Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Khalwat: Shahrizal Jaszle Dedah Diri Diperangkap
- Motosikal Berkuasa Tinggi Jadikan Linda Onn Lebih Fokus
- Izzue Islam Semakin Berdebar Untuk Menikah
- Michael Ang Jawab Berseluar Pendek Ke Majlis Sanding Anak Rosyam
- Tasha sedia didekati lelaki
- Anzalna jadi bibik?
- Afdlin terbit rancangan bicara Islamik
- Asmidar cuba lakonan
- Siapa juara Kilauan Emas 3?
- BMB : Afdlin Shauki keliru
- Puntianak tenggek atas atap
- Estranged pesaing utama Manifesto
- Rita Rudaini perkenalkan 'Datuk S'
- Bapa nafi Salman bakal kahwin
- Amuk di balai polis
- Dituduh guna dokumen palsu
- Pendaki Everest wanita Arab Saudi tiba di UAE
- Ibu kurung anak sejak 11 tahun lalu
- Boneka King Kong gergasi dipamerkan
- Penerima organ tangan diperiksa doktor
- One Direction cipta rekod jualan tiket
- Alcatraz Malaysia kini pulau pelancongan
- Kualiti teh libido Sri Lanka
- Perkongsian jaya Rizman Ruzaini, Fiziwoo
- Cita rasa autentik Thai
| Khalwat: Shahrizal Jaszle Dedah Diri Diperangkap Posted: 27 May 2013 05:31 PM PDT Wajah terbaharu Shahrizal ketika ditemui di set penggambaran drama Iman Nabila arahan Shuhaimi Lua. Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle berkata, dia percaya dirinya tidak bersalah kerana semasa kejadian itu dia bukannya berada berdua-duaan sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan. "Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah. "Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti," tegasnya. Shahrizal ditemui pada penggambaran drama bersiri Iman Nabila, arahan Shuhaimi Lua Abdullah yang dilakukan di sebuah pusat karaoke di Sri Rampai, di sini, pada Isnin. Drama terbitan Suhan Movies Productions itu akan disiarkan di TV3 bermula 10 Jun depan. Kenyataan media yang dikeluarkan pihak JAIS berhubung penangkapan khalwat yang dibuat terhadap Shahrizal Jaszle.Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 selepas Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu menerima aduan daripada pihak awam berhubung kegiatan berkenaan. Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Dalam pada itu tambah pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Asmara tersebut, dia sedikit pun tidak berasa tergugat walaupun namanya sudah tercalar gara-gara kejadian itu. Beritahu Shahrizal, selepas diikat jamin, dia terus mengumpulkan keluarganya serta keluarga pihak tunangnya, Redzwani Puteri, 25, bagi menjelaskan situasi sebenar apa yang telah berlaku. "Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan. Shahrizal (kiri) bersama Shuhaimi Lua.Tambah Shahrizal, dia juga bersyukur mempunyai tunang yang cukup memahami dan tidak melatah selepas mendapat tahu kejadian tersebut "Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka. "Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya," tuturnya. Dalam pada itu, Shahrizal berkata, kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya itu merupakan satu pengajaran besar buatnya di mana dia perlu berhati-hati dalam setiap langkah yang dilakukan selepas ini. "Ia menjadi tauladan besar buat saya. Tidak sangka, dalam berjaga-jaga batas pergaulan, perkara begini boleh terjadi kepada saya," tuturnya. | |
| Motosikal Berkuasa Tinggi Jadikan Linda Onn Lebih Fokus Posted: 27 May 2013 05:30 PM PDT Linda memberitahu pengendalian motosikal yang mencecah 1200 cc bukan mudah untuk seorang wanita namun ia cukup menyeronokkan.Linda, 36, berkata, memiliki dua motosikal berkuasa tinggi iaitu Ducati Monster dan Harley Davidson, yang mencecah 1200 cc itu sememangnya bukanlah mudah untuk seorang wanita menyelenggarakannya namun ia cukup menyeronokkan. "Motosikal berkuasa tinggi ini berat dan memerlukan penunggangnya memberikan fokus ketika di jalan raya. Pada mulanya saya memang takut tetapi kerana minat mendalam ia berjaya memberikan keseronokan yang sukar digambarkan dengan kata-kata," jelasnya. Kata Linda, aktiviti itu juga dapat melepaskan tekanan selepas sibuk dengan pelbagai tugas sebagai penyampai radio dan usahawan. Berhasrat untuk memiliki motosikal Ducati Panigale, Linda berkata, dia bangga apabila aktiviti ini semakin mendapat perhatian daripada golongan wanita.Jelas Linda, mereka sering berkongsi maklumat tentang teknik penjagaan motosikal setiap kali berkumpul pada hujung minggu atau menyertai konvoi. "Selain berkongsi maklumat tentang penjagaan motosikal dan mendapat kenalan baru, konvoi yang diadakan juga dapat memberi peluang kepada saya untuk menjelajah ke kawasan yang jarang dikunjungi," katanya. Berhasrat untuk memiliki motosikal Ducati Street Fighter dan Panigale pada masa akan datang, Linda bangga apabila aktiviti ini semakin mendapat perhatian daripada golongan wanita walaupun ia masih dipelopori kaum lelaki. Linda mengakui semakin obses dengan motosikal berkuasa tinggi.Bagaimanapun kata Linda, setakat ini dia tidak pernah menyertai mana-mana kelab motosikal berkuasa tinggi kerana ingin memperluaskan rangkaian kenalannya menerusi aktiviti tersebut yang dianggap semakin berkembang di Malaysia. Linda juga memberitahu dia teruja dapat menyertai konvoi sempena Festival Belia Putrajaya 2013 yang berlangsung pada minggu lalu. Sebelum ini Linda pernah menyertai kempen penjelajahan bermotor Jelajah 1Malaysia siri ketiga dengan membawa tema Kami Prihatin Membanteras Pembuangan Bayi 2011, Jelajah 1Malaysia dan pelbagai konvoi lain seluruh negara. | |
| Izzue Islam Semakin Berdebar Untuk Menikah Posted: 27 May 2013 05:29 PM PDT Izzue Islam bakal menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini.Bagaimanapun Izzue, 23, berkata, pada masa sama dia juga tidak sabar untuk bergelar suami serta melalui alam perkahwinan bersama wanita yang disayanginya itu. "Berdebar jugalah dibuatnya, apa-apa pun saya berharap majlis perkahwinan kami akan berjalan dengan lancar. "Tidak sabar rasanya mahu bergelar suami dalam membina rumah tangga. Semoga saya dan Awin dapat melalui susah senang bersama, Insya-Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isini. Bagaimanapun tambah Izzue, dia dan Awin masih belum merancang berbulan madu dalam masa terdekat ini memandangkan kerja-kerja penggambaran masih lagi belum selesai. Kad kahwin Izzue dan Awin.Izzue dan Awin akan diijabkabulkan pada pukul 9 pagi manakala majlis resepsinya akan diadakan pada sebelah tengah hari. Menurut Izzue, seramai 100 orang yang diundang untuk menghadiri majlis bertemakan perkahwinan dalam taman itu. Mengenai busana yang akan dikenakan pada majlis itu kedua-dua mereka akan memakai pakaian songket pada majlis akad nikah manakala pada acara resepsi pula mereka akan berpakaian Inggeris. Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat juga akan menaja persalinan pasangan itu bagi acara potong kek. Izzue dan Awin telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2012. | |
| Michael Ang Jawab Berseluar Pendek Ke Majlis Sanding Anak Rosyam Posted: 27 May 2013 05:29 PM PDT Michael sudah memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar kepada Rosyam. Ketika dihubungi mStar Online, Michael turut melahirkan rasa kecewa dengan laporan yang disifatkan berat sebelah tanpa mendapatkan penjelasannya terlebih dahulu kenapa dia berpakaian sedemikian untuk ke majlis berkenaan. "Saya tidak marah apabila ditegur tetapi untuk mengatakan saya tiada kesedaran sivik adalah suatu tuduhan yang agak melampau kerana saya ada sebab tersendiri mengapa hadir dengan berseluar pendek. "Malah saya sudah memohon maaf kepada Rosyam dan menjelaskan kepadanya sebab-sebab saya berimej sedemikian pada hari bahagianya untuk mendapat menantu itu," katanya. Michael mengulas mengenai laporan yang mengkritiknya tidak mempunyai kesedaran sivik apabila tampil dengan berseluar pendek pada majlis perkahwinan anak Rosyam, Arniesha Azureen dengan pasangannya, Mohd Hafiz, di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Menjelaskan perkara itu, Michael berkata, pada hari berkenaan dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama terbaharunya berjudul Sweet Lola dan menyangka majlis berkenaan berlangsung pada Ahad dan bukannya Sabtu. Bagaimanapun selepas dihubungi pelakon Sharifah Shahora tentang majlis berkenaan, baru dia menyedari acara itu berlangsung pada hari Sabtu selepas disahkan sendiri oleh pembantu peribadinya. "Saya ingatkan majlis itu pada hari Ahad tetapi selepas Shahora telefon dan ia turut disahkan oleh pembantu peribadi, saya tekad untuk pergi kerana sudah berjanji dengan Rosyam untuk hadir. "Sudah tentu saya malu dan menganggap ia tindakan kurang sopan kerana berseluar pendek tetapi kerana kesuntukan masa saya tiada pilihan lain sebaliknya mahu memenuhi janji," jelasnya. Tambah Michael, dia pada mulanya mahu membeli pakaian baru tetapi kerana kesuntukan masa dia hanya menukar baju dan seluar yang ada dalam keretanya. Dalam perkembangan sama, Rosyam Nor ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan penampilan Michael pada majlis persandingan tersebut. Jelas Rosyam, Michael juga telah memohon maaf kepadanya dan menjelaskan sebab kenapa dia tampil berseluar pendek pada majlis berkenaan. "Saya tiada masalah dengan perkara itu dan pada saya ia bukan satu isu besar. Paling penting dia hadir ke majlis tersebut," ujarnya. Rosyam juga memberitahu beliau akan mengadakan satu lagi majlis resepsi untuk anaknya pada 9 Jun depan di Bangsar, dekat sini. | |
| Posted: 27 May 2013 05:28 PM PDT Tasha Shila Malah kata Tasha, khabar angin mengenai hubungan cintanya bersama pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli juga adalah tidak benar kerana mereka hanyalah berkawan baik. "Kami hanya berkawan dan masih mengenali hati budi masing-masing. Secara jujurnya, buat masa ini saya masih berkawan dengan mana-mana lelaki yang betul-betul ikhlas mahu mengenali saya. "Namun saya memang tidak ada masa untuk bercinta buat masa ini," katanya. | |
| Posted: 27 May 2013 05:27 PM PDT Anzalna Bakal muncul menerusi drama Orang Gaji IQ, Anzalna tetap memberikan kelainan agar dapat membawa watak yang diberikan kepadanya dengan baik dan berkesan. "Dalam drama ini boleh dikatakan 80 peratus dialog saya dalam bahasa Indonesia. Ini kali pertama saya bawa watak seperti ini dan saya betul-betul sukakannya sebab ianya lain daripada lakonan saya sebelum ini. "Wajah saya juga tidak sama dengan watak-watak yang saya bawa sebelum ini. Untuk bertutur dalam bahasa Indonesia, saya belajar dengan bibik saya di rumah. "Saya tidak kisah orang kutuk penampilan saya dalam drama ini dan apa yang penting, saya sudah lakukan yang terbaik," ujarnya. | |
| Afdlin terbit rancangan bicara Islamik Posted: 27 May 2013 05:27 PM PDT Afdlin Shauki Ustaz Badlishah Heliza Helmi Sathia Program Al Cuit Sikit lebih santai, namun penuh informasi. Bakal bersiaran bermula 9 Jun depan di saluran TV Alhijrah, program 13 episod ini akan bersiaran pada jam 9 malam selama 30 minit. Mengulas lanjut mengenai program ini, Afdlin berkata, idea untuk menerbitkan rancangan ini sudah lama dibuat. "Sebenarnya memang dah lama nak terbitkan program sebegini. Bagi saya ia pendekatan yang baik untuk mengajak penggiat seni dan tokoh agama duduk bersama berbincang mengenai topik yang berkait rapat dengan Islam mahupun isu semasa. "Cuma masa yang terhad dan komitmen terhadap tugas lain menyebabkan ia tergendala, dalam pada itu, kita juga mahu mencari 'insan' yang sesuai untuk menjadi pengacara bersama," katanya dan memberitahu program ini berorientasikan soal dan jawab. Dimaklumkan tentang terdapatnya elemen komedi dan sketsa dalam program berciri Islamik ini, pasti ia menimbulkan tanda tanya kerana akan dianggap tidak menghormati agama. Namun jelas Afdlin, sudah pasti ada garis panduan yang telah ditetapkan mereka. "Ia sekadar komedi dan sketsa ringan supaya program ini tidak terlalu serius tetapi ia tidak berlebihan dan adab-adab dalam majlis ilmu sebegini tetap dijaga supaya mendapat keberkatan," tegas Afdlin setiap topik akan diulas mengikut pandangan Islam. Sedikit mengenai Al Cuit Sikit, setiap minggu ia akan membicarakan mengenai topik berlainan oleh pengacara bersama, pelawak, selebriti dan Ustaz yang di undang khas. Antara pengacara bersama program ini termasuklah Afdlin sendiri, Sathia, Heliza Helmi dan Ustaz Badlishah Alauddin. Dalam pada itu, tambah Afdlin, penglibatannya menerusi program itu bukan sekadar pengacara bersama sahaja, sebaliknya, objektif utama yang dibawa adalah untuk berdakwah kepada masyarakat. "Banyak perkara penting yang kita ketengahkan di sini, lebih menarik ia dibincangkan bersama kami yang masih kurang pengetahuan mengenai agama Islam, dan kehadiran Ustaz pula menjadi titik punca kepada kami untuk lebih peka terhadap agama serta kaitannya dengan topik yang di bawa. "Jadi, ia saling berkaitan dan penonton dapat melihat sejauh mana keberkesanan program ini nanti khususnya kepada masyarakat Islam mahupun bukan Islam," katanya berharap dapat berkongsi ilmu dengan penonton. Mengungkai lebih dalam, jelas Afdlin, Islam adalah agama yang indah dan cantik, baginya, sewajarnya program yang mendedahkan mengenai agama Islam diperbanyakkan. Buka mata masyarakat Tidak hanya tertumpu kepada program ini, Afdlin juga merancang untuk menerbitkan lebih banyak program berbentuk agama kepada penonton. "Di Malaysia masyarakat berbilang kaum dan mempunyai pandangan Agama yang berbeza. Masalah di sini mereka tidak pernah tahu mengenai gaya hidup dan amalan Islam yang benar. "Jadi dengan adanya program seumpama ini, ia boleh membuka mata mereka dengan mendedahkan isu-isu berkaitan Islam. lagipun, kurang rancangan atau program yang mendedahkan perkara begini. "Kalau adapun semuanya serius dan kurang sesuai ditonton pelbagai lapisan masyarakat kecuali umat Islam," katanya perbincangan yang dijalankan adalah lebih santai tetapi penuh dengan pengisian. Di aju pertanyaan mengenai pemilihan pengacara bersama, jelas Afdlin, baik Heliza, Sathia dan pengacara lain, mempunyai kredibiliti tersendiri. "Mereka punya pengalaman dan pengetahuan yang boleh dikongsi bersama, lagipun, mereka punya idea untuk diketengahkan," katanya. Sathia tambah ilmu Bagi pelawak terkenal, Sathia pula, penglibatannya menerusi program ini satu kesempatan yang tidak pernah diduganya. Akui pelakon berusia 49 tahun ini bukan mudah baginya berdamping dengan pengacara Muslim bersama Ustaz yang diundang khas untuk berbicara mengenai hal-hal Islamik. "Memang ada topik yang kurang jelas pada pandangan mata saya, jadi di sinilah ruang saya bertanya kepada Ustaz untuk lebih memahami. "Bagaimanapun, apa yang paling hebat sepanjang saya bersama mereka, pengalaman ini tidak dapat dibeli di mana-mana. "Peluang seperti ini jarang datang dan ia perlu direbut, lagipun selain hal-hal agama Islam, ia juga membincangkan perkara yang berlaku di sekeliling kita khasnya di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa," katanya. Berkongsi perasaan dilamar pihak Vision Work (M) Sdn Bhd, untuk menjadi pengacara bersama program ini, jelas Sathia, pada awalnya dia agak terkejut. "Ini program Islamik dan ia tidak boleh dibuat main-main serta dipandang ringan. "Mula-mula memang bimbang tetapi apabila mereka menerangkan ia lebih santai dan rilek, saya terimanya atas dasar menambah lebih ilmu pengetahuan," katanya muncul bagi tujuh episod untuk program ini. Ditanya adakah dia tidak kekok berkomunikasi bersama pengacara lain dan Ustaz jemputan, katanya, dia gembira kerana tiada sebarang perbezaan wujud antara mereka. "Masing-masing bebas berbicara, memberi pendapat dan bertanya soalan, jadi kami selesa bersama," katanya yang sudah berkecimpung dalam industri ini selama 30 tahun. Pengalaman pertama Heliza Sementara itu, bagi penyanyi manis kelahiran Akademi Fantasia (AF), Heliza Helmi, ditawar menjadi pengacara bersama dalam program ini benar-benar menguji kemampuannya dalam bidang dakwah. Akuinya, dia cukup teruja kerana ia adalah kali pertama dia terlibat bagi program sebegini. "Saya tidak pernah terlibat dengan program bual bicara seperti Al Cuit Sikit, saya yakin ia punya keistimewaan dan tarikan tersendiri berbeza dengan program bual bicara sedia ada. "Lagipun, bukan sahaja golongan pendakwah tetapi, selebriti Islam dan bukan Islam turut serta dalam program ini," katanya terkejut menerima tawaran itu. Bercerita mengenai tawaran itu, kata pelakon Syurga Cinta ini, pada awalnya dia hampir tidak dapat terlibat. "Jadual kerja saya agak padat, bagaimanapun, saya minta pada ALLAH SWT agar memudahkan urusan saya, saya mohon kalau ini yang terbaik, berilah kepada saya. "Dan Alhamdulillah, selepas perbincangan dilakukan, akhirnya dapat saya mengikuti program ini," katanya. Satu pembaharuan: Ustaz Badlishah Sempat menemu bual Ustaz Badlishah atau lebih mesra disapa Ustaz Bad mengenai program ini, jelasnya, pendekatan yang dijalankan menerusi Al Cuit Sikit sebenarnya amat baik untuk penonton. "Ia adalah satu pembaharuan memandangkan program ini mengundang ramai pengacara bersama yang terdiri dari bidang berbeza dan penglibatan masyarakat bukan Islam. "Tetapi haruslah kita ingat, setiap yang dibincangkan perlulah menepati syarak meskipun mempunyai unsur komedi. Sebab itulah, kehadiran saya dan Ustaz lain diperlukan dalam program ini, selain dapat 'memandu' mereka, apa sahaja hal berkaitan agama, akan kami terangkan sesempurna yang boleh," katanya meletakkan sasaran program ini kepada generasi muda. Tambahnya, dia juga mendapat pengalaman baru apabila Sathia berkesempatan berbincang bersama mereka. "Macam-macam soalan ditanya olehnya selain memberikan pendapat sendiri. Walaupun ada topik yang kurang sesuai di bincang bersama, tetapi ia masih boleh diterima," jelas Ustaz Bad. | |
| Posted: 27 May 2013 05:26 PM PDT Asmidar Menurut Asmidar, langkah beraninya menceburkan diri dalam seni lakonan adalah bagi mempertahankan namanya dalam industri hiburan tempatan. "Saya percaya dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu agar populariti saya dalam industri ini tidak tenggelam begitu sahaja. "Saya sedar untuk menjadi artis yang yang popularitinya sentiasa kekal bukanlah mudah dan sebab itulah saya cuba luaskan kerjaya saya dalam bidang lakonan," katanya. | |
| Posted: 27 May 2013 05:25 PM PDT Mior, Silah, Idris, Alina sedia berentap. . Empat peserta yang berjaya melayakkan diri, Mior, Silah, Idris dan Alina akan berentap di konsert akhir yang bakal berlangsung pada 29 Mei, Rabu ini di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), jam 9.30 malam. Konsert akhir ini bakal menyaksikan setiap peserta akan berentap menerusi dua pusingan iaitu lagu pilihan dan lagu baru. Setelah diumumkan sebagai peserta yang layak mara ke pusingan akhir, masing-masing bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk memberikan yang terbaik pada malam itu nanti. Walaupun sibuk dengan sesi latihan, finalis ini tidak keberatan untuk menjayakan satu sesi fotografi bersama Zass, Jumaat lalu. Jom kita ikuti kisah, harapan dan perancangan akan datang empat finalis KE3 ini... Mior pilih Mus, Amy Mengakui ketiga-tiga finalis merupakan pencabar terdekat, Mior atau nama sebenarnya, Mior Yazid Ahmad, 44, mengakui bukan mudah untuk melayakkan diri sebagai juara. Menurut Mior, pun begitu, dia tidak merasakan tiga peserta lain itu tidak hebat kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. "Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk terus berada di pentas akhir. Namun, ia bukanlah bermakna saya hanya perlu berpeluk tubuh. "Malah, konsert final ini memberikan tekanan yang lebih hebat. Setakat ini, saya boleh sifatkan persediaan sudah berada di tahap 50 peratus dan berharap ianya akan berjalan seperti yang diharapkan. "Setakat ini, saya masih belum fikir mengenai kemenangan. Tapi, saya mempunyai impian untuk berkongsi pentas bersama idola nyanyian saya, Mus May atau Amy Search, selepas ini," katanya yang berjanji akan membuat persembahan terbaik pada konsert final itu. Menerusi konsert akhir itu, Mior akan menyampaikan dua buah lagu, Purnama (Search) dan satu lagu baru, Sampai Di Sini. Idris tutup kedai Bagi penonton setia KE3, pastinya mengetahui pekerjaan Idris sebelum menyertai rancangan nyanyian khas untuk golongan 40 tahun ke atas ini. Namun, akui Idris atau nama sebenarnya, Idris Mohd Shabidin, 51, perkhidmatan kedai mengecat kenderaan itu terpaksa ditutup buat sementara waktu. Katanya, kedainya akan kembali dibuka setelah berakhirnya konsert ini beberapa hari lagi. "Tak kisahlah saya menang atau kalah, saya tetap akan menguruskan kedai ini. Namun, jika selepas ini ada undangan nyanyian atau aktiviti yang disusun Astro, saya akan cuba seimbangkan kerja saya. "Insya-ALLAH, kalau ada rezeki saya memenangi KE3, wang tunai itu mungkin akan saya gunakan untuk menaik taraf atau membesarkan kedai saya. "Namun, saya akui, bukan mudah untuk mengalahkan tiga finalis lain kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Saya hanya mampu meningkatkan usaha untuk memenangi hati juri dan penonton. "Saya berharap agar pada konsert akhir nanti, saya tidak lagi melakukan kesilapan yang sama seperti lupa lirik dan sebagainya," katanya yang bakal membawakan lagu, Ghazal Asmara (Jamal Abdillah) dan lagu baru, Ku Kejar Bayang. Silah: Harap kesihatan tak terjejas Terkenal dengan kebolehan menyanyikan lagu irama Blues, pemilik restoran ikan bakar ini sentiasa memastikan tahap kesihatannya tidak terjejas untuk menghadapi saingan akhir KE3. Silah atau nama sebenarnya, Silahuddin Ali, 52, mengakui saiz badan dan faktor usia mungkin mempengaruhi persembahannya jika dia mengabaikan kesihatan. "Alhamdulillah, setakat ini saya tidak mempunyai sebarang penyakit yang boleh menjejaskan tumpuan saya. Namun, sejak menyertai KE3, berat badan saya semakin menurun. "Saya amat mementingkan tahap kesihatan kerana ia adalah perkara paling penting agar ianya tidak mengganggu persembahan saya nanti. "Jika ada masa terluang, saya akan joging untuk mengekalkan pernafasan. Saya percaya, disiplin adalah perkara asas yang perlu dipegang setiap peserta agar kita tidak terleka dan hilang tumpuan," katanya yang menyerahkan tugas di restoran ke bahu isteri setelah menyertai pertandingan ini. Konsert akhir ini menyaksikan Silah membawa lagu pilihan, Still Got The Blues (Garry Moore) dan lagu baru, Belenggu Alam. Alina tak 'over confident' Pernah muncul dalam industri hiburan menerusi rancangan realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan sebagai juara pada 1996, namun bagi Alina, ia bukanlah kelebihan yang ada padanya berbanding peserta lain. Malah menurut Alina atau nama sebenarnya, Alina Hassan, 45, dia tidak memandang kelebihan itu dapat menandingi peserta lain kerana masing-masing mempunyai pengalaman nyanyian yang tidak kurang hebatnya. "Mungkin ramai yang tak tahu, bukan saya sahaja yang menyertai pertandingan nyanyian sebelum ini. Cuma bezanya, saya bertanding di televisyen dan mereka di luar televisyen. "Namun, pengalaman itu lebih kurang sama dan saya juga melalui sesi uji bakat. Mereka semuanya hebat-hebat belaka. "Ya, memang saya mengamalkan sikap 'confident' ketika membuat persembahan namun ia bukanlah 'over confident'. Sejak dulu lagi, inilah Alina. "Pun begitu, tidak dinafikan, perasaan gementar itu tetap ada, apatah lagi saya perlu bersaing dengan mereka yang hebat di setiap genre masing-masing," katanya yang pernah bekerja di sebuah bank sebelum ini. Alina bakal mendendangkan dua buah lagu termasuk lagu baru berjudul Serambi Kasih Ku dan lagu pilihan, Vision Of Love (Mariah Carey). | |
| Posted: 27 May 2013 05:24 PM PDT Afdlin bersama anak didiknya, Bocik. Afdlin menjadi mentor kepada dua peserta iaitu Bowl dan Bocik. "Markah juga banyak pada juri. Juri bukan mengambil lawak sahaja. Mereka menekankan aspek-aspek lain juga. "Kadang-kadang saya pun keliru, kita buat pertandingan lawak atau teater? Kalau pertandingan teater, kita buat teater. Kalau buat lawak, maknanya kita beri penonton ketawa dan terhibur. Jika begitu, bagaimana pemarkahannya?," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada Ahad malam. Mengambil contoh persembahan Gegau dan Ajo, Afdlin berkata, beliau tidak tahu apa yang difikirkan juri. "Memang saya rasa Gegau memang terbaik. Bagus dan kelakar. Tanpa berkata apa-apa mereka berjaya buat penonton ketawa. "Tapi macam Ajo. Apa yang dia buat menarik tapi bukan lawak. Jadi, macam mana pemarkahan untuk dia? Itu lah yang pada saya...tak tahu apa yang juri fikirkan," katanya. Dalam pada itu, beliau berharap pihak TV3 dapat memberi penjelasan terhadap perkara tersebut. "Saya rasa mungkin TV3 perlu jelaskan berkenaan perkara ini. Kalau mereka cakap okey tak perlu lawak, kita buat benda lain. Kalau dia nak lawak, kita buat. Tiap-tiap minggu saya pecah kepala fikir nak buat lawak. "Kalau garis panduannya adalah lawak, kita bincang pasal lawaklah tapi kalau ada garis panduan lain-lain, beritahu kita supaya kita boleh buat juga," katanya. Menjelas lanjut soal itu, Afdlin akui perkara tersebut sedikit mengganggunya. "Jika pemarkahan berdasarkan seratus peratus undian, kita bermain untuk penonton tapi kali ini kita bermain untuk juri bukan penonton. Jadi, apa yang juri itu mahu kadang-kadang tak perlu lawak pun, mereka dah suka. "Pada saya, perkara itu sedikit mengganggu saya. Kalau boleh terangkan pada saya, baguslah," katanya. Tambahnya, "kalau betul ini pertandingan lawak, lawak mesti menjadi kriterianya. Kalau persembahan adalah kriterianya, beritahu." | |
| Posted: 27 May 2013 05:13 PM PDT Tempat dan peralatan memuja. Fatimah (kiri) pernah mengalami peristiwa sama. Aziz dan Zamri menunjukkan kawsan pemujaan. Jelmaan perempuan pernah dilihat di sekitar kawasan rumpun buluh. Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja. Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan. Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya. Cangkung atas bumbung Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah. "Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal. "Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya. "Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang," katanya kepada Sinar Harian. Pengalaman menakutkan Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung. Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu. Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka. "Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung. "Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu," katanya. Berlaku lewat malam Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan. Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu. Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba. Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi. "Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu. "Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung," katanya. | |
| Estranged pesaing utama Manifesto Posted: 27 May 2013 05:04 PM PDT
DULU bersama New Boyz, kini dia merupakan vokalis Manifesto. Itu perkembangan terbaharu nama penyanyi yang cukup dikenali dengan nama unik dan eksklusif hanya buat dirinya - Tomok. Selepas meraih juara program realiti One In A Million musim ketiga dengan tampil secara solo, Tomok telah membina hala tuju yang lebih cerah dan impak yang lebih mantap buat masa depan karier nyanyiannya. Tomok yang popular dengan lagu hit solonya, Bagaikan Bidadari itu membuat kejutan apabila mengumumkan dia kini bergabung dengan kumpulan Modread bagi membentuk band yang dikenali sebagai Manifesto! Sebenarnya, Manifesto ditubuhkan khusus untuk bertanding dalam program realiti, Versus musim kedua (Versus 2) di TV9. Tomok yang ditemui di Space U8, Shah Alam, Selangor baru-baru ini galak bercerita tentang pengalamannya bersama Manifesto dalam usaha mereka untuk menjuarai Versus 2. "Idea asal untuk bergabung dengan Modread bagi membentuk Manifesto sememangnya datang daripada saya sendiri," ujar Tomok yang menjelaskan dia meraih idea tersebut selepas mendapat tawaran daripada TV9 untuk turut bertanding dalam Versus 2. Oleh kerana pengalaman dan kemenangan yang pernah diraih oleh Modread menerusi Hot FM Bingit musim pertama, menyebabkan Tomok yakin kumpulan itu dapat memberi kerjasama baik dan bersama-sama dengan dirinya dalam memperjuangkan muzik Manifesto. Khusus untuk Versus 2, Manifesto memperjuangkan genre rock dan ingin menunjukkan kelainan dari segi muzik yang akan disampaikan bagi bersaing dengan empat kumpulan lain yang turut bertanding iaitu Estranged, Kyoto Protocol, Kristal, dan Oh Chentaku. "Antara kumpulan yang bertanding dalam Versus 2, Estranged adalah pesaing terhebat berdasarkan pengalaman dan pengaruh mereka," ujar Tomok. ![]() MANIFESTO bakal mengalunkan lagu baharu ciptaan mereka pada final Versus 2 Jumaat ini. Teknologi Tablet Merujuk kepada persembahan pada minggu-minggu sebelumnya dalam Versus 2, Manifesto menunjukkan keberanian untuk mencuba teknologi baharu iaitu menggunakan apa yang dikenali sebagai Tablet sebagai pengganti alat muzik yang menjadi kebiasaan bagi semua kumpulan muzik. "Idea itu (menggunakan tablet) datang daripada saya dan kami semua rasa ia benda baharu. Ia memang mencabar kami kerana sangat sensitif dan kami mengambil masa tidak sampai seminggu untuk berlatih menggunakannya. "Alhamdulillah, persembahan kami dengan menggunakan Tablet meraih komen-komen yang positif daripada pihak juri," kata Tomok. Sebagai persiapan untuk final Versus 2, Manifesto telah menghasilkan sebuah lagu hasil ciptaan sepenuhnya daripada salah seorang daripada anggota Modread iaitu Fami Ikhwan. "Kami akan membuat persembahan lagu pertama kami khas untuk Versus 2, dan kami berharap peminat Manifesto akan suka lagu yang akan kami bawa pada final nanti," ujar Fami. Apa yang pasti Manifesto tidak akan berkubur selepas Versus 2 tamat. Ini kerana Versus 2 dijadikan platform buat Manifesto untuk mengembangkan lagi sayap dalam dunia muzik tanah air. Tambah Fami: "Perancangan selepas Versus 2 tamat adalah kami sebagai Manifesto, ingin menghasilkan album mini yang memuatkan beberapa buah lagu." | |
| Rita Rudaini perkenalkan 'Datuk S' Posted: 27 May 2013 05:03 PM PDT
BERKESEMPATAN bertemu dengan pelakon Rita Rudaini pada sambutan ulang tahun pertama Astro Mustika HD, Sabtu lalu, kelihatan wajah pelakon itu nampak lebih cantik. Rita berkata, perubahan yang berlaku pada wajahnya itu sebenarnya merupakan hasil pengambilan produk kecantikan yang dikeluarkannya sendiri iaitu RS Collagen. Menariknya, sebelum ini pernah timbul dakwaan mengatakan pelakon yang popular menerusi drama Sehangat Asmara itu telah ditaja oleh seseorang yang dikenali sebagai Datuk S bagi mengeluarkan produk berkenaan. Pada majlis itu juga, pelakon yang masih lagi berhadapan dengan kes mahkamah melibatkan isu rumah tangganya dengan suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd. Radzak itu, turut ditemani serta memperkenalkan 'Datuk S' kepada media. Kosmo!: Khabarnya Rita sekarang sudah terbabit dalam bidang perniagaan, boleh ceritakan tentang produk yang dijual? RITA: Beberapa bulan yang lalu, saya telah memulakan perniagaan produk kecantikan dan penjagaan kulit dengan menggunakan nama RS Collagen dan menjalankan kerjasama dengan rakan baik saya iaitu Saleha. Adakah benar dakwaan yang mengatakan Rita telah ditaja oleh 'Datuk S'? Sebenarnya dakwaan itu memang tidak benar kerana 'Datuk S' yang dimaksudkan ialah rakan baik saya sendiri yang turut menemani saya pada majlis ini. Apabila menjalankan perkongsian untuk mengeluarkan dan menjual produk ini kami menggunakan nama RS Collagen yang merupakan gabungan nama kami iaitu Rita dan Saleha. Buat masa ini, kami menjualnya menerusi dalam talian dengan menggunakan Facebook dan Instagram. Pada pandangan Rita, apakah yang menyebabkan dakwaan tentang ditaja 'Datuk S' ini timbul? Saya beranggapan bahawa semuanya berpunca daripada status saya sekarang ini sehingga timbul pelbagai cerita yang kurang baik, termasuk dakwaan ditaja oleh seorang lelaki berpangkat Datuk. Jadi, saya berasakan biarlah apa yang orang hendak cakap kerana lebih baik saya tumpu kepada kerjaya lakonan serta perniagaan yang sedang berkembang memandangkan produk RS Collagen ini semakin mendapat sambutan ramai. Bercerita tentang peribadi pula, adakah Rita tidak tertekan apabila kes bersama suami masih lagi belum selesai? Secara jujurnya saya sudah lali dengan apa yang berlaku dan tidak kisah kalau ia berlarutan sehingga 10 tahun. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mengalah kerana ingin membuktikan saya berada di pihak yang benar. Lagipun, masalah rumah tangga saya ini langsung tidak menjejaskan karier lakonan memandangkan semakin banyak tawaran yang diterima dan kini rezeki saya semakin bertambah dengan perniagaan yang dijalankan ini. Kalau asyik fikirkan masalah rumah tangga sepanjang masa sehingga membuatkan diri sendiri tertekan pun tidak guna kerana saya juga memiliki tanggungjawab yang lebih besar iaitu membesarkan kedua-dua anak saya. Apakah aktiviti lakonan terbaharu Rita sekarang? Selepas membintangi drama bersiri Sehangat Asmara saya lebih kerap menerima tawaran berlakon telemovie. Pada bulan hadapan saya akan berlakon dalam sebuah drama berjudul Safa Ke Marwah yang diarahkan oleh Rashid Sibir. | |
| Posted: 27 May 2013 05:02 PM PDT ![]() SALMAN KHAN kini dikatakan bercinta dengan Julia Vantur. BAPA Salman Khan menafikan gosip hangat yang bertiup kencang saat ini mendakwa anaknya itu kini bercinta dan bakal berkahwin dengan seorang pelakon Romania yang bertapak di Dubai, Julia Vantur. Ia hanya gosip semata-mata. Salman tiada sebarang perancangan untuk mengahwini Julia Vantur," ujar Salim Khan kepada IANS. Tambahnya: "Salman berjumpa dengan ramai orang kerana kerja seninya. "Wanita yang dikaitkan dengannya itu hanya kawan! Tiada sebarang hubungan serius antara mereka." | |
| Posted: 27 May 2013 04:58 PM PDT ![]() LELAKI Myanmar yang ditahan bagi membantu siasatan dalam kejadian amuk. PERAI – Seorang lelaki Myanmar yang ingin membuat laporan polis ditahan apabila dia tiba-tiba mengamuk sebelum melepaskan tiga das tembakan selepas merampas pistol milik salah seorang anggota di Balai Polis Chai Leng Park di sini semalam. Kejadian pada pukul 1.30 pagi itu berlaku apabila pekerja kontrak berusia 33 tahun mahu membuat laporan selepas mendakwa ada orang mahu memukulnya dalam pergaduhan di Taman Inderawasih di sini. Selepas menerima laporan, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal telah menghubungi anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) untuk pergi ke taman itu. Namun selepas diperiksa, anggota peronda mendapati dakwaan lelaki itu tidak berasas. Selepas itu, suspek yang memakai baju-T, kain pelikat dan berkaki ayam bertindak agresif dengan memanjat meja tempat laporan polis dibuat sebelum mencekik anggota polis berkenaan lalu merampas pistolnya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, anggota polis itu kemudian dapat menyelamatkan diri dengan berlari ke luar balai bagi meminta bantuan anggota polis lain. | |
| Posted: 27 May 2013 04:55 PM PDT ![]() MOHD. NIZAM diiring keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas dakwaan menggunakan dokumen palsu. KUALA LUMPUR - Seorang anak bekas timbalan menteri semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung pelaksanaan projek pembinaan jalan di Batu Pahat, Johor. Mohd. Nizam Lajim, 31, didakwa dengan curang telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping lampiran bertarikh 25 Julai 2012 bertajuk Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Tg. Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad yang diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Syarikat yang disenaraikan ialah Moral Bahagia Sdn. Bhd., Prestasi Reka Sdn. Bhd., Satria Mara Sdn. Bhd., Sanjung Sempurna Sdn. Bhd., Pertama Makmur Sdn. Bhd., Mansashi Sdn. Bhd., H & A Construction Sdn. Bhd., Nisa Consolidated Sdn. Bhd., Bina-Mas Construction Sdn. Bhd. dan Landscape Sdn. Bhd. Anak bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Berjaya Starbucks Coffee, Lot No. G40, The Mall, No. 100, Jalan Putra dekat sini pada 3.40 petang 8 Ogos 2012. Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. | |
| Pendaki Everest wanita Arab Saudi tiba di UAE Posted: 27 May 2013 04:52 PM PDT ![]() GAMBAR menunjukkan Raha di Gunung Everest pada 18 Mei lalu. SHARJAH - Seorang wanita dari Arab Saudi, Raha Moharrak yang berjaya mendaki Gunung Everest diberi sambutan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Shar- jah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari Nepal kelmarin. Raha merupakan wanita pertama dari Arab Saudi yang berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu pada 19 Mei lalu. Ketika tiba di lapangan terbang itu, Raha dan tiga rakan pendakinya turut memotong kek dan diberikan kalungan bunga oleh sejumlah orang yang menyambut kepulangan mereka. Raha mendaki gunung tersebut bersama seorang warga Qatar, Sheikh Mohammed Abdullah Al-Thani; seorang penduduk Palestin, Raed Zidan dan seorang warga Iran, Masoud Mohammed. "Ia sesuatu yang seolah- olah tidak dapat dipercayai," kata Raha yang berusia 25 tahun. "Saya berharap, ia akan menyedarkan wanita-wanita di Arab Saudi untuk mencabar diri mereka sendiri," katanya kepada agensi berita AFP. Ketika bercakap menerusi telefon dari Jeddah, bapanya, Hassan berkata: "Saya bangga dengan dirinya." Raha sebelum ini berusaha keras untuk meyakinkan keluarganya supaya membenarkannya mendaki gunung setinggi 8,848 meter itu. | |
| Ibu kurung anak sejak 11 tahun lalu Posted: 27 May 2013 04:51 PM PDT ![]() MUXIANG memberikan makanan kepada anak lelakinya yang dikurung di rumahnya di Kampung Lijiachong, Ruichang pada 24 Mei lalu. RUICHANG, China - Seorang lelaki yang menghidap sakit mental, Wu Yuanhong dikurung dalam sebuah kurungan sejak 11 tahun lalu di rumah ibunya di Kampung Lijiachong di sini. Menurut laporan media, Yuanhong dikurung selepas dia didakwa memukul seorang kanak-kanak berusia 13 tahun sehingga mati. Kaki lelaki berusia 42 tahun itu turut dirantai semasa dia berada di dalam kurungan tersebut. Ibu Yuanhong, Wang Muxiang membina kurungan itu selepas dia melarikan diri dan berjalan di sekitar kampungnya sehingga menakutkan penduduk tempatan. Beberapa anggota keluarganya yang lain turut menangis semasa dia dikurung. Yuanhong pernah melarikan diri tetapi dia berjaya ditangkap semula dan dimasukkan ke dalam sebuah kurungan baharu. "Anak saya mungkin gila dan memukul seseorang sehingga mati. Namun, dia masih lagi anak saya. "Membina sebuah kurungan dengan tangan saya sendiri dan mengurungnya merupakan satu keputusan yang pahit untuk ditelan," kata ibunya itu. Muxiang memberi makan tiga kali sehari kepada anaknya. Dia juga meletakkan pakaian di dalam kurungan itu. "Setiap kali saya memberikannya makan, saya akan duduk di tepi kurungan dan menangis. "Kini, air mata saya telah kering," katanya. | |
| Boneka King Kong gergasi dipamerkan Posted: 27 May 2013 04:50 PM PDT ![]() DARROW berdiri di sebelah boneka gergasi King Kong. MELBOURNE - Beberapa keping gambar yang menunjukkan boneka King Kong gergasi seberat 1.1 tan didedahkan oleh agensi berita AFP semalam. Boneka itu yang diperbuat daripada besi, gentian lycra dan motor hidraulik akan digunakan dalam pementasan teater muzikal King Kong di Teater Regent di sini pada 15 Jun depan. Ia dihasilkan oleh syarikat penerbitan studio dari Melbourne Barat, Global Creatures. Boneka setinggi enam meter itu dikendalikan oleh satu pasukan pengendali yang dikenali sebagai para lelaki King Kong. Ia turut menggunakan kabel elektronik sepanjang 30 meter. Pembinaan boneka itu melibatkan kos berjuta-juta dolar dan melibatkan tempoh sehingga lima tahun untuk dihasilkan. Latihan tentang penggunaan boneka tersebut juga melibatkan tempoh sehingga enam bulan. Teater itu diarahkan oleh Daniel Kramer. Antara pelakon utama teater itu ialah Esther Hannaford yang melakonkan watak Ann Darrow. Ia merupakan teater yang paling mahal pernah diterbitkan di Australia. Menteri Pelancongan dan Majlis Rasmi Victoria, Louise Asher berkata, pihak kerajaan negeri menyokong penerbitan teater itu kerana ia mempunyai nilai ekonomi. Pementasan itu dijangka membawa pulangan ekonomi sebanyak A$45 juta (RM131.18 juta). Filem King Kong buat kali pertama ditayangkan kepada orang ramai adalah pada tahun 1933 di Amerika Syarikat. | |
| Penerima organ tangan diperiksa doktor Posted: 27 May 2013 04:48 PM PDT ![]() GAZARIAN memeriksa tangan kanan baharu Sileoni di Klinik Miribel dekat Lyon pada Rabu lalu. LYON, Perancis - Seorang doktor, Aram Gazarian memeriksa dua tangan baharu milik seorang pekerja dari Itali, Stefano Sileoni di Klinik Miribel dekat sini pada Rabu lalu. Gazarian merupakan pakar bedah untuk pemindahan tangan baharu kepada pesakit. Sileoni yang berusia 41 tahun menerima kedua-dua tangan tersebut menerusi pembedahan yang dilakukan pada November tahun lalu. Kedua-dua tangan tersebut telah didermakan penderma organ kepada pesakit yang memerlukannya. Sileoni turut menjalani senaman tangan baharunya yang dibantu oleh beberapa kakitangan di klinik tersebut. Sileoni sebelum ini kehilangan kedua-dua tangannya semasa dia mengendalikan sebuah mesin. Lelaki tersebut merupakan pesakit keenam menerima pemindahan organ di Lyon. Pemindahan tangan yang pertama telah dilakukan di Lyon pada tahun 1998. | |
| One Direction cipta rekod jualan tiket Posted: 27 May 2013 04:47 PM PDT ![]() GAMBAR fail menunjukkan anggota-anggota kumpulan One Direction iaitu Payne (kiri) berdiri di sebelah Malik, Styles, Horan dan Tomlinson. DUBLIN - Kumpulan nyanyian One Direction mencipta rekod baharu jualan tiket di Ireland apabila tiket untuk konsert kumpulan pop itu di Croke Park habis dijual dalam tempoh dua jam, lapor akhbar The Irish News semalam. Kesesakan talian berlaku apabila beribu-ribu peminat menelefon dari pukul 9 pagi untuk mendapatkan tiket konsert tersebut yang akan diadakan pada 24 dan 25 Mei tahun depan. Tiket untuk semua konsert di Croke Park yang mempunyai kapasiti 80,000 orang habis dijual dalam tempoh dua jam itu sekali gus mencatatkan rekod baharu jualan tiket di Ireland. Ketua pengarah firma Ticketmaster yang menguruskan jualan tiket tersebut, Eamonn O Connor menyifatkan sambutan peminat kali ini sebagai sukar untuk dipercayai. "Kami mungkin boleh menjual semua tiket untuk konsert ketiga di Croke Park, sambutannya sungguh hebat," katanya. Tiket paling murah untuk konsert di Croke Park djual pada harga 59.50 euro (RM233), tidak termasuk caj tempahan. Anggota-anggota kumpulan itu terdiri daripada Liam Payne, Zayn Malik, Harry Styles, Niall Horan dan Louis Tomlinson. | |
| Alcatraz Malaysia kini pulau pelancongan Posted: 27 May 2013 04:45 PM PDT
KESERONOKAN meredah hutan dan memikat burung semasa zaman kanak-kanak masih segar di ingatan Abdul Jalil Abdul Rahman. Tidak cukup dengan aktiviti tersebut, anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang itu turut mengisi masa luang dengan memancing ikan. Ketika cuti persekolahan atau hujung minggu, Abdul Jalil juga ringan tulang membantu ibunya menjual kuih-muih di sekitar pulau. Begitulah antara rutin kehidupannya ketika mengikut keluarga berpindah ke Pulau Jerejak pada tahun 1950. Arwah bapanya merupakan kakitangan Jabatan Kerja Raya bertanggungjawab dalam menguruskan penyelenggaraan bangunan kegunaan pesakit-pesakit kusta di pulau berkenaan. "Ketika berpindah ke Pulau Jerejak, saya berusia tujuh tahun dan saya masih ingat kenangan tinggal di sana termasuk membantu emak menjual kuih, memukat ikan dan menjerat burung. Saya juga bersekolah di pulau berkenaan iaitu Sekolah Sir Edward James," kata Abdul Jalil, 54. Abdul Jalil bagaimanapun tidak lagi menetap di pulau yang mempunyai pelbagai kisah dan sejarah itu apabila keluarganya pindah keluar setelah pihak penjara beroperasi di situ pada tahun 1969. Bagaimanapun, memori indah tersebut membuatkan dirinya sukar berpisah dengan Pulau Jerejak yang terletak hanya 1.5 batu nautika dari tanah besar, Pulau Pinang. Impiannya untuk kembali bersatu dengan pulau tersebut menjadi nyata apabila Jerejak Rainforest Resort dibuka pada tahun 2004. Hatinya berbunga riang apabila ditawarkan bertugas sebagai kelasi kapal yang bertanggungjawab membawa pelancong dan pekerja ke pulau yang turut dikenali sebagai Alcatraz Malaysia itu. ![]() PENJARA lama yang usang ini pasti mampu menarik kedatangan pengunjung jika dipulihara dan dibangunkan kemudahan. Sejarah Mengimbau kembali sejarah, Francis Light dikatakan sampai ke Pulau Jerejak pada tahun 1786 sebelum ke Pulau Pinang. Kolonel Arthur Wellesly of Wellington, England mencadangkan agar pulau tersebut dijadikan pangkalan tentera laut British bertujuan melindungi bandar baharu Jamestown. Jamestown kini dikenali sebagai Bayan Lepas. Disebabkan ia gagal dijadikan pangkalan tentera laut pada tahun 1910, Pulau Jerejak dijadikan pusat kuarantin kesihatan pendatang asing dan pada akhir dekad 1930-an sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau tersebut. Ia boleh memuatkan 150 pesakit bagi satu-satu masa. Sekitar tahun 1948, Pulau Jerejak dijadikan Kem Tahanan Politik British. Pada 12 Jun 1969, Pusat Pemulihan Akhlak mengambil alih kawasan pulau tersebut sekali gus mula mendapat nama samaran Alcatraz Malaysia. "Negara pernah gempar apabila berlaku rusuhan membabitkan 100 tahanan yang mengamuk dan memusnahkan sebahagian bangunan pada tahun 1981 kerana mereka tidak berpuas hati dengan pelanjutan tempoh tahanan. "Selain itu, tujuh tahanan di penjara tersebut berjaya memboloskan diri pada tahun 1988," kata Mohd. Faizal Omar, 30, Eksekutif Sukan dan Rekreasi, Jerejak Rainforest Resort. Bagi mengelakkan kejadian itu berulang, kerajaan memutuskan menutup pusat tersebut pada tahun 1990 dan tahanan dipindahkan ke Muar dan Simpang Renggam, Johor. Tanggapan negatif Keputusan tersebut menjadikan Pulau Jerejak 'sepi' dan kewujudannya seakan-akan dilupakan orang ramai. Begitupun, pembinaan Jerejak Rainforest Resort pada tahun 2003 kembali membuka mata orang ramai terhadap potensi pulau berkenaan iaitu sebagai tarikan pelancongan. Walau bagaimanapun, pembangunan Pulau Jerejak menimbulkan pelbagai tanggapan negatif seperti akan merosakkan ekosistem pulau dan tinggalan sejarah. Hari ini, tanggapan negatif tersebut lenyap begitu sahaja, pelancong mula berkunjung ke pulau berkenaan bukan sahaja untuk berehat tetapi mencungkil kembali sejarahnya. Tidak terurus Sisa-sisa sejarah seperti penjara, hospital dan empangan masih boleh disaksikan pengunjung, namun keadaannya tidak terurus dan terbiar begitu sahaja. Sesekali pekerja Jerejak Rainforest Resort bergotong-royong membersihkan sisa-sisa tinggalan sejarah berkenaan. Misalnya, kuarters pekerja hospital kusta terbiar usang dan dipenuhi semak samun. Sepanjang laluan ke tempat itu, pengunjung dapat menyaksikan hidupan liar seperti kawanan monyet. "Pokok-pokok besar yang tumbang menyukarkan pengunjung untuk melawat tempat-tempat bersejarah berkenaan. Bukan itu sahaja, mereka perlu meredah hutan bagi melihat tinggalan sejarah tersebut," kata Mohd. Farizal lagi. Dia yang telah bekerja selama sembilan tahun di Jerejak Rainforest Resort turut sedih melihat sisa-sisa sejarah yang terbiar tanpa sebarang pembelaan. Di kawasan bekas penjara bangunannya semakin usang, pokok tumbang turut menghempap bangunan itu membuatkan struktur bangunan pecah. Pokok-pokok liar membuatkan kawasan tersebut kelihatan menggerunkan. "Di sini, setiap bilik mampu memuatkan sehingga lima tahanan. Paling ramai pernah dipenjarakan ketika itu ialah anggota pasukan Angkatan Pemuda Insaf," terang Mohd. Farizal. Bilik itu berkeluasan kira-kira lima meter persegi. Melewati kawasan empangan air, yang terletak di bahagian atas kawasan penjara itu, perasaan berdebar pasti terasa ekoran keadaan kawasan tersebut yang sunyi dan diselubungi pokok-pokok liar. Di kawasan bunker yang dikatakan tempat simpanan senjata British, makanan dan tempat mengurung pesalah juga tidak terurus dan semak. "Saya sedih kerana kawasan ini mempunyai nilai sejarah dan jika dipulihkan pasti dapat menarik ramai pelancong. Kebanyakan pelancong berminat untuk melawat kawasan ini, tetapi berdepan kesukaran untuk meredah hutan membuatkan hati mereka merasa tawar untuk melihatnya," ujar Mohd. Farizal. ![]() KAUM Cina turut mengunjungi Pulau Jerejak untuk aktiviti keagamaan. Perasaan sedih Perasaan sedih Mohd. Farizal itu turut dikongsi Abdul Jalil apabila melihat kawasan permainannya dahulu terbiar begitu sahaja. "Dahulu keadaan di sini cantik dan sekarang ia telah bertukar menjadi hutan. Banyak bahan-bahan sejarah telah hilang dan musnah," kata Abdul Jalil yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak. Baginya, Pulau Jerejak jika dibangunkan dengan lebih terancang terutamanya bahan-bahan sejarah pasti mampu menarik kedatangan ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Dalam pada itu, sejak pembukaan Jerejak Rainforest Resort, Pulau Jerejak mendapat nafas baharu. Orang ramai mulai datang ke situ termasuk mereka yang bekerja. Kebanyakan pekerja tidak tinggal di pulau berkenaan kerana setiap hari perkhidmatan kapal disediakan pihak pengurusan pulau berkenaan. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa pekerja yang menetap di situ antaranya Mohd. Rosyam Abdullah, 54, yang bertugas sebagai ketua chef di Restoran Santapan. Walaupun baru tiga bulan menetap di pulau berkenaan, baginya ia satu pengalaman yang indah. "Bekerja di pulau ini sangat berbeza berbanding di kawasan bandar. Di sini suasananya tenteram. Jika ada masa luang saya akan memancing ikan. "Masa kerja saya juga agak panjang iaitu bermula seawal 7 pagi hingga 11 malam. Justeru, tidak timbul soal rasa bosan kerana masa banyak ditumpukan di tempat kerja. Apabila habis kerja badan sudah penat dan terus masuk tidur," katanya. | |
| Posted: 27 May 2013 04:44 PM PDT ![]() TEH putih atau teh Ceylon dipetik daripada tunas teh yang kemudiannya dikeringkan di bawah sinaran matahari. SECAWAN teh Ceylon panas biasanya dijadikan minuman untuk meredakan tekanan dan merehatkan diri pada waktu petang. Bagaimanapun, teh berkualiti mewah dari Sri Lanka itu kini dikaitkan sebagai minuman perangsang nafsu berahi seseorang membuatkan permintaannya semakin melonjak di pasaran. Eksport teh Ceylon semakin tinggi sedangkan sebelum ini di sesetengah tempat di Sri Lanka sendiri adakalanya orang ramai lebih gemar menikmati air kosong berbanding teh. "Kami menekankan kebaikan teh itu yang memberi kebaikan kepada anda di tempat tidur," ujar Rohan Fernando yang menjual 60 gram teh Ceylon premium pada harga AS$350 (RM1,057). "Teh sejak dulu menjadi minuman untuk orang kurang berkemampuan. Kami mahu mengubah persepsi itu untuk menjadi teh Ceylon teh premium di dunia," tambahnya. Walaupun belum disahkan secara klinikal kaitan teh Ceylon meningkatkan libido atau nafsu berahi, tetapi kepercayaan itu semakin kuat dalam kalangan penggemarnya. Kualiti teh putih "Mereka yang biasa meminum teh ini akan dapat merasai kualiti teh putih dikenali sebagai Silver Tips dan Golden Tips. Ia mula mendapat perhatian daripada usahawan dari China dan orang kaya dari Arab Saudi dan Jepun," kata Fernando. Tidak seperti teh ortodok yang lain, teh putih itu dipetik daripada tunas teh yang dikeringkan di bawah matahari. Proses itu berlanjutan sehingga ia bertukar menjadi warna keemasan atau keperangan. Ketika berada di kilangnya yang terletak di bandar Kandana, Fernado menjelaskan teh tersebut tidak hanya baik untuk kesihatan batin. Teh tersebut mengandungi folifenol, flavonoid dan antioksida yang dipercayai meningkatkan sistem imun dan peredaran darah. Pembuat teh terkenal, Herman Gunaratne berusaha untuk memperkenalkan teh keluarannya yang dikatakan teh 'putih suci' kerana ia langsung tidak disentuh oleh tangan. Berbanding dengan penghasilan teh biasa yang menggunakan tenaga manusia ketika memetik teh dari ladang. Harga pasaran teh itu yang dijual di Mariage Freres, Paris berharga AS$88 (RM265) untuk 20 gram iaitu bersamaan dengan AS$4,400 (RM13,296) sekilogram. "Teh putih suci saya mengandungi 10.11 peratus antioksida. Ia menjadikan teh ini sebagai minuman yang mempunyai tahap antioksida yang tinggi berbanding jenama lain. Apabila kesihatan tubuh sihat secara menyeluruh, bermakna tahap kesihatan batin anda akan meningkat dengan sendirinya," ujar Herman. ![]() TIGA jenis teh eksotik Sri Lanka iaitu (dari kiri) Golden Tips, Silver Tips dan Japanese Sencha yang dipamerkan di kilang di Kandana, kawasan pinggir bandar Colombo. Teh bukan tumbuhan asli di Sri Lanka, ia mula popular hanya selepas warga Scotland, James Taylor menanam benih pertama jenis Camellia Sinensis di situ. Sehingga kini ia menjadi sumber eksport utama Sri Lanka. Tahun lalu, tanaman teh membawa keuntungan sebanyak AS$1.5 bilion (RM4.53 bilion). Sri Lanka juga menjalankan lelongan teh mingguan terbesar di dunia dengan lima hingga enam juta kilo telah bertukar tangan. Herman merupakan salah seorang yang menjalankan usaha murni dalam mengekalkan reputasi Sri Lanka sebagai pengeluar teh bersih. Ia merangkumi produk bebas racun perosak dan bahan pencemar yang lain. Dia juga mahu melihat lebih banyak teh berkualiti tinggi berbanding eksport tradisional yang dijual dengan harga murah. "Kami perlu untuk menjenamakan semula teh kami. Ia mempunyai potensi untuk meningkatkan pendapatan teh dalam negara," ujarnya. Kempen pemasaran Lembaga Teh Sri Lanka sedang dalam usaha untuk melakukan kempen pemasaran antarabangsa buat julung-julung kalinya. Kempen itu akan mempromosi kebaikan teh kepada kesihatan yang terdapat dalam secawan teh berkualiti tinggi. Pengarah Lembaga, Hasitha de Alwis berkata, buat masa ini hanya 42 peratus hingga 43 peratus teh Ceylon dieksport dalam paket kurang tiga kilogram setiap satunya. Ia bakal ditingkatkan kepada 60 peratus dalam jangka masa lima tahun akan datang. Ketua firma broker teh Sri Lanka Asia Siyaka Commodities, Anil Cooke bersetuju bahawa teh Ceylon perlu dinaik taraf ke peringkat global dengan memberi fokus kepada peningkatan kepada nilainya. "Ia telah dilakukan secara kecil-kecilan oleh beberapa syarikat, tetapi langkah itu boleh diperbesarkan lagi," ujar Anil. Walaupun telah mengurangkan pengutipan daun teh daripada 20,000 kepada 2,000 kilogram dalam masa sehari, produk berkualiti tinggi Gunaratne terjual sepuluh kali ganda berbanding teh biasa. "Sejak bertukar kepada teh berkualiti tinggi, saya mendapat pulangan berlipat kali ganda," ujar Herman. | |
| Perkongsian jaya Rizman Ruzaini, Fiziwoo Posted: 27 May 2013 04:43 PM PDT
JEJAK ke menara gading di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak tidak lama dahulu telah mempertemukan dua individu kreatif dalam seni reka pakaian. Permulaan persahabatan Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil, 29, dan Rizman Nordin, 29, terjalin saat ditempatkan dalam satu kelas yang sama. Keakraban yang terjalin diteruskan sehingga ke UiTM Shah Alam, Selangor ketika kedua-duanya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen. "Mungkin disebabkan kami berdua datang dari utara dan berasal daripada keluarga susah menjadikan kami serasi. Kami duduk menyewa bersama di Shah Alam, malah hasil kerja kami ketika belajar dahulu pun mempunyai banyak persamaan," ujar Ruzaini yang berasal dari Taiping, Perak. Perancangan awal Ruzaini bukanlah untuk bergelar seorang pereka fesyen. Usai menamatkan pengajian, lelaki itu mahu menjadi pensyarah. Bayangan bagi menempa nama dalam industri seni tidak pernah diutamakan kerana kurang yakin dengan kebolehannya. Impian itu amat bertentangan dengan Rizman yang terlebih awal mengimpikan kerjaya gemilang sebagai pereka fesyen. Ekoran keserasian dalam bekerja yang ditampilkan Rizman dan Ruzaini, timbul cakap-cakap orang sekeliling yang mencadangkan mereka bergabung membentuk satu jenama fesyen. Selepas melalui pertimbangan dan perbincangan wajar, kedua-duanya bersetuju bergabung di bawah jenama Rizman Ruzaini. Busana Ziana Zain "Kami bermula pada tahun 2005 dan ketika itu masih menuntut di tahun akhir pengajian. Projek pertama kami adalah menghasilkan busana untuk Ziana Zain bagi satu majlis anugerah. Gembiranya tidak terkata ketika Ziana berani mengambil risiko dan meletakkan kepercayaan kepada kami yang pada masa itu tidak dikenali sesiapa. "Alhamdulillah bermula daripada situ, perlahan-lahan hasil kerja kami mula diberi perhatian. Malah tidak lama selepas Ziana tampil dalam persalinan kami, Datuk Siti Nurhaliza menerusi pengurusnya meminta kami mereka pakaian untuk satu majlis anugerah. "Saya masih ingat kesusahan yang kami hadapi ketika itu. Berbekalkan RM150 yang dipinjamkan arwah ayah, kami berjaya menghasilkan sehelai busana yang tampak elegan dan eksklusif buat Siti Nurhaliza," singkap Ruzaini ketika ditemui Stailo di butiknya di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Kejayaan demi kejayaan ditempa duo tersebut. Antaranya ialah Anugerah Pereka Popular yang berjaya disandang Rizman Ruzaini selama tiga tahun berturut-turut. Berkat kesungguhan dan kejujuran yang dipraktikkan dalam konteks kerja mereka, nama Rizman Ruzaini hari ini mampu berdiri megah. Pelanggan-pelanggan mereka juga bukan calang-calang, malah menjadi kegemaran artis-artis wanita kelas pertama. Mungkin ramai berpendapat, apabila dua pereka kreatif bekerjasama, pasti timbul perselisihan pendapat dan pertentangan idea. Rizman dan Ruzaini tidak menolak masih ada pertelagahan idea sesama mereka, namun segalanya mampu dikawal dan diselesaikan secara bernas. ![]() DARI kiri: Ruzaini dan Rizman telah bekerjasama selama lapan tahun. 40 lakaran "Pembahagian tugas amat kami tekankan. Contohnya, apabila ada koleksi baharu hendak dikeluarkan, kami akan berbincang mengenai tema terlebih dahulu. Katalah sebanyak 20 helai pakaian diperlukan dalam koleksi tersebut, setiap daripada kami perlu menghasilkan 40 lakaran. "Proses ini mengambil masa selama sebulan sebelum kami berbincang kembali dan membentangkan idea yang telah dilakar. Kemudian, kami akan mengolah 20 helaian akhir berdasarkan 40 lakaran awal tadi," ujar Rizman yang berasal dari Bagan Ajam, Pulau Pinang. Selain daripada pembahagian kerja, Rizman dan Ruzaini turut sepakat dalam mengendalikan urusan butik, pelanggan dan selebriti. Apabila ada sesi fotografi bersama artis dan majlis-majlis tertentu, Rizman memainkan peranannya untuk turun padang bagi membawa baju dan menguruskan segala persiapan artis. Ruzaini pula lebih kepada pengurusan butik dan pekerja. Begitu juga dengan pertemuan bersama pelanggan. Kedua-dua mereka memiliki pelanggan tersendiri tetapi setiap pakaian yang direka perlu berpandukan garis panduan jenama Rizman Ruzaini. "Selama lapan tahun kami bekerja bersama dan setakat ini belum pernah timbul pertelagahan serius. Dahulu mungkin agak kritikal kerana segala perkara kami uruskan dari awal hingga akhir. Kini kami mempunyai lapan pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses penghasilan pakaian," tambah Rizman yang mendedahkan bahawa jenama mereka bakal tampil dengan koleksi CT Scarf hasil kolaborasi bersama Siti Nurhaliza menjelang hujung tahun ini. Kejayaan pereka antarabangsa, Gianfranco Ferre dan Giorgio Armani pula menjadi sandaran pereka duo tempatan yang sedang mencipta nama, Fiziwoo berganding bahu. Meskipun Hafizi Radzi Woo, 24, dan Izree Kai Haffiz, 29, berlainan latar belakang pendidikan, kedua-duanya berjaya menggegarkan industri fesyen tanah air masa kini. Seperti Ferre yang merupakan seorang arkitek pada asalnya, begitu juga Izree yang memiliki Ijazah Seni Bina Arkitek dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Kepakaran dalam bidang seni bina memacu Izree untuk berkolaborasi dengan Hafizi yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen UiTM Shah Alam. "Pada mulanya, kami berdua hanyalah kawan baik. Ketika jenama Fiziwoo masih dikendalikan saya seorang, Izree selalu membantu saya ketika pertunjukan fesyen, memberi pendapat saat koleksi baharu dihasilkan dan mengikuti saya ke majlis-majlis fesyen. "Semenjak itu, kami mempunyai keserasian dari segi cara kerja, ideologi dan falsafah meskipun berbeza jurusan pelajaran. "Namun kecintaan terhadap fesyen mengatasi perbezaan itu dan kami percaya gabungan fesyen dan arkitek mampu menghasilkan idea rekaan yang unik," ujar Hafizi yang bergabung dengan Izree pada penghujung tahun 2011 dan membuat penampilan sulung bersama di pentas Minggu Fesyen Malaysia Antarabangsa (MIFA) pada tahun yang sama. Di bawah jenama Fiziwoo, Hafizi dan Izree menghamparkan kreativiti mereka. Skop tugas Izree lebih kepada pengurusan, pemasaran, penjenamaan, strategi dan perancangan serta promosi jenama. Sehubungan itu, tugas-tugas rekaan, kajian dan produksi produk banyak terletak di atas bahu Hafizi. ![]() HAFIZI (kiri) dan Izree (kanan) mula berkolaborasi di bawah jenama Fiziwoo pada tahun 2011. Dapat perhatian Biarpun berlainan tugasan, kesefahaman tetap diutamakan. Malah Hafizi dan Izree mengakui bekerja berdua membantu sesuatu kerja disiapkan dengan pantas. "Tolak ansur dan bersikap rasional menjadi pegangan kami saat melaksanakan tugas," dedah Izree ketika ditemui Stailo di kediaman merangkap butik Fiziwoo di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor. Kelibat dua tulang belakang Fiziwoo itu di kebanyakan acara fesyen sering mengundang perhatian. Selain respons positif pemerhati fesyen terhadap hasil kerja mereka, penampilan kemas dan hampir sedondon Hafizi dan Izree juga membuatkan orang menganggap mereka kembar. Tambah Hafizi: "Apabila bekerja berdua kami dapat mengisi kekosongan yang ada. Ia bermaksud setiap daripada kami mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Sehubungan itu, gabungan ini dapat melengkapkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan sedia ada. "Selain itu, jenama Fiziwoo juga dapat berkembang pantas kerana pelbagai kerja mampu dijalankan secara serentak. Idea juga dapat dikongsi bersama ketika merangka sesuatu. "Sudah menjadi kebiasaan apabila hendak menghasilkan koleksi baharu, kami akan menjalankan proses perkongsian idea dan pengawalan kualiti. Ketika inilah berlaku percanggahan ideologi tetapi menerusi penapisan, kami dapat memutuskan idea yang terbaik." | |
| Posted: 27 May 2013 04:40 PM PDT
KEENAKAN sajian Thai mudah menambat selera segenap lapisan masyarakat di negara ini. Hidangannya yang pedas dan masam menyebabkan ramai yang kecur air liur apabila membayangkan kelazatan tom yam. Menyedari populariti dan permintaan tinggi hidangan Thai di Malaysia, Pengurus Restoran Golden Orchid Oriental Thai Cuisine, Alfred Foo, 33, cuba mengetengahkan hidangan yang mengekalkan cita rasa Thai asli bagi memenuhi kehendak pelanggan. Katanya, keenakan cita rasa masakan Thai yang sebenar dapat dinikmati kerana restoran tersebut menggunakan khidmat chef yang didatangkan khas dari negara Gajah Putih itu. "Tukang masak dari Thailand dipilih bagi mengekalkan rasa asli masakan tradisi negara tersebut selain memastikan pelanggan yang datang berpuas hati dengan hidangan yang disediakan. "Selain itu, pekerja kami juga terdiri daripada rakyat tempatan bagi memastikan tiada sebarang masalah komunikasi antara pekerja dan pelanggan," katanya ketika ditemui Kosmo! di restorannya di Damansara Jaya baru-baru ini. Menurut Alfred, antara masakan Thai yang menjadi pilihan pelanggan ialah tom yam, kari hijau, kerabu mangga, ikan keng som, sambal udang petai dan kari merah ayam. "Hidangan kerabu mangga sering menjadi pilihan sebagai juadah pembuka selera memandangkan ia rangup dan tidak memuakkan. Selain itu, pelanggan juga menggemari hidangan klasik Thailand iaitu tom yam dan kari hijau yang boleh didapati dalam pilihan daging atau ayam.," ujarnya. Tambahnya, bagi pengunjung yang menggemari rasa pedas dan masam, boleh mencuba juadah ikan keng som yang pastinya menjanjikan rasa asli Thai yang unik dan lazat. ![]() RESTORAN Golden Orchid Oriental Thai Cuisine di Damansara, Petaling Jaya mengalu-alukan kedatangan pengunjung. "Ikan stim ala Thai ini dihidangkan di atas periuk dengan api kecil bagi mengekalkan kesegaran ikan," katanya. Jelas Alfred, Restoran Golden Orchid Oriental Thai Cuisine turut menawarkan makanan set tengah hari pada harga berpatutan yang jauh lebih murah berbanding dengan restoran lain yang menjual makanan khusus. "Kami menawarkan set makanan tengah hari dari RM9.90 hingga RM13.90 termasuk minuman dan buah-buahan. "Harga yang ditawarkan ini jauh lebih rendah berbanding restoran lain yang menjual makanan khusus seperti kami. Ini amat sesuai bagi golongan yang berpendapatan sederhana," tambahnya. Dari segi makan malam pula, harga yang ditawarkan juga tidak mahal. Pelanggan hanya perlu berbelanja antara RM30 hingga RM40 untuk menjamu makanan kegemaran mereka. Restoran Golden Orchid Oriental Thai Cuisine beroperasi dari pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan waktu perniagaan dilanjutkan dari pukul 5.30 petang hingga 10 malam pada setiap hari Ahad hingga Khamis. Masa perniagaan bagi hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum pula bermula dari pukul 5.30 petang hingga 11 malam. Untuk maklumat lanjut layari facebook.com/mygoldenorchid/info. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |































0 ulasan:
Catat Ulasan