RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Showcase Dayang Nurfaizah di The Venue Pavilion KL

Posted: 12 Jun 2013 08:58 PM PDT

Dayang Nurfaizah, bintang R & B Malaysia, bersedia untuk memukau peminat-peminatnya bertempat di The Venue, Pavilion KL pada 23 Jun 2013, jam 8.30 malam. Sukar untuk dipercayai, tetapi penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak ini telah melibatkan dirinya dalam industri muzik sudah 14 tahun, dan melalui persembahan khas ini, Dayang ingin memberi penghargaan beliau atas segala sokongan peminatnya yang telah diterima selama ini.

Dayang berkata,

"Kasih dan sokongan peminat-peminat teramat bermakna pada saya, kerana dengannya, saya masih dapat meneruskan kembara saya dalam arena muzik."

Showcase Dayang Nurfaizah akan diadakan di The Venue, Pavilion KL pada 23 Jun 2013, jam 8.30 malam

Pada malam itu, peminat semestinya akan terhibur dengan gandingan pemuzik terbaik Malaysia, di bawah pimpinan Jenny Chin, yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair. Penonton akan tentunya tidak sabar untuk bersama dengan Dayang pada malam itu, kerana Dayang yang sememangnya terkenal dengan persembahan "live" beliau. Persembahan khas ini menjanjikan kelainan dalam persembahannya. "Lebih intim, lebih 'personal', lebih Dayang..", ujar Dayang.

Dayang yang sentiasa tampak anggun dan bergaya menambah, "Saya amat teruja dantidak sabar rasanya untuk bersama dengan semua peminat-peminat pada malam itu. Sebagai bonus, saya akan menyanyi lagu 'Bisikan Rindu', lagu tema dari drama bersiri Astro Mustika – Dahlia ".

Persembahan khas ini menjanjikan yang terbaik dari Dayang yang akan membawakan lagu-lagu yang telah dipilih dengan teliti dari album beliau, termasuk juga beberapa lagu cover . Bayaran masuk untuk persembahan istimewa ini adalah RM70 (termasuk satu minuman ringan). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 2143 3022 / 03 2110 2800

Dayang Nurfaizah Live at The Venue

Komen via Facebook

Komen

Chow Kit Dicalonkan Untuk Asia Image Apollo Awards

Posted: 12 Jun 2013 08:15 PM PDT

Chow Kit, filem terbitan Grand Brilliance yang dipersembahkan oleh Primeworks Studios, telah menerima tiga pencalonan untuk Asia Image Apollo Awards, termasuk Arahan Terbaik (Format Panjang), Sinematografi Terbaik dan Arahan Seni Terbaik. Malam Anugerah Apollo ini akan diadakan di Marina Bay Sands, Singapura pada 18 Jun 2013.

Dianjurkan oleh Contineo Media, Anugerah Apollo mengiktiraf industri-industri produksi dan pasca-produksi terbaik di rantau Asia Pasifik. Mencari lebih daripada jalan cerita dan kejayaan komersil, Asia Image Apollo Awards memberi penghormatan kepada kecemerlangan kreatif dan teknikal sesebuah produksi. Panel-panel hakim bagi majlis anugerah ini terdiri daripada pakar-pakar industri terkemuka termasuk Tim Yip, pemenang Anugerah Oscar dan pengarah seni filem-filem seperti Crouching Tiger Hidden Dragon dan Red Cliff. Dayne Cowan, penyelia kesan visual bagi filem-filem ternama seperti Harry Potter and the Deathly Hallows dan juga Batman Begins turut menyertai panel penghakiman tersebut.

Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengurus Besar Grand Brilliance, berkata,

"Terdapat begitu banyak aspek kreatif dan teknikal yang diperlukan untuk menjayakan sesebuah filem dan kami amat mengagumi pihak Asia Image Apollo Awards kerana memberi pengiktirafan atas kerja keras yang dilakukan oleh penggiat-penggiat bidang produksi dan pasca-produksi. Kami di Grand Brilliance sentiasa berusaha untuk memperbaiki aspek teknikal filem-filem kami untuk memastikan hasil produksi yang berkualiti tinggi, dan penyertaan filem Chow Kit dalam Anugerah Apollo ini menyemarakkan lagi semangat kami untuk terus meningkatkan prestasi filem-filem kami."

Pencalonan Chow Kit bertambah lebih bermakna kepada para pengarah filem tersebut, Rosihan Zain dan Brando Lee, atas kerjasama pertama mereka dalam pengarahan filem. Filem ini menggunakan teknik penceritaan yang unik, di mana jalan cerita filem itu dibahagikan kepada dua bahagian untuk memberi penonton-penonton gambaran holistik tentang kancah kehidupan penghuni-penghuni lorong Chow Kit.

Bahagian pertama diarahkan oleh Rosihan dan menyingkap kisah hidup sekumpulan kanak-kanak jalanan, manakala bahagian kedua, arahan Lee, menceritakan tentang kehidupan seorang ahli gengster yang telah insaf dan cuba untuk melarikan diri dari masa silamnya yang perit.

"Kami berasa amat teruja untuk bertanding bersama produksi-produksi ternama seperti dokumentari 3D dari Australia, Storm Surfers 3D dan filem terkenal dari negara India, Jalpari: The Desert Mermaid yang telah memenangi beberapa anugerah sebelum ini. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang tercalon, dan kami kini menunggu pengumuman Anugerah Apollo ini dengan penuh debaran," ujar Tengku Iesta lagi.

Chow Kit menceritakan tentang sekumpulan kanak-kanak terabai di Chow Kit yang terpaksa menjalani kehidupan yang penuh dugaan. Apabila salah seorang daripada mereka dirogol, kumpulan kanak-kanak itu bersatu untuk mencari keadilan bagi pihak kawan baik mereka itu. Pada masa yang sama, seorang ahli gengster yang baru dibebaskan daripada penjara berazam untuk memulakan hidup baru. Walau bagaimanapun, dia terperangkap oleh kegiatan masa lalunya dan terpaksa mengambil satu tugasan akhir. Apabila tugasannya itu akhirnya membawa padah, dia mesti memilih jalan yang benar agar tidak kembali meringkuk di dalam penjara.

Chow Kit

Chow Kit

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories