sumber :-
Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Keenakan cita rasa chef tempatan
- Bulan Pengguna Kebangsaan gegar Batu Burok
- Kepentingan kain kendong bayi
- Senaman air Aquazumba
| Keenakan cita rasa chef tempatan Posted: 06 Jun 2013 06:01 PM PDT
APABILA disebut kentang, sudah pasti ramai membayangkan keenakan kentang goreng yang sinonim dengan restoran-restoran makanan segera di seluruh negara. Bagi mereka yang rajin ke dapur pula, kentang merupakan salah satu bahan wajib yang perlu ada untuk dimasak mengikut kesesuaian menu. Di kampung, tanaman daripada keluarga Solanaceae itu biasanya dijadikan bahan tambahan untuk gulai lemak cili padi, masak kari dan sup. Hakikatnya, kentang kaya dengan sumber nutrisi karbohidrat yang boleh dinikmati seisi keluarga. Menyedari populariti kentang di Malaysia, Lembaga Kentang Amerika Syarikat (USPB) tampil memperkenalkan produk mereka melalui penciptaan resipi enak berasaskan kentang. Kualiti kentang AS Pengurus Pemasaran Antarabangsa USPB, Susan Weller berkata, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian sajian makanan yang terhasil daripada masyarakat berbilang kaum yang mendiami negara ini. Justeru, penganjuran Festival Kulinari Kentang Amerika Syarikat (AS) Kuala Lumpur 2013 merupakan langkah terbaik mempromosikan ketinggian kualiti kentang AS. "Suhu penanaman yang sesuai, tanah yang subur, teknik pemprosesan terkini dan kepakaran turun-temurun membantu menjadikan kentang sejuk beku AS yang terbaik di dunia. "Kentang AS mempunyai kandungan pejal tinggi dan gula yang rendah sekali gus menghasilkan sajian berkualiti dengan rupa, rasa dan tekstur yang dikehendaki. "Malah, piawaian ketat industri AS daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) dan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menjamin keselamatan dan ketinggian kualiti produk kentang sejuk beku ini," ujar Weller sewaktu pelancaran Festival Kulinari Kentang AS Kuala Lumpur baru-baru ini. Sempena festival berkenaan, sebanyak 13 restoran di Malaysia mengambil bahagian dengan menyediakan lebih daripada 38 sajian istimewa berasaskan kentang AS untuk para pelanggan yang berkunjung ke premis mereka. ![]() KELIHATAN seperti burger tetapi tidak. Hidangan ini adalah lapisan beberapa keping kentang yang disajikan bersama sos istimewa. Secara keseluruhan, seramai 16 chef terkemuka menunjukkan kepakaran masing-masing untuk mencipta pelbagai resipi kreatif dengan menggunakan produk kentang AS sebagai bahan utama dalam hidangan mereka. Ia meliputi sajian utama, pembuka selera, pencuci mulut, snek ringan dan sebagainya. Festival itu berlangsung sejak 1 Jun lalu hingga 30 Jun ini. Menurut Ketua Jawatankuasa Antarabangsa Program Sejuk Beku USPB, Marty Myers, festival tersebut bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menikmati kentang sejuk beku AS dalam pelbagai menu yang inovatif. "Apabila kita menyebut tentang produk sejuk beku, gambaran pertama yang terlintas dalam fikiran mungkin kentang jalur shoestring, kentang pintal curly atau kentang wedges yang sering dihidangkan bersama makanan Barat seperti stik dan burger. "Sebenarnya, terdapat banyak lagi pilihan produk kentang sejuk beku AS yang boleh dicuba sekali gus memberikan variasi menu untuk semua," ujar Myers sambil memberitahu Malaysia merupakan salah satu negara utama dalam pasaran kentang AS di Asia Tenggara. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University Illinois, mereka mendapati sayuran sejuk beku mempunyai nilai pemakanan yang setanding sayuran segar. Ini kerana sayuran sejuk beku dipetik pada masa kematangan yang tepat dan nilai pemakanan mencapai tahap paling tinggi. Pemprosesan serta-merta ini 'mengunci' nutrien dan vitamin di dalamnya. Antara menu kreatif yang dihasilkan ialah coklat jejari kentang dan popia kentang istimewa oleh Bara One Bistro. Tidak ketinggalan salmon salai Zushi yang dibalut kulit kentang dari Jogoya serta kentang bakar dengan kek makanan laut, tongkat ali dan tuna kerabu oleh Warisan Cafe. Sementara itu, Badboy Cooks pula menampilkan sajian nasi herba Cajun di atas kulit kentang dan kentang boat gumbo oleh Secret of Louisiana.
Chef Restoran Halia, Mohd. Faisal Ismail memberitahu, pihaknya mengambil masa dua hari untuk mencipta tiga resipi iaitu kentang basket weaves bersama ayam dan tomato, kentang crinkle disalut telur masin dan burger kentang mini. "Ia merupakan idea bersama chef-chef Restoran Halia di Pusat Konvensyen Sime Darby ini. Ketiga-tiga resipi ini setiap satunya menggabungkan cita rasa Cina, Barat dan Timur. "Saya gembira kerana mendapat peluang terlibat dalam festival antarabangsa ini. Kepelbagaian kentang sejuk beku AS membolehkan kami menghasilkan menu menarik untuk disajikan pada pelanggan," kata Mohd. Faisal kepada Kosmo!. Sementara itu, Chef Elvin Goh dari Secret of Louisiana turut memuji ketinggian kualiti produk kentang AS. Dia yang pernah menetap di Louisiana, AS selama lebih dua dekad mengakui banyak resipi berkhasiat boleh dicipta berasaskan kentang. "Kombinasi kentang dan makanan laut juga menarik untuk disediakan. Justeru, saya memilih kupang biru sebagai salah satu bahan utama untuk dimasak bersama kentang AS. "Saya harap masyarakat terutama penggemar kentang tidak akan ketinggalan untuk merasai kemeriahan festival ini dengan mengunjungi premis-premis yang terlibat," tuturnya. | ||
| Bulan Pengguna Kebangsaan gegar Batu Burok Posted: 06 Jun 2013 06:00 PM PDT ![]() PERTANDINGAN mewarna yang diadakan menarik minat ratusan kanak-kanak. OMBAK di pesisir pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu tetap menghempas pantai seperti biasa. Sesekali angin menderu memberi ketenangan buat para pengunjungnya. Bagaimanapun, pemandangan biasa buat orang ramai yang sering berkunjung ke situ baru-baru ini bertukar meriah apabila Batu Burok menjadi lokasi sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan 2013 (BPK 2013) minggu lalu. Bermula dari 30 Mei sehingga 1 Jun lalu, karnival yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama akhbar Kosmo! sebagai media rasmi BPK 2013 berlangsung secara meriah. Apatah lagi ia turut dijayakan dengan sokongan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan lain. Dengan lebih daripada 90 gerai mengambil bahagian, BPK 2013 bukan sahaja menampilkan pameran berkaitan kepenggunaan, malah pelbagai aktiviti lain seperti permainan interaktif, jualan produk, gerai makanan, pertandingan memasak dan persembahan artis. Pada hari pertama, pertandingan dekorasi sayuran serta buah-buahan segar telah berjaya menarik perhatian pengunjung. Demonstrasi menumbuk emping makanan tradisi menambahkan lagi kemeriahan program. Gelagat para peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan yang bekerja keras menumbuk emping makanan berjaya memperlihatkan sifat kerjasama dalam diri mereka. Diserbu pengunjung Kehadiran pengunjung yang semakin bertali arus dimeriahkan lagi dengan persembahan pentas daripada penyanyi terkenal Alyah, Leez AF4 serta Farawaheeda, selain dihiburkan oleh dua pelawak tanah air, Mat Over dan Imuda. Hari BPK 2013 kemudiannya diserikan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pada pukul 11 pagi 30 Mei. Hasan turut meluangkan masa untuk melawat setiap gerai yang mengambil bahagian termasuklah gerai Kosmo!. Yang pastinya, gerai Kosmo! turut diserbu oleh pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenang-kenangan di studio mini yang disediakan. "Disebabkan saya ialah pembaca setia Kosmo!, saya berasa teruja untuk datang ke gerai ini. Saya merakamkan foto di sini bersama keluarga sebagai tanda kenangan," kata salah seorang pengunjung, Nor Laili Abdullah, 34. Dikir barat kepenggunaan Pada hari kedua, seawal pukul 8 pagi, pesisir pantai Batu Burok diwarnai dengan gelagat kaki-kaki pancing yang mencuba nasib dalam pertandingan memancing pantai. ![]() DENDANGAN lagu-lagu nasyid oleh kumpulan Rabbani ternyata menghiburkan pengunjung. Bagi para pengunjung yang meminati elemen kebudayaan dan warisan pula, mereka dihiburkan dengan pertandingan dikir barat yang mengangkat tema kepenggunaan. Elemen adat warisan negeri itu kemudiannya diteruskan lagi dengan pertandingan wau bulan tradisional yang berjaya mendapat lebih daripada 100 penyertaan. Bagi salah seorang peserta pertandingan wau naik, Ahmad Khairi Ali, 23, meskipun masih muda, namun minatnya yang mendalam dalam seni permainan wau bulan membuatkan dia sering memasuki pertandingan seumpama itu. "Generasi muda perlu menyambung tradisi bermain wau bulan ini kerana dikhuatiri ia akan hilang ditelan zaman jika tidak dipelihara," katanya. Pada sebelah malam pula, ada ceramah kepenggunaan Islam yang disampaikan oleh penceramah bebas terkenal, Kazim Elias yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim. Ceramah itu berjaya menarik minat pengunjung untuk memenuhi pekarangan pentas utama. Ceramah yang bertajuk 'Pengguna Cermat, Hidup Berkat' itu turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian nasyid oleh kumpulan Rabbani. Pada hari terakhir BPK 2013, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti bola sepak pantai serta sesi gotong-royong bersama artis-artis terkenal, cabutan bertuah, kuiz pengguna dan acara lelong barangan peribadi artis. Kesemua aktiviti tersebut diserikan dengan kehadiran artis-artis terkenal tanah air seperti Syed Aiman, Black, Danny X-Factor, Ridzuan Hashim, Dynaz, Wan Sharmila, Almy Nadia, Azrul dan Jihan Raja Lawak. Penyelaras BPK 2013, Zalinah Mohd. Yusof ketika ditemui berkata, penganjuran BPK 2013 berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk melahirkan masyarakat yang memahami hak mereka sebagai pengguna. | ||
| Posted: 06 Jun 2013 05:55 PM PDT
SELEPAS mengandung selama sembilan bulan, melahirkan dan menyusukan bayi, aktiviti mendukung bayi menawarkan hubungan paling hampir antara seorang ibu dengan anaknya. Bapa juga dapat merasai ikatan serta-merta dengan anak melalui cara tersebut. Ia satu pengalaman yang tidak dapat dirasai andai mereka menolak bayi menggunakan kereta sorong. Bayi kurang menangis, lebih tenang dan bahagia apabila berada di dalam kain kendong atau pembawa kerana bayi merasakan diri mereka lebih disayangi dan selamat. Suhu badan, bau yang dikenali dan corak pernafasan ibu bapa mereka mewujudkan suasana ketenangan serta kebahagiaan. Pengurus Negara (Malaysia), B&G Baby and Maternity Distribution (M) Sdn. Bhd., Jonathan Horsley memberitahu, mendukung bayi dapat memberikan signal bahawa mereka disayangi, selamat dan dijaga. "Manfaat mendukung bayi dilaporkan dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics mendedahkan bahawa bayi yang didukung kurang menangis. Ia merupakan satu trend yang harus diraikan," katanya. Dengan peningkatan trend mendukung bayi, pelbagai jenis kain kendong dan pembawa bayi ditawarkan di pasaran. Faktor keselamatan, sokongan yang baik terhadap tulang belakang bayi dan mengelakkan displasia (ketaknormalan perkembangan) pinggul merupakan elemen penting yang harus dititikberatkan ibu bapa dalam memilih pembawa yang sesuai kerana tidak semua pembawa dicipta serupa. Dr. Moira Robertson, seorang doktor kiropraktik memberitahu, sokongan yang sihat diperlukan dalam pembawa dan kain kendong bayi ekoran perkembangan tulang belakang yang seiring dengan pembesaran bayi. "Ibu bapa harus mengelakkan diri daripada membeli pembawa kelangkang yang menyebabkan kaki dan pinggul anak-anak mereka terjuntai ke bawah atau lurus kerana ia menghalang pinggul berada dalam soketnya. "Pembawa yang baik harus mempunyai tapak yang luas agar pinggul bayi berada dalam soket dengan betul," ujar Moira ketika sesi penerangan bertajuk 'Kepentingan Memilih Pembawa Bayi Yang Betul' di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menyokong tulang belakang Tambahnya, ibu bapa disyorkan memilih pembawa bayi yang menyokong perkembangan tulang belakang bayi iaitu mengekalkan lengkungan 'C' apabila bayi berbaring dan mengagih berat badan di keseluruhan bahagian tempat duduk bermula dari lutut apabila badan menegak. Sebuah pembawa bayi harus menyokong tulang belakang ibu bapanya juga, dengan mengagihkan berat daripada pinggul dan bahu seiring dengan pembesaran bayi mereka. Varian penggendong Bloom & Grow terdiri daripada theBabaSling, Ergobaby dan Hippychick memenuhi kriteria penjagaan tulang belakang yang sihat. TheBabaSling menampilkan revolusi dalam rekaan, keselesaan dan kesederhanaan dengan rekaan rajut buai (hammock) bagi menyokong pembentukan tulang belakang bayi yang baru lahir. Hippychick pula seperti tali pinggang sokongan belakang, dengan bahagian berpad diperkenalkan untuk membenarkan golongan dewasa membawa anak mereka secara semula jadi di bahagian pinggul mereka tanpa rasa sakit di belakang. Penggendong Ergobaby pula mampu menyokong perkembangan tulang belakang bayi dan pada masa sama mengagihkan berat bayi ke pinggul dan bahu ibu bapa mereka sekali gus mengurangkan tekanan di belakang dan tulang. Pelancaran Kempen Kesedaran Mendukung Bayi tersebut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan yang tampil berkongsi pengalaman peribadi masing-masing. Lina Teoh, penyampai televisyen dan bekas Ratu Cantik Malaysia yang baru melahirkan seorang bayi lelaki, mendapati theBabasling bersesuaian dengan bayinya. "Dengan gaya hidup aktif, saya sentiasa keluar melakukan pelbagai perkara pada satu masa dan memerlukan tangan saya bebas. Saya juga perlu mengetahui anak saya, Dylan, sentiasa selamat ketika dalam penggendong," katanya. Dalam pada itu, pelawak popular, Harith Iskander dan isterinya, Dr. Jezamine, masing-masing mempunyai sebuah Ergobaby untuk dipakai bersama anak mereka, Zander Xayne Iskander. Ashley Ho, ibu sepenuh masa dan Kaunselor Penyusuan Badan Bertauliah, mendapati Hippychick merupakan kelegaan yang besar semasa cuti sekolah dan ketika membeli-belah kerana anaknya, Kaylene yang berusia dua tahun setengah boleh berada dalam keadaan selesa di tempat duduk pinggul apabila dirinya ingin didukung. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai amalan mendukung bayi menggunakan theBabasling, Ergobaby dan Hippychick, layari laman web www.bloomandgrowasia.com atau laman Facebook www.facebook.com/bloomandgrowasia. | ||
| Posted: 06 Jun 2013 05:54 PM PDT ![]() AQUAZUMBA sesuai bagi mereka yang menginginkan bentuk badan yang menarik. KAUM wanita memang mengidamkan bentuk badan menarik. Pelbagai kaedah pasti dicuba bagi memastikan impian itu menjadi kenyataan. Apa kata, anda mencuba teknik senaman dalam air yang dikenali sebagai Aquazumba yang ditawarkan oleh Celebrity Fitness Malaysia (Celebrity Fitness). Senaman tersebut bukan sahaja menyeronokkan malah ia mampu membakar sehingga 400 kalori dalam tempoh masa 45 minit. Senaman itu juga menggunakan gerakan tarian sambil mengikut rentak muzik Latin. Anda tidak perlu bimbang kerana tenaga pengajar pengalaman, Maria Teresa Stone akan membimbing aktiviti senaman tersebut. Kelas latihan Aquazumba itu merupakan yang pertama di Asia dan diperkenalkan oleh Celebrity Fitness bagi meningkatkan kecergasan badan dan kesihatan peserta. Latihan tersebut adalah selamat dan lebih mencabar kerana peluh lebih banyak dikeluarkan ketika melakukan senaman di dalam air. Ia baik untuk jantung dan pembentukan semula struktur badan. Maria berkata, individu yang bersemangat amat sesuai menyertai Aquazumba. Walaupun nampak mudah, aktiviti yang dilakukan menggunakan banyak gerakan otot badan termasuk lengan dan kaki. "Pergerakan akan menjadi perlahan disebabkan rintangan air namun senaman yang dibuat tetap berkesan. Ia juga sesuai untuk mereka yang menghidap sakit tulang belakang. "Saya rasa gembira kerana Celebrity Fitness mengambil langkah pertama memperkenalkan teknik senaman ini di Malaysia. Ia pasti memberikan pengalaman berbeza," katanya sebelum memulakan aktiviti tersebut di kolam renang Celebrity Fitness, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ahli-ahli Celebrity Fitness turut berpeluang menyertai Aquazumba secara percuma di cawangannya yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Celebrity Fitness di talian 1300-222-348 atau layari laman web www.celebrityfitness.com. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










0 ulasan:
Catat Ulasan