Zon Artis |
| Hattan Pilih 15 Ramadan Kahwini Bekas Isteri Pertama Posted: 26 May 2013 06:25 AM PDT
Setelah mahligai yang dibina bersama bekas isteri, Noorfarashikin Othman pada November 2011 hanya mampu bertahan dua bulan sahaja, pelantun lagu Rendang Tak Berbuah iaitu Datuk Hattan mengejutkan ramai apabila membuat kenyataan ingin kembali menyunting bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin. Memilih tarikh 15 Ramadan untuk disatukan semula sebagai suami isteri, Hattan mengakui ada beberapa sebab kenapa dia kembali kepada bekas isterinya. Kata Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabuddin, dia bukan sahaja lebih mengenali peribadi bekas isterinya itu, malah ia turut mendapat dorongan keluarga.
Bertanya mengenai pemilihan tarikh, Hattan memberitahu dia sememangnya mahu berkahwin pada bulan Ramadan kerana selepas itu mereka dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama. Bagi yang sudah lupa, Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 dan bercerai pada 10 Mac 2005. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata. |
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







0 ulasan:
Catat Ulasan