Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| SAH! Shah Jaszle Ditangkap Khalwat Posted: 16 May 2013 08:47 PM PDT Dalam pada ramai yang meneka siapakah pelakon terkenal yang ditangkap basah semalam, pada pagi ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah mengesahkan bahawa pelakon Shah Jaszle adalah individu yang telah ditahan atas kesalahan berkhalwat bersama dengan seorang wanita (bukan tunang beliau) pada pagi Khamis tanggal 16 Mei 2013. Di laman sosial sekarang ini, nama Shahz Jaszle atau kini mahu dikenali dengan nama Shahrizal Jaszle itu menjadi trending berikutan ramai yang bercakap tentang kes ini. Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan JAIS, Shah Jaszle atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi, 25, telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS pada jam 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang. Penahanan Shah Jaszle adalah berdasarkan Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Penangkapan Shah Jaszle adalah berdasarkan aduan pihak awam kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS. Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Shah Jaszle mula dikenali dengan lakonannya dalam beberapa buah drama dan filem Azura 2012 bersama pelakon Neelofa. Dia kemudiannya bertunang dengan gadis pilihannya, Redzwani Puteri pada Disember tahun lalu. Apa-apa pun, kita sebagai manusia biasa tak boleh cepat untuk memberikan tanggapan yang bukan-bukan, pastinya Shahz Jaszle sendiri ada alasan. Selepas ini, pelakon ini pasti akan jawab segala soalan. Berani buat berani tanggung. Hidup serba berkemungkinan. Mungkin juga beliau dianiayai, kita tak tahu. Teringat pula kisah Norman Hakim & Memey Suhaiza beberapa tahun sudah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Betul tak? Budiey bersimpati dengan tunang Shahz Jaszle yang sanggup datang untuk jamin dan terpalit sekali ialah keluarga yang menanggung malu bila berlaku perkara buruk macam nih. Macamanalah perasaan tunang Shahz masa ni kan? Budiey pernah bertemu dengan pasangan ini masa event TV3 hari tu, dua-dua memamg baik. Sungguh sweet je. Semoga kes ini dijadikan pengajaran yang berguna kepada kita semua. Gambar Shahz Jaszle bersama tunangnya, Redzwani Puteri Komen via Facebook |
| Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat Posted: 16 May 2013 07:55 PM PDT Pada pagi yang dingin dan sejuk gara-gara dilanda hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur ini, senario dunia hiburan dikejutkan sekali lagi dengan berita seorang pelakon lelaki terkenal tanah air berusia 25 tahun ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang, semalam. Wah, panas-panas. Yang pasti satu persoalan di minda Budiey ialah siapakah gerangan pelakon lelaki popular yang ditangkap itu? Pelakon yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam. Apa yang Budiey dapat info, pelakon yang ditangkap basah bersama seorang perempuan (bukan tunangnya) itu adalah salah seorang pelakon utama filem Azura 2012. Mmm, bila diamati klu ini, Budiey dah dapat meneka siapakah pelakon lelaki. Bila taip je carian di Twitter, Budiey dapat lihat ramai yang dah menyebarkan tentang siapa pelakon yang dimaksudkan. Rata-rata di laman sosial mengatakan pelakon yang ditangkap basah itu ialah Shahz Jaszle! Mmm… biar benar nih? Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam. Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis (semalam), mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.
Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. Sementara itu menurut sumber, apartment itu dikatakan milik rakan kepada pelakon berkenaan. Difahamkan, tunang pelakon itu dikatakan datang sendiri ke pejabat Jabatan Agama Islam Selangor bagi menjamin bakal suaminya itu. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan