Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Direktori lucah RM30
- 'Di Telapak Kaki Bonda' & 'Bunohan' Ungguli ASK 2012
- Zee Avi Ingin Bekerjasama Dengan Aizat Amdan
- Nekad Krista berbaloi
- Peralatan sekolah Kafa rosak
- Kereta sains fiksyen
- Akidah Muslim
- Kerana hutang, syurga terhalang
- Derita ibu angkara dadah
- Isteri queen control
- Jangan tersalah pilih
- Bahagia bergelar ibu muda
- Nenek tunggu 38 tahun untuk duduki SPM
- Apabila antibiotik tidak berkesan
- Hasrat kahwin semula terbantut
- Kegiatan pelacuran dihidu
- Ugut bapa saudara guna kapak
- Rompak berkumpulan, dua lelaki dipenjara lapan tahun
- Kejar emak dengan pisau
- Perkahwinan bintang Chong Wei-Mew Choo
- Hanez Suraya, Amy berperang lagi
- Lopez nafi punca pekerja hotel dipecat
- Shae malu melangkah
- Persembahan terbaik finalis Soulstar hari ini
- Pusat jagaan wanita disita
| Posted: 09 Nov 2012 04:40 PM PST LUCAH...antara khidmat dipaparkan dalam laman web terbabit. ISI DULU...borang yang perlu diisi untuk melanggan laman web lucah. Dengan mengenakan caj RM30 melalui akaun fb dikendalikannya, individu itu yang menggunakan nama Siti Normaisyarah menyediakan perkhidmatan membekal senarai nombor telefon rumah urut dan agensi teman sosial, selain gambar video klip dan pautan ke laman web lucah. Nama Siti Normaisyarah itu dikesan pada nombor akaun bank yang diberikan kepada wartawan Harian Metro yang membuat penyamaran dan membuat pembayaran melalui pindahan wang. Sebelum itu, kewujudan akaun fb individu terbabit dikesan dengan mematuhi prosedur cukup mudah iaitu hanya perlu 'like' sebelum diminta mengirim e-mel ke alamat diberikan. Pemerhatian dilakukan mendapati sehingga kini akaun fb itu sudah mendapat 39,542 'like' sejak beroperasi pada 2006. | |||||
| 'Di Telapak Kaki Bonda' & 'Bunohan' Ungguli ASK 2012 Posted: 09 Nov 2012 04:40 PM PST Kabir Bhatia mengungguli Anugerah Skrin 2012 apabila menerima anugerah Drama Terbaik dan Pengarah Drama Terbaik menerusi karyanya Di Telapak Kaki Bonda. Diterajui oleh pelakon hebat seperti Diana Danielle, Sherry Merlis, Munif Isa dan Izreen Azmindar, karya arahan Khabir Bhatia itu menewaskan drama lain seperti Ku Petik Dosa, Parut Ashikin, Parit Jawa, Pelarian dan Maharku Untukmu. Kemenangan berganda turut diraih drama ini apabila Kabir turut menerima trofi Pengarah Terbaik Drama dan beberapa kategori lain seperti Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama yang dimenenangi oleh Sherry Merlis dan Lakon TV Terbaik. Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, Ruminah Sidek membawa pulang anugerah tersebut menerusi lakonan hebatnya dalam Parit Jawa. Pelakon terkenal, Abu Bakar Omar menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi lakonan cemerlang dalam Gincu Ayah.Manakala bagi kategori lelaki, ASK 2012 menobatkan pelakon Abu Bakar Omar menerusi drama Gincu Ayah mengenepikan pelakon hebat lain seperti Eman Manan (Parit Jawa) dan Zaidi Omar (Ku Petik Dosa). Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Namron menerusi lakonan cemerlangnya dalam Parit Jawa. ASK 2012 turut menganugerahkan Anugerah Yasmin Ahmad kepada pelakon dan pengarah, Pierre Andre manakala pelakon cilik, Puteri Balqis menerima Anugerah Artis Harapan Pantene. Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada Bunohan arahan Dain Said yang dibintangi pelakon terkenal seperti Faizal Hussien, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim. Lakonan berkesan sebagai Izzah dalam Ombak Rindu telah membawa tuah apabila Maya Karin dipilih sebagai Pelakon Filem Terbaik Filem tahun ini. Maya Karin merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem arahan Osman Ali, Ombak Rindu. Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dimenangi oleh Shafie Naswip menerusi lakonan mantapnya dalam Songlap dan Lisa Surihani melalui Ombak Rindu. Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi. ASK 2012 pada tahun ini mengangkat tema 'Selami Dunia Fantasi Kami' dan dihoskan oleh Neelofa dan Awal Ashaari. Pelakon muda berbakat, Syafie Naswip menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menerusi lakonannya dalam filem Songlap.Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais. Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Ahmad Idham, Wahid (Senario), Didie Alias, Erra Fazira, Amyza Adnan, Datuk Rahim Razali dan sebagainya menerusi penampilan pelbagai watak popular daripada kisah dongeng dan lagenda. Secara keseluruhan, ASK 2012 mempertandingkan sebanyak 23 kategori meliputi drama,filem dan penerbitan dalaman serta dua Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene. BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2012 1. Kategori Filem Filem Terbaik: Bunohan. Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaiezy Sam (Songlap) Pelakon Wanita Terbaik Filem: Maya Karin (Ombak Rindu) Pengarah Terbaik Filem: Fariza Azlina / Effendee Mazlan (Songlap). Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Ombak Rindu) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shafie Naswip (Songlap) Lakon Layar Terbaik Filem: Dain Iskandar Said (Bunohan) 2. Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri Drama Terbaik: Di Telapak Kaki Bonda Pelakon Lelaki Terbaik: Abu Bakar Omar (Gincu Ayah) Pelakon Wanita Terbaik: Rumnah Sidek (Parit Jawa) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Namron (Parit Jawa) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda) Pengarah Terbaik: Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda) Lakon TV Terbaik: Lum Pung Hu (Di Telapak Kaki Bonda) Videografi Terbaik: Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment (M) Sdn Bhd. Drama Rantaian Terbaik: Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies) Drama Komedi Terbaik: Elly Epit (Red Communication Sdn. Bhd) 3. Kategori Penerbitan Dalaman Dokumentari atau Majalah Terbaik: Dunia Tersembunyi (Rambu Solok) Bual Bicara Terbaik: Bella: Labour Day Special. Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26. Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25. Rancangan Realiti Terbaik: Jemputan Umrah Episod Pengenalan. Laporan Khas/ Berita Terbaik: Berita TV9 - Bom Jangka. Anugerah Yasmin Ahmad: Pierre Andre Artis Harapan Pantene: Puteri Balqis. | |||||
| Zee Avi Ingin Bekerjasama Dengan Aizat Amdan Posted: 09 Nov 2012 04:38 PM PST Zee Avi ingin bekerjasama dengan Aizat untuk album Melayunya nanti. Zee atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 25, berkata, hasrat itu telah lama dipendam namun kesibukan mempromosikan album di Amerika Syarikat telah membantutkan perancangan itu. "Saya memang teringin menghasilkan sebuah album Melayu malah perancangan itu ada dan InsyaAllah suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan," ujarnya kepada mStar Online. Zee mula mendapat perhatian apabila memuat naik video nyanyiannya di laman Youtube dan mula mendapat perhatian daripada peminat dan bakatnya dikesan oleh penyanyi Jack Johnson dan mengambilnya untuk bernaung dibawah label Brushfire Records & Ian Montone's di Amerika Syarikat. Popular dengan lagu Kantoi, album pertama Zee di Amerika berjaya menduduki tempat kedua dalam carta Billboard Heatseekers pada 2010 manakala album keduanya Ghost Bird berjaya mendapat menduduki tangga pertama carta sama. Dalam pada itu, Zee berkata, dia ingin bekerjasama dengan Aizat Amdan untuk album Melayu itu nanti kerana sukakan hasil kerja penyanyi dan komposer muda itu. Malah kata Zee, walaupun berada jauh di luar negara dia sentiasa mengikuti perkembangan muzik tempatan yang sentiasa dekat dihatinya. "Saya sangat meminati Aizat dan hasil kerjanya sangat mengagumkan malah saya ada memberitahunya untuk bekerjasama untuk album itu nanti. "Saya membayangkan album itu nanti mempunyai elemen muzik klasik seperti lagu-lagu nyanyian R. Azmi dan artis-artis pada era itu," katanya. Dalam perkembangan lain, Zee berkata dia akan berada di Kuching, Sarawak untuk menghadiri Konvensyen Belia Kebangsaan pada November ini bagi memberi ceramah motivasi kepada remaja mengenai kejayaannya di luar negara. | |||||
| Posted: 09 Nov 2012 04:36 PM PST Krista K "Dulu saya budak 'nerd'. Rutin hariannya saya tidak lain tidak bukan bertemankan buku, sekolah dan sukan. Saya sangat aktif dalam bidang sukan dan pemenang tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri taekwando. "Selain taekwando, saya juga aktif dalam tarian selain mengikuti kelas muzik iaitu piano. Pun begitu ketika remaja, saya belajar bermain piano hanya sebagai tuntutan mengisi masa senggang memandangkan orang tua saya mahukan anak-anak menghabiskan masa dengan hal-hal yang berfaedah. "Ketika itu, saya tidak pernah terfikir langsung untuk bergiat aktif dalam bidang nyanyian sebagaimana hari ini," kata Krista K, pendatang baru dari Filipina yang berada di ibu negara baru-baru ini, untuk memperkenalkan album sulungnya, Krista K: Double Trouble. Melanjutkan perbualannya, gadis dilahirkan pada tanggal 12 Jun 1989, itu berkata, segalanya berubah sejak dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss USA Philippines 2007. Daripada seorang gadis polos, dia serta-merta menjadi buruan stesen televisyen di negara asal kelahiran ibunya, Filipina, sesudah pertandingan berkenaan. Ketika itu, Krista atau nama sebenarnya, Krista Eileen Kleiner baru berusia 18 tahun. Krista nekad untuk mencuba dan kebetulan saat tawaran itu datang, dia sedang cuti semester. Justeru dia memperoleh secebis kebebasan daripada orang tuanya terutamanya bapa. "Percaya atau tidak sejak dari itu saya tidak pernah kembali ke Amerika Syarikat. Saya menundakan pengajian di kolej kerana saya mula berasa seronok dengan apa yang saya lakukan sekarang. Satu demi satu peluang saya terima sehinggakan tidak ada yang mampu membuatkan saya menolaknya. "Bapa saya seorang yang mementingkan akademik berasa amat kecewa dengan keputusan yang saya lakukan ini kerana dia mahu saya cemerlang dalam pelajaran. Dia mengambil masa yang lama untuk menerima keputusan saya ini. "Namun, saya berjanji kepadanya dalam apa juga bidang yang saya ceburi saya pastikan saya melakukan sebaik mungkin malah meyakinkannya bahawa saya akan berjaya dalam bidang ini. "Selepas dua tahun, dia melihat peningkatan saya dalam bidang ini dan dia mula mempercayainya. Cuma, saya lihat dia agak bimbang sekiranya adik saya mengikut jejak langkah saya sehinggakan awal-awal lagi dia sudah memberi amaran jangan jadi seperti kakak," katanya ketawa. Krista menambah, sebelum Miss USA Philippines 2007, dia juga pernah menyertai pertandingan ratu cantik antaranya Miss Pistang Pilipinas Queen of Tourism 2004 dan Miss Young Philippines USA di Amerika Syarikat. "Namun, Miss USA Philippines 2007 yang benar-benar merubah hidup saya. Selain mengacara dan berlakon, saya juga pernah bertanding dalam Miss International Pageant dan terakhir, Miss Philippines International 2010," katanya. Pada pertemuan itu, wanita berdarah kacukan Jerman dan Britain sebelah ayahnya manakala Filipina, Sepanyol dan Cina (ibu) sempat berkongsi tujuannya berkunjung ke negara ini. Semestinya, tidak lain tidak bukan adalah untuk melancarkan album pertamanya Krista K: Double Trouble. Selain, sentiasa terpanggil untuk kembali ke negara ini setelah kunjungan pertamanya pada 2010. "Saya jatuh cinta pada Malaysia sejak kali pertama saya mengunjungi negara ini. Ketika itu saya menjayakan konsert bersama Julio Iglesias pada 2010. "Saya bertemu Julio sewaktu pertandingan Miss Philippines International 2010. Dia tertarik dengan nyanyian saya semasa segmen mempamerkan bakat yang mewajibkan setiap peserta ratu cantik memilih salah satu kelebihan mereka untuk dipamerkan. "Usai pertandingan itu, dia bertanya kepada saya mahukah saya muncul sebagai artis undangan di dalam konsertnya. Terus-terang tawaran itu sukar di tolak. "Saya banyak mempelajari dan menimba ilmu daripada Julio dan kerana beliau juga saya mula memikirkan untuk menjadikan bidang nyanyian sebagai satu bidang yang serius," katanya. Memilih genre pop dan 'dance' sebagai pertaruhan, wanita yang meminati penghibur antarabangsa antaranya, Jennifer Lopez, Beyonce Knowles, Rihanna, Britney Spears dan Madonna, Krista kini dalam rangka mempromosikan single pertamanya, Feel So Good. Ditanya, apakah dia mempunyai perancangan untuk ke Hollywood memandangkan dia sendiri warga negara Amerika, Krista berkata, dia berbesar hati jika dapat berbuat demikian. "Kalau diberi peluang mengapa tidak. Tetapi buat masa ini rezeki saya di sini dan saya tidak kisah dilihat sebagai menongkah arus tidak seperti kebanyakan orang yang begitu taksub untuk menempa nama di Hollywood. Sebaliknya, saya pula melihat Asia sebagai lubuk emas saya. "Terus-terang saya sangat gembira dapat berbakti pada industri hiburan Filipina termasuk di negara kejiranan yang lain seperti Malaysia dan Singapura. Tambahan pula, ketika ini adalah zaman kebangkitan muzik Asia. "Orang Asia lebih bersikap terbuka, tidak seperti industri hiburan Hollywood yang mengamalkan dasar Amerika hanya untuk 'orang Amerika'. Mungkin mereka bimbang atau mungkin itu cara untuk mereka memelihara industri hiburan daripada digugat kehebatan yang dipunyai penghibur Asia," katanya. | |||||
| Posted: 09 Nov 2012 04:35 PM PST BASAH...Aniz (kanan) dan Rosmah Menon menyusun buku yang ditenggelami air. Ketua Guru Kafa berkenaan, Aniz Yushaily Abrar berkata, banjir kali ini disifatkan paling buruk kerana mencapai paras pinggang, sedangkan dalam kejadian empat tahun lalu air hanya naik setakat paras buku lali dan tidak memberikan masalah. "Banyak juga yang rosak antaranya buku, rak, meja dan pintu kelas. Semua yang rosak tidak boleh digunakan kerana sudah kembang akibat ditenggelami air, malah kami terpaksa mencabut pintu kelas dan ditukarkan dengan pintu baru. "Pihak sekolah juga terpaksa memberi cuti lebih awal kepada murid sejak Isnin lalu berikutan faktor keselamatan," katanya. Aniz Yushaily berkata, pihaknya bernasib baik kerana kejadian itu tidak membabitkan pejabat guru yang menyimpan barangan penting pembelajaran dan pengajaran murid. "Kami bersyukur kerana pejabat guru tidak terbabit. Ia hanya membabitkan surau, bahagian bawah tiga bangunan kelas, kantin serta bangunan baru yang masih belum digunakan. | |||||
| Posted: 09 Nov 2012 04:33 PM PST PINTU bersayap dibuka dengan kawalan jarak jauh. IA dijual pada harga RM375,000. Kenderaan futuristik ini yang berharga 75,000 (RM375,000), dikenali juga dengan ETV adalah berdasarkan platform yang sama dengan kereta Chevrolet biasa. Tetapi di situ sajalah persamaannya. ETV yang berinspirasikan sains fiksyen kelihatan lebih daripada kereta biasa di jalan raya. Ia dijana oleh enjin berkelajuan tinggi 2 liter yang menyediakan 270 kuasa kuda kepada roda depan menerusi kotak gear lima kelajuan. Ia memiliki skrin depan setinggi 1.5 meter dan pintu sayap yang akan terbuka cara automatik menerusi kawalan jarak jauh. Di dalam, terdapat dua kamera yang akan membolehkan kereta berbentuk aneh ini diparkir dengan mudah. Dia yang dikenali sebagai Kit Car Mike sudah menghasilkan tujuh ETV dengan satu model dipamerkan di Muzium Kereta London di Middlesex. | |||||
| Posted: 09 Nov 2012 04:28 PM PST orang yang beriman akan kekal di dalam syurga selama-lamanya. - Gambar hiasan Sesungguhnya baginda telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah, menghapuskan kesedihan dan berjihad pada jalan Allah SWT dengan sebenar-benar jihad. Baginda juga adalah Rasul yang benar lagi amanah, yang dikuatkan dengan mukjizat-mukjizat yang mencarik adat. Maka, adalah menjadi satu kefarduan ke atas hamba-hamba agar membenarkan baginda mentaati dan mengikutinya. Perkara yang berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW juga melibatkan masalah akidah umat Islam di mana tidak akan diterima iman seorang meskipun dia beriman dengan Allah sehinggalah dia beriman dengan baginda dan segala yang diwahyukan serta dikhabarkan kepadanya dari perkara-perkara dunia, akhirat dan alam barzakh. Antara perkara yang wajib diiktikadkan ialah beriman dengan soalan Munkar dan Nankir kepada orang yang telah meninggal dunia mengenai tauhid, agama dan kenabian. Demikian juga hendaklah beriman dengan adanya nikmat alam kubur bagi orang yang taat dan azabnya bagi orang yang melakukan maksiat. Beriman dengan hari kebangkitan selepas kematian dan hari dihimpunkan segala jasad dan roh untuk berdiri di hadapan Allah SWT. Begitu juga, hendaklah beriman dengan hisab, bahawa para hamba itu berbeza-beza pada kiraan hisabnya; ada yang diringankan kiraannya dan ada pula yang dipanjang lebarkan. Hendaklah seseorang itu beriman bahawa ada di kalangan mereka yang akan masuk syurga tanpa dihisab terlebih dahulu dan beriman dengan Mizan (neraca timbangan) yang menimbang segala kebaikan dan kejahatan, kewujudan Sirat iaitu titian yang melintang di atas neraka Jahanam, dan kewujudan Telaga Nabi Muhammad SAW yang akan diminum oleh orang-orang beriman sebelum memasuki syurga dan airnya berpunca dari syurga. Wajib ke atas seseorang itu beriman dengan syafaat para Nabi, kemudian para siddiqin, syuhada, ulama, orang-orang soleh dan orang-orang beriman. Sesungguhnya syafaat agung (al Syafa'ah al 'Uzma) hanya dikhususkan bagi Nabi Muhammad SAW iaitu mempercepatkan Hari Pengadilan di samping baginda memiliki syafaat-syafaat yang lain. Berkaitan keimanan kita kepada kewujudan neraka pula ialah akan dikeluarkan ahli tauhid yang telah memasuki neraka sehinggalah tidak kekal di dalam neraka orang yang terdapat di dalam hatinya iman walau sebesar zarah. Sedangkan, orang yang kufur dan syirik pula akan kekal di dalam neraka selama-lamanya. Manakala orang yang beriman akan kekal di dalam syurga selama-lamanya di mana mereka akan melihat Allah di dalam syurga dengan mata kasar mereka yang layak dengan kebesaran dan kesucian sifat kesempurnaan-Nya. Wajib seseorang hamba mempercayai kelebihan sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan mereka semua adalah golongan yang adil, generasi pilihan dan amanah. Tidak boleh mencaci mereka dan merendahkan kedudukan salah seorang daripada mereka. Khalifah yang benar selepas Rasulullah SAW ialah Abu Bakar al-Siddiq, kemudian Umar al-Faruq, kemudian Uthman al-Syahid, kemudian Ali al-Murtadha. Bagi mereka kebaikan sehingga Hari Kiamat. | |||||
| Kerana hutang, syurga terhalang Posted: 09 Nov 2012 04:26 PM PST Hutang akan membuat kita hidup dalam ketakutan. - Gambar hiasan Masalahnya dia bukannya tidak mampu membayar. Saya lihat pakaian anak dan isterinya berjenama. Baju dan kasut mereka, bahkan lebih mahal daripada yang dipakai anak-anak saya sendiri. Dia pernah berkata: "Awak dah kaya. Saya tak wajib bayar hutang kepada awak." Betulkah ucapan sebegini? Jawapan Ucapan seperti ini tentu sahaja tidak benar. Hutang seberapa kecil pun tetap wajib dibayar meskipun pemilik hutang itu seorang jutawan yang kaya raya. Sebagai agama yang menjunjung keadilan, Islam sangat menghormati hak milik seseorang. Ia melihatnya sebagai sesuatu yang suci. Tiada siapa yang boleh mengambil milik orang lain tanpa kerelaan hati daripadanya. Daripada Abu Humaid Al-Saidi, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak halal bagi seseorang mengambil walau sebatang tongkat milik saudaranya tanpa kerelaan hati daripadanya." Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam Sahih-nya. Islam juga melihat sikap enggan membayar hutang adalah satu bentuk kezaliman. Pelakunya sangat dibenci oleh Allah, Rasulullah SAW dan seluruh manusia. Baginda SAW bersabda: Menangguh hutang padahal mampu membayarnya adalah satu kezaliman. Maka halal menghukumnya dan (memburukkan) namanya. (riwayat Al-Bukhari) Maksud hadis ini, kita boleh mengadukan orang yang enggan membayar hutang kepada hakim untuk diambil tindakan ke atasnya. Dan mendedahkan sifat buruk orang ini bukan termasuk mengumpat yang diharamkan. Bahaya hutang Islam melihat hutang sebagai sesuatu yang berat. Oleh itu, umat Islam dianjurkan untuk menghindari hutang sedaya mungkin. Jangan berhutang kecuali sangat terpaksa seperti membeli rumah yang sukar dibayar secara tunai. Itu pun mesti bersesuaian dengan kemampuan diri dan tidak berlebihan. Adapun berhutang hanya untuk tampil bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka kebiasaan ini sangat buruk. Islam menyebut sikap ini sebagai takalluf (memaksa diri di luar kemampuan). Dan orang yang takalluf akan selalu hidup dalam seksaan. Hutang akan membuat kita hidup dalam ketakutan. Setiap kali keluar rumah, kita khuatir berjumpa dengan penagih hutang. Kita juga takut menjawab panggilan telefon. Khuatir panggilan itu berasal dari si penagih hutang. Sungguh penat hidup seperti ini. Itu sebabnya Nabi SAW selalu berdoa agar dihindarkan daripada hutang. Siti Aisyah berkata: "Doa yang selalu dibaca Nabi SAW dalam solat adalah: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang." Seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapa tuan selalu berlindung daripada hutang?" Baginda menjawab: Sesungguhnya orang berhutang jika ia berkata, ia akan berdusta. Dan jika ia berjanji, ia tidak menepati janjinya. (riwayat al-Bukhari) | |||||
| Posted: 09 Nov 2012 04:25 PM PST SETIAP anak yang dilahirkan pasti ingin dilihat berjaya dan menjadi insan yang berguna kepada keluarga serta bangsa. Namun seorang ibu, Salasiah, (bukan nama sebenar) terpaksa menanggung sengsara apabila tiga daripada empat anaknya terlibat dengan najis dadah yang akhirnya telah memusnahkan seluruh kehidupan dan keluarganya. Sudahlah ditinggalkan suami tanpa berita dan nafkah, kerunsingannya bertambah melihat satu persatu anak-anaknya 'mati' dalam dunia khayalan ciptaan mereka sendiri. Namun begitu, ibu ini tetap cekal dan tabah menerima apa yang terjadi sebagai takdir Tuhan. Anak-anaknya iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan terbabit dengan dadah sejak 12 tahun lalu dan lebih menyayat hati, apabila salah seorang daripadanya telah meninggal dunia akibat HIV/AIDS. Biarpun begitu, kehilangan anak perempuannya lebih 10 tahun lalu itu tidak pernah memberi sebarang keinsafan kepada dua lagi anak Salasiah yang terlibat dengan masalah yang sama. Menceritakan pengalaman sewaktu mula-mula mengetahui anak sulungnya, Ahmad, 40, (bukan nama sebenar) mula berjinak-jinak dengan dadah, Salasiah tidak dapat menahan rasa sedihnya apabila melihat anak lelakinya itu menghisap dadah di dalam rumah mereka sendiri. "Perasaan saya sangat sedih bercampur marah apabila melihat anak saya membuat perkara bodoh seperti itu. Saya nekad merampas dan membuang dadah itu. "Namun kerana ketagih, dia tetap berdegil untuk terus menagih dadah," katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Apabila bercerita mengenai anak bongsunya yang dikenali sebagai Mira, 30, (bukan nama sebenar), Salasiah mengaku anaknya itu terpengaruh oleh arwah kakaknya dan dia menagih ketika berumur belasan tahun lagi. Derita Salasiah berlarutan apabila, sepanjang anak-anaknya terpengaruh najis dadah, dia kerap menjadi mangsa ugutan anak-anaknya untuk mendapatkan duit bagi membeli dadah. "Barangan rumah habis dijual anak sendiri apabila saya tidak memberikan mereka wang. Wang simpanan saya juga dicuri, sehinggakan ke mana jua saya pergi, beg tangan harus dibawa termasuklah ketika masuk ke tandas, di dalam rumah," tambahnya. Diugut dengan pisau Apa yang menakutkan, Salasiah pernah diugut dengan pisau oleh anak-anaknya untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah untuk melepaskan gian. Derita Salasiah memuncak apabila dia juga turut disisihkan jiran-jiran akibat perangai anak-anaknya sehinggakan dia tidak sanggup pulang ke rumah kerana tidak mampu menahan perasaan sedih berdepan situasi anak-anaknya itu. "Kadangkala mereka akan datang ke rumah kawan-kawan mencari saya apabila mereka memerlukan wang dan ada yang mengadu mereka berbuat begitu dengan keadaan yang kasar dan menakutkan. "Namun, perangai anak-anak saya ini sedikit pun tidak menjejaskan hubungan persahabatan dengan rakan-rakan baik yang sanggup menolong dan menjadi pendorong semangat kepada saya," ujarnya yang bekerja sebagai pencuci pejabat. Namun, biar sebanyak mana pun hatinya terluka akibat perangai anak-anak, kasih sayang seorang ibu itu tidak pernah padam. Berteraskan tulang empat keratnya, Salasiah terus bekerja bagi menyara diri dan anak-anaknya, biarpun usianya kini telah mencecah lebih 60 tahun. Begitupun, pada suatu hari, akibat rasa tidak sanggup menghadapi kerenah anak-anaknya, Salasiah memutuskan untuk merelakan anak-anaknya dihantar ke pusat serenti. Pihak polis telah dipanggil untuk menahan anak-anaknya ketika mereka sedang melepaskan gian dalam rumah. "Biarpun memang agak tertekan apabila mendengar maki hamun ketika mereka ditahan, namun, saya tahu, itu adalah perkara terbaik yang dilakukan demi masa depan mereka. "Ahmad yang kini berada di salah sebuah pusat serenti di Johor dijangka akan keluar pada tahun hadapan dan diharapkan menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ini," katanya. Ahmad yang disifatkan oleh Salasiah sebagai anak yang baik berubah wajah akibat pengaruh kawan yang terdedah dengan masalah ketagihan dadah ketika menginjak remaja. Salasiah juga sangat mengharapkan anak perempuannya, Mira akan berubah sepenuhnya apabila turut sama diletakkan di bawah pengawasan pusat serenti di pantai timur Semenanjung. Bagi Salasiah, sekiranya terjadi perkara yang melibatkan penyalahgunaan dadah kepada anak-anak, ibu bapalah yang kerap dipersalahkan. Namun bagi pihaknya sendiri, ibu bapa mana yang mahu melihat masa depan anak-anak mereka musnah akibat najis dadah. "Saya sentiasa memberi yang terbaik kepada anak-anak dan doa juga tidak pernah putus saya panjatkan pada Allah. "Namun apabila berlakunya perkara seperti ini terhadap anak-anak, saya anggap sebagai ujian Allah yang sentiasa menguji hambanya yang dikasihi. "Kepada anak-anak, saya menasihati, mereka perlulah berfikir sebaiknya memilih jalan agar masa depan tidak disia-siakan di kemudian hari. "Kenikmatan yang diperoleh daripada najis dadah ini hanyalah bersifat sementara yang memberi kesengsaraan yang mungkin memusnahkan kehidupan selama-lamanya," katanya. | |||||
| Posted: 09 Nov 2012 04:24 PM PST Isteri akan menjadi lebih dominan apabila melihat suaminya mudah mengalah. - Gambar hiasan. Jika sebelum berkahwin, dia agak pemalu dan hanya menurut apa yang anda katakan, kini ternyata isteri anda bersikap mendominasi. Pernahkah anda mendengar frasa queen control iaitu satu gelaran bagi isteri yang dilihat lebih dominan daripada suaminya? Seorang isteri menjadi lebih berkuasa apabila melihat suaminya tidak dapat mengambil tanggungjawab dalam sesebuah rumah tangga atau lemah. Akibatnya suamiberada di bawah telunjuk dan sentiasa mendengar arahan isteri, seringkali menjadi mangsa lelucon kepada orang sekeliling kerana suami lebih banyak mendiamkan diri daripada bertindak. Selalunya, si isteri ternyata lebih dominan sekiranya berjawatan tinggi, lebih berpengatahuan atau ada kelebihan-kelebihan lain berbanding suami. Perbandingan ini bukanlah untuk semua. Masih ramai dalam kalangan wanita yang mempunyai pelbagai kelebihan berbanding suami, namun masih menjadi isteri yang taat. Biasanya isteri yang dominan akan mengambil alih kuasa mengendali rumah tangga dan mengawal hubungan suami isteri dengan jitunya. Golongan isteri seperti ini cenderung menggunakan fizikalnya yang lebih besar daripada suami. Dia juga boleh menendang memukul atau mencakar suami sekiranya tahap kemarahan semakin memuncak. Isteri yang dominan biasanya akan mengambil alih kawalan hubungan dari awal dan sering bertanggungjawab dan memantau dalam soal perhubungan termasuk menentukan hubungan seksual. Ternyata isteri dominan turut mendominasi sehingga ke soal seks. Sekiranya suaminya lambat dia akan terdorong untuk mendapatkan apa yang dia mahukan. Biasanya wanita yang dominan akan menentukan bila tarikh pertunangan dan pernikahan pada awal perkahwinan. Wanita jenis ini juga selalunya akan memanipulasi wanita lain sebagai sasaran untuk meningkatkan status mereka sendiri. Seorang wanita dominan biasanya akan menjadi yang pertama menunjukkan ledakan kemarahan dan sentiasa mempertahankan posisi dan pandangan peribadinya dan tidak mahu kalah berdebat. Adakalanya dia juga akan cepat merasa marah biarpun atas kesalahan kecil seperti terlambat datang menjemput. Mereka juga boleh menaikkan nada suara, berteriak, wajah memerah, melemparkan benda-benda, mendesis dan meludah. Namun, seorang wanita yang dominan seringkali memiliki kecerdasan yang sangat tajam dan paling tidak, mungkin memiliki pendidikan tinggi. Golongan ini sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf hidup mereka termasuk mendapatkan pengiktirafan dalan apa juga bidang yang diceburi. Dia akan berusaha mencari posisi pekerjaan yang paling tinggi untuk memegang kekuasaan, tempat yang mana dia boleh 'memerintah'. Sekiranya berkomunikasi dengannya, anda akan dapati topik yang diperbincangkan hanya dikawal satu pihak sahaja iaitu isteri anda. Dia akan menjadi individu yang paling ghairahbercakap atau lantang dalam setiap kelompok dan cenderung untuk mempertahankan keinginannya biarpun caranya tidak betul. Di sebalik, kelemahan ciri dominan, pastinya anda tidak meragui kehebatan isteri anda atas kebolehannya berdikari dan mampu berfikir serta membuat tindakan dengan pantas tanpa memerlukan pendapat anda terutamanya ketika kecemasan. | |||||
| Posted: 09 Nov 2012 04:21 PM PST AKHIR-akhir ini saya perhatikan orang lelaki pun turut memberikan pandangan mereka dengan menyertai ruangan ini. Saya tak nafikan memang ada wanita lupa daratan setelah dapat kekasih. Tetapi suka saya tegaskan zaman ini sukar mencari lelaki yang bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. ''Kalau lelaki cap wanita sebagai pembohong atau bermain cinta plastik, mereka apa kurangnya, malah lebih teruk lagi," luah Azureen dalam e-melnya. ''Ramai mahu isteri pandai hiburkan suami, taat, sentiasa senyum dan tidak berkira namun suami pun patut tunjuk contoh yang baik. Ini tidak, mereka hanya pandai meminta tapi tidak mahu memberi. ''Sebab perangai suami seperti inilah, maka terdapat wanita yang meluahkan isi hati mereka ke ruangan ini. Jika suami tahu tanggungjawab, sudah pasti ruangan ini tidak akan wujud dan kekal lama. ''Bayangkan ada suami terlalu kedekut dan berkira hinggakan si isteri terpaksa mencuri duit dari dompet suami untuk membiayai makan minum mereka anak beranak. Malah ada ustaz menggalakkan isteri berbuat demikian jika suami terlalu kedekut untuk beri nafkah anak isteri. ''Ada suami sanggup desak isteri terus tinggal di rumah ibunya selepas kahwin hingga menimbulkan perasaan tidak senang dan tidak tenang di hati isteri, apabila kakak dan adik ipar rajin bersantai di bilik tidur mereka tanpa mengira waktu. ''Selepas kahwin sepatutnya suami carikan rumah lain untuk isterinya demi menjaga maruah isteri, tetapi berbeza dengan suami saya, Izat kerana sudah terbiasa, dia langsung tidak fikirkan maruah isterinya, hinggakan sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa sanggup terjah ke bilik kami. ''Walaupun saya dan mertua tidak tinggal sebumbung tapi rumah kami berhampiran membuatkan adik ipar saya bebas masuk ke rumah kami bila-bila masa walaupun setelah ditegah. Mereka juga datang ketika kami keluar bekerja, sesuka hati mengambil apa saja benda yang diingini tanpa meminta izin terlebih dulu. ''Lebih menyakitkan hati, mereka bukan sahaja ambil terus benda yang mereka suka dari rumah kami bahkan enggan memulangkan semula termasuklah pakaian saya. Walaupun saya mengadu pada mertua dan suami tetapi perkara buruk itu masih berlaku. ''Jadi di sini saya ingin bertanya, di manakah tanggungjawab suami dalam memelihara dan melindungi maruah isterinya? Saya pendam kemarahan saya hinggakan perbuatan mereka jadi malapetaka dalam hidup kami. Akhirnya pasti kami suami isteri berbalah. Kekasih gelap''Walaupun kami masih suami isteri ketika itu, tapi hidup saya tidak bahagia kerana Izat lebih suka berfoya-foya, simpan kekasih gelap dan sebagainya. Pernah kekasihnya hamil tapi dia lepas tangan tak mahu bertanggungjawab, apa lagi bila diajak nikah. ''Sepatutnya lelaki yang telah mempunyai anak berfikir berpuluh-puluh kali sebelum menghamilkan anak orang. Apa kata jika masalah yang sama terjadi kepada diri sendiri, contoh anak perempuannya. Jangan lupa setiap perbuatan jahat kita akan ada pembalasan sama ada lambat ataupun cepat. Ketika itu kesalan tidak berguna lagi. ''Kepada lelaki jika terasa tersalah pilih isteri, dia boleh berkahwin beberapa orang lagi dengan memberi pelbagai alasan. Tetapi tidak kepada wanita, jika dia salah pilih suami, dia terpaksa melaluinya walaupun dalam hati kecilnya ada kesalan. Walaupun ada yang sanggup minta cerai, tetapi ia bukan mudah diperolehi jika tidak terkeluar dari mulut suami. ''Lelaki, biarpun dia bencikan isterinya seribu kali, tetapi dia tidak akan ceraikan isterinya dengan mudah, sebaliknya dia gantung atau berlengah semata-mata untuk menyusahkan hidup isterinya, seperti yang saya lalui sekarang. ''Zaman ini ramai isteri terpaksa bersengkang mata mencari rezeki lebih dengan melakukan pelbagai kerja sampingan untuk menyenangkan hidup anak-anak dan suami. Sebabnya suami tak mahu keluar duit belanja atau beli makan minum anak-anak kerana dia tahu isterinya bekerja. ''Lelaki sekarang bukan macam zaman datuk nenek kita dulu yang menyara keluarga walaupun gaji tak sebanyak mana. ''Sebaliknya lelaki zaman ini mencari isteri yang berkerjaya supaya mereka tak perlu bersusah payah nak bagi duit pada isteri, sebab isteri ada duit sendiri, walaupun hukumnya berdosa jika suami tak beri nafkah pada isteri. "Tak cukup itu, suami juga akan suruh isteri hantar anak-anak ke sekolah, kelas tuisyen dan sebagainya, mahupun mengambil kad laporan di sekolah kerana dia terlalu sibuk dengan urusan lain yang tak pernah habis. ''Tidak dinafikan ada isteri yang melancarkan perang mulut terhadap suaminya, mengugut akan tinggalkan suami atau lebih berani halau suami keluar rumah kerana sudah tidak sanggup menanggung bebanan gara-gara sikap lepas tangan suami. ''Bersyukurlah isteri yang dapat suami bertanggungjawab. ''Memang benar jika isteri tinggalkan suami, dia akan dicap nusyuz tapi bagaimana pula jika suami meninggalkan isteri dan anak-anak? Jadi sebelum mendakwa isteri menyusahkan hidup anda, tolong cermin diri, siapa lebih dulu menyusahkan isteri. "Bagi wanita apabila dia berkahwin, itulah suaminya dunia akhirat, tetapi suami setelah berkahwin sering mengucapkan dia ada tiga kekosongan yang perlu diisi. ''Wanita tidak pernah menyalahkan hukum kerana memang wajib isteri taat dan patuh kepada suami, tapi suami jangan pula menyalahgunakan hukum untuk kepentingan diri sendiri. Bertindaklah sebagai ketua keluarga yang baik dan bertanggungjawab serta pada masa sama menjaga maruah isteri dan anak-anak.'' Itu nasihat Azureen bersandarkan pengalaman pahitnya yang hingga kini masih digantung tak bertali. | |||||
| Posted: 09 Nov 2012 04:18 PM PST Siti Azwani Abu Bakar Walaupun ketika itu usianya baru menjengah 21 tahun, Siti Azwani Abu Bakar tidak kekok menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Apabila diajukan soalan tidakkah dia berasa masih terlalu muda untuk bergelar isteri apatah lagi ketika itu dia masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Azwani atau lebih mesra disapa Mimi menjelaskan, hari ini senario berkahwin muda bukan lagi satu perkara pelik malah semakin ramai menamatkan zaman bujang ketika masih menuntut. Tambahnya, tidak menjadi masalah sekiranya mereka (orang yang berkahwin muda) pandai membahagikan masa sekali gus beranggapan bahawa tanggungjawab yang digalas bukanlah satu beban. "Berbicara soal tanggungjawab, memang semua tahu apabila kita berkeluarga ada tanggungjawab tambahan yang perlu digalas berbanding jika masih bujang. "Namun, saya tidak melihat ia sebagai beban, malah ia suatu kurniaan buat saya dan perkahwinan itu juga bukan penghalang untuk saya bergerak aktif sebagai seorang pelajar," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Begitupun, ulas Mimi, pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat tidak dapat diteruskan disebabkan dirinya yang mengalami alahan teruk ketika mengandung sulung. Disebabkan itu juga Mimi terpaksa berhenti belajar. Sebaik sahaja habis berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Mimi meneruskan pengajiannya di dalam bidang pengurusan perniagaan dan pemasaran di salah sebuah kolej swasta di ibu negara. Kini dia yang memegang ijazah sarjana muda dalam bidang yang sama sudah boleh tersenyum bangga kerana walaupun tidak dapat meneruskan pengajiannya di UiTM tetapi Mimi tetap berjaya menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Katanya, ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak-anaknya berjaya dan disebabkan itu dan ditambah pula dengan rasa tanggungjawabnya sebagai seorang anak untuk memenuhi impian kedua orang tuanya, Mimi nekad untuk menyambung pelajaran hingga memperoleh segulung ijazah. Berkat usaha gigih serta dorongan daripada suami, keluarga dan tidak ketinggalan keluarga mentuanya, hari ini Mimi berjaya menjawat jawatan sebagai pengarah urusan di syarikat miliknya sendiri bernama Limpahan Setia Sdn. Bhd. Baru beroperasi dua tahun yang lalu, syarikatnya yang mengeluarkan produk kecantikan berjenama V3 membuktikan anak kelahiran Batu Pahat, Johor, ini merupakan seorang individu yang cekal dan bersemangat tinggi. Tidak hanya mahu bergoyang kaki walaupun hakikatnya dia boleh berbuat demikian tetapi Mimi tetap ingin meneruskan cita-citanya menjadi seorang usahawan berjaya. Tidak pernah sesekali menafikan turut mendapat tunjuk ajar daripada suami tersayang dan juga keluarga mertuanya, Mimi juga sebenarnya turut mempunyai pengalaman tatkala membantu mertuanya menguruskan perniagaan mereka. "Sebenarnya bidang pengajian yang diambil di UiTM dahulu merupakan bidang yang kurang diminati kerana ia berkaitan dengan kejuruteraan. "Tetapi Alhamdulillah apabila di kolej, bidang yang diambil merupakan bidang yang diminati sekali gus menjadikan saya begitu teruja untuk keluar bekerja. "Hari ini apa yang diimpikan telah pun tercapai dan kesemua ini selain daripada usaha sendiri, kejayaan ini juga merupakan berkat doa serta dorongan daripada seluruh ahli keluarga termasuklah keluarga mertua," sambungnya lagi. Ketika ditanya mengenai penglibatannya dalam bidang perniagaan, kata Mimi, segala yang berlaku begitu pantas dan di luar dugaan. Ini kerana katanya, selain begitu meminati bidang perniagaan, dia terlebih dahulu didedahkan dengan dunia perniagaan oleh ahli keluarga mentuanya. Malah dia juga pernah menimba pengalaman dengan bekerja di syarikat mertuanya sehinggalah satu hari dia melihat akan peluangnya untuk meneraju syarikatnya sendiri. Ini kerana suaminya yang juga merupakan seorang usahawan berjaya tidak pernah melarang apatah lagi begitu menyokong penuh akan keputusannya itu. "V3 dikeluarkan kerana saya ingin berkongsi rahsia kecantikan dengan semua wanita di luar sana. "Saya percaya semua wanita di luar sana ingin kelihatan cantik dan kemunculan saya di dalam bidang kecantikan adalah untuk memberi satu lagi pilihan kepada mereka untuk mereka kelihatan cantik. "Alhamdulillah setakat ini sambutannya begitu menggalakkan," katanya. Bercerita pula mengenai produk keluaran syarikatnya itu, ulas Mimi, setakat ini syarikatnya hanya mengeluarkan 12 produk kecantikan yang terdiri daripada pencuci muka, krim rawatan set 2 dalam 1, serum vitamin C, krim BB, sabun emas 999, pembersih susu, lulur manggis, lulur strawberi, lulur nanas, lulur asan jawa, dan lulur halia. Pada masa hadapan pihaknya akan mengeluarkan rangkaian produk kecantikan yang terdiri daripada krim pelindung matahari dan juga toner muka. Sewaktu ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini ternyata personaliti ini telah dikurniakan satu pakej lengkap sebagai seorang wanita. Tidak hanya sekadar memiliki tubuh badan yang begitu cantik dan langsing seperti yang diidamkan setiap wanita tetapi wanita ini turut dikurniakan wajah yang cantik. Jika dilihat daripada kulitnya pula ternyata ibu kepada dua orang cahaya mata ini memiliki kulit yang putih gebu. Jika dilihat sekali imbas mungkin mereka akan menyangka Mimi merupakan anak kacukan tetapi setelah 'dirisik' Mimi memberitahu dia merupakan anak Melayu jati dan begitu juga kedua orang tuanya. Ditanya juga mengenai kecantikan yang dimilikinya dan apakah rahsianya, jelas Mimi dahulu kulit mukanya bermasalah dan dipenuhi dengan jerawat. Tetapi setelah mencuba pelbagai produk kecantikan akhirnya dia telah menemui satu produk yang betul-betul serasi dan sesuai dengan kulitnya. Yang pasti, anak bongsu daripada sembilan beradik ini memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas rahmat yang dianugerahkan kepadanya dan dia juga menyifatkan kejayaannya hari ini adalah lambang pengorbanan semua pihak termasuk dirinya sendiri. | |||||
| Nenek tunggu 38 tahun untuk duduki SPM Posted: 09 Nov 2012 04:16 PM PST HASANAH Abdullah, 55, (kiri) bersama rakannya, Zurina Ismail, 39, mengulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak, semalam. Hasanah yang mengambil aliran subjek teras dengan tambahan Bahasa Arab kelihatan sebak dan gembira kerana penantian selama 38 tahun untuk menjadi calon SPM akhirnya berjaya. Ibu kepada enam orang anak dan nenek kepada tiga orang cucu itu berkata, peristiwa kematian ibu ketika berusia 15 tahun dan kekangan kewangan memaksanya membatalkan hasrat untuk menduduki SPM ketika berusia 17 tahun. Katanya, setelah ibunya meninggal dunia, dia terpaksa mengambil alih tugas arwah ibu untuk menjaga enam adiknya yang ketika itu masih kecil. "Selepas ibu meninggal dunia, setiap tahun saya akan menangis dan meminta izin kepada bapa agar dia membenarkan saya bersekolah semula kerana mahu menduduki SPM. "Pada waktu itu, saya hanya memendam keinginan untuk mengambil SPM dan lulus cemerlang bagi mengejar cita-cita masuk ke universiti," katanya ketika ditemui di sekolah itu hari ini. Hasanah adalah tenaga pengajar di KAFA Masjid Al-Amin, Sungai Layar, Sungai Petani dan merupakan salah seorang daripada 70 calon SPM yang bertugas sebagai guru KAFA dan belajar di Sekolah Menengah (SM) Langkasuka. Tambah Hasanah, biarpun terpaksa menduduki SPM pada usia yang lewat, ia bukanlah penghalang demi menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan prestasi akademiknya. Seorang lagi calon, Mahmud Sri Wijaya Othman, 48, yang merupakan guru KAFA di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Dawai, Sungai Petani berkata, dia tidak berasa kekok untuk berada di dewan peperiksaan demi menimba ilmu. Bapa kepada lima orang anak itu menjadikan anak sulungnya, Al-Kausar, 18, sebagai pendorong untuk dia berjaya dalam SPM. "Dahulu saya hanya bersekolah sehingga darjah enam, kemudian sambung ke sekolah Arab dan tidak pernah mengambil peperiksaan SPM,'' jelasnya. Pemangku Pengetua SM Langkasuka, K.S Maniam berkata, tahun ini terdapat seramai 147 calon SPM termasuk 70 guru KAFA yang berusia lingkungan 30 tahun hingga 55 tahun dan enam jururawat di sekolah itu. Katanya, calon yang terlibat tidak hanya membabitkan daerah Yan malah mereka dari serata daerah di negeri ini termasuk Sik, Pendang dan Kuala Muda. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Mansor Lat berkata, pada tahun ini jumlah calon SPM meningkat kepada 38,171 orang berbanding tahun lalu 36,688 orang. Katanya, jumlah tersebut termasuk sekolah kerajaan, swasta, sekolah agama rakyat dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). "Jumlah pusat peperiksaan yang dibuka pada tahun ini adalah sebanyak 275 buah dan membabitkan 1,738 pengawas peperiksaan," katanya. | |||||
| Apabila antibiotik tidak berkesan Posted: 09 Nov 2012 04:08 PM PST Sejak 1940-an, ubat-ubatan ini terbukti berkesan dalam merawat dan mengurangkan dengan ketara kadar kematian akibat penyakit seperti itu. Bagaimanapun, pengamal perubatan berkata antibiotik hanya berkesan sekiranya diberi preskripsi dan digunakan secara betul. Namun, oleh kerana digunakan secara meluas sejak sekian lama, mikroorganisme membentuk strain baharu yang mampu merintang kesan antibiotik dan ini menjadikan antibiotik kurang berkesan. Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Jangkitan) Kementerian Kesihatan, Dr. Suraya Amir Husin berkata, penggunaan antibiotik secara tidak betul dan tidak rasional boleh menyebabkan munculnya mikroorganisme yang kebal. "Keadaan ini dikenali dalam dunia perubatan sebagai Rintangan Antimikrob (AMR)," katanya. AMR merujuk kepada kekebalan sesuatu mikroorganisme terhadap sesuatu agen antimikrob yang sebelumnya begitu sensitif terhadap antimikrob berkenaan. Organisme perintang (bakteria, virus dan sesetengah parasit) mampu bertahan terhadap tindakan antimikrob seperti antibiotik dan antivirus yang menjadikan rawatan standard tidak berkesan. Natijahnya, jangkitan terus wujud dan boleh merebak kepada orang lain. Dr. Suraya berkata, AMR wujud akibat penyalahgunaan antimikrob dan keadaan ini berlaku apabila sesuatu mikroorganisme memutat atau menjadi kebal. Kesedaran Dr. Mohamed Azmi Hassali dari Universiti Sains Malaysia berkata, mengubah sikap dan meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang penggunaan antibiotik merupakan langkah yang boleh memulihara keberkesanan antibiotik. "Perlu difahami bahawa isu berkaitan AMR tidak hanya terhad kepada penggunaan antibiotik secara tidak rasional untuk rawatan, tetapi lebih jauh daripada itu. "Sebagai contoh, penggunaan antibiotik secara tidak rasional dalam makanan haiwan turut menyumbang kepada kemunculan patogen dalam ekosistem kita," katanya. Ketahanan antibiotik perlu dikaji melampaui tempat yang diinstitusikan seperti hospital kerana kebanyakan amalan paling tidak rasional dalam pemberian preskripsi dan antibiotik turut berlaku dalam masyarakat, katanya. Kesan Jangkitan berpunca daripada mikroorganisme perintang selalunya tidak memberi respons kepada rawatan standard dan ini mengakibatkan kesakitan berpanjangan serta meningkatnya risiko kematian. AMR mengurangkan keberkesanan rawatan kerana pesakit akan terdedah kepada jangkitan lebih lama dan berpotensi menyebarkan mikroorganisme perintang kepada orang lain. Sekali gus, ia boleh mewujudkan kembali keadaan pra-antibiotik. Kewujudan AMR menyebabkan kebanyakan risiko jangkitan menjadi tidak boleh dikawal dan boleh memusnahkan kemajuan ke arah mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa Bersatu berkaitan kesihatan menjelang 2015. Apabila jangkitan menjadi kebal terhadap ubat-ubatan barisan awal, terapi lebih mahal perlu digunakan. Peningkatan tempoh sakit dan rawatan akan meningkatkan kos penjagaan kesihatan dan memberi beban kewangan kepada keluarga terbabit serta masyarakat. Sesungguhnya, kemunculan AMR mencabar kemajuan dalam bidang perubatan moden. Tanpa wujudnya antimikrob berkesan dalam pemberian penjagaan kesihatan dan pencegahan jangkitan, kejayaan kaedah rawatan seperti pemindahan organ, kemoterapi kanser dan pembedahan, sudah pasti akan terjejas. Justeru, satu kaji selidik untuk menilai pengetahuan asas masyarakat tentang antibiotik dijalankan di Jelutong, Pulau Pinang dari 18 hingga 20 Jun tahun ini. Ia merupakan kerjasama antara Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang (sebuah NGO di daerah Jelutong) dan para penyelidik dari USM yang melibatkan 64 responden. Hasil kaji selidik ini mendedahkan tahap kesedaran orang ramai tentang antibiotik yang sungguh membimbangkan. Kekurangan pengetahuan dalam kalangan majoriti responden menunjukkan langkah perlu diambil agar mereka lebih berpengetahuan tentang penggunaan antibiotik. Kaji selidik itu juga menunjukkan wujudnya kaitan antara tahap pendidikan dan pengetahuan tentang rintangan antibiotik. Responden yang berpendidikan hingga sekolah menengah nampaknya lebih sedar tentang ketahanan antibiotik dan ini membayangkan bahawa mereka yang mendapat pendidikan tinggi, lebih faham tentang penggunaan antibiotik. Respons tentang bahaya yang ada kaitan dengan penggunaan antibiotik (rintangan antibiotik, kesan sampingan) didapati mempunyai perbezaan besar antara tahap pendidikan, status pekerjaan dan jumlah lawatan ke klinik atau farmasi. Data yang dikumpul juga menunjukkan majoriti responden dalam kaji selidik ini memiliki pengetahuan berkadar sederhana tentang antibiotik dan mempunyai sikap yang betul tentang penggunaan antibiotik. Ini menunjukkan bahawa pendidikan secara terancang tentang penyalahgunaan antibiotik perlu diberi untuk meningkatkan pengetahuan anggota masyarakat mengenai penggunaan antibiotik secara betul. | |||||
| Hasrat kahwin semula terbantut Posted: 09 Nov 2012 03:59 PM PST Nor Aini menunjukkan surat kes permohonan pengesahan penceraian. Sejak tiga tahun lalu penceraian itu dilakukan, Nor Aini Zakariya, 31, berkata, hidupnya kini ibarat seperti digantung tidak bertali. Menurutnya, lafaz cerai bekas suaminya itu dilakukan bersaksikan ahli keluarganya sendiri dan perkara itu dirujuk untuk mendapatkan kepastian pihak tersebut, namun sehingga kini mereka gagal mengemukakan kesahihannya. "Perkara itu turut dilakukan di hadapan hakim mengendalikan kes penceraian saya dan kemudian diarahkan membuka kes pengesahan penceraian itu kepada pihak terlibat. "Sebanyak dua kali saya membuka kes menyelesaikan perkara itu, tetapi surat pengesahan tersebut masih belum dapat dikeluarkan," katanya. Katanya, disebabkan terlalu lama, dia bertindak merujuk permohonan pengesahan itu dan mendapati berlaku pertukaran hakim di organisasi tersebut. "Saya kemudiannya diarahkan hakim tersebut melakukannya sekali lagi, namun perkara itu mendatangkan masalah kerana bekas suami gagal memberikan kerjasama. "Saya bertindak mengemukakan saksi berhubung kejadian lafaz cerai sebelum itu, tetapi pihak terlibat menyatakan saksi tersebut tidak kuat imannya," katanya. Nor Aini berkata, sepatutnya perkara itu perlu dipermudahkan pihak berkenaan bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya. "Oleh itu, saya berharap pihak terlibat dapat menyelesaikannya segera supaya perancangan untuk mendirikan rumah tangga dapat dilakukan sebelum menerima pandangan buruk daripada masyarakat. "Kalau nak berkahwin di Thailand, ia boleh dilakukan tetapi bakal menimbulkan masalah pula. Sekiranya boleh saya ingin menyelesaikannya dengan cara yang baik," katanya. | |||||
| Posted: 09 Nov 2012 03:57 PM PST Khairul Anuar (kanan) memerhati empat wanita Vietnam yang ditahan. Sehubungan itu, satu serbuan telah diadakan pada jam 12.55 malam oleh sepasukan anggota Imigresen Cawangan Teluk Intan di premis terbabit, malam kelmarin dan berjaya menahan empat wanita warga Vietnam kerana dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran. Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman memaklumkan, keempat-empat wanita itu berusia di antara 22 hingga 32 tahun ditahan setelah didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. "Semua yang ditangkap dibawa ke Pejabat Imigresen Teluk Intan bagi membantu siasatan. Kita turut menahan seorang lelaki berusia 27 tahun kerana dipercayai menjadi orang tengah dalam aktiviti pelacuran serta melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati)," katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Beliau turut memaklumkan, lelaki yang enggan memberi kerjasama semasa serbuan itu ditahan reman di bawah Seksyen 5(6)(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, manakala empat wanita Vietnam didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(d) akta sama. "Mereka ditahan reman selama 14 hari di Pusat Tahanan Imigresen Langkap bagi membantu siasatan dan kami turut mendapat perintah tahan daripada Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk lelaki terbabit mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. "Kita mendapati rumah inap desa ditukar menjadi pusat pelacuran, menjadi trend sekarang ini dalam usaha mengelak daripada ditahan pihak berkuasa," katanya. Katanya, siasatan awal turut mendapati rumah inap desa berkenaan pernah melakukan kesalahan sama serta pernah diserbu pada 25 April lalu yang mana dua wanita Vietnam bersama seorang wanita China melakukan kegiatan pelacuran dan kini menjalani hukuman penjara. "Saya beri amaran kepada mana-mana pengusaha rumah inap desa, bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka didapati menjalankan kegiatan pelacuran dan kita sedang mengesan mana-mana pemilik yang menjadikan rumah mereka sarang kegiatan tidak bermoral itu," tegasnya. | |||||
| Posted: 09 Nov 2012 03:55 PM PST Ahmad Husni Zaim dibawa keluar dari kamar bicara selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan dan denda RM1,500. Majistret Rozianti Mohamed membuat keputusan tersebut selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh yang berdepan dua pertuduhan. Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Husni Zaim Ahmad Suhaimi, 24, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menggunakan sebilah kapak terhadap Mohd Kamal Abdullah, 56, pada 4 November, jam 1 tengah hari di Bukit Besar. Bagi kesalahan itu, dia dihukum penjara selama 12 bulan dan denda RM1,000 atau tambahan dua penjara lagi jika gagal menjelaskan denda tersebut. Pertuduhan kedua pula, Ahmad Husni Zaim turut didakwa melakukan perbuatan khianat iaitu dengan membaling bata ke arah sebuah kereta Toyota Vios milik Hazliana Razak, 36, hingga menyebabkan wanita itu kerugian sebanyak RM500. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 4 November lalu jam 10 pagi di sebuah rumah di Jalan Ibrahim, Bukit Besar dan dia dihukum penjara selama tiga bulan serta denda RM500 atau tambahan penjara sebulan jika gagal lunaskan denda. Berdasarkan fakta kes, semasa adik ipar pengadu berada di rumah pada jam 10 pagi, Ahmad Husni Zaim telah meminta wang daripada adik ipar pengadu, namun tidak dihiraukan. Dengan rasa tidak puas hati, tertuduh telah mengambil seketul bata dan melemparkan bata tersebut ke kereta Toyota Vios hingga menyebabkan bonet belakang kenderaan berkenaan kemek. Tiga jam kemudian, tertuduh telah datang ke rumah pengadu dan meminta wang daripada abang pengadu yang merupakan orang kurang upaya (OKU) tidak mampu berjalan. Ahmad Husni Zaim secara tiba-tiba menuju ke dapur dan mengambil sebilah kapak dan menghentak senjata itu di atas meja luar rumah hingga mendatangkan ketakutan kepada abang pengadu. Bimbang diapa-apakan, abang pengadu akhirnya memberikan wang sebanyak RM6 kepada Ahmad Husni Zaim sebelum tertuduh berlalu pergi. Tertuduh kemudian ditahan polis pada jam 9.12 malam keesokan hari. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainuddin Abd Ghani manakala tertuduh tidak diwakili peguam. | |||||
| Rompak berkumpulan, dua lelaki dipenjara lapan tahun Posted: 09 Nov 2012 03:55 PM PST Mohamed Amjad Khan Kamarulzaman Mohd Amirudin Deraman Hukuman terhadap kedua-dua lelaki berkenaan diputuskan Hakim Azman Mustapha mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Mohd Amirudin Deraman, 23, dan Mohamed Amjad Khan Kamarulzaman, 28, didakwa merompak Noraida Zainuddin, 42, pada jam 8 pagi, 11 Oktober. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof. Dalam kejadian itu, barangan kemas mangsa yang bernilai RM1,500 dan sebuah telefon jenis Sambung Galaxy Ace bernilai RM300 dilarikan. Mangsa sebelum itu keluar dari rumah untuk ke tempat kerja melihat kereta jenis Honda Civic dinaiki dua lelaki masuk ke kawasan rumahnya. Penumpang hadapan iaitu tertuduh selepas itu turun dari kereta dan bertanya sesuatu kepada mangsa, tetapi belum sempat dijawab, beg tangannya diragut. Susulan laporan polis, mereka berjaya ditahan dan Mohd Amirudin mengaku merompak Noraida manakala rakanya pula mengaku memandu kereta terbabit. Mohd Amirudin adalah penjenayah sama yang merompak kenderaan pelbagai guna jenis Mitsubishi Grandis milik doktor pakar, Ida Zarina Zaini, dua bulan lalu. Hukuman bagi kedua-dua kes berkenaan berkuat kuasa secara berturutan. | |||||
| Posted: 09 Nov 2012 03:54 PM PST Muhamad Sofian dipenjara lapan bulan selepas mengaku bersalah mengugut ibunya dengan pisau. Sekiranya gagal membayar denda tersebut, Muhamad Sofian A Aziz, 29, bakal berdepan dengan tambahan penjara selama tiga bulan lagi. Keputusan itu dibuat selepas Majistret Rozianti Mohamed menerima pengakuan bersalah tertuduh yang juga pencari barang terbuang itu. Muhamad Sofian yang tinggal di Kampung Gong Tok Nasek dituduh melakukan ugutan jenayah dengan mengejar ibunya, Siti Fatimah Seman Ahmad, 57, dengan menggunakan pisau. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 4 November lalu, jam 9 pagi di Kampung Gong Tok Nasek dengan niat menyebabkan rasa cemas terhadap ibunya, seorang penenun songket. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainuddin Abd Ghani. Sinar Harian sebelum ini melaporkan, hanya disebabkan permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang dipercayai untuk membeli dadah tidak dipenuhi, seorang anak sanggup mengejar ibunya dengan menggunakan sebilah pisau. Tidak cukup dengan itu, suspek juga bertindak ganas merosakkan beberapa peralatan yang ada di rumah mereka, termasuk peralatan menenun songket milik mangsa yang digunakan untuk mencari rezeki. Kejadian pada jam 9 pagi di Kampung Gong Tok Nasek itu berlaku apabila mangsa enggan memberikan wang sebagaimana dikehendaki suspek, sebelum lelaki itu naik hantu dan mengamuk sebelum mengejar ibunya dengan pisau. Menurut sumber, mangsa yang ketakutan melihat perlakuan agresif suspek segera keluar dari rumah kerana bimbang diapa-apakan. "Bagaimanapun, tindakan kurang ajar suspek disedari seorang ahli keluarga yang kemudian menghubungi polis. "Susulan laporan dibuat, polis menahan suspek di rumah keluarganya beberapa jam selepas kejadian. Suspek dilaporkan selalu meminta RM50 setiap hari daripada ibunya," katanya. | |||||
| Perkahwinan bintang Chong Wei-Mew Choo Posted: 09 Nov 2012 03:53 PM PST Lee Chong Wei bersama pasangannya, Wong Mew Choo melambai kepada para petugas media pada majlis perkahwinanya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam ini. Majlis resepsi perkahwinan Chong Wei-Mew Choo pada 9 dan 10 November ini. Sebelas tahun menyulam cinta akhirnya pemain badminton nombor satu dunia, Chong Wei menamatkan zaman bujang dan disatukan dengan pasangannya Mew Choo dalam satu majlis yang begitu meriah dan warna-warni bertemakan Warna Keemasan dan Bunga Berwarna Putih. Jelas terpancar wajah ceria kedua mempelai sebaik diarak memasuki Dewan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) diiringi 12 pengiring termasuk beregu negara Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat. Pasangan yang berpakaian ala Barat, masuk ke dewan pada pukul 8.30 malam dengan diiringi lagu romantik 'Colors of the Wind' nyanyian Vanessa Williams. "Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke majlis saya," katanya yang sempat menjawab pertanyaan media sebelum diarak memasuki dewan. Majlis yang berlangsung hampir dua jam dimulakan dengan persembahan slide show yang menceritakan saat Mew Choo dilamar. Sepang Gold Coast menjadi saksi bagaimana ikatan ini akhirnya disatukan. Kira-kira 1,000 tetamu kenamaan hadir pada majlis berkenaan. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah turut hadir mencemar duli memeriahkan majlis perkahwinan mereka. Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditemani anak lelakinya dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isterinya turut hadir. Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong. Pengantin kemudiannya menjalankan upacara memotong kek dengan mengenakan busana yang berbeza iaitu Chong Wei berpakaian suit biru manakala Mew Choo bergaun merah. Ahmad Shabery menyifatkan perkahwinan ini adalah yang terhebat kerana ia melibatkan penyatuan dua bintang sukan ternama negara. "Tahniah kepada kedua pengantin baru. Diharapkan perkahwinan ini akan menaikkan lagi semangat Chong Wei untuk terus berjuang dan mungkin kehadiran Mew Choo mampu mengubah keputusan Chong Wei dan mahu bertanding ke Sukan Olimpik Rio 2016. "Mereka sangat secocok dan Mew Choo adalah pendorong semangat untuk Chong Wei terus berjaya," katanya. Menteri-menteri Kabinet lain yang hadir termasuklah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri. Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh adalah antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Dalam pada itu, Najib mengucapkan tahniah kepada Chong Wei sempena perkahwinannya malam ini. Dipetik Bernama, Najib berharap Chong Wei dan isterinya akan menikmati hidup bahagia pada masa depan. "Tahniah, Lee Chong Wei sempena perkahwinan anda dengan Wong Mew Choo. Semoga anda berdua menikmati kebahagiaan pada tahun-tahun mendatang," kata Najib dalam tweet terbarunya malam ini. | |||||
| Hanez Suraya, Amy berperang lagi Posted: 09 Nov 2012 03:51 PM PST
PELAKON drama bersiri Dendam Pencinta dan Dalam Hati Ada Taman, Hanez Suraya, nampaknya tidak habis-habis dengan kontroversi. Kali ini, dia terlibat dalam 'perang' siri kedua dengan rocker tersohor, Amy Search. Perang siri pertama membabitkan mereka pada majlis Anugerah Blokbuster 2011 baru-baru ini, apabila dia dikatakan berlagak sombong dengan tidak menegur Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman walaupun mereka duduk bersebelahan. Isteri Amy, Nourish turut menemaninya pada ketika itu. Perang siri kedua Amy dan Hanez pula turut membabitkan Nourish. Kejadian yang berlaku tiga hari lepas itu sebaliknya menimbulkan kontroversi lain antara mereka. Ia tercetus apabila Nourish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan telah secara tidak sengaja bertemu dengan adik Hanez yang merupakan seorang juruwang di sebuah bank tempat dia berurusan untuk mengeluarkan wang. Nourish yang mengenali adik Hanez ketika dia turut menemani Hanez pada Anugerah Blokbuster 2011 tempoh hari itu dikatakan ingin menyampaikan permohonan maaf bagi pihak suaminya. Ia ekoran kejadian teguran Amy secara terbuka di Twitter yang telah mengkritik Hanez ekoran isu pada majlis anugerah tersebut. Bagaimanapun, adik Hanez dikatakan telah menolak untuk menyampaikan permohonan maaf kepada kakaknya itu dan Nourish didakwa sehubungan itu telah membuat kecoh di bank berkenaan.
Isu itu berlarutan hingga ke laman sosial bergambar Instagram pula. Amy dan Hanez menerusi intagram tersebut khabarnya berbalas-balas kata, yang mana kata-kata berbaur amarah itu kini sudahpun dihapuskan. Bagi mendapatkan penjelasan sebenar perkara yang berlaku itu, Kosmo! telah menghubungi Hanez dan Nourish. Berikut, sedutan temu bual bersama mereka. Kosmo!: Apakah yang sebenarnya berlaku, adakah benar Nourish membuat kecoh di sebuah bank tempat adik anda bekerja? HANEZ: Saya enggan komen apa-apa sebab benda dah jadi. Benarkah dakwaan Hanez sebenarnya jenis suka cari gaduh? Saya bukan jenis macam itu. Saya tiada masalah dengan sesiapa pun sebelum ini, selama ini pun, saya senyap apa orang cakap kat saya. Jadi, apakah yang menyebabkan Amy dan isterinya dikatakan mengamuk dengan anda? Saya tidak tahu apa masalah yang berlaku sebenarnya. Kalau sesiapa ada nak bagi tahu saya apa-apa, baik jumpa saya sendiri dan jangan guna pihak ketiga bagi elak salah faham pula. Adakah Hanez akan bersemuka dengan Nourish atau Amy setelah apa yang berlaku? Saya rasa tidak perlu kerana saya tidak bermasalah dengan sesiapa pun, tetapi kalau ada pihak ingin bersemuka dengan saya, itu tidak menjadi masalah. Apabila berlaku perkara macam ini, Hanez yang dipersalahkan dan nampak anda yang bermasalah, apa komen anda? Biarlah apa orang nak kata janji saya tahu, saya tidak kacau orang. | |||||
| Lopez nafi punca pekerja hotel dipecat Posted: 09 Nov 2012 03:50 PM PST
DIVA pop, Jennifer Lopez menafikan bahawa dirinya menjadi punca seorang pekerja hotel, di tempat penginapannya di Jerman dipecat gara-gara meminta tanda tangan autografnya. Dalam laman Twitternya, dia menafikan pemecatan pekerja itu berpunca daripada dirinya. "Saya tidak tahu punca cerita itu datang," ujarnya menjawab laporan sebuah tabloid di negara itu. Ujar Lopez, peminatnya lebih tahu perkara ini dan dia tidak akan berbuat demikian semata-mata disebabkan ingin mendapatkan tanda tangannya. Sebuah tabloid di Jerman menyebut seorang pekerja Hotel Melia Dusseldorf, Pray Dodaj telah mengetuk bilik penyanyi itu untuk mendapatkan autografnya. Sehari kemudian, pekerja itu menerima panggilan bahawa dia telah dibuang kerja kerana mengganggu privasi penginap hotel itu iaitu Lopez. Lopez berada di Dusseldorf, Jerman minggu lepas ketika siri konsert jelajah di seluruh dunia. | |||||
| Posted: 09 Nov 2012 03:50 PM PST
BAIT-BAIT lagu yang menangkap deria kedengaran: "Sayang apa khabar denganmu, di sini ku merindukan kamu." Ia mudah sahaja menyerap masuk menjadi halwa telinga. Irama yang catchy bersama adunan vokal keras menyuntik rasa ingin tahu siapakah gerangan penyanyi wanita bersama pelat bahasa Indonesia pekat di sebalik lagu berjudul Sayang itu. Dialah Sheryl Gething atau serasi disapa Shae, 18. Ketika pertemuan sulung bersama gadis kacukan Australia (bapa) dan Riau (ibu) itu diaturkan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia petang Jumaat minggu lalu, Shae nyata begitu mesra. "Seboleh-bolehnya saya mahu berbicara dalam bahasa Indonesia. Penat kalau selalu bercakap bahasa Inggeris," bicaranya laju dalam nada berseloroh. Shae mengemaskini ruang selesa untuk terus berbicara. Katanya, ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Malaysia. Teruja dan gembira apabila ada peminat yang menyapa dia ketika berjalan-jalan sekitar ibu kota Kuala Lumpur, Shae membidik sasaran karier seninya di sini. "Saya mahu lagu (Sayang) ini dikenali di Malaysia terlebih dulu sebelum Indonesia. Apabila diberikan peluang datang ke sini (Malaysia), ia cukup luar biasa dan tidak pernah saya menduga. "Semoga pendengar di Malaysia boleh menerima muzik saya terutama lagu Sayang," kata Shae. Sayang yang dicipta sepenuhnya oleh pemain dram kumpulan Winner, Posan Tobing berentak pop, lirik yang ringkas dan mesra pendengar. Tiga jiwa Anak sulung daripada dua beradik itu juga mempertaruhkan tujuh buah lagu lain menerusi album yang berjudul The First itu. Antaranya Aku Belum Pernah, Putus Nyambung, Hangat Hangat Kuku, Cintaku Telah Mati Untukmu dan single yang sedang hangat diputarkan di Indonesia, Kok Telfon Telfon Sih? "Saya bertanggungjawab meletakkan emosi dalam setiap buah lagu supaya pendengar dapat merasai apa yang saya rasakan.
"Saya tahu apa yang saya mahukan, kerana itu saya memberikan sepenuh perhatian sepanjang tempoh pembikinan album ini selama satu setengah tahun. "Konsep, pemilihan lagu, gambar, warna, klip video dan semuanya yang lain saya harus terlibat," ujarnya bersungguh-sungguh. Menarik mengenai album itu, terdapat sebuah buku kecil disertakan bersama cakera padat yang menampilkan tiga jiwa Shae iaitu rock, girl next door dan sofistikated. Shae memberikan kepercayaan kepada Posan Tobing untuk menjadi penerbit album The First selain turut dibantu oleh Rio Winner, Beben Winner, Dody Katamsi, Erick dan Jimmy. Memilih Posan pasti ada sebabnya. Kata Shae: "Posan bertanggungjawab mencungkil bakat saya sejak berumur 15 tahun lagi. Perkenalan dengannya pada sebuah acara nyanyian merupakan titik permulaan karier saya." Menghuraikan lebih lanjut faktor album sulungnya mengambil masa terlalu lama untuk diterbitkan, kata Shae dia perlu menamatkan persekolahan sebelum memberi fokus dalam bidang nyanyian. "Saya mula menyanyi di rumah dan kemudiannya menjadi semakin serius, sehinggakan saya rasa menyanyi itu tidak susah. "Akhirnya menyanyi menjadi sebahagian daripada hidup saya dan jika tiga hari tidak menyanyi saya akan jadi gelisah. "Apabila saya memberitahu ibu saya akan kemahuan untuk menjadi penyanyi, dia meletakkan syarat agar menghabiskan persekolahan dulu. Tambahan, Posan ketika itu agak sibuk dan tidak sempat mencipta lagu untuk saya," cerita Shae. Kritik Tidak gusar dikritik, namun kata Shae biarlah ia berpada-pada dan bukan semberono. Katanya lagi, kritikan mematangkan diri seseorang penyanyi sekali gus mendidik agar lebih cekal.
"Saya tidak kisah jika ada pihak yang mahu mengkritik atau menilai diri saya, asalkan bukan bertujuan menjatuhkan. Saya terima ia sebagai satu pelajaran," tegasnya. "Bukan senang mendapat perhatian khalayak tapi jika ada kemahuan pasti akan ada caranya. Saya akui sekarang semakin banyak persaingan namun, saya tidak memikirkan akan hal itu. "Saya masuk ke dalam bidang nyanyian untuk menjadi penghibur, jika kita memberikan yang terbaik sudah pasti orang akan melihat kita," ujar Shae berhubung prinsip berkarya. Selain menyanyi, Shae pernah menceburkan diri dalam bidang lakonan. Mengakui dirinya seorang 'bule kampung' (gadis tipikal Indonesia), Shae bagaimanapun tidak melihat kariernya berkisar akan dunia lain selain nyanyian. "Saya pernah berlakon teater, sinetron dan iklan komersial. Saya lalu mencuri semua hasil dan pengalaman daripada bidang-bidang itu untuk diterjemahkan dalam muzik. Muzik adalah keghairahan saya dan selamanya akan kekal begitu," ungkap Shae. | |||||
| Persembahan terbaik finalis Soulstar hari ini Posted: 09 Nov 2012 03:49 PM PST ![]() AKSI Rina Bayu ketika menyertai sesi uji bakat Soulstar 2012 di Dewan Masyarakat Serian dekat Kuching baru-baru ini. KUCHING - Kesemua 24 finalis program Soulstar 2012 akan memberikan persembahan terbaik selain mengatasi tekanan serta cabaran pada konsert pertama yang berlangsung petang ini di Panggung Budaya, Kampung Budaya Sarawak di sini. Seorang daripada mereka, Rina Bayu Adilana Anak Jimmy, 18, berkata, dia telah membuat persedian rapi bagi menghadapi cabaran pada konsert pertama yang menggunakan tema dan konsep persembahan bebas. "Banyak ilmu ditimba di dalam kelas sejak seminggu lalu dan tenaga pengajar juga banyak membantu saya dalam membuat persediaan menghadapi konsert minggu pertama ini. "Setakat ini, persediaan berjalan lancar tetapi tekanan sebenar adalah pada persembahan nanti ketika berhadapan dengan para juri dan penonton," ujar gadis itu yang mesra dengan panggilan Bayu ketika dihubungi semalam. Bayu yang akan tampil mendendangkan sebuah lagu dari Indonesia pada konsert tersebut berkata, dia akan memberikan persembahan istimewa bagi menarik perhatian juri dan penonton. Seorang lagi peserta, Nyda, 17, atau nama sebenarnya Harnida Shazila Haron berkata, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang dilaluinya sedikit pun tidak mengganggunya membuat persiapan menghadapi konsert berkenaan. "Saya ada rasa sedikit gemuruh tetapi latihan yang diberikan oleh tenaga pengajar banyak membantu untuk mengatasi perasaan tersebut. "Dalam kelas, kami diajar bagaimana untuk fokus dalam sesuatu perkara. Ketika peperiksaan saya akan fokus belajar manakala ketika menyanyi, saya akan fokus untuk memberikan persembahan terbaik," katanya. Juara Soulstar 2012 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta hadiah-hadiah lain. Pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000. Soulstar 2012 dianjurkan oleh Kampung Budaya Sarawak dan E-One Dasri Talent Management manakala akhbar Kosmo! menjadi rakan media rasmi. Untuk urusan pembelian tiket, sila hubungi 082-846 108. ![]() | |||||
| Posted: 09 Nov 2012 03:43 PM PST
KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyerbu dan menyita sebuah rumah yang dijadikan pusat perlindungan wanita dan remaja di Kampung Sungai Mulia, Setapak di sini yang beroperasi tanpa lesen sejak lebih 24 tahun lalu. Pengarahnya, Noormah Abdul Rauf berkata, dalam serbuan selama tiga jam bermula pada pukul 10 pagi itu, pusat tersebut didapati menempatkan 69 wanita berumur antara 14 dan 30 tahun termasuk seorang bayi berusia lima bulan tanpa mengikut syarat yang ditetapkan Akta Pusat Jagaan 1993. Pusat yang diberi nama Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja) itu didapati gagal mematuhi piawaian minimum yang ditetapkan di bawah akta tersebut. "Dengan keluasan rumah tersebut, maksimum penghuni yang dibenarkan hanya seramai 28 orang tetapi penjaga pusat itu meletakkan seramai 69 orang di ruang yang sempit. Mana selesa? "Sedangkan pihak keluarga juga membayar yuran kepada pusat itu sebanyak RM10,000 setahun untuk seorang bagi menjaga ahli keluarga mereka yang mempunyai masalah sosial atau sedang mengandung," katanya kepada pemberita selepas serbuan ke pusat itu di sini semalam. Menurut beliau, antara piawaian yang perlu dipatuhi oleh penjaga pusat tersebut ialah had bilangan penghuni tidak melebihi keluasan ruang lantai yang dibenarkan bagi memastikan keselesaan penghuninya. Piawaian lain yang perlu dipatuhi ialah nisbah penjaga dengan penghuni perlulah mencukupi, menyediakan modul latihan dan jadual aktiviti harian yang sesuai. "Hasil siasatan JKM mendapati Kewaja gagal mematuhi piawaian yang telah ditetapkan walaupun telah diberi nasihat dan panduan sejak tahun 2003," jelas beliau. Ketika serbuan itu dibuat, pihak berkuasa mendapati 69 penghuni pusat jagaan tersebut terdiri daripada 42 wanita yang sedang mengandung, 19 orang berada dalam pantang selepas baru melahirkan anak manakala tujuh lagi menghadapi pelbagai masalah sosial yang lain. ![]() NOORMAH bersama beberapa pegawai JKM menyita pejabat Kewaja ekoran beroperasi tanpa lesen sejak 24 tahun lalu. Mereka kemudiannya, termasuk seorang bayi yang berusia lima bulan, ditempatkan untuk sementara waktu di Asrama Bahagia, Kampung Pandan di sini untuk tujuan saringan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing. Menurut Noormah, pihak pengurusan Kewaja perlu mengemukakan perakuan pendaftaran bagi pusat jagaan tersebut kepada JKM untuk mengoperasikan semula tempat tersebut dalam tempoh 21 hari dari tarikh notis ia dikeluarkan. "Sekiranya Kewaja gagal berbuat demikian, suatu perintah mahkamah akan diperoleh bagi menghalang premis tersebut daripada dijadikan pusat jagaan," katanya. Tambah Noormah, sekiranya didapati bersalah, Kewaja boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pusat Jagaan 1993. Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di pusat tersebut mendapati semua penghuninya terpaksa tinggal dalam keadaan tidak selesa di rumah itu yang menyediakan sebuah ruang tamu dan dua bilik untuk mereka. Selain itu, mereka juga terpaksa tidur beramai-ramai di ruang tamu yang sempit selain persekitaran yang kurang bersih dan tidak selamat kepada penghuni. Seorang penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Maya, 16, berkata, kehidupan yang beliau impikan untuk berubah apabila memasuki pusat jagaan tersebut selepas terjebak dengan masalah sosial disifatkan 'tidak seindah yang disangka'. "Pada mulanya saya ingat saya ingin mendalami ilmu agama tetapi tempat ini tidak menyediakan guru yang mampu untuk mengajar agama, sebaliknya kami hanya belajar sesama sendiri sahaja," katanya. Bagi Effa, 19, pula, tindakannya yang pernah melarikan diri akibat tidak tahan dengan kehidupan di pusat itu yang disifatkannya sebagai tempat yang teruk menjadi mimpi ngeri apabila dia ditangkap dan dipukul warden pusat berkenaan. "Saya memang tidak sangka kehidupan di sini amat teruk, mereka mengenakan yuran tetapi tidak menyediakan keselesaan kepada kami. Bayangkan ibu mengandung, ibu yang baru bersalin disuruh membuat kerja-kerja berat, jadi perkara inilah membuatkan kami ingin memberontak," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















0 ulasan:
Catat Ulasan