RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jom Berpesta Bunga di Floria Putrajaya 2013

Posted: 11 Jun 2013 10:23 PM PDT

Kalau anda perasan, banyak juga lagu-lagu kita yang menggunakan perkataan bunga sebagai judul. Ada lagu bunga Matahari, ada lagu Bunga Tanjung. Macam-macam lagi. Tak pun,  jenis dan nama bunga juga ada dalam lirik. Tak kurang ada yang menamakan nama anak mereka dengan nama bunga. Contohnya, nama anak Loque Monoloque yang berinspirasikan bunga seperti nama ibunya. Kalau nak kira, di Malaysia kita sahaja, memang ada banyak bunga. Budiey pun kadang-kadang keliru untuk kenal bunga ni. Pendek kata, bunga ada di mana-mana, di rumah, di sekolah, di event dan di mana-mana sahaja.

floria putrajaya 2013

Bercakap pasal bunga ni, Budiey teringat satu acara festival iaitu Festival Bunga & Taman Putrajaya yang diadakan tak lama je lagi. Untuk tahun 2013, festival ini dinamakan Floria Putrajaya 2013 di mana akan berpestalah pengunjung dengan macam-macam jenis bunga bermula dari 22 Jun 2013 ini selama 9 hari berturut-turut.

Untuk info pembaca, Floria Putrajaya 2013 akan diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Dikhabarkan festival ini akan dihiasi dengan 5,000 pokok bunga Orkid dari pelbagai jenis spesis yang disusun dan dihias dalam bentuk taman dan gubahan.

Budiey juga akan berada di sana semasa pelancaran festival ini nanti. Jom sama-sama kita meriahkan acara ini. Jom!

Bertemakan Bunga Orkid – Khazanah Tropika (Orchid – Tropical Treasure), Floria Putrajaya 2013 juga akan mempamerkan lebih dari 200 spesies, kultivar dan hybrid pokok bunga orkid, sebahagiannya yang jarang dapat dilihat. Orkid merupakan salah satu tanaman hiasan yang amat popular di Malaysia kerana faktor kesesuaian iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun. Ia juga menjadi pilihan di kalangan penggemar flora di negara ini kerana saiz, struktur dan warna bunga yang pelbagai.

Dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), FLORIA Putrajaya kali ini dijangka dapat mencapai sasaran lebih dari sejuta pengunjung dengan mendekati orang ramai menerusi media sosial dan Instagram di samping media lain yang sedia ada. Justeru itu, pelbagai peluang disediakan untuk membolehkan pengguna internet memenangi hadiah menarik menerusi Pertandingan Fotografi, Pertandingan Slogan dan Pertandingan Blog Menarik (Best Blog Contest) yang menggunapakai media sosial.

Ketika ditemui semasa Majlis Soft Launch Floria Putrajaya 2013 pada 30 Mei 2013, YB. Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan berkata,

"Di negara maju seperti Belanda contohnya, jualan dan eksport bunga-bungaan menjadi satu sumber pendapatan utama kepada negara mereka. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan pilihan bidang usaha yang sesuai dengan permintaan pasaran, kita juga mampu melakukannya. Justeru itu, adalah dicadangkan supaya program dan aktiviti yang berteraskan landskap dan perkebunan (gardening) diadakan secara berjadual sepanjang tahun supaya masyarakat tempatan dan para pelawat akan dapat melihat, mempelajari dan mengamalkan teknik-teknik perkebunan, penanaman dan penjagaan tanaman bunga dan hiasan yang betul di kediaman masing-masing. Acara berjadual seperti 'garden centre', 'agro-bazaar', 'master gardener' dan sebagainya adalah sangat-sangat digalakkan dan perlu melibatkan para penduduk dan masyarakat di Putrajaya."

Floria Putrajaya 2013 akan menampilkan 23 peserta antarabangsa dari 18 buah negara terdiri daripada pereka taman (garden designers), penggubah bunga (florist) dan Persatuan Orkid Antarabangsa (International Orchid Society/Association).

Mereka akan mempamerkan taman dalaman (indoor garden displays), taman luaran (outdoor garden displays) dan taman orkid (indoor orchid garden displays) dari Afrika Selatan, Australia, Chile, China, Filipina, Hong Kong, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Korea, Myanmar, New Zealand, Singapura, Taiwan, Thailand, United Kingdom dan Vietnam. Di samping itu, kreativiti dan kepakaran pereka taman landskap tempatan serta antarabangsa akan ditonjolkan menerusi lebih dari 80 Taman Pameran Luar yang turut disertai oleh agensi-agensi kerajaan, korporat, swasta, persatuan, penanam, universiti, sekolah menengah dan rendah.

Pengunjung juga dapat melihat kreativiti 5 Arkitek Landskap dari Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM) yang akan merekabentuk taman pameran dalam kategori Taman Pereka (Designer Gardens). Selain itu, sebanyak 9 persatuan dan penanam bunga akan menampilkan produk bunga seperti Bunga Orkid, Heliconia, Ros, Bonsai, Bunga Semusim, Bunga Temperate, Daun Berwarna, Bunga Raya dan Bunga Kertas di taman-taman pameran mereka.

Tarikan lain di Floria 2013 adalah Pameran Koleksi Bunga Orkid yang dinamakan sempena nama Orang Kenamaan, Pertandingan Bunga Orkid dengan pelbagai spesies, rupa bentuk dan keharuman Bunga Orkid, Taman Di Raja, Taman Inovasi, Taman Jamuan Teh dan Longest Landscaped Vertical Wall.

Sementara itu, komponen-komponen lain yang sinonim dengan Floria Putrajaya masih dikekalkan seperti Bazar Jualan Bunga, Laman Seni, Jualan Kraf dan Cenderamata, perkhidmatan urutan serta jualan makanan dan minuman. Lebih dari 200 aktiviti dan program harian akan dijalankan sepanjang Floria Putrajaya 2013 termasuk ceramah dan bengkel perkebunan, demonstrasi gubahan bunga, hiburan, pertandingan fotografi dan lukisan cat air, penghasilan kraftangan dan bermacam-macam lagi.

Floria Putrajaya merupakan pameran bunga dan taman berbentuk festival yang dianjurkan oleh PPj semenjak tahun 2007. Ia dijadikan acara tahunan semenjak tahun 2009 kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pengunjung. Festival ini mempamerkan produk-produk komersial dari industri hortikultur dan landskap, pertunjukan taman, demonstrasi oleh pereka taman dan pertunjukan bunga-bungaan dari dalam dan luar negara di mana kesemua tarikan ini akan dipersembahkan di dalam suasana taman.

Floria Putrajaya 2013 akan dibuka kepada lawatan umum mulai 22 Jun 2013 hingga 30 Jun 2013 dari 9:00 pagi – 10:00 malam (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (Jumaat hingga Ahad). Masuk adalah PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: laman web ini

LIKE Facebook: Perbadanan Putrajaya

Sila follow hashtag #FloriaPutrajaya2013 di Twitter, Facebook dan Instagram atau keek untuk lihat kemaskini dari pengunjung.

Floria-Putrajaya-2013

Komen via Facebook

Komen

Sekitar Pelancaran Carnival Little Red Cube Nusajaya

Posted: 11 Jun 2013 06:21 PM PDT

Masuk ni, dah kali ketiga Budiey menjejakkan kaki di bumi Nusajaya Johor. Setiap kali datang ke sini, dalam hati terdetik, wah, pembangunannya sangat pesat membangun. Kali pertama datang lain, kali kedua pulak lain. Cepat betul pertumbuhan dan perubahan dari masa ke semasa. Kepada anda Johorians sekalian, Budiey rasa tidak perlu lagi pergi jauh lagi untuk makan angin dan jalan-jalan, berlibur bersama keluarga. Yang dekat ni, tidak kurang hebatnya.

Nah! Nusajaya kini dah ada tersedia segala-galanya untuk anda!

Little Red Cube - perfect place for family and friends get together, to play, dine and shop!

Pada 5 Jun lalu, Budiey berpeluang mengintai suasana sekitar Pelancaran Carnival di Kompleks Little Red Cube, sebuah kompleks yang ada segalanya terletak di Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, Johor. Karnival ini berlangsung dari 4 Jun sehingga 23 Jun 2013 dan masuk adalah PERCUMA!

Bagi anda yang nak datang ke Little Red Cube, hanya mengambil masa 25 minit memandu dari Senai International Airport Johot Bahru, 20 minit memandu dari Singapore via Malaysia – Singapore Second Link, 5 minit berjalan kaki dari Puteri Harbour International Ferry Terminal dan 3 1/2 jam memandu dari Kuala Lumpur via North South Highway. Mudah kan?

Seawal jam 6 pagi, Budiey sudah terpacak di KLIA untuk terbang ke Johor Bahru. Setelah terbang selama 40 minit, penerbangan dari jam 7.30 pagi itu telah membawa Budiey tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai lalu langsung dibawa dengan bas shuttle yang disediakan untuk singgah ke Traders Hotel, Puteri Harbour yang terletak berhampiran dengan Little Red Cube.

Jika anda ingin ke sini untuk percutian yang panjang, bolehlah menginap di Hotel Traders memandangkan hotel ini adalah hotel yang paling dekat dengan pusat membelah belah ini. Difahamkan untuk ke Legoland pun sangat dekat dari sini, hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Untuk kemudahan anda, bas shuttle ke Legoland Malaysia dari Traders Hotel, Puteri Harbour turut disediakan secara PERCUMA ya.

harbour cafe

Perut masih kosong, minta diisi. Jadi, Budiey dibawa bersarapan di Harbours Café yang terletak di tingkat 1, Hotel Traders. Di sini, Budiey lihat banyak pilihan sajian pelbagai bangsa, Melayu, China dan India. Kalau beralih selera dengan makanan antarabangsa pun ada. Pendek kata, segala macam makanan yang anda mahukan ada di Harbours Cafe ni. Budiey sempat merakam video travelogue di Hotel Traders ini, jadi anda boleh tonton dengan 'subscribe' saluran Budiey.com di Youtube.

harbour cafe

Selepas mengisi perut, dek kenyang tak ingat dunia makan roti canai berperisa pisang 2 keping dan nasi berlauk, Budiey sempat jalan-jalan di sekitar hotel yang bertemakan ocean dan berkonsepkan moden ini. Suasana dekorasi dalam bilik hotel juga sangat selesa dan elegan.

Little Red Cube

Bayaran untuk menginap di hotel ini untuk satu malam bernilai RM380 Deluxe Room yang meliputi hidangan sarapan secara buffet untuk 2 orang. Bagi Budiey yang sentiasa mahu online, servis WiFi internet PERCUMA turut disediakan di setiap sudut hotel. Kami juga berpeluang untuk naik tingkat atas di mana terdapat kolam renang infiniti yang berlatarkan pemandangan sekitar Puteri Harbour. Sangat tenang dan damai suasana kat sini.

Little Red Cube

Selepas melihat ruang hotel seimbas lalu, Budiey turun menuju ke lokasi di mana berlangsungnya 'Media Launch'.

Oleh kerana pagi masih awal lagi, Budiey mundar-mandir dan jalan-jalan dulu melihat apa yang ada di Carnival @ Little Red Cube.

Wah! Bukan main happening lagi, sebab Budiey lihat banyak sekali aktiviti disediakan kepada pengunjung. Antara aktiviti menarik ialah Painting Suncatcher di mana kanak-kanak berpeluang untuk menunjukkan kreativiti mereka dengan mewarna aksesori. Ada juga Clowning Ensemble di mana kanak-kanak akan dihiburkan oleh badut yang Budiey lihat sentiasa berlegar-legar di sekitar Carnival.

Selain dari 'Inflatable Castle' yang mengujakan kanak-kanak dengan istana belon berwarna-warni, kat sini juga ada 'Jumbo Sumo Wrestling' yang Budiey rasa tak kurang happening bila kita dapat melepaskan geram dan stress dengan menumbuk seperti jaguh Sumo.

Little Red Cube

Aktiviti lain seperti 'Helium Remote Control Fish' di mana pengunjung akan terpesona dengan ikan terbang yang terapung menggunakan gas helium berterbangan di ruang Carnival ini, ada juga tempat untuk anda lihat lukisan potret anda dilukis oleh pelukis karikatur dan yang bestnya, ada pertandingan 'Mencari Harta Karun' di mana korang boleh menyertai bersama anak-anak anda sambil menerokai apa yang ada di Little Red Cube. Pendek kata, semua aktiviti yang disediakan di sini sangat menyeronokkan, sesuai dengan seisi keluarga.

Budiey difahamkan, ada juga 'Live Entertainment' di sini di mana terdapat persembahan kumpulan rock yang menghiburkan pengunjung pada waktu malam di Olive Tree.

Carnival Little Red Cube di Nusajaya Johor

Untuk info pembaca di Little Red Cube ini juga sebenarnya ada pusat hiburan tema untuk seisi keluarga seperti Sanrio Hello Kitty Town dan The Little Big Club. Budiey dah pun masuk dan meninjau-ninjau apa yang ada kat dalam. Nampak kanak-kanak semua seronok dapat bertemu, melihat pertunjukan istimewa dan bermain dengan Bob The Builder, Barney & friends, Angelina Ballerina, Pingu the Penguin, Thomas & friends.

Tidak lupa juga di sini terdapat satu-satunya, restoran unik yang direka khas dengan inspirasi seorang pelukis komik terkenal Lat iaitu LAT's Place. Selain dapat membeli barangan cenderahati Lat, di sini juga pengunjung dapat menikmati hidangan istimewa dengan hiburan yang unik, ada lagu-lagu yang berlatarkan animasi kartun Lat, persembahan tarian dan macam-macam lagi. Kalau nak cuba, kenalah datang.

Tidak ketinggalan juga, di Little Red Cube juga terdapat outlet dan kedai-kedai untuk membeli belah yang telah pun dibuka kepada pengunjung seperti Toy'R'Us, Poney, Avenue Kids, Olive Tree Kitchen & Bar, Crepe Signature, Shihlin Taiwanese Street Snacks, House of Mini Cupcakes, Caring Pharmacy dan MyNews.Com.

Budiey difahamkan sebanyak 88 buah outlet yang disediakan namun sekarang ini hanya 18 outlet sahaja yang telah dibuka. Antara kedai yang belum dibuka ialah Starbucks, Sushi King, Brussels Cafe', Chatime, WorldSpan dan banyak lagi!

Sekitar Pelancaran Carnival Little Red Cube

Sempena dengan Majlis Pelancaran Kompleks Membeli Belah Little Red Cube (LRC), satu karnival diadakan untuk kunjungan dan keseronokan seisi keluarga.

Sekitar jam 10.30 pagi, Dato' Eddy Leong selaku Chief Operating Officer of of Destination Resorts and Hotels telah merasmikan Carnival bersempena dengan Little Red Cube ini. Karnival ini berlangsung dari 5 Jun hingga 23 Jun 2013 yang bakal memberi keseronokan kepada setiap yang hadir.

Dato' Eddy Leong berkata:

"Kami percaya dengan adanya Little Red Cube ini dapat membuka lembaran baru untuk anda dan keluarga datang berhibur sambil bersantai bersama-sama. Banyak tempat menarik untuk dikunjungi dan kami akan pastikan anda pulang dengan penuh keseronokan. Saya ingin menyeru kepada anda semua supaya mewar-warkan tentang karnival ini dan mengajak kawan-kawan dan kenalan untuk sama-sama datang ke sini."

Majlis dimeriahkan dengan persembahan dan juga pertunjukan fesyen catwalk dari kanak-kanak comel dan cute dengan mengenakan pakaian tajaan dari Poney.

Memanglah, sehari tak cukup untuk lepak-lepak dan jalan-jalan kat Little Red Cube sebab kawasan dia sangatlah luas iaitu seluas 4.2 ekar. Lokasi yang strategik yang berhampiran dengan waterfront Marina, Puteri Harbour sudah pasti akan menjanakan ekonomi setempat dan menyediakan satu lagi destinasi menarik untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga.

Little Red Cube

Selepas mendaftarkan nama sebagai media yang hadir, Budiey sempat mengambil gambar dan merakam beberapa klip video di sini. Budiey lihat, ramai sekali media yang hadir untuk buat liputan pelancaran ini.

Little Red Cube

Acara dibuka dengan persembahan gendang ala The Stomp. Meriah, happening dan ia satu simbolik dengan acara di Carnival ini.

Little Red Cube

Emcee pada hari itu sempat bercerita secara ringkas tentang Carnival @ Little Red Cube.

Little Red Cube

Antara media yang hadir, tak lepas peluang untuk merakam aktiviti dan gambar sekitar pelancaran.

Little Red Cube

Little Red Cube

Gimik pelancaran Carnival @ Little Red Cube.

Little Red Cube

Kata-kata aluan dari Dato' Eddy Leong, Chief Operating Officer of Destination Resorts and Hotels.

Little Red Cube

Bergambar bersama yang terlibat menjayakan Carnival @ Little Red Cube

Little Red Cube

Selepas pelancaran, turut dpersembahkan pertunjukan fesyen dari kanak-kanak yang mengenakan pakaian dari Poney. Comel sungguh mereka ini.

Little Red Cube

Little Red Cube

Little Red Cube

High Heels Race - pre carnival activities at Little Red Cube

Pram Race - pre carnival activities at Little Red Cube

Car Race Challenge - pre carnival activities at Little Red Cube

Untuk info lanjut, silalah layari:

LIKE Facebook: www.facebook.com/littleredcube
Lawat Laman Sesawang www.littleredcube.com
Pembelian Tiket Puteri Harbour Family Theme Park www.playtime.com.my

Carnival Little Red Cube di Nusajaya Johor

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories