RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sesi Eksklusif Bersama Pemandu Formula 1 PETRONAS

Posted: 01 Apr 2013 08:03 PM PDT

SESI EKSKLUSIF BERSAMA PEMANDU F1 PETRONAS

Pada 19 Mac 2013, hari Selasa yang lalu, Budiey dijemput untuk menghadiri Sesi Bersama Pelumba Petronas F1 di stesen minyak Petronas Solaris Serdang.

Terus terang lah ye, ini adalah kali pertama Budiey menjejakkan kaki di stesen minyak yang kini dah berwajah baru yang lebih fresh ini. Terima kasih buat PETRONAS sebab sudi menjemput Budiey. Bukan mudah nak jumpa dengan pemandu pasukan Mercedes AMG PETRONAS F1 Team, Nico Rosberg dan Lewis Hamilton ni.

Sempena dengan kehadiran dan lawatan Lewis Hamilton dan Nico Rosberg ini, PETRONAS turut mengundang empat orang pengguna Kad Mesra bertuah yang mana mereka merupakan antara yang paling banyak berbelanja di stesen PETRONAS.

Bertuah betul pemenang dari Kad Mesra PETRONAS ni, dah lah dapat bertemu dan beramah mesra dengan pelumba F1, dapat hadiah dengan mengisi minyak dalam tangki kereta mereka. Ish, siapa yang tak nak kan?

Petronas

Sesampai di PETRONAS Solaris Serdang dengan cuaca yang agak panas pada petang itu, Budiey lihat ada sekumpulan krew produksi iklan sedang buat pengambaran iklan terbaru PETRONAS.

Petronas

Budiey dikhabarkan, iklan terbaru ini nanti akan lebih meriah dengan penampilan khas dari dua orang pemandu terkenal Lewis Hamilton dan Nico Rosberg. Budiey tak sabar nak tengok iklan ini disiarkan. Maklumlah, Budiey antara yang datang untuk melihat sekitar pengambaran iklan ini dibuat, mestilah nak tengok bagaimana hebat hasilnya.

Setelah penat mengambil beberapa gambar dengan lensa kamera, Budiey lepak-lepak dulu sambil menantikan kehadiran dua pemandu. Rata-rata yang datang tak sabar untuk bertemu dengan pemandu Mercedes AMG PETRONAS F1 Team ini. Jam 1.30 petang, pemandu yang kami nantikan pun sampai. Tak lama selepas itu, kami terus dibawa untuk ke stesen minyak bagi merakam detik manis pemenang Kad Mesra PETRONAS beramah mesra dengan pemandu terkenal, Nico Rosberg & Lewis Hamilton. Budiey juga sempat melihat pemandu F1 ini tampil bersama dalam pengambaran iklan PETRONAS. Memang diorang ni professional sangat.

Petronas

Menurut kata salah seorang pemenang Kad Mesra PETRONAS, beliau memang tak sangka dapat berjumpa dengan pemandu F1. Kalau dulu, dapat tengok kat TV je, sekarang boleh bersembang dan bergambar. Walaupun sekejap, beliau anggap ini satu pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Yang penting, pelumba sendiri yang memasukkan minyak dalam tangki kereta mereka. Pergh! Bertuah betul, tak rugi guna Kad Mesra PETRONAS.

Tak sampai 20 minit di situ, kami kemudian diajak naik ke aras satu untuk sesi bermain kereta kawalan jauh bersama pemandu F1 pula. Bila perhatikan pemandu F1 ni main kereta kawalan jauh ni, memang la tak sama dengan mereka kawal kereta lumba yang betul. Tapi kira okay lah, not bad. Mungkin diorang dah selalu berlatih dengan menggunakan kawalan jauh ni.

Petronas

Budiey juga tak lepaskan peluang untuk mencuba berlumba dengan penulis blog yang lain serta pemenang Kad Mesra PETRONAS. Satu kumpulan terdiri dari empat orang pelumba. Kami hanya perlu buat 3 laps sahaja. Pemenang dipilih berdasarkan siapa yang paling cepat dan paling awal sampai ke garisan penamat. Bila dah cuba, memang perasan tu ada lah sikit rasa macam betul-betul jadi pelumba tapi tak tahu nak kawal kereta. Memang ini pertama kali Budiey cuba benda alah ni pun.

Sebelum meninggalkan stesen minyak PETRONAS yang paling happening ni, kedua-dua pemandu telah meninggalkan bekas tangan mereka untuk diabadikan sebagai kenangan buat tatapan pengunjung stesen minyak Solaris Serdang ini.

Petronas

Setelah semua selesai, kami kemudiannya mendengar sedikit penerangan tentang PETRONAS secara santai oleh Encik Akbar M Thayoob yang merupakan Head of Retail Business Division, PETRONAS Dagangan Berhad. Selain itu, kami berkenalan juga dengan beberapa orang kuat dan staf di PETRONAS Dagangan Berhad.

Sebelum apa-apa lagi, kami diberi penjelasan tentang sejarah penubuhan syarikat PETRONAS Dagangan Berhad. Ditubuhkan pada tahun 1982, beberapa tahun selepas penubuhan PETRONAS pada tahun 1976. PETRONAS Dagangan Berhad mulanya terlibat dengan proses carigali minyak dan pelopor untuk industri minyak dan gas di Malaysia. Mengikut sejarah, pada tahun 1979, Malaysia mengalami krisis minyak di mana ketika itu minyak dicatu kepada pengguna. Dari itu, PETRONAS diarahkan untuk keluar mencari minyak untuk menjamin bekalan minyak kepada pengguna Malaysia mencukupi. Stesen pertama PETRONAS adalah di Taman Tun Dr Ismail dan kini PETRONAS Dagangan Berhad dah ada lebih 1,000 stesen minyak seluruh Malaysia.

Salah satu misi PETRONAS Dagangan Berhad adalah untuk menjamin keselesaan rakyat Malaysia. Selain keselesaan pengguna diterapkan, PETRONAS Dagangan Berhad juga mahu penduduk Malaysia rasa puas hati dengan mutu perkhidmatan di mana mereka mendapat 'reward' dengan menjadi pengguna setia PETRONAS Dagangan Berhad.

Bertepatan dengan motto, All The Way, PETRONAS Dagangan Berhad berusaha sedaya upaya untuk memberikan keselesaan dengan menyediakan ruang stesen minyak yang lebih kepada Satu Pusat Hentian di mana pengguna boleh keluarkan duit di mesin ATM, bayar bil, membeli belah dan sebagainya. PETRONAS Dagangan Berhad adalah antara yang memperkenalkan Ron 95, kemudahan surau, tandas dan beberapa kemudahan yang lain pada awal penubuhan.

Budiey sangat bangga dengan pembaharuan yang dibuat oleh syarikat ini sebab pastinya, setiap kemudahan yang disediakan memerlukan kos yang tinggi.

Pada tahun 2011, PETRONAS Dagangan Berhad telah memperkenalkan RON 95 EXTRA yang menggabungkan kelebihan penjimatan dan prestasi enjin kereta. Budiey lihat, usaha ini sangat baik untuk menjadikan pengguna menjaga kereta mereka dengan lebih baik.

Menyentuh tentang stesen minyak PETRONAS SOLARIS ini sebenarnya adalah stesen minyak berkembar iaitu Solaris Serdang dan Solaris Putra. Stesen ini dinamakan Solaris sebab menggunakan sistem penjimatan tenaga. Antaranya solar panel berbumbung di mana tenaga elektrik dijana dengan menggunakan tenaga cahaya matahari. Selain menggunakan semula air hujan untuk cucian dan menggunakan cahaya LED yang menggunakan kuasa elektrik yang sangat sikit. Sistem mengendalikan tenaga juga digunakan sebagai contohnya jika suhu di luar sangat panas, penghawa dingin dalam bangunan ini boleh diselaraskan secara otomatik.

Untuk membalas jasa baik peminat setia yang tak putus-putus bagi sokongan, PETRONAS Dagangan Berhad terus menerus merancang untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna Kad MESRA. Antaranya seperti acara pada hari tu di mana pengguna paling kerap dan banyak diberi layanan istimewa dan juga dan sekarang dari Mac hingga April, diadakan peraduan Race On: Mesra Store yang mana pemenang akan diberikan hadiah sebuah kereta Mercedes-Benz A Class iaitu Mercedes 2250 yang mana Budiey dikhabarkan kereta ini belum lagi dilancarkan dan digunakan di Malaysia.

Wow, Budiey rasa nak cuba masuk peraduan ni. Mana tahu dapat kereta Mercedes 2250 ni.

Kepada anda yang nak tahu lebih lanjut tentang PETRONAS Dagangan Berhad ini boleh layari: www.mymesra.com.my atau boleh LIKE Fanpage: www.facebook.com/PETRONASBrands

Gambar-Gambar Menarik Sepanjang Acara Berlangsung.

Komen via Facebook

Komen

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Posted: 01 Apr 2013 07:48 PM PDT

DATO' SITI NURHALIZA MEMBAWA PENGGUNA SIMPLYSITI® BERCUTI KE LEGOLAND® MALAYSIA

Bermulanya dari November 2012 sehingga Januari tahun ini, Dato' Siti Nurhaliza, pengasas jenama kecantikan SimplySiti telah diberi satu misi untuk mengumpul dana bagi membantu 3 orang kanak-kanak dari Yayasan IJN yang memerlukan pembiayaan untuk menjalani pembedahan jantung mereka. Misi ini telah dilancarkan di bawah kempen SimplySiti Di Hati 2012, iaitu aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan oleh SimplySiti setiap tahun sejak 2011 yang lalu.

Kempen yang diterajui oleh Dato' Siti sendiri telah menyaksikan beliau turun ke padang ke kaunter-kaunter SimplySiti yang terpilih dengan usaha dan niat untuk bersama dengan pengguna SimplySiti untuk sama-sama membantu misi beliau untuk meraih dana yang diperlukan.

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Kata Dato' Siti Nurhaliza ketika berjumpa beliau di lawatan ke LEGOLAND,

"Syukur sekali, sudah dua tahun SimplySiti Di Hati dijalankan dan kempen ini telah dapat membantu 5 orang kanak-kanak keseluruhan yang telah menjalani pembedahan jantung mereka dengan selamat. Siti gembira dan amat berterima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan kempen ini dengan baik dan terutama sekali buat pengguna SimplySiti yang menyokong dan turut bekerja keras membantu Siti menjayakan misi ini."

Istimewanya lagi kempen SimplySiti Di Hati 2012 ini, beberapa rakan niaga telah turut serta untuk sama-sama menjayakannya dengan memberi sumbangan dalam bentuk hadiah bagi mereka yang bertuah yang telah membeli produk SimplySiti dengan niat untuk menderma. Bukan sahaja menderma, mereka turut berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dari Berjaya Hotel & Resorts, baucer Starbucks Coffee serta banyak lagi.

Selain itu, SimplySiti turut menghadiahkan pemenang bertuah dengan tiket penerbangan ke destinasi-destinasi istimewa yang terpilih. Dan yang paling menarik, pengguna-pengguna turut berpeluang memenangi tiket lawatan seharian bersama Dato' Siti Nurhaliza ke LEGOLAND. Dengan pencapaian yang diraih, lawatan ini adalah sebagai ucapan terima kasih SimplySiti buat pengguna-pengguna, rakan-rakan media serta rakan-rakan niaga yang telah membantu menjayakan kempen SimplySiti Di Hati 2012.

Menariknya, lawatan bersama Dato' Siti yang ditaja khas oleh LEGOLAND ini menyaksikan pelbagai aktiviti istimewa yang telah dirancangkan untuk memastikan setiap yang hadir pasti pulang dengan gembira. SimplySiti membawa bersama 100 peserta iaitu pengguna bertuah (dewasa dan kanak-kanak), rakan-rakan media, adik Huang Si Han, adik Sharadha Ganisan dan adik Mohd Lokman Yusri turut serta. Bermulanya perjalanan jam 6 pagi dari Kuala Lumpur, perjalanan dengan bas Mara Liner, penaja bas bagi lawatan ini, rombongan tiba di Johor di mana mereka diraikan dengan sesi bergambar di hadapan gerbang LEGOLAND. Kemudiannya mereka diiring terus ke dalam taman tema ini bagi merasai permainan dan aktiviti yang telah disediakan. Antaranya, mereka dapat menaiki beberapa tarikan menarik seperti rollercoaster dan menonton filem di '4D cinema' bersama Dato' Siti.

Semasa lawatan ini Dato' Siti telah menghulurkan cek bernilai RM57,166 kepada pihak Yayasan IJN sebagai sumbangan yang dihulurkan bersempena dengan kempen SimplySiti Di Hati 2012. Jumlah kutipan dana adalah berdasarkan hampir 7% daripada perolehan yang dibuat sepanjang kempen berlangsung berdasarkan anggaran yang terbaik. SimplySiti berterima kasih ke atas semua sokongan dan memohon dihalalkan sekiranya terdapat apa – apa perbezaan daripada jumlah sebenar yang tidak dapat diperolehi secara tepat. Turut menyumbang kepada Yayasan IJN, LEGOLAND Malaysia diwakili oleh Cik Thila Munusamy telah menyampaikan 1,000 tiket ke LEGOLAND buat kanak-kanak Yayasan IJN yang kurang bernasib baik.

Selain itu, Dato' Siti turut membina LEGO® 'minifigure' beliau sendiri dan pelawat yang hadir berpeluang untuk menukar 'minifigure' mereka bersama Dato' Siti. Sejak pelancaran 'Pertukaran Minifigure' dua minggu yang lalu, dianggarkan seramai 6000 orang kanak-kanak dan pengunjung telah berinteraksi secara interaktif menukar koleksi 'minifigure'di antara Model Citizen (pekerja LEGOLAND) dan pengunjung yang mengunjungi Taman Tema LEGOLAND Malaysia.

Tambah beliau, "Ini adalah aktiviti kekeluargaan yang menarik bagi kanak-kanak dan ahli keluarga. Saya amat berbesar hati kerana terlibat secara langsung dalam aktiviti 'Pertukaran Minifigure' dan saya menantikan aktiviti yang akan di jalankan di masa hadapan di LEGOLAND Malaysia."

SimplySiti Di Hati 2012 adalah dengan kerjasama Rakan Ekslusif Watsons, Yayasan IJN sebagai Rakan CSR Rasmi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang merupakan Rakan Penyiaran Rasmi, Berjaya Hotels & Resort selaku Hotel Rasmi serta Legoland Malaysia yang telah menaja tiket berserta lawatan Dato' Siti Nurhaliza bersama peminat ke Legoland.

Nantikan aktiviti dan kempen akan datang dari SimplySiti serta pelancaran produk-produk baru seperti wangian pertama untuk lelaki dan juga wangian untuk si gadis dan wanita. Produk SimplySiti kini boleh didapati dan dibeli di semua cawangan Watsons, cawangan Guardian, Jusco, Aeon Big dan Tesco terpilih, di Sogo KL dan kedai konsep kiosk SimplySiti yang diiktiraf di seluruh negara.

Bagi kemudahan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi, produk dan senarai rangkaian niaga sah yang menjual SimplySiti, sila layari laman web rasmi www.simplysiti.com.my dan klik 'Like' di Facebook "SimplySiti". SimplySiti kini turut dibuka untuk pembelian secara 'online' di store.simplysiti.com.my.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories