Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Shahrizal Jaszle zip mulut
- Zul, Gayatri setahun menyulam cinta
- Shuib (Sepahtu) Rakam Proses Kelahiran Anak Kedua
- Giliran Eja bertudung
- Afiq oh Afiq!
- Lisdawati 'buka tudung' demi lakonan
- Fauziah Latiff kembali berpunya?
- Bukan isu besar, Hanez Suraya jawab isu seksi di pulau
- Hos Hijabista TV sedia terima kritikan
- Que Haidar Kembali Berlakon Bukan Kerana Wang
- Man(Raja Lawak) Tidak Kisah Dikatakan Tenggelam Sebagai Pelawak
- Dari Youtube ke layar perak
- Lari padat aksi
- Anuar Zain, Dayang Nurfaizah serasi berdua
- Status penduduk tetap, ibu gembira Shila diterima rakyat China
- BMMB lancar kempen Oh Yeah!
- 20 GRO Thailand jual air, cari tip lebih
- Kantoi guna kad pengenalan palsu
- Lelaki 9 anak cari ibu bapa
- Mayat terbaring dalam tandas
- Bapa tiga anak buntu
- Lelaki disyaki curi kabel diberkas
- Hulur coklat sambil tarik tangan
- Abdul Wahid letak jawatan sebagai CEO Maybank
- Hasan: Tampil kemuka bukti jika ada kenaikan harga barang
| Posted: 18 May 2013 08:04 PM PDT
SAAT berita pelakon popular Shahrizal Jaszle ditangkap khalwat pagi Khamis lalu tersebar dalam blog-blog dan media cetak, tunangnya, Redzwani Puteri masih mampu tenang tanpa reaksi gundah. Tiada resah yang melingkar di jiwa, sebaliknya Redzwani Puteri yang lebih mesra dibahasakan Wani itu hanya meluahkan rasa terkejut. Katanya, dia masih sangsi terhadap kesahihan khabar yang diterimanya walaupun perkara itu sudah pun disahkan sendiri oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media pada petang Khamis lalu. "Saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu. Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah. "Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar," kata Redzwani kepada sebuah portal hiburan pagi Jumaat lalu. Redzwani turut mengesahkan bahawa dia bukanlah wanita yang ditangkap bersama Shahrizal di Apartmen Taman Sri Subang pada pukul 3.30 pagi, Khamis lalu. Pada waktu kejadian Wani yang bekerja sebagai doktor pelatih itu berada di kediamannya di Klang berdekatan dengan tempat dia bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Mengikut perancangan asal, Redzwani dan Shahrizal yang mengikat tali pertunangan pada 8 Disember lalu berhasrat untuk bernikah menjelang hujung tahun nanti. Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin dalam kenyataan menyebut, serbuan dilakukan di apartmen tersebut setelah mendapat aduan daripada orang awam. Shahrizal ditahan berdasarkan Syeksen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya dan sebaliknya. Jika disabitkan bersalah, Shahrizal boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Sensasi Bintang cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Shahrizal berhubung kenyataan akhbar JAIS bagaimanapun dia tidak memberi sebarang respons. | |
| Zul, Gayatri setahun menyulam cinta Posted: 18 May 2013 08:03 PM PDT Zul Ariffin dan Gayatri Su-Lin Pillai Biarpun bersikap positif dengan mengakui hubungan cinta yang terjalin, namun ada pula beberapa pihak yang seakan 'cemburu' dengan kebahagiaan pasangan ini hingga sanggup menimbulkan cerita yang kurang enak didengar. Bagaimanapun akui pasangan ini, dakwaan dan komen negatif yang diterima tidak sedikit pun menjejaskan hubungan mereka, sebaliknya mereka berdua amat bahagia bersama. "Saya dan Gaya tidak ambil serius dengan apa yang orang mahu katakan. Setahun yang aman dan damai walaupun tetap ada cakap-cakap yang kurang enak didengar. "Apa orang nak cakap biarkan mereka bercakap. Itu adalah perkara biasa dan lumrah masyarakat kita yang sering memandang negatif daripada pelbagai aspek," ujar Zul yang ditemui selepas majlis tayangan filem lakonan terbarunya, Bikers Kental, yang juga filem terbitan Astro Shaw. Bersetuju dengan pendapat Zul, ujar Gayatri, biarpun keliru pada awalnya, namun dakwaan liar yang dibuat pihak lain mengenai hubungan mereka, membuatkan mereka bertambah rapat. "Kadang-kadang mereka lebih suka nak cari salah orang lain. Tentang dakwaan mengatakan Zul ambil kesempatan terhadap saya, itu tak betul. Sepanjang saya kenal Zul, dia bukan yang seperti didakwa. "Cuma sekarang ni apa yang saya nampak, kehidupan saya sikit berubah. Sebab sebelum ni apa yang disiarkan di akhbar yang mengaitkan saya adalah tentang kerja-kerja saya. Tapi sekarang, ada laporan tentang kisah cinta saya," katanya. Sekali lagi ditebak dengan isu Zul yang dikatakan mengambil kesempatan di atas hubungannya seperti yang yang pernah dikatakan sebelum ini, Gayatri punya jawapan tersendiri. "Saya tahu, bila orang tahu mereka bercinta, mereka akan kata saya utamakan Zul dalam pemilihan pelakon. Tetapi itu semua tidak benar kerana Astro mempunyai syarat yang cukup ketat. "Biasanya pihak produksi mempunyai pilihan pelakon mereka sendiri dan pihak Astro pula akan memberi pendapat. Penampilan Zul dalam filem Bikers Kental adalah pilihan yang dibuat oleh pihak Califwork Studios Sdn Bhd yang juga rakan penerbitan filem ini dan bukannya sepenuhnya terletak di tangan saya," jelas penerbit berdarah kacukan India dan Cina ini. Belum fikir soal kahwin Sementara itu, ditanya soal perkahwinan, Zul berkata, mereka berdua sememangnya mempunyai perancangan ke arah itu, namun perkahwinan itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat. "Saya dan dia sudah bertemu keluarga masing-masing untuk berkenalan. Tetapi tidak ada sebarang perbincangan yang dilakukan. Lagipun ibu Gaya sekarang sedang sakit, jadi ia bukan masa yang sesuai untuk saya dan dia merancang apa-apa," ujarnya. Zul bakal muncul dalam filem Bikers Kental arahan Hilmi Yusof dan terbitan Califwork Studios Sdn Bhd bersama TUSB. Filem ini bakal ditayangkan pada 23 Mei ini menampilkan Zizan, Awie, Zul dan dua orang pelakon wanita dari Thailand. | |
| Shuib (Sepahtu) Rakam Proses Kelahiran Anak Kedua Posted: 18 May 2013 08:03 PM PDT Sarah dan Shuib bergambar bersama anak mereka selepas proses pembedahan selesai. Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 29, berkata, dia sangat gembira dapat menyaksikan sendiri anak yang diberi nama Dzahira Talita Zahra itu dilahirkan dan menemani isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin di dalam bilik pembedahan. "Dari anak pertama lagi saya nak masuk dan lihat sendiri bagaimana proses isteri melahirkan anak kami tetapi doktor tidak benarkan. Alhamdulillah kali ini doktor yang sama menyambut anak pertama dahulu membenarkan saya masuk ke dalam bilik pembedahan. "Walaupun Sarah terpaksa melakukan pembedahan kerana saiz bayi yang agak besar saya sedikit pun tidak gentar untuk melihat dan merakamkan proses itu malah sangat bersyukur," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu. Sarah dan Shuib menyambut kelahiran anak kedua mereka tepat pada pukul 4.46 petang dan bayi yang seberat 3.6 kilogram itu berada di dalam keadaan sihat. Mereka sepakat memberikan nama Dzahira Talita Zahra yang membawa maksud gadis yang berzikir bagai bunga."Kita sebagai lelaki tidak dapat merasai kesakitan yang ditanggung oleh isteri dan dengan memberi sokongan dan menemaninya di bilik pembedahan sekaligus dapat menginsafkan saya bahawa betapa besar pengorbanan seorang isteri dan ibu," katanya. Sementara itu, Shuib berkata, dia dan Sarah sepakat memilih nama Dzahira Talita Zahra yang membawa maksud gadis yang berzikir bagai bunga untuk anak perempuan mereka itu. "Saya jumpa nama itu ketika membuat carian di internet dan kami amat menyukainya dan maknanya juga baik. Kami akan memanggilnya Talita yang membawa erti gadis," ujarnya. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan mempunyai seorang anak lelaki, Uwais Alqarni yang berumur setahun 5 bulan. | |
| Posted: 18 May 2013 08:01 PM PDT Eja dan keluarga Melalui portal online, keputusan itu dilakukan setelah Eja tidak putus-putus berdoa agar ALLAH SWT memberi petunjuk kepadanya. "Hajat bertudung telah lama dipendamkan namun dek kesibukan bekerja, ia terpaksa dipendamkan. "Sebenarnya saya telah memasang niat agar bertudung selepas usia memasuki 40 tahun," kata Eja. Tambahnya, dia berharap segala urusan berjalan dengan lancar dan penampilan tersebut membawa kebaikan bagi kehidupannya. | |
| Posted: 18 May 2013 08:01 PM PDT Afiq Muiz Walaupun ibunya, Hasliza Mohd, 48, terlebih dahulu membuka pekung di dada, namun sebagai anak, Afiq harus tahu hadnya sebagai anak. Lebih memburukkan keadaan apabila sidang media itu turut disertai teman wanitanya, Eina Azman, yang bermati-matian mempertahankan Afiq. Tindakan Afiq itu turut mendapat teguran Shila Amzah yang menyifatkan media bukanlah tempat yang sesuai untuk menyelesaikan isu peribadi. Ternyata pengalaman lalu memberikan pengajaran yang sangat hebat buat Shila sehingga dia sanggup bersuara. Kepada Afiq, ramai yang mengharapkan agar dia dan ibunya berbaik. Siapalah kita, tanpa ibu! | |
| Lisdawati 'buka tudung' demi lakonan Posted: 18 May 2013 08:00 PM PDT Lisdawati Meskipun turut dikecam hebat, Lisdawati bagaimanapun menjelaskan bahawa bidang lakonan merupakan punca rezekinya. "Bertudung memang imej terkini saya, namun saya masih menerima tawaran berlakon yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya. "Tapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak melakon watak yang memerlukan saya terpaksa pakai baju seksi," kata Lisdawati. Tegasnya, niat bertudung kekal akan diteruskan jika perniagaannya menjadi sumber pencarian utama pada masa akan datang. | |
| Fauziah Latiff kembali berpunya? Posted: 18 May 2013 07:59 PM PDT Fauziah Latiff Namun baru-baru ini, melalui Instagram, penyanyi 'Teratai Layu Ditasik Madu, ini memuat naik beberapa keping gambar bersama jejaka misteri. Gambar mesranya yang tertera perkataan 'soulmate' itu menimbulkan pelbagai spekulasi bahawa dia kini sedang sudah ada jejaka yang bertakhta di hatinya. Malah ramai peminat mendoakan yang terbaik buat Fauziah memandangkan dia sudah lama hidup menjanda. | |
| Bukan isu besar, Hanez Suraya jawab isu seksi di pulau Posted: 18 May 2013 07:58 PM PDT Hanez Suraya Namun, tindakannya itu mengundang kontroversi baru apabila beberapa peminat dan pengikut di laman mikro Twitternya, mengkritik cara pemakaian Hanez. Menerusi gambar berkenaan, Hanez, 28, hanya mengenakan seluar sendat rona biru gelap dan baju T tanpa lengan untuk aktiviti snorkeling. Tidak senang dengan kritikan yang diterima, Hanez turut membalas kenyataan itu dengan dana yang keras dan berbaur sindiran. Ketika dihubungi Zass, Hanez turut mengecam tindakan segelintir masyarakat yang sengaja mencari kesalahan, walhal perkara itu bukanlah isu besar. "Saya rasa, tak ada seksi pun pakaian saya, hanya biasa-biasa saja. Saya sendiri tak faham apa masalah mereka sehingga mengkritik saya sedemikian rupa. Niat saya hanya nak berkongsi kegembiraan bersama peminat. "Pun begitu, saya malas nak layan karenah mereka kerana semakin dilayan, makin menjadi-jadi. Lagipun, saya pakai seperti itu untuk aktiviti di laut. "Saya rasa, lebih elok sekiranya mereka tidak mengeluarkan sebarang komen atau pandangan berbaur negatif. Tak payah nak komen lebih-lebih macam diri terlalu baik," kata pelakon utama drama bersiri Akasia, Sedetik Cinta, ini. Tak gugat kerjaya Nama Hanez Suraya sememangnya sudah lali dengan pelbagai gosip dan kontroversi di sepanjang penglibatannya dalam industri hampir 10 tahun. Walaupun hasrat hatinya mahu mengelak daripada kontroversi yang mendatang, namun Hanez sekali lagi diduga. Tidak cepat melatah dan menganggap perkara itu hanyalah isu picisan, Hanez berkata, kontroversi ini tidak mengganggu perjalanan seninya. "Perkara ini langsung tidak menggugat karier seni saya. Alhamdulillah, ianya berjalan dengan lancar. Saya anggap perkara ini sebagai angin lalu sahaja. "Keutamaan saya buat masa ini ialah kerjaya. Saya tidak mahu toleh ke belakang lagi dengan mensia-siakan peluang yang ada. "Jika tahun-tahun sebelumnya saya lebih dikenali ekoran kontroversi, namun kini saya tidak mahu lagi peminat memandang saya dari segi itu. Nilai saya menerusi bakat dan lakonan," kata kekasih hati, Awi Rafael ini. Enggan jaja kisah peribadi Semakin menyinar dengan lakonan yang mantap, Hanez juga sering menjadi perhatian di kalangan media ekoran hubungan cintanya bersama pelantun lagu, Asalkan Aku Ok. Menurut Hanez, walaupun hubungan cintanya bukan lagi rahsia, baik di kalangan media mahupun peminat, namun ia bukanlah tiket untuknya menjaja kisah peribadi. "Saya tidak suka menggembar-gemburkan kisah peribadi. Memang saya suka berkongsi banyak perkara dengan peminat, namun bukan 100 peratus. "Saya tidak mahu kisah cinta lebih mendapat perhatian berbanding karier kerana bukan semua yang suka mendengar kisah peribadi kita. "Bagi saya, biarlah soal kerjaya dan cinta berada di tahap yang seimbang, itu lagi baik," katanya yang turut dilantik sebagai duta produk kecantikan, Aura White. | |
| Hos Hijabista TV sedia terima kritikan Posted: 18 May 2013 07:58 PM PDT Pengacara berbakat besar, (dari kiri), Yasmin, Faatin, Dayah dan Syakirin yang bakal mengendalikan Hijabista TV sepanjang 13 episod. Hijabista TV yang diterjemahkan dari majalah Hijabista itu dikendalikan empat pengacara baru iaitu, Syakirin Husnal, Yasmin Matthews, Dayah Bakar dan Faatin Akib. Pertama kali bergelar pengacara dan menggalas tugas berat bagi memastikan Hijabista TV terus menarik, empat pengacara ini sedia menerima kritikan membina bagi memperbaiki kemahiran mereka. Gadis kacukan Melayu-British, Yasmin Matthews Mohd Redwan, 21 yang baru pertama kali bergelar pengacara ini akui dirinya masih mentah dalam dunia pengacaraan dan sedia menerima kritikan daripada penonton. "Saya baru lagi, kalau penampilan saya dalam Hijabista ini mendapat kritikan, saya akan terima. Mungkin ada betul dalam apa yang mereka katakan. "Jadi, saya akan cuba perbetulkan diri, baiki apa yang patut. Tetapi jika saya masih terus dikritik, tak boleh buat apalah," katanya kepada Sinar Harian Online, ketika ditemui baru-baru ini. Yasmin yang baru bertudung sekitar lapan bulan lalu merupakan penyanyi band indie, Maddthelin. Apa yang menarik, Yasmin akui banyak belajar menjadi lebih kewanitaan melalui program Hijabista TV ini. "Pada awalnya, mereka bimbang juga sebab saya macam ganas sedikit tapi bukan saya nak jadi ganas...inilah saya. "Jadi, apabila menjadi pengacara di Hijabista ini, saya belajar banyak untuk menjadi lebih perempuan," kata pelajar tahun kedua jurusan Seni Bina di IUKL ini. Faatin Akib, 23 turut menyuarakan perkara sama memandangkan dirinya juga tidak mempunyai sebarang latar belakang berkaitan dunia penyiaran. "Mungkin hanya 10 orang yang mengkritik, tapi 100 orang yang puji. Tapi jika kritikan itu memang yang perlu kita ubah, Faatin akan ubahlah," katanya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat di UKM. Berkongsi pengalaman menjadi pengacara TV buat pertama kali, Faatin menafikan kekok. "Kami berempat dapat bekerjasama dengan baik mungkin kerana jarak umur kami yang dekat. Jadi, tak rasa buat kerja. Macam keluar dengan kawan-kawan, cuma ada kamera ikut," katanya yang memasang impian untuk berniaga sendiri. Penulis lirik lagu Sisa Kisah Kita, Dayah Bakar, 24 pula tidak menyangka terpilih antara ratusan peserta yang datang ke uji bakat Hijabista, hujung tahun lalu. "Ini pertama kali saya cuba nasib dalam pengacaraan. Saya pun tak sangka terpilih untuk jadi pengacara Hijabista. "Jika selepas ini saya dikritik, saya akan cuba mencari kebenaran di sebalik kritikan itu, dan baiki. Apa-apa yang ke arah kebaikan, saya terima. Macam mana pun, kena terus positif," katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Sivil) dari UIAM. Sementara wajah pengacara yang satu ini mungkin tidak asing, namun Syakirin Husnal masih dikategorikan baru dalam dunia pengacaraan. Pernah bergelar peserta rancangan realiti On Air sebelum ini bukan tiket kepada pengacara berusia 24 tahun ini untuk mengacarakan Hijabista TV. "Saya terpilih di Hijabista ini bukan atas bantuan Astro, meskipun saya berada di bawah Astro. Saya sendiri yang pergi ke uji bakat. Alhamdulillah, apabila saya diterima, pihak On Air Talent Management turut menyokong saya. "Hijabista merupakan program pertama saya sebab sebelum ini saya hanya mengendalikan berita," kata anak kelahiran Pahang ini. Syakirin dilihat mempunyai kelebihan dari sudut pengalaman jika dibandingkan dengan tiga hos Hijabista yang lain. "Seorang pengacara yang baik bukan seorang yang 'conquer' dan 'over-shadow co-host' tapi memberi peluang serta sokong bahan 'co-host'. Itu yang saya buat. Orang lain saya tak tahu. "Saya terbuka kepada kritikan membina. Saya masih baru dalam industri ini dan masih banyak kena belajar dan perbaiki. Jadi, mana-mana kritikan yang boleh membantu saya menjadi seorang pengacara yang lebih berkualiti, saya tak keberatan untuk pertimbangkan," katanya. Bersiaran setiap Ahad pada jam 7 malam di Astro Ria, penonton bakal disajikan empat segmen menarik dalam setiap episod iaitu, Travel in Style, Bicara Personaliti, Pilihan Editor dan Drama Mini bersiri 'Dunia Lola'. Dunia Lola turut menampilkan Nelydia Senrose, Mira Filzah, Ryzal Jaafar, Mustapha Kamal dan Susan Manen. | |
| Que Haidar Kembali Berlakon Bukan Kerana Wang Posted: 18 May 2013 07:57 PM PDT Que menjelaskan dia kembali berlakon kerana sukakan jalan cerita dan skrip drama Budak Johor dan bukannya kerana wang.Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 33, sebaliknya berkata, ia adalah atas kemahuan dirinya sendiri dan isu itu tidak pernah timbul. "Saya mempunyai pekerjaan lain selain daripada berlakon jadi keputusan ini bukan kerana wang tetapi pilihan sendiri tanpa paksaan sesiapa. "Zaman saya berlakon untuk membayar bil telah berlalu kerana sekarang ia lebih kepada kepuasan dan apa yang saya suka dalam sesebuah karya itu," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu. Que memberitahu dia bakal muncul dengan sebuah telefilem berjudul Budak Johor untuk saluran Astro Ceria dan baru sahaja selesai menjalani penggambaran bahagian pertama drama tersebut. Suami kepada Linda Jasmine itu kali terakhir muncul dalam filem arahan Mamat Khalid iaitu Rock Oo yang ditayangkan Februari lalu. Dalam pada itu, bercerita mengenai drama berkenaan, Que berkata dia tertarik untuk menerima tawaran daripada pihak produksi kerana jalan cerita dan skrip Budak Johor mempunyai 'feel' seperti filem kegemarannya iaitu Kami lakonan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. "Pada mulanya saya ragu-ragu juga sama ada mahu terima atau tidak tetapi selepas membuat perbincangan dengan pihak produksi dan membaca skripnya saya sangat tertarik hati. "Ia mempunyai 'feel' seperti filem Kami tambahan pula jalan ceritanya sangat menarik," katanya. Sementara itu, Que berkata, dia juga bakal bekerjasama dengan pengarah filem Bunohan, Din Said namun masih belum dapat mengesahkan mengenai projek berkenaan. Jelas Que, dia telah lama mengenali Din dan meminati karyanya dan pelawaan pengarah itu untuk berlakon dalam filem arahannya adalah peluang keemasan. "Insya-Allah jika tiada apa-apa hujung tahun projek itu akan berjalan namun semuanya masih dalam perbincangan. Bagaimanapun peluang untuk berlakon di bawah arahan Din adalah antara impian saya," katanya. Tambah Que, setakat ini juga sudah ada beberapa produksi yang telah membuat tawaran kepadanya namun masih belum memberikan kata putus kerana perlu memikirkan tentangnya terlebih dahulu. "Satu projek filem saya dah tolak kerana jadual dan lain-lain sedang buat pertimbangan dan Insya-Allah jika bersesuaian pasti saya akan terima," katanya. | |
| Man(Raja Lawak) Tidak Kisah Dikatakan Tenggelam Sebagai Pelawak Posted: 18 May 2013 07:56 PM PDT Man memberitahu kerjaya lakonannya semakin berkembang baik walaupun jarang mendapat publisiti. Man berkata, isu berkenaan adalah perkara biasa sebagai seorang artis namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuknya melupakan cita-citanya hanya dikatakan sudah tenggelam sebagai pelawak. "Tenggelam timbul itu adalah perkara biasa kerana itu adalah lumrah dalam bidang ini tetapi kita tidak boleh berputus asa dan kena terus berusaha. "Jika itu pandangan orang kita tidak seharusnya berputus asa sebaliknya membuktikan bakat dan kemampuan diri untuk terus berada dalam industri ini," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu. Dalam pada itu, Man berkata, dia amat bersyukur kerana walaupun dia jarang menjadi perhatian namun rezekinya sejak menjuarai program Raja Lawak pada tahun 2011 itu semakin mencurah-curah. Jelas Man, dia sangat terharu dengan amanah dan kepercayaan diberikan kepadanya dan akan terus berusaha memperbaiki diri supaya mutu lawak dan lakonannya supaya lebih mantap sekaligus dapat menjadi pelakon yang serba boleh. "Saya bersyukur kerana walaupun tidak begitu mendapat liputan tetapi Alhamdulillah projek yang diterima cukup banyak dan adakalanya tiada masa terluang untuk diri sendiri dan keluarga," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Man berkata, dia kini sibuk dilokasi penggambaran telefilem berjudul Budak Johor selain baru menyelesaikan tiga buah drama lain iaitu Detektif Man Boyot, Ujang Baran dan Dari Singmah Estet Ke Down Town. | |
| Posted: 18 May 2013 07:55 PM PDT Redza dan Cristina Nik Amir bersama pelakon. Malah, filem ini juga telah berjaya meraih sebanyak 88,005 tontonan di Youtube. Ketika sesi tayangan filem berkenaan yang diadakan Selasa lalu, ramai yang memuji karya Nik kerana berjaya suntikan baru dari segi jalan penceritaan, sinematografi dan tidak keterlaluan untuk mengatakan ia adalah sebuah karya tempatan yang bakal memberi nafas baru pada industri perfileman tanah air. "Saya menghasilkan filem ini sekadar suka-suka dan kerana minat dengan filem. Jadi saya panggil kawan-kawan untuk turut serta dalam pembikinan filem ini. "Malah, perbincangan dengan Redza Minhat juga hanya dilakukan di kedai makan sahaja. Saya juga terpaksa gunakan wang sendiri untuk pembikinan filem ini terlebih dahulu," ujar Nik ketika ditemui selepas tayangan filem tersebut di e@Curve, baru-baru ini. Filem KIL dibarisi pelakon seperti Redza, Cristina Suzanne Stockstill, Harun Salim Bachik, Dira Abu Zahar, Atilia Haron, Juliana Evan dan ramai Nik berkata, hanya setahun selepas pembikinan filem ini, iaitu pada tahun 2011, barulah dia bertemu dengan penerbit Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin. "Selepas menonton filem yang kami hasilkan, Tengku bersetuju untuk membeli filem ini dan seterusnya melalui proses produksi yang lebih teliti dengan memasukkan kesan bunyi dan sebagainya," katanya. Nik berkata, sebagai seorang pengarah baru, cabaran utamanya dalam menggarap filem ini adalah mencari maklumat. "Sebagai orang baru, saya memang tidak mengenali sesiapa dalam bidang perfileman untuk saya tanyakan mengenai filem. Jadi saya banyak menonton dan membaca, seterusnya daripada info dan pemerhatian saya, saya garapkan dalam filem ini. "Saya juga bersyukur kerana pelakon banyak membantu dan saya juga memberi kebebasan kepada pelakon untuk melontarkan dialog mengikut skrip mereka sendiri," katanya. Menurut Nik, dia tidak melabelkan KIL sebagai sebuah filem indie dan merasakan ia adalah filem yang berada di tengah-tengah. "Ketika sesi tayangan baru-baru ini ada yang kata ia filem urban, tapi bagi saya KIL adalah filem yang mempunyai kedua elemen - indie dan komersial. "Saya harap semua golongan - tidak kira urban atau tidak boleh menerima dan enjoy menonton filem ini," ujarnya. Sindir wartawan? Bagaimanapun, dalam pujian yang diterima daripada karya sulungnya itu, Nik tidak terlepas menerima soalan panas, apabila beberapa babak dalam filem tersebut seolah menyindir segelintir wartawan hiburan tempatan. Babak tersebut di mana seorang wartawan hiburan (lakonan Aidil dari kumpulan Couple) menemu ramah seorang pengarah terkenal (lakonan Hasnol Rahmat) yang gagal menarik perhatian penonton. Karakter wartawan berkenaan yang suka menyampuk tidak kena tempat serta dialog berbaur sindiran yang dilafazkan oleh Hasnol, membuat para wartawan dan wakil media yang menonton, 'panas telinga'. Menjelaskan mengenai situasi berkenaan, Nik berkata : "Bagi saya, babak itu bukan satu bentuk serangan pada pihak wartawan kerana babak tersebut bukanlah apa yang mahu saya tonjolkan dalam KIL. "Ia hanyalah sekadar hiburan dan pemerhatian saya. Saya tak berniat nak berperang dengan wartawan. "Dialog Hasnol yang mengatakan 'gara soalan-soalan panas dari medialah membuatkan segelintir pengarah naik berang', adalah skrip dari Hasnol sendiri dan bukannya dari saya. Bagaimanapun, saya mohon maaf jika ada yang terasa dengan babak itu," katanya. Bakal ke Cannes Sebagai sebuah pendatang baru dan filem baru, Nik boleh tersenyum puas apabila KIL menjadi antara empat buah filem tempatan yang terpilih untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes di Perancis pada 20 Mei ini. KIL akan ke sana bersama filem Vikingdom (KRU Studios), Bola Kampung The Movie (Animasia Studio) dan Penanggal (Tayangan Unggul) juga akan turut ditayangkan di anugerah Marche Du Film bersempena festival filem berprestij itu. "Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana ia akan dibawa ke pasaran luar. Bagi saya, apabila GB bersetuju untuk menayangkan filem ini, ia sudah cukup buat saya. "Jadi apabila KIL terpilih untuk ke Festival Filem Cannes, saya rasa ia sebagai satu bonus," katanya. Kil mengisahkan tentang Akil (Kil) seorang pemuda yang tertekan dan cenderung untuk membunuh diri. Namun cubaannya sentiasa gagal. Sehinggalah dia berjumpa dengan cara 'penyelesaian' yang sempurna, Life Action Bureau ataupun LAB yang membantu sesiapa saja yang ingin membunuh diri. Namun di saat akhir Kil berubah fikiran. Dia mula jatuh cinta pada seorang gadis, Zara, dan kembali bersemangat untuk menikmati kehidupannya. Tetapi sudah terlambat kerana LAB sudah bertindak. Adakah Kil berjaya meyakinkan LAB? Atau Kil tetap akan dibunuh? Bagaimana pula kisah cinta Kil dan Zara? | |
| Posted: 18 May 2013 07:54 PM PDT Aaron bergandingan dengan dua pelakon wanita dalam Lari, Dira (kiri) dan Erin. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki Filem Lari arahan Idham sudah 'berlari' ke peringkat antarabangsa. Padat dengan aksi yang hebat, Idham bijak mengolah jalan cerita itu sehingga penonton tidak sedar ia sudah tiba ke penghujung tayangan. Malah, aksi yang dipamerkan bukan calang-calang apabila beliau menggunakan sentuhan pengarah aksi bagi filem aksi Thailand yang terkenal, Ong Bak. Mengisahkan Khaliff lakonan Aaron Aziz yang berkhidmat sebagai tentera selama tujuh tahun berdepan konflik di mana ayahnya dibunuh sementara adiknya, Ina lakonan Erin Malek dilarikan oleh sindiket pemerdagangan manusia. Konflik semakin memuncak apabila Khaliff berusaha mengesan keberadaan adiknya dan mengetahui suami bekas kekasihnya, KJ lakonan Erry Putra dalang di sebalik kehilangan adiknya. Dengan bantuan bekas kekasihnya, Maya lakonan Dira Abu Zahar dan Taugeh lakonan Hazama, Khaliff berusaha menyelamatkan Ina dari rumah pelacuran tersebut. Menurut Idham, beliau memperuntukkan RM 500,000 hingga RM 600,000 hanya untuk babak aksi sahaja. "Saya nak lari dari gangsterisme, jadi saya cipta satu isu yang lebih matang, dari situ timbulnya isu pemerdagangan manusia. "Untuk aksi sahaja, sebanyak RM 500,000 hingga RM 600,000 diperuntukkan," katanya pada sidang media Malam Gala Tayangan Perdana Filem Lari, malam tadi. Sementara itu, pelakon utama, Aaron akui Lari adalah filem aksi pertamanya yang benar-benar mencabar. "Aksi Lari memang mencabar. Boleh dikatakan aksi filem paling mencabar yang pernah saya buat. Pukul betul-betul...tak ada 'camera trick'. "Pengarah aksi pun suruh saya pukul 'stuntman' itu betul-betul. Saya pun kena pukul juga. Memang rasa sakit juga walau pakai 'pad'," katanya yang melakonkan sendiri 98 peratus babak aksi dalam filem tersebut. Aaron juga akui puas dengan aksinya dalam filem yang menelan kos RM 2.5 juta tersebut. "Memang saya rasa puas sebab koreografi cantik, kemas, logik dan tepat. "Tapi tak ada kecederaan yang maksimum. Keselamatan kami memang dijaga oleh pengarah," katanya. Lari mula ditayangkan 6 Jun ini di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem yang menjalankan penggambaran di Perlis, Ipoh dan Kuala Lumpur ini turut dibintangi Erin Malek, Hazama Azmi, Erry Putra dan Dira Abu Zahar. Filem yang diklasifikasikan P13 ini juga bakal ditayangkan di Marche Du Film, Festival De Cannes (Festival Filem Perancis) yang ke-66 bermula, hari ini. | |
| Anuar Zain, Dayang Nurfaizah serasi berdua Posted: 18 May 2013 07:53 PM PDT Anuar Zain, Dayang Nurfaizah bersatu demi album Anuar Zain Dayang Nurfaizah Ini terbukti setelah konsert Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas (DFP) anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) yang dijalankan Mei tahun lalu nyata berjaya meninggalkan kenangan yang terindah buat penonton yang hadir. Walaupun ini bukan kali pertama mereka digandingkan bersama, konsert amal kali ini di anggap lebih istimewa apabila kehebatan mereka pada malam persembahan konsert itu buat julung kalinya dirakam dan dijadikan sebuah album live khas buat peminat mereka. Menurut Anuar, konsert yang mendapat sentuhan pemuzik-pemuzik hebat, di bawah pimpinan pengarah muzik, Jenny Chin, juga adalah merupakan salah satu faktor album live ini dihasilkan. "Bagi saya konsert yang dijalankan tahun lalu begitu istimewa tambahan pula ia juga melibatkan kolaborasi antara saya dan Dayang sendiri. "Persembahan pada malam itu memang istimewa dan penghasilan album ini juga untuk berkongsi pengalaman kami bersama peminat yang tidak berkesempatan untuk hadir pada konsert tersebut," katanya pada majlis pelancaran album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di Restoran Serai, Life Centre, kelmarin. Tambah Dayang, dia amat bersyukur kerana di beri peluang untuk berkongsi pentas bersama penyanyi yang dikaguminya selama ini. "Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar pada malam itu. Dalam album ini kami telah memuatkan sebanyak 14 buah lagu popular saya dan Anuar. "Saya berharap, peminat tidak akan lepaskan peluang untuk mendapatkan album live ini di pasaran sekarang," katanya yang mengakui serasi bersama Anuar sejak dulu lagi. Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut adalah Bila Resah, Mana Mungkin, Perlukan Cinta, Kembalilah Sayang, Cinta Harus Memiliki, Dayang Sayang Kamu, Kau Bunga Cintaku, Hakikat Cinta dan banyak lagi. Foto mesra Anuar- Zandra Pada majlis yang sama, Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 43, sempat menjelaskan bahawa foto berpelukan bersama pemain boling negara, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi itu hanya sekadar teman rapat dan tidak membawa kepada sebarang maksud. Pada masa sama, dia turut memohon maaf kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, sekiranya foto itu menimbulkan kesulitan terhadapnya. "Saya tidak sangka foto itu menjadi sesuatu yang hangat dalam masa beberapa hari ini padahal kami memang tiada hubungan pun. "Foto itu dirakamkan apabila kami berdua terserempak setelah beberapa tahun tidak berjumpa. Ketika itu, kami terlalu teruja untuk bergambar dan saya memang tidak ada niat pun. Apa pun saya memohon maaf kepada teman lelakinya kalau perkara ini mengguris hatinya," jelasnya. Dayang hampir merajuk? Seketika menyepi dari dunia hiburan tanah air, bukanlah kerana merajuk mahu pun terasa hati, namun Dayang memberitahu, dia masih sibuk menjalani aktiviti seninya. Kata Dayang, walaupun jarang dilihat menerusi kaca televisyen, sebenarnya dia sibuk menguruskan kariernya dengan memenuhi undangan nyanyian dan juga mengumpul material untuk album terbarunya. "Tahun lalu saya mula memberi fokus sepenuhnya terhadap konsert ini dan tahun ini pula saya akan sibuk dengan pembikinan album baru. "Saya tidak pernah berhenti daripada industri hiburan dan boleh dikatakan sentiasa aktif dalam bidang nyanyian cuma mungkin jarang dilihat di kaca televisyen menyebabkan ramai yang beranggapan sedemikian," katanya. Mengulas lanjut mengenai perancangan untuk pengeluaran album terbarunya, Dayang memberitahu kali ini dia menggunakan strategi yang sama seperti penyanyi lain dengan mengeluarkan beberapa single terlebih dahulu sebelum mengeluarkan album penuh. "Setakat ini saya sudah mengeluarkan single baru Bisikan Rindu untuk soundtrack drama terbaru, Dahlia tayangan Astro Mustika HD. Lagu ini adalah hasil ciptaan Manusia Putih dan saya amat berpuas hati dengan penghasilan lagu ini. "Dalam pada masa yang sama, saya masih mencari beberapa material yang sesuai untuk single lain," katanya yang bakal mengadakan showcase khas buat peminatnya yang akan dijalankan di The Vanue, Pavillion, Kuala Lumpur pada 23 Jun ini jam 8.30 malam. | |
| Status penduduk tetap, ibu gembira Shila diterima rakyat China Posted: 18 May 2013 07:52 PM PDT Shila Amzah Difahamkan, kerjaya Shila turut mendapat pengiktirafan masyarakat di sana apabila mendapat status penduduk tetap (PR) di negara itu, bulan lalu. Menurut ibunya, Fauziah Sarman yang lebih mesra disapa Kak Zie, dia sangat gembira dengan penerimaan rakyat China terhadap bakat anaknya itu. "Alhamdulillah sudah rezeki Shila. "Buat masa sekarang dia kini di Malaysia dan sibuk merakam album terbaru yang bakal dilancarkan awal Jun depan," kata Kak Zie. Difahamkan, satu sidang media akan dilakukan sempena pelancaran album tersebut yang masih belum diberi judulnya itu. Menurut Kak Zie, sebanyak enam lagu yang akan dimuatkan dalam album Melayu itu dan semuanya ciptaan Shila. Malah katanya, Shila turut bekerja keras untuk menguruskan badan dengan aktiviti sukan setiap hari. "Sekarang jadual Shila dipenuhi dengan aktiviti sukan waktu siang. Dia memilih aktiviti climbing wall dan badminton sebagai cara untuk menguruskan badan. "Manakala malam pula Shila sibuk dengan proses rakaman. Semua lagu dicipta sepenuhnya untuk kepuasan dirinya dalam bidang muzik," katanya. Sementara itu, Kak Zie berkata, Shila bakal terbang semula ke China minggu depan untuk menghadiri konsert di beberapa tempat seperti Macau dan Shanghai. | |
| Posted: 18 May 2013 07:51 PM PDT Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan (dua, kanan) merasmikan Karnival Oh Yeah! Bank Muamalat, diperhatikan Musa dan CEO BMMB Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMMB, Musa Abdul Malek berkata, setakat ini, BMMB mempunyai 700,000 pemegang akaun individu sedia ada secara keseluruhan. "Menerusi kempen ini, kami sasar capai tambahan deposit akaun simpanan RM1 bilion," katanya selepas merasmikan Karnival Oh Yeah! Bank Muamalat di Shah Alam, semalam. Menurutnya, karnival pertama ini dianjurkan sempena pelancaran kempen deposit akaun simpanan Oh Yeah! yang juga kesinambungan kepada kempen-kempen deposit lain yang diperkenalkan sebelum ini. Katanya, selepas ini, BMMB bakal adakan karnival di seluruh negara iaitu di Kota Bahru, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bahru, Melaka, Seremban dan Pulau Pinang. Musa berkata, dengan adanya karnival sebegitu dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelanggan sedia ada dan pemegang akaun baru. Beliau berkata, kempen itu boleh disertai oleh pelanggan sedia ada dan pemegang akaun baru Oh Yeah! dengan deposit minimum RM1,000 untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai RM4.8 juta. Kempen itu juga menawarkan hadiah utama RM1 juta bersama hadiah lain seperti Honda CRZ, Honda CRV, Proton Preve dan telefon pintar. BMMB turut menjangkakan kunjungan 10,000 pengunjung akan membanjiri Stadium Shah Alam yang berlangsung selama dua hari bermula semalam sehingga 10 malam ini. | |
| 20 GRO Thailand jual air, cari tip lebih Posted: 18 May 2013 07:50 PM PDT Sebahagian daripada 20 GRO Thailand yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Jalan SS21/35, Damansara Utama, kelmarin. Taktik ini dikesan selepas sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu sebuah kelab hiburan di tingkat 1, Jalan SS21/35, Damansara Utama, Petaling Jaya, kelmarin. Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 11.45 malam itu, rata-rata pengunjung serta GRO yang bertugas tidak menyedari kehadiran polis. Muzik dipasang juga terlalu kuat, malah kebanyakan GRO asing itu sedang sibuk melayan termasuk memujuk pelanggan mereka untuk membeli air atau minuman keras. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pemeriksaan menunjukkan semua GRO berusia antara 20 hingga 30-an itu menjual air serta minuman keras pada harga tertentu bagi mendapatkan tip lebih. "Bagi satu jag air harga dikenakan adalah sebanyak RM5, manakala harga sebotol minuman keras pula boleh didapati pada harga serendah RM15 hingga ke RM30. "Jika banyak minuman keras berjaya dijual kepada pelanggan, mereka akan memperoleh banyak tip lumayan," katanya. Beliau berkata, bagi pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks, mereka perlu berunding sendiri dengan GRO terbabit. Arjunaidi berkata, pemeriksaan lanjut menunjukkan 18 daripada GRO itu mempunyai pasport, manakala dua lagi tiada dokumen sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini. "Kita juga menahan seorang lelaki tempatan yang juga pengurus premis berusia 25 tahun. "Seramai 35 pelanggan yang berada dalam premis ketika serbuan dibuat turut diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya. Menurutnya, semakan menunjukkan premis yang baru beroperasi sebulan itu tidak mempunyai lesen sah menjalankan perniagaan. Katanya, pusat hiburan itu pernah diserbu awal tahun ini, namun masih tidak serik walaupun jarak premis terletak kira-kira 500 meter dari Balai Polis Damansara Utama. | |
| Kantoi guna kad pengenalan palsu Posted: 18 May 2013 07:49 PM PDT Anggota Imigresen sedang menyoal siasat seorang warga asing di sebuah kilang di Bukit Raja, Klang, baru-baru ini. Wanita itu antara 11 warga asing yang ditahan dalam 'Ops 6P' yang digerakkan bahagian penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor di empat buah lokasi sekitar Bukit Raja dan Shah Alam, baru-baru ini Wanita yang dikenali sebagai Isra. 39, berkata, dia sudah berada di Malaysia sejak Jun tahun lalu namun permohonannya untuk mendapatkan pekerjaan di beberapa buah kilang tidak berjaya. Wanita itu kemudiannya menceritakan masalah itu kepada kenalannya. "Kawan minta wang RM300 dan sekeping gambar untuk membuat kad pengenalan palsu dan kad pengenalan ini telah saya gunakan sejak Ogos tahun lalu," katanya. Sementara itu, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor, Norazilawati Che Anuai mengakui warga asing boleh membuat kad pengenalan palsu dengan mudah. "Mereka cuma perlu menyediakan wang antara RM300 sehingga RM500 dan sekeping gambar untuk membuat kad pengenalan palsu," katanya ketika ditemui wartawan Sinar Harian, semalam. Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan warga asing supaya menggunakan dokumen yang sah untuk bekerja bukannya dokumen palsu yang boleh dikenakan tindakan. Dalam operasi sama turut ditahan enam orang warga Indonesia dan lima warga Nepal berusia 23 hingga 40 tahun. Norazilawati berkata, mereka ditahan kerana tidak memiliki pas perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa. Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63. | |
| Posted: 18 May 2013 07:48 PM PDT Zailani menunjukkan sijil kelahirannya ketika ditemui di kediamannya di Taman Kota Jaya. Pengawal keselamatan, Zailani Wahab, 49, bapa kepada sembilan anak yang tinggal di Jalan Berangan Taman Kota Jaya di sini berkata, sejak bayi lagi dia dijaga ibu dan bapa angkatnya di Kampung Sengkuang, Sri Gading, Batu Pahat. Menurutnya, dia tidak tahu yang dirinya anak angkat, namun semua terbongkar selepas berlaku perselisihan faham dan arwah ibu angkatnya Aminah Gimon@Ahmad menunjukkan surat pengambilan anak angkat. "Ketika itu usia saya 13 tahun, saya dan kakak sering bertengkar kerana perbezaan kulit kami. Kakak berkulit putih manakala saya berkulit gelap, " katanya. Bagaimanapun arwah ibunya tidak menceritakan lebih lanjut mengenai asal usul Zailani dan sekadar menunjukkan surat berkenaan sahaja. "Namun suratnya sudah hilang kerana terlalu lama disimpan. "Ketika saya kecil arwah ayah, Wahab Johar bekerja sebagai pemandu sebelum bertukar kerja sebagai pemandu teksi," katanya. Zailani berkata, arwah bapanya tidak pernah menyebut atau menyentuh tentang asal usulnya. "Melihat dari sijil pendaftaran kelahiran saya tertulis Hospital Batu Pahat selain nama saya yang ber 'bin' kan namanya," katanya. Menurutnya, ketika mendapat tahu perkara itu dia tidak tergerak untuk mencari orang tuanya, namun setelah pemergian orang tua angkatnya barulah dia mula mencari dan bertanya kepada saudara mara mengenai hal itu. "Kasih sayang yang diberikan kepada saya dan kakak adalah sama rata dan tidak berbelah bagi. Malah pada awalnya saya tidak terfikir untuk mencari mereka namun sebaik sahaja berkahwin, isteri (Norfaezah Abdullah, 42) juga sering menggalakkan saya mencari ibu bapa kandung. "Namun apabila bertanya kepada saudara mara kebanyakan mereka kata tidak tahu. Dengan maklumat yang kurang menyebabkan saya sukar untuk mencari mereka. "Oleh itu saya harap melalui siaran akhbar ini mungkin ada pihak yang terbaca dan mengenali saya. Saya berharap dapat berjumpa dengan mereka atau mendapat tahu siapa orang tua atau saudara mara kandung saya," katanya. | |
| Posted: 18 May 2013 07:47 PM PDT Mayat yang ditemui terbaring di dalam tandas awam di pekarangan Bazar Mains. Kejadian kira-kira jam 9 malam itu hanya disedari oleh orang awam yang ingin menggunakan kemudahan tandas di situ sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Pengawal keselamatan bazar berkenaan, Khairul Ridzuan Abdul Rashid berkata, dia bergegas pulang ke tempat kerja sebaik sahaja rakannya memaklumkan perkara itu. "Ketika itu saya di Senawang dan kawan saya telefon beritahu ada orang terbaring di dalam tandas. "Jadi saya bersama rakan dan ketua pengawal membuat pemeriksaan dan mendapati lelaki terbabit tidak sedarkan diri sebelum menghubungi polis," katanya. Menurutnya, sebelum kejadian itu lelaki dipercayai berusia lingkungan usia 50-an itu dilihat mundar-mandir di bazar ini sejak jam 6 petang. Bagaimanapun Khairul Ridzuan berkata, keadaan lelaki itu tidak mencurigakan namun dia kelihatan letih seperti kurang sihat. "Dia tidak buat apa-apa, tapi bila lama berjalan selepas itu dia mula duduk," katanya. Sementara itu, Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika mengesahkan kejadian berkata, kes tersebut tidak melibatkan unsur jenayah. "Mangsa dipercayai menghidap sakit jantung dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. "Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut," katanya. | |
| Posted: 18 May 2013 07:46 PM PDT Wan Jaffry menunjukkan permit kenderaan dan beberapa dokumen teksinya ketika ditemui bersama isteri serta tiga anaknya, semalam. Tetapi, itulah beban terpaksa ditanggung bapa kepada tiga anak, Wan Jaffry Wan Abdul Shukor, 44, setelah hilang punca pendapatan. Segalanya bermula selepas keluarga asnaf ini ditipu pengusaha bengkel milik Bumiputera, kononnya untuk membaiki kerosakan teksinya. Namun tidak sampai sebulan, teksi itu rosak semula dan sejak itulah segala wang yang sepatutnya digunakan untuk pembelajaran anak sulungnya serta dipinjam daripada rakan, habis untuk membaiki teksi. Lebih malang apabila majikannya menarik teksi itu kerana gagal menjelaskan sewa permit tertunggak lebih sebulan. "Teksi itulah punca pendapatan kami sekeluarga, tapi bila ditarik dan memikirkan pula hutang, perbelanjaan anak di kolej dan bersekolah serta susu anak, buntu jadinya. "Mohon kerja harian tak dapat, bantuan zakat tiada kesudahan, rakan pula tiap-tiap hari menagih hutang. Hanya wang kertas lama RM70 ini sajalah tinggal untuk belanja makan dan tambang cari kerja," katanya, semalam. Wan Jaffry berkata, dia mengambil keputusan menemui Sinar Harian untuk mencari jalan keluar kerana segala usahanya selama ini menemui jalan buntu. Menurutnya, mereka sekeluarga terpaksa mengikat perut dengan memakan mi segera kerana tidak mampu. "Sampai saya kata pada anak sulung, tangguhlah belajar sebab abah tak ada duit. Minggu depan sesi pengajian semester tiga sudah bermula dan perlukan bayaran. "Anak kedua juga perlukan belanja termasuk anak bongsu berusia empat tahun. Saya kata lebih baik berhenti sebab abah tak ada duit," katanya. Dia berkata, anak sulungnya, Sharifah Norshamira, 19, seorang pelajar pintar dan penerima anugerah dekan pada semester pertama pengajian di sebuah kolej universiti di Melaka, manakala anak keduanya pengawas sekolah. Namun, segala pencapaian dan harapan keluarganya bakal musnah sekiranya keadaan masih tidak berubah. "Kalau saya tidak jelaskan tunggakan sewa permit teksi dalam tempoh berbaki kurang 40 hari lagi, teksi saya akan ditukar hak milik kerana itu perjanjian," katanya. Kini, Wan Jaffry hanya berharap ada pihak dapat membantu membebaskannya daripada belenggu tersebut. Malah katanya, dia layak memiliki permit teksi sendiri dan sudah menerima Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Teksi Bajet, namun kegagalannya berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyebabkan permit itu tidak dapat dikeluarkan. | |
| Lelaki disyaki curi kabel diberkas Posted: 18 May 2013 07:44 PM PDT Suspek yang ditahan di pencawang TNB Kampung Raja. Suspek berusia 36 tahun diberkas sepasukan polis bantuan TNB di kawasan pencawang tersebut selepas kehadiran tetamu tidak diundang itu dikesan alat penggera TNB. Difahamkan suspek dari Felda Tenang, Hulu Besut itu berjaya diberkas pada jam 4.55 petang ketika dipercayai mencuri keluli di kawasan tersebut selepas dikesan menceroboh kawasan larangan itu. Ketika diberkas, pasukan keselamatan tersebut mendapati beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri, wayar dan keluli tembaga ada bersama suspek. Suspek kemudiannya diserahkan kepada polis pada jam 5.30 petang untuk tindakan lanjut dan laporan polis dibuat. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan suspek ditahan reman untuk membantu siasatan. Saringan air kencing juga mendapati suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah didapati positif dadah jenis methamphetamine. Siasatan awal suspek mendakwa hanya kali pertama mencereboh tempat itu dan siasatan lanjut akan dijalankan. Sementara itu menurut sumber, kejadian kecurian di pencawang tersebut telah berlaku hampir 10 kali melibatkan kehilangan tembaga di kawasan berbahaya itu sejak tahun lalu. | |
| Hulur coklat sambil tarik tangan Posted: 18 May 2013 07:42 PM PDT Nur Ezzati bersama adiknya, Muhammad Syazreel Haikal, 10, dan Megat Muhammad Arif, 3, menunjukkan laporan polis dan fotofit suspek. Ketika kejadian kira-kira jam 1.30 petang, sebuah van berwarna perak secara tiba-tiba berhenti berdekatan Nur Ezzati ketika dia berjalan pulang keseorangan kira-kira 200 meter dari rumahnya. Menceritakan detik menakutkan itu, Nur Ezzati yang masih trauma berkata, selepas sebuah van berhenti, seorang lelaki berkulit gelap dipercayai Melayu turun dari van lalu menegurnya dan mahu menyerahkan sekeping coklat. "Dia tegur saya 'Adik nak coklat tak? Abang kenyang dah, ambillah' sambil hulur coklat, tapi saya tak cakap apa-apa sebab takut dan ingat pesan mama yang melarang saya bercakap dengan orang tak dikenali. Lepas saya tepis tangan dia, saya lari sekuat hati ke arah rumah, waktu saya toleh ke belakang saya tengok van itu mengundur dan berlalu pergi. "Waktu lihat van itu, saya tengok ada antara empat atau lima orang lelaki dan semuanya pakai cermin mata hitam termasuk lelaki yang hulur coklat," katanya semalam kepada Sinar Harian. Jarak sekolah dan rumahnya hanya kira-kira 500 meter dan ketika kejadian, Nur Ezzati melalui hadapan padang futsal Binjai dan pulang sekolah agak lewat kerana menjalani latihan untuk sambutan Hari Guru. "Mulut lelaki itu senget sedikit sebelah kiri dan pakai baju berwarna gelap. Dia macam sebaya abah saya, mungkin dalam lingkungan umur 40-an. "Saya sempat tengok nombor pendaftaran van itu yang bermula dengan huruf T dan nombor 3 di belakang," katanya yang mengakui takut untuk ke sekolah kerana khuatir akan berulang perkara sama. Sementara itu, ibu Nur Ezzati yang juga suri rumah, Roziah Harun, 43, berkata, dia terduduk apabila mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas pulang ke rumah pada waktu Maghrib. Katanya, pada waktu pagi hari kejadian, dia menghantar anak ketiganya itu ke sekolah seperti biasa namun tidak mengambil anaknya itu pada waktu pulang sekolah kerana berada di Kuala Terengganu bagi menyelesaikan urusan. Berikutan itu, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Chukai kira-kira jam 10.27 malam pada hari sama dan fotofit suspek pula siap kelmarin. "Saya sendiri pun trauma, pada malam itu saya terkejut dalam tidur dan masih teringatkan kejadian yang menimpa anak saya. Tapi saya syukur sebab anak selamat. "Jadi saya harap ibu bapa, masyarakat dan anak berjaga-jaga kerana kita tidak mahu peristiwa yang menimpa anak saya ini berlaku lagi. Ibu bapa perlu sentiasa mengawasi dan memberi ingatan kepada anak untuk elak kejadian culik berlaku," katanya sambil berharap polis dapat membuat rondaan lebih kerap terutama ketika waktu pergi dan pulang dari sekolah. Katanya, kejadian itu perlu dipandang serius kerana kes culik yang kerap terjadi di kawasan Pantai Barat sebagaimana yang disiarkan media massa sekarang turut berlaku di Pantai Timur. | |
| Abdul Wahid letak jawatan sebagai CEO Maybank Posted: 18 May 2013 07:40 PM PDT Datuk Seri Abdul Wahid Omar Katanya beliau akan mengangkat sumpah sebagai Senator pada 5 Jun bagi membolehkannya melaksanakan tanggung jawab baharu yang diamanahkan kepadanya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Izinkan saya menyiapkan kerja yang perlu dahulu di Maybank di mana kamiakan mengumumkan keputusan kewangan untuk suku tahun pertama pada 23 Mei nanti. "Buat masa ini saya ingin fokus pada Maybank dahulu dan saya akan buat kenyataan (berkenaan portfolio baharu) selepas memulakan tugas nanti," katanya ketika diminta mengulas tanggung jawab baharunya itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan model Menara Maybank di Taman Tema Legoland di Nusajaya di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengurus Besar Legoland Malaysia Siegfried Boerst. Sebagai seorang yang berpengalaman mengendalikan tiga organisasi besar dalam bidang korporat termasuk UEM Builders Berhad, Telekom Malaysia dan Maybank, katanya beliau menganggap tanggung jawab yang menantinya nanti lebih mencabar. "Sebagai menteri, ini merupakan satu tugas awam yang mempunyai tanggung jawab besar, di mana pihak berkepentingannya bukan sahaja pemegang saham dan pelanggan tetapi juga rakyat Malaysia, jadi ia merupakan satu tanggung jawab yang tinggi," katanya. Sementara itu model Menara Maybank yang dibina dengan skala 1:20 dan mempunyai ketinggian 5.5 meter merupakan model tambahan pertama di taman mini selepas taman tema itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada September tahun lepas. Menara yang menjadi tarikan baru kepada pengunjung di taman tema itu mengambil masa lebih tiga bulan untuk disiapkan, yang menggunakan 318,000 kepingan lego. | |
| Hasan: Tampil kemuka bukti jika ada kenaikan harga barang Posted: 18 May 2013 07:39 PM PDT Datuk Hasan Malek Sambil menegaskan tiada kenaikan harga barang keperluan, Hasan berkata tindakan pembangkang yang gemar membuat tuduhan dan dakwaan tanpa bukti jelas membuktikan mereka sengaja mahu membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan. "Semua cakap berbaur politik tiada langsung pemikiran untuk bangunkan negara. Bagi tahu mana tempat dia (lokasi harga barang naik) supaya kami boleh pergi buat pemeriksaan...saya sendiri sanggup turun walaupun di Kota Kinabalu (Sabah)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Beli Barangan Malaysia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini. Ekspo tiga hari bermula semalam itu disertai kira-kira 100 pempamer terdiri daripada agensi kerajaan dan syarikat swasta merangkumi pelbagai sektor termasuk automotif, makanan dan minuman, perabot, hiasan dalaman dan kesihatan. Mengenai tindakan 20 pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) yang mahu umat Islam memulau produk keluaran syarikat Cina, Hasan berkata pihaknya menghormati pendirian semua NGO itu kerana sebagai sebuah badan berkecuali mereka mempunyai hak untuk bersuara. "Setiap NGO mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan kementerian ini tak mahu terlibat...sebab fungsi kami adalah untuk melindungi kepentingan serta hak rakyat," katanya. Selasa lepas 20 NGO Islam dalam sidang akhbar di ibu negara menggesa umat Islam supaya memboikot beberapa produk yang dikatakan tidak selamat untuk dimakan. Hasan bagaimanapun berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan wakil NGO terbabit dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih lanjut mengenai perkara itu. Terdahulu dalam ucapannya Hasan berkata syarikat-syarikat di negara ini tidak seharusnya hanya memandang pasaran tempatan sebagai pengguna utama, sebaliknya perlu membina keupayaan untuk bersaing dengan syarikat terbaik di luar negara. "Satu-satunya cara untuk kita menembusi pasaran global ialah apabila produk dan perkhidmatan kita mampu bersaing dan memenuhi standard antarabangsa", katanya. Mengenai Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia, Hasan berkata ia merupakan usaha berterusan kementerian untuk membantu pembangunan ekonomi negara dan memastikan pengaliran wang ke luar negara tidak berlaku. "Kita mahu ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia dan serantau yang semakin mencabar," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










0 ulasan:
Catat Ulasan