RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Telemovie Diari Hatiku Lakonan Fahrin Ahmad & Izreen Azminda

Posted: 13 Jun 2013 09:24 PM PDT

Masih lagi dalam 'mood' meraikan golongan bergelar bapa yang disambut pada 16 Jun depan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi tayangan sebuah telemovie khas Hari Bapa yang memaparkan plot kisah pengorbanan seorang anak dalam mengembalikan kegembiraan seorang ayah bertajuk "Diari Hatiku" yang menampilkan gandingan lakonan hebat Fahrin Ahamd, Izreen Azminda, Fauziah Nawi dan Dato' Rahim Razali, telemovie disiarkan pada 18 Jun 2013, jam 10.00 malam di TV2.

Telemovie "Diari Hatiku" Lakonan Fahrin Ahmad, Izreen Azminda, Fauziah Nawi dan Dato' Rahim Razali pada 18 Jun 2013, jam 10.00 malam di TV2

Kisah kemasyarakatan yang menyentuh perasaan mengisi slot Citra ini berlegar sekitar kisah watak utama pemuda bernama Suffian merupakan pemilik sebuah syarikat percetakan yang menerbitkan novel-novel dan sedang berusaha untuk mencari cerita yang menarik kerana syarikatnya sudah lama tidak tidak menghasilkan novel yang meletup.

Di syarikat tersebut, Suffian berkawan rapat dengan setiausahanya bernama Maria. Suffian juga rapat dengan dua orang tukang cuci di pejabatnya, iaitu Mak Long dan Mak Ngah. Suffian menganggap mereka seperti ibunya kerana ibu Suffian sudah meninggal dunia.

Malangnya Maria tidak begitu suka dengan Mak Long dan Mak Ngah dan mereka sering diherdik oleh Maria tanpa pengetahuan Suffian. Suffian masih tidak mahu berkahwin kerana mahu menjaga ayahnya yang uzur. Setiap hari Suffian melihat ayahnya membaca diari.

Suffian merasa pelik bila melihat setiap kali ayahnya membaca diari tersebut, ayahnya akan menangis. Satu hari semasa ayahnya tidur, Suffian cuba untuk mendapatkan diari tersebut tetapi tidak berjaya. Beberapa kali dicuba, tetapi masih tidak berjaya. Diari tersebut dipeluk kemas oleh ayahnya. Suffian juga meminta bantuan dari jururawat ayahnya tetapi jururawat tersebut menolak.

Akhirnya bila ayah Suffian terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubatnya, suffian Berjaya mendapatkan diari tersebut, itu pun setelah puas memujuk ayahnya agar pergi bersama pemandunya dan ditemani jururawatnya. Dengan penuh debaran, Suffian membuka diari tersebut.

Rupa-rupanya kandungan diari itu mengandungi kisah sebenar tentang kisah lampau ayah dan ibunya. Percintaan mereka terhalang oleh keadaan. Suffian menangis, airmatanya mencurah-curah dan tiba-tiba ayahnya pulang dari hospital. Suffian berlari memeluk Sulaiman dan bertanya dimanakah ibunya yang dikatakan mati selama ini. Sulaiman terkejut kerana diarinya berada di tangan Suffian.

Maka bermulalah pengembaraan Suffian untuk mencari ibunya. Pada mulanya, Suffian ke pejabatnya untuk menerbitkan novel "Diari Hatiku". Baginya itulah cerita yang dicari-cari selama ini dan rupa-rupanya cerita tersebut adalah kisah benar dan berkaitan dengan dirinya.

Pertama, Sulaiman ke rumah anak- anak yatim tempat ibunya dibesarkan. Menurut fail-fail, ibu Suffian rupa-rupanya telah di hantar oleh ibu saudaranya di Sri Kembangan. Maka di sana lah tempat yang di tuju Sulaiman. Tiba di sana, ibu saudara kepada ibu Sulaiman telah meninggal dunia dan anaknya tidak mengenali ibu Suffian tetapi arwah ibunya pernah berkata yang ibu Suffian bekerja sebagai orang gaji di rumah Dato'Awang di Wangsa Maju.

Maka bergegaslah Suffian ke Wangsa Maju. Setelah puas mencari, akhirnya rumah Dato' Awang ditemui. Malangnya, Khatijah telah 5 tahun berhenti tetapi sebulan sekali Khatijah akan datang ke situ kerana dia rapat dengan anak perempuan Dato' Awang yang dijaganya sejak kecil lagi seperti anaknya sendiri.

Tiba-tiba jururawat yang menjaga ayahnya muncul, Suffian terkejut. Jururawat mengatakan yang dia sanggup menjaga ayah Suffian adalah kerana ibu Suffian. Setelah puas dipujuk, barulah Suffian mengetahui yang ibunya sudah lama bekerja di pejabatnya semata-mata untuk menatap wajahnya setiap hari. Suffian menangis tersedu-sedu. Lebih terkejut lagi apabila mengetahui bahawa tukang sapu sampah dipejabatnya, iaitu Mak Long adalah ibunya.

Dengan sepantas kilat, Suffian berlari ke pejabatnya. Dia mencari Mak Long di merata tempat. Maria memarahinya kerana sibuk mencari orang gila tersebut. Dengan linangan air mata, Suffian mengatakan yang orang gila tersebut adalah ibunya. Maria terkejut dan terduduk. Setelah mendapat alamat ibunya, Suffian bergegas ke sana. Bertambah pilu hatinya apabila melihat ibunya menetap di kawasan setinggan yang daif dan kotor.

Tiba di sebuah rumah, Suffian melangkah masuk, ibunya terlantar sakit. Suffian terus memeluk ibunya. Jiran-jiran tetangga yang melihat semua menangis. Sempena Hari Bapa, Suffian membawa ibunya untuk dihadiahkan kepada ayahnya. Ayahnya juga telah menghadiahkan kepada Suffian jururawatnya.

telemovie diari hatiku

Fahrin Ahmad

babak sedih

babak anak beranak

babak dalam drama ini

babak konflik

Komen via Facebook

Komen

Cinta Lokasi Beego & Linda Hashim Dalam Drama Seuntai Tasbih

Posted: 13 Jun 2013 09:06 PM PDT

Bagaikan skrip drama pertemuan ketika mereka sama-sama berlakon drama bersiri "Seuntai Tasbih" yang menjalani penggambaran di Jakarta, Indonesia pada Mei tahun lalu memberi kesan buat dua pelakon Linda dan Beego yang baru disatukan sebagai pasangan suami isteri baru-baru ini.

beego-dan-linda-hashim

Justeru kepada peminat setia mereka usah ketinggalan berkongsi momen-momen indah lakonan bersama mereka yang mempertemukan 'cinta lokasi' pasangan dua sejoli ini dalam drama bersiri mengisi slot Galeri Famili yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 13 Jun ini, setiap Khamis, jam 2.30 petang menerusi saluran TV2. Selain Beego dan Linda Hashim, 13 episod drama ini turut dibintangi oleh Rosnah Johari, Ilya Senario dan Heela Monica.

Drama Bersiri "Seuntai Tasbih" Pertemukan 'Cinta Lokasi' Beego dan Linda Hashim setiap Khamis, jam 2.30 petang di TV2

Ia mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja wanita bernama Shila yang tinggal bersama ibunya yang telah lumpuh, Mariam dan ayah tirinya bernama Jaafar. Begitupun sejak kematian ayah kandungnya, Shila telah berubah sikap menjadi nakal dan gemar berpeleseran.

Kemunculan Ustaz Akhil di bandar itu dan mengajar kelas agama telah mempertemukan Akhil dengan Jaafar. Jaafar kemudiannya meminta Akhil membantunya menjaga kebun. Jaafar menganggap Akhil tak ubah seperti anaknya sendiri.

Shila pula bercinta dengan Jeman seorang pelajar Indonesia yang sedang menjalankan kajian di Malaysia. Setelah Jeman pulang ke Indonesia, Shila melarikan diri dari Malaysia mahu mengikut kekasihnya itu pulang ke negara asalnya.

Akhil diterima menyambung pelajarannya di sebuah universiti di Indonesia. Dia berkawan rapat dengan seorang kenalan kuliahnya bernama Mazlina yang sama-sama menuntut di sana. Dalam diam Mazlina menaruh harapan cinta pada Akhil namun Akhil masih baru mengenalinya.

Akhil juga bekerja secara sambilan di sebuah majalah dan berkenalan pula dengan gadis bernama Fatiha, anak kepada pemilik sebuah syarikat penerbitan majalah. Hubungan mereka kemudiannya menjadi semakin akrab.

Satu hari, Akhil telah bertemu dengan Shila. Shila menceritakan kesusahannya kepada pemuda itu. Di sana Shila hidup berpeleseran dan mahu kembali ke kampung. Akhil nekad mahu membimbing Shila kembali ke jalan yang benar.

Namun setibanya di kampung, Shila terpaksa menerima kenyataan ibunya telah meninggal dunia. Shila benar-benar terkilan dan amat sedih menerima kenyataan itu. Justeru dia memutuskan untuk memenuhi wasiat terakhir arwah ibunya yang mengharapkan Shila bersuamikan Akhil.

Begitupun sebenarnya masihkan ada ruang buat Shila merebut cinta Akhil yang turut sama dicintai oleh Mazlina dan Fatiha? Saksikan kesudahan 13 episod drama menarik ini hanya di TV2.

watak Beego sebagai Ustaz Akhil

Beego dalam drama ini

Ilya turut bintangi drama bersiri ini

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories