Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Betul Ke Sharnaaz Ahmad Bercinta Dengan Elfaeza Ul Haq? Posted: 30 May 2013 07:21 PM PDT Baru-baru ini, Budiey ada terbaca tentang gossip yang mengatakan kononnya pelakon Sharnaaz Ahmad bercinta dengan seorang pelakon berasal dari Singapura bernama Elfaeza Ul Haq. Wah, tak sampai beberapa bulan putus cinta dengan Shila Amzah, nampaknya Sharnaaz Ahmad dah ada cinta baru sedang berputik mekar mewangi katanya. Tapi betul ke gossip tu? Budiey pun susah nak percaya. Atau gossip ni hanya untuk gimik promosi drama je kot? Biasanya macam tu lah eh. Haa, okay tak pe, pihak media petang semalam telah berpeluang berjumpa dengan Sharnaaz Ahmad di majlis pelancaran filem arahan Bade Haji Azmi, Sindiket di Restoran Rebung, Bangsar. Media ada bertanya sendiri tentang gosip ini. Haa, betul ke tiddhoook? Selain mahu fokus pada kerjaya lakonannya yang semakin tak menang tangan & 'masyyyyuuuk', jejaka kelahiran Georgetown, Pulau Pinang ini memberitahu, tidak bermakna dia sudah menutup pintu hatinya terhadap cinta. Ditanya sejauh mana kebenaran khabar angin itu, Sharnaaz berkata dia tak ada hubungan istimewa dengan pelakon wanita kelahiran Singapura yang sedang rancak membina nama dan sebelum ini berlakon dalam drama bersiri Adam & Hawa itu.
Sharnaaz turut menafikan bahawa dia sudah melupakan Shila Amzah. Sharnaaz ternyata terkejut macamana boleh timbul cerita tentang gossip ini.
Elfaeza Ul Haq Komen via Facebook |
| Gambar Kad Jemputan Kahwin Linda Hashim & Beego Posted: 30 May 2013 06:38 PM PDT Hari ini dah 31 Mei, kira dah setengah tahun kita melayari kehidupan untuk 2013. Musim cuti sekolah kembali dengan jemputan nikah kahwin yang bersimpang siur. Tak ketinggalan, cuti sekolah tahun ini menyaksikan beberapa artis akan berkahwin dan bertunang. Selain Fouziah Gous akan bertunang esok, pelakon Izzue Islam akan kahwin pada 2 Jun ini di Shah Alam. Selain itu, Budiey dapat tahu, Linda Hashim dan Beego pula akan bernikah pada 7 Jun depan. Tinggal lebih kurang seminggu je lagi pasangan ini akan menamatkan zaman solonya. Gambar Kad Jemputan Kahwin Linda Hashim & Beego Dalam masa ini, sudah pasti Beego dan Linda tengah sibuk menghulurkan kad jemputan kahwin untuk kawan-kawan artis dan media. Budiey dah tengok gambar kad jemputan kahwin Linda Hashim & Beego ni, wah, bukan main hebat lagi temanya. Sesuailah dengan karier mereka yang bergelumang dengan dunia lakonan. Beego juga sempat menjemput Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd. Najib Abdul Razak dalam satu pertemuan. Sebelum ini, Budiey ada menyiarkan gambar-gambar pra-perkahwinan Beego & Linda.Khabarnya, sebagai persiapan diri, Linda Hashim banyak melakukan solat sunat hajat dan taubat menjelang detik terindah pernikahannya. Wah, bagus tu. Linda turut berdoa agar majlis itu nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah mengikut perancangan. Selain itu, aktres ini juga menjaga pemakanan dan mengambil vitamin tambahan bagi menjaga kesihatannya menjelang majlis tersebut. Majlis akad nikah pasangan pelakon ini akan diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju pada 7 Jun ini selepas solat Isyak. Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan sehari selepas itu di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang dekat sini bermula pukul 8 malam. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012. Beego dan Linda turut menjemput Y.A.B Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau ke majlis bersejarah itu nanti. Beego sendiri yang memberikan kad jemputan kepada Najib ketika di satu majlis di Putrajaya, sekitar dua bulan lalu. Difahamkan penyanyi veteran Indonesia iaitu Endang S.Taurina telah mengesahkan untuk hadir pada majlis resepsi persandingan mereka selain bersedia untuk membuat persembahan menghiburkan tetamu. Mesti happening kan? Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










0 ulasan:
Catat Ulasan