Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Betul Ke Benjy Mengamuk Tumbuk Jurugambar? Posted: 27 Jun 2013 08:00 PM PDT Pada muka depan Harian Metro hari ini terpampam berita tentang seorang pelakon yang ditahan positif Syabu telah mengamuk dan bertindak agresif. Melihat pada wajah yang dikaburkan dan Budiey juga ada menyiarkan berita tentang Benjy ditahan semalam, sudah pasti kita tahu siapa yang dimaksudlkan. Semalam kita dikejutkan dengan berita penahanan anak kepada pelakon veteran Azean Irdawaty, Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim untuk kali kedua berkaitan salah guna dadah. Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dilaporkan telah bertindak agresif selepas di reman di Mahkamah Majistret Ampang kerana kes dadah di Pandah Indah Selangor. Pelakon berusia 30-an yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan dadah kelmarin, 'mengamuk' dengan menumbuk jurugambar ketika dia bersama rakan yang turut ditahan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang, di sini untuk polis mendapat perintah reman, semalam. Pelakon berusia 35 tahun itu ditahan bersama lima rakannya termasuk dua wanita berusia antara 27 hingga 38 tahun dalam sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, di sini, pagi kelmarin.Hasil penahanan itu, empat daripada mereka didapati positif dadah selain polis turut menemui 4.7 gram dadah disyaki syabu yang disorok dalam beg di salah sebuah bilik kediaman berkenaan. Antara ditahan itu adalah bekas pembantu peribadi pelakon berkenaan yang pernah ditangkap bersamanya pada 2010. Pelakon itu memakai baju-T kelabu dan seluar jean menundukkan mukanya ketika dibawa masuk ke bilik mahkamah majistret kira-kira jam 11 pagi dan keluar satu jam kemudian selepas mendapat perintah reman selama tiga hari bermula semalam. Peguamnya, P G Cyril ketika ditemui berkata, anak guamnya dan lima yang ditahan itu direman hingga 29 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman keenam-enam mereka. Sumber: Harian Metro & Utusan Malaysia Komen via Facebook |
| Betul Ke Aaron Aziz Pernah Jadi Gangster Semasa Remaja? Posted: 27 Jun 2013 07:21 PM PDT Semalam, semasa Sidang Media sempena Pelancaran Biografi Aaron Aziz di saluran E! Entertainment, pelakon filem Lari, Aaron Aziz telah mendedahkan dia pernah menyertai satu kumpulan gangster di Singapura. Wow, patutlah lakonan Aaron Aziz sangat cemerlang kalau berlakon babak-babak ganas ala gangster ni. Kalau tak caya, cuba tengok lakonan Aaron dalam KL Gangster. Pergh! Mantap! Rupanya, beliau ada pengalaman yang melakukan aktiviti tidak bermoral pada zaman remajanya. Menurut Aaron, dia sering dianggap lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang pada ketika itu. Akan tetapi, sekarang tak lagi, Aaron Aziz sudah bebas dari kumpulan gangster tersebut. Itu cerita lama, cerita semasa beliau remaja. Biasalah masa tu, Aaron berdarah muda. Semua benda dia nak cuba dan explore. Setidak-tidaknya, pengalaman bergaul dengan golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di sekeliling.
Peminat Aaron Aziz atau Aaronators sekalian jangan risau dengan tajuk entri kat blog ni ya. Sebenarnya kru produksi saluran itu cuba mencari apa-apa kontroversi untuk dipaparkan dalam program itu. Aaron Aziz menyifatkan penyiaran program biografi khas untuknya ini sebagai satu penghormatan dan penghargaan buat dirinya. Aaron ditemui pada sesi temu bual eksklusif di restoran Bait bersempena pelancaran program biografinya yang akan disiarkan menerusi saluran E! Entertainment. Paling membanggakan, Aaron Aziz merupakan artis pertama di Asia yang berpeluang muncul dalam program itu berjudul E! Special: Aaron Aziz. Haha, mampu? Kisahnya terlibat dalam kumpulan gengster juga akan dikongsi dengan para peminat menerusi program itu yang akan disiarkan pada 7 Julai depan selama satu jam menerusi saluran Astro 712, E! Entertainment. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









0 ulasan:
Catat Ulasan