Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar Izzue Islam & Awin Nurin Nikah Posted: 02 Jun 2013 04:05 PM PDT Setelah enam tahun menyulam cinta sejak tahun 2008, pelakon dan juga ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam akhirnya sah bergelar suami kepada Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin, 31, dengan sekali lafaz, sekitar jam 9.45 pagi, 2 Jun 2013. Majlis ijabkabul telah diadakan di Dewan Shah Alam N'dah, Shah Alam. Pemilik nama sebenar, Muhammad Izzue Islam Mazlan telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, iaitu Waharudin di Dewan Shah Alam N'dah, Shah Alam jam 9.45 pagi, 2 Jun 2013 Tambah istimewa, tarikh pernikahannya hari ini sebenarnya merupakan hari lahir yang ke-24 tahun buat aktor yang semakin melonjak namanya menerusi drama Sebenarnya Dia Isteri Saya ini. Awin menerima mas kahwin sebanyak 11 Dinar dan wang hantaran sebanyak RM11,111.11. Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Izzue menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada suaminya. Pelakon Lelaki Harapan FFM25 ini memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa sejadah & Al-Quran, sebuah DSLR Nikon, set pewangi 1 Million Paco Rabane, sebuah MacBook Air Apple, baju kemeja, seutas jam tangan Marc Jacob, set passport holder Tissot, tepak sireh dan coklak Rodendo. Sebagai balasan, Awin memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa sebentuk cincin, seutas gelang tangan & anting-anting, sepesalinan baju, sebuah beg Fosil, cek wang hantaran, dompet & jam tangan Fosil serta Al-Quran & Sejadah Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih rekaan Satris Anggun. Izzue segak berbaju Melayu dan Awin anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional. Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat, rakan dan para wakil media. Izzue dan Awin yang telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2012. Perkenalan mereka bermula apabila Awin mula menguruskan karier lakonan Izzue pada 2009 dan pasangan ini sendiri tidak sedar bilakah rasa cinta di antara mereka mula berputik. Komen via Facebook |
Gambar Fouziah Gous & Md Zahfran Bertunang Posted: 02 Jun 2013 04:00 PM PDT Mulanya tunang pelakon jelita ini diperkenalkan sebagai kawan menerusi adik kepada kakak ipar Fouziah. Kemudian dua insan membuat pertemuan untuk berbincang mengenai perniagaan sarang burung. Tanpa disedar, bisnes yang dijalankan bersama itu membawa hubungan mereka ke satu tahap yang lain pula – berputik cinta antara pemilik nama sebenar Nor Fouziah Mohd Gous, 30, dan Md Zahfran Md Yusof atau (Zhaf), 30. Meskipun menyulam cinta dalam waktu yang singkat iaitu hanya beberapa bulan, namun masing-masing sudah dapat merasakan ada keserasian. Tambahan saling menyokong bidang karier masing-masing. Lantaran aktres jelita dan kekasihnya ini membuat keputusan tidak mahu membuang masa ketika bercinta. Akhirnya aktres kacukan Pakistan-Cina-Melayu dan ahli perniagaan muda juga perunding keewangan ini mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan, malam tadi. Bertempat di Restoran Asmara Penchala, Sungai Penchala, majlis pertunangan pasangan sama cantik sama padan ini diadakan dalam suasana penuh meriah dengan tema warna putih. Kira-kira jam 9 malam, tuan rumah menerima kunjungan rombongan pihak lelaki. Sejurus itu, acara meminang diadakan terlebih dahulu. Pihak perempuan diwakili oleh Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hj. Hassan Ali. Sementara pihak lelaki diwakili oleh rakan baik keluarga Zhafran iaitu Dato' Ahmad Kamal Abdullah. Bagaimanapun, kedua-dua keluarga pasangan yang dirai ini memutuskan untuk merahsiakan mengenai perbincangan selanjutnya serta jumlah hantaran dari pengetahuan umum. Acara kemuncak menyaksikan ibu Zhafran, Puan Normah Ali menyarungkan cincin ke jari Fouziah tanda diri pelakon Trilogi Cinta dan Cinta Bertamu di Abu Dhabi itu kini tunangan kepada anak lelakinya. Saat manis itu turut disaksikan oleh ibu Fouziah. Pada majlis itu juga, Zhafran memberi 5 dulang terdiri daripada tepak sireh, manisan, set kosmetik dan wangian, sepesalinan kain dan sebuah kamera. Dan sebagai balasan, Fouziah memberikan sebanyak 7 dulang kepada Zhafran yang terdiri daripada jambangan sireh junjung, sepasang baju melayu, selembar songket, sebuah beg, set wangian, senaskah Al-Quran, juga coklat dan buah-buahan.
Sementara itu Zafran berkata, dia terpikat dengan Fouziah kerana personaliti buah hatinya itu yang periang dan sering memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Majlis malam tadi dimeriahkan dengan kehadiran seramai 500 tetamu terdiri daripada keluarga rapat kedua-dua belah pihak, rakan artis dan para wakil media. Fouziah dan Zhaf memilih bulan September tahun ini untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Komen via Facebook |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan