Zon Artis |
| Posted: 17 May 2013 07:41 AM PDT
Pelakon yang boleh kami katakan cukup laku dalam industri seni iaitu Shah Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi hari ini dilaporkan ditangkap khalwat dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) juga telah mengesahkan perkara ini. Shah Jaszle ditahan atas kesalahan berkhalwat oleh sepasukan pegawai dari bahagian penguatkuasaan Jais dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah unit apartment Taman Sri Subang pada pukul 3.30 pagi, semalam (Khamis). Penahanan Shah Jaszle dibuat selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam. Jika disabitkan bersalah, dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Oh! Sedikit info – Bagi yang belum tahu, Shah Jaszle telah bertunang dengan seorang gadis yang dikenali dengan nama Redzwani Puteri pada bulan Disember tahun lalu. Anda boleh lihat sekitar majlis pertunangan mereka di artikel ini. |
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







0 ulasan:
Catat Ulasan