RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau

Posted: 19 May 2013 09:13 PM PDT

Jika anda menonton program Melodi semalam, pastinya anda dihangatkan lagi dengan kisah panas, antara pelakon Afiq Muiz, Eina Azman dengan ibu Afiq Muiz. Nampaknya, isu ini semakin hangat dibicarakan apabila semua media dan program TV berbentuk hiburan buat liputan meluas dan memberikan bahan-bahan eksklusif.

Kerusi Budiey jadi lebih panas, tak boleh duduk apabila Afiq Muiz menunjukkan bukti SMS yang agak kasar yang dikirimkan oleh ibu Afiq Muiz sendiri. Haa, terbakar gak rasanya bila baca SMS ni. Bukan apa Budiey rasa takut tengok kata-kata yang dilontarkan oleh ibu biasanya akan menjadi doa yang diterima Tuhan, kan?

SMS 1: Kau tunggu balasan Allah, hari ni dia bagi kau senang, esok lusa kalau dia nak cacat kan kau atau apa saja, tiada yang dapat melarangnya, aku cuma nak ingatkan kau sebelum terlambat.

SMS 2: Kau yang pilih jalan jahanam. Maka jahanam la kau. Mati kau mati dengan azab. Aku x akan ampun dosa kau.

KENYATAAN DARI IBU SAUDARA AFIQ MUIZ

Pendedahan eksklusif dari Melodi semalam memang berbeza sedikit kerana wartawannya sempat menemubual ibu saudara Afiq Muiz, dikenali sebagai Noreen yang nyata menyebelahi anak saudaranya dan meminta ibu Afiq untuk segera berubah dan mencari jalan penyelesaian terbaik dan khabarnya melalui sumber-sumber yang Melodi dapat, abang Afiq Muiz pula dihalau kerana membela Afiq.

Mak sedara Afiq memberitahu kakak iparnya iaitu ibu Afiq, Hasliza Mohd untuk bertenang dan mencari jalan berbaik semula, Noreen turut memohon agar ibu Afiq bertaubat dan baliklah ke pangkal jalan.

"Janganlah dihina anak yang baik ini. Anak ini bukan anak yang memberi masalah. Afiq ini bukanlah anak yang jahat."

Lebih menarik, ibu saudara Afiq menafikanl dakwaan Hasliza bahawa dia yang memperkenalkan Afiq ke dalam bidang lakonan serta asal usul Afiq yang kononnya seorang anak susah dan Hasliza terpaksa menjual burger untuk menyara Afiq.
Menurut Noreen, yang menyara hidup Afiq sekeluarga bukanlah ibu Afiq tetapi ayahnya.

Apa pendapat anda? Anda dipihak mana? #TeamAfiqMuiz atau #TeamIbuAfiq ?

Afiq Muiz

KENYATAAN BALAS IBU EINA AZMAN

Sementara itu, nama Eina Azman sekaligus terpalit dengan isu ini memandangkan Eina satu-satunya wanita yang rapat dengan Afiq Muiz. Ibu kepada Eina iaitu Amy Roshaida terpaksa mempertahankan anaknya yang dituduh sebagai kaki kikis. turut tidak merestui jika Afiq Muiz bakal jadi menantunya kerana Puan Amy tidak mahu anaknya kelak hidup dalam kebencian daripada ibu mertua.

"Anak saya baru berusia 18 tahun dan masih terlalu awal nak cakap pasal kahwin. Tapi kalau lihat dengan keadaan sekarang, saya tak bagi anak saya kahwin dengan Afiq. Eina sahaja telah dituduh mengikis, takkan saya nak lepaskan dia masuk ke dalam keluarga yang akan membencinya nanti. Saya pun hairan kenapa mereka boleh tuduh Eina kikis duit Afiq. Apa yang ada pada Afiq? Kalau betul anak saya kaki kikis, lebih baiklah dia rapat dengan individu yang lebih berkedudukan."

"Selepas Afiq dihalau keluar dari rumahnya, saya dan anak (Eina) yang telah lama mengenalinya menjadi orang yang seringkali dia jumpa untuk mengadu sebarang masalah. Saya faham perasaan yang dia alami tetapi kami tidak pernah menghasut atau menghalang dia pulang kerumah.

"Padahal saya yang menyuruh dia berbaik semula dengan ibu dia. Saya kata pada dia walau apa sekalipun yang berlaku itu ibu. Tetapi dia pula berkeras kerana menurut Afiq, dia lebih mengenali siapa ibunya.

"Jadi saya tidaklah berkata apa-apa lagi hinggalah nama anak saya tiba-tiba dituduh nak mengikis duit Afiq. Kalau mana-mana ibu pun yang mendengar anaknya dituduh begitu pasti, mereka tidak akan senang duduk.

"Lagipun kami bukan tak ada duit sampai nak mengikis duit Afiq. Diharapkan orang yang kata anak saya nak mengikis tu siasat dulu siapa yang kikis duit siapa. Tunjukkan bukti anak saya kikis duit Afiq. Cerita begini menjatuhkan maruah keluarga saya." – Portal Murai

Eina Azman

Komen via Facebook

Komen

Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera

Posted: 19 May 2013 09:00 PM PDT

Pelakon Afiq Muiz diminta untuk bertaubat dan segera memohon maaf kepada ibunya Hasliza Mohd, 48, selepas memburukkan wanita itu menerusi sebuah sidang media pada awal minggu lalu.

Dalam artikel yang Budiey petik dari Mstar Online, pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, sebagai anak, Afiq tidak boleh memburuk ibunya kepada umum walaupun ibunya itu telah membuat kenyataan media yang dia kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.

"Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka. Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya. Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi. Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu."

Wan Akashah diminta mengulas mengenai kontroversi melibatkan Afiq meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu.

Nampaknya, isu ini masih hangat diperkatakan di laman sosial dan menggegarkan industri hiburan Malaysia.

Afiq Muiz didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman. Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media khas yang diadakannya sendiri yang turut dihadiri pelakon muda yang dikatakan kekasihnya itu, Eina Azman, 18.

Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayangi dia dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata. Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013.

Bagaimanapun Aqashah menasihatkan Afiq supaya mengetepikan kekasihnya buat sementara waktu sehinggalah hubungannya dengan Hasliza sudah pulih.

"Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa. Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk. Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita."

Budiey rasa dalam hal ini, dah sampai masanya Afiq Muiz mengambil kira pandangan orang luar tambahan pula yang memberi nasihat adalah seorang yang tahu hukum agama. Kalau boleh, cepat-cepatlah memohon maaf dan berdamai semula kerana ibu adalah segala-galanya dalam hidup kita. Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Semoga isu ini berakhir dengan permohonan maaf antara ibu dan anak. Itu yang kita semua mahu kan.

Afiq Muiz

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories