RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Shila Amzah Jawab Isu Gambar Tayang Badan

Posted: 20 Jun 2013 05:25 PM PDT

Niat biasanya disalah ertikan. Itulah, mungkin niat Shila Amzah berkongsi gambar dengan peminatnya baru-baru ini mencetuskan satu lagi kontoversi. Bagi Shila, itu je lah caranya untuk sentiasa membuat peminat dekat dengan dirinya. Kerana itu juga dia tidak kisah untuk memuatnaik naik gambar mahu pun status yang memberitahu atau mengemaskini apa yang sedang dilakukannya.Mungkin niat Shila Amzah ini baik iaitu sekadar mahu berkongsi perkembangan terbarunya kepada peminat, yang mana beliau sekarang ni asyik dengan hobi bersenam untuk menguruskan badan. Tapi lain pula yang berlaku, kesan dari perbuatannya itu.

Pada 7 Jun lalu, Shila Amzah berkongsikan gambar di Instagram miliknya dengan meletakkan foto separuh badan seorang wanita yang dipercayai adalah dirinya yang bersedia untuk bergerak ke gymnasium untuk sesi senaman rutin.

Shila Amzah

Bagaimanapun tidak sampai pun setengah jam gambar itu dimuat naik, banyak komen dari peminat yang meminta Shila Amzah memikirkan semula tindakannya memuat naik gambar tersebut selain mengatakan ianya tidak kena dengan imej bertudung beliau ketika ini. Tidak kurang juga peminat beliau yang mempertahankan pemakaian baju Shila Amzah dalam gambar ini kerana bersesuaian dengan rutin senamannya. Sikit sebanyak isu ini membuatkan masyarakat sangat marah lalu melontarkan pelbagai kejian.

Menurut Shila Amzah, tindakannya memuat naik gambar tersebut hanyalah bertujuan untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya. Gadis berusia 23 tahun itu tidak pernah menyangka perkara tersebut mencetuskan kemarahan ramai.

"Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim. Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif."

Bagaimanapun, kata Shila dia mengambil positif kejadian tersebut sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berkongsi kegiatan hariannya.

Shila Amzah

Shila Amzah

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Yuna Mengakui Berkawan Rapat Dengan Jules

Posted: 20 Jun 2013 04:54 PM PDT

Pagi semalam, bertempat di Lobi Bangunan Pentadbiran Istana Budaya (bangunan baru) media Malaysia berkesempatan untuk menemubual Yuna melalui sidang video Skype di Los Angeles – Kuala Lumpur di Majlis Sidang Media Eksklusif Konsert Yuna bersama Yuna lintas langsung dari USA. Wah, canggihnya dunia sekarang, sidang media boleh buat dengan Skype je. Mungkin suatu hari nanti, media kita tak perlu lagi pergi ke sidang media, duk menaip kat rumah pun boleh.

Menurut, penyanyi Yunalis Zarai, beliau mengakui sedang mengenali hati budi Julian Schratter atau Jules selepas gambar mereka sering dimuat naik menerusi Instagram milik Yuna.

Beberapa hari lalu, hubungan rapat dan mesra itu mula dihidu setelah Yuna memuat naik beberapa gambar mesranya bersama Schratter di Instagram. Malah, menerusi muzik video terbarunya yang merupakan single pertama sejak bernaung di bawah syarikat rakaman, The Verve Music Group, I Wanna Go, Yuna turut menampilkan Schratter sebagai watak dalam video tersebut. Wow, seronok je tengok video klip ni sebab Yuna bersahaja dan spontan berlakon bersama Jules.

Enggan membiarkan peminat dan masyarakat terus membuat spekulasi liar, Yuna tampil memberitahu hubungannya bersama Schratter masih di peringkat awal.

yuna jules

Bagaimanapun enggan mengulas sejauh manakah hubungan mereka kerana mahu memberi perhatian kepada kerjaya nyanyiannya yang semakin rancak di Amerika Syarikat.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi mengenai soal peribadi tetapi apa yang boleh saya katakan, saya dan Julian sedang mengenali hati budi masing-masing dan selebihnya adalah peribadi untuk dikongsi di sini. Buat masa ini saya sangat sibuk untuk menyiapkan album kedua saya di Amerika yang dijangka berada di pasaran pada Oktober depan. Karier adalah keutamaan saya buat masa ini."

Tambahnya lagi kegagalan mempertahankan hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara, Qi Razali banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi kepada umum dan berharap peminat dan media memahami situasi itu.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang popular dengan lagu Terukir di Bintang ini bakal mengadakan konsert sulungnya di Istana Budaya bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 6 hingga 8 September depan. Harga tiket konsert itu dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

yuna

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories