RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Sharifah Sakinah tak jadi bersara!

Posted: 25 May 2013 10:30 PM PDT


Sharifah Sakinah
Sharifah Sakinah
Sharifah Sakinah
Sharifah Sakinah bersama kakaknya Sharifah Shahira.
DI sebalik perhatian pada kontroversi yang dihadapi Afiq Muiz, nama Sharifah Sakinah juga turut menjadi perhatian ramai kerana keberaniannya memuat naik video 'nakal' yang menyebabkan dia dicemuh hebat.

Biarpun telah memohon maaf, namun 'keberanian' Sakinah untuk terus memuat naik video lain, termasuk video penjelasannya yang dianggap kurang sopan oleh beberapa pihak, dilihat mula 'memakan' dirinya sendiri.

Menjelaskan segala salah faham yang timbul, Sakinah berkata, dia hanya mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

"Selama saya jadi pelakon, saya tak perasan saya ada pengikut sendiri, malah saya tak pernah rasa saya ini adalah artis. Jadi saya hanya buat seperti biasa dan jadi diri sendiri.

"Bila saya muat naik video tersebut, barulah saya tahu ada orang yang suka saya, ada orang yang tak suka saya.

"Tapi bagi yang tak boleh menerima video tersebut, ingin saya jelaskan, itu adalah Sakinah, itu adalah diri saya. Saya tak mahu bersikap hipokrit hanya kerana mahu orang menyukai saya," ujarnya kepada Zass.

Sakinah berkata, dia bersyukur kerana masih ada yang memahami dirinya dan dia juga tidaklah menerima kesan yang panjang daripada apa yang dilakukan.

"Bagi orang yang tidak mengetahui saya, saya sememangnya jenis yang gila-gila dan tak boleh duduk diam. Adakala, hanya dengan sebiji pengecas telefon juga boleh menjadi punca untuk saya membahan sesiapa.

"Lagipun segala video yang saya buat sebelum ini hanya suka-suka tanpa membabitkan orang lain.

"Apa pun saya bersyukur kerana apabila berada di luar, tidak ada pula yang mencemuh saya," katanya.

Sakinah berkata, selepas kontroversi ini timbul, dia rasa lucu apabila lebih ramai pula yang mengikutinya.

"Bila saya muat naik sesuatu, saya selalu lihat, penyokong saya dan orang yang membenci saya akan bergaduh sesama sendiri.

"Biasanya saya baca saja komen mereka untuk mengetahui apa pendapat mereka tentang diri saya," katanya.

Ditegur Sharifah Shahira

Sakinah berkata, di sebalik kontroversi yang berlaku, dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang memahami.

Katanya, seperti adik-beradik lain, dia tetap ditegur oleh kakaknya, Sharifah Shahira, namun tidaklah sampai bertegang urat.

"Walaupun keluarga turut menerima tempias atas perbuatan saya, tapi mereka tidaklah sampai membuang saya. Mereka masih tegur, tetapi dalam masa yang sama mereka faham macam mana, 'Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar'.

"Saya memang sejak kecil nakal dan ini adalah saya. Kakak juga memahami saya, walaupun dia marah dan menegur, tapi masih boleh bergelak-tawa," jelasnya.


Tawaran terjejas?

Menyentuh mengenai tawaran lakonan pula, Sakinah berkata, buat masa ini tiada tawaran terjejas dan dia sendiri tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dengan pihak produksi.

"Walaupun saya ini gila-gila, tetapi bila bab kerja saya profesional. Tidak datang lambat dan saya akan siapkan kerja saya sehingga selesai.

"Malah pihak produksi juga memahami dan tidak pernah mempertikaikan apa yang saya lakukan," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod, Gerhana.

Sakinah juga mengakui teringin untuk bekerjasama dengan kakaknya sebagai pengacara, namun meletakkan tempoh setahun lagi untuk berbuat demikian.

"Saya masih baru, banyak lagi yang saya perlu belajar. Tapi saya memang teringin untuk mengacara bersama Kak Shahira. Mungkin setahun lagi kot," katanya.

Ditebak mengenai hasratnya untuk bersara sebelum ini, Sakinah berkata, rasa itu timbul apabila dia merasa tidak layak untuk bergelar artis.

Bagaimanapun, dia membuang rasa itu jauh-jauh kerana kecintaannya terhadap bidang seni.

Faezah Elai Tolak Watak Jahat Selepas Bergelar Ibu

Posted: 25 May 2013 10:29 PM PDT

Faezah Elai
PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai mengakui selepas bergelar ibu pada Februari lalu, dia lebih memilih watak yang ditawarkan.
Pelakon berusia 31 tahun ini berkata, dia tidak mahu melakonkan watak-watak antagonis dan jahat bagi menjaga status sebagai seorang ibu dan menjaga perasaan anak-anaknya.
"Kalau boleh saya tidak mahu watak-watak yang jahat, sebarang tawaran yang datang saya akan rujuk dulu kepada suami dan minta pandangan dia.
"Saya tidak mahula nanti anak-anak saya akan bertanya tentang watak itu, sekarang anak-anak tiri saya turut tinggal bersama kami," katanya.
Tambahnya, selain watak, Faezah turut mengambil berat soal waktu penggambaran yang akan dilakukan tidak terlalu lewat.
"Saya beritahu pengarah awal-awal bahawa saya perlu pulang sebelum pukul 11 malam.
"Sekarang bukan macam dulu, banyak tanggungjawab dirumah untuk tengok keperluan anak-anak," katanya.
Faezah Elai berkahwin dengan Heykal Hanifah, 39, di kediaman keluarganya di Gelugor, Pulau Pinang pada 9 September tahun lalu.
Ditanya tentang perancangan menambah cahaya mata, kata pelakon Tanda Putera ini, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian kepada anak pertamanya yang diberi nama Dealova Heyrinna, berusia tiga bulan.
"Buat masa ini belum lagi, tunggu dia besar dulu baru fikir untuk yang seterusnya," katanya.
Kata Faezah, hidupnya lebih bahagia selepas kelahiran Dealova, biarpun agak kelam-kabut dalam membahagikan masa dan urusan kerjaya.

Chacha Maembong Tidak Cemburu Populariti Kakak

Posted: 25 May 2013 10:29 PM PDT

Chacha Maembong
PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong mengakui tidak pernah berasa iri hati atau cemburu terhadap populariti yang diraih kakaknya Emma Maembong dalam industri hiburan.
Malah, Chacha, 17, berkata, populariti kakaknya menjadi pendorong untuk dia bersaing secara sihat dalam bidang lakonan ini.
"Saya tidak pernah rasa cemburu dengan Emma, ini mungkin sudah rezeki dia untuk dikenali.
"Malah saya bangga untuk dia, kami saling bantu membantu dalam soal lakonan jika ada yang tidak tahu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelasnya, dia percaya kedua-dua mereka mempunyai kelebihan masing-masing dan bakat tersendiri dalam bidang ini.
"Kami bersaing cara sihat dan tidak pula ada rasa ingin berlawan antara satu sama lain.
"Saya percaya kami masing-masing ada bakat tersendiri dan berlainan," katanya.
Kata Chacha, dia turut menyimpan harapan untuk berlakon bersama Emma, jika diberi peluang.
Tambahnya, Emma banyak memberi nasihat kepadanya terutamanya soal berkaitan cinta dan hubungan.
"Emma banyak beri nasihat agar saya tidak salah langkah atau perkara-perkara yang boleh memberi kesan buruk pada saya.
"Yerla mungkin dia sudah lebih banyak kali lalui gosip berbanding saya," katanya.

Kisah Fantasi “Mesin Masa Cinta Atuk”

Posted: 25 May 2013 10:28 PM PDT


Emilda Rosmila
PETALING JAYA: Sempena cuti sekolah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menayangkan sebuah telemovie berjudul Mesin Masa Cinta Atuk pada 2 Jun, pukul 10.05 pagi di TV1.
Drama komedi fantasi ini dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Norman Hakim, Emelda Rosmila, Roy Azman, Zaidi Omar, Dian P.Ramlee dan Azza Elite.
Drama yang berlatar belakangkan era 70-an ini mengisahkan dua orang adik-beradik yang dibesarkan dalam keluarga yang senang, mereka berdua tidak pernah merasa susah.
Atas faktor tersebut, ayah mereka telah menghantar mereka berdua pulang ke kampung untuk tinggal bersama dengan datuk.
Pelbagai konflik dilalui apabila dua beradik ini Danial dan Farhan telah menyalahgunakan 'mesin masa' iaitu alat ciptaan datuknya yang merupakan bekas saintis .
Kedua-dua adik beradik itu akhirnya terperangkap dalam era kegemilangan datuknya apabila mesin masa tersebut tiba-tiba rosak.
Dalam pada itu, mereka dapat melihat sendiri bangaimana kehidupan datuk mereka ketika muda dan bercinta dengan nenek mereka.
Bagaimanapun selepas mesin itu siap dibaiki, Danial dan Farhan masih tidak mahu pulang dan selesa tinggal di zaman tersebut.

Hattan kahwini bekas isteri 15 Ramadan

Posted: 25 May 2013 10:26 PM PDT


Hattan
Hattan
SETELAH mahligai dibina bersama bekas isteri, Noorfarashikin Othman pada November 2011, hanya mampu bertahan dua bulan sahaja, pelantun lagu Rendang Tak Berbuah, Datuk Hattan kembali menyunting bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin.

Memilih tarikh 15 Ramadan untuk disatukan semula sebagai suami isteri, Hattan mengakui ada beberapa sebab kenapa dia kembali kepada bekas isterinya.

Kata Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabuddin, dia bukan sahaja lebih mengenali peribadi bekas isterinya itu, malah ia turut mendapat dorongan keluarga.

"Saya rasa, tidak ada wanita lain lebih layak berbanding dia kerana kami pernah mengharungi liku-liku hidup bersama.

"Lagipun, keluarga saya sendiri memilih dia untuk menjadi isteri saya. Walaupun kami berpisah lebih lapan tahun, namun saya tidak pernah melupakannya.

"Malah, saya sentiasa berdoa agar hati kami bertaut kembali. Saya berharap agar hubungan ini akan kekal hendaknya dan saya cuma untuk membuka lembaran baru," katanya yang mengakui majlis itu akan diadakan dalam majlis sederhana sahaja.

Bertanya mengenai pemilihan tarikh, Hattan memberitahu dia sememangnya mahu berkahwin pada Ramadan kerana selepas itu mereka dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama.

Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 dan bercerai pada 10 Mac 2005.


Anak tak tunjuk gembira

Hasil perkahwinan bersama Arianie selama sembilan tahun, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman yang kini berusia 15 tahun.

Menyambut baik hasrat bapanya untuk kembali memperisterikan ibu, Hattan berkata, anaknya sangat gembira dengan keputusan itu.

"Walaupun pada zahirnya dia tidak menunjukkan tanda-tanda gembira, namun saya tahu perasaannya.

"Saat saya memberitahu keputusan itu, dia hanya cakap 'okay'. Malah, pada awalnya, saya memilih untuk berkahwin pada tarikh hari lahirnya, 21 Ogos.

"Namun, setelah difikirkan kembali, ada baiknya dibuat pada Ramadan," katanya.

Single bersama Waris

Bakal tampil kolaborasi bersama penyanyi rap baru, Waris, ia pastinya karya yang ditunggu-tunggu peminat Hattan.

Memilih Waris sebagai teman duetnya, pasti Waris yang terkenal dengan lagu Rembau Most Wanted itu mempunyai kelebihan yang tersendiri di mata Hattan.

"Dia adalah anak muda yang penuh dengan kreativiti dan kreatif dalam menghasilkan karya. Lagipun, kami dari negeri yang sama.

"Single bersama Waris ini berjudul Ke Jelobak Ke Jolobu. Dalam single itu, kami akan menggunakan dialek Negeri Sembilan.

"Satu lagi single adalah dari Datuk M Nasir masih belum ada judul lagi," kata anak kelahiran Seri Menanti ini.

Elfira promosi percuma untuk Terengganu

Posted: 25 May 2013 10:26 PM PDT


Elfira Loy
Elfira Loy dan rakannya Amar Baharin.
SELEPAS tamat penggambaran di Terengganu, Elfira Loy sempat menghabiskan masa melawat di beberapa buah lokasi menarik di Terengganu.

Menerusi Instagram, terpancar kegembiraan di wajah Elfira dan rakannya, Amar Baharin dapat bberjalan-jalan sambil menikmati pelbagai makanan tradisi di negeri itu.

Makanan laut, keropok lekor dan sata, merupakan antara gambar yang dimuat naik pelakon yang berusia 19 tahun itu.

Secara tidak langsung, Elfira berjaya mempromosikan Terengganu yang sememangnya mempunyai banyak tarikan tersendiri.

Zizan terus kunci mulut

Posted: 25 May 2013 10:24 PM PDT


 Zizan Razak
Zizan Razak
PENGAKUAN pelawak terkenal, Zizan Razak bahawa dia sudah mempunyai kekasih hati masih menjadi tanda tanya.

Sehingga kini, pelakon Mael Lambong ini enggan mendedahkan siapakah gerangan wanita yang bertakhta di hatinya.

Meskipun media sering kali bertanyakan hal itu, Zizan tetap gigih 'mengunci mulutnya'.

"Saya tidak mahu cakap mengenai wanita misteri itu,

"Lebih baik saya berdiam diri, jika ada jodoh... saya akan beritahu," kata Zizan.

Sebelum ini, Zizan pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita jelita, antaranya Emma Maembong, Kaka dan Elfira Loy.

Bobo: Saya tak gila

Posted: 25 May 2013 10:23 PM PDT


Bobo
Parodi terbaru Bobo, Jahat nyanyian Stacy
SIAPA tidak kenal dengan Bobo? Aksi parodinya menerusi lagu Sayang (Shae) yang dimuatkan menerusi YouTube telah mendapat tontonan sehingga 1 juta penonton.
Berjaya mencetuskan fenomena tersendiri, maka tidak hairanlah jejaka hitam manis ini menerima tawaran untuk menyertai produksi terkenal, MIG.

Bagaimanapun, kemunculannya bersama video parodi terbaru, Jahat nyanyian Stacy, menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak sehingga ada yang menuduhnya gila.

Menerusi Zass, Bobo menganggap tuduhan seperti itu adalah perkara biasa di alam siber. Malah dia sedia menerima apa juga kritikan selepas ini.

"Apa yang ingin saya tegaskan, saya bukan gila. Saya hanya mengikut kesesuaian rentak muzik Jahat yang rancak dan ia mungkin nampak tidak siuman

"Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengkritik yang banyak membantu saya," katanya yang turut popular menerusi aksi parodi Diamond (Rihanna),

Akui teruja menyertai produksi milik tauke terkenal, David Teo, Bobo berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem sulungnya, 'Awak Nak Kahwin Dengan Saya'.

"Walaupun hanya muncul dalam dua babak sahaja kerana saya masih baru dalam dunia lakonan.

"Lagipun saya lebih menumpukan kepada video parodi buat masa ini,"  kata Bobo yang berlakon di samping Erin Malek dalam filem itu.

Pengembaraan menakjubkan, Epic penuh warna-warni

Posted: 25 May 2013 10:22 PM PDT


Pengembaraan menakjubkan, Epic penuh warna-warni
Pengembaraan menakjubkan, Epic penuh warna-warni
BAGI anda yang tercari-cari naskhah yang sesuai untuk ditonton bersama anak-anak pada musim cuti sekolah ini, atau gemarkan filem animasi Rio dan Ice Age. Kini, Pengarahnya, Chirs Wedge tampil dengan buah tangan terbaru iaitu Epic.

Filem animasi fantasi pengembaraan komedi itu adalah hasil daripada adaptasi buku bergambar, The Leaf Men And The Brave Good Bugs yang ditulis oleh William Joyce pada tahun 1996.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis bernama Mary Katherine yang terjebak ke dunia fantasi rahsia. Di dunia itu, dia terlibat dalam sebuah pertempuran yang memerlukannya bergabung dengan pelbagai makhluk aneh.

Menariknya, perjalanan Mary Katherine atau MK ke dunia fantasi itu membuatkan anda akan terpegun dengan permainan warna yang penuh keceriaan dan warna-warni.

Anda juga pastinya akan terpesona dengan permainan warna dan juga makhluk-makhluk kecil yang comel. Lebih menarik jika ditonton dalam format 3D, anda pasti akan terpegun dengan aksi lebih realistik dan seolah-olah anda berada dalam filem tersebut.

Plot ringkas

Bukan sebuah karya yang berat, sebaliknya Epic akan membawa penonton mengembara bersama MK dalam usahanya menyelamatkan hutan setelah kematian permaisuri. Apatah lagi, MK yang sebenarnya dari dunia realiti terpaksa mengetepikan keegoannya dengan kesejahteraan dunia fantasi tersebut.

Ia juga secara tidak langsung membuktikan ayahnya bukanlah seorang lelaki gila yang memburu angan-angan semata-mata. Plot yang ringkas dengan jalan cerita yang santai akan membuatkan anda akan terhibur sepanjang perjalanan cerita.

Kehadiran lintah dan siput babi bernama Mub dan Grub pula akan membuatkan anda tertawa dengan aksi mereka yang begitu inginkan untuk menjadi pahlawan iaitu Leafmen. Ada sahaja keletah 'gila' dari dua haiwan ini, biarpun dalam keadaan genting, tetapi mereka tetap santai dan tidak takut dengan keadaan sekeliling.

Pertempuran menarik

Tidak sekadar sebuah pengembaraan, penonton juga akan disajikan dengan pertempuran bersama formasi yang menarik dari Leafman dan puak Boggan yang begitu inginkan untuk merosakkan hutan.

Apatah lagi, kuasa ajaib permaisuri hutan akan membuatkan semua pokok, akar dan bunga bekerjasama dengannya untuk melindungi 'nyawa' hutan yang dipanggil Lenggai. Setiap aksi yang dipaparkan juga akan membuatkan penonton teruja untuk mengetahui adakah Lenggai dapat diselamatkan.

Justeru, bagi mengetahui nasib Lenggai tersebut dan dapatkah MK menyelamatkan hutan dan kembali menjalani kehidupan normal, serta siapakah yang akan menggantikan tempat permaisuri, jangan lupa saksikan filem menarik ini di pawagam.

Pengguna berdaftar WeChat cecah 50 juta

Posted: 25 May 2013 10:21 PM PDT


WeChat
WeChat
PERKHIDMATAN mesej sosial WeChat mengumumkan jumlah pengguna berdaftarnya telah mencapai 50 juta orang di seluruh dunia, baru-baru ini.

Menurut WeChat, pertumbuhan pantas perkhidmatan itu disumbangkan oleh penerimaannya di negara dengan jumlah pengguna media sosial yang ramai.

WeChat mendahului carta aplikasi paling banyak dimuat turun di App Store bagi peranti Apple dan di Google Play bagi produk Android di pasaran seperti India, Indonesia, Malaysia, Mexico dan Filipina.

"Sehingga minggu lalu, WeChat Malaysia mencapai pertumbuhan jelas dalam penambahan jumlah akaun pengguna iaitu 70 peratus daripada semua pengguna telefon pintar di Malaysia berbanding 60 peratus sebelum itu," menurut WeChat dalam satu kenyataan.

WeChat adalah aplikasi percuma yang direka untuk pasaran antarabangsa, menyediakan pengguna dengan cara inovatif untuk berkomunikasi dengan rakan di seluruh dunia termasuk melalui teks, mesej suara dan video.

Acer lancar siri baru komputer Aspire

Posted: 25 May 2013 10:20 PM PDT


Acer lancar siri baru komputer Aspire
Dua model wanita menunjukkan rangkaian siri komputer bimbit Aspire baru pada majlis pelancaran produk itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
ACER Sales & Services Sdn Bhd (Acer Malaysia) memperkenalkan rangkaian produk baru yang terdiri daripada komputer riba Aspire P3, R7 dan V Series.

Pengurus Besar Acer Malaysia, Ricky Tan berkata, siri komputer bimbit Acer itu memberi fokus untuk mewujudkan pengalaman pengkomputeran baru melalui rekaan progresif.

Menurutnya, semua produk itu menawarkan ciri-ciri terbaik dengan teknologi terkini Intel dan Microsoft Windows 8.

"Produk berpaksikan sentuhan merupakan trend terbaru dalam dunia pengkomputeran.

"Oleh sebab itu, kami jangka barisan produk ini akan merevolusikan pengalaman pengkomputeran serta sentuhan," katanya pada majlis pelancaran siri Aspire baru di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Aspire P3 merupakan ultrabook boleh ubah yang didatangkan dengan paparan definisi tinggi manakala Aspire R7 menawarkan papan kekunci yang boleh ditukar alih serta skrin sentuh definisi tinggi seperti tablet.

Aspire V Series pula mewakili rangkaian komputer riba Acer paling besar dan versatil.

Harga pasaran ditawarkan bagi siri Aspire baru ini bermula pada RM1,799, bergantung kepada jenis model yang ditawarkan.

Rezeki lumayan musim jagung

Posted: 25 May 2013 10:17 PM PDT


Rezeki lumayan musim jagung
Hasyimah mampu meraih pendapatan tinggi dengan hasil jualan jagung di gerainya di tepi jalan utama Rompin-Endau.
ROMPIN - Musim jagung yang bermula sekitar awal Mei lalu meningkatkan pendapatan penduduk tempatan yang berniaga secara kecil-kecilan di tepi jalan utama Rompin-Endau, di sini.

Mendapat jolokan 'jagung Janglau' oleh penduduk tempatan dan pembeli, jagung terbabit memberikan pendapat lumayan kepada penjualnya.

Usahawan, Hasyimah Che Li, 40, berkata, jagung berkenaan lebih sedap berbanding jagung di tempat lain, menyebabkan ia mendapat permintaan menggalakkan.

"Ada yang kata jagung di sini lagi sedap dan manis daripada jagung di Cameron Highlands, sebab itu pendapatan kami pada musim jagung lebih tinggi.

"Bagi jualan jagung sahaja boleh cecah RM300 pada hari biasa dan RM1,000 sehari pada hari cuti," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Hasyimah berkata, jagung yang dijual adalah hasil dari ladangnya sendiri yang diusahakan suaminya di atas tanah sewa.

"Saya berniaga di gerai, manakala suami saya berkebun di ladang dan hasil tuaian dia akan hantar ke sini.

"Tanah ladang itu kami sewa dengan Jabatan Pertanian sejak tahun lalu dan hasilnya sangat memuaskan," katanya yang tinggal di Batu 4, Jalan Jawa.

Menurutnya, jagung Janglau juga terkenal di Johor dan orang dari sana ramai yang datang ke sini untuk membeli jagung berkenaan yang disifatkan mereka sangat sedap.

Orang Pahang bangga ada Laman Mat Kilau

Posted: 25 May 2013 10:16 PM PDT


 Orang Pahang bangga ada Laman Mat Kilau
Laman Mat Kilau yang menjadi kebanggaan warga Jerantut kerana memaparkan sejarah tokoh tersohor Pahang.
JERANTUT - Usaha Majlis Daerah Jerantut (MDJ) membina Laman Mat Kilau di hadapan Ibu Pejabat Polis Jerantut wajar dipuji kerana memberi maklumat kepada masyarakat mengenai tokoh Pahang yang banyak berjasa.

Penduduk, Mohd Hairizal Yahya, 32, berkata, sebagai warga daerah ini, dia bangga melihat Laman Mat Kilau yang berdiri teguh di tengah bandar, di mana ia mampu meningkatkan semangat cintakan tanah air kepada penduduk di sini.

Menurutnya, Jerantut kaya dengan sejarah peperangan dan pastinya nama Mat Kilau tidak akan pernah terpisah daripada dikaitkan dengan daerah ini.

"Kita sedia maklum daerah ini merupakan bandar tumpuan pelancong yang singgah sebelum bertolak ke Taman Negara. Sebagai penduduk di sini, pastinya saya gembira kerana Laman Mat Kilau mampu menunjukkan kepada pelancong bahawa terdapat ramai tokoh berjasa di daerah ini.

"Kita juga bangga dengan usaha MDJ menceriakan bandar ini. Landskap, papan tanda dan tumbuhan berbunga yang mewarnai persekitaran bandar ini pastinya memberikan imej yang baik kepada pelawat," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hairizal berkata, ketika ini petugas MDJ sibuk memasang papan tanda memaparkan tokoh sejarah tersohor di Pahang yang diabadikan di setiap persimpangan masuk dan keluar bandar Jerantut.

Katanya, nama-nama tersohor seperti Mat Kilau, Pawang Nong, Tok Gajah, Datuk Kurnia Budiman, Ahmad Kotot dan ikon sejarah lain terpampang megah.

"Usaha mengetengahkan tokoh tempatan menerusi projek landskap bandar adalah idea yang sangat bagus kerana secara tidak langsung memaparkan budaya tempatan, di samping menerapkan nilai sejarah kepada generasi muda," katanya.

Kantoi curi tiga peket kopi

Posted: 25 May 2013 10:15 PM PDT


Kantoi curi tiga peket kopi
Suspek menjadi perhatian orang ramai selepas diikat pada sebatang tiang elektrik.
Kantoi curi tiga peket kopi
Na menunjukkan rak menempatkan peket kopi yang dicuri suspek di kedai runcitnya.
JERTIH - Seorang lelaki yang kantoi selepas cuba mencuri tiga bungkus kopi menerima akibatnya apabila bukan sahaja terpaksa menahan sakit dibelasah orang ramai tetapi turut menanggung malu kerana diikat pada sebatang tiang elektrik.

Lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Air Tawar, dekat Kampung Raja itu diikat di tepi jalan Kuala Besut –Jertih dekat Kampung Dengir, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, suspek ditangkap penduduk kampung selepas perbuatannya di sebuah kedai runcit depan Masjid Kampung Dengir disedari pemilik kedai terbabit.

Pemilik kedai runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Na, 23, berkata, dia yang ketika itu seorang diri di dalam kedai ternampak suspek memasukkan bungkusan berkenaan ke dalam seluar dalamnya.

Menurutnya, menyedari perbuatan suspek, dia keluar memberitahu beberapa lelaki yang kebetulan berada di kedai berhampiran.

"Selepas mengambil barangan curi itu, dia datang ke kaunter untuk membayar sebatang aiskrim berharga 50 sen dan ketika itu saya bertanya kepadanya apa yang dia curi, namun dia tidak mengaku," katanya.

Menurutnya, sejurus kemudian penduduk kampung keluar beramai-ramai dan menangkap suspek.

"Bimbang suspek meloloskan diri, penduduk kampung terpaksa mengikatnya pada sebatang tiang elektrik sebelum menyerahkannya kepada polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan suspek ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada polis.

"Barang yang dicurinya dirampas dan saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphertamine (pil kuda).

20 pasangan jalani upacara akad nikah beramai-ramai

Posted: 25 May 2013 10:13 PM PDT


Kawin 20
Seramai 20 pasangan bergambar bersama selepas diijab kabulkan pada majlis Ijab Kabul Mega sempena Festival Belia Putrajaya 2013 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini
PUTRAJAYA - Seramai 20 pasangan pengantin menyempurnakan upacara akad nikah masing-masing dalam Majlis Ijab Kabul Mega sempena Festival Belia Putrajaya 2013 di Masjid Sultan Mizan di sini hari ini.
  
Pengarah Majlis Ijab Kabul Mega Mohamad Sirajuddin Jalil berkata program kali kedua itu bertujuan membantu pasangan muda daripada golongan pertengahan dan tidak berada, mendirikan rumah tangga.
  
"Caj RM5,000 dikenakan kepada pasangan untuk menyertai program ini dan bagi yang telah bernikah sebelum ini dikenakan bayaran berpatutan.
  
"Bayaran ini merangkumi upacara akad nikah, kad jemputan, barangan cenderahati, majlis makan, potong kek, penginapan dan konvoi menaiki kereta BMW," katanya.
  
Pasangan Hadi Mustafa Ali, 28, dan Nurul Amirah Mohd Abas, 21, menyifatkan majlis ijab kabul secara beramai-ramai itu merupakan inisiatif yang baik kerana dapat menjimatkan perbelanjaan perkahwinan mereka.
  
"Langkah ini memudahkan golongan macam kami untuk berkahwin," kata Hadi, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta.

Tiket bernilai untuk empat grup besar

Posted: 25 May 2013 10:09 PM PDT


GRUP Search bersama pihak penganjur, Clockwork Events pada sidang media konsert Thunder In The East 2013 yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 30 Jun ini.


MELIHATKAN harga tiket yang dianggap mahal buat sebuah festival rock yang dinamakan Thunder In The East 2013, Shamil Yusoff selaku pengarah Clockwork Events menegaskan, walaupun keuntungan adalah objektif utama sebagai penganjur namun pihaknya mempercayai kekuatan para legenda yang dibawa berpatutan dengan harga yang dikenakan.
Konsert yang dibawakan oleh Clockwork Events ini bakal berlangsung di Stadium Merdeka bermula pukul 4 petang pada 30 Jun ini. Menariknya, para penonton boleh menonton empat buah grup berpengaruh dari empat buah negara. Rusty Blade (Singapura), Slank (Indonesia), Search (Malaysia) dan Loudness (Jepun) bersatu di bawah kibaran festival rock yang dinanti-nantikan oleh penggemar genre muzik tersebut.
Tiket dengan harga RM888 (VIP platinum), RM398 (VIP gold), RM258 (VIP silver) dan RM138 (tiket biasa) ini dijual untuk khalayak untuk menonton empat buah grup daripada empat buah negara dalam satu pentas yang dinamakan Thunder In The East 2013.
"Selain dapat menonton dari ruang Rock Zone yang berhadapan pentas, mereka yang membeli tiket bernilai RM888 turut diberi peluang untuk mengikuti bengkel gitar bersama Akira Takasaki. Pelbagai kejutan bakal dipersembahkan kepada para peminat yang hadir malah Akira Takasaki bakal membawa seorang pemain gitar yang bernama Sakura yang baru berusia 10 tahun," kata Shamil yang turut ditemui di majlis yang sama.

SLANK yang terdiri daripada (dari kiri) Kaka, Abdee, Bimbim, Ivanka dan Ridho akan muncul lagi di Malaysia.


"Idea konsert ini tercetus dari luar iaitu daripada Big Four Asia dan Loudness juga turut memberikan idea untuk membuat konsert ini dalam bentuk festival serta tidak hanya fokus kepada konsert solo Loudness," kata Pengarah Clockwork Events, Iman Tang ketika ditemui di sidang media pelancaran konsert tersebut di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Iman Tang berkata, undangan Clockwork Events yang diajukan kepada kumpulan yang cukup popular di Amerika Syarikat itu mendapat maklum balas baik.
"Grup Loudness sangat gembira dengan sambutan yang amat baik pada kunjungan pertama dahulu. Jadi, ketika kami menjemput mereka untuk konsert ini, Loudness segera memberi persetujuan. Anggota Loudness tidak menyangka mereka mempunyai ramai peminat di Malaysia.
"Mengenai grup lain, kami memilih kumpulan rock dari Asia yang berpengaruh kerana konsert ini bakal menjadi sebuah festival rock, " ujar Iman Tang.
Tiket boleh didapati di www.ticketpro.com.my, manakala maklumat mengenai konsert boleh diperoleh dengan melayari www.clockwork.my.
Grup Rusty Blade dan Slank akan menjadi pembuka tirai bagi konsert ini dengan diikuti oleh Search sejurus selepas waktu Maghrib. Grup Loudness yang dinaungi Minarou Niihara (vokalis), Akira Takasaki (gitar solo), Masayoshi Yamashita (bass) dan pemain dram baharu, Masayuki Suzuki bakal membawakan seorang pemain gitar muda berusia 10 tahun sebagai salah satu penarik konsert.

LOUDNESS akan muncul kali kedua di Malaysia tetapi di lokasi lebih besar.


Buat Amy Search yang pernah bergabung dengan grup Loudness pada tahun 2011, ini ialah sebuah momen yang patut diraikan umum.
"Saya dijemput berduet dengan Minoru pada konsert yang lalu. Pastinya kali ini dengan kemunculan bersama Search, kami akan bawakan lagu-lagu klasik dan 80-an Search. Saya mengharapkan konsert ini akan sukses dan menjadi sebuah kenangan buat para peminat," ujar Amy.
Tambah Nasir yang merupakan pemain bass Search: "Saya belum nampak lagi sebuah festival rock di Malaysia. Yang ada pun pengisiannya kabur. Jadi inilah sebuah festival rock yang patut dijadikan tanda dagang dan dikekalkan. Sebelum ini Search pernah terlibat dengan beberapa festival rock di luar negara dan kami teruja untuk beraksi di sebuah festival di negara sendiri."

AF mati hidup semula

Posted: 25 May 2013 10:09 PM PDT


KHAIRUL ANWAR (tengah), Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad (kanan), dan Penerbit Eksekutif AF10, Mackenna Singh semasa sidang media mengumumkan AF10, Khamis lalu.


AKADEMI FANTASIA (AF) yang damai bersemadi usai Hazama diumumkan sebagai juara AF musim kesembilan dua tahun lalu kini bangkit semula dari kuburan. Kembali bernafas, AF musim ke-10 dijangka sekali lagi akan berdepan semula kritikan, herdikan dan perhatian penonton yang selama ini banyak teralih kepada program pencarian bakat yang lain.
Sepintas lalu, walaupun Astro dikritik kerana menjilat ludah sendiri apabila membuat pengumuman kemunculan semula AF dengan musim baharu, namun Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh bertegas AF masih relevan untuk diteruskan.
Katanya, AF kekal menjadi sebuah platform dominan yang membekalkan pelapis-pelapis seni tanah air kepada industri hiburan tempatan.
"AF sebenarnya masih relevan dalam membekalkan bakat-bakat baharu kepada industri dan ini terbukti daripada sembilan musim terdahulu yang banyak melahirkan artis berjaya dalam bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.
"Bagaimanapun, Astro harus akur bahawa format terdahulu perlu diubah kerana banyak yang tidak lagi sesuai. Kuasa media sosial ketika mendesak sesuatu yang baharu dalam AF," jelas Khairul ketika mengumumkan kemunculan semula AF 2013, Khamis lalu.
Dijangka bersiaran pada September depan di Astro Ria, AF10 juga dilihat tidak lagi mengguna pakai sistem kuarantin yang diamalkan selama ini. Untuk musim akan datang, peserta AF akan diberi akses kepada internet untuk melayari Facebook, Twitter dan Instagram untuk lebih intim dengan penyokong masing-masing.
Khairul yakin, perubahan itu tidak akan mengganggu konsentrasi para peserta malah akan mendidik mereka supaya lebih memberi perhatian dan membahagikan masa dengan baik.

BEKAS-BEKAS juara AF musim lalu turut hadir memberi sokongan kepada kemunculan semula program pencarian bakat nyanyian popular itu menjelang September nanti.


"Saya anggap itu sebagai peluang mereka untuk belajar. Membenarkan penggunaan laman sosial ialah salah satu objektif dalam mempersiapkan mereka menjadi seorang artis," jelas Khairul yang masih menyimpan butiran lanjut mengenai program berkenaan.
Ketika Zizan hangat dispekulasikan sebagai pengacara AF yang baharu, Khairul menambah, satu lagi sidang media akan dibuat bagi memperkenalkan konsep, tenaga pengajar dan hos program terbabit.
Pada majlis sama, Khairul turut memperkenalkan lagu tema AF dan logo versi terbaharu. Untuk musim akan datang, selain peserta solo, pasangan duet juga boleh mengambil bahagian dalam AF. Peserta juga boleh menghantar link video nyanyian mereka yang dimuat naik ke laman YouTube ke portal rasmi AF dan calon yang berjaya akan dipanggil untuk diuji bakat dilokasi berdekatan.
"Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya dan cara ini dilihat lebih dekat dengan kuasa sosial media dan akan memudahkan mereka," jelasnya.
Peserta mestilah berumur 18 hingga 35 tahun dan ia turut terbuka kepada warga Singapura. Maklumat lanjut mengenai sesi uji bakat secara talian boleh melayari www.akademifantasia.com.my.

Kil, sekolah filem untuk Cristina

Posted: 25 May 2013 10:07 PM PDT



WAJAH gadis muda campuran Melayu dan Amerika yang selalu tampil polos ini belum akrab dalam minda khalayak. Baharu, muda namun penuh iltizam, Cristina Suzanne Stockstill tidak mustahil bakal menjadi salah seorang aktres yang diburu khalayak serta produser.
Cristina yang mesra disapa Cris itu memiliki wajah mulus sebagai pelaris tetapi aset utamanya ialah pandangannya yang jelas terhadap misi dan tujuan kerjaya seninya.
Walaupun dia jatuh dalam golongan anak muda yang digilap melalui program realiti, tampaknya dia bukanlah aktres manja yang menjaja wajah atau cerita sensasi berbanding bakat.
Satu hal yang terlihat jelas pada wanita berumur 28 tahun ini, dia masih naif dalam menjawab soalan. Bukan satu tempoh yang boleh dibanggakan namun perjalanan selama lebih kurang 1,095 hari sebagai aktres sudah membuka matanya dalam banyak aspek.
Tidak adil
"Tempoh tiga tahun dalam industri seni sejak bertapak melalui program realiti Pilih Kasih, saya sudah nampak bahawa ada yang tidak adil dalam industri," jujur Cris melepaskan gelojak mindanya.
Cris menambah bahawa dia sudah nampak ada kecenderungan pemilihan pelakon dalam sesebuah produk kreatif itu lebih terdorong kepada bilangan pengikut di laman sosial.
"Maksudnya, pemilihan itu lebih terarah kepada faktor populariti. Ada yang mungkin tidak menghiraukan tentang kesesuaian watak atau kualiti pelakon. Malah ada juga pelakon tidak panggil untuk diuji bakat. Telefon hanya sekadar tanya waktu senggang dan bukan memberi penerangan tentang skrip atau watak," getusnya.
Namun itu bukan penyebab untuk Cris berpatah balik atau menanam minat yang dibaja daripada Pilih Kasih.
Kini, dia sudah belajar memilih naskhah walaupun namanya masih samar-samar dalam ingatan khalayak sementelah namanya sukar disebut.
"Sekarang kalau berlakon, keputusannya ikut kata hati. Dahulu saya ambil semua tawaran demi mencari pengalaman. Bagi saya, biarlah tidak popular tetapi orang perasan dengan kehadiran dalam bidang lakonan," ujarnya jujur.
CRISTINA SUZANNE atau mesra disapa Cris sudah mula memilih naskhah lakonan mengikut kata hati.


Kenali Cristina Suzanne
Pasti ada yang masih tertanya-tanya bagaimana Cristina Suzanne bertapak dalam dunia selebriti.
Menurutnya, dia pernah bergelar pramugari selama 10 tahun tetapi terjebak dalam program Pilih Kasih sewaktu Cris menganggur selama empat bulan.
Cerita Cris, beberapa tahun lalu, dia dan ibunya menonton televisyen bersama dan ketika itulah mereka terpandang iklan Rosyam Nor yang menyebut, 'adakah kamu pelakon yang kami cari?'
Ujar Cris, dia menghadiri sesi uji bakat dengan pengetahuan yang kosong. Cuma menjadi diri sendiri dan bercakap apa yang dekat dengan dirinya. Namun ketulusan itu rupanya berjaya menempatkan Cris selama tiga bulan di pentas mencungkil bakat itu.
Usai mendalami Pilih Kasih, dia keluar ke dunia seni sebenar. Mencari sesuap nasi dan sedikit kewangan untuk membayar ansuran kereta dengan berlakon apa sahaja.
"Saya muncul di bawah arahan Erma Fatima, watak kecil melalui Dia Bukan Maryam dan Kasih Najihah. Kemudian ada juga bantu-bantu pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan dalam tugasan mereka selain drama-drama di televisyen," ulasnya santai.
Bukan itu sahaja, dia juga terlibat dengan naskhah-naskhah teater yang merupakan minatnya dalam lakonan. Namanya sudah tersenarai sebagai pembawa karakter dalam teater seperti Ramleefestasi dan Projek Disko Baldi.
"Saya ingat pesan Rosyam Nor bahawa apabila keluar daripada Pilih Kasih perlu pandai-pandai belajar sendiri. Itu yang saya pegang," senyumnya manis.
Masuk sekolah
Satu panggilan telefon juga berjaya mengubah tingkat Cris dalam dunia lakonan. Dahulu dia bertatih dengan watak-watak kecil tetapi kini dia seumpama sudah naik ke peringkat universiti.
Panggilan yang diterima daripada Nik Amir yang merupakan pengarah filem Kil merubah namanya untuk diingati khalayak. Dia membawakan watak Zara, wanita misteri dalam filem yang bakal ditayangkan bermula 30 Mei ini.
"Saya kenal pengarah dan penerbit Kil iaitu Rewan Ishak yang mengajak saya untuk mencuba uji bakat. Nik juga ada membuat panggilan telefon menyuruh saya menjalani perkara yang sama. Saya pergi dengan selamba tanpa tahu apa yang bakal ditawarkan melalui Kil. Dalam fikiran saya, pasti bukan watak utama," ketawanya kecil.
SELAIN berlakon, wanita berumur 28 tahun ini juga gemar melukis potret dan abstrak.


"Jujur ya, saya memang waktu itu tidak tahu prosedur produksi. Namun segalanya saya belajar melalui filem Kil ini yang rupanya merupakan sekolah filem untuk semua yang terlibat. Saya, kru dan tenaga produksi semuanya melalui perkara yang sama. Itu menyeronokkan kerana ini adalah sebuah proses dan tapak pembelajaran yang bagus," sambungnya yang terkejut sejurus mengetahui Ella, Dira Abu Zahar dan Hasnul Rahmat juga berada dalam produksi filem yang sama.
"Apabila semua belajar dan menjadikan Kil sebagai sekolah filem, tidak banyak kesukaran yang kami lalui. Walaupun awalnya ia sebuah produksi yang kecil tetapi semuanya berjalan ikut jadual. Saya juga suka membawakan watak Zara kerana solekannya semula jadi, itu yang nampak real. Logiknya ada di situ," puji Cris tentang Kil, filem genre drama, romantik dan misteri yang menjalani penggambaran selama 11 hari.
Bergandingan dengan Redza Minhat, Cris menganggap adegan dalam lif adalah paling mencabar. Adegan yang menjalani penggambaran selama empat jam itu harus menampakkan dirinya sebagai penggoda dalam masa beberapa minit dalam filem.
Berdasarkan respons yang dilihat di laman Twitter selepas tayangan perdana, rata-rata orang filem menyukai filem yang dianggap punya kelainan dan membuka lembaran baharu dalam industri. Namun pastinya buah tangan perdana ini memberi geruh rasa buat Cris.
"Ramai orang filem yang faham filem suka dan beri respons yang baik. Tetapi saya rasa gemuruh juga menantikan pandangan penonton biasa. Tidak tahu mereka boleh terima atau tidak," jelasnya tentang filem yang menyentuh tentang tabu dalam masyarakat iaitu bunuh diri.
Pipi jatuh
Dilihat sangat santai dalam kehidupan seharian malahan ke majlis karpet merah, itu memang cara Cris. Dalam bahasa slanga juga, pelakon yang dikatakan persis Audrey Tautou ini memang sempoi.
"Ada yang kata saya ini selekeh sebab santai sangat. Tetapi saya tidak menyusahkan orang. Saya mahu berkerja sebagai pelakon dan kalau ke majlis besar, saya masih menghormati majlis," ujarnya disentuh tentang penampilan.
"Saya sudah merancang kehidupan. Sudah mula membuat simpanan. Kalau hanya bersandarkan glamor, tak akan ke mana. Sebagai wanita kita kena sedar bahawa satu hari nanti pipi kita akan jatuh," sedarnya tentang permintaan industri seni sekarang.
Lebih daripada itu sebagai langkah awal, dia menolak menjaja cerita bersifat peribadi. Ujarnya, dia mahu menghormati dan menjaga hati dalam menjalani kehidupan.
"Saya tahu nanti akan keluar cerita-cerita bersifat peribadi tetapi saya menolak dan tidak mahu mulakan. Kalau bercinta, saya tidak mahu tonjolkan sampai orang itu sah akan menjadi suami. Saya memikirkan hati dan perasaan orang-orang tua saya dan bakal mertua," akuinya yang menolak mentaliti takut kehilangan peminat kalau bercerita tentang kekasih hati.

Kembara kental Dira, Helmi

Posted: 25 May 2013 10:05 PM PDT



KEHIDUPAN yang sedang dikongsi oleh Dira Abu Zahar bersama suaminya Helmi Yusof tidak banyak bezanya dengan pasangan artis lain. Dira seorang pelakon manakala suaminya Helmi, seorang pengarah sinematografi. Industri hiburan ini menyatukan dan menjadikan mereka anak seni yang tegar.
Jika tidak bercakap tentang keluarga dan perancangan masa depan bersama, lakonan, kerja pembikinan drama dan filem ialah makanan dalam pertuturan harian mereka. Keluar daripada bidang seni, pasangan itu berkongsi satu lagi kecenderungan iaitu permotoran.
Sesuatu yang menarik, hujung Mei dan Jun 2013 menjadi satu tempoh yang mengujakan buat pasangan itu. Bertahun-tahun menjadi pekerja filem yang tidak perlu bercakap tentang kerjanya yang selama ini dilihat tetapi menjadi hak individu lain untuk didebatkan, kali ini giliran Helmi berada di depan. Kerjanya tidak terhenti sebagai pengarah sinematografi filem berjudul Bikers Kental bahkan itulah filem pertama yang menguji kemampuan Helmi di kerusi pengarahan.
"Saya cuma tukang bancuh air untuk dia (Helmi) dalam filem itu. Saya tiada hak untuk masuk campur dalam kerjanya," celah Dira sementara pertemuan bersama mereka di Red Garage yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng, Rabu lalu baru sahaja hendak bermula.
Belum sempat memanjangkan cerita, Helmi pula menyampuk: "Tapi dia (Dira) tetap penyuntik semangat yang menyokong emosi saya sepanjang pembikinan filem itu."
Dira tidak hanya goyang kaki sementara suaminya sibuk dengan promosi Bikers Kental yang masuk pawagam Khamis lalu. Pada waktu yang sama, dia mempunyai produk besar untuk dipersembahkan. Selain filem terbaharunya Lari bersama Aaron Aziz akan masuk panggung 6 Jun nanti, drama bersiri mega lakonannya, Dahlia kini sedang ditayangkan di Astro Mustika. Dua tahun selepas pembikinan, peranan kecil yang dimainkan bersama Redza Minhat dan Cristina Suzanne menerusi filem Kil juga terhidang untuk ditatap pencinta filem menjelang 30 Mei nanti.
Kalian berdua masing-masing ada material besar untuk dipersembahkan, rasanya senario begini kali kali pertama berlaku kepada kalian berdua. Komen kalian?
HELMI YUSOF (H): Itu betul. Kebetulan pula semuanya macam bertimpa-timpa. Saya sibuk dengan Bikers Kental, Dira pula ada promosi Kil dan Lari. Bulan Mei dan Jun ini buat jadual kami jadi huru-hara tapi seronok. Kami ada material untuk dipersembahkan tapi kami masih boleh urus masa untuk berjumpa.
PERHUBUNGAN Dira dan Helmi bergulir dalam bahasa filem, seni dan teknikal. Bahasa motosikal juga menjadi bahan santapan harian mereka.


DIRA ABU ZAHAR (D): Saya lihat ini juga satu senario yang sihat. Kami bukan nak berlawan filem siapa lagi bagus tapi peluang begini bagus. Saya tak jangka Lari akan ditayang secepat ini, saya juga baru selesai penggambaran drama Dahlia. Penat dua bulan di lokasi tambah pula dengan promosi filem. Bagus sebenarnya, kiranya ini kemunculan semula saya selepas setahun berehat gara-gara satu kes dahulu. Kil pula sudah lama diperkatakan. Jadi, sekaranglah masanya.
Anda berdua dalam dua karier berbeza, bagaimana kalian melihat pencapaian masing-masing?
D: Sebagai isteri, saya selalu melihat Helmi sebagai mentor yang selalu menjadi inspirasi kepada saya, saya banyak menjadi sumber inspirasi bila bercakap bagaimana hendak menjadi pembikin filem yang bagus. Dia seorang yang pentingkan teknikal, penting baginya guna istilah yang betul jika bercakap tentang bahasa filem, tak boleh main suka-suka sebab dia orang yang pergi sekolah filem, saya pula baru masuk sekolah filem. Dia tegas bila berkerja dan saya tak ada kuasa untuk masuk campur dalam urusan kerja dia. Saya cuma perhatikan dia dan ambil semua itu sebagai satu proses pembelajaran. Sekarang saya bangga dengan dia, daripada seorang pengarah sinematografi, orang yang lama dan rasa banyak daki dalam industri, dia sudah jadi pengarah filem. Saya lihat gambaran sebenar tentang pembikinan filem daripadanya.
SIBUK dengan promosi filem dan drama, Dira risau dengan kesihatan bapanya yang terlantar di hospital.


H: Semasa kami kenal, Dira belum ada filem pun lagi. Lepas kahwin hujung 2011, Dira keluar dengan filem pertamanya, Untuk Tiga Hari, lepas itu dia ada filem lain, Chow Kit, sekarang Lari, akan datang pula Longkai dan Sejoli. Daripada pelakon televisyen, dia jadi pelakon filem. Dia ada perkembangan walaupun saya tiada banyak masa tengok lakonan dia tapi kami banyak cakap pasal lakonan juga. Saya lihat penyatuan ini banyak lengkapkan lagi hidup kami. Bertikam lidah itu normal. Rasanya impian Dira untuk jadi heroin filem hampir tercapai dalam Lari.
Helmi anda dari bermula sebagai jurukamera kemudian pengarah sinematografi dan sekarang jadi pengarah filem. Bolehkah pengarah sinematografi buat kerja tanpa ilmu ?
H: Ilmu tak pernah cukup tapi saya nak buat satu anjakan paradigma dalam hidup. Saya nak capai benda baharu. saya sudah bekerja dengan pengarah-pengarah macam Afdlin Shauki, Erma Fatima, James Lee dan ramai lagi. saya perhatikan kerja mereka dan mahu buat filem dengan resipi saya sendiri. Dahulu saya terjemah skrip dalam bentuk visual filem, sekarang kerja saya bertambah saya kena arahkan pelakon pula.
D: Saya agak terperanjat kerana Helmi yang saya kenal ialah individu yang bekerja di bahagian teknikal, dia orang teknikal. Terfikir juga bagaimana dia nak mengendalikan pelakon tapi selepas tengok naskhah yang telah siap, boleh tahanlah. Dia jaga bab kesinambungan kerja dia. Agak mengejutkan juga dan dalam masa yang sama saya tahu dia kerja keras untuk elakkan sesuatu yang klise. Dahulu masa jadi DOP (pengarah sinematografi) dia tak pernah nak bercakap dengan media macam sekarang. Inilah satu-satunya fotografi kami bersama media selepas fotografi sebelum kahwin dahulu.
HELMI YUSOF mengganggap percubaannya mengarahkan Bikers Kental sebagai satu anjakan paradigma dalam hidup.


Bagaimana motosikal kuasa besar merapatkan kalian?
H: Motosikal jadi bahan untuk kami untuk bercakap, pergi konvoi bersama kalau ada waktu senggang. Sebenarnya hobi ini boleh kongsi dengan keluarga.
D: Kami jenis selamba jadi kalau tiba-tiba dia nak beli jaket atau topi keledar baru saya faham dan diamkan sahaja walaupun tahu benda-benda itu mahal. Helmi juga buat saya jadi lebih kenal banyak motosikal lain selain Harley Davidson dan Chopper. Sebenarnya mat motor, yang bawa superbike atau Harley pun boleh jadi kawan walaupun masing-masing bawa motosikal berbeza.
Motosikal yang anda miliki ketika ini?
H: Kami tak mampu nak ada lebih daripada sebuah, sekarang saya pakai Ducati Hypermotard. Dahulu saya pun naik kapcai juga. Tahun 1998 saya beli Cagiva, kemudian Kawasaki (2008) dan KTM.
D: Saya masih setia dengan Harley Davidson, sekarang Harley Davidson XRX.
Jadi, genre road movie dalam Bikers Kental dipilih kerana ia dekat dengan jiwa anda?
H: Untuk filem pertama, rasanya genre ini yang dekat dengan saya. Ini jiwa saya. Saya nak kongsi pengalaman dan nilai positif sukan bermotosikal ini. Untuk filem akan datang, mungkin kecenderungan saya akan berbeza. Saya juga suka komedi dan guru saya dalam pengarahan tentu Afdlin Shauki.
D: Saya juga ada nasihatkan dia supaya jujur dengan diri sendiri, buat apa yang paling dekat dengan diri.

Sisi komersial Festival Filem Cannes

Posted: 25 May 2013 10:04 PM PDT


ROMBONGAN pembikin filem Malaysia turut menjejakkan kaki ke Festival Filem Cannes, Perancis baru-baru ini.


PERISTIWA Christoph Waltz dan Daniel Auteuil turun dari panggung setelah terdengar bunyi persis tembakan semasa sesi temu bual di Festival Filem Cannes pada 17 Mei lalu menjadi antara momen yang paling diingati untuk tahun ini.
Kedua-dua aktor tersebut berserta para juri waktu itu sedang menghadiri acara Canal Plus'ss Le Grand Journal yang sedang disiarkan di televisyen. Bunyi tembakan yang tidak diketahui sumbernya itu tiba-tiba terdengar dan menakutkan khalayak yang berada di lokasi.
Hanya beberapa saat diperlukan bagi membuatkan keadaan kembali reda. Ketika acara dilanjutkan, hos rancangan itu, Michel Denisot menyatakan bahawa suspek telah ditangkap. Suspek didakwa melepaskan dua butir bom tangan palsu ke udara yang kemudian menghasilkan bunyi seakan-akan tembakan.
Tidak ada nyawa terkorban dalam insiden itu. Insiden itu melengkapi rentetan insiden yang terjadi di Festival Filem Cannes tahun ini. Sehari sebelumnya, perhiasan bernilai lebih dari RM3 juta dicuri daripada Hotel Novotel.
Kecurian di Cannes
Festival yang juga disebut Le Festival International du Film de Cannes itu turut berhadapan dengan pencuri kelas atasan.
Kecurian pertama berlaku di Hotel Novotel membabitkan perhiasan bernilai lebih RM3 juta. Mangsa kedua berlaku kepada wakil Presiden China Film Group, Zhang Qiang apabila barangnya dicuri dari bilik sewanya di Cote d'Azur.
Gara-gara insiden tersebut, Zhang membatalkan kemunculannya di acara sidang akhbar untuk filem terbaharu Keanu Reeves, Man of Tai Chi pada 20 Mei lalu bersama China Film Group.
Eksekutif perfileman tersebut melaporkan kes tersebut di laman Weibo, sosial media China yang mirip dengan Twitter.
"Keamanan di Perancis sungguh buruk. Orang-orangnya juga sombong," tulis Zhang yang memberitahu bahawa para pekerja Hotel Pierre and Vacances Cannes Beach Residence sama sekali tidak membantu sehingga memaksa dia menelefon polis atas inisiatif sendiri.
Sejarah Festival Filem Cannes
Itu merupakan insiden yang mencacatkan kelancaran festival filem yang merupakan platform bagi semua jenis filem di seluruh dunia.

NICOLE KIDMAN (kiri) dan Ang Lee merupakan juri untuk festival Filem Cannes tahun ini.


Disifatkan sebagai festival filem paling berprestij di dunia, ia diadakan pertama kali pada 20 September hingga 5 Oktober 1946 di kota Cannes, Perancis. Sejak itu, festival yang menjadi idaman ramai pembikin filem tersebut diadakan setiap tahun menjelang bulan Mei.
Luasnya liputan media massa terhadap festival itu membuatkan festival berkenaan dihadiri oleh ramai pembikin dan bintang filem dari serata dunia. Malah ia menjadi sebuah perkampungan popular bagi pengusaha filem untuk meluncurkan produk-produk terbaharu di samping cuba untuk menjual karya kepada pihak penerbit dan pengedar yang datang dari seluruh dunia.
Untuk tahun ini, Festival Film Cannes 2013 berlangsung selama 13 hari bermula 14 Mei dan penghargaan daripada pihak juri diumumkan pada malam penutup.
Antara filem-filem yang mendapat perhatian orang filem ialah Nebraska arahan Alexander Payne, Venus in Furs (Roman Polanski), Iinside Llewyn Davis (Coen Brothers) dan Behind The Candelabra (Steven Soderbergh).
Filem lain yang turut diperhitungkan ialah Only God Forgives, The Bling Ring dan arahan perdana aktor James Franco iaitu As I Lay Dying.
Filem aktor Orlando Bloom yang berjudul Zulu mendapat penghormatan untuk menjadi filem penutup pada festival tahun ini. Filem yang mengambil landskap Cape Town pada era aparteid tersebut dibintangi oleh Forest Whitaker dan Orlando Bloom sendiri.
Dua selebriti kategori A Hollywood iaitu Nicole Kidman dan Christoph Waltz dimasukkan ke dalam senarai juri festival tahun ini. Mereka ditemani oleh pemenang Anugerah Oscar, Ang Lee dalam barisan juri festival.
Ketiga-tiga nama itu diumumkan oleh panitia festival sebagai anggota baharu dalam Dewan Juri bergabung bersama Steven Spielberg yang bertindak sebagai ketua juri.
Spielberg mengetuai barisan juri yang diwakili oleh India Vidya Balan, sutradara Jepun, Naomi Kawase dan aktor serta sutradara Perancis, Daniel Auteuil.
Pendapat Thierry Fremaux
Sebagai pemegang tampuk tugasan Delegasi Umum, Thierry Fremaux memberikan pandangan bahawa filem dari India mempunyai jenama yang cukup utuh di festival semenjak kebelakangan ini. Dia yang juga pemegang festival paling besar di dunia itu juga melontarkan beberapa pandangan tentang Cannes yang dianggap sebagai festival demokratik.
"Cannes merupakan festival filem paling besar di dunia. Penting bagi kami untuk mempamerkan idea sebagai festival filem seluruh dunia. Ada yang menganggap bahawa kami mempamerkan pembikin filem yang sama, ini kerana mereka menghasilkan filem yang hebat. Tetapi jika ada pembikin filem muda di luar sana yang membuat filem yang baik, ia akan ditonton dan dipilih oleh pihak komiti. Kami melihat 1,700 filem untuk membuat seleksi dan hanya 20 buah filem yang masuk ke dalam pertandingan. Ini bukan kerja mudah," kata Fremaux.
Apabila ditanya tentang filem-filem yang mencapai kriteria Cannes di samping mempamerkan kerja pembikin filem amatur kepada audiens yang besar, Fremaux menjelaskan:
"Terdapat banyak aspek yang berbeza untuk Cannes. Ya, festival ini bermula dengan permaidani merah dan Cannes juga ada pihak-pihak profesional. Hampir 100,000 orang berada di Cannes semasa festival berlangsung dan setiap daripada mereka mempunyai sebab yang berbeza untuk berada di sini.
"Alfred Hitchcock pula salah seorang penulis besar dan beliau membuat filem-filem arus perdana. Tidak ada percanggahan. Sudah tentu kita meletakkan beberapa filem besar hanya untuk keseronokan pawagam, dalam sisi lain kita pergi sepenuhnya kepada had yang lain untuk mencari filem-filem yang sangat kecil, berisiko atau eksperimen."

CHERYL COLE menjadi penyeri karpet merah.


Bukan wajah Cannes
Seperti yang dipertontonkan tahun ini, banyak wajah komersial mula membanjiri sebuah festival filem yang dihadiri atas tiket jemputan khas. Keperluan mereka ini dilihat sedikit kabur untuk menjadi wajah-wajah yang sepatutnya berada dalam sebuah festival yang cukup berprestij. Sementelah festival itu telah lama dilihat sebagai sebuah magnet untuk filem senarai A daripada kaca mata sinema dunia.
Sejak kebelakangan ini, terdapat grup baharu yang diwakili oleh selebriti bukan pelakon. Mereka mula meletakkan pengaruh bawah gemerlapan lampu kamera dan karpet merah.
Antaranya ialah penyanyi dan juri program realiti, Cheryl Cole yang sudah mula muncul di festival ini bersandarkan tugasan sebagai duta produk.
Begitu juga dengan kehadiran Kimberly Garner daripada program Made In Chelsea serta Chloe Sims yang datangnya daripada program realiti The Only Way Is Essex. Begitu juga dengan wajah-wajah rupawan seperti Lizzie Cundy dan Tamara Ecclestone.
Malah penyanyi dari Korea Selatan, Psy juga 'muncul' dalam salah sebuah acara di sana sebagai penyeri majlis. Penyanyi popular itu diklon gayanya oleh salah seorang pengunjung festival hingga membuatkan beberapa selebriti di sana tertipu dengan mengambil gambar bersama klon tersebut.
Namun bak kata media yang bertugas di sana, wajah-wajah ini hanya muncul di bawah kerlipan lampu kamera paparazi berserta minuman percuma. Wajah mereka tidak muncul dalam tayangan filem yang merupakan acara utama dan penting untuk festival di sana.
Karyawan Malaysia
Seperti tahun-tahun terdahulu juga, setiap kali berlangsungnya Festival Filem Cannes, karyawan filem tempatan tidak sekadar melihat dari jauh. Antara yang sanggup terbang ke Cannes tahun ini termasuklah pengarah muda Syed Hussein atau Sein yang muncul dengan filem pertamanya Langgar.
Sein tidak pergi sendiri bahkan turut disertai beberapa karyawan lain termasuklah Aqasha, Zain Hamid serta beberapa penerbit dari Camwerk Studios dan PuaPuaKen Studio. Mereka membawa beberapa filem termasuklah Langgar, Psiko: Pencuri Hati, Clayport Curry Killers untuk menyertai Marche du Film atau pasar filem yang diadakan sempena festival berlangsung.
Pengarah muda Nik Amir Nik Mustapha yang pertama kali muncul dengan filem Kil juga turut mendapat undangan untuk menjengah ke Anugerah Marche du Film. Secara tidak langsung ia barangkali membuka laluan kepada Kil untuk dilihat pembikin dan pengedar dari luar negara.
Tidak hanya menarik perhatian pembikin darah muda, Norman Abdul Halim turut mewakili KRU Studios untuk terlibat dengan satu sesi tayangan untuk filem terbitannya Vikindom 3D pada 17 Mei lalu.

Kompang siap dua minggu

Posted: 25 May 2013 09:59 PM PDT



SUASANA di tapak perniagaan Warisan Seni Haji Kasim Enterprise di Kampung Pulai, Merlimau, Melaka kelihatan sibuk.
Empat lelaki sedang tekun menyiapkan kompang yang dipesan pelanggan. Peluh membasahi tubuh mereka yang bekerja sejak awal pagi lagi.
Bunyi bising aktiviti mengetuk, memahat serta memesin kayu jelas kedengaran manakala bau hamis kulit kambing pantas menusuk hidung.
Alias Besah, 50, yang dari tadi leka menyiapkan kemasan terakhir sebuah kompang, menghentikan kerjanya dan menyapa kru Jurnal.
"Awak baru sampai dari Kuala Lumpur tentu penat. Berehatlah dulu kemudian baru kita bercerita," tutur Alias kepada wartawan Jurnal.
Alias merupakan Pengurus Operasi Warisan Seni Haji Kasim. Dia mewarisi syarikat membuat kompang itu daripada pak ciknya, Kasim Limat selepas lelaki itu meninggal dunia pada tahun 1990-an.
Kambing betina
Syarikat berskala kecil ini telah menghasilkan kompang untuk pasaran tempatan sejak lebih 30 tahun lalu. Ia juga menghasilkan alat muzik tradisional lain seperti jidur, rebana dan gendang silat.
Menurut catatan sejarah, kompang mendapat tempat di negara ini hasil perdagangan bangsa Arab di Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melaka.
Ada juga teori mengatakan alat muzik ini dibawa oleh pedagang India Muslim atau melalui Jawa pada abad ke-13.
Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri kahwin dan majlis tertentu.
"Dahulu syarikat ini menumpukan kepada perniagaan membuat parang. Namun, bapa saudara saya, Kasim, ingin beralih arah dengan menghasilkan kompang pula.
"Jadi dengan menaiki motosikal jenis Honda C70 dari Merlimau, dia belajar ilmu membuat kompang di Muar, Johor dengan seorang pembuat kompang terkenal.
"Selama dua tahun dia berulang-alik sejauh 20 kilometer ke Muar pada setiap pagi. Dia belajar pada setiap hari Isnin hingga Rabu. Begitulah rutinnya selama dua tahun," cerita Alias.
MENURUT Alias, kompang X-ray semakin digemari peminat alat muzik tradisional itu.


Alias sudah mengendalikan perniagaan membuat kompang ini selama kira-kira 20 tahun.
Menghasilkan sebuah kompang tidak semudah yang disangka.
"Kebiasaannya sebuah kompang mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan. Ia dimulakan dengan proses melarik kayu leban untuk dijadikan baluh. Kayu itu yang terkenal dalam pembuatan produk kraf perlu dikeringkan terlebih dulu.
"Proses larikan menggunakan mesin dibuat secara berhati-hati kerana tekstur kayu yang lembut. Kalau silap langkah, jadi benda lain pula," terang Alias.
Kayu lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan baluh iaitu rangka badan kompang ialah batang pokok sena, nangka, akasia dan durian namun ia sukar didapati selain harganya yang mahal.
Penulis kagum melihat Alias melarik bongkah kayu seberat 20 kilogram untuk dijadikan baluh dengan diameter 12 inci (30 sentimeter) dalam masa kurang lima minit.
Proses seterusnya ialah memasang belulang yang diperbuat daripada kulit kambing betina. Sebaik sahaja kering, kulit kambing itu akan direndam selama antara sehari hingga tiga hari. Ini bagi menghilangkan baunya sebelum dikeringkan selama sehari lagi.
"Kulit kambing betina lebih lembut berbanding kambing jantan. Kebanyakan pembuat kompang juga lebih menyukai kulit kambing daripada kulit lembu, rusa dan unta.

ALAT yang dipanggil sedak berfungsi untuk menegangkan belulang supaya kompang tahan lama.


"Kulit rusa dan unta lebih praktikal cuma sukar untuk didapati," katanya.
Kebanyakan stok kulit kambing dibekalkan oleh seorang pembekal dari Klang, Selangor. Jelas Alias, sebaik sahaja kulit kambing kering, bulunya akan dikikis.
Kompang X-ray
Menurut seorang pekerja syarikat itu, Arshad Abdul Karim, 50, selepas baluh dan kulit siap, proses seterusnya ialah meletakkan penegang yang dipanggil sedak iaitu besi bersaiz sederhana berbentuk bulat,
Sedak berfungsi menegangkan belulang di samping menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.
"Besi yang digunakan ialah jenis biasa. Kulit kambing yang kering serta sudah dicukur akan dipaku dengan paku payung berwarna putih atau emas. Ia juga dililit bersama kain merah," katanya.
Jelasnya, kompang yang sudah siap akan menjadi lebih kemas dan licin selepas digosok dengan kertas pasir serta dicat mengikut warna yang diminati pelanggan.
Keseluruhan proses membuat sebuah kompang mengambil masa selama dua minggu.
Kadar permintaan meningkat pada musim cuti persekolahan. Purata alatan muzik ini dihasilkan ialah kira-kira 50 buah sebulan.
Belulang kompang bukan sahaja diperbuat daripada kulit kambing tetapi juga kepingan filem X-ray seperti yang digunakan dalam pemeriksaan kesihatan di hospital.

ALIAS hanya mengambil masa selama lima minit untuk menyiapkan baluh.


Menurut seorang pekerja, Ishak Abdul Hadi, kompang X-ray sesuai dimainkan di dalam bangunan kerana alunan bunyinya lebih jelas berbanding kompang tradisional.
"Kebiasaannya dalam sesebuah kumpulan, pasti ada pemain yang menggunakan kompang X-ray untuk menggamatkan lagi bunyi yang terhasil.
Selain itu, kumpulan kompang selalu memainkan jidur untuk memberi kelainan pada lagu yang dimainkan.
Jidur merupakan sejenis alat muzik yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup dengan belulang pada bukaan besar.
"Proses membuat jidur lebih mudah dan hanya mengambil masa selama seminggu. Bahan asasnya ialah kayu leban tetapi menggunakan kulit kambing jantan untuk bunyi yang lebih keras," katanya.
Bercerita mengenai tempoh hayat sesebuah kompang, Ishak memberitahu, ia bergantung kepada bagaimana si pemilik menjaganya.
"Jika dipakai dengan cermat, lamalah jangka hayatnya tetapi kalau digunakan dengan kasar atau tidak disimpan dengan betul, ia boleh rosak selepas beberapa bulan.
"Barangan apa sekali pun sekiranya kita tidak cermat menggunakannya walaupun berkualiti tinggi, tidak akan bertahan lama," katanya yang khuatir kerana tidak ramai generasi muda kini yang cenderung mempelajari ilmu membuat kompang.

Idam miliki pasar raya, kafe

Posted: 25 May 2013 09:58 PM PDT



DIBESARKAN dalam keluarga yang kebanyakannya bergelar usahawan, gadis tinggi lampai ini mengakui, keadaan tersebut mempengaruhinya untuk menceburi bidang perniagaan.
Memilih bidang pemasaran sebagai cabang utama kerjayanya, pemilik nama Norniena Hanie Jalaludin, 24, ini yakin keputusannya untuk bekerja sendiri adalah keputusan yang tepat.
"Saya lebih suka bekerja sendiri, bukan makan gaji," akuinya yang lebih mesra dengan panggilan Niena.
Menerajui Niena Marketing Services sejak Januari lalu, penglibatan Niena dalam dunia pemasaran sebenarnya sudah bermula sejak di bangku sekolah lagi.
Bermula dengan membantu ibunya, Hanim Abd. Raoff, 51, Niena melalui syarikatnya kini berperanan menjadi hab yang memasarkan lebih 50 produk makanan yang dikeluarkan oleh pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dari seluruh negara.
"Ramai pengguna menganggap produk IKS sebagai produk kelas kedua.
"Realitinya, banyak juga produk yang dihasilkan setanding kualitinya dengan produk yang dikeluarkan oleh pengeluar berjenama besar.
"Begitupun, mereka perlukan bimbingan untuk lebih mendalami kaedah serta saluran pemasaran yang lebih berkesan. Kekurangan itulah yang Niena Marketing Services tampung.
Uji cuba
"Kami membantu para pengusaha ini dengan mengetengahkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas. Selain itu, kami juga menyediakan khidmat pelabelan dan pembungkusan yang lebih komersial dan kompetetif," ujar anak kedua daripada tiga adik-beradik ini.
Bagi memastikan produk yang dipasarkannya berkualiti dan memenuhi piawaian yang ditetapkan, beliau terlebih dahulu akan mencubanya.

SELAIN menjadi pemborong dan pengedar, Niena turut memberi rundingan mengenai pelabelan kepada semua pelanggannya.


"Saya akan mencuba produk berkenaan bersama lebih kurang 20 orang responden. Sekiranya 70 peratus daripadanya mengatakan produk itu sedap, barulah kami bersetuju untuk memasarkannya," katanya yang sudah lali dengan rutin keluar masuk pejabat, hotel, restoran mahupun kafe untuk memasarkan produk pelanggannya.
Tambahnya, untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya itu, beliau perlu rajin dan yakin dengan keupayaan produknya.
"Saya bukan sahaja memberi penerangan, malah turut membuat demo masakan kepada kumpulan pelanggan prospek.
"Produk utama yang dipasarkan ialah produk keluaran SteaQ Hub antaranya stik sirloin, ayam, kambing serta fish and chips yang datang bersama set lengkap untuk dimasak. Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan.
Belajar
"Ramai yang melanggan rangkaian produk ini termasuklah hotel, hospital swasta dan restoran.
"Untuk produk stik sahaja, kami boleh meraih RM20,000 dalam sebulan," katanya yang optimis dengan perkembangan perniagaannya.
Selain sibuk menguruskan perniagaan, fokus dan komitmen gadis manis ini turut dikongsikan dengan tugasnya sebagai penuntut jurusan psikologi di Kolej Segi Kuala Lumpur.
"Saya bertuah kerana sejak kecil dikelilingi oleh ahli keluarga yang bercita-cita tinggi.
"Sejak kecil, saya melihat ibu gigih menjalankan pelbagai jenis perniagaan untuk menambah pendapatan. Dari situ, timbul minat untuk menceburi bidang yang sama.
"Selain ibu, individu lain yang banyak mendorong saya untuk menjadi pemborong dan pengedar produk makanan halal ialah bapa saudara saya, Mohd. Razif Raoff.

KATA Niena, hanya produk makanan berkualiti menjadi pilihannya.


"Beliau merupakan pengasas produk sejuk beku SteaQ Hub.
"Selain berkongsi pengalaman, beliau yang saya panggil Pak Long turut memberi tunjuk ajar tentang selok-belok perniagaan, terutamanya melibatkan produk sejuk beku secara komersial," jelas Niena.
Ditanya tentang jurusan yang diambilnya, Niena yang gemar membaca memberitahu, selain berniaga, minatnya juga sudah lama terarah kepada bidang psikologi.
"Berniaga adalah cita-cita manakala psikologi ialah minat saya.

"Bagi saya, tidak salah untuk kita pelbagaikan cabang pengetahuan.
"Saya percaya, apa yang dipelajari di kolej boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
"Malah, ia dapat membantu saya untuk lebih memahami diri sendiri dan mengenali perwatakan pelanggan," katanya yang tidak mempunyai masalah membahagikan masa memandangkan waktu kuliahnya hanya mengambil masa selama tiga ke empat jam, tiga hari dalam seminggu.
Selain berniaga dan belajar, Niena yang mempunyai darah kacukan Melayu, Punjabi dan Pakistan sering diundang sebagai model muslimah oleh beberapa syarikat penerbitan.
"Buat masa ini, selain bekerja di pejabat dan menghadiri kuliah, saya juga banyak memenuhi undangan sesi fotografi," katanya yang juga finalis pertandingan Pencarian Gadis Popular pada tahun 2010.
Niena juga memberitahu, beliau kini sedang merancang untuk membuka sebuah pasar raya dan kafe dengan jenama sendiri.
"Insya-Allah, pada tahun hadapan saya akan membuka sebuah pasar raya di bawah label Niena Halal Mart. Ia akan memasarkan produk halal yang dikeluarkan oleh pengeluar Muslim.

"Saya juga merancang untuk membuka sebuah kafe yang menawarkan bermacam-macam jenis makanan, terutamanya yang diperbuat daripada produk yang saya pasarkan di pasar raya," katanya yang turut berniaga secara dalam talian melalui laman blognya, nienahalalmart.blogspot.com.
Bertanya tentang petua kecantikannya, Niena berkata, badan yang sihat dan bersih adalah kunci utama kecantikan.
"Kebersihan adalah perkara yang menunjangi kecantikan. Setiap hari, saya akan pastikan muka dibersihkan pagi dan malam.
"Saya lebih gemar tidak mengenakan sebarang solekan kecuali jika ada penggambaran.
"Saya juga mengamalkan minum air suam dalam kuantiti yang banyak setiap hari," katanya.

Kisah kampung tertua Sungai Gombak

Posted: 25 May 2013 09:57 PM PDT


TENANGNYA penduduk kampung bersantai berhampiran sungai.


MOHD. NOR RASID ADAM merenung jauh tanpa menyasarkan titik tertentu. Lelaki berusia 66 tahun itu duduk di sebuah kerusi usang sambil memerhatikan rumah baharunya yang sedang dibina bagi menggantikan rumah kampung yang hangus dijilat api April lalu.
"Saya tinggal sehelai sepinggang. Api marak terlalu cepat sehingga saya tidak sempat menyelamatkan barang-barang.
"Mujur semua ahli keluarga tidak mengalami kecederaan," cerita Rasid mengenai kebakaran yang memusnahkan lebih 20 buah rumah di Kampung Puah, dua bulan lalu.
Kampung Puah yang terletak dalam daerah Gombak di Selangor ialah perkampungan Melayu kedua tertua di Lembah Klang selepas Kampung Baru di Kuala Lumpur. Kampung Puah dikatakan dibuka pada awal tahun 1930-an manakala Kampung Baru pada 1900.
Meskipun semakin dihimpit bangunan pencakar langit dan premis perniagaan, suasana desa masih terasa meriah. Di halaman rumah, golongan ibu tekun menyapu dan membakar sampah. Tidak kurang juga yang asyik bersembang dalam kumpulan kecil.
"Saya sebenarnya generasi kedua kampung ini. Menurut cerita arwah ayah saya, penduduk asal kampung ini terdiri daripada suku Puah yang merupakan sebahagian daripada etnik Minangkabau di Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia," beritahu Rasid.
Tambahnya, suku itu datang dari Sumatera pada tahun 1930 dan membuka Kampung Puah.
Sungai
"Mereka bekerja sebagai petani dan semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu, majoriti mereka bekerja di lombong bijih timah," ujarnya.
Kampung Puah yang dibina di tebing Sungai Gombak turut meliputi beberapa buah kampung lain iaitu Kampung Lembah, Kampung Seberang dan Kampung Bahagia.
Rasid kelihatan teruja apabila bercerita mengenai Kampung Puah pada era 50 tahun yang lalu.
Katanya, Sungai Gombak yang mengalir perlahan di tepi kampung itu merupakan tempat tumpuan penduduk kampung mencari rezeki khususnya ikan sungai untuk dijadikan lauk seharian.

SUNGAI GOMBAK berhampiran Kampung Puah masih menjadi tempat penduduk kampung menjala ikan.


"Ikan bersaiz besar seperti jelawat, lampam, sebarau dan tilapia boleh didapati dengan mudah. Sekali menyelam sahaja sudah boleh menangkapnya dengan tangan kosong.
"Saiz ikan-ikan itu agak besar iaitu sehingga mencecah 10 kilogram berat. Bukan itu sahaja, air anak Sungai Klang itu pula boleh terus diminum tanpa perlu dimasak terlebih dulu," ujarnya.
Terang Rasid, air sungai yang separas pinggang itu cukup jernih sehingga nampak pasir dan batu-batu yang memutih di dasarnya.
"Keadaan itu kekal sehingga perlombongan bijih timah menggunakan kapal korek dimulakan oleh British di kampung ini.
"Ini ditambah oleh bahan buangan sisa industri pada awal 1950-an yang menyebabkan sungai ini tercemar," katanya.
Menurut Rasid, tapak bekas lombong itu sudah dikambus bagi memberi laluan kepada projek perumahan.
"Sekarang masih ada orang yang mandi sungai di Kampung Puah tetapi airnya sekadar separas lutut. Tiada lagi jelawat atau lampam yang menghuni sungai itu, yang tinggal cuma ikan tilapia," katanya.
Bagi Baharom Abdul Jalil, 66, suhu waktu pagi suatu ketika dahulu sangat sejuk sehingga terasa menggigit tulang.
"Kami tidak pakai kipas atau pendingin hawa pada waktu pagi dan malam kerana persekitaran semula jadi kawasan ini sungguh nyaman dan menyenangkan.
"Malah, pada awal 1940-an haiwan seperti kancil, kijang, monyet dan beruk berkeliaran sehingga ke halaman rumah. Begitupun, sukar untuk menangkap kancil dan kijang kerana haiwan itu pantas melarikan diri," cerita Baharom.

KAMPUNG PUAH merupakan antara kampung terlama wujud di Lembah Klang.


Tok Sati
Katanya lagi, gotong-royong semasa kenduri kahwin pula menjadi amalan biasa penduduk kampung.
"Dahulu orang kampung tanpa mengira usia berganding bahu membina pangkin buluh untuk dijadikan meja, kerusi dan tempat menjamu tetamu makan.
"Kami tidak pakai kanopi seperti sekarang. Batang buluh terbabit diikat dengan tali untuk membentuk struktur khemah.
"Atapnya diperbuat daripada daun nipah manakala tiang buluh akan dibalut kertas minyak berwarna merah bagi menandakan tuan rumah sedang mengadakan majlis kenduri kahwin," ujar Baharom sambil memberitahu, kampung ini juga dikenali dengan rendang Kampung Puah yang enak.
Tambahnya, pada masa itu majoriti penduduk kampung bekerja sebagai pelombong dengan gaji sekitar RM60 sebulan.
"RM60 adalah satu nilai yang besar pada 50 tahun lalu. Ia boleh menampung perbelanjaan harian selama sebulan. Lagipun, harga barang keperluan tidak semahal sekarang," katanya.
Sementara itu, Kampung Puah juga memiliki kisah eksentrik berkaitan peneroka asalnya yang dikenali sebagai Tok Sati. Seorang penduduk, Abdul Wahab Hassan, 65, memberitahu, Tok Sati berasal dari Minangkabau, Indonesia.
"Cerita lisan mengatakan dia seorang yang alim. Dia juga sering mengubat penduduk kampung yang sakit dan didakwa mempunyai ilmu ghaib," katanya.
Dikatakan makam Tok Sati ada di kawasan surau Madrasah Nazariah yang dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories