Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013 Posted: 24 May 2013 10:05 PM PDT Memasuki hari ketiga hari ini, Festival Hari Belia 2013 yang berlangsung di Putrajaya, cukup meriah! Edisi kali ini menghimpunkan sebanyak 500 acara yang memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk berekspresi dan menguji kebolehan diri bersaing di pentas yang terbuka serta mencabar. Acara dan aktiviti yang memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan, diadakan sepanjang lima kilometer di Persiaran Perdana dari Presint 6, 18, dan 20. Lebih hangat, kira-kira 20 artis popular turut menyertai dan memeriahkan lagi Festival Hari Belia tahun ini yang mana mereka turut berniaga. Peminat-peminat, jangan lepaskan peluang mendapatkan koleksi pakaian dan barangan istimewa artis-artis kesayangan anda yang terletak di Femes Bazaar & Y-Avenue (di hadapan Menara Ikhlas, Persint 2), dengan harga cukup berpatutan! Antara selebriti yang membuka gerai mereka ialah Search, Afdlin Shauki, Nabil, Yasmin Hani, Julia Ziegler, Daphne Iking, Atilia Haron, Aishah Sinclair.
Sambil membeli belah, anda juga berpeluang bertemu mesra dengan artis kesayangan anda. Disamping itu, peminat juga boleh menyaksikan persembahan oleh para artis tanah air di Celebrity Planet. Femes Baazar telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB. Tuan Khairy Jamaluddin, petang semalam, dan disaksikan selebriti seperti Raja Farah, Aishah Sinclair, Ainul Aishah dan Forteen. Khairy juga sempat meluangkan masa mengunjungi booth artis-artis berkenaan. Sementara itu, malam ini, Festival Hari Belia 2013 akan lebih meriah dengan majlis pelancarannya yang akan dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, jam 8 malam. Himpunan di Putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan ini telah bermula sejak 2010 dengan mencatat kehadiran lebih 200,000 pengunjung sebelum berjaya menarik kehadiran lebih sejuta belia pada tahun lepas. Manakala penganjuran pada tahun ini diramal akan memecahkan rekod terdahulu dan dijangka seramai 2.4 juta belia akan menghadiri karnival selama lima hari itu (tamat pada hari Ahad ini). Komen via Facebook |
| Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas Posted: 24 May 2013 10:00 PM PDT Satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah mengadakan sebuah majlis istimewa untuk mengiktiraf 30 buah sekolah yang telah berjaya melaksanakan program rintis Maxis eKelas. 30 buah sekolah tersebut, yang terdiri daripada 900 pelajar dan 120 guru, merupakan antara yang pertama diperkenalkan kepada program Maxis eKelas, satu perkhidmatan pembelajaran interaktif secara talian yang dilancarkan pada tahun 2012 yang merangkumi alat pengajaran dan pembelajaran tambahan yang efektif dengan memanfaatkan kemudahan ICT yang sedia ada di sekolah. Selaras dengan pelaksanaan program rintis ini, Maxis dan KPM sudah bersedia untuk menawarkan perkhidmatan Maxis eKelas ini pada skala yang besar kepada 2,300 buah sekolah menengah kebangsaan di seluruh Malaysia secara percuma bermula bulan Jun ini. Maxis & Kementerian Pelajaran Malaysia mengiktiraf 30 buah sekolah yang berjaya melaksanakan program rintis Maxis eKelas yang dilancarkan pada tahun 2012. Majlis pengiktirafan tersebut telah dihadiri oleh YBhg Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia, YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis serta para guru dan pelajar daripada 30 buah sekolah yang mengambil bahagian dalam program ini.
Sementara itu, YBhg Tan Sri Abdul Ghafar juga berkata, Maxis sudah bersedia untuk menawarkan perkhidmatan Maxis eKelas ini pada skala yang besar kepada 2,300 sekolah menengah kebangsaan di seluruh negara secara percuma Semasa program rintis Maxis eKelas dijalankan, para pelajar dan guru daripada sekolah yang mengambil bahagian diberi alat pembelajaran tambahan secara talian yang memfokuskan kepada pemerolehan pengetahuan melalui penyesuaian, eksperimen dan pengalaman berdasarkan senario kehidupan harian yang relevan. Kandungan dan cara penyampaian Maxis eKelas ini adalah bersesuaian dengan keperluan pelajar dan terus diacu untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang inovatif. Bagi menambahkan keterujaan untuk program ini, Maxis telah memperkenalkan 'Maxis eKelas Challenge' kepada para peserta program rintis ini yang dibahagikan kepada dua kategori – Cabaran Sekolah dan Cabaran Pelajar. Bagi Cabaran Sekolah, para guru diberikan tiga bulan untuk menggunakan Maxis eKelas sebagai alat tambahan di sekolah dan mereka dikehendaki mengemukakan amalan terbaik bagi rekabentuk pengajaran semasa menggunakan Maxis eKelas di sekolah. Bagi Cabaran Pelajar, kesemua 900 pelajar perlu menduduki peperiksaan secara talian, dimana sekolah yang mendapat markah tertinggi akan digelar sebagai pemenang. Peperiksaan tersebut terdiri daripada soalan topikal Matematik dan Sains beserta pemahaman fungsi dan aktiviti Maxis eKelas. Maxis eKelas juga ditawarkan kepada para pelanggan Maxis dan Hotlink dengan caj serendah RM25 sebulan untuk akaun pertama dan RM20 untuk akaun-akaun seterusnya Pemenang bagi cabaran sekolah adalah SMK Tunku Besar Burhanuddin dari Negeri Sembilan, yang membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000. SMK Cyberjaya dinamakan pemenang untuk kategori cabaran pelajar dan membawa pulang hadiah berjumlah RM4,000. Hadiah-hadiah tersebut terdiri daripada alat-alat pembelajaran interaktif serta alat-alat digital yang akan membantu para guru dan pelajar didalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Maxis eKelas juga dibuka untuk langganan kepada para pelanggan Maxis dan Hotlink dengan caj serendah RM25 sebulan untuk akaun pertama dan RM20 untuk akaun-akaun seterusnya. Untuk melanggan perkhidmatan ini, para pelanggan hanya perlu melayari laman web www.ekelas.com.my. Di sini, mereka hanya perlu membuka akaun untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan. Maxis sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam bidang pendidikan melalui pembelajaran ICTProgram Maxis eKelas adalah hasil kerjasama antara Maxis dan KPM yang dimeterai pada tahun 2011, yang bertujuan untuk menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan penggunaan ICT di sekolah melalui pembelajaran kreatif. Perkongsian pintar di antara Maxis dan Kementerian Pelajaran menandakan satu lagi peristiwa penting dalam siri inisiatif tanggungjawab korporat yang dijalankan oleh Maxis. Sejak tahun 2002, Maxis telah bekerja rapat dengan Kementerian Pelajaran dalam program Bridging Communities, dengan menyediakan rakyat Malaysia dari kawasan-kawasan pedalaman dengan akses kepada internet dan mendedahkan masyarakat kepada alat-alat internet, sekali gus mengurangkan halangan kepada pendidikan, maklumat, kesihatan, perdagangan, dan lain-lain perkhidmatan yang serupa. Tambahan pula, melalui projek utamanya, Maxis Camp Cyberkids, Maxis telah menyentuh kira-kira 8,500 pelajar dan guru-guru dari kira-kira 1,500 sekolah-sekolah; melengkapkan mereka dengan kemahiran teknologi untuk menyesuaikan diri dengan dunia yang pesat berubah. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









0 ulasan:
Catat Ulasan