Zon Artis |
| (7 Gambar) Pierre Andre Sah Bergelar Suami Posted: 23 Jun 2013 06:08 AM PDT
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengarah, Pierre Andre kerana dengan hanya sekali lafaz beliau sah bergelar suami kepada Siti Nur Hidayah Hashim dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang pada petang tadi. Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28 dan Hidayah, 26 dinikahkan oleh Imam masjid tersebut iaitu Mohamad Zuhdi Razali kira-kira pukul 2.10 petang.
Pada majlis tersebut, pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan dan beg jenama Guess, wang hantaran, telekung, set minyak wangi, telefon bimbit I-Phone 5 dan set barang kemas jenama Habib Jewels. Sementara itu, pihak perempuan membalas sembilan dulang hantaran terdiri daripada buku, sepasang kasut jenama New Ballance, coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set kamera, set minyak wangi, barangan elektronik PSVita Wifi, cincin dan sirih junjung.
Majlis resepsi mereka dijangkakan akan dilangsungkan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Sekali lagi tahniah kami ucapkan dan semoga masjid yang dibina ini akan berkekalan buat selamanya serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Selamat berbahagia. Psstt: Lelaki ini mempunyai kulit seperti getah~ |
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













0 ulasan:
Catat Ulasan