainan anak patung. Pentingnya kitar semula "Saya menggunakan lebih daripada 50 kotak minuman terbuang untuk menghasilkan rekaan ini. Selain mengutip kotak-kotak minuman di sekolah, saya juga meminta ibu membelikan kotak minuman pelbagai jenama," ujarnya sambil mengakui program tersebut mampu mendidik para pelajar menyedari kepentingan kitar semula. Kemenangan itu membolehkan Nur Natasya Amera menerima wang tunai bernilai RM3,000, sijil penyertaan, hamper bernilai RM500 serta sebuah bangku yang diperbuat daripada kotak minuman kitar semula bernilai RM2,000 untuk diletakkan di sekolah. Tempat kedua pula dimenangi oleh dua sahabat baik, Najmi Shafulizan & Amir Khalid dari SK Bandar Tun Razak dengan rekaan bertajuk Keep Clean, Keep Green. Mereka menerima wang tunai RM2,000 dan hamper bernilai RM200 manakala Leong Ka Hei dari SK Assunta 1 menduduki tempat ketiga dan membawa pulang RM1,000 serta sijil penyertaan melalui rekaan Solar Organizer Train yang dihasilkan. Untuk kategori Junior, penyertaan Lee Jie Teng yang menampilkan rekaan Folding Night Lamp dinobatkan sebagai juara sekali gus meraih wang tunai bernilai RM5,000, lawatan dua hari satu malam ke Singapura, sijil penyertaan dan sebuah bangku daripada kotak minuman kitar semula bernilai RM2,000. Pelajar dari Malaysian Institute of Art berusia 22 tahun itu mengakui kemenangan yang diperoleh langsung tidak dijangka. Ini kerana dia menyertai pertandingan sekadar untuk mencabar kreativiti diri. Contoh model "Saya sangat gembira kerana rekaan yang diilhamkan daripada kipas tangan China itu menarik perhatian para juri. Sebelum menyiapkan rekaan sebenar, saya turut membuat contoh model beberapa kali bagi memastikan keberkesanan produk tersebut," jelas Jie Teng yang mengambil masa kira-kira tiga minggu menyiapkan Folding Night Lamp itu. Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas, Kelantan, Siti Nurhaslinda Kamaruddin yang mencipta Arch Clutch pula memenangi tempat kedua dan menerima wang tunai RM3,000 serta sijil penyertaan manakala rekaan Pencil Case oleh Tan Yien Jieh dan Pang Jia Ling dari The One Academy menduduki tempat ketiga. Mereka memperoleh wang tunai RM2,000 dan sijil penyertaan. Pertandingan ini dianjurkan buat pertama kalinya oleh Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tetra Pak) dengan kerjasama Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) yang turut mendapat penajaan jenama minuman Delite, Dutch Lady, Homesoy, Marigold, Milo, Seasons dan Yeo's. Menurut Pengarah Urusan Tetra Pak (Malaysia, Singapura, Filipina) Sdn. Bhd., Gaine Clarke, pertandingan itu dicipta khusus untuk mencabar kreativiti peserta dalam menukar 'sampah' kepada sesuatu yang berharga. "Kami menerima lebih 200 penyertaan bagi kedua-dua kategori dan sebagai penganjuran sulung, ia boleh dibanggakan. Apa yang pasti, rata-rata peserta berjaya menghasilkan produk yang menarik dan mempunyai faktor wow. "Lantaran itu, ia sedikit-sebanyak menyukarkan kami dalam membuat penghakiman," terang Clarke sambil memberitahu pihaknya mungkin menjadikan pertandingan ini sebagai salah satu acara tahunan mereka. Sementara itu, Pengurus Besar Kanan MRM, Futom Shikh Jaafar turut memuji inisiatif Tetra Pak. "Kami sangat gembira kerana berpeluang menjalin kerjasama dengan Tetra Pak melalui pertandingan yang menggabungkan inovasi rekaan terbaik dan kreativiti daripada alam sekitar," ujarnya yang menyokong program-program memupuk bakat anak-anak muda. | |||
| Inovasi iPod Nano generasi ke-7 Posted: 07 Nov 2012 07:52 PM PST ![]() GENERASI ketujuh iPod Nano tampil dengan skrin sentuh, ruang simpanan lebih besar dan warna yang lebih terang. KETIKA mula-mula diperkenalkan oleh Sony sekitar tiga dekad lalu, Walkman telah berjaya memenangi hati jutaan penggemar muzik seantero dunia. Lebih tepat lagi, stereo peribadi dengan pita kaset itu telah menjadi titik tolak kepada evolusi pemain media digital hari ini. Pernah menjadi kegilaan remaja suatu ketika dulu, Walkman membolehkan pengguna memainkan kaset hampir di mana-mana sahaja. Sungguhpun agak besar apabila diklipkan pada tali pinggang pemakainya dan bekalan kuasa bateri yang terhad, ia mendapat sambutan yang hangat, malahan ia dikatakan lebih popular berbanding penggantinya - Discman yang memainkan cakera padat (CD) lagu. Pada 2001, Apple telah membuka lembaran baharu dalam dunia gajet digital apabila memperkenalkan iPod Nano – pemain media mudah alih yang membolehkan pengguna menikmati muzik MP3 kegemaran mereka menerusi storan dalaman dan bukannya menerusi kaset atau CD. Inovasi itu menyelesaikan dua kekangan yang sebelum ini wujud iaitu saiz peranti itu sendiri dan masa operasinya. Tanpa mekanisme pemutar yang digunakan di dalam pemain kaset atau CD, saiz pemain multimedia itu dapat dikecilkan sekali gus memudahkannya untuk disimpan. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan kuasa bateri di samping memanjangkan tempoh penggunaannya sebelum baterinya perlu dicaj semula. Generasi ketujuh Apple tampil sekali lagi menerusi keluaran iPod Nano generasi ketujuh mereka baru-baru ini. Didatangkan dengan paparan skrin LCD berukuran 2.5 inci dengan resolusi 432 x 240 piksel, iPod Nano itu menawarkan kaedah kawalan pelbagai sentuhan skrin kapasitif yang lebih responsif. Pengguna juga bukan sahaja boleh mendengar audio dalam format WAV, AAC, MP3, AIFF dan AA, malah boleh menonton video dalam format MP4, M4V dan MOV. Siaran radio juga boleh didengar secara terus. Dengan storan berkapasiti 16GB, ia sudah cukup untuk memuatkan kira-kira 4,000 buah lagu atau sekitar 16 jam rakaman video. Ini membolehkan pemiliknya menyimpan lagu atau video kegemaran mereka tanpa perlu risau akan ruang simpanan yang tidak mencukupi. iPod Nano generasi ketujuh itu juga dikatakan mampu membekalkan kuasa untuk memainkan video sehingga 3 jam setengah atau 30 jam untuk memainkan audio. Sungguhpun iPod dan pemain media mudah alih lain pernah mendapat tempat di hati pengguna, tetapi dengan kecanggihan telefon pintar hari ini yang mampu melakukan pelbagai tugasan termasuk memainkan fail video dan muzik dengan sokongan storan yang besar, penulis tidak pasti berapa lama lagi pemain mudah alih seperti ini mampu bertahan. Apa yang pasti, hanya inovasi yang berterusan mampu memastikan survival produk mereka. | |||
| Miniatur Ferrari daripada Shell Posted: 07 Nov 2012 07:50 PM PST
ADAKAH anda peminat setia Ferrari? Atau mungkin pelanggan tetap Shell yang tidak pernah ketinggalan mengisi minyak saban minggu di stesen petrol jenama tersebut? Jika salah satu daripada soalan di atas mempunyai jawapan ya, pasti berita ini menggembirakan anda. Bermula hari ini, Shell melancarkan satu promosi besar-besaran iaitu kempen kereta mini Ferrari yang diperbuat daripada blok-blok Lego untuk dikumpulkan pelanggan setia mereka. Melalui kolaborasi dengan dua jenama terkemuka antarabangsa, Ferrari dan Lego Group, ia menyaksikan Malaysia menjadi antara negara pertama di dunia yang melancarkan kempen ini. Model unik kereta dan figura mini Lego itu boleh dibeli secara eksklusif di stesen petrol Shell di seluruh negara dengan pembelian minimum produk Shell bernilai RM40. Sebanyak enam model kenderaan ikonik Ferrari yang dibina daripada Lego boleh menjadi koleksi peribadi terbaik anda atau dihadiahkan pada insan tersayang terutamanya anak-anak. Apa yang pasti promosi mengujakan itu menyatukan tiga jenama terkemuka global tersebut dan meraikan lebih 60 tahun semangat untuk prestasi terbaik antara Shell dan Ferrari. Merentasi dekad warisan permotoran yang meliputi trak, jalan raya dan kenderaan trek, model yang direka oleh Lego Group itu menggambarkan perkongsian semangat dan inovatif teknikal antara Shell dan Ferrari. ![]() TIDAK sampai 10 minit anda boleh memasang sendiri jentera lego Ferrari yang boleh dibeli daripada stesen Shell di seluruh negara mulai hari ini. "Kempen ini amat sempurna bagi mewakili semangat kebersamaan yang kami (Shell dan Ferrari) pegang di samping gabungan keseronokan serta imaginasi daripada produk lego. "Sama ada mereka merupakan peminat Ferrari, sukan permotoran atau blok-blok Lego, kami percaya koleksi mainan ini akan membuktikan ganjaran menarik bagi pelanggan setia kami," kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Azman Ismail. Enam model kereta mini Ferrari yang termasuk dalam promosi itu ialah Lori Scuderia, F40, 150 Italia, 458 Italia, FXX dan Ferrari 250 GT Berlinetta. Setiap model kereta perlu dipasang sendiri dan ia boleh dilakukan dengan pantas kerana panduan berbentuk gambar rajah yang ringkas dan mudah difahami turut dibekalkan. Menariknya, apabila ditarik ke belakang edisi terhad kereta itu mampu bergerak lebih dua meter. Ia boleh dilakukan dengan sekurang-kurangnya minimum 300 kali tarikan. Motor pendorongan mikro itu cukup kuat untuk memacu setiap kenderaan bersaiz poket pada kelajuan tinggi sekali gus menjadikan ia bersedia untuk berlumba di mana sahaja anda berada. Bagaimanapun, jika tidak mahu digunakan untuk berlumba, kereta mini Ferrari itu amat sesuai dijadikan hiasan di atas papan pemuka kenderaan anda untuk nilai prestij dan gaya tersendiri. Promosi itu bermula hari ini hingga 3 Februari 2013. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.shell.com.my/Lego Pelanggan boleh memiliki miniatur Ferrari itu pada harga RM12.90 apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM40 untuk produk Shell. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




























0 ulasan:
Catat Ulasan