RSS

Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Shahz Jaszle Akhirnya Putus Tunang

Posted: 19 Jun 2013 09:12 PM PDT

SHAHZ JASZLE PUTUS TUNANG

Straight to the point – Ekoran kes ditangkap khalwat, hubungan pelakon Shahz Jaszle dan tunang, Redzwani Puteri akhirnya menemui noktah apabila pasangan ini dikhabarkan telah memutuskan ikatan pertunangan mereka.

Memetik laporan Berita Harian hari ini, keluarga terdekat pihak perempuan mengesahkan yang ibu bapa Redzwani Puteri telah menemui keluarga Shahz Jaszle untuk memulangkan dua bentuk cincin sebagai tanda putus tunang pada 10 Jun lalu.

Wanita yang enggan namanya didedahkan itu mendakwa, dia diamanahkan oleh keluarga Redzwani untuk tampil memberi kenyataan bagi mengelakkan Redzwani diganggu media dan terus menjadi bahan cemuhan masyarakat.

"Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shahz. Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shahz lagi. Hubungan itu diputuskan selepas keluarga Redzwani melihat kenyataan yang diberikan oleh Shahz kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas dia ditangkap khalwat."

"Jangan ingat Redzwani kuat, sebaliknya dia juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Luaran mungkin dia nampak tabah, tetapi dalamannya tidak. Sejak kes tangkap khalwat itu, dia suka menyendiri dan apabila ditanya mengenai huungannya dengan Shahz, dia akan menangis."

Dalam perkembangan lain, Shahz dikatakan telah 'menyerang' pasangan khalwatnya, Farah di sebuah bank di Bangsar dan dilaporkan Shahz benar-benar melepaskan kemarahan sehingga menimbulkan kekecohan di lokasi terbabit.

Walaupun tiada butir lanjut mengenai pertengkaran itu, Farah yang bekerja di bank tersebut khabarnya telah diminta untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam oleh pihak pengurusan bank tersebut. Tak pasal-pasal hilang job.

Related Posts with Thumbnails

(Foto) Shera Aiyob Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Posted: 19 Jun 2013 07:18 AM PDT

GAMBAR ANAK ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA AIYOB

Update pantas – Isteri Zahiril Adzim, Shera Aiyob telah selamat melahirkan seorang bayi berjantina lelaki pada petang tadi. Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Zahiril Adzim melalui Twitter'nya dan dia turut melahirkan rasa gembiranya apabila sudah bergelar bapa.

Buat masa ini, bayi tersebut masih belum diberi nama. Apa-apa pun, tahniah diucapkan buat Zahiril Adzim dan Shera Aiyob diatas kelahiran cahaya mata sulung ini. Semoga ibu dan baby berada dalam keadaan sihat. Kat bawah ni gambar baby yang dikongsikan kepada umum~

GAMBAR ANAK ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA AIYOB

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories