Zon Artis |
| “Dia Mahu Putuskan Hubungan Saya Dengan Tunang” – Shahz Jaszle Posted: 18 Jun 2013 05:23 PM PDT
Ekoran tindakan seorang wanita yang muncul dalam rancangan 'Melodi' pada hujung minggu lalu dengan mendedahkan dirinya adalah pasangan khalwat Shahz Jaszle, ianya telah mendapat respon daripada Shahz. Menerusi sebuah akhbar, Shahz tampil memberikan penjelasan walaupun kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah sambil menganggap tindakan wanita tersebut telah melampaui batas. Seperti kata Shahz:-
Dalam pada itu, Shahz yang akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat bagi menjernihkan keadaan turut menjelaskan yang dia baru mengenali wanita tersebut selama tiga minggu sahaja.
Sebelum ini, Shahz Jaszle dan wanita berkenaan ditahan kerana dipercayai berkhalwat pada 16 Mei lalu, menerusi serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor di Pangsapuri Taman Sri Subang, kira-kira jam 3.30 pagi. Bagi yang terlepas menonton Melodi pada minggu lepas, berikut adalah rakaman temubual antara pengacara Melodi, Zuan Azmi dan wanita tersebut. Anda dengarkan sendiri. Cuma ada beberapa bahagian audio kurang jelas. |
| Isteri Khairul Fahmi, Leuniey Kini Hamil 6 Minggu Posted: 18 Jun 2013 05:54 AM PDT
Tahniah Zon Artis ucapkan kepada pasangan suami isteri, Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey kerana bakal bergelar ayah dan ibu. Ini kerana, Leuniey telah memberitahu yang dia kini sudah berbadan dua atau lebih tepat hamil dan kandungannya kini berusia 6 minggu. Seperti kata Leuniey kepada Media Hiburan:-
Sekali lagi, tahniah diucapkan. Sama-sama kita doakan semoga Leuniey dan kandungan berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja sehingga selamat melahirkan kelak. |
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan