RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Betul Ke Maya Karin Kini Sedang Bercinta?

Posted: 03 Jun 2013 06:03 PM PDT

Pelakon dan penyanyi terkenal, Maya Karin mengakui yang dia sekarang ini sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun menjelaskan hubungan itu masih pada peringkat awal. Maya kata, sudah tiba masanya untuk dia membuka hati bagi menerima satu hubungan baru selepas gagal dalam rumah tangga bersama jejaka Inggeris iaitu Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2010. "Ya, saya sedang mengenali hati budi seseorang yang saya sudah kenal lama tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal. Sudah tiba masanya saya membuka hati namun biarlah hubungan ini berkembang secara perlahan-lahan."

Maya buat pengakuan semasa ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Bintang Syurga anjuran syarikat rakaman Warner Music Malaysia di Hotel Palace of The Golden Horses pada petang kelmarin. Lagu berjudul Bintang Syurga ciptaan Audi Mok dan Omar K itu bakal dimuatkan dalam albumnya bersama syarikat rakaman itu yang akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Sementara itu, Maya enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai lelaki tersebut kerana masih belum bersedia berbuat demikian. Sebelum ini, Maya pernah dikaitkan dengan pelakon Remy Ishak dan lelaki misteri itu yang sekarang dikatakan bersahabat dengan Maya itu turut terlibat dalam industri hiburan. Agak-agak, siapa la ya? Okay, klunya, lelaki itu sukakan aktiviti lasak dan kelakar.

"Apa yang boleh saya kongsi buat masa ini adalah dia terlibat dalam dunia seni juga selain seorang yang bijak."

Dalam pada itu, Maya berkata, kerjasamanya dengan Warner Music bukan sahaja untuk menerbitkan album tetapi menyerahkan kepada syarikat itu bagi menguruskan kerjaya seninya. Jelas Maya, kesibukan dan jadual yang terlalu padat membuatkan dia mengambi keputusan tersebut agar perjalanan kariernya lancar.

"Saya tidak mampu untuk menguruskan kerjaya dengan hanya bantuan dua orang pembantu dan memerlukan syarikat pengurusan supaya pihak ketiga yang ingin berurusan dengan saya tidak tertunggu-tunggu jawapan daripada saya. Dengan adanya Warner Music yang mewakili saya ia akan lebih lancar dan menerusi perbincangan pihak pengurusan juga telah mengaturkan pelbagai strategi untuk mengukuhkan lagi nama saya dalam industri."

Maya juga tidak menolak keputusannya itu berkait rapat dalam usaha memberikan lebih banyak ruang dan masa kepada kehidupan peribadinya. Dalam perkembangan sama, Maya berkata, dia mengikat kontrak untuk tiga buah album penuh bersama syarikat rakaman itu dan berharap karier muziknya dapat bergerak lancar selepas ini.

"Muzik dan nyanyian adalah cinta pertama saya dan saya yakin dengan strategi pihak syarikat rakaman agar dapat merancakkan kembali nama saya dalam bidang itu," katanya. Sumber: Mstar Online

Apa-apa pun, Budiey doakan semoga Maya Karin bahagia bersama 'bintang syurga'nya itu dan semoga hubungan ini membawa ke jinjang pelamin.

Gambar Maya Karin

Komen via Facebook

Komen

Penampilan Khas Anuar Zain Dalam Teater Nyonya & The Gang

Posted: 03 Jun 2013 09:19 AM PDT

Penyanyi terkenal, Anuar Zain buat julung kali akan muncul dalam persembahan teater iaitu Nyonya & The Gang yang akan berlangsung dari 14 hingga 20 Jun ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Teater terbitan CTRA Production itu akan menampilkan penyanyi kelahiran Melaka yang kini sedang hangat dengan laju Ajari Aku bersama kumpulan The Gang yang dibarisi 22 orang remaja berbilang kaum dan usia.

Menurut penerbit teater Nyonya & The Gang, Siti Rohayah Attan, Anuar akan membuat penampilan khas dalam teater tersebut pada 19 dan 20 Jun bagi persembahan 8.30 malam.

"Melalui perbincangan, kami telah bersetuju dengan kemunculan Anuar pada dua tarikh tersebut. Namun, sekiranya beliau mempunyai kelapangan masa serta ada permintaan daripada khalayak, berkemungkinan kami akan menambah bilangan pementasan yang membabitkan beliau."

Menurut Siti Rohayah, kehadiran Anuar amat besar ertinya kepada produksi tersebut memandangkan babak yang melibatkan Anuar berkaitan dengan negeri kelahirannya, Melaka.

Melalui babak yang berkonsep santai di Melaka itu, ditampilkan beberapa tempat pelancongan yang menarik di negeri tersebut disamping diselitkan lagu tradisional dondang sayang.

"Sebagai anak Melaka, saya berbangga kerana produksi ini menghimpunkan nama-nama besar dalam bidang seni yang berasal dari negeri ini termasuklah Anuar dan pengarah Muzik, Datuk Suhaimi Mohd. Zain."

Beliau juga berharap dengan kemunculan Anuar dalam persembahan ini memberi peluang kepada penyanyi itu mendekati peminatnya dari genre teater.

Teater Nyonya & The Gang arahan bersama Rosminah Mohd Tahir dan Siti Rohayah dipentaskan dari 14 – 20 Jun ini turut menampilkan Misha Omar (Keponakan Cantik), Amy Mastura (Keponakan Anggun), Fara Fauzana (Keponakan Beautiful), Kiah Propa (Isteri), Mardiana Alwi (Nyonya) dan Taiyuddin Bakar (Tuan).

Turut terlibat ialah kumpulan Zeppo Youngsterz Crew, Secrets Crew dan Don Dang Crew.

Ia dipentaskan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Jatimas Sdn. Bhd.nTiket-tiket berharga RM35, RM55, RM85, RM105 & RM155 sedang dijual di kaunter tiket Istana Budaya. Maklumat lanjut boleh menelefon 03-87754666/03-61866592/ 017-2004249.

Anuar Zain Smart Kasual

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories