Zon Artis |
| (Gambar) Adakah Ini Isteri Baru Jimmy Shanley? Posted: 25 Jun 2013 11:30 PM PDT
Beberapa hari lalu, dunia hiburan dihangatkan dengan tersebarnya gossip yang entah dari mana datangnya mengatakan bahawa pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley secara senyap-senyap telah berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda sekaligus menamatkan status duda'nya. Ekoran tersebarnya gossip itu, Jimmy dihujani dengan pelbagai pertanyaan mengenainya untuk pengesahan. Namun Jimmy enggan memberi sebarang kenyataan. Walaupun begitu, Jimmy dilaporkan akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjawab desas-desus berkenaan. Namun apa yang menarik perhatian kami, pada petang semalam, Jimmy telah memuat naik sekeping foto ke laman Twitter miliknya yang mana pada foto tersebut kelihatan Jimmy bersama anaknya, Zahrah Rania yang kini berusia 2 tahun dan seorang wanita bertudung.
Dari gambar tersebut, kami cuba membuat andaian bahawa Jimmy cuba menyampaikan sesuatu dan ianya ada kaitan dengan gossip yang bertebaran. Dalam erti kata lain, Jimmy ingin mengiakan yang dia sudah berkahwin dan memberitahu bahawa wanita tersebut adalah orangnya. Namun sehingga artikel ini diterbitkan, masih belum dapat dipastikan siapakah gerangan wanita berkenaan. Boleh jadi, beliau adalah saudara terdekat Jimmy. Apa-apa pun, jika benar itu adalah isteri baru Jimmy, sama-samalah kita doakan kebahagiaan untuk perkahwinannya kali ini. |
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan