RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV

Posted: 23 May 2013 06:59 PM PDT

Tiada apa yang paling hangat dalam industri hiburan sekarang ini selain dari kisah Afiq Muiz yang punya krisis dengan ibunya. Semalam, Afiq bersama dengan keluarga sebelah bapa telah mengadakan sidang media di di rumah neneknya di Keramat Tengah pada jam 4 petang.

Afiq Muiz

Sidang media ini diadakan untuk memberi peluang kepada Afiq Muiz meluahkan masalahnya yang dihadapi ekoran daripada tindakan ibunya yang menjaja cerita tentang dirinya. Terlalu banyak kesan dan impak buruk yang melanda hidupnya sekarang. Hidupnya jadi tak keruan. Hilang mata pencarian dan namanya turut dibanned oleh stesen TV.  Afiq Muiz kelihatan menahan sebak dan tak dapat menahan airmata lelakinya jatuh. Afiq nampak sangat sedih. Wajahnya murung.

"Saya sekarang sudah tiada ada apa-apa lagi. Saya tidak lagi mendapat tawaran berlakon. Bayaran saya disekat. Saya dah tak mampu nak bayar sewa rumah. Walaupun tidak ada kenyataan rasmi, tapi saya dengar yang saya dah kena banned dengan pihak stesen TV. Sekarang ni kalau saya pergi mana-mana orang jerit pada saya, "anak derhaka!". Orang panggil saya bangsat."

Afiq juga membuat penjelasan mengenai isu wang RM30,000 ekoran dakwaan dari ibunya mengatakan Afiq telah menghabiskan wang tersebut dalam masa sebulan, sambil menunjukkan beberapa keping resit pembelian.

"Sekarang ni saya juga nak buktikan mengenai dakwaan ibu saya tentang duit sebanyak RM30, 000 itu. Dakwaan ibu saya tu tak benar. Sebenarnya duit tu saya guna untuk beli kelengkapan di rumah sewa saya. Saya keluar dari rumah ibunya kerana mahu hidup berdikari. Saya belanja sebanyak RM20,000 untuk rumah sewa saya. Ni antara resit-resitnya."

Sejak kontroversi tersebut tercetus dia tidak pergi berjumpa ibunya untuk berbincang dan menyelesaikan masalah mereka. Namun ada beberapa kali dia menelefon ibunya, tetapi kata Afiq ibunya mengangkat panggilan telefonnya.

"Saya tak pergi jumpa ummi saya tapi saya ada telefon dia banyak kali. Tapi dia tak angkat."

Afiq turut berkata, dia mahu ibunya membersihkan kembali namanya. Dek kerana kenyataan-kenyataan dari ibunya itu, kehidupannya kini terjejas dan reputasinya sebagai seorang artis semakin buruk. Kata Afiq, sebagai anak dia bersedia meminta maaf kepada ibunya. Namun sebelum dia meminta maaf, dia mahu ibunya menarik semula tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.

"Satu Malaysia dah anggap saya anak derhaka. Saya bukan anak derhaka. Saya nak ummi saya tampil dan tarik semula kata-kata dia. Jika dia berbuat demikian, saya sedia maafkan dia."

Marilah sana-sama kita doakan, Afiq dan ibunya berdamai semula, menemui jalan pedamaian. Rasanya tiada jalan lain sekarang ini selain dari ibunya tampil membersihkan nama anaknya. Semuanya akan kembali aman. Anak tetap pangkatnya anak. Dan syurga itu terletak dibawah kaki ibu. Afiq pula tidak boleh terus berdegil dengan sikap egonya. Tidak salah jika Afiq beralah dan selesaikan persengketaan ini dengan cara rasional bukan emosional. Kalau itu boleh dilakukan Afiq, jangankan satu Malaysia, satu dunia pun akan menghormati tindakan Afiq.

Tapi kalau masing-masing saling terus salah menyalahkan, ia tidak ke mana. Buatlah berapa kali sidang media pun, kami pihak media sekadar boleh melaporkan. Dan kami menjalankan tanggungjawab kami mengikut etika bukan menulis sesuka hati kami. Kalian anak beranak berbincang lah dan selesaikan hal ini secara elok. Ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Sumber: Malaysian Digest
Kredit Foto: Faisol

Afiq Muiz

Afiq Muiz

Komen via Facebook

Komen

Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi

Posted: 23 May 2013 02:12 PM PDT

Pada jam 11 pagi semalam, satu majlis ringkas mengumumkan kontrak setahun lagi untuk Maya Karin menjadi duta produk tilam berjenama Vono. Tahniah buat Maya Karin. Rezeki tuuuu…. syabas!

Maya Karin memperbaharuhi kontraknya sebagai duta serta jurucakap jenama tilam antarabangsa, Vono menjadikan genap 4 tahun beliau sebagai duta dan Maya memberitahu beliau sudah mempunyai empat buah tilam jenama tersebut di rumahnya. Wah, kalau tak nak bagilah Budiey satu ya.

Maya berkata beliau bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan dan memikul tanggungjawab berkenaan selama setahun lagi.

Difahamkan jualan tilam Vono juga mempunyai peningkatan sejak kemunculan Maya Karin. Malah lebih menggembirakan aktres itu, beliau mendapat banyak respon positif daripada peminat yang juga merupakan pelanggan tilam Vono sekaligus mereka turut berkongsi rasa puas hati mereka terhadap kualiti produk berkenaan.

Maya mula menandatangani kontrak dan memikul tanggungjawab sebagai duta bagi jenama tilam dari United Kingdom (UK) itu sejak tahun 2010. Sebelum Maya, penyanyi popular Ziana Zain pernah dilantik sebagai duta dan jurucakap produk itu selama 10 tahun.

Dalam perkembangan lain, Maya baru saja selesai menjalani penggambaran filem Nota, di Kuching Sarawak. Filem arahan pengarah dari Jepun, Yasu Tanaka itu menggandingkan Maya dan Hans Isaac, sebagai suami isteri.

Dalam masa terdekat, Maya akan pulang ke Berlin untuk berjumpa dengan bapanya. Maya juga bakal melancarkan sebuah single terbaru, nak tahu tajuk apa kenalah tungguuuuuu!

Maya Karin

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories