RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Marion Caunter Hamil Anak Kedua

Posted: 16 Jun 2013 10:02 PM PDT

Di pagi Isnin yang damai ini, Budiey menerima berita yang gembira daripada seorang pengacara popular yang jelita iaitu, Marion Caunter di mana beliau mengumumkan sedang hamil anak kedua menerusi akaun Instagram miliknya, pagi tadi. Wah, murah rezeki betul Marion dan suami. Nampaknya Leia Rose nak dapat adik la tak lama lagi. Tahniah Budiey ucapkan.

Pengacara E! News Asia berusia 32 tahun ini turut memuat naik sekeping foto yang menunjukkan perutnya yang jelas kelihatan membonjol. Yeay!

Marion Caunter

"Yup! Leia Rose is gonna be a big sister. @smnasarudin and I are thrilled and feel so blessed. Pls keep us in your prayers for a smooth and safe journey (Ya, Leia Rose bakal menjadi kakak. Saya dan SM Nasarudin sangat teruja dan bersyukur. Doakan kami supaya semuanya berjalan dengan lancar),"

Marion dan SM Nasarudin telah berkahwin pada 16 Disember 2010 dan menyambut kelahiran anak pertama mereka, Leia Rose pada hari ulang tahun pertama perkahwinan.

Marion Caunter

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Betul Ke Sabhi Saddi Sudah Berkahwin & Ada Anak?

Posted: 16 Jun 2013 07:33 PM PDT

Kecoh dan hangat pada minggu lepas, penyanyi Sabhi Saddi menjadi bahan gosip di laman sosial apabila dikatakan sudah pun bernikah secara sah dengan seorang gadis yang bernama Rosi Aswani Abdul Razak, 27 tahun, berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Penyanyi kelahiran Sabah, Sabhi Saddi didakwa telah berkahwin secara diam-diam dan lebih mengejutkan, hasil perkahwinan peserta Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua itu dikatakan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang juga dirahsiakan identitinya. Wah, senyap-senyap ye, tak nak kasi orang tahu. Pandai betul Sabhi sembunyikan sebab hanya orang tertentu je yang tahu.

Jom kita tanya Sabhi Saddi, betul ke gossip ni?

"Ya, saya sudah berkahwin pada Julai tahun lepas di Kuala Lumpur. Isteri saya bernama Rosi Aswani Abdul Razak, 27, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Dia merupakan orang biasa. Kami diperkenalkan oleh kawan. Saya tak terfikir pun hubungan kami akan menjadi serius. Namun selepas rapat sebagai kawan selama setahun, kami ambil keputusan untuk berkahwin. Apa yang boleh saya katakan, ia sudah rezeki dan jodoh kami. Kami sudah dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia empat bulan, Sofea Reesya".

Merahsiakan perkahwinannya atas sebab privasi tetapi Sabhi akan memperkenalkan anak dan isterinya pada hujung tahun ni.

"Sebelum ini saya bimbang kalau saya hebohkan tentang perkahwinan kami, orang akan kata macam-macam. Sebab, ada peminat suka saya berkahwin dan ada juga yang tidak suka. Sebelum ini, bagi saya, biarlah rakan-rakan rapat dan keluarga terdekat sahaja yang mengetahui tentang perkahwinan kami itu", katanya akan menyambut Aidilfitri di rumah keluarga isteri di Pasir Mas, Kelantan."

Bagi pelantun lagu Nadiku ini, perkahwinan adalah hal peribadi dan tidak perlu dihebohkan, namun akhirnya kini semuanya sudah diketahui umum.

Sabhi

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories