RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Berita Penerbit Raja Azmi Disamun

Posted: 29 May 2013 11:04 PM PDT

Pengarah dan penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman disamun oleh dua lelaki yang menunggang motosikal berhampiran Hotel Istana di Jalan Nagasari di sini pada Selasa lalu.

raja azmi bercerai

Menurut laporan Kosmo!, kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu berlaku ketika Raja Azmi, 54, sedang berjalan seorang diri menuju ke arah keretanya yang diletakkan di luar bangunan hotel berkenaan.

"Pada jarak 20 meter dari kereta tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri saya. Salah seorang suspek kemudian menolak saya menyebabkan saya terjatuh ke dinding di kaki lima hotel dengan beg tangan di bahu kiri manakala tangan kanan memegang telefon pintar Samsung Galaxy II."

Tambah Raja Azmi yang turut ditampar sebelum disamun itu, sebelum kejadian, dia baru pulang daripada menghadiri satu majlis kahwin yang diadakan di hotel tersebut.

Kemudian, suspek yang memakai topi keledar kemudian cuba menarik beg tangannya namun dia meronta-ronta sambil menjerit meminta tolong bagi menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan berhampiran. Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Tasha Manshahar & Syed Shamim Lancar Be Mine & Cuba Teka

Posted: 29 May 2013 05:02 PM PDT

Youtubers yang semakin meningkat populariti, Tasha Manshahar dan Syed Shamim telah berjaya melancarkan single pertama mereka disaksikan media pada jam 3 petang semalam di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.  Majlis ini juga bersempena dengan meraikan Tasha Manshahar yang juga telah duta produk Shopie Secret and Beauty. Tahniah dari Budiey!

Tasha dan Shamim mendapat sokongan penuh daripada keluarga masing-masing untuk bergelar artis walaupun mereka masih menuntut di pusat pengajian tinggi.

Muncul sebagai pasangan duet, Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 21, berkata, walaupun agak sukar untuk membahagikan masa antara pelajaran dan karier nyanyian tetapi mereka semakin bijak mengatur jadual supaya dapat mengimbangi rutin harian mereka.

"Keluarga sangat menyokong tetapi meletakkan syarat supaya tidak mengabaikan pelajaran sekiranya mahu bergelar artis. Walaupun mampu mengimbangi kedua-dua bidang itu namun pelajaran tetap diutamakan."

Tasha dan Syed Shamim atau nama sebenarnya Syed Shamim Syed Abdul Kadir, 20 sedang menuntut di Institut Perguruan, Kampus Ilmu Khas, Cheras di sini.

Tasha mengambil pengajian Bahasa Inggeris manakala Syed Shamim pula pelajar jurusan muzik di institut berkenaan.

Kedua-dua mereka mula dikenali menerusi lagu Mr. Saxobeat dan Be Mine yang mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 40,000 penonton dalam masa empat hari di YouTube.

Tasha Manshahar & Syed Shamim Lancar Be Mine & Cuba Teka

Sehingga kini, video berkenaan telah mencacat lebih sejuta tontonan di laman tersebut.

Dalam pada itu, Tasha berkata, dia tidak menyangka lagu ciptaannya itu mendapat sambutan hebat daripada pendengar sehingga dilamar syarikat rakaman FMC untuk merakamkan album.

"Sebelum ini kami hanya menganggap nyanyian dan mencipta lagu hanya sebaga hobi tetapi tidak sangka ramai yang meminati kami."

Sementara itu, Syed Shamim berkata, dia bertemu dengan Tasha di universiti dan keserasian di antara mereka telah mendorong kepada kerjasama itu.

Memilih untuk tampil berduet, Syed Shamim berkata, itu adalah kelainan yang ingin ditampilkan mereka sebagai artis.

"Sudah terlalu ramai artis solo jadi kami ingin beri kelainan dan ia nampaknya mula diterima ramai. Malah ramai yang memberikan reaksi positif tentang gandingan kami."

Bagaimanapun kata Syed Shamim, hubungan yang terjalin di antara mereka adalah profesional dan tidak terfikir untuk bercinta buat masa ini.

"Kami kawan baik yang mempunyai visi dan objektif sama tetapi bukan pasangan kekasih."

Mereka juga turut mengumumkan album penuh akan muncul dengan album penuh pada penghujung tahun ini. Sumber: Mstar Online

Pada majlis sama, Tasha turut dilantik sebagai duta produk Shopie Secret and Beauty. Wah tahniah!

Tasha Manshahar & Syed Shamim Lancar Be Mine & Cuba Teka

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories