RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Awi Rafael & Hanez Suraya Putus Cinta

Posted: 23 Jun 2013 08:59 PM PDT

Tiada angin ribut, cinta antara Awi Rafael dan Hanez Suraya dah putus. Ramai yang bertanya, apakah sebab atau punca cinta mereka putus? Soalan yang sama diajukan kepada penyanyi Awi Rafael mengambil pendirian untuk 'tutup mulut' dan enggan mengulas panjang berhubung isu putus cinta dengan pelakon Hanez Suraya. Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 27, menerusi laman Twitter sebaliknya berkata, dia hanya akan bercerita tentang perpisahan itu menerusi lagu-lagu yang bakal diciptanya sahaja.

"Sebagai tanda hormat kepada Hanez, kerana dia adalah wanita, saya tiada komen untuk dikongsikan. Biarlah saya bercerita menerusi lagu-lagu saya," katanya.

Hanez menerusi Berita Harian Ahad berkata, dia dan penyanyi kelahiran Singapura itu sudah pun berpisah selepas sekian lama bermasalah.

Malah pelbagai usaha telah dilakukan namun hubungan mereka masih gagal diselamatkan.

Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta lebih daripada setahun dan menyifatkan kegagalan hubungan itu bermula apabila Awi terlalu mengejar cita-cita untuk mengukuhkan kerjaya nyanyiannya sehinggakan Hanez terpaksa menarik diri daripada perhubungan itu.

awi rafael twit

Bagaimanapun, dalam status Twitter Awi, dia turut mendoakan bekas kekasihnya itu mendapat kebahagiaan dan rahmat bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Saya sentiasa doakan untuk Hanez. Semoga bulan Ramadan yang akan datang ini membawa ketenangan dan rahmat pada kamu sekeluarga. Amin dan Goodbye," ujarnya.

Dalam pada itu Awi turut menyatakan fokusnya kini hanya menjaga ibunya dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier seninya.

"Fokus saya sekarang adalah kepada ibu yang semakin tua dan kembara seni yang masih jauh. Doakan Awi InsyaAllah. Terima kasih kerana menyokong," tuturnya.

Komen via Facebook

Komen

Mohd Hanafi Rosdi Juara MyEkspresi

Posted: 23 Jun 2013 07:42 PM PDT

Kemenangan menyebelahi anak muda kelahiran Terengganu bernama Mohd Hanafi Rosdi pada malam kemuncak MyEkspresi yang berlangsung tanggal 22 Jun lalu. Graduan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu nyata mencuri tumpuan juri sekali gus meraih imbuhan istimewa wang tunai RM40,000.

Bukan itu saja, jejaka hitam manis itu juga menerima piala dan hadiah iringan seperti Ipad mini 64GB berserta wifi, Samsung Galaxy S4, pakaian sukan jenama Figos dan barangan elektrik tajaan Noudi. Tempat kedua diraih Mohd Nazri Zahauddin, Mohd Kamaludin Mohd Daud (ketiga) dan Tang Sook Kuan (keempat).

Mohd Hanafi Rosdi

Dihoskan Azhar Sulaiman bersama Raianna Abd Rahman, acara anjuran yang juga kerjasama strategi ketiga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan RTM itu tetap berlangsung dengan jayanya biarpun berdepan dengan masalah teknikal hingga membuatkan acara berakhir sedikit lewat daripada waktu ditetapkan.

Kemenangan Hanafi atau lebih mesra dengan nama Napi membuktikan kesungguhan dan iltizam tanpa mengenal erti putus asa menjadi medan buat dirinya bereksprimentasi menerusi paksi tarian. Sebelum MyEkspresi, Napi pernah menyertai pertandingan tarian So You Think You Can Dance (SYTYCD) Malaysia musim kedua terbitan 8TV.

"Kemenangan ini cukup bermakna dalam hidup saya. Malah saya cukup bertuah kerana mendapat sokongan bukan saja daripada ahli keluarga sebaliknya teman serta pensyarah di ASWARA. Saya pernah belajar di ASWARA untuk diploma dalam bidang tarian dan seterusnya di peringkat ijazah pula dalam seni rekaan tari.

"Saya juga pernah bersama teman ASWARA menyertai Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) ke-14 dan menerima lima pingat emas ketika beraksi di Hollywood Julai 2010. Ketika itu masih ingat lagi saya dan teman kumpulan Aswara Dance Company berdepan dengan masalah mendapat penajaan untuk ke Hollywood.

"Tetapi semuanya bagaikan berbalas dengan kejayaan kami di sana termasuk menggondol gelaran Juara Dunia dalam kategori tarian. Tahun ini, tuah milik saya untuk MyEkspresi pula. Menerusi kemenangan ini juga saya bercadang untuk membuka studio tarian untuk melatih kanak-kanak menari. Saya memang minat mengajar," katanya.

Menurut Napi lagi, dunia seni tarian memang cukup sebati dalam jiwanya sekalipun di awal perjalanannya ketika di ASWARA, dia belum sedar dirinya mempunyai kebolehan dalam bidang berkenaan. Sebelum menyertai MyEkspresi pun Napi pernah bekerja di ASWARA Dance Company selama dua tahun.

"Ketika bekerja di situ saya terus mempelajari dan mempertajamkan skil dalam dunia tarian dan koreografi. Malah kalau ada yang sedar, saya memang gemarmengadunkan elemen tradisional dan moden. Sebagai contoh menerusi persembahan saya untuk tarian Randai Storm, saya adukan ia menjadi kontemporari.

"Saya mahu mengajak bakat muda yang ingin berjinak-jinak dalam dunia tarian supaya tidak melihat dunia tarian hanya untuk orang lama. Dengan kreativiti yang ada, kita boleh jadikan ia lebih 'muda' dan mengikut aliran semasa," katanya bersemangat.

Sementara itu, Pengarah Kanan Sektor Dasar, Perancangan dan Penyelarasan JKKN, Mohamed Adnan Hamzah berkata, pertandingan ini boleh dianggap sebagai pemangkin kepada arus pembangunan kreatif negara.

"JKKN juga tidak mahu ketinggalan dalam menggalakkan serta menjadi pemangkin kepada arus pembangunan industri kreatif di negara kita. Justeru, apabila peluang kerjasama sebegini diadakan di antara stesyen penyiar utama negara RTM; JKKN komited terhadap keperluan menyediakan generasi kreatif bagi pencungkilan bakat mencipta gerak tari atau koreografer dari segenap pelusuk negara untuk merealisasikan program realiti tv MyEkspresi.

"MY EKSPRESI telah berjaya mencetuskan semangat generasi muda Malaysia untuk merancakkan idea kreatif mereka. Kreativiti merupakan sesuatu yang berasaskan bakat, kebolehan yang dirancang secara bersepadu oleh individu atau kumpulan dengan mengambil kira nilai-nilai seni dan budaya tempatan serta penggunaan teknologi bagi menghasilkan produk yang berkualiti bagi memenuhi pasaran,"kata Mohamed Adnan.

Mohd Hanafi Rosdi

Mohd Hanafi Rosdi

Mohd Hanafi Rosdi

Mohd Hanafi Rosdi

Mohd Hanafi Rosdi

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories