sumber :-
Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Heliza Helmi Pelik Dituduh Rahsiakan Kisah Cinta
- Hattan Enggan Lagi Bercinta Kerana Sudah Tua
- Jamal Abdillah Mengaku Tidak Lagi Panas Baran
- Seniman Kutip RM20,000 Untuk Bantu Artis Sakit
- Lady Gaga Sapa Peminat Tanpa Berbaju
- Daniel Craig Sudah Bosan Jadi 'James Bond'
| Heliza Helmi Pelik Dituduh Rahsiakan Kisah Cinta Posted: 08 Nov 2012 01:55 PM PST Heliza HelmiHeliza, 26, memberitahu, dia tidak perlu berbuat demikian kerana pada hakikatnya dia masih belum mempunyai teman istimewa ekoran jadual kerja yang padat."Saya sendiri pelik dan terkejut bagaimana orang lain lebih mengetahui hal hati dan perasaan saya? "Buat masa ini saya tiada teman istimewa atau kekasih kerana jadual harian saya padat dengan pelbagai urusan kerja. "Rasanya tidak perlu saya hendak berahsia jika saya memang menjalin hubungan dengan individu tertentu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini. Heliza berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus kononnya dia merahsiakan hubungannya dengan seorang ahli farmasi yang dikenalinya ketika belajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), beberapa tahun lalu. Pengacara rancangan Rasa Halal Antarabangsa itu berkata, dia memohon agar gosip yang mengaitkannya dengan ahli farmasi itu dihentikan demi menghormati perasaan lelaki tersebut. "Dia hanya kawan baik saya ketika zaman belajar di IPT dulu, bukan teman istimewa pun. Tiada apa yang perlu saya sembunyikan jika memang ada hubungan dengan dia. "Saya mohon cerita ini tidak dibesar-besarkan demi hormati dia. Lagi pun kami sudah lama tidak berhubung. "Entah-entah dia berkawan dengan sesiapa sekarang atau sudah berkahwin, nanti tidak pasal-pasal timbul masalah lain pula," katanya. Mengenai perkembangan terbaru, Heliza berkata, dia dilantik sebagai ikon Festival Hijab 2012 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 November ini. "Saya juga bertanggungjawab untuk mengemudi acara itu sebagai pengacara, moderator, forum dan terlibat dalam pameran. "Selain saya, beberapa rakan dari kelas Usrah Fitrah seperti Yatt Hamzah, Diana Amir dan Catriona Ross turut terlibat," katanya. |
| Hattan Enggan Lagi Bercinta Kerana Sudah Tua Posted: 08 Nov 2012 01:54 PM PST Hattan memberitahu usianya yang telah mencecah 47 tahun turut menyebabkan dia berasa janggal untuk bercinta lagi. Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin turut merasakan usianya yang telah menjangkau 47 tahun dilihat tidak lagi sesuai untuk menjalinkan hubungan cinta. "Secara jujurnya saya sudah malas nak memikirkan soal kahwin lagi kerana sudah letih tambahan pula pada usia sekarang macam sudah tidak sesuai untuk kembali bercinta. "Buat masa ini memang saya tidak mempunyai sesiapa dalam hidup melainkan kerjaya dan anak lelaki tunggal iaitu Adam," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa di sini pada Rabu lalu. Bagaimanapun kata Hattan, dia tidak menolak sekiranya Allah memberikan jodoh buatnya suatu hari nanti. Dalam pada itu, desas-desus kononnya Hattan akan kembali berkahwin dengan bekas isteri pertamanya iaitu Arianie Mohd Abidin seperti yang dilaporkan berkata, dia pernah mencuba ke arah itu selepas bercerai buat kali kedua pada Januari lalu namun meletakkan perkara tersebut kepada ketentuan Tuhan. Menurut Hattan, hubungannya dengan bekas isteri masih rapat sebagai rakan baik demi kepentingan anak lelaki mereka, Adam Eiman yang kini berusia 14 tahun. "Kalau ada jodoh saya dengannya lagi saya akan terima dan kalau tiada saya dan dia masih berbaik demi kepentingan anak kami," ujarnya. Hattan dan Arianie berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Beliau juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah pada 12 Januari lalu iaitu dua bulan selepas bergelar suami-isteri. Sementara itu, Hattan berkata, jadualnya kini padat sehingga penghujung tahun dengan pelbagai aktiviti dan undangan nyanyian sebelum kembali ke studio untuk merakamkan album terbarunya. |
| Jamal Abdillah Mengaku Tidak Lagi Panas Baran Posted: 08 Nov 2012 01:53 PM PST Jamal AbdillahJamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 53, berkata, penambahan usia itu menjadikan sikap buruk yang ada dalam dirinya semakin berkurangan dan dia menyedari perkara itu sejak lapan tahun lalu. "Alhamdulillah sekarang ini saya lebih 'sejuk'. Tak seperti dulu yang suka naik angin tanpa sebab. "Saya percaya setiap sikap buruk itu mesti ada punca dan saya berjaya membuangnya sedikit demi sedikit. "Mungkin juga kerana faktor umur yang semakin meningkat, saya menjadi lebih matang dan tahu menilai sebelum bersikap di luar jangkaan," katanya. Tambah Jamal, apabila berada dalam keadaan terkawal seseorang itu akan memiliki fikiran yang waras, tidak sombong selain mampu mengatasi segala sikap buruk yang ada pada diri. Dia juga sedar sikap panas baran itu juga akan merosakkan diri serta hubungannya dengan peminat sekiranya dia tidak berubah. "Seperti yang semua tahu, dulu saya berada di alam "kabur" (di bawah pengaruh dadah) dan ia membuatkan tingkah laku saya juga tidak menentu. "Namun selepas saya sudah bersih, panas baran saya juga semakin lesap dan menjadi normal seperti oranhg biasa," ujarnya. Sementara itu, Jamal bakal muncul dengan sebuah konsert sempena Fiesta Karnival Lanjut BBQ Seluruh Dunia pada 24 Disember depan bersama penyanyi Jay Jay. Konsert itu akan berlangsung di Lanjut Golden Beach and Golf Resort, Kuala Rompin, Pahang. Tiket konsert yang berharga RM399 hingga RM699 (disertai hidangan makan malam) boleh ditempah dengan menghubungi talian 09-4145113. |
| Seniman Kutip RM20,000 Untuk Bantu Artis Sakit Posted: 08 Nov 2012 01:53 PM PST Zed ZaidiZed berkata, acara yang bertujuan untuk membantu golongan artis yang sakit itu merupakan sebahagian daripada inisiatif persatuan bagi meningkatkan jumlah dana dalam tabung tersebut. "Kalau diikutkan jumlah RM20,000 yang dapat dikumpulkan daripada majlis ini tidak memadai untuk membantu artis-artis yang sedang sakit. "Kita tak mampu bantu semua dan sepenuhnya tetapi setidak-tidaknya kita cuba meringankan beban mereka menerusi inisiatif sebegini," katanya. Zed berkata demikian ketika ditemui selepas majlis anjuran bersama Seniman dengan Festival Fesyen Islam (IFF) di Hotel J.W Marriot Bukit Bintang di sini, baru-baru ini. Majlis minum petang yang menjual 46 buah meja itu turut diserikan dengan pertunjukan fesyen Islam ciptaan pereka tanah air, Singapura dan Indonesia. Zed berkata, dia melihat penganjuran acara yang julung kali diadakan bersama IFF itu sebagai permulaan yang baik untuk kutipan dana pada masa akan datang. "Kerjasama dengan IFF ini adalah percubaan pertama kami. Kutipan yang diperoleh daripada penjualan meja juga menunjukkan petanda yang baik sebagai permulaan. "Kami harap pada tahun akan datang, kita akan dapat mengutip lebih banyak dana daripada kerjasama seperti ini," katanya. Tambahnya, selain mengumpulkan dana bagi tabung yang ditubuhkan pada 4 Mac lalu, majlis itu adalah platform Seniman untuk mendidik dan mendekatkan artis pada fesyen Islam. "Ini adalah cara Seniman untuk didik dan dedahkan kepada artis mengenai fesyen Islam dan menutup aurat. "Ramai artis yang seksi dalam penampilan jadi melalui pembabitan dalam acara begini mereka perlu patuh kod berfesyen Muslimah. "Secara tidak langsung ia dapat mendekatkan mereka kepada fesyen yang sopan dan menutup aurat," katanya. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Toh Puan Bendahara Kedah, Datuk Nor Suzana dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengasas merangkap Pengerusi IFF Datuk Sri Raja Shah Rezza. Majlis itu diserikan persembahan nyanyian oleh antaranya Liza Aziz dan Black bersama RJ. |
| Lady Gaga Sapa Peminat Tanpa Berbaju Posted: 08 Nov 2012 01:52 PM PST Lady Gaga sering tampil berani dengan pelbagai gaya.Kali ini bintang popular ini tampil lebih berani dengan tidak berbaju ketika menyapa peminat dari balkoni sebuah hotel di Rio De Jeneiro, Brazil pada Rabu lalu. Menurut laporan Dailymail, penyanyi berusia 26 tahun itu hanya mengenakan seluar dalam rona hitam tanpa berbaju dalam sambil menikmati air kelapa muda. Gaga tidak berbaju ketika menyapa peminat di balkoni bilik hotelnya. Foto Dailymail.Gaga berada di Rio De Janeiro bersempena siri konsert jelajahnya dan akan juga ke negara-negara Amerika Selatan. |
| Daniel Craig Sudah Bosan Jadi 'James Bond' Posted: 08 Nov 2012 01:51 PM PST Craig mengakui selepas tiga edisi filem James Bond dia mula berasa bosan memegang watak itu. Craig dalam satu temu bual bersama majalah Rolling Stone memberitahu dia sentiasa mencari alasan untuk tidak menerima lagi tawaran daripada pihak produksi untuk siri filem berkenaan. "Rasanya saya sudah bosan dengan watak tersebut dan sentiasa mencari alasan untuk tidak lagi terlibat sebagai agen 007," katanya. Craig yang baru sahaja muncul dengan rantaian filem itu berjudul Skyfall 007 bagaimanapun masih mempunyai dua lagi filem yang perlu diselesaikan. "Mereka tidak membenarkan saya meninggalkan filem itu dan saya telah bersetuju untuk dua buah lagi filem lagi," ujarnya. Selain Skyfall 007, kelibat Craig sebagai James Bond pernah digunakan dalam filem Casino Royale (2006) dan Quantum of Solace (2008). |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













0 ulasan:
Catat Ulasan