RSS

Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


“Ibu Yang Halau Saya Dari Rumah” – Afiq Muiz

Posted: 14 May 2013 07:15 AM PDT

IBU DAKWA AFIQ MUIZ SEBAGAI ANAK DERHAKA

Dunia hiburan tempatan hari ini dikejutkan dengan pendedahan Hasliza Mohd, 48, ibu kepada Afiq Muiz, 20 yang mendakwa anaknya itu telah menderhaka serta membuang keluarga kerana semakin lupa diri malah menyifatkan Afiq sudah melupakan pengorbanan ibunya yang selama ini mencari pendapatan dengan menjual burger untuk membantunya berjaya dalam dunia seni. Seperti kata ibu Afiq kepada mStar Online:-

"Dia sudah berubah… seperti anak derhaka. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni. Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu,"

Dalam pendedahan itu, ibu Afiq turut berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya.

"Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan ini kepada media akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq. Tetapi rasanya inilah saja cara untuk dia (Afiq) membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah.

"Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya. Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu,"

IBU DAKWA AFIQ MUIZ SEBAGAI ANAK DERHAKA

Ekoran daripada pendedahan yang bagi kami cukup panas yang dibuat oleh ibu Afiq itu, Afiq telah tampil memberikan kenyataan balas mengenainya dalam satu sidang media yang diadakan di Subang Parade sebentar tadi. Ayuh ikuti apa kata Afiq seperti yang dilaporkan oleh portal GUA ini:-

IBU DAKWA AFIQ MUIZ SEBAGAI ANAK DERHAKA

"Saya tak pernah buang keluarga saya. Ibu saya yang halau saya dari rumah, maki hamun saya, cakap saya anak derhaka dan anak yang tak guna. Ibu saya tak pernah sayang saya dan saya tak tahu apa motif ibu berbuat begini rupa," jelas jejaka ini yang mula dikenali melalui muzik video Najwa Mahiadin, Got To Go.

IBU DAKWA AFIQ MUIZ SEBAGAI ANAK DERHAKA

"Perkara ini terjadi apabila saya berkawan rapat dengan Eina Azman. keluarga saya tak sukakan Eina dan selalu tuduh Eina macam-macam. Saya selalu nasihat adik saya yang menghina Eina. Melalui Twitter, adik saya mengatakan yang Eina berwajah buruk, Eina kaki kikis, Eina tak sepadan dengan saya dan macam-macam lagi perkara yang buruk mengenai Eina. Saya malu dengan adik saya sendiri sebab adik saya biadap. Apabila perkara ini terjadi, saya dihalau keluar dari rumah," jelas Afiq yang menafikan dia bercinta dengan Eina dan menjelaskan yang mereka hanya sekadar berkawan rapat sahaja.

IBU DAKWA AFIQ MUIZ SEBAGAI ANAK DERHAKA

"Saya kerja siang malam, ibu saya tak pernah tanya khabar. Dia hanya bertanya mengenai duit saya sahaja. Dia sayang saya sebab duit. Kalau saya tak bagi, saya kena pukul dengan abang saya. Ibu saya buruk-burukkan saya sehinggakan abang saya pernah mengamuk dan pijak kepala saya sampai saya tak boleh bangun enam jam," luah Afiq yang juga menyatakan yang dia cuba untuk pulang ke rumah keluarganya namun apabila dia ke sana, dia menerima cacian dan makian daripada keluarganya.

IBU DAKWA AFIQ MUIZ SEBAGAI ANAK DERHAKA

Afiq menjelaskan yang dia selalu mencuba untuk menyuruh keluarganya meminta maaf kepada Eina dan Afiq juga pernah berbincang dengan ibunya mengenai hal ini tetapi ibunya tak boleh menerima kesalahan sendiri. Eina juga dituduh mengambil duit, mengongkong dan membawa sial kepada Afiq tetapi semua perkara ini dinafikan sendiri oleh Afiq. Afiq juga menambah yang isu duit bernilai RM30,000 yang ditimbulkan oleh ibunya itu sebenarnya digunakan untuk membeli barang-barang keperluan rumah sewanya sendiri seperti perabot, televisyen dan bukannya untuk Eina.

IBU DAKWA AFIQ MUIZ SEBAGAI ANAK DERHAKA

"Saya cerita semua ini bukannya sebab saya nak tentang ibu saya. Tapi saya tak faham kenapa ibu saya boleh cerita masalah keluarga kami pada orang lain. Apa salah Eina sampai kena tuduh sebegitu rupa? Apa salah saya sampai kena halau? Sampai ibu saya pernah kata tempat saya adalah di neraka jahanam. Saya mahukan kasih sayang, kalau ibu saya sayang saya, ibu saya takkan burukkan saya. Saya tak perlu sebut apa yang dah saya berikan pada keluarga saya, sebab nanti orang cakap saya mengungkit pula," ulas Afiq sebak menahan tangisan.

IBU DAKWA AFIQ MUIZ SEBAGAI ANAK DERHAKA

Afiq juga menangkis khabar angin yang mengatakan dia kini diuruskan oleh ibu Eina Azman dan Afiq baru sahaja mengikat kontrak menjadi artis residen dibawah produksi Global Station. Afiq juga mengibaratkan perbuatan yang ibunya lakukan ibarat menepuk air terkena muka sendiri. Afiq juga menyatakan sejak kebelakangan ini dia sering sakit dada sehinggakan pernah muntah darah akibat terlalu tertekan.

Zon Artis: Walaupun Afiq telah menjelaskan hal yang sebenarnya, tapi dalam situasi ini kita tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Boleh jadi kenyataan balas daripada Afiq ini sekadar untuk menutup kesalahan seperti yang didakwa oleh ibunya. Tapi harapnya tidaklah. Apa-apa pun, kita doakan semoga hubungan Afiq dan keluarga terutama ibunya kembali jernih.

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories