sumber :-
Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
| Datuk 92 nikahi gadis 22 tahun Posted: 06 Jul 2013 04:35 AM PDT Mujamaie bersama isterinya, Muna. Musali Mohammed al-Mujamaie dan isterinya, Muna Mukhlof al-Juburi berbeza umur 70 tahun. Majlis pernikahan mereka diadakan sekali dengan pernikahan cucunya. Mujamaie yang bekerja sebagai petani menikahi Muna setelah tiga tahun kematian isterinya yang pertama. Bersama isterinya yang pertama, Mujamaie memiliki 16 anak. Akui sangat bahagia dengan pernikahan itu, Mujamaie merasa kembali berusia 20 tahun. "Saya sangat bahagia dapat menikah sekali bersama cucu saya. "Saya merasa seperti kembali berusia 20 tahun," katanya yang sudah merancang untuk menikah bersama-sama dua cucunya yang berusia 16 dan 17 tahun itu. |
| Shila Amzah Serah Kepada Keluarga Pilih Calon Suami Posted: 06 Jul 2013 04:30 AM PDT Shila AmzahShila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, berkata, dia telah meminta ibunya, Fauziah Sarman untuk memilih mana-mana lelaki pilihan keluarga sekiranya ada yang sesuai untuk dijadikan suami. "Memang saya meminta ibu carikan jodoh jika ada yang sesuai kerana pilihan mereka pastinya adalah yang terbaik. "Bagaimanapun, andai kata saya bertemu dengan lelaki pilihan sendiri, saya akan pastikan dia seorang yang menghormati keluarga dan mampu membimbing saya ke arah kebaikan," katanya. Shila ditemui pada majlis pra dengar album terbaharunya berjudul Shila Amzah, di Red Box, Pavillion, di sini, Jumaat. Ia merupakan album pertama terbitan syarikatnya sendiri iaitu Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB). Tambah Shila bagaimanapun buat masa ini di mahu fokus kepada kerjayanya kerana masih lagi serik untuk menjalinkan hubungan cinta dalam masa terdekat. Shila menunjukkan album terbaharunya."Dahulu saya selalu berhati-hati dalam setiap kenyataan yang diberi mahupun kelakuan. Tapi saya dah penat sebab orang tetap kritik saya. "Walaupun memohon maaf atas sesuatu kejadian, saya tetap dilemparkan dengan pandangan buruk dan akhir sekali saya yang sakit hati. "Jadi lebih baik saya bersikap pentingkan diri dan lebih tegas jika ada yang cuba melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada saya," ujarnya. Sementara itu, album terbaharunya memuatkan sebanyak lima buah lagu iaitu Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus dan Maaf ciptaan sepenuhnya oleh Shila sendiri. Menarik tentang lima lagu tersebut, ia mengisahkan pengalaman cinta yang pernah dilaluinya sebelum ini."Saya juga lebih terbuka dalam meluahkan isi hati saya kepada umum dengan cara menghasilkan lagi. "Saya percaya lagu-lagu ini akan menjadi kenangan dan pengalaman hidup buat saya selama-lamanya dan juga buat orang yang mempunyai kisah yang lebih kurang sama dengan saya," katanya. Selain Fauziah, turut hadir pada majlis pra dengar tersebut ialah ayah Shila iaitu ND Lala dan rakan kongsi syarikat berkenaan Ong Peng Chu. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan