Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Majlis Pertunangan Fouziah Gous & Zhaf Sabtu Ini Posted: 26 May 2013 11:09 AM PDT Akhirnya, pelakon terkenal Fouziah Gous akan bertunang dengan jejaka pilihan hatinya bernama Md Zhafran Md Yusof (bukan selebriti) orang biasa dan bukannya orang kenamaan sebagaimana yang digembar-gemburkan. Sekaligus ianya akan melenyapkan spekulasi dan gosip tentang hubungan beliau dengan beberapa orang jejaka sebelum ini. Majlis pertunangan Fouziah Gous & Md Zhafran akan diadakan pada hari Sabtu ini (1 Jun 2013) jam 8 malam di satu lokasi yang sangat istimewa dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak. Fouziah Gous akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia sekarang ini bercinta dengan seorang lelaki bernama Zhafran, bakal bernikah bulan September iniPerkenalan singkat dengan Md Zhafran yang juga merupakan rakan kongsi dalam bidang perniagaan dan sama umur nampaknya mencipta keserasian dan Fouziah pula tidak mengambil masa yang lama untuk berkahwin. Pasangan ini memilih bulan September 2013 untuk berkahwin. Tarikh pernikahan sebenarnya belum diputuskan lagi, yang nyata ia akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Zhafran adalah lulusan Ijazah Perakaunan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan memiliki syarikat keselamatan Arrow Guard dan menjadi perunding kewangan. Budiey ada tengok beberapa gambar jejaka kacak kesayangan Fouziah di Instagram milik pelakon jelita ini. Kalau korang nak tengok, kenalah follow Instagram Fouziah: @fouziahgous Bagi Fouziah, dia tak mahu membazir masa dalam bercinta. Baginya, Md Zhafran ada pakej lengkap lelaki idaman, jadi tiada apa yang perlu ditunggu lagi dan tak perlu nak membuang masa.
Fouziah Gous akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia sekarang ini bercinta dengan seorang lelaki bernama Zhafran. Baginya, Zhaf seorang lelaki yang sangat memahami dirinya, seorang yang boleh mendidiknya ke arah kebaikan terutama sekali membabitkan soal agama. Fouziah dan Zhaf berkenalan melalui adik kepada kakak ipar Fouziah yang juga kawan rapatnya lebih setahun lalu. Budiey doakan semoga majlis pertunangan Fouziah Gous dan Zhaf akan berlangsung dengan lancar. Selamat bertunang buat mu, Fouziah. Amin. Komen via Facebook |
| Gambar Ustaz Azhar Idrus Nikah Isteri Ketiga Posted: 26 May 2013 09:51 AM PDT Semalam, semasa Budiey asyik meninjau suasana di Festival Belia 2013 di Putrajaya yang sangat happening, Budiey ada nampak gambar telah tersebar di laman sosial seantero Malaya, gambar penceramah bebas tersohor, Ustaz Azhar Idrus bernikah kali ketiga di Hulu Klang, Gombak pada jam 11.52 pagi. Wah, hebat Ustak kitew o'. Nikoh tigew. Comey comey, tak pe ah, ustaz mampu zahir dan batin. Rezeki ustaz pun muroh. Tahniah Ustaz, syukur, selamat pengantin baru buat isteri ketiga Ustaz. Di ruangan komen, Budiey dapati berita ini telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak dek kerana beliau berkahwin dengan anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar. Di Facebook, Budiey ada baca macam-macam ayat yang negatif dan rasanya tak patut dizahir oleh seorang yang mengaku dirinya Muslim. Hidup ini semuanya dirancang oleh Tuhan. Jika dah tertulis Ustaz Azhar berkawin 4 sekali pun, itu jodoh yang dah tertulis dan ditetap oleh Allah. Tak perlu kot kita pula menghina perancangan Allah seolah-olah kita ni hebat sangat merancang dari Allah. Berita tentang perkahwinan penceramah ini juga telah disiarkan dalam akhbar pada hari ini. Sah, Ustaz Azhar Idrus nikah kali ketiga dengan seorang gadis bernama Izyan pada pagi semalam dan turut ditemani oleh isteri pertama dan kedua, Rogayah Sulong, 42 tahun dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26 tahun Azhar berjubah warna kelabu segak berkopiah nampak ceria melayan tetamu, kenalan dan sanak saudara yang hadir. Penyanyi irama ketuhanan, Hafiz Hamidun juga turut hadir di majlis tersebut dan menyebarkan gambar di Instagram miliknya dan mengatakan isteri Azhar dikenali sebagai Izyan, berusia 27 tahun dan berasal dari Johor, tapi kini menetap di Keramat. Menurut Berita Harian, pembantu peribadi Azhar yang dikenali sebagai Lukman mengesahkan majlis pernikahan penceramah bebas itu.
Ustaz Azhar Idrus adalah penceramah bebas terkenal dengan jenaka spontannya yang melucukan dalam ceramah di kaca TV dan boleh ditonton melalui Youtube, berasal dari Kuala Terengganu dan terbabit dengan ceramah di kaca TV dan turut hadir di ceramah politik sejak 20 tahun lalu. Bila dengar berita pasal ustaz nikah tiga ni, tiba-tiba teringat kata-kata ustaz, "Carilah calon suami atau isteri yang boleh membahagiakan kamu. Tak comel tak pe, boleh tutup lampu." Kelakor ustaz! Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







0 ulasan:
Catat Ulasan